USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    1/16

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    2/16

    Inggeris kembali sehingga 1957, semangat keusahawanan di kalangan

    orang Melayu dan Bumiputera semakin pudar. Penjajah Inggeris

    umpamanya telah menanam satu kepercayaan di kalangan orang Melayu

    kononnya mereka tidak pandai berniaga. Ini diburukkan lagi dengan Dasar

    Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh Inggeris yang menggalakkan

    orang-orang Melayu tinggal di pedalaman dan kampung bertani sedangkan

    imigran dari Tanah Besar China ditempatkan di kawasan lombong bijih

    timah dan bandar-bandar besar bagi menjalankan perniagaan.

    Bidang keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular

    selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB

    diperkenalkan selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di mana

    pada masa tersebut telah berlaku rusuhan antara kaum selepas pilihan

    raya umum diadakan. Punca utama pergaduhan kaum itu ialah timbulnya

    perasan tidak puashati antara orang Melayu dengan bukan Melayu

    berhubung penguasaan ekonomi negara. Kadar kemiskinan orang Melayu

    dan Bumiputera pada masa itu sangat tinggi sedangkan orang-orang

    bukan Bumiputera menguasai bidang perniagaan dan membuat berbagai

    tuntutan kepada kerajaan yang menjejaskan kedudukan orang Melayu

    sebagai kaum Peribumi.

    Untuk mengatasi ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum ini

    yang boleh menggugat keharmonian negara, DEB diperkenalkan dengandua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan

    menyusun kembali struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang

    ekonomi tidak dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Semenjak dari itu,

    kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar untuk menggalakkan

    penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan tanpa menjejaskan

    kedudukan sedia ada bukan Bumiputera dalam bidang tersebut.

    Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan

    Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ialah

    Dasar Pengswastaan,Dasar Persyarikatan Malaysia,

    Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat Bumiputera,Pengwujudan Kontraktor Kelas F,Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera

    (MPPB)

    mewujudkan berbagai agensi yang berfungsi sebagai sistemsokongan usahawan.

    Selepas DEB tamat pada tahun 1990, kerajaan menubuhkan pula Dasar

    Pembangunan Nasional (DPN) untuk meneruskan usaha-usaha

    menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.

    1.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN DAN USAHAWANApakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan dan usahawan?

    Sebenarnya tiada definisi yang jelas mengenai konsep keusahawanan dan

    usahawan. Penyelidik, pengarang dan berbagai pihak yang membuat

    pemerhatian dan kajian membuat pelbagai huraian mengikut disiplin

    masing-masing. Istilah keusahawanan dan usahawan digunakan oleh

    berbagai lapisan masyarakat dengan membawa erti yang berbeza.

    Walaupun terdapat beberapa persetujuan kepada definisi yang diterima

    pakai, namun begitu masih terdapat kekeliruan. Kesannya, tiada

    seorangpun yang dapat memahami sepenuhnya siapa usahawan dan apa

    yang mewujudkan keusahawanan.

    Di bawah ini adalah beberapa contoh definisi keusahawanan dan

    usahawan yang diberikan oleh sarjana-sarjana barat;

    Join this site

    w ith Google Friend Connect

    There are no members yet.

    Be the first!

    Already a member? Sign in

    Followers

    2011 (4) April (4)

    MENGENALPASTI DANMEMILIHPERNIAGAAN

    PERSEKITARANPERNIAGAAN DIMALAYSIA

    KEMAHIRANKEUSAHAWANAN

    KONSEPKEUSAHAWANAN

    Blog Archive

    http://justnickusahawan.blogspot.com/2011/04/konsep-keusahawanan_9115.htmlhttp://justnickusahawan.blogspot.com/2011/04/kemahiran-keusahawanan.htmlhttp://justnickusahawan.blogspot.com/2011/04/persekitaran-perniagaan-di-malaysia.htmlhttp://justnickusahawan.blogspot.com/2011/04/mengenalpasti-dan-memilih-perniagaan.htmlhttp://justnickusahawan.blogspot.com/2011_04_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://justnickusahawan.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00-08:00&max-results=4http://void%280%29/
  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    3/16

    Tahun Definisi

    PADA TAHUN 1775 Richard Cantillon

    Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko dan dia berbeza

    dari orang yang mengeluarkan modal

    PADA TAHUN 1794 Beaudau

    Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko, membuat

    perancangan, penyeliaan dan pasaran.

    PADA TAHUN 1803 Jean Baptisle Say

    Usahawan ialah individu yang mengurus firma atau organisasi untuk

    pengeluaran dan pasaran.

    PADA TAHUN 1934 Jean Scumpeter

    Usahawan ialah seseorang yang berinovatif dan mampu

    mengembangkan teknologi yang belum pernah dicuba sebelum ini.

    PADA TAHUN 1961 David McClelland

    Usahawan ialah seseorang yang mengambil risiko secara sederhana.

    PADA TAHUN 1964 Peter Drucker

    Usahawan ialah individu yang memaksimumkan peluang yang ada.

    PADA TAHUN 1970 Hornaday dan Bunker

    Usahawan yang berjaya ialah individu yang memulakan perniagaan ,

    membangunkannya sekurang-kurang lima tahun untuk membuat

    keuntungan dengan struktur tenaga kerja 15 orang atau lebih.

