18
FKK NEWS Faculty of Chemical Engineering Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang A Newsletter for Alumni, Students and Friends of The Faculty Issue 7/2014 ::Mesej Koordinator:: Mohd Azahar Mohd Ariff Inside: Faculty Updates p.2 Past events p.3-4, Recognitions p.5-6, ChESS Update p.7-13, Reflection p.14-16 Reminiscence p.17, Biography p.18 ISSN 2231– 7414 وبركاته ورحمةم عليكم السAlhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT di atas limpah dan kurnianya kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi coretan di dalam FKK Newsletter edisi 2014 ini. Tidak lupa juga ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan UiTM dan juga rakan-rakan fakulti kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Pulau Pinang bagi sesi 2013/2015. Sesungguhnya ianya merupakan satu tanggungjawab yang mencabar yang harus saya pikul untuk mengemudi FKK UiTM Pulau Pinang ke arah sebuah organisasi yang cemerlang dan mencapai kejayaan di dalam setiap sudut yang diceburi. “Once we accept the limit, we go be- yond it”. Namun kejayaan sesebuah organisasi itu tidak datang begitu sahaja dan ianya memer- lukan komitmen dan juga kerjasama yang tinggi daripada ahli-ahlinya. Jadi saya amat memer- lukan sokongan padu daripada para pensyarah, staf sokongan dan juga para pelajar di dalam setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan pada masa yang terdekat ini. Masih tidak lewat untuk saya ucapkan Tahniah kepada para pelajar FKK yang berjaya mem- perolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan dalam Peperiksaan Akhir April 2014 yang lalu. Seramai 25 orang pelajar telah memperolehi Anugerah Naib Canselor (ANC) dan ini merupakan rekod fakulti bagi program EH110. Seramai 104 orang pelajar telah berjaya menamat- kan pengajian dan seramai 93 orang pelajar telah berjaya memperolehi Anugerah Dekan (AD). Bagi yang tidak berjaya, jangan bersedih dan seharusnya menggandakan usaha untuk terus berjaya dimasa hadapan. Disamping itu juga, saya ingin mengucapkan Syabas kepada kelab CHESS, pelajar-pelajar dan juga staf-staf yang telah terlibat didalam mengendalikan NACES (National Chemical Engineer- ing Symposium) peringkat kebangsaan di UiTM Pulau Pinang dengan jayanya. Tidak lupa juga ingin saya mengumumkan berkaitan dengan staf yang bakal menerima biasiswa melanjutkan pengajian di peringkat kedoktoran pada tahun 2014 ini, iaitu En. Muhammad Zahiruddin Ramli dan Pn. Hawaiah Imam Maarof. Saya juga ingin mengucapkan “Selamat Pergi” kepada semua pelajar-pelajar diploma FKK UiTM Pulau Pinang ke UiTM Pasir Gudang kerana bermula dari Jun ini, UiTM Pulau Pinang tidak akan lagi menawarkan program diploma. Walau bagaimanapun, FKK UiTM Pulau Pinang akan menawarkan program baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kep.) Kimia Dengan Persekitaran (EH224) bermula dari pengambilan Mac yang lalu. Jadi ucapan aluan “Selamat Datang” dan “Tahniah” pula khas saya tujukan kepada para pelajar baru ISM kerana telah berja- ya memasuki program baru ini. Diharap para pelajar dapat bekerja dengan lebih gigih, konsisten dan bersatu padu demi kecemerlangan akademik fakulti. Akhir kata marilah kita (para pensyarah, staf sokongan dan juga para pelajar) bersama-sama bergandingan bahu dan memberikan sokongan yang padu agar dapat mengharumkan nama FKK dari masa ke semasa demi mencapai kejayaaan dan kecemerlangan di dalam akademik, kokurikulum dan juga insaniah. Terima Kasih. Wassalam En. Mohd Azahar Mohd Ariff CEng MIChemE Ketua Pusat Pengajian FKK FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof. Madya Dr Ngah Ramzi Hamzah ADVISOR En. Mohd Azahar Mohd Ariff EDITOR Hamizura Hassan REPORTERS Dr Chang Siu Hua Nur Fadzeelah Abu Kassim Nur Alwani Ali Bashah Nor Haslinda Nasuha Rasyidah Alrozi Siti Fatimah Abdul Halim Faraziehan Senusi

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

  • Upload
    lammien

  • View
    226

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

FKK NEWS Faculty of

Chemical Engineering

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang

A Newsletter for Alumni, Students and Friends of The Faculty

Issue 7/2014

::Mesej Koordinator::

Mohd Azahar Mohd Ariff

Inside: Faculty Updates p.2 Past

events p.3-4, Recognitions p.5-6,

ChESS Update p.7-13, Reflection

p.14-16 Reminiscence p.17,

Biography p.18

ISSN 2231– 7414

السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tak

terhingga kepada Allah SWT di atas limpah dan kurnianya kerana

memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi coretan di dalam

FKK Newsletter edisi 2014 ini. Tidak lupa juga ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada

pihak pengurusan UiTM dan juga rakan-rakan fakulti kerana memberi kepercayaan kepada saya

untuk menerajui Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Pulau Pinang bagi sesi 2013/2015.

Sesungguhnya ianya merupakan satu tanggungjawab yang mencabar yang harus saya pikul

untuk mengemudi FKK UiTM Pulau Pinang ke arah sebuah organisasi yang cemerlang dan

mencapai kejayaan di dalam setiap sudut yang diceburi. “Once we accept the limit, we go be-

yond it”. Namun kejayaan sesebuah organisasi itu tidak datang begitu sahaja dan ianya memer-

lukan komitmen dan juga kerjasama yang tinggi daripada ahli-ahlinya. Jadi saya amat memer-

lukan sokongan padu daripada para pensyarah, staf sokongan dan juga para pelajar di dalam

setiap program dan aktiviti yang akan dijalankan pada masa yang terdekat ini.

Masih tidak lewat untuk saya ucapkan Tahniah kepada para pelajar FKK yang berjaya mem-

perolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan dalam Peperiksaan Akhir April 2014

yang lalu. Seramai 25 orang pelajar telah memperolehi Anugerah Naib Canselor (ANC) dan ini

merupakan rekod fakulti bagi program EH110. Seramai 104 orang pelajar telah berjaya menamat-

kan pengajian dan seramai 93 orang pelajar telah berjaya memperolehi Anugerah Dekan (AD).

Bagi yang tidak berjaya, jangan bersedih dan seharusnya menggandakan usaha untuk terus

berjaya dimasa hadapan.

