14
Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) Maktab Kerjasama Malaysia 1 1 PENGENALAN Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan penting di dalam menyahut cabaran mempertingkatkan daya saing dan daya tahan negara berikutan perubahan persekitaran ekonomi dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, Kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha untuk menyediakan kemudahan sistem dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan. Bagi mencapai tujuan ini, satu perancangan rapi di peringkat pusat telah dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di mana Pelan Strategik Teknologi Maklumat Sektor Awam (PSTM) atau Public Sector ICT Strategic Plan (ISP) telah dilancarkan pada Ogos 2003. Susulan itu, semua agensi Kerajaan diarahkan untuk menyediakan dan memperkemaskan ISP masing-masing bersesuaian dengan hala tuju dan objektif strategik organisasi dan juga selaras dengan ISP Sektor Awam. Oleh itu, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) telah mengambil langkah ke arah membangunkan ISPnya bagi menyediakan satu pelan induk ICT yang akan memastikan perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan keperluan strategi bisnes MKM dan memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT Sektor Awam. 1.1 Tujuan ISP MKM bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja yang komprehensif dalam mewujudkan persekitaran berautomasi menerusi penggunaan dan pembangunan ICT yang tersusun dan sejajar bagi tempoh 2008 – 2015. Pendekatan yang telah diambil untuk membangunkan ISP ini adalah seperti berikut: a. Pembangunan secara berfasa; b. Sesi interaktif dan percambahan minda melalui bengkel yang di mudah cara oleh konsultan; c. Penggunaan soal selidik; dan d. Sesi temu bual bersama Pengurusan Atasan, Ketua Pusat/Unit dan Pegawai yang bertanggungjawab.

UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

1

1 PENGENALAN

Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan penting di dalam menyahut cabaran

mempertingkatkan daya saing dan daya tahan negara berikutan perubahan persekitaran

ekonomi dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, Kerajaan

memberikan tumpuan kepada usaha untuk menyediakan kemudahan sistem dan

perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.

Bagi mencapai tujuan ini, satu perancangan rapi di peringkat pusat telah dilaksanakan oleh

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di mana Pelan

Strategik Teknologi Maklumat Sektor Awam (PSTM) atau Public Sector ICT Strategic Plan

(ISP) telah dilancarkan pada Ogos 2003. Susulan itu, semua agensi Kerajaan diarahkan

untuk menyediakan dan memperkemaskan ISP masing-masing bersesuaian dengan hala tuju

dan objektif strategik organisasi dan juga selaras dengan ISP Sektor Awam.

Oleh itu, Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) telah mengambil langkah ke arah

membangunkan ISPnya bagi menyediakan satu pelan induk ICT yang akan memastikan

perancangan dan pelaksanaan ICT adalah selaras dengan keperluan strategi bisnes MKM dan

memenuhi keperluan semasa dan jangka panjang selain menyokong visi ICT Sektor Awam.

1.1 Tujuan

ISP MKM bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja yang komprehensif dalam

mewujudkan persekitaran berautomasi menerusi penggunaan dan pembangunan ICT yang

tersusun dan sejajar bagi tempoh 2008 – 2015.

Pendekatan yang telah diambil untuk membangunkan ISP ini adalah seperti berikut:

a. Pembangunan secara berfasa;

b. Sesi interaktif dan percambahan minda melalui bengkel yang di mudah cara oleh konsultan;

c. Penggunaan soal selidik; dan

d. Sesi temu bual bersama Pengurusan Atasan, Ketua Pusat/Unit dan Pegawai yang bertanggungjawab.

