16

Untai Bicara Sahibus Samahah Mufti Kedahmufti.kedah.gov.my/images/PDF/Buletin Falak Edisi 2 pdf-ilovepdf... · rendah kerana mengandungi unsur ramalan dan jangkaan. Ilmu falak gagal

  • Upload
    lethu

  • View
    226

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Untai Bicara Sahibus Samahah Mufti Kedah

Allah SWT menciptakan sekalian makhluk yang bebas hidup di langit dan bumi. Di dalamnya terdiri daripadanya dari kalangan jin, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lainnya. Semua yang dijadikan Allah SWT punya keistimewaan dan fungsi serta tugasnya yang tersendiri. Dari sudut pandangan Islam, manusia mempunyai taraf yang lebih tinggi dari makhluknya yang lain. Peranan manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini adalah untuk memakmurkannya (al-Imarah) serta memeliharanya (al-Ri’ayah) dari sebarang kerosakan. Sesuai dengan kejadian manusia itu diciptakan sebagai khalifah, dianugerahkan pula nikmat akal yang membezakan antara makhluk lain. Dengan akal yang berpandukan ajaran Islam maka tanggungjawab dan peranannya tentu besar dan berat. Ia bukan hanya menyempurnakan tanggungjawab terhadap Penciptanya sahaja, iaitu Allah, malah bertanggungjawab terhadap hubungan sesama manusia dan alam sekitar.Islam mengajar umatnya untuk mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat. Tidak cukup jika memilih salah satu darinya kerana kedua-duanya mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Dunia ini diumpamakan sebagai tempat bercucuk tanam. dijaga sempurna, sentiasa dibajai agar tuaian hasilnya kelak (di akhirat) akan tercapai keuntungan yang berlipat ganda. Untuk akhirnya, syabas dan tahniah diucapkan kepada Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kedah dalam penerbitan Buletin al-Falak pada tahun ini. Moga segala informasi yang disampaikan dapat menjadi rujukan kepada para pembaca sekalian. Tidak lupa juga kepada semua staf Jabatan Mufti Negeri Kedah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan ini. Moga usaha kerja kalian diganjari Allah SWT. Wassalam…

ISI KANDUNGANUntai Bicara Sahibus Samahah Mufti KedahFenomena Gerhana MatahariIlmu Falak Dan KepentingannyaBetulkan Jam Anda Sekarang!!!!Ringkasan Mengenai Waktu Solat Berdasarkan Kaedah FiqhImbauan Ekspedisi Kajian Kulminasi Matahari (Equinoks) Di Kalimantan Barat IndonesiaSejarah Pembinaan Masjid Terawal Di KedahFalak Dan MediaPenentuan Arah Kiblat Januari – September 2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------

------------------------

----------------------------------------------------------------------------

2

3567

9

12

14

15

Susunan RedaksiPenaung: Dato’ Paduka Syeikh Mohamad Baderudin bin Haji Ahmad (DSDK.DHMS,) Mufti Negeri Kedah Darul Aman Penasihat: Syeikh Marwazi bin Dziyauddin (Timbalan Mufti) Ketua Editor / Pengarang: Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil Penolong Editor: Ustaz Mohd Firdaus Bin Shafie, Nur Jazmina Binti Rosli & Safiah Binti Sharif Fotografi & Edaran: En. Shahrul Husni Bin Mohd Saad, En. Abdul Aziz Bin Koshim, En. Abdul Wahab Idris, Nur Jazmina Binti Rosli Pelajar Praktikal: Muhd Farith Syafifuddin Bin Haji Abu Said (USIM), Nur Anisah binti Nazari (USIM), Nor Rasyidah Binti Abd Rahman (USIM), Mohamad Rizuan Bin Mat Nayan (UUM), Muhammad Fawwaz bin Ahamd (UNISZA), Nur Shahidah binti Abdul Rani (UNISZA), Nur Ain Hazirah Binti Sainon (KIST), Sumayyah Binti Yahaya (UKM), Nur Fatihah binti Mohamad ‘Aasri (UKM)

JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMANAras 3, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti,

Komples Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu’adzam Shah, Anak Bukit, 06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel: 04-732 0807 Email: [email protected]

Dato’ Paduka Syeikh Mohamad Baderudin bin Haji Ahmad

2 JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

FENOMENA GERHANA MATAHARI9 MAC 2016

Disusun Oleh : Nur Jazmina Binti Rosli

Nur Fatihah Binti Mohamad ‘Aasri

Pada 9 Mac yang lalu, seluruh Malaysia dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang bermula kira-kira jam 7.30 pagi hingga 9.31 pagi. Fenomena yang jarang berlaku ini menjadi tarikan masyarakat untuk melihat fenomena ini. Di samping itu, umat Islam tidak melepaskan peluang untuk solat sunat gerhana dan mendengar khutbah selepasnya. Gerhana matahari merupakan fenomena alam semulajadi yang berlaku tanda kekuasaan Allah SWT atas segala sesuatu di samping menjadi peringatan kepada hamba-hamba-Nya agar mentaati perintah dan menjauhi segala larangan.Secara umumnya, gerhana matahari terjadi apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis lurus. Bulan yang mengelilingi bumi telah menghalang cahaya matahari sampai ke bumi menjadikan bumi menjadi gelap buat seketika. Gerhana mula berlaku apabila bulan melindungi jasad matahari. Keadaan ini diketahui sebagai ‘sentuhan pertama’ iaitu permulaan gerhana matahari separa. Kebanyakan pemerhati agak sukar mengesan sentuhan gerhana pada saat ini oleh kerana matahari yang terlalu terang kecuali jika dilihat menggunakan “sun filter” atau penapis. Gerhana dapat dilihat secara zahir apabila bulan mulai menutupi matahari secara beransur-ansur sehingga litupan maksimum berlaku sekitar jam 8.24 pagi.Di Malaysia, kita dapat melihat matahari yang dilindungi bulan mencapai litupan tahap maksimum lebih kurang 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa matahari terbit. Peratusan litupan bulan semakin berkurang di utara Semenanjung Malaysia 67% di Kangar dan 73% Sabah. Di Negeri Kedah pula hanya 68% berlakunya litupan gerhana. Oleh kerana gerhana kali ini adalah separa, sebahagian matahari masih boleh dilihat dan bersinar terang di langit. Gerhana matahari separa ini kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan yang lebih luas meliputi Asia Timur, Australia dan Lautan Pasifik. Sentuhan akhir yang berlaku kira-kira 9.31 pagi menunjukkan bayangan bulan mulai hilang secara perlahan-lahan. Dalam pada itu, gerhana matahari penuh pula dapat dilihat di Sumatera, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik. Lintasan bayang umbra bulan telah merentasi Indonesia dari Sumatera singga ke Kepulauan Maluku di bahagian timur kelihatan sebelum ia memasuki Lautan Pasifik. Bandar terbesar di sepanjang laluan berlakunya fenomena ini ialah Palembang iaitu di selatan Sumatera. Cerapan Gerhana Matahari Separa turut dilakukan di Dataran letak kereta di bangunan Jabatan Mufti. Dalam program tersebut JUPEM Kedah turut ikut serta dalam aktiviti cerapan.