    PADA TAHUN 1972 Draheim

    Keusahawanan ialah tindakan mengasaskan sesebuah syarikat baru.

    Syarikat baru ini diurus dan diselia oleh individu yang bernamausahawan.

    PADA TAHUN 1974 Joseph Scumpeter

    Keusahawanan menggalakkan individu menghadapi risiko, membuat

    ramalan, keputusan dan inovasi.

    PADA TAHUN 1975 Albert Shapero

    Usahawan mengambil inisiatif mengatur mekanisma sosial dan

    ekonomi serta menerima risiko kegagalan.

    PADA TAHUN 1985 Robert Hisrich

    Keusahawanan ialah proses mencipta ataupun mengeluarkan sesuatu

    yang berlainan, mengalami masalah kewangan,gangguan psikologi dan

    risiko sosial serta menerima imbuhankewangan dan mencapai

    kepuasan diri.

    MAKSUD KEUSAHAWANANdi Malaysia boleh didefinisikan sebagai ;

    Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang

    membolehkan seseorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari,

    mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada

    strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untuk faedah ekonomi

    dan keuntungan.

    Manakala KEUSAHAWANAN dari perspektif Islam ialah ;

    Mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh

    seseorang samada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    4/16

    memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu

    dengan cara yang tidak bertentangan dengansyariah

    USAHAWAN

    Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan

    mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran

    seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkara-

    perkara seperti ;

    Mencari peluang-peluang perniagaan Mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa

    kebaikan kepada dirinya dan orang ramai.

    Dapat memenuhi keperluan orang ramai.Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti.Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

    PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGAUsahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan

    semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan

    adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara

    usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ;Fungsi Peniaga Usahawan

    Takrif Umum Melibatkan diri dalam

    aktiviti perniagaan untuk

    mendapat keuntungan

    bagi diri sendiri dan

    keluarga

    Menjalankan perniagaan

    sendiri untuk

    mendapatkan keuntungan

    di samping

    mengutamakan kepuasan

    pelanggan, dan memberi

    sumbangan kepada

    masyarakat dan negara.

    Membentuk

    Perniagaan Baru

    Membentuk perniagaan

    baru tetapi skala operasiadalah kecil.

    Membentuk perniagaan

    baru. Peringkat awal skalaoperasinya adalah kecil,

    tetapi berupaya

    berkembang maju dari

    masa ke semasa

    Kebolehan

    Mengenalpasti Peluang

    Perniagaan

    Sukar mengembangkan

    perniagaan kerana

    kurang berkebolehan

    untuk mengenalpasti

    peluang-peluang

    perniagaan.

    Berkebolehan mencari,

    melihat dan merebut

    peluang perniagaan

    secara berterusan untuk

    mengembangkan usaha

    teroka.

    Tahap Pengambilan

    Risiko.

    Biasanya peniaga

    cenderung mengambil

    risiko yang rendah dan

    cuba mengelakkan

    risiko.

    Sanggup mengambil risiko

    yang sederhana atau

    risiko yang telah

    diperincikan.

    Menggembeling

    Sumber

    Menggembeling

    sumber-sumber untuk

    penerusan perniagaan.

    Menggembeling sumber-

    sumber bagi

    pembangunan usaha

    teroka.

    PERANAN USAHAWANUsahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan

    pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. maju dan mundur ekonomi

    sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan

    berpandangan jauh. Mereka adalah individu yang unik dan berbeza dengan

    insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    5/16

    berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri, tetapi juga

    bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Malah

    hasil usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat

    seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak

    yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha memperkembangkan

    sesuatu usaha teroka yang diceburi. Jesteru itu mereka dapat mencipta

    pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini seterusnya dapat

    mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran negara.

    Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan

    meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.

    Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa usahawan itu berperanan

    seperti berikut:-

    Menyumbangkan Idea dan PembaharuanDalam konteks perhubungan usahawan dengan firmanya, usahawan

    adalah sumber utama idea dan pembaharuan. Idea dan pembaharuan

    tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea yang sedia ada

    juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini

    usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.

    MerancangDaripada idea dan penyerlahan peluang, usahawan merancang.

    Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang ada, yang tiada dan

    yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan. Oleh itu

    penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus

    menyusul.

    Mengurus / Mengeluar / Mengedar / Menanggung RisikoSumber-sumber seterusnya diurus, dikeluarkan hasil dalam bentuk

    barangan atau perkhidmatan dan diedar. Penentuan hasil pengeluaran dan

    sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu, dari mula

    terbitnya idea hingga ke penawaran barangan atau perkhidmatan, ianya

    tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan

    risiko. Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang

    terbatas. Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terdugaadalah menjadi tanggungan usahawan.

    Menawarkan Peluang PekerjaanUsahawan menawarkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja yang

    sesuai. Dengan ujudnya industri dari pihak usahawan secara tidak

    langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan

    kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun.

    Menyediakan Pilihan Dan Penawaran Serta Memenuhi KehendakPengguna

    Penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian dan peningkatan kemahiran

    tenaga kerja dari masa ke semasa akan mempertingkatkan produktiviti.

