Upload
dinhlien
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB DALAM TAJUK ANGLES OF ELEVATION AND
DEPRESSION BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM TINGKATAN
EMPAT
SESI PENGAJIAN : 2008 / 2009
Saya LAU PAIK NGOH
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Tarikh: 30 APRIL 2009
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)(TANDATANGAN PENULIS)Alamat Tetap: No 3, Lorong 1, Jalan MP 3, Taman Melaka Perdana, 75450 Bukit Katil Melaka
Disahkan Oleh,
Nama Penyelia: EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS
Tarikh: 30 APRIL 2009
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SULIT
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ………………………………………....
Nama Penyelia : EN. ABDUL RAZAK BIN IDRIS
Tarikh : ................................................................... 30 APRIL 2009
PEMBANGUNAN LAMAN WEB DALAM TAJUK ANGLES OF
ELEVATION AND DEPRESSION BAGI MATA PELAJARAN
MATEMATIK KBSM TINGKATAN EMPAT
LAU PAIK NGOH
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………….............
Nama Penulis : LAU PAIK NGOH
Tarikh : …………..................... 30 APRIL 2009
iv
PENGHARGAAN
Penulis menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).
Dengan ini penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada En
Abdul Razak Idris selaku penyelia projek sarjana muda atas segala bimbingan,
tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan. Ucapan terima kasih juga kepada
pensyarah-pensyarah Jabatan Multimedia kerana menyumbangkan pendapat
dan idea dalam pembangunan projek ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga saya sentiasa banyak
memberi sokongan moral kepada saya dalam meneruskan usaha saya
mencapai kejayaan di Universiti Teknologi Malaysia.
Akhir sekali saya ingin merakam penghargaan ini kepada rakan-rakan
seperjuangan yang secara tidak langsung telah menyumbang tenaga
sepanjang projek ini dijalankan.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan membangunkan laman web bagi tajuk Angles of
Elevation and Depression. Kandungan laman web ini memenuhi memenuhi
sukatan Matematik Tingkatan 4 KBSM. Proses pembangunan ini
mengaplikasikan model reka bentuk Hannafin and Peck. Pendekatan
pembelajaran yang digunakan dalam laman web ini adalah 9 peristiwa
pembelajaran Gagne. Laman web ini menekankan ciri-ciri pembelajaran
yang berkesan seperti tarik perhatian, pemberitahuan objektif yang perlu
dicapai oleh pelajar, panggil balik pengetahuan sedia ada, penyampaian
bahan pembelajaran, pembekalan bimbingan pembelajaran, galakan
percapaian, pemberian maklum balas, penilaian percapaian dan galakan
sentiasa mengingati pengetahuan yang dipelajari kemudian mengaplikasi
dalam kehidupan. Perisian pengarangan web Macromedia Dreamweaver MX
dan beberapa perisian tambahan seperti Adobe Photoshop CS2, Adobe
ImageReady CS2, Macromedia Flash MX, Swish Max telah digunakan untuk
menghasilkan laman web yang lebih menarik. Diharapkan laman web ini
dapat membantu para pelajar khususnya Tingkatan 4 memahami tajuk Angles
of Elevation and Depression.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop a website, topic Angles of
Elevation and Depression. The content of the website based on the SPM
Form Four syllabus for Mathematics. The Hannafin and Peck’s model is
used for the development of this websites. Gagne’s Nine Event of learning
was used in developing this website. It emphasizes Gagne’s Nine Event
which include gain attention, inform learners of objectives, recall prior
knowledge, present material, provide guided learning, elicit performance,
provide feedback, assess performance, enhance retention and transfer.