Program kemuncak solat gerhana diimamkan oleh Dato Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad, Mufti Negeri Kedah dan khutbah gerhana disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Kedah.

3JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Selain itu, terdapat pelbagai agensi dan jabatan termasuk kumpulan penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang turut terlibat dalam aktiviti mencerap gerhana matahari ini. Antaranya ialah Jabatan-Jabatan Mufti seluruh Malaysia. Manakala, penuntut IPT yang turut serta adalah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Turut hadir bersama Pegawai Kewangan negeri Kedah, Datuk Sepiah Isa dan Bendahari Negeri, Puan Nazhatun Md Rejab dalam rombongan bersama Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kedah.Pastinya pengalaman merasai sendiri fenomena ini menjadi suatu pengalaman yang sangat berharga bagi para pencerap begitu juga kepada mereka yang dapat melihat gerhana matahari separa di Malaysia. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan kita sebagai hambaNya haruslah meneliti, menghayati serta mengambil ibrah daripada setiap apa yang berlaku.

Dalam masa yang sama sebahagian staf Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kedah sendiri turut terlibat dalam aktiviti mencerap gerhana matahari penuh ini. Aktiviti mencerap dilakukan di Wisma Atlet Jakabaring, Palembang sekitar jam 5.30 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) manakala sesi cerapan terakhir berkhir pada pukul 8.37 pagi (WIB). Palembang menjadi destinasi pilihan lantaran suasana gelap ketika terjadinya fenomena ini lebih terasa di kawasan tersebut. Kamera Gopro Hero 4 digunakan bagi menjejaki bayang bulan (Moon Shadow) dan kamera DSLR digunakan untuk merakamkan sentuhan gerhana bermula pada pukul 6.20 pagi. Pasukan pencerap dapat merasai keadaan gelap selama 1 minit 47 saat akan tetapi tidak dapat mengambil gambar gerhana matahari tersebut kerana dilitupi awan tebal ketika itu. Solat gerhana turut didirikan secara berjemaah dengan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama diimamkan oleh oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman manakala kumpulan kedua diimamkan Syeikh Mohd Firdaus Mohd Khalil.

4 JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Ilmu Falak adalah salah satu cabang sains tabie (tulen) yang mengkaji cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Kitab bintang dua belas yang menjadi pendorong kepada ilmu perlangkahan dalam masyarakat dahulu masih menjadi asas pemahaman sebilangan masyarakat tentang ilmu Falak. Situasi ini mendorong sebilangan masyarakat memandang ilmu sebagai ilmu yang rendah kerana mengandungi unsur ramalan dan jangkaan.

Ilmu falak gagal di pandang sebagai ilmu sains tabie, ilmu yang berasaskan pengkajian yang sistematik menurut sunnatullah. Ilmu falak perlulah didefinisikan secara berbeza dengan ilmu astronomi menurut perspektif budaya dan agama, tidak semua aplikasi astronomi sesuai diaplikasikan dalam ilmu falak. Ini menjadikan istilah ilmu falak sebagai disiplin ilmu khusus untuk orang islam manakala astronomi lebih umum, merangkumi semua sosio budaya dan agama.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung apung di tempat edarannya masing-masing

Merujuk kepada Al-Quran tidak hanya satu ayat pun yang menceritakan tentang mekanik alam semesta,terutamanya bulan dan matahari,serta bumi,menunjukkan pentingnya system alam semesta ini dikaji tabienya sebagai makhluk, yang akan menjurus kepada mengenali ‘khaliq’ iaitu Allah swt.Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar

Kepentingan Pendidikan Ilmu FalakMenyentuh aspek pendidikan, tidak dapat tidak Falsafah Pendidikan Negara (FPN) perlu menjadi dasar dipegang,yang bermatlamat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia serta percaya dan patuh kepada tuhan. Menelusuri sejarah dan kurikulum pendidikan hari ini, sama ada di sekolah mahu pun di universiti, subjek ilmu falak masih menjadi sub-bidang dalam kurikulum tersebut, atas keperluan dan hubungan sub-bidang tersebut dengan bidang utama yang menjadi kurikulum pengajian berkenaan. Sebagai contoh bidang ukur tanah (Geodesi) yang mengaplikasikan ‘Positional Astronomy’ sebagai bidang utama pengajian tersebut.

Sub-bidang ilmu falak sebenarnya bergantung kepada ilmu Falak itu sendiri. Sub-bidang hanyalah pelengkap kepada keperluan suatu bidang lain. Tetapi sub-bidang itu sendiri perlu berubahseperti mana berubahnya ilmu falak. Sebagai contoh, rumus ilmu falah tahun 1970an tidak sesuai lagi digunakan untuk tahun 2016 dan seterusnya. Ian memerlukan pembetulan baharu yang dikenakan kepada rumus terdahulu,bagi memastikan hitungan tersebut kekal kepada kejituan yang tinggi, perubahan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlibat sepenuhnya dalam ilmu falak.

Pengajian ilmu Falak sekalipun tidak sepenuhnya, tetap perlu menjadi subjek di setiap peringkat, kerana kajian tentang alam semesta adalah kajian tentang objek yang dekat dengan manusia dalam kehidupan harian. Kebimbangan juga mungkin boleh diutarakan jika ia kekal sebagai sub-bidang, kajian khusus terhadap ruang lingkup kajian ilmu falak,tetapi kajian terhadap alam semesta mungkin tidak dilakukan (atau terlalu kurang) boleh menyebabkan Malaysia akan ketinggalan dari aspek maklumat falak berbanding Negara lainyang telah pegi lebih jauh. Bukan penjelajahan yang dimaksudkan, tetapi perubahan nyata pada objek di alam semesta ini yang mungkin memberi impak kepada kehidupan di bumi amnya, dan Malaysia khususnya.

