22
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: AMALAN TEKNIK BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK) TAHUN 2 HINGGA 4 DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya: MOHD ZUL FAHMI BIN ABD RASHID (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: BLOK G6-3-5 KOMPLEKS IPD GOMBAK 68100 BATU CAVES SELANGOR PROF MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN Nama Penyelia Tarikh:______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: AMALAN TEKNIK BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK) TAHUN 2 HINGGA 4 DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya: MOHD ZUL FAHMI BIN ABD RASHID (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: BLOK G6-3-5 KOMPLEKS IPD GOMBAK 68100 BATU CAVES SELANGOR

PROF MADYA DR. SETH BIN SULAIMAN

Nama Penyelia

Tarikh:______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penyelia: PM DR SETH BIN SULAIMAN

Tarikh : ………………………….

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

ii

AMALAN TEKNIK BELAJAR DALAM KALANGAN PELAJAR IJAZAH

SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (FIZIK) TAHUN 2 HINGGA 4

DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD ZUL FAHMI BIN ABD RASHID

Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………….

Nama Penulis : MOHD ZUL FAHMI BIN ABD RASHID

Tarikh : ………………………….

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

iv

Teristimewa buat ayahanda dan bonda

Abd Rashid bin Awang

Fauziah binti Taib

Yang sentiasa memberi dorongan sehingga siapnya penulisan ini

Buat rakan-rakan seperjuangan

Fahmi, Syazwan, Jamil dan semua rakan-rakan

Yang sentiasa membantu

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

v

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya projek sarjana muda

ini dapat disiapkan.

Terlebih dahulu penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan ribuan terima kasih kepada PM Dr. Seth bin Sulaiman selaku penyelia projek

yang banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh ini.

Penyelidik turut merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang

diberikan oleh responden-responden yang terlibat dalam projek ini.

Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu penyelidik

dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Terima kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap keberkesanan amalan

teknik belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun dua, tiga dan empat pada

peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) di Fakulti Pendidikan

UTM. Amalan teknik belajar dalam kajian ini ditumpukan kepada lapan aspek iaitu

motivasi, pengurusan masa, membaca, membuat nota, mendengar, mengingat,

berkumpulan dan menghadapi peperiksaan. Sampel kajian ini terdiri daripada 70

orang responden. Statistik diskriptif dan inferens telah digunakan dalam analisis

data. Hasil daripada dapatan kajian mendapati tahap keberkesanan amalan teknik

belajar pelajar-pelajar berada pada tahap sederhana berkesan. Manakala tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara amalan teknik belajar dengan pencapaian

akademik. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan teknik

belajar pelajar lelaki dan perempuan. Hasil dapatan kajian juga mendapati tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan teknik belajar pelajar cemerlang,

sederhana dan lemah.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

vii

ABSTRACT

This research was conducted to identify the level of the study techniques

practice by second, third and fourth year undergraduate science education (Physic)

students in Faculty of Education, UTM. Eight aspects were focused in this research;

i) motivation, ii) time management, iii) reading technique, iv) listening technique, v)

memorizing technique, vi) note making, vii) study group and viii) exam preparation.

70 respondents were involved in this research. The data was analyzed using the

statistic descriptive and inferential. Findings showed that the level of the study

techniques practice by students is moderate. Besides, there is no significant relation

between the study technique and students academic achievement. The findings also

indicated that there is no significant difference between study techniques practiced

by male and female student. Furthermore, there is no significant difference in study

techniques between excellent, average and weak students.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Pensyarah 7

