3
1.0 CIRI-CIRI PENTING UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN Asas seni reka merupakan pengetahuan tentang unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangat penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dengan prinsip rekaan. a) Unsur seni merupakan elemen-elemen bahasa seni visual merujuk kepada garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang, dan warna. i. Garisan Garisan wujud di sekeliling kita pada alam semulajadi seperti daun, batu, tanah dan lain-lain. Garisan juga terdapat pada objek buatan seperti corak pakaian, tayar, jala dan sebagainya. Garisan merupakan unsur seni yang terpenting dalam kegiatan melukis. Garisan merupakan satu siri cantuman titik-titik yang bersambung dan juga dikenali sebagai kesan titik yang bergerak. Garisan dalam konteks seni visual ialah kesan dari satu titik yang digerakkan merentasi sesuatu kawasan di atas sesuatu permukaan dengan menggunakan alat, instrumen, media atau bahan, (Ali Mustaffa Othman dan Jaafar Taib, 2009).

Unsur garisan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

unsur garisan

Citation preview

1.0 CIRI-CIRI PENTING UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN

Asas seni reka merupakan pengetahuan tentang unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangat penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dengan prinsip rekaan.

a)Unsur seni merupakan elemen-elemen bahasa seni visual merujuk kepada garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang, dan warna.

i. Garisan

Garisan wujud di sekeliling kita pada alam semulajadi seperti daun, batu, tanah dan lain-lain. Garisan juga terdapat pada objek buatan seperti corak pakaian, tayar, jala dan sebagainya. Garisan merupakan unsur seni yang terpenting dalam kegiatan melukis. Garisan merupakan satu siri cantuman titik-titik yang bersambung dan juga dikenali sebagai kesan titik yang bergerak. Garisan dalam konteks seni visual ialah kesan dari satu titik yang digerakkan merentasi sesuatu kawasan di atas sesuatu permukaan dengan menggunakan alat, instrumen, media atau bahan, (Ali Mustaffa Othman dan Jaafar Taib, 2009).

Untuk menghasilkan sesebuah karya, alat dan bahan mempunyai pengaruh yang kuat terutama dari pada segi teknik dan kesan bahan dan alat. Garisan boleh menghasilkan rupa, bentuk, jalinan, ruang , corak dan ton. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti tegak, menyerong, zig-zag, tebal, nipis, berserabut, berduri, beralun, putus-putus, pancaran dan titik-titik. Garisan boleh dihasilkan melalui teknik anyaman, tiupan straw, koyak dan tampal, pualaman dan pen teknikal. Kesan jalinan, ekspresi, irama dan pergerakan dapat ditimbulkan oleh garisan. Garisan juga dapat membentuk terang-gelap, tebal-nipis, dekat-jauh, dan tinggi-rendah.

CONTOH GARISAN DARI OBJEK ALAM SEMULAJADI

GARISAN PADA URAT DAUN

GARISAN PADA BATU

GARISAN PADA TITISAN HUJANGARISAN PADA SARANG LABAH-LABAH

GARISAN PADA KULIT HARIMAUGARISAN PADA POKOK