Upload
lycong
View
221
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GURU-GURU PKPG TAHUN
AKHIR UTM MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH
MOHD KHALLED KHAIROL BIN ZAKARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GURU-GURU PKPG TAHUNAKHIR UTM MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya MOHD KHALLED KHAIROL BIN ZAKARIA(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: PUAN HANIM BINTI SULAIMANG-71 Taman Sri Selising, .............................................................18500 Machang, Nama PenyeliaKelantan.Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Serta Teknologi Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”
Tanda tangan : ………………………………............
Nama Penyelia : PUAN HANIM BINTI SULAIMAN
Tarikh : …………………………………........
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG GURU-GURU PKPG TAHUN AKHIR
UTM MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH
MOHD KHALLED KHAIROL BIN ZAKARIA
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….............................
Nama Penulis : MOHD KHALLED KHAIROL BIN ZAKARIA
Tarikh : 4 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Zakaria Bin Hamat,Che Zabedah Binti Dollah
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup
anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan buat adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.
Buat bapa dan ibu mertuaku,
Harun Bin Abdullah,Che Amnah Binti Deraman,
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan
membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Buat isteri tercinta Hazita Binti Harun,
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penasihat
penyelidikan, Puan Hanim Binti Sulaiman yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan,
panduan, tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah
S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia kerana memberi peluang dan kebenaran kepada saya dan guru-guru bukan
siswazah lain untuk mengikuti Program Khas Pengsiswazahan Guru yang dianjurkan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu mendoakan
kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk anakmu ini ke
menara gading dan tidak lupa juga buat bapa dan ibu mertua yang banyak memberi
dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.
Akhir sekali untuk isteri tercinta Hazita Binti Harun yang banyak berkorban untuk
merealisasikan impian menjadi kenyataan. Terima kasih di atas segala pengorbanan,
sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong guru-guru
bukan siswazah melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Responden terdiri daripada 194 orang pelajar-pelajar yang mengikuti Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG) tahun akhir di UTM dari Jurusan Teknologi Serta
Pendidikan Kemahiran Hidup, Matematik dan Sains. Pelajar-pelajar yang mengikuti
program pensiswazahan ini adalah merupakan guru-guru yang sedang berkhidmat dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak 48 item soal selidik telah diajukan yang
mengandungi persoalan yang berkaitan faktor minat, faktor motivasi, faktor keluarga dan
faktor kenaikkan gaji. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian dan diedarkan kepada responden. Penganalisaan data dibuat dengan
menggunakan Statistical Package for Social Science Windows 10 (SPSS version 14) dan
dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min. Kajian mendapati secara keseluruhannya
semua faktor-faktor yang dikemukakan iaitu faktor minat, faktor motivasi, faktor keluarga
dan faktor kenaikkan gaji mendorong guru-guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di
UTM. Kesemua faktor-faktor yang mendorong ini berada pada tahap tinggi dan ianya
sangat mendorong guru-guru bukan siswazah ini melanjutkan pelajaran mereka untuk
medapatkan ijazah. Daripada hasil kajian ini dicadangkan pihak Kementerian Pendidikan
dan Jabatan Perkhidmatan Awam memberikan berbagai insentif yang boleh mengalakkan
guru-guru melanjutkan pelajaran bagi mempertingkatkan martabat ilmu dan
profesionalisme perguruan.
vi
ABSTRACT
This descriptive research, in the form observation of questionnaire is to determine what are
the factors that encourages non-graduate teachers to further studies at UTM. Respondents
consist of 194 final year from UTM students, whom are undergoing ‘Program Khas
Pensiswazahan Guru’ (PKPG), majoring in Living Skills, Maths and Science. Students
whom are undergoing this course are teachers serving for Ministry of Education. 48
question items which consist questions regarding interest factor, motivation factor, family
factor and salary increment factor was asked to respondents. Questionnaire was used as
the research instrument and distributed to respondents. Data was analyzed using Statistical
Package for Social Science Windows 10 (SPSS Version 14) and presented in mean and
percentage form. The outcome from this research shows that all the factors which includes
interest, motivation, family and salary increment factors encourages non-graduate teachers
to further their studies at UTM. All these factors are at a high level, which means they
encourages these teachers to further their studies to get a degree. Therefore, from the
outcome of this research, it is recommended that the Ministry of Education and Service
Department introduce incentives which can enhance or foster teachers to further studies as
well as enhance their knowledge and profesionalisme in the teaching profesion.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
viii
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.9 Rumusan 15
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai matlamat dan
hasrat utama negara. Pendidikan dapat menyatupadukan masyarakat dan berupaya
melahirkan rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi masa
kini. Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan pada setiap individu.
