40
USUL 1: POLITIK MENGIKUT KAUM MENJEJASKAN PERPADUAN Bahaya Sekolah Perkauman Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan negara kita tidak pernah selesai dan kerap menjadi kontroversi. Majoriti orang Cina yang diwakili oleh Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM = Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM = Dong Zong) bermati-matian mempertahankan pendidikan vernakular. Terbaru, UCSTAM dan UCSCAM atau lebih dikenali sebagai Dong Jiao Zong, berasa kesal dengan kenyataan Mukhriz Mahathir yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan kaum. Menurut mereka, sekolah vernakular sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan polarisasi kaum, malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa. Kewujudan sekolah vernakular ini dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan kaum negara. Dong Jiao Zong meminta kerajaan bersikap terbuka dalam memberi layanan sama rata kepada sekolah pelbagai aliran bagi mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara. Seperti yang selalu saya sebut, inilah sifat ultra kiasu pemimpin-pemimpin Cina yang sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa sahaja yang cuba menganggu-gugat sistem pendidikan perkauman mereka, apatah lagi menerima pandangan dan kritikan orang lain. Inilah juga faktor penyatuan dan kelebihan orang Cina yang jarang berlaku dalam kalangan umat Islam. Orang Cina sehati-sejiwa mempertahankan hak-hak mereka, sedang kita terus berpecah dan masih lagi terkial-kial mencari identiti diri dan sistem pendidikan kebangsaan. Lebih menyedihkan lagi, kita terus membiarkan masalah dan kesilapan yang telah berlaku, apatah

USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2

Citation preview

Page 1: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

USUL 1: POLITIK MENGIKUT KAUM MENJEJASKAN PERPADUAN

Bahaya Sekolah Perkauman

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan negara kita tidak pernah selesai dan kerap menjadi kontroversi. Majoriti orang Cina yang diwakili oleh Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM = Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM = Dong Zong) bermati-matian mempertahankan pendidikan vernakular. Terbaru, UCSTAM dan UCSCAM atau lebih dikenali sebagai Dong Jiao Zong, berasa kesal dengan kenyataan Mukhriz Mahathir yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan kaum. Menurut mereka, sekolah vernakular sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan polarisasi kaum, malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa. Kewujudan sekolah vernakular ini dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan kaum negara. Dong Jiao Zong meminta kerajaan bersikap terbuka dalam memberi layanan sama rata kepada sekolah pelbagai aliran bagi mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara.

Seperti yang selalu saya sebut, inilah sifat ultra kiasu pemimpin-pemimpin Cina yang sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa sahaja yang cuba menganggu-gugat sistem pendidikan perkauman mereka, apatah lagi menerima pandangan dan kritikan orang lain. Inilah juga faktor penyatuan dan kelebihan orang Cina yang jarang berlaku dalam kalangan umat Islam. Orang Cina sehati-sejiwa mempertahankan hak-hak mereka, sedang kita terus berpecah dan masih lagi terkial-kial mencari identiti diri dan sistem pendidikan kebangsaan. Lebih menyedihkan lagi, kita terus membiarkan masalah dan kesilapan yang telah berlaku, apatah lagi tendensi untuk mengulanginya begitu kerap dilakukan.

Saya tidak menafikan hak orang Cina untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka. Sebagai seorang berbangsa Cina, saya merasakan ia penting dalam usaha untuk mengekalkan identiti seseorang seperti mana kata-kata ahli falsafah Cina, bahasa itu melambangkan kekuatan sesuatu bangsa. Hilang bahasa, maka hilang bangsa. Secara peribadi, saya menggalakkan anak-anak Melayu bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk mempelajari bahasa dan budaya Cina. Ia satu kredit kepada pelajar Melayu, kerana dapat menguasai bahasa lain.

Page 2: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Tetapi untuk pelajar Cina yang majoriti berlatar-belakangkan Cina, tinggal di kawasan Cina dan berinteraksi dalam bahasa Cina, pada hemat saya, lebih baik mereka didedahkan dengan persekitaran Melayu. Manakala pelajar Melayu perlu didedahkan kepada persekitaran bukan Melayu. Justeru, Sekolah Wawasan adalah jalan penyelesaian terbaik kepada masalah yang kita hadapi pada masa kini. Tetapi sejauh manakah UCSTAM dan UCSCAM akan menerima idea yang telah lama dikemukakan oleh kerajaan. Apa yang saya tahu, mereka mempunyai prasangka buruk terhadap Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan dikatakan bertujuan untuk menghapuskan SJKC secara perlahan-lahan.