Page 2: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

2

2 PERSEKITARAN SISTEM ICT SEMASA

Sistem ICT utama yang dilaksanakan pada masa ini ialah seperti berikut:

a. Sistem MIOS ( MKM Information Online System) Fasa 1 dan 2;

b. Sistem ILMU (Integrated Library Management Utilities);

c. Sistem Perakaunan SAGA (Standard Accounting System for Government

Agencies);

d. e-SISPEN (Sistem Pengurusan Tenaga Kerja Jabatan);

e. Sistem Tempahan Kenderaan;

f. Sistem Aduan Pelanggan;

g. Intranet;

h. Laman Web MKM;

i. Kiosk MKM;

j. Sistem E-mel (Exchange 2003); dan

k. MyAsset ( Sistem Pengurusan Aset dan Inventori).

Pada masa ini, operasi MKM tidak terlalu bergantung kepada sistem ICT. Ini ialah kerana

kebanyakan sistem aplikasi dibina secara individu khusus untuk keperluan Pusat dan Unit

serta tidak mengambil kira keperluan holistik bisnes MKM dan keperluan pembangunan

sistem secara integrasi, melalui perkongsian pangkalan data. Walau bagaimanapun,

berdasarkan keperluan bisnes di Pusat dan Unit MKM, terdapat potensi yang tinggi dalam

penggunaan ICT di mana dengan pembangunan inisiatif ICT yang bersesuaian dijangka akan

dapat meningkatkan prestasi MKM di masa hadapan. Struktur organisasi ICT dan

persekitaran ICT semasa juga turut dikaji dan didapati memerlukan peningkatan yang

bersesuaian bagi menyokong MKM ke arah organisasi yang berteraskan ICT di masa

hadapan.

3 HALA TUJU STRATEGIK ICT

Hala tuju ICT yang strategik perlu sejajar dengan bisnes agar inisiatif ICT dapat

merealisasikan visi dan misi MKM. Oleh itu, hala tuju ICT yang dirangka merangkumi visi,

misi, teras strategik dan peluang inisiatif yang dikenal pasti mampu untuk menyokong hala

tuju bisnes MKM kelak.

Page 3: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

3

Hala tuju strategik ICT MKM adalah seperti di Rajah 3.

Rajah 3: Hala Tuju Strategik ICT

5.1 Visi ICT

Visi ICT adalah seperti berikut:

� Pemangkin kepada merealisasikan visi MKM menerusi kaedah yang unik dan inovatif

sesuai dengan persekitaran MKM.

5.2 Misi ICT

Misi ICT adalah seperti berikut:

� Menjadikan ICT sebagai teras utama kepada perkhidmatan dan penyampaian yang

efisien dan efektif; dan

� Membudayakan ICT sepenuhnya dalam setiap aktiviti di MKM.

Page 4: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

4

Misi ICT yang di rumus oleh MKM adalah sejajar dengan misi ICT Sektor Awam Malaysia

iaitu:

� Menyediakan perkhidmatan elektronik yang cekap, cepat, berkualiti dan selamat;

� Menggunakan ICT dan multimedia bagi mempertingkatkan produktiviti sektor

awam;

� Mempermudah perkongsian sumber dalam kalangan agensi-agensi Kerajaan; dan

� Mengutamakan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan.

5.3 Teras Strategik ICT

Teras strategik ICT akan memandu pelaksanaan inisiatif ICT di MKM adalah seperti berikut:

� ICT sebagai saluran yang membolehkan pelanggan berhubung secara terus dengan

MKM;

� ICT sebagai alat yang boleh membantu MKM berkembang dengan penyediaan data dan

maklumat bisnes dan pasaran dengan tepat;

� ICT sebagai saluran bagi menyampaikan kelebihan, kekuatan yang terdapat di MKM

bagi mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya;

� ICT menawarkan servis yang berkualiti dan cepat melalui penggunaan teknologi yang

bersesuaian; dan

� ICT sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran dan penggunaan informasi bagi

tujuan memenuhi keperluan pelanggan.