Sekiranya bidang ilmu falak diberikan lebih penekanan dari pelbagai sudut dan aspek ia akan lebih memberi ruang yang luas dalam penyelidikan dan ilmuan yang mendalaminya boleh mempertingkatkan darjah keimanan.

ILMU FALAK DAN KEPENTINGANNYADisusun Oleh :

Mohd Firdaus Bin Shafie

(Surah Yasin: 40)

(Surah Fussilat: 53)

5JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Cuba perhatikan jam di tangan, mahupun di telefon bimbit anda sekarang?? Cuba bandingkan masa tersebut dengan rakan-rakan anda. Semestinya masa di antara rakan-rakan adalah berbeza. Masing-masing akan mengatakan jam mereka adalah paling tepat.Sebenarnya, masa atau waktu tidak dapat ditetapkan atau dipastikan ketetapannya. Ini kerana setiap masa yang ditafsir oleh setiap individu adalah berbeza. Menurut Sir Isaac Newton, masa adalah satu matra berlakunya peristiwa dalam rangkaian dan masa itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diukur. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Masa)Tindakan mendahului waktu itu adalah tidak wajar, apatah lagi melewatkannya. Kesan yang paling ketara ialah apabila ia melibatkan urusan ibadat, seperti masuknya waktu solat, apatah lagi waktu berbuka puasa

Kaedah menyemak waktu?

Pertama : Kaedah FalakDisebutkan dalam Takwim Az-Zainiyyah* tahun 1925 Miladi (1343-1344 Hijriah) - tentang kaedah membetulkan jam adalah seperti berikut:-Dirikanlah satu pancang yang lurus pada sekeping papan yang telah bergaris lurus di tengahnya. Kemudian letakkan papan itu di tanah yang rata dan betulkan gores (garis lurus) itu dengan pedoman (kompas) menuju arah utara selatan. Maka apabila tergelincir hujung bayang-bayang pancang daripada goresan (garis lurus) itu ke pihak timur (ke sebelah timur) betulkanlah jam dengan waktu Zohor yang tersebut di dalam jadual pada hari itu.

Diterjemahkan kepada rajah;

BETULKAN JAM ANDA SEKARANG!!!!Kaedah: Garis lurus diselarikan dengan arah utara yang ditunjukkan oleh kompas. Tunggu sehingga bayang pancang selari dengan garis lurus tersebut. Apabila selari atau mula gelincir, betulkan jam anda dengan waktu zohor yang tertera dalam jadual/ takwim tempatan anda.Kedua : Kaedah lain.Selain menggunakan kaedah tradisional falak, kita juga boleh menggunakan kaedah lain untuk menyemak waktu. Antara kaedah lain adalah;• Menghubungi talian 1051 menggunakan sebarang telefon

– talian tetap atau telefon bimbit – dan anda akan dimaklumkan waktu terkini.

• Merujuk laman web The Malaysian Standard Time (SIRIM BERHAD) di alamat http://mst.sirim.my

• Menggunakan pelarasan waktu komputer berinternet dengan mana-mana time server.

• Waktu Televisyen• Waktu Radio Malaysia.

Kesimpulan

Masa itu adalah ciptaan Allah secara mutlak. Masa itu mempunyai dimensinya sendiri dari tempoh atau ukuran tertentu hingga ke tempoh atau ukuran tertentu. Masa juga boleh berubah-ubah dimensi dan kelajuannya mengikut kehendak Allah. Walaupun begitu, manusia hanya diberi pengetahuan dan keupayaan dalam mengukur dan menguruskan masa mereka oleh Allah tetapi sama sekali tidak diberi kawalan ke atas masa itu.(koleksi hadis nabi.blogspot)Waktu jam yang betul dan tepat juga boleh mengurangkan tekanan. Malah ia juga memberikan keselesaan dalam apa jua urusan, terutamanya dalam urusan ibadat. Bagi seorang ahli falak, atau seseorang yang baru berjinak dengan ilmu falak, waktu yang tepat adalah antara faktor keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

*Nota: Takwim Az-Zainiyyah tahun 1925M (1343-1344H) adalah terbitan Al-Maktabah Az-Zainiyyah, Pitt Street, Pulau Pinang

6 JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

RINGKASAN MENGENAI WAKTU SOLAT BERDASARKAN KAEDAH FIQH

Disusun Oleh: Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil & Muhd

Farith Syafifuddin Bin Haji Abu Said

Setiap manusia mempunyai 24 jam di dalam sehari. Kita mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja dengan masa yang kita miliki. Menurut pandangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali di dalam kitab Bidayatul hidayah bahawa 24 jam dalam sehari itu dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu masa untuk berehat, masa untuk menguruskan hal-hal keduniaan dan masa untuk beribadat kepada Allah dan setiap bahagian itu mempunyai sebanyak 8 jam diperuntukkan. Oleh demikian itu, sebagai seorang insan yang beragama Islam, kita perlu membahagikan masa kita kepada Rabbul Jalil dengan melakukan ibadat kepadanya sama ada ibadat wajib mahupun ibadat sunat. Sesetengah ibadat mempunyai masa yang tertentu untuk mengerjakannya seperti kefardhuan solat 5 waktu iaitu Zohor, ‘Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh yang telah diperintahkan oleh Allah SWT ke atas setiap muslim. Pada masa kini, begitu mudah bagi kita untuk melakukan solat kerana kita hanya perlu merujuk kepada takwim solat yang telah disusun oleh pihak berkuasa agama serta melihat pada jam yang ada pada kita. Tetapi adakah kita mengetahui pengiraan serta penentuan waktu solat lima waktu yang sebenarnya mengikut kaedah fiqh?Mengikut ulama terdahulu dalam menentukan waktu solat adalah sedikit berbeza dengan penentuan waktu solat pada masa sekarang. Contohnya, pada zaman dahulu bagi menentukan masuknya waktu solat adalah dengan menggunakan kaedah “Tongkat Istiwa`”. Manakala pada masa sekarang, masih lagi menggunakan kaedah yang sama cuma ianya dipermudahkan lagi dengan pengiraan semasa.Justeru, kaedah penentuan waktu solat adalah berdasarkan dua sumber asal iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Kemudian ditafsirkan dan dijelaskan secara terperinci oleh ahli fuqaha’ (ulama’ feqah) melalui kaedah feqah yang telah ditetapkan supaya ianya mudah difahami dan diamalkan oleh masyarakat umum.

Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan keatas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah an-Nisaa’: 103)

Selain itu, Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran iaitu;

PENGENALAN

DALIL-DALIL AL-QURAN DAN HADIS BERKENAAN WAKTU SOLATPertama : Dalil Al-Quran Al-KarimBerikut adalah nas-nas al-Quran al-Karim yang membicarakan ketetapan solat pada waktu yang ditentukan oleh syarak, Allah SWT telah berfirman:

Kedua : Dalil Hadith / Al-SunnahDiantara hadis yang berkaitan ketetapan masuk waktu solat pula yang bermaksud seperti berikut;Maksudnya: “Daripada Abdullah Ibnu Amru, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: waktu Zohor apabila gelincir matahari. Dan adalah bayang-bayang seseorang itu seperti ukuran tingginya sekiranya belum masuk waktu Asar. Dan waktu Asar pula sekiranya matahari belum kekuningan. Dan waktu Maghrib pula sekiranya belum hilang syafak ahmar (cahaya merah dikaki langit barat). Dan waktu Isyak pula sehingga setengah malam pertengahan yang kedua. Dan waktu Subuh pula daripada terbitnya fajar sehingga belum terbit matahari. Dan apabila telah terbit matahari maka janganlah kamu mendirikan solat. Bahawa terbitnya diantara dua tanduk syaitan” [Riwayat Muslim]

Maksudnya : “Saya telah diimamkan oleh Jibrail di Baitullah dua kali, maka ia bersolat bersama saya, solat Zohor ketika gelincir matahari dan Asar ketika bayang-bayang sesuatu sama panjangnya, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan Isya’ ketika terbenam syafaq dan Subuh ketika bercahaya fajar. Maka esoknya solat pulah ia bersama saya, solat Zohor ketika bayang-bayang sesuatu dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi, dan kata Jibrail, inilah waktu solat nabi-nabi yang sebelum kamu dan waktu solat ialah antara dua waktu ini”. [Riwayat Abu Daud]

Maksudnya: “dirikanlah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan dirikanlah solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh malaikat” (Surah al-Isra’: 78)

Menurut pengarang Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menerangkan ayat tersebut bahawa Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW dan ummatnya supaya mendirikan sembahyang lima waktu yang meliputi siang dan malam untuk mendapatkan keredhaan dan perlindungan-Nya. Allah SWT juga memerintahkan di dalam ayat al-Quran yang lain iaitu:

Maksudnya: “dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan ummatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada ketika itu yang berhampiran dengan dari waktu malam”. (Surah Hud: 114)

PANDANGAN ULAMA DALAM PENENTUAN WAKTU SOLATBerdasarkan garis panduan yang ternyata di dalam Al-Quran dan Hadis, para fuqaha’ telah merumuskan tempoh waktu setiap solat fardhu seperti berikut:-

7JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

i. Waktu Zohor : bermula sebaik sahaja matahari tergelincir kearah barat dan ianya berakhir sebelum bermula waktu Asar.

ii. Waktu Asar : bermula bila bayang sesuatu tiang (objek) sama panjang dengan tiang panjang berkenaan. Bagi akhirnya waktu solat Asar, para fuqaha’ bersependapat iaitu ketika matahari terbenam.

iii. Waktu Maghrib : bermula bila matahari terbenam diufuk barat dan berakhir sehingga hilang cahaya merah senja di langit.

iv. Waktu Isyak : bermula dari hilang cahaya senja dilangit dan berakhir bila terbit cahaya fajar sadik.

v. Waktu Subuh : bermula terbit fajar sadiq di ufuk timur dan berakhir bila matahari terbit.

Waktu Solat Zohor Bermulanya waktu zohor ialah apabila tergelincirnya matahari sampai saat bayang-bayang objek (kebiasaannya menggunakan kayu yang lurus) sama panjang dengan objek tersebut.Pendapat ini dikemukakan oleh pandangan jumhur (kebanyakan ulama) termasuklah imam Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan Asy-Syaibani, kedua-duanya merupakan fuqaha dari mazhab Hanafi. Mereka menggunakan hujah dari firman Allah di dalam surah Al-Isra’ ayat 78 yang bermaksud “dirikanlah solat ketika sesudah matahari tergelincir”. Dan atsar yang menjelaskan malaikat Jibrail menjadi imam solat bersama Rasulullah SAW.

Maksudnya : “Bahawa Jibrail melakukan solat Zohor bersama Rasulullah SAW. pada hari pertama mereka melakukannya saat matahari tergelincir dari titik kulminasinya, dan di hari kedua saat bayang-bayang benda sama panjang dengan bendanya. Katanya, waktu (Zohor) diantara dua waktu ini.” [Riwayat Abu Daud, Tarmizi Ahmad dan Al-hakim]Berakhirnya waktu solat Zohor adalah sebelum masuknya waktu solat Asar.

لنيب الظهر يف اليوم االول حني زالت الشمس، ويف اليوم أنه صلى ثاين حني كان ظل كل شيء ال .الوقت ما بني هذين: مثله، مث قال

Waktu Solat Asar

Waktu Solat Maghrib

Waktu Solat Isya

Mengikut mazhab Al-Syafie, bermulanya waktu Asar adalah apabila panjang bayang sesuatu objek (seperti tiang atau sebatang kayu yang lurus) sama panjang dengan objek itu sendiri. Hal ini bertepatan dengan keadaan di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nasa’I dan al-Tarmizi dari Jabir Bin Abdullah RA. disebutkan bermulanya zohor apabila bayang-bayang sebuah objek sama panjang dengan objek tersebut.Selain itu, menurut pandangan Imam Abu Hanifah adalah ketika bayang-bayang sesuatu objek itu mencapai dua kali panjang darinya. Di dalam hadis ada disebutkan bahawa Nabi SAW. melakukan solat Asar ketika saat sama panjang bayang-bayang dengan sesuatu objek itu dan Nabi SAW. juga melakukan solat Asar ketika bayang-bayang tersebut mencapai dua kali panjangnya.

Dalam surah Qaaf ayat 39 ayat ada menyebut berkaitan berakhirnya waktu asar pada kalimah yang bermaksud sehingga sebelum terbenamnya matahari. Para ulama fiqh juga sebulat suara bersetuju dengan berakhirnya waktu Asar adalah sebelum terbenam matahari. Antara hujah lain adalah sabda Rasulullah SAW.:

Maksud: “siapa yang mendapat satu rakaat solat Asar (beberapa saat) sebelum terbenamnya matahari, maka mendapati olehnya akan solat Asar”. [Riwayat oleh Bukhari, Muslim dan At-Tarmizi].

Berdasarkan dalil-dalil di atas maka jelaslah bahawa berakhirnya waktu Asar adalah sebelum terbenamnya matahari.