    Hasilnya usahawan dapat pula menyediakan pilihan dan penawaran yanglebih banyak dan lebih baik kepada pengguna. Pengguna mempunyai

    citarasa yang pelbagai dan adalah menjadi tugas seorang usahawan untuk

    memenuhi kehendak dan keperluan tesebut

    Menyumbang kebajikan dan kepimpinananMemenuhi keperluan asas masyarakat akan menyumbang ke arah

    peningkatan kebajikan masyarakat. Sumbangan peribadi dalam bentuk

    derma, zakat dan sebagainya juga merupakan bentuk kebajikan. Dalam

    memainkan peranan-peranannya, usahawan sesungguhnya menunjukkan

    kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam dunia

    perniagaan semata-mata. Kepakaran dan pengalaman usahawan juga

    diperlukan dalam pendidikan, pentadbiran negara dan sosial.

    KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

    DEFINISI KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

    Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan diri seseorang

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    6/16

    untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan lebih

    berkesan bersesuaian dengan tugasnya sebagai seorang usahawan.

    KOMPETENSI KEUSAHAWANAN

    Berikut ini disenaraikan kompetensi keusahawan diri terhadap

    usahawan-usahawan berjaya yang mana dianggap penting dari

    sudut nilai-nilai keusahawanan, sikap dan motivasi

    keusahawanan.

    1.Berinisiatif

    Daya inisiatif adalah satu daripada kompetensi keusahawanan

    yang paling penting kerana dengan ciri ini beliau akan mempunyai

    kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi

    atau keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu

    diarahkan atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri,

    individu yang berinisiatif itu dapat melihat perkara-perkara yang

    perlu dilakukan melalui intuisi dan imiginasinya. Sikap ini akan

    membawa usahawan tersebut selangkah lebih maju dari orang

    lain.

    2.Melihat dan Merebut PeluangKejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada

    kemampuannya melihat dan merebut peluang-peluang yang wujud

    di sekitarnya. Kata-kata hikmat yang penting kepada seseorang

    usahawan ialah peluang mesti dicari, ianya tidak diberi. Peluang-

    peluang perniagaan boleh wujud hasil daripada perkara-perkara

    seperti permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain,

    kewujudan teknologi baru, kemahiran yang wujud dalam

    persekitaran, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan

    halacara baru dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

    3.Kecekalan

    Liku-liku hidup seorang usahawan adalah kompleks. Usahawan

    perlu mengharungi berbagai-bagai halangan dan masalah

    perniagaan. Untuk itu, usahawan perlu mempunyai ketabahan dan

    kecekalan diri yang tinggi. Sikap seseorang yang cekal iaitu

    berusaha berulangkali atau mencari jalan untuk mengatasi

    rintangan-rintangan yang menghalang pencapaian maklumat.

    4.Mencari Maklumat

    Kejayaan atau kegagalan sesebuah syarikat banyak bergantung

    kepada mutu maklumat yang diperolehi, secukup mana maklumat

    itu dikumpul dan cara maklumat tersebut digunakan dalam

    membuat keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumatakan mempelajari dan mengambil ikhtibar dari apa jua bentuk

    maklum balas yang diperolehi samada dalam bentuk kritikan dari

    orang lain atau dari hasil perbuatannya sendiri.

    5.Menitikberatkan Mutu Kerja Yang Tinggi

    Seseorang usahawan tulin akan sensitif dan sentiasa menitikberatkan

    mutu dan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka.

    Usahawan tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan

    tugasnya tetapi melalui kerjanya ia akan mencari kepuasan dengan

    tahap pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Hanya dengan kerja-

    kerja yang bermutu, usahawan itu dapat meluaskan pasarannya danmeningkatkan lagi prestasi serta imej syarikat dan dirinya.

    6.Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja

    Usahawan perlu mempunyai sikap menepati perjanjian kerja dengan

    menunjukkan usaha yang berlebihan dan melakukan pengorbanan

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    7/16

    peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Usahawan yang berjaya

    dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang sentasa

    menepati janji. Kepercayaan pelanggan adalah kunci kepada

    kestabilan sesebuah syarikat.

    7.Berorientasi Ke Arah Kecekapan

    Seseorang usahawan yang berdaya maju akan sentiasa mencari jalan

    untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan dirinya sendiri.

    Peningkatan produktiviti bermakna membuat pengeluaran atau

    memberikan perkhidmatan dengan kos yang lebih menjimatkan atau

    dengan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi

    pengeluaran. Hanya dengan cara ini, pembaziran dapat dielakkan.

    Individu yang menitikberatkan kecekapan diri atau syarikatnya akan

    mencuba sedaya upaya menggunakan maklumat perniagaan atau

    kaedah pengurusan yang baik untuk membetulkan tahap kecekapan

    syarikat dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga

    manusia, mesin dan jentera serta teknologi.

    8.Membuat Perancangan Yang Sistematik

    Seseorang usahawan perlu membuat perancangan yang sistematik

    dengan merancang dan mengatur langkahnya dengan membahagi-bahagikan tugas atau kerja yang besar kepada tugas yang lebih kecil

    dan mudah. Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi rintangan-

    rintangan yang dijangkakan.