5.4 Peluang-peluang Inisiatif ICT – Aplikasi

Peluang-peluang ICT yang dikenal pasti akan melibatkan pembangunan aplikasi baru dan

penambahbaikan kepada aplikasi sedia ada. Pemetaan peluang ICT MKM dengan rangka

kerja peluang ICT menunjukkan pelbagai aplikasi dan penyelesaian teknologi dapat

menyokong perkhidmatan teras, operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta

pihak berkepentingan digambarkan seperti di Rajah 4 berikut.

Page 5: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

5

• Customer

RelationshipManagement (CRM)

• Meja Bantuan

VISION, MISSION & ICT

STRATEGIC THRUST

CUSTOMER COMMUNITIES

ACCESS CHANNELS

APPLICATIONS

KNOWLEDGE WAREHOUSE

ENABLING ENVIRONMENT

INFRASTRUCTUREInfrastructure

MKM Database

CommunityApplications

• Leadership & Commitment

• Smart Partnership

• People & Culture

• Change Management• Policy & Governance

• HR Development

• Support Strategy

MKM Entr. Wide

Appl – KMS, eG, HRMIS

MKM InternalApplications

Decision Support System

Organizational Governance related application

Gateway GerbangMKM

SMS Mobile Web IVR Counter FaxPhone

MKM Stakeholders, Students, International AgenciesCooperatives, Parents, Public,IndustrialPlayers etc

as the enabler in

realizing MKM 's vision through unique

and innovative solution tailored to

MKM cooperative environment

SECURITY

• Balanced Score Card Performance

Management (BSC)

• Decision Support System (DSS)

• MIOS Fasa 3 ( MKM Information Online

System ) • Sistem Perkongsian

Maklumat

• Sistem Perakaunan

Pelajar• Sistem Ahli Koperasi

dan Kad Pintar

• E-learning

• KMS dan Sistem

Kolaborasi• Sistem

Perpustakaan dengan RFID

• Video Conferencing

• HRMIS

• GOE-EGDMS

• Urustadbir organisasi

• Change Management

yang mengurusprogram latihan

• Polisi dan garis

panduan berkenaan

ICT • Service Level

Management System

Rajah 4: Pemetaan Peluang ICT MKM Dengan Rangka Kerja ICT

Strategi ICT yang dirangka bagi tempoh 2008-2015 untuk merealisasikan persekitaran

bersepadu ICT terdiri daripada inisiatif-inisiatif berikut dan digambarkan di Rajah 5.

i. Aplikasi Gatewa.

ii. Aplikasi Pengurusan

iii. Aplikasi Dalaman MKM

iv. Aplikasi Enterprise Wide MKM

v. Pewujudan Bank Pengetahuan MKM

vi. Pengukuhan Infrastruktur ICT

vii. Pengukuhan pembudayaan dan persekitaran ICT (enabling environment)

Page 6: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

6

Pe

laja

rd

ala

md

an

lua

rn

eg

ara

me

mp

ela

jari

me

lalu

ie

-le

arn

ing

did

ala

mke

las

ata

ud

iru

ma

h

Le

bih

5.5

ju

tab

aka

l

pe

lan

gg

an

do

me

stik

da

n

pe

lua

ng

kep

ad

ap

ela

ng

ga

n

da

rise

luru

hp

elu

sok

du

nia

Pe

rko

ng

sia

nm

aklu

ma

t

de

ng

an

ag

en

silu

ar

KP

M, M

EC

D, K

PT

,IC

A d

an

seb

ag

ain

ya

BSC

P

erf

orm

an

ce

Ma

na

ge

me

nt

& D

ecis

ion

Su

pp

ort

Syst

em

Sis

tem

Pe

ng

uru

san

Pe

ng

eta

hu

an

da

nK

erj

asa

ma

Me

ja

ba

ntu

an

Pu

sat

da

ta

MK

M

Dis

ast

er

Re

co

ve

ry F

acil

ity

Ge

rba

ng

MK

M Sis

tem

Pe

rhu

bu

ng

an

Pe

lan

gg

an

Pa

ng

ka

lan

da

ta

be

rpu

sat

Sis

tem

Pe

rpu

sta

ka

an

de

ng

an

RFID

Sis

tem

Pe

raka

un

an

Pe

laja

r

MIO

S

Rajah 5: Persekitaran Bersepadu ICT M

KM di Masa Hadapan

Page 7: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

7

5.4.1 Aplikasi Gateway

Aplikasi ini menyediakan kemudahan kepada pengguna dalaman dan luaran MKM untuk

mengakses maklumat, aplikasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh MKM seperti di

Jadual 1.