1.6.2 Pelajar 7

1.6.3 Pihak Pengurusan Fakulti 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Amalan 9

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

ix

1.8.2 Teknik Belajar 9

1.8.3 Pelajar 9

1.8.4 Pelajar Tahun 2 Peringkat Sarjana Muda 9

1.8.5 Pelajar Tahun 3 Peringkat Sarjana Muda 10

1.8.6 Pelajar Tahun 4 Peringkat Sarjana Muda 10

1.8.7 Teknik Belajar yang Berkesan 10

1.8.8 Teknik Belajar yang Tidak Berkesan 10

1.8.9 PNGK 11

1.8.10 Pelajar Lemah 11

1.8.11 Pelajar Sederhana 11

1.8.12 Pelajar Cemerlang 11

2 SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Motivasi 13

2.3 Pengurusan Masa 14

2.4 Membaca 18

2.5 Mendengar 19

2.6 Mengingat 21

2.7 Membuat Nota 22

2.8 Berkumpulan 25

2.9 Menghadapi Peperiksaan 26

2.10 Rumusan 28

3 METODOLOGI 29

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Lokasi Kajian 30

3.4 Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Bahagian A 31

3.5.2 Bahagian B 31

3.6 Kajian Rintis 33

3.7 Analisis Data 33

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

x

3.7.1 Skala dan Pemarkahan 33

3.7.2 Ujian 34

3.8 Jangkamasa Kajian 35

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Bahagian A : Maklumat Diri Responden 38

4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 38

4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Tahun 39

Pengajian

4.2.3 Bilangan Responden Mengikut PNGK 39

4.3 Bahagian B : Analisis Amalan Teknik Belajar 40

4.3.1 Persolan 1 : Analisis Tahap Keberkesanan 40

Amalan Teknik Belajar

4.3.1.1 Bilangan dan Peratusan Responden 41

Mengikut Tahap Keberkesanan

Amalan Teknik Belajar

4.3.1.2 Item Soal Selidik Mengikut Aspek 41

4.3.2 Persoalan 2 : Analisis Hubungan Antara 53

Amalan Teknik Belajar dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

4.3.3 Persoalan 3 : Analisis Perbezaan Amalan 53

Teknik Belajar Pelajar Lelaki dan Perempuan

4.3.3 Persolan 4 : Analisis Perbezaan Amalan 54

Teknik Belajar Antara Pelajar Cemerlang,

Sederhana dan Lemah

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 55

5.1 Pengenalan 55

5.2 Perbincangan 56

5.2.1 Tahap Keberkesanan Amalan Teknik 56

Belajar

5.2.2 Hubungan Antara Amalan Teknik Belajar 57

dengan Pencapaian Akademik

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

xi

5.2.3 Perbezaan Amalan Teknik Belajar Antara 58

Pelajar Lelaki dan Perempuan

5.2.4 Perbezaan Amalan Teknik Belajar Antara 59

Pelajar Cemerlang, Sederhana dan Lemah

5.3 Rumusan Kajian 60

5.3.1 Amalan Teknik Belajar Pelajar Tahun 2, 60

Tahun 3 dan Tahun 4

5.3.2 Hubungan Antara Amalan Teknik Belajar 60

dengan Pencapaian Akademik

5.2.3 Perbezaan Amalan Teknik Belajar Antara 61

Pelajar Lelaki dan Perempuan

5.2.4 Perbezaan Amalan Teknik Belajar Antara 61

Pelajar Cemerlang, Sederhana dan Lemah

5.4 Implikasi Kajian 61

5.5 Cadangan 62

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 63

SENARAI RUJUKAN 64

LAMPIRAN 67-74

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Responden 30

3.2 Pengkelasan Pencapaian Akademik Responden 31

3.3 Pecahan Item-item Mengikut Aspek 32

3.4 Pecahan Item Positif dan Negatif Mengikut Aspek 32

3.5 Pemberian Markah 34

3.6 Skor Min 34

4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 38

4.2 Bilangan Responden Mengikut Tahun Pengajian 39

4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut PNGK 39

4.4 Nilai Ujian Min 40

4.5 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Tahap 41

Keberkesanan Amalan Teknik Belajar.

4.6 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Item Bagi 42

Aspek Motivasi

4.7 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Item Bagi 44

Aspek Pengurusan Masa

4.8 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Item Bagi 45

Aspek Membaca

4.9 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Item Bagi 46

Aspek Mendengar

4.10 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Item Bagi 47

Aspek Mengingat

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

xiii

4.11 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Item Bagi 48

Aspek Membuat Nota

4.12 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Item Bagi 49

Aspek Berkumpulan

4.13 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Item Bagi 51

Aspek Menghadapi Peperiksaan.