UCSTAM dan UCSCAM mendakwa SJKC tidak menyebabkan polarisasi kaum, malah mempertingkatkan daya saing negara. Persoalan saya, adakah ini berasaskan kepada kajian atau hanya cakap-cakap politik sahaja? Sudahkah kajian dibuat serius dibuat mengenai keberkesanan dan sumbangan SJKC terhadap pembinaan sebuah negara bangsa dan integrasi nasional? Menurut beberapa kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik, pelajar-pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan orang Melayu berbanding dengan pelajar-pelajar SJKC. Keadaan ini turut terbawa-bawa hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Semua perkara ini dipersetujui oleh pengkaji-pengkaji sosialisasi politik. Neena Sharma (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal dalam proses sosialisasi. Tema yang sama turut dibahaskan oleh Almond dan Verba (1963). Pendidikan formal akan menentukan tahap persepsi seseorang. Langton (1969) menyokong hujah ini dengan mengatakan, sekolah berperanan untuk menanamkan kepercayaan politik secara formal melalui perancangan secara sedar dan secara tidak formal melalui pengalaman. Bagi pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang politik dan sosial, sekolah boleh mensosialisasikan mereka semula mengikut kumpulan yang sama sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sejarah membuktikan bahawa petempatan keluarga Cina telah berlaku sejak mula mereka berhijrah ke Tanah Melayu, sehinggalah berlakunya penjajahan Inggeris, dan berlangsung hingga ke hari ini. Majoriti keluarga Cina tinggal di bandar, sementara orang Melayu di luar bandar (Comber, 2007). Keadaan ini terbawa-bawa hingga masa kini. Kalau ada pun orang Melayu di bandar, mereka tinggal di kawasan perumahan yang majoriti dihuni rakan sebangsanya atau kampung-kampung baru (kampung Melayu). Begitu juga dengan orang Cina. Keluarga Cina lebih selesa tinggal di taman

Page 3: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

perumahan yang majoriti dihuni rakan sebangsanya atau kampung baru Cina seperti yang dijelaskan oleh Strauch (1981).

Kewujudan kampung-kampung baru telah telah menimbulkan persepsi buruk antara kaum Cina dan Melayu. Apatah lagi, kampung baru Cina lebih maju daripada kampung Melayu (Comber, 2007). Akibatnya, interaksi mereka hanya terbatas di kalangan keluarga dan rakan taulan sebangsa sahaja. Justeru, pemikiran mudah dipengaruhi oleh ruang lingkup persekitaran sebegini. Menurut Azita Aminuddin (1996), penglibatan ibubapa (keluarga) dalam politik mempengaruhi persepsi anak-anak dalam proses sosialisasi politik. Ini kerana peranan keluarga dan seterusnya pendidikan yang diperolehi amat berkait rapat.

Menurut Ball (1993), lebih lama jangka masa pendidikan formal dan lebih tinggi kecerdasan kanak-kanak itu, semakin berkurangan pula pengaruh ibubapa. Ia juga bergantung kepada perhubungan dengan agen-agen sosialisasi yang lain. Dalam konteks Malaysia, selepas peranan keluarga, sekolah perkauman Cina (SJKC) menjadi pilihan orang Cina sejak kecil.

Sejarah keluarga dan perkembangan sistem pendidikan Cina di Tanah Melayu bermula sejak penghijrahan masuk orang Cina pada awal abad ke-19. Imigran Cina bukan sahaja membawa bersama-sama adat, kepercayaan, agama dan kebudayaan keluarga, tetapi juga sistem pendidikan mereka ke Tanah Melayu.

Perkara yang sama turut dibincangkan oleh Quek Weng Kim (2000), Purcell (1997), dan Comber (2007). Menurut Zainal Mohd Jais (1996), pendidikan berorientasikan negeri China ini langsung tidak membantu melahirkan generasi baru di Tanah Melayu. Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan dan memberikan penghormatan tinggi kepada pendidikan. Mereka telah mendirikan sekolah Cina melalui usaha orang perseorangan dan persatuan bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa mereka. Hal ini dibuktikan dengan pembinaan sekolah Cina di mana sahaja terdapat penempatan orang Cina (Sia Keng Yek, 2005).

Hanya pada tahun 1920, penjajah British mula mengawal bahan pendidikan ini melalui Ordinan Pendaftaran Sekolah Cina dengan mendaftarkan semua tenaga pengajar dan memantau segala aktiviti sekolah Cina. British bimbang akan pengaruh ideologi komunis jika sekolah ini dibiarkan bebas begitu sahaja. Reaksi ini mendapat tentangan

Page 4: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

hebat daripada orang Cina. Namun demikian, sistem pendidikan Cina mula terbantut di bawah penjajahan Jepun, dan bergiat aktif semula apabila Jepun mengundurkan diri.