    9.Menyelesaikan Masalah

    Alam perniagaan penuh dengan pelbagai masalah. Usahawan yang

    inginkan kejayaan perlu mampu menyelesaikan masalah dengan cara

    mencari dan melahirkan idea-idea baru atau penyelesaian masalah

    secara inovatif. Di samping itu mereka perlu mewujudkan strategi-

    strategi alternatif yang lebih cekap dan lebih baik untuk mencapai

    matlamat perniagaan.

    10.Keyakinan Diri

    Usahawan perlulah mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan

    menunjukkan sikap yakin terhadap kemampuan diri dalam membuat

    keputusan atau dalam menyahut sesuatu cabaran. Individu tersebut

    juga perlu berpendirian terhadap apa yang sedang dilakukan.

    11.Ketegasan

    Sikap individu yang tegas ialah sanggup menyuarakan sesuatu

    masalah kepada orang lain secara langsung dan mengambil tindakan

    walaupun menghadapi banyak tentangan daripada pihak lain.

    12.Meyakinkan Orang Lain

    Fungsi utama seorang usahawan ialah mempengaruhi keadaan

    persekitarannya. Persekitaran usahawan termasuklah individu-individu

    atau institusi-institusi. Usahawan berurusan dengannya untuk

    menggerakkan sumber-sumber organisasi, mendapatkan bahan

    mentah, mengelolakan proses pengeluaran dan perkhidmatan.

    Kesemua aktiviti tersebut memerlukan kemahiran untuk memujuk dan

    meyakinkan orang lain. Tanpa kemampuan tersebut, usahawan akan

    gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal untuk memberi

    sokongan kepada perniagaannya.

    13.Menggunakan Strategi Pengaruh

    Usahawan sebagai pemmpin mesti mempunyai kecenderungan untuk

    memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi orang lain

    tanpa tipu helah dalam mencapai matlamat perniagaan.

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    8/16

    14.Bermatlamat dan Berwawasan

    Usahawan perlu mempunyai wawasan yang jauh dan mewujudkan

    matlamat yang jelas dan boleh diukur pencapaiannya. Beliau harus

    peka kepada kemampuan sendiri dan mengenalpasti halangan

    dalaman dan luaran supaya halangan-halangan tersebut dapat diatasi.

    15.Bertenaga

    Usahawan yang bertenaga adalah usahawan yang sanggup bekerja di

    waktu-waktu luarbiasa dan sanggup mengorbankan waktu rehat

    apabila tugas-tugas keusahawanan memerlukan mereka.

    Usahawan Muslim merupakan muslim yang berterusan mencari,

    mengembeling dan memanfaatkan kurnia Allah yang lain selari dengan

    tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan Sunnah.

    DI ANTARA CIRI-CIRI USAHAWAN MUSLIM IALAH:

    1.Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.2.Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan.3. Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang

    diceburi.

    4.Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan.

    5.Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber.

    6.Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat.7.Berfikiran terkehadapan8.Pandai berhubung dengan manusia.9.Sentiasa menjaga kualiti.10. Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang diharamkan

    oleh Allah.

    11.Elakkan dari banyak berhutang.12.Sentiasa menilai tindakan dan keadaan berjaga-jaga.13.Bersyukur dengan kejayaan.14.Tidak boros dengan kekayaan dan tidak kikir.15.Sentiasa membayar hutang jika berhutang.Di bawah ini merupakan profil seorang usahawan muslim yang berjaya

    yang boleh dijadikan contoh.

    PUAN ROZITA BT IBRAHIM PRODUK SENDAYU TINGGI

    Pn.Rozita bt Ibrahim merupakan pemilik syarikat Sendayu Tinggi

    Corporation (M) Sdn Bhd. Syarikat ini telah mula beroperasi pada tahun

    PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    9/16

    2002 dan ia merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi

    pencapaian dan kecemerlangan.Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah

    untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional

    sebagai satu rawatan altenatif kepada masyarakat, bukan sahaja

    mempunyai kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi

    kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

    Ia merupakan sebuah syarikat yang memperkenalkan bahan-bahan serta

    ramuan-ramuan dalam penjagaan diri, luaran dan dalaman, kesihatan dan

    kecantikan. Konsep dan kaedah yang berteraskan tumbuh-tumbuhan

    semulajadi tanpa kehadiran bahan-bahan pengawet telah mendatangkan

    faedah kepada wanita-wanita yang baru bersalin.Walaupun pengasas

    Sendayu Tinggi ini adalah Bumiputera tetapi beliau tidak kedekut ilmu

    untuk dikongsi bersama bukan Bumiputera. Terciptanya Syarikat Sendayu

    Tinggi Corps.Sdn.Bhd. yang bertemakan kesenangan untuk semua, maka

    terciptalah s logan RAHSIAKU, UNTUKMUKEAYUAN ASLI ABADI.

    Dahulunya syarikat ini dikenali sebagai Sendayu Tinggi Corps. Ini

    disebabkan pada waktu itu jumlah / kuantiti barang yang dikeluarkan masih

    sedikit dan jumlah pekerja masih belum ramai.