Disamping itu juga, saya ingin mengucapkan Syabas kepada kelab CHESS, pelajar-pelajar dan

juga staf-staf yang telah terlibat didalam mengendalikan NACES (National Chemical Engineer-

ing Symposium) peringkat kebangsaan di UiTM Pulau Pinang dengan jayanya. Tidak lupa juga

ingin saya mengumumkan berkaitan dengan staf yang bakal menerima biasiswa melanjutkan

pengajian di peringkat kedoktoran pada tahun 2014 ini, iaitu En. Muhammad Zahiruddin Ramli

dan Pn. Hawaiah Imam Maarof.

Saya juga ingin mengucapkan “Selamat Pergi” kepada semua pelajar-pelajar diploma FKK UiTM

Pulau Pinang ke UiTM Pasir Gudang kerana bermula dari Jun ini, UiTM Pulau Pinang tidak akan

lagi menawarkan program diploma. Walau bagaimanapun, FKK UiTM Pulau Pinang akan

menawarkan program baru iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kep.) Kimia Dengan

Persekitaran (EH224) bermula dari pengambilan Mac yang lalu. Jadi ucapan aluan “Selamat

Datang” dan “Tahniah” pula khas saya tujukan kepada para pelajar baru ISM kerana telah berja-

ya memasuki program baru ini. Diharap para pelajar dapat bekerja dengan lebih gigih, konsisten

dan bersatu padu demi kecemerlangan akademik fakulti.

Akhir kata marilah kita (para pensyarah, staf sokongan dan juga para pelajar) bersama-sama

bergandingan bahu dan memberikan sokongan yang padu agar dapat mengharumkan nama

FKK dari masa ke semasa demi mencapai kejayaaan dan kecemerlangan di dalam akademik,

kokurikulum dan juga insaniah.

Terima Kasih. Wassalam

En. Mohd Azahar Mohd Ariff CEng MIChemE

Ketua Pusat Pengajian FKK

FKK NEWS EDITORIAL BOARD

PATRON

Prof. Madya Dr Ngah Ramzi Hamzah

ADVISOR

En. Mohd Azahar Mohd Ariff

EDITOR

Hamizura Hassan

REPORTERS

Dr Chang Siu Hua

Nur Fadzeelah Abu Kassim

Nur Alwani Ali Bashah

Nor Haslinda Nasuha

Rasyidah Alrozi

Siti Fatimah Abdul Halim

Faraziehan Senusi

Page 2: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

FACULTY UPDATES

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012

SENIOR LECTURER PROMOTION

CONGRATULATIONS to Mr. Muhammad Zahiruddin Ramli, Mrs. Hawaiah Imam Maarof and Ms. Nur Fadzeelah

Abu Kassim on their promotions to Senior Lecturer in the Faculty of Chemical Engineering. Their promotion based

on the outstanding excellence and innovation in all aspects including in teaching and research. May it will inspired

the rest of the Faculty members to be more successfull in our university.

The Faculty wish congratulations to three of our FKK lecturers whose recieved Excellence Service Award (APC) 2012

from UiTM. They are Mrs. Faraziehan Senusi, Mrs. Nurulhuda Amri and Ms. Nur Fadzeelah Abu Kassim. Hopefully

this award has given all the staff a great encouragement to boost our motivation to be the best faculty in this

university.

2

ANUGERAH HARI KUALITI 2013

Congratulations to all staff who have been awarded in Hari Kualiti 2013. The winners are:

ANUGERAH PENERBITAN 2012

PLATINUM

RASYIDAH ALROZI

PERAK

NOORZALILA MUHAMMAD NIZA

HAMIZURA HASSAN

HAWAIAH IMAM MAAROF

GANGSA

NORHASLINDA NASUHA

WAN ZURAIDA WAN KAMIS

LEONG SOO KWAN

MOHD AZAHAR MOHD ARIFF

NURULHUDA AMRI

NUR ALWANI ALI BASHAH

ANUGERAH AUDITOR KOMITED 2011

CHANG SIU HUA

KHAIRONNISWAH ABDUL SAMAD

MINI KONVENSYEN “TEAM EXCELLENCE”

ANJURAN MPC

EMAS

I-CHEM

MINI KONVENSYEN “TEAM EXCELLENCE” WILAYAH UTARA ANJURAN MPC

EMAS

I-CHEM

KONVENSYEN KIK PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN MPC

EMAS TIGA BINTANG

I-CHEM

ANUGERAH 10 KUMPULAN TERBAIK SEKTOR

AWAM

I-CHEM

Reported by: Faraziehan Senusi

Page 3: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

PAST EVENTS MAJLIS PERPISAHAN PERPINDAHAN SEMENTARA STAF KE KAMPUS UITM JOHOR

CAWANGAN PASIR GUDANG

Laporan oleh: Siti Fatimah Abdul Halim

Majlis perpisahan sempena perpindahan sementara para pensyarah FKK ke kampus UiTM Pasir Gudang telah di-

adakan pada 24 April 2014 bertempat di Restoran Qasar Hadramawt, Perda. Seramai lapan orang pensyarah

Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Pulau Pinang telah dipinjamkan selama enam bulan ke kampus Pasir Gudang. Pa-

ra pensyarah yang terlibat dengan perpindahan sementara tersebut adalah Nur Fadzeelah, Nur Alwani,

Faraziehan, Rasyidah, Norhaslinda, Hamizura, Nurul Huda dan Siti Fatimah. Tujuan perpindahan sementara para

pensyarah ini adalah untuk memberi kerjasama, tunjuk ajar dan bimbingan kepada para pensyarah baru di kampus

Pasir Gudang. Tarikh pertukaran tersebut berkuatkuasa daripada 1 Mei 2014 sehingga 31 Oktober 2014. Majlis ter-

sebut telah dihadiri oleh Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, En Mohd Azahar Mohd Ariffin dan semua pen-

syarah serta staf sokongan FKK. Semoga para pensyarah yang dipinjamkan ini sentiasa bersemangat untuk

menabur khidmat bakti mereka kepada anak bangsa di tempat yang baru.

Pada tanggal 6 Mac 2014 yang lalu, satu Taklimat Chartered Engineer Application telah dianjurkan oleh FKK UiTM

(Pulau Pinang) dengan kerjasama pihak Institution of Chemical Engineers (IChemE). Taklimat ini bertempat di Bilik

Mesyuarat HEA, UiTM (Pulau Pinang) dan telah bermula pada pukul 6.00 petang dan telah tamat sekitar pukul 9.00

malam. Seramai 18 orang peserta telah hadir pada taklimat ini di mana 8 orang daripadanya adalah terdiri daripada

pensyarah FKK UiTM (Pulau Pinang). Manakala selebihnya adalah peserta luar yang terdiri daripada jurutera, pengu-

rus dan juga pensyarah daripada Century Chemical Works Sdn Bhd, Schaefer Kalk (M) Sdn Bhd, Meridian World

Sdn Bhd, TS Solartech Sdn Bhd, Engineered Product & Services Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP).