Jadual 1: Aplikasi Gateway

Aplikasi Keterangan

Gerbang MKM Gerbang MKM merupakan aplikasi yang menyediakan single

interface kepada mereka yang berkenaan untuk mengakses

maklumat, aplikasi dan perkhidmatan yang terdapat di MKM.

Pengurusan Hubungan

Pelanggan (CRM)

CRM merupakan aplikasi yang membenarkan MKM secara

proaktif mengurus pelanggannya. CRM ini berperanan untuk

membantu MKM menarik minat pelanggan dan mengekalkan

perhubungan baik dengan mereka. Integrasi aplikasi ini dengan

semua aplikasi membolehkan MKM mengetahui persekitaran

pelanggan dari segi keperluan dan permasalahan mereka

dengan lebih sistematik.

Meja Bantuan

Meja Bantuan ini berfungsi untuk membantu menyelesaikan

masalah pengguna dan juga bertindak sebagai Single Point of

Contact (SPOC). Aplikasi ini akan diintegrasikan dengan

aplikasi lain terutamanya dengan aplikasi CRM.

5.4.2 Aplikasi Pengurusan

Aplikasi pengurusan terdiri daripada aplikasi-aplikasi di Jadual 2.

Jadual 2: Aplikasi Pengurusan

Aplikasi Keterangan

Balanced Score Card &

Performance

Management System

Balanced Score Card (BSC) merupakan aplikasi yang dapat

membantu MKM memantau prestasi keseluruhan MKM sehingga

kepada prestasi individu. Dengan berpandukan Petunjuk

Comment [r1]: Tukar Numbering format + add description

Page 8: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

8

Aplikasi Keterangan

Prestasi Utama (KPI) yang terdapat di desktop masing-masing,

mereka akan dapat melihat dan memantau secara online

prestasi individu, Pusat, Unit sehingga kepada prestasi

keseluruhan MKM.

Decision Support System

(DSS)

Decision Support System (DSS) merupakan aplikasi yang akan

dapat membantu MKM membuat keputusan penting

berdasarkan analisis-analisisi trend terdahulu, masa kini dan

perancangan masa hadapan. Aplikasi ini akan membolehkan

proses membuat keputusan dilakukan dengan lebih cepat dan

tepat. Laporan-laporan yang dijana diambil terus daripada

data-data yang terdapat di pangkalan data berpusat.

VIDEO Conferencing dan

VOIP

Sistem ini dapat membantu MKM berkomunikasi secara online

antara PJ, kampus cawangan atau anggota koperasi tanpa

perlu hadir di Ibu Pejabat MKM. Pada masa yang sama,

pelaksanaan projek ini akan membantu proses pembelajaran di

antara pelajar dan tenaga pengajar secara jarak jauh

(e-Learning).

5.4.3 Aplikasi Dalaman MKM

Aplikasi dalaman yang akan dibangunkan adalah terdiri daripada aplikasi-aplikasi di

Jadual 3.

Jadual 3: Aplikasi Dalaman MKM

Aplikasi Keterangan

MKM Information Online System (MIOS) Fasa 3

Aplikasi ini merupakan penambahbaikan kepada Sistem MIOS

Fasa I dan 2 yang dapat membantu mengurus maklumat

secara keseluruhan yang berkaitan dengan pelajar, tenaga

pengajar, pengurusan akademik dan sebagainya.