Apabila British kembali menjajah selepas Perang Dunia Kedua, orang Cina terus menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan menentang dasar-dasar mengenai pendidikan kebangsaan yang mahukan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah yang diperkenalkan pada Mei 1950. Secara umum boleh dikatakan bahawa, orang Cina tidak menunjukkan sebarang minat terhadap sistem pendidikan kebangsaan, kecuali pendidikan Cina.

Walaupun sistem pendidikan kebangsaan menawarkan khidmat secara percuma atau dengan kos yang rendah, mereka tetap menyatakan tidak. Menurut Purcell (1997), yang penting bagi mereka ialah sistem pendidikan melalui bahasa pengantar sendiri. Sentimen ini telah ditanam oleh semangat nasionalisme yang dirangsangkan melalui gerakan revolusi. Ekoran itu, British memperkenalkan pula Laporan Barnes (1950) mengenai pendidikan Melayu dan Laporan Fenn-Wu (1951), mengenai pendidikan Cina.

Laporan Barnes mencadangkan agar sistem pendidikan harus berteraskan kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ditentang hebat oleh orang Cina (Lee Kam Heng dan Tan Chee-Beng, 2000). Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Kuala Lumpur menggesa Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina negeri-negeri lain menyokong tindakan mereka dengan mengemukakan “Memorandum Pendidikan Persekutuan Malaya”. Sokongan ini membawa kepada penubuhan Jiao Zong atau Persekutuan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina pada 25 Disember 1951. Mereka mahukan supaya bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan Melayu diberikan layanan yang sama dan disenaraikan sebagai bahasa rasmi. Pendidikan Cina hendaklah dijadikan sebagai salah satu aliran pendidikan negara.

Walaupun British telah memperkenalkan Laporan Fenn-Wu, bagi menenangkan orang Cina, pada masa sama Laporan Barnes terus dikuatkuasakan. Keadaan ini menimbulkan perasaan kurang senang orang Cina. Laporan Fenn-Wu dibentuk untuk mengkaji pendidikan Cina di Tanah Melayu. Antara syornya ialah Sekolah Cina dibenarkan beroperasi dan tidak akan dihapuskan. Bahasa Cina juga tidak akan diabaikan. Cuma, buku-buku teks yang digunakan harus berorientasikan kepada Tanah Melayu bukan berkiblatkan Negeri China (Zaid Ahmad et al, 2006).

Page 5: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Penentangan semakin ketara apabila kerajaan mahu mewujudkan Akta Pendidikan 1954, di mana pelajar-pelajar yang cukup usia dihantar ke sekolah kebangsaan. Cadangan ini terus ditentang oleh orang Cina sehingga tertubuhnya lagi persatuan yang dikenali sebagai Dong Zong atau Persekutuan Lembaga Pengurus Persatuan Sekolah Cina pada 22 Ogos 1954 (Quek Weng Kim, 2000). Setelah kerajaan Perikatan mengambil alih pemerintah British, pada tahun 1955, satu laporan pendidikan baru, Laporan Razak diumumkan pada 1956. Laporan ini mencadangkan dalam tempoh 10 tahun, dua jenis sekolah rendah akan diwujudkan yakni sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1960, kerajaan telah mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 melalui jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib yang akhirnya dikenali sebagai Laporan Rahman Talib (Haris Md Jadi, 1990, Oong Hak Ching, 2000, Asnarulkhadi dan Jayum A. Jawan, 2001). Laporan ini diluluskan pada Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 pada Oktober 1961. Antara perkara penting dalam laporan ini ialah pertama, Sekolah Kebangsaan yang diumumkan terdiri daripada pelajar Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kedua, Sekolah Jenis Kebangsaan yang umumnya terdiri daripada pelajar Cina dan India, menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala bahasa Cina dan bahasa Tamil dijadikan salah satu matapelajaran sekolah.

Orang Cina telah bertindak balas dengan keras terhadap dasar ini. Mereka menuntut agar bahasa Cina turut diperakui sebagai bahasa rasmi setanding bahasa Melayu dan Inggeris. Ternyata isu bahasa dan pendidikan amat sensitif dan menyinggung perasaan orang Cina. Orang Cina menganggap dasar ini adalah sebagai percubaan untuk menafikan hak anak-anak mereka terhadap bahasa dan kebudayaan mereka di samping bertujuan mengasimilasikan dengan bangsa Melayu (Comber, 2007).

Pendek kata, akta demi akta berkaitan bahasa dan pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada ketika itu terus disenangi oleh kaum Cina.