Falsafah Pendidikan Negara menjelaskan bahawa pendidikan merupakan satu usaha
yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu, secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Falsafah
Pendidikan Negara ini adalah bertujuan melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat serta negara (Rabiah, 1994).
Perubahan-perubahan yang telah dan sedang berlaku ini adalah akibat daripada
reformasi pendidikan di Malaysia hari ini dalam konteks memenuhi matlamat dan hasrat
Wawasan 2020 natijah daripada Falsafah Pendidikan Negara yang secara langsung
2
melibatkan kaum pendidik di seluruh negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) menyatakan bahawa “Peningkatan daya saing ini memerlukan modal insan
bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta
memiliki etika kerja positif dan nilai kerohanian. Oleh itu, dalam tempoh RMK-9, bina
upaya akan diberi keutamaan tinggi. Bagi tujuan ini, penambahbaikkan secara
komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat
akan dilaksanakan. Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan kemahiran
keusahawanan bagi semua peringkat pendidikan dan latihan untuk membantu mewujudkan
masyarakat usahawan. Program pembelajaran sepanjang hayat akan diperluas bagi
menyediakan lebih banyak peluang kepada individu untuk meningkatkan dan menambah
baik kualiti diri melalui pemerolehan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan.”
(Rancangan Malaysia Ke-9, 2006 – 2010)
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah, Datuk Khairudin
Asha’ari (Berita Harian 5hb Jun 1998), menyatakan guru bukan siswazah bagi mata
pelajaran sains dan Teknologi serta Bahasa Inggeris di sekolah menengah berpeluang
melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah pertama apabila Kementerian Pendidikan
melaksanakan program pensiswazahan. Langkah itu adalah antara program yang
dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan mutu dan kelayakan guru
bukan siswazah bagi mata pelajaran terbabit. Kaedah ini juga akan membolehkan
Kementerian Pendidikan memilih guru yang layak untuk diberi peluang melanjutkan
pelajaran di peringkat ijazah pertama. Menurut Azhar (1996) antara program tersebut
termasuklah kursus dalam perkhidmatan, lawatan sambil belajar, kursus ke luar negara dan
program berkembar antara maktab dan universiti.
Menurut Mok Soon Sang (1991), guru-guru perlu dimantapkan dengan
profesionalisme yang tulen sesuai dengan profesion perguruan yang mementingkan
amanah dan tanggungjawab dengan menggunakan akal, ilmu mahupun kemahiran
pengajaran. Pendidikan hari ini dan masa depan memerlukan guru-guru dan pengurus-
pengurus pendidikan di semua peringkat yang lebih bersemangat, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi serta mampu berkembang seiring dengan peredaran zaman dan
kemajuan teknologi maklumat yang kian maju, malah sentiasa bertambah dan berubah.
Atas beberapa alasan inilah segelintir daripada guru-guru mengambil keputusan
melanjutkan pelajaran agar pengetahuan dan kemahiran profesional yang tinggi dapat
-
3
dijana dan ditonjolkan. Sektor pendidikan telah dipertanggungjawabkan membentuk
generasi yang berilmu dan berkemahiran, ia adalah antara agenda utama Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Menurut Mohamad Najib Ghafar (1999), pendidikan merupakan usaha mengatur
ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya
supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi. Ee Ah Meng (1997)
menyatakan setiap orang tahu bahawa pendidikkan awalan atau permulaan yang sedia ada
di dalam diri tidak mencukupi untuk meningkatkan kelayakan mereka. Sememangnya
guru-guru perlu bersedia untuk melanjutkan pelajaran supaya tidak ketinggalan di dalam
ilmu pendidikan untuk disampaikan kepada pelajar. Ini disebabkan oleh inovasi di dalam
pengetahuan, teknik, kemahiran dan idea sering berkembang begitu cepat sejajar dengan
perkembangan mengikuti perubahan semasa.
