21
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010 Saya MOHD SAIFUDIN BIN SALEH mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NAMA PENYELIA Tarikh: April 2010 Tarikh: April 2010 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). PERANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM MEMBERI PENDEDAHAN TERHADAP PROFESION PERGURUAN MENURUT PERSPEKTIF GURU PELATIH UTM (HURUF BESAR) TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN D-1018 KAMPUNG KUALA BEKAH, 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010

Saya MOHD SAIFUDIN BIN SALEH

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

NAMA PENYELIA

Tarikh: April 2010 Tarikh: April 2010

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PERANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM MEMBERI

PENDEDAHAN TERHADAP PROFESION PERGURUAN MENURUT

PERSPEKTIF GURU PELATIH UTM

(HURUF BESAR)

TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN

D-1018 KAMPUNG KUALA BEKAH,

20050 KUALA TERENGGANU,

TERENGGANU

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan :

--------------------------------------------------------

Nama Penyelia : TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN

--------------------------------------------------------

Tarikh :

--------------------------------------------------------

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

i

PERANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM MEMBERI

PENDEDAHAN TERHADAP PROFESION PERGURUAN MENURUT PERSPEKTIF

GURU PELATIH UTM

MOHD SAIFUDIN BIN SALEH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2010

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .........................................................

Nama Pengkaji : MOHD SAIFUDIN BIN SALEH

Tarikh :

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

iii

DEDIKASI

Buat ayahanda tersayang, Saleh bin Abdul Rahman dan bonda tercinta, Siti Fatimah

binti Awang, terima kasih kerana mendidikku menjadi seorang insan. Memperingatkan

diriku betapa pentingnya senantiasa mengamalkan suruhan-NYA dan meninggalkan

segala larangan-NYA…

Buat Tuan Haji Hassan bin Hushin, segala tunjuk ajar, nasihat dan bimbiganmu akan

sentiasa menjadi azimat di hati…

Salina dan Suriyati Saleh, terima kasih atas pengorbanan dan sumbangan yang tak

mungkin dapat ku balas…

Dan semua rakan-rakan seperjuangan sekalian, terima kasih...

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T atas segala kekuatan yang dikurniakan-

NYA sehinggalah saya dapat menyiapkan tugasan yang sangat mencabar ini dengan

jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia kajian ini, Tuan Haji Hassan bin

Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi

kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata semangat

daripada beliau, amatlah mustahil kajian ini dapat disiapkan. Terima kasih atas tunjuk

ajarmu.

Penghargaan ini juga dikhususkan kepada ayahanda bonda yang tercinta, Saleh

bin Abdul Rahman dan Siti Fatimah binti Awang yang tanpa jemu senantiasa

mendoakan kejayaan anakandamu ini. Tanpa doa dan restu daripada kalian, anakandamu

ini tidak mungkin dapat mencapai kejayaan seperti hari ini.

Seterusnya kepada semua rakan seperjuangan yang sentiasa berkongsi suka dan

duka sepanjang pengajian, tiada kata-kata yang mampu dituturkan untuk membalas jasa

kalian dalam membantu saya menyiapkan kajian ini. Sekian terima kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan latihan mengajar dalam memberi

pendedahan kepada profesion perguruan menurut perspektif bekas guru pelatih Fakulti

Pendidikan UTM. Seramai 196 orang pelajar tahun akhir semester II sesi 2009/10

Fakulti Pendidikan UTM daripada 14 kursus pengajian dilibatkan dalam kajian ini.

Kajian yang dilakukan adalah berbentuk deskriptif dimana borang soal selidik yang

mengandungi 87 item digunakan sebagai instrumen kajian ini. Data yang dikumpul

dianalisis mengunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5.

Hasil kajian menunjukkan bahawa guru pelatih bersetuju latihan mengajar yang telah

dipraktikkan selama empat belas minggu telah memberi pendedahan kepada mereka

tentang profesion perguruan. Sementara itu, pandangan guru pelatih terhadap pengisian

program sepanjang latihan mengajar dalam membantu mereka menjadi seorang guru

pelatih yang baik berada pada tahap sederhana. Kajian juga mendapati kelemahan-

kelemahan latihan mengajar juga berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan

kajian lanjutan telah dikemukan untuk penambaikan hasil kajian pada masa akan datang.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

vi

ABSTRACT

The aim of the study is to examine the role of teaching practice experienced by

student teachers at the Faculty of Education, UTM. A total 196 of final year students

from 14 programmers were involved in this study. A questionnaire consisting of 87

items was used as the instrument in the survey. The data was analyzed using the SPSS