    Tetapi kini setelah hampir 7 tahun menghambakan diri pada produk

    Sendayu Tinggi, Pn.Rozita telah mempunyai 9 buah anak syarikat di

    bawahnya. Beliau juga mempunyai 2000 cawangan di seluruh negeri danmempunyai 70 orang kakitangan yang diberi kuasa untuk menguruskan

    syarikat-syarikat tersebut. Syarikat Sendayu Tinggi Corps.Sdn.Bhd.

    menjalankan tugas dalam menguruskan hal-hal kewangan, pengeluaran

    produk-produk yang sedia ada dan produk-produk baru. Ia juga

    bertanggungjawab dalam mengenalpasti bakal-bakal usahawan muda

    yang berbakat yang berani dan berkesanggupan dalam menceburi bidang

    keusahawanan terutamanya dalam pengeluaran produk seperti produk

    kecantikan dari bahan-bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan

    herba-herba tradisional.

    Pn.Rozita bt Ibrahim, ibu tunggal bermula sebagai seorang penoreh getah

    dan kini telah berjaya mendirikan sebuah empayar perniagaan dankejayaan beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang

    dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang.

    Beliau dilahirkan pada tahun 1968 di Sungai Besar, Selangor dan

    merupakan anak sulung dari enam beradik . Dilahirkan dalam sebuah

    keluarga yang sederhana dengan didikan agama yang kuat menjadikan

    beliau seorang anak yang patuh kepada Allah dan ibubapanya.

    Seawal usia 16 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama lelaki

    pilihan keluarganya. Walaupun ketika itu usianya masih remaja dan

    keinginan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi namun beliau

    akur dengan kehendak keluarga yang mahukan dirinya hidup senang.

    Tetapi setelah berkeluarga hidupnya dilanda kesusahan. Kesusahan demi

    kesusahan menyebabkan beliau mula berniaga sambilan menjual nasi

    lemak dan sayur-sayuran. Beliau bertekad untuk mengubah gaya hidup

    keluarga. Beliau pernah menorah getah di ladang seluas 20 ekar yang

    dipajak kepadanya. Hampir 2 tahun menoreh sehingga badannya sakit.

    Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan itu, beliau membuka sebuah

    kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang dengan

    membekalkan makanan kepada pendatang asing yang bekerja di situ.

    Sedikit sebanyak kehidupan beliau sekeluarga pada waktu itu mula

    senang. Setelah tamat kontrak, beliau tidak berniaga lagi.

    Alam perkahwinan beliau berakhir dengan perceraian. Seterusnya beliau

    membawa anak-anaknya ke Kuala Lumpur. Tiada perasaan takut pada

    dirinya kerana beliau berfikiran inilah lubuk ilmu yang bakal memberikan

    pulangan yang besar jika kena pada tempatnya. Di Kuala Lumpur beliau

    mula bekerja sebagai operator pengeluaran untuk tempoh 2 tahun,

    kemudian sebagai penyambut tetamu di hotel, kerani di syarikat swasta

    sebelum bertukar ke jawatan lebih baik iaitu Pembantu di bahagian

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    10/16

    Pengurusan Harta di Plaza MPK, Klang selama setahun. Selepas itu

    beliau mula mempelajari khasiat herba daripada arwah nenek bekas

    suami dan pendatang asing dari Indonesia. Bermodalkan RM 400 beliau

    memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau

    sanggup menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sebanyak

    3 kali dan akhirnya berjaya menurunkannya semula.

    Matlamat beliau di dalam perniagaan ialah Dunia perniagaan seperti

    dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa

    digenggam. Dalam konteks perniagaan pasti ada keuntungan pun begitu

    beliau ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna.

    Apa yang diperolehi disalurkan kepada masyarakat terutamanya golongan

    susah, ibu tunggal, orang tua dan anak-anak yatim. Bagi beliau itulah nilai

    sebuah kasih sayang yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Beliau

    sayangkan masyarakat dan beliau ingin disayangi masyarakat. Harapan

    utamanya beliau ingin mewarnai masyarakat wanita dan ibu tunggal

    khususnya dari pelbagai aspek.

    Beliau percaya siapa bijak dialah Raja. Beliau percaya kreativiti dan daya

    fikir yang tinggi perlu sebagai bekalan dalam kehidupan. Pada beliau

    ikhtiar, iktikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah

    persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari

    belenggu.Visi utama beliau ialah agar Sendayu Tinggi dapat melangkahjauh di persada Dunia antarabangsa.

    Prinsip hidup beliau tidak suka menipu diri sendiri dan orang lain, jujur

    pada diri,agama dijadikan sandaran kehidupan, berani, menghormati orang

    lain sebelum orang lain menghormati diri kita.

    Faktor-faktor yang mendorong individu menceburi bidang perniagaan

    terdiri daripada dua faktor utama iaitu faktor penarik dan faktor penolak.

    Faktor penarik bermaksud faktor penyebab seseorang itu menceburi

    keusahawanan mungkin kerana sesuatu kehendak antaranya :-

    Status sosial

    Politik dan dasar kerajaan

    Sistem sokongan kerajaan

    Peluang ekonomi

    STATUS SOSIAL

    Ahli korporat / mewahUsahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada

    masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri

    mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.

    Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan

    memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat

    dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

    Bumiputera

    Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya

    berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan asetpenarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.

    Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat

    SUMBER DORONGAN USAHAWAN

    FAKTOR PENARIK

    Kuasa / Kebebasan

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    11/16

    keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan

    tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor

    asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam

    perniagaan berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan

    menanggung risiko ke atas apa jua tindakan yang dilakukan.

    Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-

    peluang perniagaan yang ada.

    Apa yang jelas dapat dilihat usahawan turut menjadi model atau ikutan

    kepada tatapan masyarakat. Nilai kepakaran tinggi, gaya yang dimiliki turut

    menarai seseorang menjadi usahawan.

    Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu

    terdorong menceburi bidang keuasahawanan kerana ingin meningkatkan

    taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan,

    kemudahan insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran

    barang dan perkhidmatan untuk masyarakat.

    Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang

    mempunyai tanggungjawab sosial selaras dengan Wawasan 2020.

    POLITIK DAN DASAR KERAJAAN

    Keadaan politik yang stabil dan di tambah pula dengan wujudnya

    persefahaman antara kaum di negara ini memungkinkan perniagaan

    berkembang dengan pesat dan turut mendorang seseorang menceburi

    bidang perniagaan.

    Bermula dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru kerajaan terus

    menggubal dasar-dasar terutamanya dalam bidang ekonomi bagi memaju dan

    meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup masyarakat. Wujudnya dasar untuk

    menggalakkan lebih ramai Bumiputera agar menceburi bidang keusahawanan

    dengan sistem sokongan yang disediakan turut menjadi penarik untuk menceburi

    bidang ini.

    Antara dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Wawasan 2020,

    pembentukan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera

    (MPPB),Program Usahawan Siswazah (PUS) dan Program Usahawan Muda (PUM)

    bertujuan untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam bidang ini. Selain itu

    pernyertaan kerajaan juga turut memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang

    bersara untuk mengikuti Latihan Kakitangan Bersara Kerajaan Berniaga untuk

    menceburi bidang keusahawanan.

    SISTEM SOKONGAN KERAJAAN

    Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan untuk memberi sumber-

    sumber maklumat, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari

    agensi-agensi berikut memberi impak positif kepada penglibatan seseorang dalam

    bidang keusahawanan. Contohnya

    Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewanganseperti MARA, Bank Pembangunan dan BBMB.

    Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan / swasta. Kemudahan pasaran dalam dan luar negeri melalui MEXPO, NUITI, FAMA dan

    lain-lain.

    Latihan Teknikal Keusahawanan seperti MARA, SIRIM dan MARDI Lokasi dan ruang perniagaan seperti MARA, UDA dan Majlis Daerah Kerajaan

    Tempatan, PKEN dan lain-lain.

    Persatuan Perniagaan berfungsi sebagai payung yang akan melindungi kebajikanpara usahawan seperti DPMN, Persatuan Penjaja dan lain-lain.

    PELUANG EKONOMI

    Peluang ekonomi yang stabil dan ditambah pula dengan wujudnya sistem francais

    Nilai tambah

    Agen Perubah Masyarakat

    Politik

    Dasar Kerajaan

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    12/16

    dan sistem vendor menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan individu dalam

    bidang ini.

    Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi

    bidang keusahawanan.

    KEKECEWAAN akibat:

    Peluang terbatasSeseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan.

    Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari

    kalangan pendatang. Ini jelas apabila masyarakat Cina di Malaysia menjadi

    pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang peluang mendapatkanrezeki adalah terbatas.

    Ekonomi melesetKeadaan memaksa juga berlaku apabila ekonomi meleset. Apabila ekonomi

    meleset kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya

    peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja sendiri dan

    memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.

    Selain itu tidak kurang juga individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan

    yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji

    rendah, tidak sesuai dengan diri atau masalah dengan majikan. Lantas individu ini

    akan meninggalkan kerjaya dan memulakan perniagaan.

    BUDAYA KEUSAHAWANAN

    Sesetengah individu pula terutamanya golongan kaya dengan budaya

    keusahawanan pala menganggap bidang keusahawanan sebagai amalan tradisi

    turun temurun. Ini secara tidak lansung telah menolak seseorang itu menjadi

    usahawan.

    Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek Ethos yang memberi maksud

    Code Of Human Conduct atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu

    apabila di sebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi

    gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.

    SUMBER ETIKA PERNIAGAAN

    Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum islam ia itu Al-

    Quran dan As-Sunnah.

    Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan akan diredhai

    oleh Allah.

    Prinsip tidak memudaratkan merujuk kepada peraturan yang mengerakan tindakan dan

    gelagat pimpinan serta pihak bawahan yang dalam hubungan sesama mereka.