Menurut Mok Soon Sang (1991), untuk mempastikan wawasan 2020 dan
rancangan kementerian tercapai dengan jayanya, guru-guru perlulah dimantapkan dengan
profesionalisme yang tulen yang sesuai dengan profesion perguruan yang mementingkan
amanah dan tanggungjawab dengan menggunakan akal, ilmu pengetahuan dan kemahiran
pengajaran. Ini perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan demi menjamin disiplin,
produktiviti dan mutu pengajaran yang baik.
antara sifat yang perlu ada pada setiap guru ialah keikhlasan dalam bekerja yang
bercirikan amanah terhadap ilmu yang dibawanya dan sedia meningkatkan ilmu
pengetahuan dan profesionalismenya.”
(Mok Soon Sang, 1991)
Menyedari hakikat ini, pihak Kementerian Pendidikan telah membuat beberapa
program bagi meninggikan tahap profesionalisme guru-guru. Antaranya termasuklah
dengan mengadakan program kursus dalam perkhidmatan, lawatan sambil belajar, kursus
ke luar negara dan sekarang terdapat pula program berkembar antara insitut perguruan dan
universiti tempatan.
Sebagai pendidik tanah air yang memikul tanggungjawab dan amanah menerusi
reformasi pendidikan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara, kejayaan dan
-
4
kegagalan usaha-usaha ini bergantung kepada guru itu sendiri. Walaubagaimana penting
dan mustahaknya perubahan-perubahan kandungan dan pendekatan kurikulum pendidikan
kita, jangan lupa bahawa semangatlah yang menjadi kuncinya yang akan memberikan
cahaya yang tidak kunjung padam bagi menghadapi dan memenuhi tuntutan-tuntutan
semasa dan cabaran-cabaran masa depan abad ke-21.
Guru perlu berubah, membaiki kelemahan diri dengan menjadi orang yang berilmu
dan menyampaikan ilmu-ilmu yang terbaru. Menurut Abdullah dan Ainon (1998), secara
umumnya guru-guru kekurangan dalam dua hal iaitu kesabaran dan persediaan psikologi
dalam menghadapi situasi kelas harian. Kebanyakan kumpulan pelajar yang ingin
melanjutkan pelajaran kerana mereka dahagakan ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri
sendiri. Mereka sangat cinta dan sayangkan ilmu pengetahuan.
Menurut Abu Zahari (1988), ahli psikologi berpendapat bahawa segala tingkah laku
manusia sentiasa dipengaruhi oleh motif manusia. Dalam masa dan keadaan yang
berlainan, kita dipengaruhi oleh motif yang berlainan. Ahli-ahli psikologi pendidikan
mentakrifkan motif tersebut sebagai dugaan atau harapan seseorang terhadap sesuatu,
samada ianya menyeronokkan atau menyakitkan. Dugaan atau harapan ini timbul daripada
situasi yang dihadapi. Situasi atau keadaan yang menimbulkan dugaan atau harapan
seseorang, menggerakkannya untuk bertindak atau melakukan sesuatu. Motif berbeza-beza
di antara manusia disebabkan oleh pengalaman manusia dan kebudayaan antara
masyarakat yang berbeza.
Kaum guru adalah merupakan satu model yang paling berpengaruh untuk dicontohi
oleh pelajarnya. Pelajar tentunya lebih bersemangat untuk belajar apabila melihat gurunya
sendiri terus menuntut ilmu walaupun telah mempunyai keluarga ataupun yang telah
mempunyai pendapatan yang tetap. Kaum guru juga harus sedar bahawa peningkatan
akademik yang diperolehi akan meletakkan diri mereka ke tempat yang lebih baik dari
yang dahulunya. Profesionalisme juga menuntut kaum guru supaya berkembang,
meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri, menjadi lebih berpengetahuan, lebih mahir
dan lebih berketrampilan mengikut perkembangan ilmu (Rahimah Ahmad, 1992). Biarpun
pengetahuan kemahiran profesioanal yang tinggi merupakan ciri yang penting namun jika
tidak didukungi dengan semangat keguruan yang tinggi’ hasrat yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Negara sukar dihayati dan dipenuhi sepenuhnya.