4.14 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Apek 52

Berdasarkan Tahap Keberkesanan Amalan Teknik Belajar

4.15 Nilai Korelasi Pearson Antara Amalan Teknik Belajar dengan 53

Pencapaian Akademik

4.16 Nilai Ujian t 53

4.17 Nilai Ujian ANOVA 54

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 67

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

xiii

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

< - Kurang daripada

> - Lebih daripada

≤ - Kurang atau sama dengan

≥ - Lebih atau sama dengan

Bil. - Bilangan

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

SPSS - Statistical Package for the Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pembelajaran adalah proses yang berterusan dalam perkembangan psikologi

setiap pelajar. Gagne (1970) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan

tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk

perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.

Setiap individu mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri. Kaedah

individu ini adalah berbeza untuk matapelajaran yang berbeza. Sabry (2003),

mengatakan belajar merupakan satu seni. Jadi terpulang kepada kreativiti individu itu

sendiri untuk mencorakkanya agar mendapat hasil yang memuaskan. Begitu juga

dengan kenyataan Miller (1970), tidak ada bukti yang muktamad mengenai apakah

cara belajar yang paling baik dan teknik yang boleh dipakai oleh semua individu.

Menurut Sabry (2003), kejayaan dalam belajar bukan sahaja hasil daripada

keupayaan dan kerajinan semata-mata, tetapi juga hasil daripada keberkesanan

kaedah belajar. Teknik belajar yang berkesan adalah usaha yang teratur, bersistem,

bertatatertib serta optimum dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran

untuk menghasilkan kejayaan yang maksimum. Segelintir pelajar banyak

menghabiskan masa melakukan sesuatu usaha yang tidak sesuai dengan

matapelajaran yang dipelajarinya dan mendapat manfaat yang tidak setimpal dengan

usaha mereka. Kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar ini merupakan kerja-kerja

yang sia-sia.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

2

Ada pula pelajar yang mempunyai kecerdasan akal yang tinggi tetapi gagal

dalam pembelajaran mereka. Mengikut Schonell (1998), terdapat 1% daripada

pelajar yang selalu tidak mengambil nota semasa kuliah, mereka ini mendapat kelas

kedua ijazah sarjana muda padahal mereka berupaya untuk mendapat kelas pertama.

Pelajar yang mempunyai kupayaan ini sepatutnya tidak dipersiakan. Mereka perlu

dibimbing agar mendapat kejayaan yang sepatutnya mereka kecapi.

Sungguhpun keupayaan setiap individu berbeza, pelajar sederhana masih

boleh mencapai kejayaan. Kejayaan dalam pembelajaran sebenarnya lebih

bergantung kepada usaha dan kaedah pembelajaran yang berkesan (Sabry, 2003).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar-pelajar yang dapat meneruskan pengajian ke universiti rata-rata

adalah pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik mereka. Mereka

ini telah mencapai kecemerlangan demi kecemerlangan sehinggalah mereka

menghadapi peperiksaan besar di Malaysia iaitu SPM. Seterusnya pelajar-pelajar

mempunyai dua pilihan samada kekal di alam persekolahan iaitu tingkatan enam atau

melanjutkan pengajian ke peringkat peralihan iaitu matrikulasi, tahun asas dan

sebagainya. Menjadi persoalan di sini kenapakah pelajar-pelajar yang mengecapi

kecemerlangan demi kecemerlangan di alam persekolahan ini kecundang apabila

melalui proses pembelajaran di universiti. Ramai dalam kalangan mereka mengalami

kegagalan. Mereka mendapat gred yang minima dan tidak dapat meneruskan

pengajian kerana tidak dapat memenuhi syarat gred yang dikehendaki oleh institusi

tertentu.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan di sekolah-sekolah, terdapat

ramai pelajar tidak mengamalkan teknik belajar yang berkesan. Dalam kajian Hawa

(1987), Chiam (1985) daripada kajiannya terhadap sekolah-sekolah luar bandar

mendapati bahawa 60.9% pelajar-pelajar menyedari bahawa kebiasaan belajar

mereka tidak berkesan. Kamaruddin (1984) melaporkan bahawa sebanyak 76%

pelajar luar bandar tidak mendapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

3

seperti memahami pelajaran, mengingat fakta-fakta, menjawab soalan-soalan,

menghuraikan konsep dan memberi pendapat tentang isu-isu penting.