11.5 version software. The results of the study showed that the teaching practice have

given the student teachers good exposure about this profession. Meanwhile, the

respondents rated contents of the program at the moderate level. The study also showed

that the weaknesses of the teaching practice at the moderate level. Some suggestions

were made for further improvements in the study.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH xix

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

viii

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Operasi 7

1.8.1 Latihan Mengajar 7

1.8.2 Pendedahan 7

1.8.3 Profesion Perguruan 7

1.8.4 Perspektif 8

1.8.5 Guru Pelatih 8

1.9 Penutup 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Latihan Mengajar 11

2.2.1 Objektif Latihan Mengajar 14

2.2.2 Permasalahan, Kritikan dan Isu dalam Latihan

Mengajar 16

2.3 Profesion Perguruan 18

2.3.1 Guru sebagai Profesional dan Cabarannya 23

2.3.2 Sekolah sebagai Institusi Pendidikan 28

2.4 Guru Pelatih 30

2.5 Penutup 31

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekebentuk kajian 32

3.3 Persampelan 33

3.4 Instrumentasi Kajian 36

3.5 Kajian Rintis 37

3.6 Prosedur Kajian 38

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 39

3.7.1 Pengumpulan Data Primer 39

3.7.2 Pengumpulan Data Sekunder 41

3.8 Kaedah Analisis Data 41

3.9 Kesimpulan 43

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Bahagian A 45

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 46

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 46

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah Latihan

Mengajar 48

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Gred Latihan

Mengajar 49

4.3 Analisis Bahagian B 49

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

x

4.3.1 Mengenalpasti sama ada latihan mengajar dapat

memberikan pendedahan yang sewajarnya tentang

profesion perguruan kepada para guru pelatih 50

4.3.1.1 Peranan Guru sebagai Penyampai Maklumat 50

4.3.1.2 Peranan Guru sebagai Pelajar 52

4.3.1.3 Peranan Guru sebagai Penasihat/Pebimbing 54

4.3.1.4 Peranan Guru sebagai Pemimpin 56

4.3.1.5 Peranan Guru sebagai Pembentuk Budaya Ilmu 57

4.3.1.6 Peranan Guru sebagai Agen Masyarakat 59

4.3.2 Mengkaji pendapat guru pelatih tentang pengisian

program latihan mengajar yang telah dilalui 61

4.3.2.1 Rancangan Orientasi Sekolah 61

4.3.2.2 Rancangan Mengajar 62

4.3.2.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(Amali-makmal/bengkel) 64

4.3.2.4 Kegiatan Kokurikulum 66

4.3.3 Mengenalpasti kelemahan-kelemahan latihan

mengajar menurut perspektif bekas guru pelatih 67

4.4 Rumusan Analisis 70

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Rumusan 72

5.3 Perbincangan 74

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

xi

5.3.1 Peranan Guru sebagai Penyampai Maklumat 75

5.3.2 Peranan Guru sebagai Pelajar 77

5.3.3 Peranan Guru sebagai Penasihat/Pembimbing 78

5.3.4 Peranan Guru sebagai Pemimpin 79

5.3.5 Peranan Guru sebagai Pembentuk Budaya Ilmu 81

5.3.6 Peranan Guru sebagai Agen Masyarakat 82

5.3.7 Pengisian Program Latihan Mengajar 83

5.3.7.1 Rancangan orientasi Sekolah (ROS) 84

5.3.7.2 Rancangan Mengajar 85

5.3.7.3 Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(Amali-makmal/bengkel) 85