Menurut hukum feqah, masuknya waktu solat Maghrib adalah apabila seluruh badan matahari itu terbenam di bawah ufuk barat iaitu apabila berakhir saat warna merah (Syafaq) di ufuk barat. seperti yang dinukilkan di dalam surah Hud ayat 114 yang menandakan permulaan malam itu dengan terbenamnya matahari. Selain itu, para fuqaha menggunakan sabda Nabi SAW. :

Maksudnya : “waktu solat Mghrib itu adalah selama syafaq (sinar merah) belum lenyap.”

Waktu paling utama untuk melakukan solat Maghrib adalah ketika hujung sinar mentari melabuhkan tirainya sebagai petanda bahawa matahari telah hilang dari pandangan kita. Berakhirnya waktu maghrib ini ialah apabila syafaq merah di langit menjadi gelap (hitam).

Waktu Isyak bermula sebaik sahaja berakhirnya waktu maghrib iaitu sejak hilangnya syafaq (sinar mega) merah pada awan dilangit barat sehingga tibanya fajar sadiq. Hal ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW: Maksudnya : “… apabila warna merah di ufuk barat telah hilang maka wajib solat Isyak”. [Riwayat Muslim dari Abdullah Ibn Amr].

Manakala waktu berakhirnya waktu solat Isyak boleh disimpulkan menerusi hadis Rasulullah SAW. :

Yang bermaksud: “orang yang tertidur tidak dianggap sebagai orang yang lalai kerana yang dianggap lalai itu ialah orang yang tidak mengerjakan solat pada waktunya sehingga masuknya waktu solat yang lain.” [Riwayat At-Tarmizi An-Nasa`I Ahmad.]Justeru, para ulama feqah bersependapat bahawa berakhirnya waktu solat Isyak itu adalah ketika masuknya waktu solat Subuh.

mpulkan menerusi hadis Rasulullah SAW. :

8 JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Waktu Solat Subuh

Awal waktu solat Subuh mengikut syarak adalah apabila fajar sadiq terbit di ufuk timur dan berakhir pada saat terbitnya matahari. Petanda munculnya fajar sadiq itu dengan adanya sinar putih yang terbentang di ufuk timur.Fajar ini mempunyai dua jenis iaitu Fajar Kazib dan Fajar Sadiq. Fajar Kazib merupakan cahaya putih yang muncul secara menegak (vertical) sebelum munculnya Fajar Sadiq. Manakala Fajar Sadiq pula ialah cahaya putih yang muncul secara melintang atau mendatar (horizontal). Di dalam hal ini, daripada mafhum Rasulullah SAW. pernah bersabda: “Fajar itu ada dua: yang pertama tidak mengharamkan makan dan minum (bagi orang yang berpuasa) dan tidak menghalalkan solat (Subuh), manakala yang kedua menjadikan makan dan minum itu haram dan menjadikan solat (Subuh) itu adalah halal”. [Riwayat Sahih Ibnu Khuzaimah].

Secara tuntasnya, meskipun apa jua dalil-dalil yang datang dari Al-Quran mahupun al-Sunnah, jelaslah kepada kita bahawa syariat menuntut kepada manusia agar mendirikan sembahyang pada awal waktu serta menjaga solat pada waktunya dan ianya lebih afdhal. Diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW. bersabda:

Maksud: “sebaik-baik amal perbuatan ialah solat pada waktunya.” [riwayat Bukhari dan Muslim].

Oleh yang demikian, wajiblah keatas setiap muslim untuk mengetahui waktu solat bagi melakukan rukun Islam yang kedua ini pada waktu yang telah ditetapkan oleh syarak.

Secara ringkasnya, waktu Subuh dimulai sejak terbit fajar dan berakhir ketika terbit matahari. Disebutkan dalam surah Qaaf ayat 39 iaitu yang bermaksud terbitnya matahari. Berakhirnya waktu solat Subuh adalah bila matahari terbit iaitu pinggir (piring) atas matahari berada di ufuk timur.

KESIMPULAN

IMBAUAN EKSPEDISI KAJIAN KULMINASI MATAHARI (EQUINOKS) DI KALIMANTAN

BARAT INDONESIA

Titik kulminasi merupakan peristiwa penting dan menakjubkan di sekitar Tugu Khatulistiwa yang menyebabkan terjadinya titik kulminasi matahari, iaitu fenomena alam ketika matahari tepat berada di garis khatulistiwa. Kulminasi matahari atau dikenali ”Equinoks” adalah salah satu keistimewaan yang dimiliki Kota Pontianak ini dibandingkan dengan negara-negara lainnya yang berada garisan Khatulistiwa. Selain itu, terdapat satu monumen iaitu Tugu Khatulistiwa yang dibina di sana bagi kajian peristiwa tersebut.Pada saat itu kedudukan matahari akan berada tepat di atas kepala sehingga semua bayangan benda di permukaan bumi tidak kelihatan. Pada peristiwa kulminasi itu, bayangan tugu akan “menghilang” beberapa minit.Peristiwa titik kulminasi matahari di Pontianak yang terjadi dua kali dalam setahun iaitu pada 21-23 Mac dan 21-23 September pada setiap tahun.

a a

q. aa a a

nk a n

].

Titik kulminasi merupakan peristiwa penting dan menakjubkan

LATAR BELAKANG

PERJALANAN PROGRAM

TARIKH : 20-23 MAC 2014TEMPAT : KALIMANTAN BARAT INDONESIAPESERTA : 1. Syeikh Marwazi bin Dziyauddin (Timbalan Mufti Kedah)2. Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil (Pegawai Falak)3. Ustaz Mohd Sofiyuddin bin Abdul Malik4. En. Aziz bin Idris5. Tn Haji Ab. Wahab bin Idris6. Mohd Shahrul Husni bin Mohd Saad7. Abdul Rahman Bin Ismail

Hari Pertama (20 Mac 2014)Rombongan bertolak dari Lapangan terbang Alor Setar

ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Dari KLIA terus ke Kuching. Bermalam 1 hari di Kuching sementara menunggu penerbangan pada keesokan harinya.

Hari Kedua (21 Mac 2014)“Check out” hotel seawal 6.00 pagi menuju ke Lapangan-

Terbang Kucing. Dari Kuching menaiki kapal terbang Maswings menuju ke Pontianak dan mendarat di Airport Bandara Supadio.

Lawatan ke Tugu Khatulistiwa sambil menjalankan sedikit kajian mengenai suasana tempat dan mencari lokasi yang sesuai untuk kajian dijalankan.

9JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Pada sebelah petangnya kami di bawa melawat ke Pejabat Konsulat Malaysia di Pontianak

Hari Ketiga (22 Mac 2014) Pada sebelah pagi kami di bawa melawat ke Muzium

Kalimantan Barat, Rumah Adat Dayak. Pada jam 11.00 pagi hingga 1 Petang waktu Kalimantan

Barat Pontianak Indonesia kami menjalankan kajian kulminasi Matahari. (Alatan yang digunakan adalah Rubu’ Mujayyab, Tongkat Istiwa)

Sebelah petangya, Lawatan sekitar bandar Pontianak (Muzim Diraja, Masjid Sultan Sharif Abdul Rahman)

Makan malam di atas Feri Taman Alun-Alun KapuasHari Keempat (23 Mac 2014) Check out hotel menuju ke Airport Bandara Supadio

bertolak ke Kuching. Dari Kuching ke KLIA dan terus pulang ke Alor Setar

Pada sebelahah petangnya kami di bawa melaawawatt t kekekeeeee Pejabat Koonsulatat Malaysia di Pontianak

HHari Ketiggaa (2(22222222 MaMaMMMMM c 200014141 ) Pada ssebebe eeeeeleee ahhhh pppagagagii kami di bawa mmmelelelaawatat kke e eee MMuMuMuM ziziziuuumumum

Kaliimam ntanannnn BBBBBBBBBBBBBararararrarararara atatatatatattattttt,,,,,, RRuRRRRRRR mah AdAdatat DDayayakakak. Pada jammm 1111111111111.000000000000 papappp giigi hhhhiininiiininggggggggggggaa 111 PePePettatangngnggg wwwwwaaakakaktutu KKK lalliimanntatatatatan n

Barat Pontianak InInInInnInInnndododood nenn siaaa kakakakamimimmimi mmmeeenjalaankann kkkkkajajjajian kulminasi Maatahari... (AAAlalalalaalatataannnn yyaangngn ddiggununakakkkanananan aadad lalah hRubu’ Muujajajayyyyyabab, Tonngnn kat IsIsIsssstitit wwawaw ))))

Sebelahahh pppetetetaangyyaa,aaa Lawawawawwattttaaana ssssssekekekekititarar bbbbanananndadadadarrrr PoPoPPoonntntiianak k(Muzzzimimimm DDDDiiraja, MMasasssjjiijij ddddddddd SuSuSuultltlttanananann SSSSShariririfff f AbAbAbAbAbduddududulll RaRaRaRahmhhmhmanannn))))

MMMMakakakka an malamm ddii atatasasss FFFFFerererereriiiii TaTaTaaaamammmaamam nnn AlAlAlunun-A-AAlulullunn KapupuasasasasHaHaHaHaHaarriririri KKKKKeeeeeeeempmmpmpatat ((233 Mac 22222200001001110 4)4)4)4)4)44)4)44))4)4))) CCheheeeckk ooutut hhototototototeleeeee mmmmmmmmenenenenne ujujuuu u u kee AAAiriririrrrrppopopopopopp rtrtrtrtr BBBananandadadadadaaaararararararaa SSSSSSSSuupupu adadioio

bebertr olakk kkkkeeeee KuKuKuKuKuKuchchhhhhhininininnini g.g.g...g DDaararariiii KuKuKuKKK chchcc inininnnngg kekeke KKKLIIIIAAA AA dadadannnn ttett rus s pupupupuuuulalalangngngnggggnggng kkkkkkeee AlAlAlAAA oroor SSettarar

10 JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

11JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Perkembangan ilmu falak terus menerus berkembang, meniti generasi demi generasi. Ia dikembangkan oleh para ulamak Islam seiring dengan perkembangan syariat Islam kerana ilmu falak khususnya penentuan arah kiblat mempunyai kaitan yang rapat dengan ibadat solat.

Perkembangan ilmu falak juga berkembang melalui penulisan. Penulisan ilmu falak di Tanah Melayu telah dipelopori oleh dua orang tokoh falak tersohor dari Pulau Pinang iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin yang menghasilkan buku-buku penulisannya seperti "Pati Kiraan" , ''Natijatul Umur" dan "Jadual Nukhbat al-Taqrirat" (1954). Selain Syeikh Tahir, seorang lagi ahli falak bernama Haji Abdullah Ali (Tok Janggut Pulau Pinang) muncul dan bergiat di sekitar tahun 1950-an. Sejak itu, perkembangan falak khususnya berkaitan dengan penentuan arah kiblat terus dihasilkan dengan berbagai penulisan dan kajian selaras dengan tuntutan menyempurnakan syariah Islam.

Sultan Muzaffar Shah telah bertitah kepada penasihat baginda bernama Syeikh Abdullah supaya membina sebuah masjid sebagai mercu tanda Islam di Kedah yang terletak di puncak Gunung Jerai. Lokasi ini dipilih kerana Kedah akan dapat dilihat dari arah laut oleh pedagang yang melalui Selat Melaka, sekaligus menandakan bahawa Kerajaan Kedah telah pun menganut agama Islam.

Para sejarahwan mengakui bahawa masjid tertua di Kedah terletak di puncak Gunung Jerai. Masjid tersebut terletak pada kawasan tanah berbatu yang mencerun. Kawasan lapang itu menghadap ke arah laut. Terdapat dua tapak yang dikenalpasti sebagai tapak yang di atasnya akan didirikan masjid pertama di Kedah oleh Syeikh Abdullah al-Yamani.

ASTRO SEJARAHDisusun Oleh :

Ustaz Mohd Isa Bin Abdul RahmanPegawai Pengurusan Masjid Negeri Kedah (Jheaik)

Tapak Pertama : ialah kawasan batu yang terhampar sejauh 15 meter x 10 meter mempunyai batu-batu leper berwarna hitam terhampar dengan terdapat garisan-garisan yang memisahkan batu-batu itu diantara satu sama lain. Batu ini membentuk seperti garisan saf sembahyang iaitu dengan kedudukan bearing 345º 50'. Tapak Kedua : terletak bertepatan dengan lokasi yang mengadap ke arah laut, tetapi di bahagian depan sedikit dari tapak pertama. Di sini terdapat batu-batu hitam yang menghampar dan terdapat juga garisan di atas permukaan batu yang membentuk seperti saf iaitu dengan bearing 201 º 15' dan ada juga garisan yang menunjukkan bearing 275 º. Batu–batu yang terdapat di kawasan ini seolah-olah seperti disusun rapi sebesar 7 x 9 meter sekeping. Kedudukan ini kerana ia berada dalam bentuk kepingan yang bercantum yang berkemungkinan usia batu batannya yang telah tua. Secara keseluruhan

Perkembangan ilmu falak terus menerus berkembang, meniti

SEJARAH PEMBINAAN MASJID TERAWAL DI KEDAH

12 JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

kawasan ini diliputi batu hitam yang bersaf-saf seluas 10 x 10 meter yang memanjang dan menghadap ke laut. Terdapat satu garisan menjalur ke arah laut dengan azimuth 316 º. Dikhabarkan juga bahawa kawasan berdekatan tempat ini juga disemadikan jenazah Almarhum Syeikh Abdullah al-Yamani.