Menurut Sabri (2006), kurangnya pendedahan awal mengenai teknik-teknik

kemahiran belajar samada melalui pihak sekolah dan sebagainya menyebabkan

pelajar lemah dalam memahirkan diri dalam pembelajaran. Kebanyakan pelajar

mendapat teknik atau kemahiran belajar secara tidak langsung, secara kebetulan atau

terikut-ikut dengan rakan sebaya. Keadaan ini wujud adalah disebabkan pelajar tidak

mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran mereka. Akibat

daripada sistem pendidikan yang diamalkan, ia memberi kesan kepada pelajar.

Perkara ini terbawa-bawa sehinggalah mereka menjejak kaki ke Institusi Pengajian

Tinggi (IPT). Kurangnya kemahiran belajar yang berkesan menyebabkan pelajar

tidak pandai berdikari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Di IPT

mereka kehilangan arah dan kesanya adalah kegagalan.

Sepatutnya kemahiran belajar diterap kepada pelajar sejak mereka dibangku

sekolah lagi. Menurut (Chiam 1983; Kamaruddin, 1984) dalam kajian Hawa (1987)

menunjukkkan bahawa keperluan asas pelajar-pelajar di Malaysia ialah kaedah

belajar yang berkesan. Pihak sekolah sepatutnya memainkan peranan yang utama

dalam memberikan pendedahan dan panduan mengenai teknik belajar. Ini adalah

sebagai persediaan pelajar untuk ke IPT. Sugguhpun begitu, ianya juga berpunca

daripada pelajar itu sendiri yang tidak mahu meningkatkan kaedah belajar mereka

malah selesa dengan kaedah belajar yang lama. Mereka sepatutnya mengambil

inisiatif ke atas kemudahan-kemudahan maklumat dan perkhidmatan nasihat yang

disediakan oleh pihak universiti. Sebagaimana yang diketahui maklumat dan

perkhidmatan nasihat mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan boleh didapati

di perpustakaan atau di pusat kaunseling. Selain itu, pelajar juga boleh mengadakan

pembincangan dengan Penasihat Akademik dalam meningkatkan mutu pembelajaran

mereka.

Menurut Ghani (1996), antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian

akademik para mahasiswa ialah mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara

pengajaran dan pembelajaran di universiti. Ini kerana proses pembelajaran yang telah

mereka lalui di sekolah adalah sangat berbeza dengan proses pembelajaran di

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

4

universiti. Di universiti proses pengajaran adalah lebih kepada pembudayaan ilmu.

Segala usaha untuk mencapai kecemerlangan adalah bergantung kepada pelajar itu

sendiri. Aspek-aspek seperti membaca, mendengar, mencatat nota, pengurusan masa,

pencarian maklumat, menduduki peperiksaan dan menghadiri kuliah adalah di bawah

tanggungjawab pelajar itu sendiri. Universiti adalah tempat yang bebas dimana ia

menyediakan kehidupan sosial dan pembudayaan dengan pelbagai aktiviti dan

program. Untuk berjaya pelajar itu sendiri yang perlu membuat pilihan dan

menyeimbangkan antara kehidupan sosial mereka dengan belajar.

Dunn dan Dunn (1978) mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang

adalah berbeza di antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku tanpa dipengaruhi oleh

umur, status sosio-ekonomi dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar itu. Beliau

mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang dipadansuaikan dengan

strategi pembelajaran seseorang pelajar, pencapaian akademik seseorang pelajar akan

mencapai ke tahap yang lebih cemerlang lagi. Sebaliknya jika tidak dapat

dipadankan, pencapaian akademik akan menjadi semakin merosot. Untuk

menghasilkan pembelajaran yang berkesan banyak elimen yang perlu diambil kira.