Di awal sesi taklimat, En Balasingam telah memperkenalkan IChemE secara amnya kepada para peserta. Setelah

itu, Cik Theresa Lok meneruskan sesi taklimat berkenaan dengan prosedur-prosedur permohonan Chartered

Engineer. Sebagai penutup, sesi taklimat berakhir dengan sesi soal jawab dan juga sesi bergambar. Secara

keseluruhannya, taklimat ini telah berjaya memberi pendedahan dan kefahaman yang jelas tentang prosedur-

prosedur bagi permohonan chartered engineer kepada semua peserta yang hadir. Di samping itu juga, taklimat ini

berjaya mewujudkan jalinan antara para pensyarah FKK dengan peserta-peserta lain di samping bertukar-tukar

pandangan.

3

TAKLIMAT CHARTERED ENGINEER APPLICATION

Laporan oleh: Nur Fadzeelah Abu Kasim

Page 4: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

PAST EVENTS MEMBRANE TECHNOLOGY FOR GAS AND LIQUID SEPARATION

Laporan oleh: Dr Chang Siu Hua

Faculty of Chemical Engineering, UiTM Pulau Pinang, in collaboration

with the School of Chemical Engineering, University of Queensland,

Australia, coordinated and hosted a membrane short course on 4 July

2013 at UiTM Pulau Pinang. With representation from UM, USM, SI-

RIM AMREC, UiTM Shah Alam, UiTM Perlis and UiTM Pulau Pinang,

the course convened 1 speaker and 28 participants (lecturers, re-

searchers and postgraduate students) from multiple sub-disciplines of

Chemical Engineering and Applied Science. The speaker, Professor

Joe da Costa, is the Director of the FIMLab – Films and Inorganic

Membrane Laboratory,

and a Professor in the

School of Chemical

Engineering at the

University of Queensland, Brisbane Australia. With his over 20 years of

working experience in industrial, consultancy and academic roles in

Brazil, England and Australia, he educated the participants on gas sep-

aration using high-performance silica membranes embedded with met-

al oxides. The first segment of the course focused on crystalline metal

oxide particles in amorphous silica films, while the second

segment discussed about gas permeation and separation. In the final

segment, the testing performance of a membrane module was high-

lighted. The short course started at 8 am and finished at 3 pm on the

same day.

4

Page 5: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

RECOGNITIONS 5

EVENT MEDAL PROJECT TEAM

INTERNATIONAL INVENTION

INNOVATION & RESEARCH DESIGN

PLATFORM (IP 2013)

GOLD SEMICONDUCTOR

WASTEWATER (H2O2)

REDUCTION BY USING Fe2+

IMMOBILIZED ONTO BALL

CLAY SUPPORT

HAMIZURA HASSAN, WAN ZURAIDA WAN

KAMIS, NORHASLINDA NASUHA, SITI

FATIMAH ABDUL HALIM, SITI AMINAH MD

ALI

SILVER FAST KINETIC P-SEED FOR

THE REMOVAL OF CATIONIC

AND ANIONIC DYE

NORHASLINDA NASUHA, NURULHUDA

AMRI, HAMIZURA HASSAN, SITI AMINAH

MD ALI, SHAIRA ISMAIL

SILVER BIODIESEL PRODUCTION

FROM NON-EDIBLE OIL SEA

MANGO BY ENZYMATIC

TRANSESTERIFICATION

SITI FATIMAH ABDUL HALIM, HAMIZURA

HASSAN, SITI AMINAH MD ALI, WAN

ZURAIDA WAN KAMIS

SILVER COCONUT WASTE AS A LOW

COST FEEDSTOCK FOR BIO-

DIESEL PRODUCTION

NOORZALILA MUHAMMAD NIZA, WAN

ZURAIDA WAN KAMIS, SITI FATIMAH

ABDUL HALIM, HAMIZURA HASSAN,

NURUL ASIKIN MOHD AZELAM

GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN

(SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-

HA MAT RAHIM,MUHAMMAD

ZULHASBULLAH ZAKRAN, SITI NUR

HANIS MOHAMED KHALID, NUR AJLAA

ABDU RAHIM, AIN ADILLA ABDUL RAHIM

BRONZE STYLISH RAIN SHOES NOORZALILA MOHD NIZA (SUPERVISOR),

MUHAMMAD RIDZWAN ROSDI,

MUHAMMAD AMIRUL MAT DZAKI,

NURKHALIS AZ-ZAHRAN MOHD SOFI,

AMIRUL AKMAL ABU BAKAR, FARAH

NASYITAH ESA

BRONZE FE-GRANITE AS A

HETEROGENEOUS FENTON

CATALYST FOR

DECOLORIZATION OF METHYL

ORANGE

HAMIZURA HASSAN (SUPERVISOR),

NORHASNINA ABU HASSAN, MUHAMAD

FARIS BAHARUDIN

BRONZE A LOW BAND GAP OF C-N-S

TRIDOPED TIO₂ FOR PHOTO-

CATALYSIS

NUR FADZEELAH ABU KASSIM

(SUPERVISOR), MUHAMMAD ALI CHOR,

NAJIHAH RAMLI, MUSFIRAH

GHAFARULLAHHUDDIN

BRONZE FE-MINING SAND FOR

REMOVAL OF REACTIVE DYE

UNDER SOLAR LIGHT

NORHASLINDA NASUHA (SUPERVISOR),

MOHD AMREE BIN CHE NOOR, MOHD

RIZAN JAINULLA

BRONZE MODIFIED AGROSORB RPEEL

FOR DYE REMOVAL

RASYIDAH ALROZI (SUPERVISOR),

ZULIYANA BINTI SAID, NASYRAH SAIFUL

ANUAR, MOHAMAD ZULHELMI MOHD

ZAWAWI

BRONZE AGRICULTURAL WASTES AS

POTENTIAL ADSORBENT

FARAZIEHAN SENUSI, MUHAMMAD RAZIF

SAIDINA OMAR, NUR KHALIDA ADIBAH

MD RADZI, MUHAMMAD FAHMI AKMAL

TAJUDIN, SABARIAH NAWAWI

KOREA CYBER INTERNATIONAL GENIUS

INVENTOR FAIR (CIGIF), SEOUL KOREA

GOLD HAET: TOWARDS ACHIEVING

GREEN BUILDING (GBI)