Dikatakan juga, arah kiblat masjid, kedudukan kubur Syeikh Abdullah al-Yamani adalah berpandukan kepada apa yang ditetapkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani sendiri. Kiblat masjid tersebut mencatat sejarah sebagai penandaan arah kiblat masjid pertama di negeri Kedah. Namun yang masih menjadi tanda tanya ialah apakah kaedah yang digunakan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani dalam menentukan arah kiblat masjid tersebut? Menurut Wan Shamsuddin ada sejarahwan yang berpendapat kemungkinan beliau menggunakan kaedah rujukan bintang dan ada pula yang mengatakan bahawa dia menggunakan kasyaf . menggunakan kasyaf .

1 Syeikh Tahir Jalaluddin (1869-1956) ialah seorang ulamak falak syarie yang tersohor di Asia Tenggara serta giat menghasilkan penulisan serta memperkenalkan pengaplikasian kaedah pengiraan falak dengan menggunakan mesin kira dan buku log.

2 Membuka, menyata dan menzahirkan sesuatu yang tersembunyi atau diluar medan penglihatan .(Al-Marbawi, 1998, 186)

13JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

FALAK DAN MEDIAGELAP SELAMA SEMINIT 47 SAAT

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/gelap-selama-seminit-47-saat-1.495439

ALOR SETAR - Bahagian Falak Jabatan Mufti Kedah berpeluang melihat sendiri keadaan gelap disebabkan fenomena gerhana matahari penuh di Palembang, Indonesia, kelmarin. Pegawai Falak Jabatan Mufti Kedah, Syeikh Mohd Firdaus Mohd Khalil berkata, mereka merasai keadaan gelap berkenaan lebih kurang seminit 47 saat.“Kami dapat rasa keadaan gelap, tetapi tidak dapat mengambil gambar gerhana matahari kerana ditutupi awan tebal ketika mencerap di Wisma Atlet Jakabaring, Palembang. “Aktiviti mencerap berkenaan dilakukan kira-kira jam 5.30 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB),sebelum sesi cerapan terakhir selesai pada jam 8.37 pagi WIB,” katanya.Terdahulu, pengalaman itu diperoleh dalam program pencerapan gerhana matahari penuh anjuran Bahagian Falak Jabatan Mufti Kedah selama lima hari sejak 7 Mac lalu. Syeikh Mohd Firdaus berkata, aktiviti mencerap dilakukan di Palembang disebabkan suasana gelap ketika gerhana matahari lebih terasa di kawasan berkenaan. Menurutnya, ramai orang tertumpu di sana untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari itu, selain di kawasan tertentu seperti Pulau Belitung dan Pulau Ternate.

Katanya, penduduk benua Asia hanya berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi, iaitu pada 26 Disember 2019. “Disebabkan itu, fenomena kali ini menjadi tumpuan kerana dianggap unik dan jarang sekali gerhana matahari berlaku terutamanya gerhana matahari penuh. “Aktiviti mencerap dilakukan menggunakan kamera Gopro Hero 4 demi menjejaki Bayang Bulan (Moon Shadow) dan kamera DSLR untuk merakamkan sentuhan gerhana mulai jam 6.20 pagi," ujarnya.Tambahnya, mereka turut mengadakan solat gerhana matahari yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan beliau menjadi imam solat gerhana itu, manakala satu lagi kumpulan diimamkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. Aktiviti mencerap gerhana matahari itu turut disertai beberapa jabatan, seperti Jabatan Mufti Terengganu, Jabatan Mufti Perak dan Jabatan Mufti Pahang. Penuntut dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) turut mengambil bahagian dalam aktiviti itu.Pegawai Kewangan negeri, Datuk Sepiah Isa dan Bendahari negeri, Nazhatun Md Rejab turut menyaksikan fenomena gerhana matahari itu, kelmarin.

14 JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

BIL PREMIS DAERAH TARIKH AZIMUTKIBLAT

RUJUKANBIL

Surau Ar-Rahmah dan Masjid Al-Niamat, DerangPusat Bimbingan Al-Quran Al-BaraqahSurau Kampung PR1MA Desa AmanSurau Pasar Malam Kilang LamaMaahad Tahfiz MuhammadiSurau Al-Ghazali, Sungai PetaniHospital BalingSurau Nur Ehsan Kampung Padang RambungTanah Perkuburan Islam Kampung Padang Rambung, Mukim BalingMadrasah Al-‘Arfaniah Kampung Tanjung Musang, Kota SetarMasjid Al-Makmur Sungai Lalang, Sungai PetaniSurau Taman Saga Indah, Alor SetarSurau Ibrimiah Kampung Borhan, Alor SetarSurau Taman Pandan, AlorSetarSurau SMA Saadah Al Diniah Al Islamiah, YanMasjid Jamek Madinatul Ilmi, Kuala KetilMasjid Al-Muhtadin, Mukim SikNadias Hotel LangkawiSurau Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff, Alor SetarSurau N.U.R Power Sdn. Bhd.Surau Al-Ikhwan SMK JalanPayaBesar, LunasSurau Kampung Ulu Sedaka, Mukim Sungai DaunSurau GIATMARA JeraiSurau CIQ dan Jeti KuahSurau Pusat Tarbiyah Raudhatul Huffaz At-TaqwaSurau Jabatan Penerbangan AwamSurau Kuarters DCA

Pokok Sena 26/11/15 291º 08’18” 02/700 Jld.22

Kota Setar 26/11/15 291º 10’ 26” 04/700 Jld.22Kulim 27/12/15 291º29’32” 06/700 Jld.22Kulim 10/01/16 291º33’30” 08/700 Jld.22Baling 10/01/16 291º30’45” 10/700 Jld.22

Kuala Muda 10/01/16 291º27’ 59” 12/700 Jld.22Baling 12/01/16 291º22’13” 14/700 Jld.22Baling 12/01/16 291º 21’12” 16/700 Jld.22