Macromedia Dreamweaver MX is the main authoring sofware and other
supporting sofware such as Adobe Photoshop CS2, Adobe ImageReady CS2,
Macromedia Flash MX, Swish Max are used to create a website. Hopefully
this website will help students to understand the topic of Angles of Elevation
and Depression.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
PENGAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional Projek 7
1.6 Kepentingan Projek 8
1.7 Skop Projek 9
viii
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Laman Web 9
1.8.2 Angles of Elevation and 10
Depression
1.8.2.1 Angle of Elevation 10
1.8.2.2 Angle of Depression 10
1.8.3 Teori Pembelajaran Behaviorisme 10
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kesalahan Lazim Matematik 11
2.3 Teori Pembelajaran 12
2.3.1 Teori Behaviorisme 13
2.3.1.1 Sembilan Peristiwa Pembelajaran 16
Gagne
2.3.2 Teori Kognitivisme 18
2.3.3 Teori Konstruktivisme 19
2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan 20
Web
2.5 Penutup 22
3 REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 23
3.2 Aplikasi 9 Peristiwa Pembelajaran Gagne 23
Dalam Laman Web
3.3 Model Hannafin & Peck 29
3.3.1 Fasa Analisa Keperluan 29
3.3.1.1 Pemilihan Kumpulan 30
Sasaran
ix
3.3.1.2 Pemilihan Topik 30
Pengajaran
3.3.1.3 Pemilihan Perkakasan 30
3.3.1.4 Pemilihan Perisian 31
3.3.2 Fasa Reka Bentuk 33
3.3.2.1 Menentukan Pendekatan 33
dan Strategi Pengajaran
3.3.2.2 Pembahagian Isi Pelajaran 35
3.3.2.3 Carta Aliran Laman Web 36
3.3.3 Fasa Pembangunan 36
3.3.4 Penilaian dan Pengulangan 37
3.4 Penutup 37
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 38
4.2 Pengurusan Fail 38
4.3 Ciri – Ciri Kandungan Laman Web 39
4.3.1 Laman Utama (Home) 40
4.3.2 Laman Objektif Pelajar 41
(What You Need To Achieve)
4.3.3 Laman Nota 42
4.3.3.1 Laman Pengetahuan Sedia 43
Ada (Prior Knowledge)
4.3.3.2 Laman Set Induksi 44
(Mathematics In Our Life)
4.3.3.3 Laman Angles of 45
Elevation and Depression
4.3.4 Laman Latihan (Brainstorming) 46
4.3.4.1 Laman Kuiz (Quiz) 47
4.3.4.2 Laman Ujian (Test) 48
4.3.5 Laman Forum (Join The Discussion) 49
4.3.6 Laman Permainan (Fun Games) 50
x
4.3.7 Laman Peta Laman 51
(If You Don’t Want To Get Lost,
Just Click Here)
4.4 Penutup 52
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan 53
5.3 Kelebihan dan Kelemahan Laman Web 55
5.3.1 Kelebihan Laman Web 55
5.3.2 Kelemahan Laman Web 57
5.4 Kekangan Yang Dihadapi 57
5.4.1 Kekurangan Kepakaran 58
5.4.2 Kekangan Masa 58
5.5 Cadangan Pembaikan 59
5.6 Penutup 60
RUJUKAN 61
LAMPIRAN 64
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Reka Bentuk Dan Aturcara Interaktif 24
Laman Web Menggunakan 9 Peristiwa
Pembelajaran Gagne
3.2 Reka Bentuk Interaktif Laman Web 26
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model Hanaffin & Peck 29
4.1 Paparan Laman Utama 41
4.2 Paparan Objektif Pelajar 42
4.3 Paparan Nota 43
4.4 Paparan Pengetahuan Sedia Ada 44
4.5 Paparan Set Induksi 45
4.6 Paparan Laman Angles of Elevation 46
and Depression
4.7 Paparan Latihan 47
4.8 Paparan Laman Kuiz 48
4.9 Paparan Ujian 49
4.10 Paparan Forum 50
4.11 Paparan Laman Permainan 51
4.12 Paparan Peta Laman 52
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
CD-ROM Compact Disc-Read Only Memory
GIF Graphic Interchange Format
ICT Information Communication Technology
IT Information Technology
JPEG Joint Photographic Expert Group
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P Pengajaran Dan Pembelajaran
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada zaman moden ini, komputer telah menjadi suatu teknologi yang
tidak dapat diasingkan dengan kehidupan harian manusia. Tanpa teknologi
ini, seseorang individu atau sesebuah institusi boleh dikatakan ketinggalan
zaman. Pada mulanya lewat 70-an di Malaysia, penggunaan komputer telah
diperkenalkan dalam pendidikan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah menyarankan Projek Perintis Literasi Komputer (Computer
Literacy Pilot Project) dan aktiviti ko-kurikulum Kelab Komputer Sekolah
(School Computer Club Co-Curricular Activities) dalam usaha
mempergiatkan penggunaan komputer di peringkat sekolah (Ng, 1989).
Sejarah komputer mula diperkenalkan kepada sekolah-sekolah di
negara Malaysia, pihak kerajaan menyediakan komputer-komputer digunakan
sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Pada mulanya pendidik
menggunakan komputer dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran. Makmal komputer dibina dalam sekolah bagi membolehkan
2
perisian pengajaran dan pembelajaran berasaskan CD-ROM dapat digunakan
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Apabila Matapelajaran ICT (Information and Communication
Technology) menjadi salah satu matapelajaran dalam kurikulum pendidikan
Malaysia, makmal komputer di sekolah telah mula menyediakan
perkhidmatan internet pada setiap komputer. Ini kerana pelajar lebih
memahami subjek ICT jika menggunakan perkhidmatan dalam makmal
komputer iaitu kemudahan internet. Kini, Laman web yang sedia ada seperti
cikgu.net mampu membantu pelajar melakukan proses pembelajaran di mana-
mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Kerajaan mula langkah baru dalam memperkenalkan teknologi
wireless dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
bekerjasama dengan syarikat Intel Electronics Sdn. Bhd. dengan
memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan teknologi tanpa wayar
‘wireless access point’ dalam rangkaian setempat iaitu tanpa memerlukan
talian telefon kepada 800 buah sekolah di seluruh negara (Kementerian
Pelajaran Malaysia, KPM, 2005).