5.3.7.4 Kegiatan Ko-kurikulum 86

5.3.8 Kelemahan-Kelemahan Latihan Mengajar 87

5.4 Cadangan 90

5.4.1 Cadangan Kajian 91

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.5 Penutup 93

RUJUKAN 94-97

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM

sesi 2009/10 34

3.2 Senarai petunjuk skala Likert 36

3.3 Pecahan item dalam soal selidik 39

3.4 Taburan item dalam soal selidik 40

3.5 Pemerikatan skala Likert 42

3.6 Perubahan Markat Dan Skala 46

3.7 Markat Skala Likert Tiga Mata 46

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 46

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 46

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah Latihan Mengajar 48

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Gred Latihan Mengajar 49

4.6 Peranan Guru sebagai Penyampai Maklumat 50

4.7 Peranan Guru sebagai Pelajar 52

4.8 Peranan Guru sebagai Penasihat/Pebimbing 54

4.9 Peranan Guru sebagai Pemimpin 56

4.10 Peranan Guru sebagai Pembentuk Budaya Ilmu 57

4.11 Peranan Guru sebagai Agen Masyarakat 59

4.12 Rancangan Orientasi Sekolah 61

4.13 Rancangan Mengajar 62

4.14 Proses Pengajaran dan Pembelajaran (Amali-makmal/bengkel) 64

4.15 Kegiatan Kokurikulum 66

4.16 Kelemahan-kelemahan latihan mengajar menurut perspektif guru

pelatih 67

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

xiii

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti teknologi Malaysia

KDBP - Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

SPSS - Statistical Package for Social Science

ROS - Rancangan Orientasi Sekolah

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 98-108

B Pengesahan set soal selidik 109-110

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan negara adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat

berilmu yang proaktif, berdaya saing dalam pelbagai bidang serta mempunyai

ketrampilan yang tinggi. Perubahan yang dilakukan terhadap sistem pendidikan ini

adalah selaras dengan Falsafah Fendidikan negara iaitu:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah perkembangan

bagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara”

Umumnya, tanggung jawab untuk memastikan dasar Falsafah Pendidikan Negara

ini direalisasikan adalah terletak di bahu para guru memandangkan akauntabaliti mereka

dalam membina dan membentuk generasi muda yang berilmu serta berahklak

sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Tugas para guru atau kini lebih sesuai

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

2

dipanggil sebagai pendidik bukan sahaja terhad sebagai seorang penyampai ilmu, tetapi

lebih kompleks jika dilihat senario masyarakat pada hari ini.

Walaupun seseorang guru itu mempunyai kepakaran serta kemahiran yang tinggi

dalam subjek dan profesion yang diajar, pelbagai faktor luaran, antaranya seperti

masalah sosial yang semakin meruncing yang melanda golongan remaja terutamanya

pelajar-pelajar sekolah memerlukan para guru mempersiapkan diri mereka untuk

menggalas tanggung jawab sebagai pendidik dan pembentuk moral para pelajar.

Kepekaan para guru terhadap faktor-faktor luaran ini boleh menjadikan mereka sebagai

seorang guru yang efektif dan ini boleh dicapai melalui penekanan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, latihan perguruan atau lebih

dikenali sebagai latihan mengajar seharusnya dapat melatih guru-guru pelatih agar peka

dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam profesion perguruan dan mempelajari serta

menunjukkan kebolehan mereka dalam menyelesaikan sebarang masalah yang bakal

timbul.

Secara dasarnya, latihan mengajar bertujuan memberi pengalaman kepada guru

pelatih tentang situasi sebenar alam pekerjaan sebagai seorang guru. Guru pelatih akan

mendapat pengalaman untuk mempelajari cara menguruskan bilik darjah dan

pengurusan sekolah. Tanggungjawab yang dipegang oleh guru pelatih sepanjang

tempoh latihan mengajar secara tidak langsung memberi peluang kepada guru pelatih

untuk membina keyakinan diri mereka sebelum mereka benar-benar bergelar seorang

guru.

Latihan mengajar adalah komponen terpenting yang wajib dilalui oleh setiap

guru pelatih yang memilih perguruan sebagai profesion mereka. Secara umumnya,

ianya adalah berdasarkan kepada konsep latihan dan bimbingan . Latihan mengajar ini

juga memberi peluang kepada bakal-bakal guru untuk mempraktikkan teori-teori,

kaedah-kaedah, dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang telah dipelajari. Melalui

program seumpama ini, bakal-bakal guru ini berpeluang membiasakan diri mereka

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

3

dengan situasi sebenar di dalam bilik darjah serta persekitaran sekolah di samping

berpeluang memperoleh kemahiran-kemahiran asas sebagai seorang guru.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kerjaya dalam bidang profesional adalah agak kompleks jika dibandingkan

dengan penglibatan dalam bidang bukan profesional. Seseorang yang bergelar

profesional mempunyai akauntabiliti-akauntibiliti tertentu dalam bidang yang diceburi,

terhadap masyarakat dan juga negara. Kegagalan dalam memenuhi kriteria-kriteria

seorang profesional boleh menyebabkan kesan yang ketara terhadap semua pihak tang

terlibat. Profesion perguruan hari ini dianggap suatu profesion yang sangat mencabar.