Comment [r2]: To add description

Page 9: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

9

Aplikasi Keterangan

Modul Pengurusan

Perakaunan Pelajar

Komponen perakaunan pelajar merupakan modul tambahan

yang diperlukan bagi melengkapkan sistem SAGA yang sedia

ada. Modul ini diperlukan untuk mengurus pembelajaran

secara jarak jauh dan pembayaran yuran secara elektronik .

e-Learning bagi peringkat

Sijil, Diploma dan Sarjana

Muda

Aplikasi ini membolehkan pelajar mengikuti kursus yang

ditawarkan secara jarak jauh tanpa batasan masa dan

lokasi. Sistem ini membenarkan mereka mengikuti

pengajian tanpa perlu hadir secara fizikal ke kampus MKM.

Sistem Perkongsian

Maklumat secara elektronik

Sistem ini membolehkan MKM berkongsi maklumat dengan

agensi yang berkaitan yang dapat membantu MKM

memperkukuhkan kedudukannya sebagai institusi pengajian

tinggi. Maklumat daripada agensi-agensi berkaitan akan

dapat digunakan untuk tujuan analisis, promosi dan

perkongsian maklumat.

Agensi-agensi yang berkaitan adalah seperti berikut:

• Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

• Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);

� Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);

� Kementerian Usahawan Dan Pembangunan Koperasi

(MECD);

� Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

� Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);

� Badan-badan koperasi dalam dan luar negara;

� Malaysian Qualifications Agency (MQA);

� Jabatan Statistik Malaysia; dan

� Agensi-agensi lain yang dapat menyumbang kepada

pembangunan MKM sebagai institusi latihan koperasi.

Page 10: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

10

Aplikasi Keterangan

Sistem Anggota Koperasi dan Kad Pintar

Sistem ini berfungsi bagi menguruskan rekod keahlian

anggota koperasi. Sistem ini mengandungi maklumat

terperinci berkaitan dengan organisasi koperasi dan anggota

koperasi yang terdapat di Malaysia. Dengan penggunaan kad

pintar, proses pengurusan anggota koperasi ini dapat

dilakukan dengan lebih mudah.

5.4.4 Aplikasi Enterprise Wide

Aplikasi yang digunakan secara meluas dan menyeluruh bagi melancarkan operasi MKM

terdiri daripada aplikasi-aplikasi di Jadual 4.

Jadual 4: Aplikasi Enterprise Wide MKM

Aplikasi Keterangan

HRMIS Aplikasi ini menyediakan kemudahan pengurusan sumber

manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi menggantikan

sistem pengurusan sumber manusia yang sedia ada iaitu

SISPEN.

Generic Office

Environment (GOE)

Sistem Generic Office Environment (GOE) membolehkan

urusan pentadbiran pejabat dilakukan dengan lebih cepat dan

efisien secara elektronik. Selain menyediakan kemudahan bagi

penyediaan dan penyimpanan dokumen, sistem ini akan

membantu mengurangkan penggunaan kertas dan

mempercepatkan penghantaran/penerimaan dokumen.

5.4.5 Pewujudan Bank Pengetahuan MKM (Knowledge Bank)

Bank Pengetahuan MKM adalah sistem yang digunakan bagi menyokong persekitaran proses

integrasi di antara aplikasi-aplikasi di MKM. Ia juga menyokong perkongsian maklumat dan

Page 11: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

11

pengalaman bersama untuk penghasilan jurnal bisnes, penambahbaikan produktiviti dan

peningkatan kecekapan keseluruhan di MKM seperti di Jadual 5.

Jadual 5: Aplikasi Bank Pengetahuan MKM

Aplikasi Keterangan

Sistem Pengurusan

Pengetahuan (KMS) dan

Collaboration System.