Perkembangan zaman Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
juga berkembang dengan pesat. ICT merupakan pemangkin kepada
perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini. Maka proses pengajaran
dan pembelajaran boleh menggunakan kemudahan ICT untuk membantu
menarik minat pelajar dengan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik dan
lebih realiti.
Selepas penggunaan ICT diperkenalkan, ia amat penting di kalangan
pelajar-pelajar dan guru-guru terutama mencari maklumat dari luar sebagai
rujukan. Contohnya menaip nama maklumat yang perlu dicari dalam mesin
3
pencarian dalam internet bagi mencari informasi yang berkaitan sebagai
bahan rujukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru-guru di sekolah pentingkan penghabisan silibus mata pelajaran
matematik pada tempoh yang ditetapkan tanpa menghirau sama ada pelajar
faham atau tidak. Objektif bagi proses pengajaran dan pembelajaran tidak
tercapai kerana pelajar tidak dapat memahami dan mengingati konsep-konsep
matematik yang dipelajari dalam kelas (Anne Watson, 2006). Pelajar yang
tidak diajar habis silibus matapelajaran, pelajar tersebut mampu menerokai
dan memahami apa yang dipelajari. Jika dibandingkan dengan sekolah yang
menumpukan penghabisan silibus, pelajar di sekolah yang menekankan
penguasaan konsep-konsep Matematik lebih mahir mengaplikasikan ilmu
yang dipelajari (Boaler, 2007). Merujuk kajian yang didapati daripada
reformasi kurikulum USA, pelajar yang diajar dalam cara fokus kepada
pemikiran dan kefahaman lebih baik daripada pelajar yang fokus kepada
penghabisan silibus (Senk and Thompson’s, 2003).
Sekiranya guru-guru sentiasa melaksanakan aktiviti-aktiviti kelas
yang sama, akan menyebabkan pelajar berasa bosan sehingga tidak dapat
tumpu perhatian dalam kelas (Watson, 2006). Pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Matematik berasaskan web dapat membantu guru-guru
mempelbagaikan aktiviti pelajar di dalam kelas. Disamping itu, bagi pelajar
yang mempunyai internet di rumah dapat mengulangkaji apa yang diajar oleh
guru dengan melayari laman web berasaskan matematik KBSM.
4
Di sekolah, guru Matematik lebih porpular dalam penggunaan
perisian pengajaran dan pembelajaran berasaskan CD-ROM kerana ia
disediakan untuk Kementerian Pendidikan. Ciri-ciri perisian pembelajaran
berbantukan komputer (PBK) berasaskan CD-ROM mempunyai banyak
kekurangan jika dibandingkan dengan perisian pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) berasaskan laman web. Menurut Dabbagh dan Bannan-
Ritland (2005), PBK berasaskan CD-ROM merupakan Closed sistem yang
akan membataskan pengguna mencapai maklumat yang selain daripada
terkandung dalam perisian tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Untuk memahami keabstrakan konsep dalam topik Angels of
Elevation and Depression, visualisasi melalui penggunaan perisian
pembelajaran berbantukan komputer (PBK) amat penting. Ini kerana perisian
pembelajaran berbantukan komputer (PBK) akan mempersembahkan topik
ini dengan grafik, animasi dan juga gambar realiti yang lebih memudahkan
kefahaman pelajar. Sebagai contoh, pelajar akan mudah membayangkan
gambaran situasi yang jelas tentang Angles of elevation and depression.
Secara tidak langsung, kesalahan menggunakan strategi atau petua yang tidak
bersesuaian akan dapat dielakkan. Komputer boleh meningkatkan
pencapaian pelajar dan mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap
matapelajaran Matematik.
Teknologi terkini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Matematik bagi membantu pelajar memahami konsep-konsep
secara tepat dan bermakna serta memupuk berfikir secara kreatif dan inovatif.
5
Internet menyediakan kemudahan penggunaan komputer, perisian P&P
berasaskan laman web dan pakej-pakej pembelajaran yang sedia yang
membantu perningkatan dan kepelbagaian pendidikan pedagogi dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dengan penggunaan teknologi
yang bersesuaian dan berkesan, pencapaian dan penguasaan dapat
dipertingkatkan. Justeru itu, guru berperanan sebagai seorang pendidik
sepatutnya menggunakan sumber yang telah sedia ada iaitu teknologi
komputer bagi menguasai konsep dan kemahiran Matematik secara
berterusan.
Perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ialah proses P&P
yang dibantu oleh alat teknologi. Semua bidang Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) termasuk mata pelajaran Matematik telah
menggunakan PBK dalam P&P di sekolah. PBK berasaskan laman web
dilaksanakan dalam proses P&P kerana penggunaan komputer menjadikan
lebih efektif dan menarik dalam cara penyampaian isi kandungan
matapelajaran Matematik. Walaupun teknologi ini tidak dapat mengantikan
kaedah lama yang berbentuk ‘Chalk and Talk’ dengan sepenuhnya dalam
masa yang singkat tetapi ia sepatutnya dijadikan sebagai alternatif bagi
perlaksanaan proses P&P (Lai, 2006)
Laman web dapat menjimatkan masa, kos dan boleh dicapai oleh
sesiapa sahaja tanpa batasan jarak sama ada jarak yang dekat atau jauh dari
pusat pengajian (Holmberg, 1995). Maka pembelajaran berdasarkan laman
web sesuai digunakan bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Kewujudan perkhidmatan internet memberi manfaat dalam
penyebaran maklumat dengan cepat, senang dan berkesan. Maka proses
pembelajaran fleksibel iaitu dapat mengikuti masa dan maklumat yang
dikehendaki. Dalam kedah pengajaran secara on-line, laman web yang
interaktif membantu proses pengajaran dan pembelajaran melaksanakan
segala aktiviti penyimpanan dan perkongsian maklumat dengan cepat, mudah,
mesra pengguna dan boleh diakses di mana-mana sahaja.
6
Laman web mempunyai Open system iaitu membenarkan pengguna
mencapai maklumat luar daripada kawasan laman web tersebut melalui
external linking ke World Wide Web (Dabbagh dan Bannan-Ritland, 2005).
Selain itu, penggunaan laman web dapat membantu pelajar yang lemah dalam
topik ini. Ini disebabkan pelajar yang lemah akan mempelajari sesuatu
konsep dalam topik ini mengikut tahap mereka sendiri. Mereka boleh
membuat ulang kaji secara kendiri juga mengikut tahap mereka masing-
masing. Dengan kata lain, kejadian pelajar lemah yang tidak dapat mengikut
apa yang diajar oleh guru dapat dielakkan.
Teori Behaviorisme merupakan teori yang lama dan masih digunakan
sehingga zaman sekarang. Ini menunjukkan teori ini ada kelebihan dan
aktiviti pembelajaran melibatkan aksi, pemikiran dan perasaan. Pelajar-
pelajar memerlukan pujian daripada hasil yang dilakukan terutamanya dalam
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu Teori Pembelajaran
Behaviorisme dipilih untuk membangunkan sebuah laman web bagi topik
Angles of Elevation and Depression bagi pelajar sekolah menengah.
Sembilan peristiwa pembelajaran Gagne terdiri daripada 9 peristiwa
iaitu tarik perhatian, pemberitahuan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar,
panggil balik pengetahuan sedia ada, penyampaian bahan pembelajaran,
pembekalan bimbingan pembelajaran, galakan percapaian (latihan),
pemberian maklum balas, penilaian percapaian dan akhir sekali galakan
sentiasa mengingati pengetahuan yang dipelajari kemudian mengaplikasi
dalam kehidupan. Maka ia sesuai diaplikasikan dalam laman web.
Penulis berhasrat untuk membangunkan sebuah laman web
menggunakan 9 peristiwa pembelajaran Gagne dalam Teori Behaviorisme
bagi topik Angles of Elevation and Depression dalam mata pelajaran
Matematik KBSM Tingkatan 4.
7
1.4 Objektif Projek
- Objektif projek ini adalah merekabentuk dan membina laman
web bagi topik Angles of Elevation and Depression bagi mata
pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 4.
1.5 Rasional Projek
Laman web ini dibangunkan adalah disebabkan kekurangan laman
web yang berasaskan pengunaan teori pembelajaran dalam subjek Matematik.
Pembelajaran berasaskan laman web semakin porpular, maka laman web ini
diharapkan dapat membantu pelajar mempelajari topik Angles of Elevation
and Depression. Satu kajian awal dilakukan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru. Borang soal selidik untuk guru
Matematik memberi maklum balas tentang tahap kesukaran setiap topik bagi
subjek Matematik iaitu terdiri daripada empat kelas Tingkatan 4 dan satu
kelas Tingkatan 5. Tiga orang guru Matematik telah memberi maklum balas
borang soal selidik tersebut. Kelas yang berbeza dipilih iaitu terdiri daripada
kelas baik, sederhana dan lemah. Secara keseluruhan topik Angles of
Elevation and Depression adalah sederhana tetapi bagi kelas yang lemah
terhadap topik Angles of Elevation and Depression adalah susah. Laman web
ini diharapkan dapat membantu pelajar mempelajari topik Angles of Elevation
and Depression.