MOHAMED SHAZWAN OSMAN, SH MOHD

FIRDAUS SH ABDUL NASIR, MOHAMMAD

AMER QUSHAIRI BIN ABDUL RAHIM

Page 6: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

RECOGNITIONS

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) I-Chem dari Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) UiTM Pulau Pinang yang diketuai

oleh Mohamed Shazwan Osman telah menyertai pertandingan National Innovative and Creative Circle (NICC)

Peringkat Kebangsaan anjuran MPC pada 1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Pertandingan

berprestij ini disertai 170 Kumpulan KIK seluruh Malaysia meliputi pelbagai sektor. Kumpulan I-Chem telah menyertai

kategori Sektor Awam dan berentap dengan 65 penyertaan lain dari seluruh agensi kerajaan termasuk UiTM (Shah

Alam, Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang). Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan doa

semua pihak kumpulan KIK I-Chem FKK UiTM Pulau Pinang telah berjaya merangkul dua anugerah dalam

pertandingan ini iaitu:

1) Anugerah Emas Tiga Bintang

2) Anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam

Lebih membanggakan kumpulan I-Chem merupakan satu-satunya kumpulan dari UiTM yang terpilih dalam 10

kumpulan terbaik Sektor Awam walaupun pertama kali menyertainya. Sesungguhnya kejayaan ini hasil sokongan kuat

Tuan Rektor UiTMPP, semua warga kerja Fakulti Kejuruteraan Kimia Pulau Pinang dan Shah Alam, Pengurusan

Sumber Manusia UiTMPP, Urusetia KIK UiTMPP (khususnya Puan Farzanah Hanum) dan juga Unit Pengurusan Kolej

UiTMPP.

Dengan kemenangan ini melayakkan kumpulan I-Chem mewakili Malaysia di International Exposition on Team

Excellence yang bakal berlangsung di Singapura pada 25-27 June 2014. Semoga kumpulan I-Chem sentiasa

bersemangat dalam mendokong budaya inovasi universiti dan terus melakar kejayaan di pertandingan yang bakal

disertai. Tahniah I-CHEM: Mohamed Syazwan Osman, Mohd Azahar Mohd Ariff, Wan Zuraida Wan Kamis, Noorzalila

Muhammad Niza, Siti Maznah Hj. Sulaiman, Saiful Anuar Roswan, Hamizura Hassan, Rasyidah

Alrozi, Husinbanu Zakaruddin. “CREATIVITY IS CONTAGIOUS, PASS IT ON” (ALBERT EINSTEIN)

NATIONAL INNOVATIVE and CREATIVE CIRCLE (NICC) CONVENTION

Laporan oleh: HAMIZURA HASSAN

6

Page 7: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

ChESS UPDATE

Majlis Anugerah Dekan bagi Fakulti Kejuruteraan Kimia adalah majlis yang disambut pada setiap semester bagi

meraikan kejayaan para pelajar yang cemerlang pada semester sebelumnya. Pada tanggal 24 Januari 2014,

majlis ini telah berlangsung di Laman Perdana untuk meraikan 158 orang pelajar dari semester 1 sehingga semester 5

yang mendapat keputusan PNGS 3.50 dan ke atas (Anugerah Dekan) pada peperiksaan semesterJun – Oktober 2013

yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pusat

Pengajian FKK iaitu En. Mohd Azahar B. Mohd Ariff diikuti oleh

jamuan makan malam yang telah disediakan. Majlis juga

diserikan dengan beberapa persembahan jemputan dan

cabutan bertuah disamping penganugerahan sijil Anugerah

Dekan kepada para pelajar. Diharapan dengan adanya

program seumpama ini, dapat menyuntik lagi semangat para

pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bukan sahaja

dalam bidang akademik, malah dalam bidang-bidang yang lain

juga.

MALAM MAJLIS ANUGERAH DEKAN

Laporan Oleh: Nur Alwani Ali Bashah

7

Page 8: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

ChESS UPDATE 8

Pada 3 Febuari 2014 yang lalu, satu majlis perjumpaan pelajar-pelajar besama Dekan dan Timbalan-Timbalan Dekan

telah berlangsung bertempat di Dewan Besar, UiTM Pulau Pinang. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi

sedikit pendedahan dan maklumat berkaitan perpindahan pelajar diploma kejuruteraan kimia ke kampus Pasir Gudang

pada semester akan datang. Para pelajar semester akhir juga diberi taklimat secara ringkas oleh Timbalan Dekan HEA

Dr. Nornizar Anuar, berkenaan dengan peluang melanjutkan

pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Fakulti

Kejuruteraan Kimia di Shah Alam dan Pulau Pinang. Mereka

juga diberi penerangan ringkas berkenaan dengan persatuan

pelajar, dan program kebajikan pelajar yang menuntut di UiTM

Shah Alam oleh Timbalan Dekan HEP, Dr. Azil Bahari Alias.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam

11 malam. Sebelum majlis bersurai, pelajar-pelajar diberikan

peluang untuk sesi berdialog bersama pimpinan tertinggi

FKK,UiTM tentang segala permasalahan atau keraguan yang

memerlukan penjelasan. Semoga segala penerangan yang

diberikan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar untuk

membantu mereka merancang segala urusan perpindahan ke kampus yang baru. Disamping itu, dengan pendedahan

awal berkenaan dengan kursus-kursus kejuruteraan kimia yang di tawarkan di UiTM, dapat membantu pelajar

semester akhir untuk memilih hala tuju mereka pada

masa akan datang.

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA DEKAN & TIMBALAN DEKAN

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA, UiTM

Laporan Oleh: Nur Alwani Ali Bashah

Page 9: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

ChESS UPDATE

Pada 13 Mac 2014, program ‘Special Topic Project: Green Solution’ telah diadakan untuk memenuhi penilaian

persembahan projek yang terkandung didalam silibus CHE121 dan CHE262 pada semester ini. Program ini telah

berlangsung di Laman Siswa, UiTM (Pulau Pinang) dan melibatkan semua pelajar semester 1 dan

semester 4 yang telah mendaftar kursus tersebut. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan

dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti

Kejuruteraan Kimia, En. Mohd. Azahar bin Mohd.

Arif. Tujuan program ini diadakan adalah untuk

mendedahkan pelajar mengenai penyelesaian

masalah melalui kreativiti dan inovatif pelajar.