Sistem Pengurusan Pengetahuan atau Sistem Pengurusan

Pengetahuan (KMS) menyediakan antara muka (interface)

untuk membolehkan kerjasama dibuat melalui fungsi

pencarian, penyimpanan, perkongsian dan penyebaran

dokumen. Aktiviti-aktiviti ini dapat dilakukan di mana-mana

sahaja. Sistem ini akan meningkatkan dan menggalakkan

aktiviti-aktiviti penyelidikan, kolaborasi dan perkongsian

maklumat di kalangan tenaga kerja. Pengetahuan yang ada

akan disimpan dan dijaga dengan baik, agar ianya tidak hilang

begitu sahaja atau diambil tanpa kebenaran. MKM akan dapat

memanfaatkan pengetahuan yang ada di kalangan tenaga kerja

MKM kerana dalam era teknologi dan ekonomi pengetahuan,

pengetahuan adalah kuasa (knowledge is power).

5.4.6 Pengukuhan Infrastruktur ICT

Bagi memastikan segala aplikasi dan sistem yang bakal dibangunkan atau yang ditambahbaik

dapat berfungsi dengan lancar dan memenuhi keperluan MKM, infrastruktur ICT yang sedia

ada perlu ditambah baik. Infrastruktur yang sedia ada sudah tidak dapat lagi menampung

keperluan semasa mahupun yang akan datang. Antara penambahbaikan yang diperlukan

dengan segera adalah seperti berikut:

a. Keperluan rangkaian jalur lebar yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan ibu pejabat

dan juga cawangan-cawangan MKM;

b. Keperluan Pusat Data berserta dengan infrastruktur bersesuaian bagi menyokong

aplikasi-aplikasi sedia ada dan juga yang bakal diujudkan;

Page 12: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

12

c. Keperluan komputer peribadi kepada pelajar-pelajar dan juga notebook kepada tenaga

kerja MKM. Pembekalan notebook kepada tenaga kerja MKM adalah supaya mereka lebih

produktif dan mobile; dan

d. Keperluan kepada Disaster Recovery Facility (DRF) yang akan memastikan operasi yang

berterusan dan juga mengurangkan gangguan kepada sistem MKM yang sedia ada dan

juga akan datang.

5.4.7 Pengukuhan Pembudayaan dan Persekitaran ICT (Enabling Environment)

Bagi setiap pelaksanaan inisiatif ICT, aspek pembudayaan ICT perlu diberikan penekanan

yang sewajarnya. Ini adalah kerana kebanyakan projek pengkomputeran yang gagal adalah

berpunca daripada persekitaran pembudayaan ICT yang lemah yang tidak menyokong

pelaksanaan inisiatif yang dilaksanakan. Oleh itu, di antara program yang dirancang

termasuklah seperti berikut:

a. Program pembudayaan ICT yang berterusan melalui program kesedaran (awareness

program) kepada aplikasi yang sedia ada atau bakal dibangunkan, polisi-polisi berkaitan

ICT dan sebagainya;

b. Program latihan teknikal yang membolehkan tenaga kerja teknikal BTM berupaya

mengendalikan sistem yang terdapat di MKM kelak; dan

c. Program latihan kursus kepada aplikasi yang ada di MKM kepada tenaga kerja MKM dan

mereka yang berkenaan.

5.6 Strategi Pelaksanaan

Pelaksanaan keseluruhan inisiatif ICT dirangka untuk jangka masa lapan (8) tahun.

Pelaksanaan secara berperingkat dicadangkan supaya sejajar dengan kapasiti dan keupayaan

tenaga kerja MKM dan mengambil kira proses persediaan spesifikasi teknikal sistem,

pengurusan perubahan (Change Management) dan Business Process Re-Engineering (BPR).

Page 13: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

13

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ICT di cadang dilakukan di dalam tiga (3) fasa seperti di

Rajah 7.