Antaranya adalah Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 dan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan 1965 (Laporan Aminuddin Baki) yang digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama dasar ini adalah untuk

Page 6: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat (Asnarulkhadi dan Jayum A. Jawan, 2001)

Apatah lagi bermula 1962, kerajaan telah umumkan subsidi penuh hanya diberikan kepada dua jenis sekolah. Sekolah Cina diberikan dua jenis pilihan, sama ada menerima penukaran sistem menjadi sekolah kebangsaan yang diberikan subsidi penuh atau berdikari dan hanya perlu mematuhi peraturan kerajaan. Pada Januari 1962, sebanyak 54 Sekolah Menengah Cina setuju, jumlah selebihnya 16 buah enggan, menjadi sekolah persendirian. Perkembangan seterusnya membawa kepada kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Ada sarjana yang menganggap bahawa sikap menentang ini berlaku disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan lebih berpihak kepada orang Melayu dan tidak kepada kaum lain seperti yang dinukilkan oleh Ratnam (2002).

Hujah ini ada kebenarannya kerana orang Cina amat takut dengan sesuatu dasar yang boleh menggugat kepentingan mereka. Pertubuhan Cina tidak pernah bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan ini kerana ditakuti akan menyebabkan bahasa dan budaya ibunda mereka terhapus. Mereka mahukan juga bahasa Cina turut diperakui sebagai bahasa rasmi sebagaimana bahasa Melayu dan Inggeris. Dengan sebab itu sekitar tahun 1960-an, mereka melancarkan kempen untuk menubuhkan Universiti Merdeka, menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.

Selain daripada NGO-NGO Cina, ketiga-tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP menyokong penuh idea ini. Namun, ia mendapat tentangan hebat daripada UMNO. Tidak puas hati dengan keputusan kerajaan menolak penubuhan Universiti Merdeka, mereka mencabar dengan membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi. Sekitar tahun 1980-an, mahkamah membuat keputusan menolak permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Tidak puas hati dengan keputusan itu, DAP mengekspoitasi isu Universiti Merdeka dengan mengatakan kerajaan BN cuba mewujudkan satu budaya = budaya Melayu, satu bahasa = bahasa Melayu dan satu agama = agama Islam (James Chin, 2001). Isu pendidikan Cina ini tidak hanya berlaku di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

Pengaruh penentangan sistem pendidikan ini dapat dilihat juga dengan mengambil contoh sistem pendidikan sekolah Cina di Sarawak semasa pemerintahan Brooke (1841-1941), semasa penjajahan Jepun (1941-1945) dan selepas penjajahan Jepun. Orang-orang pendidikan aliran Cina tetap mahukan sekolah Cina dikekalkan. Menurut

Page 7: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Ooi Keat Gin, yang banyak membuat kajian sistem pendidikan di Sarawak ketika era pemerintahan Brooke dan selepasnya berpendapat, kebangkitan politik Cina ini menjadi ketara atas kontroversi Kuo-yu dan isu pemindahan sekolah beraliran Cina kepada aliran Inggeris pada tahun 1950-an. Kuo-yu ialah bahasa vernakular Cina yang telah dijadikan bahasa pengantar di sekolah selepas “Gerakan 4 Mei 1919” di negeri China. Kuo-yu, yang lebih ringkas dan mudah dipelajari, menggantikan bahasa Cina klasik yang didapati pelik dan sukar dikuasai, maka ia hanya diketahui oleh segolongan kecil sahaja, khasnya kaum intelek. Rancangan pihak pentadbiran Pejabat Penjajahan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran di sekolah menengah membangkitkan kemarahan dan tentangan daripada masyarakat Cina.

Hujah mereka tidak lain untuk memelihara bahasa, pendidikan, identiti dan kebudayaan Cina. Bukan setakat itu sahaja, malahan tuntutan orang Cina juga mahukan sekolah Cina diasingkan daripada sekolah lain. Golongan selepas perang ini amat kuat cauvinis dan kuat menegaskan “kecinaan” mereka. Orang Cina berpendidikan Inggeris tidak menyokong meneruskan pendidikan berdasarkan garis-garis kaum kerana akan menonjolkan perbezaan di antara mereka dengan saudara mara yang berpendidikan Cina. Menurut Ian Morrisson, semasa pentadbiran Brooke, hubungan orang Cina dan pribumi memang mempunyai masalah. Pelbagai persepsi dan prasangka wujud di kalangan pribumi (Iban) terhadap orang Cina. Orang Iban tidak suka kepada orang Cina. Orang Cina pula mempunyai persepsi yang buruk lagi dengan menganggap orang Iban dan peribumi yang lain sebagai orang kasar dan tidak bertamadun (Mahani Musa dan Tan Liok Ee, 2000).