    Hubungan yang berasaskan prinsip tidak memudaratkan ini menghalang atau

    mengurangkan sifat atau tindakan yang negatif terhadap orang lain, dengki mendengki,

    mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan

    terhadap seseorang. Ia juga merujuk kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap

    pengguna dan alam sekitar.Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya

    memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak

    memudaratkan

    Niat yang betulSeseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk

    mencapai tujuan yang telah disebut agar mendapat keredhaan Allah s.w.t dalam

    segala aspek kehidupannya (rujuk surah An-Nahl ayat 90)

    Dalam ayat tersebut ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi. Di

    antaranya ialah

    a)Kita disuruh melakukan keadilanb)Kita disuruh melakukan kebajikanc)Kita disuruh memberi sedekahd)Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkare)Kita dilarang membuat kezaliman

    Keadilan dalam perniagaanKeadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini

    implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang

    1.7.2 FAKTOR PENOLAK

    Ketidakpuasan

    APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    13/16

    dikehendaki oleh syariat islam.

    a)Amanah dan benar dalam perniagaan serta tidak menyorok barangb)Tidak menipu timbanganc) Gharar (mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang

    sebenar)

    Tidak terlibat dengan amalan ribaSeorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala

    daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Perkara ini

    bukanlah mudah dan kita terpaksa ,membuat pilihan dari sumber pembiayaan yang

    ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan di tanggung.BIMB menyediakan kebanyakan daripada pembiayaan pembiayaan berikut untuk

    usahawan Islam dan bukan Islam.

    i.P embiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut:a)Mudharabah

    b)Musyarakahii.Pembiayaan memperolehi aset:

    a)Mudharabahb)Musyarakahc)Baibithaman ajild)Ijarahe)Baial-tajiri

    iii.Pembiayaian perdaganganiv.

    Gadaian atau ar-Rahn

    v.Jualan Saham

    Tidak Menzalimi PekerjaSalah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan

    manusia agar mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran.

    Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawab serta partisipasi

    daripada pekerja adalah penting untuk mencapai matlamat.

    Cara-cara supaya tidak menzalimi pekerja:

    a) Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungansyarikat.

    b)Membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka.c)Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat.d) Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk

    membangunkan personaliti yang seimbang di tempat bekerja dan di rumah.

    Menyediakan perkhidmatan yang halal dan berkualiti.Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syariat ialah untuk memelihara agama,

    nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-

    aspek ini disebut sebagai masalih. Kalau sebaliknya disebut sebagai mafasid dan

    merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

    KualitiIslam sangat menekankan kualiti atas tujuan syariat. Produk yang tidak berkualiti

    boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral dan

    kesihatan. Generasi baru akan menghadapai banyak masalah berpunca daripada

    produk yang tidak berkualiti seperti keracunan makanan dan penyakit kanser.

    Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada seseorang usahawan sekiranya

    ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.

    Pengguna yang kritikal dan aktifSebagai seorang usahawan, kita harus faham bahwa masyarakat pengguna kita

    bukanlah masyarakat yang pasik tapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan

    pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak pengguna. Kita harus

    berhati-hati dalam mengeluarkan produk bagi mengelakkan daripada mengalami

    kerugian kerana pengguna enggan membeli produk.

    Memenuhi kontrak yang dibuatAdalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu

    membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan

    pihak lain.

    Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.Walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan ibadat dalam konteksnya

    yang luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya

    seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya berdasarkan

    etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan ibadat-ibadat khusus

    yang diwajibkan. Hendaklah ditunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya

    walaupun terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang sedang dilakukan.

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    14/16

    a)SembahyangSebaik-baiknya menutup pernigaan sebentar apabila waktu solat sudah tiba.

    b)Zakat perniagaanAdalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan

    kewajipan zakat perniagaan. Pemberian zakat akan membantu meningkat taraf

    hidup masyarakat setempat. Ia akan menimbulkan suasana harmoni dan

    melahirkan rasa ukhuwah masayarakt setempat. Kajian menunjukkan ramai

    yang telah mengabaikan kewajipan ini. Ia merangkumi segala bentuk

    perniagaan dan pelaburan yang dihalalkan oleh syariat Islam.

    Kontrak yang jelas dan sahKontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Iniakan mengakibatkan permusuhan di antara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam

    mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar sesuatu kontrak itu

    dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.

    Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:

    Sempurna rukun dan syaratTidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak

    Syarat:

    Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidakmemenuhi syarat ini boleh diwakilkan bapa atau penjaga.

    Orang yang disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yangmuflis.

    Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak. Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan

    pertelingkahan.

    Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengansyarak.

    Segala bentuk perjudian dilarangSegala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian.

    Harga yang adilPeniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan

    terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli. Harga haruslah

    mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran. Ia tidak

    disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti keadaan

    monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk

    meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi.

    Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak memilikibarangan keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan

    kesan terhadap daya saingan barangan tempatan. Menaikkan harga tanpa sebab

    yang munasabah semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi

    kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.

    BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN?

    Ada tiga cara untuk memast ikan pelaksanaan etika perniagaan:

    a)Peniaga atau pengusaha Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai

    etika perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca

    syarat yang terangkum dalam syariat Islam.

    Mereka harus yakin bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah di hariakhirat nanti dan timbul perasaan takut untuk melanggar perintahNya

    b)Pengguna a tau pembeli

    Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agarpeniaga dan pengusaha mengamalkannya.

    c)Peranan kerajaanMenyediakan garis panduan yang lengkap mengenai etika perniagaan untuk

    diedarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha.

    Memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduantersebut dan melaksanakannya.

    1.9 MENGENALI KONSEP KENDIRIKendiri merupakan anggapan atau persepsi diri kita terhadap jenis dan orang

    bagaimanakah diri kita ini. Ringkasnya ia adalah gambaran mental diri kita.

    KEPENTINGAN MENGENAL DIRI

    Di antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti berikut.1.Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri kita sebagaiindividu yang unik.

    2. Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih bersediamenerima orang lain walaupun mereka berbeza dari kita.

    3.Membantu kita menjalinkan perhubungan mesra dengan orang lain

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    15/16

    seperti ahli keluarga, rakan, jiran dan orang- orang di sekeliling kita.

    4. Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui kelebihan /kekuatan dan kekurangan / kelemahan diri sendiri.

    5. Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan kewujudanyang lebih besar iaitu Tuhan yang maha esa.

    KAEDAH MENGENAL DIRI

    Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu:

    1.Pengkajian diri sendiri.2.Pandangan atau maklumbalas orang lain.

    Pengkajian Diri SendiriMelalui kaedah ini, kita harus mengenalpasti sifat diri kita dengan mengkaji

    diri daripada pelbagai segi dari aspek- aspek diri. Dari sini kita akan dapat

    mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri sendiri. Seterusnya

    kita akan menggunakan kekuatan diri untuk menjayakan tugas dan

    tanggungjawab kita. Sebaliknya dari kelemahan diri, kita mesti cuba

    memperbaiki atau mengatasi kelemahan tersebut.

    Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mengkaji diri dari enam aspek

    seperti berikut:

    a)FizikalMengenal diri dari aspek fizikal bermaksud mengetahui sifat tubuh

    badan sendiri. Terdapat sifat fizikal yang boleh diperbaiki, seperti

    kelihatan kemas dan sifat fizikal lain yang harus kita terima, seperti

    mempunyai lengan dan kaki yang panjang.

    Kita harus menerima sifat fizikal kita secara positif dan tidak harus

    berasa rendah diri sekiranya mempunyai tubuh badan yang kurang

    menarik atau berbeza daripada orang lain. Sebaliknya setiap

    individu harus berbangga dengan diri mereka kerana masing-

    masing mempunyai keistimewaaan tersendiri.

    b)Mental - EmosiIa merujuk kepada aspek pemikiran dan perasaan seseorang.

    c)SosialAspek ini bermaksud perhubungan individu dengan orang laindalam kehidupan hariannya. Melalui pergaulan harian, kamu dapat

    menerima tingkah laku yang positif dan memahami perbezaan-

    perbezaan di kalangan individu.

    d)MinatIa merupakan kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu

    aktiviti yang dapat memberi kepuasan kepadanya. Orang yang

    berminat melakukan sesuatu tidak semestinya ia handal dalam

    bidang tersebut.

    e) KebolehanIa adalah keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas

    atau kemahiran tertentu. Kadang-kadang ianya tidak mudah

    dikenalpasti. Ada kalanya setelah mencuba sesuatu yang baru,

    didapati bahawa kebolehan itu ada pada dirinya.

    f)Nilai PeribadiIanya adalah pegangan dan pertimbangan terhadap sesuatu. Nilai-

    nilai ini akan mempengaruhi keputusan yang dibuatnya dalam

    pelbagai situasi harian. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori

    iaitu kebendaan seperti mementingkan kekayaan, harta, wang dan

    kelihatan cantik dan nilai bukan kebendaan seperti mementingkan

    penetapan masa, kasih sayang, tanggungjawab dan kemesraan.

    Pandangan Atau Maklumbalas Orang Lain (Tingkap Johari)Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mendapat maklumbalas atau

    meminta pendapat daripada orang lain. Ada kalanya orang lain tidak

    melihat kita sepertimana kita melihat diri sendiri.

    Pandangan orang lain terhadap sifat anda mungkin positif, negatif atau

    bertentangan dengan pandangan anda. Biasanya mudah bagi kita

    menerima pandangan positif atau pujian orang lain terhadap diri kita tetapi

  • 7/28/2019 USAHAWAN_ KONSEP KEUSAHAWANAN

    16/16

    Newer Post Home

    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    sukar bagi kita menerima pandangan dan kenyataan yang negatif.

    Posted by Uncle Nick at 10:30 AM

    Recommend this on Google

    Enter your comment...

    Comment as: Google Account

    Publish Preview

    No comments:

    Post a Comment

    Ethereal template. Powered by Blogger.

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5458644956233672230&postID=6256571520726878994&target=facebookhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5458644956233672230&postID=6256571520726878994&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5458644956233672230&postID=6256571520726878994&target=bloghttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=5458644956233672230&postID=6256571520726878994&target=emailhttp://justnickusahawan.blogspot.com/2011/04/konsep-keusahawanan_9115.htmlhttp://justnickusahawan.blogspot.com/feeds/6256571520726878994/comments/defaulthttp://justnickusahawan.blogspot.com/http://justnickusahawan.blogspot.com/2011/04/kemahiran-keusahawanan.html