Pelajar akan menggunakan kaedah “Engineering

process design” dalam merangka satu prototaip

yang menepati kaedah “green solution” di dalam

projek mereka. Para pelajar akan menghasilkan

sesuatu produk daripada bahan terbuang dan

terpakai kepada sesuatu produk yang signifikan

dengan melibatkan kos yang rendah. Melalui

program ini, kreativiti pelajar dapat diasah dan dapat dilihat melalui produk-produk yang telah dihasilkan pada hari ter-

sebut. Sepanjang program berlangsung, setiap kumpulan akan menerangkan produk yang telah mereka hasilkan dan

persembahan tersebut dinilai oleh juri-juri yang telah dilantik. Ini melibatkan kemahiran komunikasi pelajar dalam

menyampaikan dan menerangkan sesuatu mesej kepada

individu dan orang awam. Mereka dapat melatih diri mere-

ka untuk bekerja secara berkumpulan, menyiapkan projek

pada masa yang telah ditetapkan dan

sesetengahnya berpeluang untuk menjadi ketua kepada

kumpulan mereka. Empat kategori telah dipertandingkan

iaitu, kategori pembentang terbaik, ‘booth’ terbaik,

pencapaian individu terbaik, dan prototaip tempat pertama,

kedua dan ketiga.Majlis berakhir dengan penyampaian

hadiah kepada individu dan kumpulan yang telah berjaya.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dimasa

hadapan bagi menghasilkan graduan yang kreatif dan inovatif

disamping mengasah kemahiran berkomunikasi dan berkerja

secara berkumpulan. Program ini juga cara tidak langsung

dapat memupuk minat para pelajar untuk melibatkan diri dalam

bidang penyelidikan dan penghasilan bermula di peringkat

Diploma.

PROGRAM GREEN SOLUTION

Laporan Oleh: Nur Alwani Ali Bashah

9

Page 10: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

ChESS UPDATE SCIENCE INVENTION & INNOVATION COMPETITION 2014

10

Science Innovation & Invention Competition (SIIC) telah diadakan pa-da 13 Mac 2014 di Laman Siswa, UiTM Pulau Pinang. SIIC ini telah disertai oleh kesemua pelajar bahagian 6 yang telah mendaftar kod kursus CHE 364 Projek Tahun Akhir iaitu seramai 125 orang. Tujuan SIIC ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran softskill para pelajar dalam membentangkan hasil projek tahun akhir mereka dalam kaedah pertandingan poster. Dengan cara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan dan daya saing para pelajar untuk bercakap dan berhujah di hadapan para juri, pensyarah dan rakan-rakan. Pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kelemahan hasil projek ketika sesi soal jawab antara pelajar dan juri berlangsung. Pelajar turut dapat melihat hasil projek rakan-rakan lain dan berpeluang untuk berkongsi pendapat dan idea bagi meningkatkan lagi mutu kualiti hasil penyelidikan mereka untuk masa akan datang. Seramai 40 orang penyelia pertama dan kedua yang dilantik di kalangan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia, Jabatan Sains Gunaan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Farmasi, UiTM Pulau Pinang telah terpilih sebagai juri SIIC 2014. Sesi penilaian makah pembentangan projek tahun akhir ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Penilaian markah pembentangan diambil kira berdasarkan 5 kriteria penting iaitu organisasi dan struktur poster, isi kandungan dan pengetahuan peserta, pembaharuan dan keunikan penyelidikan, penyampaian dan kemahiran peserta bercakap dan akhir sekali sesi soal jawab. Terdapat 6 kategori anugerah kemenangan bagi SIIC 2014 kali ini iaitu Anugerah Emas, Perak, Gangsa, Poster Terbaik, Booth Terbaik dan Penyampai Terbaik. Pertandingan ini dilihat dapat memberi impak yang positif kepada pelajar tahun akhir dalam meningkatkan minat mereka dengan lebih

mendalam di dalam bidang penyelidikan. Kesungguhan dan kecekalan para pelajar dalam menghasiklan poster penyelidikan yang bermutu tinggi dapat meningkatkan lagi kemahiran mereka untuk berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran pertandingan yang sama pada masa akan datang perlu diteruskan dan penambahbaikkan perlu di buat berdasarkan cadangan yang diberikan oleh para juri, pensyarah dan juga pelajar yang terlibat. Disarankan agar setiap semester pelajar tahun akhir diwajibkan untuk menyertai pertandingan seumpama ini. Secara keseluruhannya, penganjuran pertandingan ini telah memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik yang

betul untuk membentang projek tahun akhir mereka di hadapan para juri yang berpengetahuan dalam bidang kajian masing-masing.

Laporan Oleh: Rasyidah Alrozi

Page 11: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

ChESS UPDATE MAJLIS IFTAR FKK 2013

11

Tanggal 24 Julai 2013 yang lalu, ChESS telah menganjurkan suatu majlis berbuka puasa iaitu Majlis Iftar FKK 2013 di Dewan Serbaguna Kristal, Kolej Kristal. Tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara para pelajar dan juga para pensyarah FKK pada bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Seramai 90 orang pelajar telah hadir pada majlis ini dan ianya telah dimulakan dengan tayangan video ceramah Ustaz Azhar Idrus pada sekitar jam 6.30 petang. Selepas itu, KPP FKK, En Mohd Azahar Mohd Ariff telah memberi sepatah dua kata sementara menunggu masuknya waktu magrib. Setelah masuknya waktu Magrib, semua yang hadir berbuka dengan sebiji kurma yang telah disediakan sebelum menunaikan solat Magrib secara berjemaah. Sebagai penutup, majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa di mana hadirin yang hadir menjamah hidangan yang telah disediakan di dalam talam.

Majlis Anugerah Dekan untuk semester pengajian November 2012 –

April 2013 telah diadakan pada tanggal 29 Ogos 2013 yang lalu dan di-

anjurkan oleh pihak ChESS. Majlis ini telah diadakan di Laman

Perdana dan telah bermula seawal 8.00 malam. Majlis seumpama ini

diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada

150 orang pelajar yang telah mendapat keputusan Purata Nilai Gred

Kumulatif (CGPA) 3.50 ke atas dalam jurusan Diploma Kejuruteraan

Kimia (EH110). Di awal majlis, ucapan perasmian telah disampaikan oleh

Koordinator Program FKK iaitu En. Muhammad Zahiruddin Ramli dan

diteruskan pula dengan ucapan pembukaan oleh Cik Nur Fadzeelah Abu

Kassim selaku Penasihat ChESS. Setelah itu, hadirin yang hadir

menjamu selera seiring dengan persembahan-persembahan yang telah disediakan. Persembahan-persembahan sep-

erti tarian, nyanyian dan

mainan alat muzik telah

berjaya

dipersembahkan oleh

Persatuan Kebudayaan

UiTM (Pulau Pinang),

Youth Music Club dan

juga pelajar-pelajar FKK

sendiri. Manakala,

penyampaian sijil

penghargaan sebagai

program kemuncak

telah menyusul dan

majlis telah tamat pada

jam sekitar 11.00 malam setelah selesai sesi bergambar.