Baling 12/01/16 291º 21’12” 18/700 Jld.22

Kota Setar 13/01/16 291º10’31” 20/700 Jld.22

Kuala Muda 20/01/16 291º 24’ 12.7” 22/700 Jld.22Kota Setar

Kota Setar

26/01/16 291º 12’ 31” 24/700 Jld.22Kota Setar 27/01/16 291º 11’ 15” 26/700 Jld.22Kota Setar 31/01/16 291º 10’ 57” 28/700 Jld.22

Yan 1/02/16 291º 18’ 34” 30/700 Jld.22

Baling 2/02/16 291º 26’ 0.7” 32/700 Jld.22

Langkawi28/07/1316/01/16

291º 18’ 14”291º 09’ 59”

34/700 Jld.22Sik

25/02/16 291º 11’ 04”

36/700 Jld.22

48/700 Jld.22Kulim 17/03/16 291º 31’ 58” 40/700 Jld.22Kulim 17/03/16 291º 32’ 39” 42/700 Jld.22

Yan 22/03/16 291º 18’ 58” 44/700 Jld.22Yan 22/03/16 291º 21’ 53” 46/700 Jld.22

Langkawi 25/03/16 291º 08’45” 48/700 Jld.22Langkawi 25/03/16 291º 08’ 03” 50/700 Jld.22Langkawi 26/03/16 291º 08’ 22” 52/700 Jld.22Langkawi 26/03/16 291º 08’ 23” 54/700 Jld.22

1

2345678

9

10

11

252627

18

121314151617

192021

222324

PENENTUAN ARAH KIBLAT JANUARI – SEPTEMBER 2016

Musolla Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar Kota Setar

Kota Setar

03/04/16 291º 11’ 07” 56/700 Jld.2228Surau Sekolah Kebangsaan Felda Laka Selatan, ChanglunSurau Pondok Haji Wan Salleh, Jitra

Kubang PasuKubang Pasu

Kuala Muda

02/05/16

02/05/1602/05/1603/05/16

291º 01’ 21”

291º 07’ 00”291º 09’ 08”291º 20’ 02”

58/700 Jld.2260/700 Jld.2262/700 Jld.2264/700 Jld.22

29

30Masjid Sungai Durian, Pokok Sena31Surau RNR Shell Arah Utara, Gurun 32Tanah Perkuburan Baru, Kariah Masjid Jamiul Makmur, Kulim Kulim 03/05/16 291º 34’ 26” 66/700 Jld.2233

15JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Surau Kolej Vokasional Alor Setar, Alor SetarSurau Al-Falah, SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar

Surau Azzaluddin, Sek. Keb. Gulau Sik

Kubang PasuKubang PasuKuala Muda

Kota Setar

Kota Setar

Sik

Langkawi

Kuala MudaSik

Langkawi

Kota Setar

Langkawi

Padang Terap

KulimBalingBalingBaling

Kuala MudaKuala Muda

Baling

Baling

Baling

Baling

Kota Setar

Kota Setar

Yan 22/05/16

22/05/16

26/06/16

23/05/1622/05/16

22/05/1623/05/16

04/05/16

04/05/16

09/05/16

27/05/16

25/05/16

25/05/16

09/02/1607/08/1607/08/1607/08/1607/08/16

10/08/1610/08/1607/08/16

07/08/16

07/08/16

23/07/16

01/08/16

09/05/16

291º 11’ 13”

291º 10’ 22”

291º 06’ 24”291º 06’ 30”291º 27’ 00”291º 12’ 28”291º 20’ 8.2”291º 09’ 45”

291º 11’ 01”

291º 05’ 25”

291º 11’ 24”

291º 21’ 50”

291º 11’ 42”

291º 10’ 51”

291º 7’ 44”

291º 7’ 13”

291º 29’ 36”291º 25’ 13.2”291º 25’ 3.2”291º 22’ 21”291º 22’ 20”

291º 26’ 49”291º 23’ 22”

291º 22’ 21”

291º 22’ 21”

291º 27’ 13”

68/700 Jld.22

70/700 Jld.22

72/700 Jld.2274/700 Jld.2276/700 Jld.2278/700 Jld.2280/700 Jld.2282/700 Jld.22

84/700 Jld.22

86/700 Jld.22

88/700 Jld.22

90/700 Jld.22

92/700 Jld.22

94/700 Jld.22

96/700 Jld.22

98/700 Jld.22

100/700 Jld.22102/700 Jld.22104/700 Jld.22106/700 Jld.22108/700 Jld.22

110/700 Jld.22

112/700 Jld.22

114/700 Jld.22116/700 Jld.22118/700 Jld.22

Surau SMK Pulau Nyior, JitraSurau Taman Pasu, JitraSurau Giant Sungai Petani

Surau An-Nur, Sek. Keb. Kota Aur, SikMasjid Quba’, Gurun

34

35

Madrasah Darul Ulum, Pulau Tuba, LangkawiMadrasah Tahfiz Al-Marjan (Lilbanat), Ayer Hangat, Langkawi

42

43

Dewan Kenangan Tun Abdul Razak (Baru), BalingBangunan Mini Stadium Baling, Bangunan Kenangan Tun Abdul Razak (Lama)

55

56

Surau Smart Tasty Indusry, Sungai Petani57

3940

JP Hotel, Jalan Stadium, Alor Setar44

Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman, Alor Setar47

Surau Al-Amin Taman Seroja, Langkawi48Surau Kompleks Wadi Muhammady, Kuala Nerang49

Masjid Ummar Al-Khattab, Padang Serai50

Surau Al-Muttaqin, Sek. Keb. Haji Nyak Gam45

Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah

46

41

363738

Dataran Ilmu Baling

Surau An-Najah, KupangSurau Kg. Bukit Pak Kuning, Kuala KetilDewan Futsal Baling

54

515253

Surau Nurul Huda, Kuala PegangSurau UNILIN Malaysia, Sungai Petani

5958

Surau PRIMA Taman Desa Aman, Padang Serai Kulim

Kota Setar

03/09/16 291º 11’ 07” 56/700 Jld.2228

Surau Nurul Ehsan, KulimSurau Aras 2 dan 4 Bangunan UTC, Alor Setar

Kulim

Kota Setar

02/09/16

02/09/16

02/09/16

291º 01’ 21”

291º 07’ 00”

291º 09’ 08”

58/700 Jld.2260/700 Jld.22

62/700 Jld.22

29

30

Tanah Perkuburan Masjid Tandop, Alor Setar31

012-452 9714

16 JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN