Upload
trinhlien
View
214
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PULAU PINANG, 11 November 2016 - Program A Day For Heaven Kids yang telah berlangsung baru-baru ini oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) berjaya mendidik dan melahirkan pelajarUniversiti Sains Malaysia (USM) yang lebih seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dansosial.
Menurut Pengarah Projek, Mohamad Salman Ismail, program ini memberi peluang kepada wargaUSM untuk mengeratkan hubungan sosial bersama kanak-kanak istimewa ini, memberi ilmu danmaklumat kepada ibu bapa kanak-kanak ini disamping menghulurkan bantuan kepada mereka yangdianggap istimewa ini.
"Program ini juga berkonsepkan penglibatan sama antara universiti-komuniti melalui pengisianaktiviti yang direncanakan seperti senamrobik bersama kanak-kanak istimewa ini, pertandinganmembuat kad hari kanak-kanak, dan aktiviti permainan sambil belajar," jelasnya.
(https://news.usm.my)
Berita Mutakhir
search...
PROGRAM 'A DAY FOR HEAVEN KIDS' DEKATKAN WARGAUSM BERSAMA KANAK-KANAK ISTIMEWA11
NOV
Tambahnya, Program separuh hari ini juga diserikan dengan ceramah oleh Pensyarah PPIP, Dr. AznanChe Ahmad bertajuk Kenali Kanak-Kanak Khas dan Penolong Kanan Pendidikan Khas, CheFatimahsam Taib bertajuk Pengurusan Pendidikan Khas di Sekolah.
Program ini melibatkan 7 buah Sekolah Pendidikan Khas sekitar Pulau Pinang dan disertai oleh 51murid pendidikan khas, 20 pasangan ibu bapa dan 18 guru.
Persatuan Ilmu Pendidikan USM pula menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada pelajarpendidikan khas Tahun 2 USM atas penganjuran program mega ini yang berjaya menggabungkansekolah-sekolah pendidikan khas di Pulau Pinang.
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah Foto : Mohamad Salman Ismail
Share This
Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)
Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015