Laporan Oleh: Nurfadzeelah Abu Kasim

MAJLIS ANUGERAH DEKAN FKK SESI NOV 2012— APRIL 2013

Laporan Oleh: Nurfadzeelah Abu Kasim

Page 12: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

ChESS UPDATE NATIONAL CHEMICAL ENGINEERING SYMPOSIUM (NACES 2013)

12

Pada 8, 9 dan 10 November 2013 yang lalu di sekitar Kampus UiTM (Pulau Pinang), ChESS dengan kerjasama FKK dibawah bimbingan En Mohamed Syazwan Osman dan Cik Nur Fadzeelah Abu Kassim telah menganjurkan suatu program peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai National Chemical Engineering Symposium (NACES 2013). Program ini diketuai oleh saudara Mohamad Azrul Nizam Mohd Sohaidi selaku pengarah program dan beliau turut dibantu oleh 104 orang pelajar yang terlibat sebagai jawatankuasa. Manakala sebanyak 18 unit telah dibentuk untuk memastikan kelancaran program termasuk unit tajaan & kebajikan, unit pendaftaran & penginapan, unit makanan, unit pertandingan, unit juri, unit publisiti & multimedia, unit pemasaran & promosi, unti protokol dan lain-lain lagi.

Secara amnya, program ini merupakan program tahunan peringkat kebangsaan dan menjadi program yang dinanti-nantikan oleh mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil jurusan kejuruteraan kimia sama ada di universiti tempatan mahupun swasta. Di samping itu, NACES 2013 adalah sebuah program berbentuk akedemik dan ilmiah di-mana ianya menjadi salah satu platform untuk mengembangkan bakat dan mempraktikkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari di dalam bidang kejuruteraan kimia. Seramai 224 orang peserta daripada 14 universiti telah menyertai NACES 2013 dan antaranya ialah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Curtin University, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Uni-versiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), UCSI University, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi MARA (UiTM Shah Alam), UiTM Cawangan Bukit Besi dan UiTM (Pulau Pinang). Di samping itu, juri-juri pertandingan yang telah dilantik adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah USM, UTP dan UiTM (Pulau Pinang), pengurus-pengurus dan jurutera-jurutera daripada Kobe Precision Technology Sdn Bhd, Silterra Malaysia Sdn Bhd, ASTA Chemical Sdn Bhd, Altera Corporation (M) Sdn Bhd, Intel Microelectronics (M) Sdn Bhd, dan Toray Plastic (M) Sdn Bhd.

Aktiviti utama program ini adalah berbentuk pertandingan yang mengenengahkan penyelesaian – penyelesaian kepada permasalahan alam sekitar berdasarkan kepada tema yang ditetap-kan iaitu Carbon Conundrum: Unravelling the Enigma. Terdapat 6 kategori pertandingan telah dipertandingan pada NACES 2013 antaranya adalah Technical Chemical Engineering Challenge, Technical Plant Design, Technical Case Study, Technical Video Presentation, Technical Power Point Presentation dan Technical Essay Writing. Untuk NACES 2013, jawatankuasa utama dan penasihat telah berbincang dan membuat keputusan untuk menyun-tik keunikan dalam kategori pertandingan NACES iaitu Technical Chemical Engineering Challenge (CEC). Pertandingan ini lebih mem-berikan impak yang signifikan kerana ia menguji pengetahuan tentang 5 cabang ilmu asas kejuruteraan kimia dari segi penulisan, lisan dan praktikal. Di samping itu, aktiviti lain yang diadakan adalah

ceramah berbentuk kesedaran awal berkenaan permasalahan alam sekitar yang bertajuk Carbon Capture & Storage yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Azmier Ahmad dari USM. Manakala, Miss Theresa Lok iaitu Esekutif Pemasaran dari Institution of Chemical Engineers (iChemE) telah memberikan penerangan berkenaan dengan iChemE kepada para peserta. Seperti program-program NACES yang lepas, aktiviti seperti rekreasi dan makan malam juga turut diadakan dan dikenali sebagai Malam Gala NACES 2013. Pada majlis tersebut, upacara perasmian NACES 2013 telah Berjaya disempurnakan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Akedemik Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) Universiti Teknologi MARA, Dr. Nornizar Anuar. Pada malam tersebut juga, para peserta dan jawatankuasa telah dihidangkan dengan santapan hidangan ala Thai diiringi dengan persembahan nyanyian dan alat muzik. Kesemua persembahan ini telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar KEKWA (Kesatuan Kebudayan dan Warisan), UKM, UTP dan jawatankuasa-jawatankuasa NACES 2013.

Laporan Oleh: Nurfadzeelah Abu Kasim

Page 13: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

ChESS UPDATE NATIONAL CHEMICAL ENGINEERING SYMPOSIUM (NACES 2013)

13

Upacara penutup dan penyampaian hadiah NACES 2013 telah berlansung pada 10 November 2013 dan disempurnakan oleh Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Akedemik, Prof. Madya Ir. Dr Ngah Ramzi. Upacara ini bermula sekita pukul 2.30 petang dan telah tamat dengan jayanya pukul 4.00 petang. Pada majlis tersebut, pihak NACES 2013 telah menyerahkan 200 borang penyertaan Rakan Alam Sekitar kepada wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu En. Suffian Jul Mohamad sebagai simbolik majlis penutup. Jika dibandingakan dengan NACES 2012, peserta-peserta UiTM (Pulau Pinang) telah menunjukkan prestasi yang amat memberansangkan di mana 2 orang peserta telah berjaya memenangi tempat ketiga bagi pertandingan Technical Video Presentation dan Technical Essay Writing manakala 2 orang

peserta lagi telah memenangi tempat pertama dan ketiga bagi pertandingan Technical Case Study. Justeru, ini telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia UiTM (Pulau Pinang) mampu bersaing dengan pelajar-pelajar sarjana muda dari universiti-universiti yang lain. Secara umumnya pada NACES 2013, pemenang berkumpulan (4 peserta) menerima wang tunai sebanyak RM1200 untuk pemenang tempat pertama, RM800 untuk pemenang tempat kedua dan RM400 untuk pemenang tempat ketiga. Secara kesimpulannya, NACES 2013 telah berjaya menjadi platform kepada bakal jurutera kimia untuk

menghasilkan idea-idea kreatif, dan inovatif bagi menangani masalah alam sekitar terutama yang melibatkan isu-isu yang berkai-tan dengan masalah karbon. Pelbagai idea, pendapat, pengalaman dan cadangan penyelesaian yang berjaya diketengahkan dan dikongsikan bersama-sama sepanjang program berlangsung. Di samping itu juga, para peserta dapat berkenalan dan menjalinkan hubungan ukhuwah dengan peserta-peserta daripada universiti yang berlainan dan juga yang berlainan bangsa dan agama.