-
5
1.2.1 Latar Belakang Masalah
Kebelakangan ini ramai di kalangan guru-guru bukan siswazah berusaha
menyambung pelajaran mereka hingga ke peringkat tertinggi untuk memperolehi segulung
ijazah. Pelbagai usaha dilakukan untuk memenuhi syarat kemasukan ke universiti seperti
menyertai kursus-kursus dan program-program yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran. Guru-guru bukan siswazah ini perlu memenuhi beberapa syarat-syarat lain yang
telah ditetapkan oleh kementerian seperti pengesahan dalam jawatan, berkhidmat
sekurang-kurangnya tiga tahun, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan sebagainya
untuk mengukuhkan lagi permohonan mereka supaya hasrat mereka untuk terus berlajar
akan tercapai.
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang merancang dan melaksanakan program-
program untuk memperkasakan lagi profesion perguruan dan melahirkan guru-guru
berkualiti dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9). Menteri Pelajaran Malaysia,
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kementerian terus menggunakan dasar
sedia ada iaitu meningkatkan jumlah guru siswazah kepada sekurang-kurangnya 50 peratus
di sekolah rendah dan 100 peratus di sekolah menengah menjelang 2010.”
(Utusan Malaysia, 20 Mei 2005)
Menyedari keperluan ini, Kementerian Pelajaran telah menganjurkan beberapa
program untuk mensiswazahkan guru bermula sejak tahun 1993 hingga sekarang, cuma
bezanya dari segi nama program sahaja. Daripada Program Berkembar (1993 hingga
1995) kepada Kursus Diploma Perguruan Khas (1996 hingga 1997) dan seterusnya
Program Khas Pengsiswazahan Guru (1999 hingga sekarang). Program-program ini
dijalankan antara maktab perguruan dengan universiti. Program yang dianjurkan ini
merupakan saluran terbaik kepada guru-guru berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai
peluang sedemikian.
Seiringan dengan perkembangan dan reformasi pendidikan semasa inilah, maka
guru-guru harus mengambil peluang yang terbuka luas ini untuk mempertingkatkan
kelayakan akademik dari sijil iktisas dan diploma perguruan kepada ijazah pertama.
-
6
Dengan cara ini jurang perbezaan taraf di kalangan guru-guru bukan siswazah dan guru-
guru siswazah dapat dikurangkan dan seterusnya dapat dihapuskan dan suasana
kekeluargaan yang harmoni di kalangan warga guru di sekolah dapat diwujudkan.
Guru yang mengikuti program ini dikehendaki mengikuti pengajian selama setahun
di maktab perguruan dan dua tahun di universiti. Semua guru-guru tidak terkecuali dalam
usaha memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan tahap
pencapaian akedemik mereka melalui program-program ini. Usaha peningkatan kelayakan
akedemik guru-guru ini dari kedudukan guru bukan siswazah kepada taraf guru siswazah
adalah merupakan satu usaha untuk cuba mengubah tanggapan masyarakat terhadap
penilaian mereka yang negatif itu.
Perubahan pesat yang berlaku dalam teknologi tidak pernah mengurangkan
kepentingan tugas guru terutama dalam pendidikan. Mok Soon Sang ( 1992 ) menyatakan
bahawa Reformasi Pendidikan yang bermula awal 80an menuntut komitmen yang lebih
tinggi dari pendidik. Teknologi maklumat contohnya membawa kepada kepelbagaian
alatan atau teknik baru dalam pengajaran. Selari dengan itu guru mestilah memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menguasai dan mengendali sumber
tersebut.
Menurut Mok Soon Sang (1996), kaum guru harus sedar untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan, maka hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang
mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap yang positif terhadap pekerjaan.