Fasa Tahun

2008 – 2010 2011 – 2012 2013 - 2015

Fasa 1

Fasa 2

Fasa 3

Rajah 7: Pelan Pelaksanaan ISP

1. Fasa 1: Fasa ini melibatkan pembangunan inisiatif ICT yang menjurus kepada memenuhi

keperluan pelajar, anggota koperasi dan tenaga kerja di MKM. Fasa ini juga memberi

fokus kepada pengurusan pengetahuan, pembinaan pangkalan data berpusat dan

penambahbaikan Infrastruktur IT sedia ada.

2. Fasa 2: Fasa ini melibatkan pembangunan aplikasi dan sistem yang menyokong

melicinkan operasi harian MKM.

3. Fasa 3: Fasa ini memberikan tumpuan kepada perkongsian maklumat dengan organisasi

luar seperti MECD, SKM, MARA, KPM, KPT, badan koperasi dan agensi lain yang berkaitan.

Fasa ini juga memfokuskan kepada pengumpulan maklumat bagi mempromosikan

pembangunan MKM sebagai institusi koperasi yang bertaraf dunia.

5.7 Faktor Kejayaan Kritikal

Di antara faktor kejayaan kritikal bagi menentukan kejayaan pelaksanaan setiap inisiatif ICT

adalah seperti berikut:

Comment [r3]: To add Rajah III – Jadual Pelaksanaan ISP Kementerian

Comment [r4]: To add Rajah III – Jadual Pelaksanaan ISP Kementerian

Comment [r5]: To add Rajah III – Jadual Pelaksanaan ISP Kementerian

Comment [r6]: To add Rajah III – Jadual Pelaksanaan ISP Kementerian

Page 14: UPLOAD INTERNET ringkasan ISP 2 - mkm.edu.my · Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015) ... operasi harian dan keperluan pihak pengurusan serta ... antara PJ, kampus cawangan atau

Pelan Strategik ICT (ISP) (2008 - 2015)

Maktab Kerjasama Malaysia

14

i. Sokongan dan komitmen pihak Pengurusan Atasan dalam memastikan projek ICT

dilaksanakan dengan sempurna;

ii. Penyediaan polisi ICT yang berkaitan untuk membantu ke arah mewujudkan

persekitaran yang membina (enabling environment) bagi membantu melaksanakan

inisiatif-inisiatif ICT agar berjalan lancar;

iii. Program Pembudayaan Persekitaran ICT melalui Change Management bagi menerapkan

budaya ICT kepada tenaga kerja MKM untuk menyediakan modal insan yang celik ICT;

dan

iv. Business Process Re-Engineering (BPR) perlu dilaksanakan untuk menilai semula dan

menambah baik proses sedia ada supaya yang tidak bersesuaian dan tidak cekap dikaji

semula selaras dengan penggunaan teknologi ICT.

4 PENUTUP

Pelan Strategik ICT MKM merupakan satu blueprint untuk melaksanakan projek ICT bagi

mencapai hala tuju dan teras strategik MKM. Pelan Strategik ini adalah sebuah dokumen

yang mengandungi perancangan ICT MKM bagi mengenal pasti inisiatif-inisiatif ICT yang

perlu dilaksanakan mengikut jangka masa lapan (8) tahun, bagi tempoh 2008–2015. Hasil

kejayaan pelaksanaan program-program ICT ini dijangka dapat meningkatkan penyampaian

perkhidmatan MKM kepada pelanggan serta meningkatkan kualiti maklumat yang

disampaikan kepada pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya sukar

disempurnakan sekiranya tidak disokong oleh faktor-faktor kejayaan kritikal yang telah

disebutkan di perenggan 5.4.

Pelan ini akan menjadi panduan dan rujukan sepanjang pelaksanaan ICT untuk tempoh

tersebut. Oleh itu, dokumen ini hendaklah sentiasa dikaji semula dan dikemas kini dari

semasa ke semasa, jika perlu, bagi memastikan ianya sentiasa relevan dan terus menjadi

pemboleh daya strategik kepada usaha MKM untuk mencapai visinya menjadi institusi

pendidikan koperasi yang bertaraf dunia.