Carbon dioxide is the major greenhouse gas contributing to global warming. Fossil fuels, burnt by humans to meet the

energy and transport needs have, been identified as the major source of carbon dioxides. Approximately, about 27 bil-

lion tons of carbon dioxide is being released into the atmosphere yearly. However at the moment, the accumulation of

carbon dioxide in the atmosphere escalated faster than what has been expected. Hence, resulting earth temperature to

rise or we call it “global warming”. The high level of carbon dioxide and other compounding factors yield bad implica-

tions to the environment especially to the ocean, forest, flora and also fauna. The global warming threat is deemed real

and the possibility of disruption is considered significant. Currently, there are still no concrete reasons behind this issue,

despite the fact that it has become a global concern for quite some time. Therefore, momentous efforts from the rele-

vant parties are desired to solve the carbon conundrum holistically. Synergized skills from multidisciplinary team

(scientist, technologist and managers) could come out with different strategies to reduce and reuse carbon emission

sustainably. Through this collective effort, the possibility for positive changes can be achieved in the near horizon to

unravel this enigma.

Laporan Oleh: Nurfadzeelah Abu Kasim

NACES 2013 THEME AT A GLANCE

CARBON CONUNDRUM: UNRAVELING THE ENIGMA

Page 14: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

REFLECTION 14

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA …

Pada ruangan kali ini, Kak Suri ingin berbicara berkenaan dengan seorang pemuda yang telah menjadi perbualan

hangat di kalangan generasi muda Islam masa kini semenjak tersebar berita kematiannya. Mana tidaknya jenazah

pemuda yang hanya berusia 20 tahun ini telah diberi pengiktirafan tinggi oleh kerajaan Turki untuk disemadikan di

Perkuburan Eyub Sultan iaitu tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad sahabat Rasulullah, para auliya' dan

juga pemimpin Kerajaan Uthmaniyyah. Arwah adalah rakyat Malaysia pertama yang dikebumikan di pemakamam

tersebut dan dengan bersemadinya jenazah arwah di sana, martabat rakyat Islam Malaysia telah diangkat di mata war-

ga Turki. Ini adalah kerana warga Turki menganggap mana-mana jenazah yang disemadikan di situ adalah seorang

insan yang sangat istimewa.

Pemuda yang dimaksudkan adalah Arwah Ahmad Ammar Mohd Azam. Arwah Ammar telah kembali ke rahmatullah

pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya. Kisah kematian arwah telah

mencetuskan fenomena di kalangan generasi muda Islam di negara ini dan menjadi topik perbualan hangat di Turki.

Arwah dikatakan mati dalam keadaan syahid berikutan wajahnya kelihatan berpeluh biarpun sudah 46 jam menemui ajal

dan seakan-akan dalam keadaan sedang tidur. Semasa hayatnya, Arwah Ammar pernah berhasrat untuk mati syahid,

namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang ter-

tangguh” oleh sahabat-sahabatnya. Manakala, salah seorang pendakwah terkenal di Turki yang dikenali sebagai Omer

Dongeloglu, mengatakan bahawa Arwah Ammar adalah insan yang telah dimuliakan oleh Allah dan kematian arwah

disifatkan sebagai mati syahid. Pandangan beliau juga turut diterima oleh beberapa ulama’ yang lain di Turki.

Siapakah Ahmad Ammar Mohd Azam? Arwah merupakan anak lelaki tunggal Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman,

mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Puan Nur Azlina Abdul Aziz. Arwah dilahirkan di dalam

keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ketika hayatnya, arwah digambarkan sebagai

seorang yang mempunyai akhlak yang terpuji, berdisiplin, rendah diri, berimej sederhana, berjiwa kental dan mempu-

nyai semangat juang yang tinggi. Arwah juga dikatakan mempunyai ketinggian ilmu dalam sejarah ketamadunan Islam

Uthmaniyah. Justeru itu, tidak hairanlah arwah sangat disenangi di kalangan sahabat-sahabat dan kenalan-kenalannya.

Semasa hayat arwah, selain aktif dengan kerja-kerja dakwah demi memperjuangkan agama Islam, arwah juga banyak

menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa buah negara di dunia termasuklah di Syria. Ini jelas hasil dari didikan

Tuan Haji Ahmad Azam yang menerapkan pendekatan dan strategi Sultan Murad II dalam mendidik anaknya iaitu

Sultan Muhammad Al-Fateh.

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad Al-Fateh ini? Beliau ialah Khalifah Ke 7 Kerajaan Uthamniyah. Setelah

kematian Sultan Murad II iaitu pada tahun 1451, Sultan Muhammad Al-Fateh yang baru berusia 19 tahun telah diangkat

menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniyah di mana baginda dikatakan adalah seorang pemimpin termuda yang pernah

dilantik pada ketika itu. Sultan Muhammad Al-Fateh pernah memimpin bala tentera untuk bertempur dengan tentera

kristian dan baginda telah berjaya menakhluk Kota Constantinople (atau dikenali sebagai Istanbul pada hari ini) dari

tangan pihak musuh. Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad Al-Fateh

juga telah banyak berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian

baginda, ramai yang telah tertarik dan telah memeluk Islam termasuklah golongan paderi Kristian pada ketika itu.

Masya-Allah, sungguh hebat pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

Beralih kepada tokoh ilmuan pula, kita sering mendengar nama-nama seperti Albert Einstein, Isaac Newton dan Ste-phen Hawkings sebagai tokoh ilmuan yang terhebat pada abad masing-masing. Tetapi pernahkah kita mendengar nama seperti Ibnu Sina atau Avicenna, Ibnu Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi? Mereka adalah antara tokoh-tokoh ilmuan Islam yang telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dalam bidang masing-masing. Tanpa kita sedari, sebenarnya Tamadun Islam adalah antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Malah, pembangunan ilmu dalam Tamadun Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya telah melahirkan satu tamadun barat yang gemilang. Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar dengan menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari negara-negara Islam seperti Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah.

Page 15: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

REFLECTION 15

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA …

Berbalik kepada cerita Arwah Ammar, marilah sama-sama kita renungkan sejenak berkenaan dengan diri arwah.