Peningkatan ilmu pengetahuan penting bagi seseorang guru agar ia tidak ketinggalan
dengan arus perkembangan semasa. Banyak faktor-faktor yang mendorong guru-guru
bukan siswazah ini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi khususnya bagi
mendapatkan ijazah antaranya faktor minat, faktor maotivasi, faktor keluarga dan faktor
kenaikan gaji.
Menurut Abu Zahari (1987), mengatakan minat berperanan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Minat yang tinggi boleh mempengaruhi dan mendorong
seseorang itu berusaha dengan gigih untuk menguasai apa yang dikehendaki. Menurut
-
7
Shukor (1994), minat juga merupakan perhatian, kesukaan, kecenderungan dan kegemaran
seseorang terhadap sesuatu.
Menurut Amir (1986), motivasi merupakan suatu dorongan semulajadi yang wujud
dalam diri individu. Tiap-tiap orang membuat sesuatu bagi mencapai matlamat yang
membawa kepada kepuasan kepada dirinya. Di dalam pembelajaran, seseorang didorong
oleh motivasi yang berbeza. Motivasi adalah sesuatu yang penting sebagai pendorong dan
rangsangan untuk seseorang itu bertindakbalas bagi tujuan berkembang dan terus berusaha
untuk mencapai kejayaan.
Discenza et al.(1985, dalam: Zulfikar 1993) telah mengemukakan alasan bahawa
seseorang melanjutkan pelajaran ialah kerana dorongan ibu bapa, keluarga, biasiswa,
prestasi akademik dan tempat institusi. Ini menunjukkan peranan dari ibu bapa dan
keluarga tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi sebab pelajar-pelajar melanjutkan
pelajaran.
Kaum guru juga harus sedar bahawa peningkatan kelayakan akademik yang
diperolehi akan meletakkan diri mereka di tempat yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Menurut Mohd Noor Ibrahim (1990), dalam ulasannya mengenai teori Human Capital ”
oleh Beker, seseorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi adalah sesuai dan lebih
berkemampuan untuk menikmati pendapatan dan produktiviti yang tinggi. Oleh itu para
guru mestilah menganggap bahawa peningkatan kelayakan akademik akan memberikan
keuntungan atau aset dalam kerjaya mereka. Meneruskan pengajian ke pusat-pusat
pengajian tinggi bukan sahaja dapat menaikkan semangat pelajar malah akan memperbaiki
kedudukan ekonomi mereka. Berdasarkan usaha inilah kajian dijalankan oleh penyelidik
untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru-guru bukan siswazah ini
melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi Malaysia.
-
8
1.3 Penyataan Masalah
Dalam menuju era Wawasan 2020 agar membentuk negara maju dalam segenap
bidang khususnya dalam memperkasakan mutu pendidikan bertaraf dunia, kerajaan sedang
menambah bilangan guru-guru siswazah dan mengurangkan guru-guru bukan siswazah
agar hasrat kerajaan dalam menaikkan taraf mutu pendidikan Negara tercapai. Usaha
guru-guru bukan siswazah ini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah
selaras dengan kehendak kerajaan memartabatkan sistem pendidikan ke taraf dunia. Guru-
guru ini sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran serta kemajuan diri ke tahap
yang lebih baik. Ini kerana prestasi guru sentiasa mempengaruhi kualiti perkhidmatan
pendidikan di sesebuah negara.
Kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya kepada guru-guru bukan siswazah
menyambung ijazah di universiti-universiti dalam program-program dan latihan yang
diiktiraf oleh kerajaan. Atas perkembangan ini, satu kajian perlu dijalankan untuk melihat
dan mengetahui faktor-faktor yang mendorong guru-guru bukan siswazah (guru-guru
PKPG) yang memegang sijil iktisas perguruan dan juga guru-guru yang memegang
diploma perguruan melanjutkan pelajaran ijazah di universiti khasnya di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengetahui faktor-
faktor dari aspek minat, motivasi, keluarga dan kenaikan gaji mendorong guru-guru bukan
siswazah ini melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah khusunya di UTM.
1.4 Persoalan Kajian
Berpandukan kepada penyataan masalah di atas, persoalan kajian yang hendak di
selidiki melalui kajian ini ialah:-
(a) Apakah faktor minat mendorong guru-guru bukan siswazah melanjutkan
pelajaran di UTM ?