Elimen-elimen seperti persekitaran tempat belajar, kepayahan sesuatu matapelajaran,

keupayaan dan kecergasan akal seseorang itu, waktu puncak yang sesuai untuk

belajar, penumpuan dan sebagainya. Ini adalah kerana teknik-teknik belajar yang

dipraktikkan akan dipengaruhi oleh elimen-elimen yang telah dinyatakan tadi.

Manakan boleh seseorang pelajar belajar matapelajaran yang sukar dalam

persekitaran yang bising pada waktu tengah hari. Oleh itu padanan sesuai bagi

segenap elimen yang bersesuaian dengan setiap individu diperlukan untuk

menghasilkn pembelajaran yang berkesan.

Universiti Teknologi Malaysia menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Fizik) di Fakulti Pendidikan. Pengajian kursus ini mengambil

masa selama empat tahun. Pada 2007/2008 tiada kemasukan pelajar tahun 1 Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) ke Fakulti Pendidikan. Oleh itu, kajian

ini dibuat hanya untuk pelajar tahun 2 hingga tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains

serta Pendidikan (Fizik).

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

5

Tempoh pengajian selama empat tahun yang dilalui oleh pelajar tahun 4

sudah memadai untuk pelajar berasimilasi dengan persekitaran universiti. Maka

pelajar tahun 4 dianggap pelajar yang sudah mengamalkan budaya ilmu.

1.3 Penyataan Masalah

Sebagaimana yang diketahui, pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke

universiti terdiri daripada pelajar yang cemerlang dari segi akedemik. Menjadi soalan

ialah kenapakah pelajar ini gagal mengekalkan kecemerlangan? Adakah kejayaan

seseorang itu berkait rapat dengan teknik pembelajaran yang diamalkan olehnya?

Oleh itu penyelidik ingin mengenal pasti tahap keberkesanan teknik belajar yang

diamalkan oleh pelajar tahun 2 sehingga tahun 4. Penyelidik juga ingin mencari

perkaitan antara teknik belajar yang diamalkan oleh pelajar dengan pencapaian

akademik pelajar. Penyelidik juga ingin mendapatkan perbezaan amalan teknik

belajar antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Seterusnya penyelidik ingin

membuat perbandingan antara amalan teknik belajar pelajar cemerlang, sederhana

dan lemah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah berkenaan dengan amalan teknik belajar yang diamalkan

oleh pelajar-pelajar tahun 2 hingga tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Fizik) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Antara

objektif dalam kajian ini ialah :

1.4.1 Mengenal pasti tahap keberkesanan amalan teknik belajar pelajar tahun 2

hingga tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … · indicated that there is no significant difference between study techniques practiced by male and female student. Furthermore,

6

1.4.2 Mengenal pasti hubungan antara amalan teknik belajar dengan pencapaian

akademik pelajar tahun 2 hingga tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Fizik).

1.4.3 Mengenal pasti kewujudan perbezaan amalan teknik belajar antara pelajar

lelaki dan pelajar perempuan tahun 2 hingga tahun 4 Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Fizik).

1.4.4 Mengenal pasti kewujudan perbezaan amalan teknik belajar antara pelajar

cemerlang, sederhana dan lemah tahun 2 hingga tahun 4 Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Fizik).

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap keberkesanan amalan teknik belajar pelajar tahun 2 hingga

tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)?

1.5.2 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan teknik belajar

dengan pencapaian akademik pelajar tahun 2 hingga tahun 4 Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)?

1.5.3 Adakah wujud perbezaan yang signifikan antara amalan teknik belajar pelajar

lelaki dan pelajar perempuan tahun 2 hingga tahun 4 Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Fizik)?

1.5.4 Adakah wujud perbezaan yang signifikan antara amalan teknik belajar pelajar

cemerlang, sederhana dan lemah tahun 2 hingga tahun 4 Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Fizik)?