Matlamat hidupnya adalah jelas berteraskan dan berpaksikan Islam semata-mata. Justeru, apa-apa sahaja yang arwah

lakukan sudah pasti tujuan dan niatnya kerana agamanya, kerana Rasulnya dan Tuhannya, yakni Allah Pencipta alam

semesta. Manakala, idola dan tokoh yang disanjungi arwah sudah tentu adalah dari kalangan tokoh-tokoh ilmuan atau-

pun pemerintah-pemerintah Islam yang hebat terutama sekali Sultan Muhammad Al-Fateh. Jika tidak, masakan arwah

bercita-cita untuk menjadi seorang sejarahwan dan memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di

Marmara University (Goztepe) Istanbul. Dan mengapa pula tidak jurusan dalam bidang Kedoktoran? Kejuruteraan? Un-

dang-undang? atau pelbagai lagi jurusan yang berkemungkinan bagi pelajar cemerlang dari Maktab Tentera Diraja ini.

Bagi pendapat Kak Suri, bidang sejarah ini membolehkan arwah mengenali dengan lebih dekat tentang peristiwa-

peristiwa dan tokoh-tokoh semasa kegemilangan tamadun atau kerajaan Islam suatu masa dahulu, justeru membole-

hkan arwah menghargai dan menyedari bahawa umat Islam pernah menjadi hebat suatu ketika dahulu di mata dunia

dan digeruni oleh masyarakat dunia yang mempunyai bangsa dan agama yang berlainan. Dan tanpa kita sedari, kesan

mempelajari sejarah sebenarnya telah berjaya membentuk jati diri Islam yang unggul dalam diri Arwah Ammar di

samping ianya mampu mendidik jiwanya untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Fenomena Arwah Ammar ini

mengingatkan kita kepada janji Allah SWT dalam Surah Muhammad ayat 7 yang berbunyi “Wahai orang-orang yang

beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan

kamu”.

Adalah menjadi satu ketempangan apabila kebanyakkan golongan muda Islam generasi atau sezaman dengan arwah

Ammar lebih mengagumi tokoh-tokoh barat berbanding dengan tokoh-tokoh Islam dalam kebanyakkan bidang terma-

suklah bidang ilmuan, usahawanan, sukan, hiburan dan lain-lain lagi. Malah kebanyakkan golongan ini terlalu ghairah

menjadikan artis atau selebriti dari bidang hiburan sebagai ikon atau idola untuk dicontohi. Kebanjiran artis-artis luar

negara seperti Hollywood, Bollywood dan Korea turut menjadi faktor kecenderungan ke arah pembentukkan ikon ini. Di

Malaysia, lihat sahaja lambakkan rancangan-rancangan berbentuk hiburan yang sering dipertontonkan oleh stesen-

stesen TV juga turut membantu dalam pembentukkan generasi yang cintakan hiburan semata-mata.

Walhal, kita sedar ianya jauh tersasar dengan apa yang telah Islam gariskan kepada umatnya. Jangankan untuk ber-

juang demi Islam, malah golongan muda Islam masa kini masih lagi tercari-cari dan terkeliru dengan identiti dan jati diri

sendiri. Akhlak, pemikiran dan tingkah laku seakan tidak mencerminkan kita sebagai umat Islam yang mempunyai Al-

Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Islam hanya terletak pada nama dan jasad semata-mata. Tidakkah kita

berasa malu untuk berhadapan dengan Rasulullah di akhirat kelak? Walhal, peribadi dan ilmu yang tinggi beserta

dengan iman yang kuat adalah pencetus sebenar kepada kejayaan yang hakiki sama ada di duniawi mahupun ukhrawi.

Sebagai kesimpulan, Kak Suri ingin merumuskan bahawa sebagai generasi golongan muda Islam dan terpelajar, kita

haruslah bersyukur di atas nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita terutama sekali nikmat mempunyai

negara yang aman dan damai. Malaysia, jelas tidak terlibat dengan sebarang perang saudara, rampasan kuasa atau

pergolakkan politik yang berterusan seperti yang berlaku di negara-negara Islam yang lain iaitu di Syria, Palestin, Mesir,

Wilayah Selatan Thailand dan lain-lain lagi. Apa akan terjadi kepada kita jika semua perkara di atas berlaku di negara

kita? Sudah pasti kita tidak akan leka dengan perkara-perkara yang lebih melalaikan dan melekakan seperti hiburan dan

kita pula akan bermati-matian untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak agama, bangsa dan negara kita dari

tangan pihak musuh.

Page 16: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

REFLECTION 16

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA …

Akhir kalam, Kak Suri ingin menyeru agar kita cuba untuk tanamkan dalam diri masing-masing bahawa ilmu yang

dituntut untuk bekalan duniawi ini adalah niat kerana Allah dan sekaligus ilmu tersebut dapat mengangkat martabat

umat Islam sebagai umat yang mempunyai akhlak dan ilmu yang tinggi di mata penganut-penganut lain. Di samping itu

juga, Kak Suri berharap agar coretan tentang Arwah Ammar pada kali ini dapat menjadi pemangkin kebangkitan

(qudwah nahdah) untuk generasi muda Islam di samping ianya membuktikan bahawa masih ada anak muda yang mam-

pu mempunyai suri teladan kepada generasi muda Islam masa kini..

Mohd Azli Mohd Ali, Majalah i, 135, Januari (2014)

Page 17: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

REMINISCENCE By: NORHASLINDA NASUHA

17

Page 18: Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang FKK NEWS · PDF fileNur Alwani Ali Bashah ... (Kep.) Kimia Dengan ... GOLD ROVERACHTIN MOHAMED SHAZWAN OSMAN (SUPERVISOR), MOHAMMAD AZREIL AD-HA

BIOGRAPHY

Tell us about your family.

I’m a wife and mother of three children

What is your philosophy in teaching and learning?

Teaching is a process something that never ends. Life is an entire process of learning.

What were your favorite and least favorite chemical engineering classes?

Favorite chemical engineering class is Separation Process and least favorite is Thermodynamic

Other than chemical engineering, what field that you are interested to study?

Culinary

What was the best memory of your time at UiTM?

I enjoy all my time in UiTM.

Where you will be in 10 years from now?

Obtain my PHD.

What are some of your beliefs on how to be successful?

Success is walking from failure to failure with no loss of enthusiasm. You must accept all challenges

that come your way. You can't just accept the ones you like.

What advices would you give to currents students and recent graduates?

Struggle for your future. What you plant now, you will harvest later.

18

NAME: SITI FATIMAH BINTI ABDUL HALIM

BORN: 13 SEPTEMBER 1982, LAHAD DATU, SABAH

ALMA MATER: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (B. ENG,

MSc CHEMICAL ENGINEERING)

INTEREST: SHOPPING

PLACE OF INTEREST: MAKKAH AND MADINAH