-
9
(b) Apakah faktor motivasi mendorong guru-guru bukan siswazah melanjutkan
pelajaran di UTM ?
(c) Apakah faktor keluarga mendorong guru-guru bukan siswazah melanjutkan
pelajaran di UTM ?
(d) Apakah faktor kenaikkan gaji mendorong guru-guru bukan siswazah
melanjutkan pelajaran di UTM ?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran jelas sejauh manakah
faktor-faktor yang mendorong guru-guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran memiliki
ijazah di UTM. Aspek-aspek ini akan dikaji melalui beberapa objektif berikut :
(a) Mengenal pasti apakah faktor minat mendorong guru-guru bukan siswazah
melanjutkan pelajaran di UTM.
(b) Mengenal pasti apakah faktor motivasi mendorong guru-guru bukan
siswazah melanjutkan pelajaran di UTM.
(c) Mengenal pasti apakah faktor keluarga mendorong guru-guru bukan
siswazah melanjutkan pelajaran di UTM.
(d) Mengenal pasti apakah faktor kenaikkan gaji mendorong guru-guru bukan
siswazah melanjutkan pelajaran di UTM.
-
10
1.6 Kepentingan kajian
Hasil daripada kajian dan penyelidikan ini maka diharap ianya akan dapat dijadikan
panduan oleh pihak-pihak tertentu. Terdapat juga beberapa manafaat yang diperolehi hasil
daripada kajian yang dijalankan. Antaranya ialah :
i. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada pendidik iaitu
Kementerian Pelajaran Malaysia. Daripada keprihatinan pihak tersebut,
berbagai program boleh diatur untuk tujuan peningkatan ilmu dikalangan
para pendidik. Namun begitu masih lagi ramai para pendidik yang tidak
turut serta dalam program yang dianjurkan. Kajian perlu dijalankan untuk
mengenalpasti kelemahan yang berlaku dan perlu dibaiki.
ii. Jabatan Perkhidmatan Awam.
Di dalam kajian Sh. Husin (1999) masalah kewangan adalah faktor utama
yang menghalang guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran. Oleh itu
adalah penting untuk Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula
program cuti belajar separuh gaji kepada gaji penuh. Selain dari itu sebagai
daya penarik diatas usaha mereka, pergerakan gaji yang lebih menarik
diberikan bagi guru yang mengikuti kursus Program Khas Pensiswazahan
Guru (PKPG) di Institusi pengajian tinggi.
iii. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Sentiasa merancang untuk kemajuan pendidikan mengikut negeri-negeri
dalam Malaysia, jabatan ini boleh mendapat gambaran tentang masalah
guru bukan siswazah pendidikan apabila mengikuti perkembangan program
PKPG. Selain dari itu pihak JPN boleh mendapat gambaran terhadap
kepentingan kurikulum matapelajaran dalam pendidikan.
iv. Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.
-
11
Dapat memberi maklum balas kepada JPT tentang perancangan
matapelajaran yang ditawarkan kepada guru bukan siswazah serta mengkaji
semula matapelajaran yang kurang sesuai.
v. Guru-guru bukan siswazah.
Dapat memberi gambaran mengenai faktor-faktor yang menghalang
guru-guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran ke universiti khususnya di
UTM. Dengan ini mereka boleh membuat persediaan yang cukup untuk
mengatasi masalah tersebut.
1.7 Batasan Kajian
Kajian akan dibataskan kepada guru-guru yang sedang mengikuti Program Khas
Pengsiswazahan Guru (PKPG) di UTM dalam bidang pendidikan yang dibataskan kepada
tiga kursus iaitu guru-guru PKPG Kemahiran Hidup, Matematik dan Sains. Sampel yang
diperolehi juga merupakan suatu sampel yang lebih khusus kerana ianya hanya melibatkan
pelajar-pelajar PKPG tahun akhir sahaja. Kajian ini berpandukan kepada maklumat yang
diberikan oleh guru-guru yang dipilih sebagai responden kajian. Item-item kajian yang
digubal adalah untuk mengetahui faktor-faktor pendorong seperti minat, motivasi, keluarga
dan kenaikkan gaji yang mendorong guru-guru bukan siswazah ini melanjutkan pelajaran
di UTM.