Guru dianggap profesional seperti juga doktor, peguam dan pensyarah kerana

mempunyai ciri-ciri profesional seperti perkhidmatan penting dengan matlamat yang

jelas untuk masyarakat dan negara, menggunakan pelbagai keupayaan dan kebolehan

intelek semasa menjalankan tugas, mendapat latihan yang khusus, mempunyai kuasa

autonomi semasa bertugas, mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi serta

mempunyai tatatusila perkhidmatan yang harus dipatuhi (Mohd Salleh Lebar, 1992)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah intitusi pengajian

tinggi awam di Malaysia yang menawarkan kursus perguruan, di mana setiap tahun

Fakulti Pendidikan (FP) UTM akan membuat pengambilan pelajar baru untuk jurusan

pendidikan. Kursus pendidikan ini diperkenalkan di UTM pada tahun 1986. Pada

peringkat permulaan ianya dilaksanakan di bawah pengurusan Fakulti Sains, tetapi

dengan penubuhan Fakulti Pendidikan pada 1993, segala urusan dalam bidang

pengurusan pendidikan diambil alih oleh Fakulti Pendidikan. Terdapat tiga program

pendidikan peringkat Ijazah Pertama yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan, iaitu

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan , Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan dan

Komputer, dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, dan ketiga-tiga program ini

kekal sehingga ke hari ini.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

4

Selain mengambil subjek-subjek kursus yang telah ditetapkan oleh fakulti,

pelajar jurusan pendidikan di UTM juga diwajibkan untuk menjalani latihan mengajar

sebagai syarat untuk melayakkan mereka menerima pengijazahan daripada pihak

universiti. Terdapat sedikit perubahan telah dilakukan oleh Fakulti Pendidikan dalam

melaksanakan program latihan mengajar ini, dimana jika dahulu program latihan

mengajar dibahagikan kepada dua sesi, ianya telah diubah kepada satu sesi sahaja. Para

pelajar Fakulti Pendidikan dikehendaki menjalani program latihan mengajar pada

semester pertama tahun ketiga pengajian, dan ianya dijalankan selama empat belas

minggu bersamaan satu semester pengajian.

Penekanan utama yang diberikan sepanjang tempoh latihan mengajar ini adalah

dalam aspek latihan dan bimbingan. Sepanjang tempoh ini, para guru pelatih akan

diselia oleh dua orang penyelia iaitu pensyarah dan juga seorang guru pebimbing yang

telah dilantik oleh pihak sekolah. Prestasi seseorang guru pelatih akan dinilai

menggunakan pendekatan analitik, iaitu melalui penulisan rancangan pengajaran (lesson

plan), perlaksanaan pengajaran, keperibadian dan ikhtisas serta refleksi kendiri.

Matlamat utama penyeliaan ini dilakukan adalah untuk memastikan para guru yang akan

dilahirkan daripada UTM adalah berkualiti, berketrampilan dan beriltizam serta

mempunyai daya ketahanan yang tinggi, bersikap positif, mempunyai nilai-nilai serta

budi pekerti yang mulia selaras dengan falsafah pendidikan guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Profesion perguruan hari ini telah menjadi satu profesion yang sangat mencabar

dimana peranan seorang guru tidak lagi terhad kepada menyampaikan ilmu sahaja, tetapi

turut dibebani beberapa peranan lain. Oleh yang demikian, latihan dan bimbingan yang

didedahkan sewaktu program latihan mengajar adalah sangat penting dalam memberi

persediaan yang sewajarnya terhadap, baik dari segi ketahanan fizikal mahupun

ketahanan mental. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji peranan program latihan

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA · Hushin atas tunjuk ajar, bimbingan, panduan serta nasihat yang tidak berbelah bahagi kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. Tanpa kata-kata

5

mengajar yang dilalui oleh guru pelatih UTM dalam memberikan mereka pendedahan

yang sewajarnya terhadap profesion perguruan ini, iaitu peranan-peranan yang

dimainkan oleh seorang guru pada hari ini sebagai persediaan awal mereka sebelum

benar-benar bergelar seorang guru suatu hari nanti.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenal pasti peranan latihan mengajar dalam memberikan pendedahan

tentang profesion perguruan kepada para guru pelatih.

ii. Mengkaji pendapat guru pelatih tentang pengisian program latihan mengajar

yang telah dilalui.

iii. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan latihan mengajar menurut perspektif guru

pelatih.

1.5 Persoalan Kajian

i. Adakah latihan mengajar dapat memberikan pendedahan tentang profesion

perguruan kepada para guru pelatih?

ii. Apakah pendapat guru pelatih tentang pengisian program latihan mengajar yang

telah dilalui?

iii. Apakah kelemahan-kelemahan latihan mengajar menurut perspektif guru pelatih.