1.8 Definisi Istilah
Dalam memberi kefahaman di dalam kajian ini terdapat beberapa definisi yang
-
12
digunakan oleh penyelidik bagi memperjelaskan sesuatu perkara supaya lebih selari
dengan maksud atau makna yang diutarakan.
1.8.1 Faktor
Faktor adalah keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh keatas hasil dari
sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebabnya (kamus dewan, 1991). Dalam kajian ini
faktor merujuk kepada faktor-faktor yang mendorong pelajar melanjutkan pelajaran.
Mengikut Kamus Dewan Edisi (1990), faktor adalah keadaan peristiwa dan lain-lain yang
mempengaruhi terjadinya sesuatu, manakala mengikut The Oxford English Dictionary,
faktor membawa maksud suatu elemen yang terdapat dalam komposisi tertentu yang
membuahkan hasil atau sebagai agen. Dalam kajian ini ia membawa maksud unsur-unsur
yang mendorong guru-guru PKPG (guru-guru bukan siswazah) melanjutkan pelajaran di
UTM.
1.8.2 Mendorong
Mendorong maksudnya di sini ialah memberangsangkan, mempengaruhi,
menyebabkan jadi sesuatu (Kamus Dewan, 1994).
-
13
1.8.3 Guru-guru PKPG
Guru-guru PKPG dalam kajian ini guru-guru yang mengikuti Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru-guru ini
adalah guru-guru bukan siswazah yang hanya memiliki Sijil Iktisas Perguruan dan juga
guru-guru yang memiliki Diploma Perguruan Malaysia atau setaraf dengannya yang
diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru-guru ini tidak memiliki Ijazah
Pendidikan.
1.8.4 Melanjutkan Pelajaran
Menambah atau meneruskan belajar secara sepenuh masa di Institusi Pengajian
Tinggi Awam, dengan tujuan untuk mempertingkatkan prestasi akedemik samada ilmu
pengetahuan atau kemahiran secara formal (Kamus Dewan, 1996). Suatu proses
meningkatkan ilmu pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi dan sekali gus merubah status
seseorang kepada kedudukan yang lebih baik dan dihormati oleh masyarakat (Rahimah
Ahmad,1988).
1.8.5 Minat
Maksud minat dalam Kamus Dewan, 1994 menyatakan minat adalah keinginan
(kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu.
-
14
1.8.6 Motivasi
Motivasi bermaksud keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri
seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan
untuk mencapai kejayaan (Kamus Dewan, 1994).
1.8.7 Keluarga
Keluarga merupakan individu-individu yang paling rapat kerana mempunyai
hubungan secara genetik. Faktor keluarga yang dimaksudkan ialah terdiri daripada ibu
bapa dan adik-beradik, yang biasanya menjadi ahli dalam sesebuah keluarga. Keluarga
yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah ibu bapa, isteri, anak-anak dan adik-beradik yang
lain. Dalam Kamus Dewan, 1994 maksud keluarga ialah seisi rumah tangga (yg terdiri
drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak).
1.8.8 Kenaikan
Maksud kenaikan dalam Kamus Dewan, 1994 menyatakan kenaikan ialah perihal
naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dan lain-lain), naiknya.
-
15
1.8.9 Gaji
Gaji yang bermaksud dalam kajian ini ialah upah yangg tetap, bayaran yang tetap
untuk pekerjaan (Kamus Dewan, 1994).
1.9 Rumusan
Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang kajian,
penyataan masalah, persoalan kajian, kepentingan kajian, objektif kajian dan kepentingan
kajian. Dari itu, perancangan serta strategi yang baik perlulah diatur dan disusun dengan
sempurna oleh guru-guru supaya semangat yang ada pada mereka selama ini tidak tercicir
di tengah jalan. Dengan semangat tersebut, segala matlamat dan cita-cita guru untuk
memiliki ijazah akan tercapai jua akhirnya.