Sia Keng Yek (2005) membuat kajian yang mendalam mengenai sistem pendidikan Cina di Malaysia banyak membincangkan bagaimana orang Cina akan bermati-matian mempertahankan sistem pendidikan mereka yang sedia ada walau apa jua terjadi sekalipun. Sebarang usaha untuk mengubah sistem pendidikan akan ditentang habis-habisan oleh parti-parti politik Cina seperti MCA, Gerakan dan DAP serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Cina, Dong Jiao Zong dan Pertubuhan Cina Malaysia atau lebih dikenali secara kolektif sebagai Huatuan.

Selain daripada laporan-laporan pendidikan dan akta-akta bahasa kebangsaan (yang mahu mendaulatkan bahasa Melayu), menjadi isu penentangan orang Cina setelah sekian lama, isu penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di semua semua sekolah yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2002, turut menimbulkan penentangan dan ketegangan kalangan orang

Page 8: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Cina. Walaupun kelihatan berlaku pertikaman lidah antara parti-parti Cina, MCA dan Gerakan (parti kerajaan) dengan DAP (pembangkang), tetapi suara mereka tetap senada. Mereka tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan dasar ini melibatkan sekolah Cina. Bagi mereka, matapelajaran tersebut mesti diajar dalam bahasa ibunda. Lebih-lebih lagi DAP, tidak habis-habis membangkitkan isu dan menentang sebarang cubaan mengganggu kurikulum sekolah Cina. Ucapan Lim Guan Eng (2005), Setiausaha Agong DAP, dalam kenyataan akhbarnya pada 12 November 2005 menentang PPSMI.

Walaupun beliau turut menyindir parti Gerakan, tetapi hakikat sebenarnya, Gerakan masih berjuang seperti DAP, menentang sebarang campurtangan kerajaan berkaitan pendidikan sekolah Cina. Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed amat tidak senang dengan kenyataan tersebut. Keadaan sudah buruk dengan mereka tidak pergi ke sekolah yang sama. Orang Cina diajar dalam bahasa Cina, sementara yang India menggunakan bahasa Tamil, mereka tidak akan bercakap di antara satu sama lain langsung, dan mereka tidak memerlukan antara satu sama lain. Setiap kali kerajaan berusaha untuk merapatkan hubungan, ada sahaja yang menghalang supaya kita terus jauh di antara satu sama lain (Mingguan Malaysia, 13 November 2005). Beliau menyifatkan mereka ini mempunyai sikap cauvinisme kaum.

Ketika dasar ini mula dilaksanakan pada 2002, Gerakan awal-awal lagi telah menentang cadangan ini. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin turut memberikan komen yang hampir serupa. Jelasnya, masyarakat Cina mesti meletakkan kepentingan kebangsaan di tempat yang teratas bukannya kepentingan etnik. Ini bukan bermakna, setiap etnik akan melupakan asal usul mereka, akan tetapi kepentingan nasional hendaklah mendahului yang lain. Sama seperti di Amerika, pelbagai etnik hidup dalam negara tersebut, tetapi mereka bangga dengan mereka sebagai rakyat Amerika (Mingguan Malaysia, 13 November 2005).

Dalam menentang dasar ini, Dong Jiao Zong, yang diketuai Yap Sin Tian, telah menganjurkan satu perhimpunan yang dihadiri oleh 3,500 perwakilan daripada 600 pertubuhan (majoriti Huatuan) mengenai bantahan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 10 Disember 2005. Menurut beliau, perhimpunan tersebut bukan bersifat perkauman. Setiap kaum ada bahasa ibunda. Maka, penentangan ini lahir dari semua kaum, bukan Cina sahaja. Pada hemat saya, bukan soal kaum lain (termasuk orang Melayu) menentang penggunaan bahasa dalam pengajaran subjek sains dan matematik, tetapi isu yang lebih besar ialah penolakan mereka terhadap sebarang usaha untuk mengikis jati diri dan identiti sekolah Cina.

Page 9: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Inilah peranan mereka sejak dahulu lagi dan sampai sekarang perjuangan mereka tidak pernah berubah.

Menurut Tan Liok Ee (1989), isu pendidikan Cina merupakan isu yang amat sensitif dalam politik Malaysia kerana masyarakat Cina amat mementingkan identiti mereka. Inilah juga perjuangan Dong Jiao Zong (UCSTAM dan UCSCAM) sejak dahulu lagi sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagi mereka, sekolah Cina mesti dipertahankan bagi pembentukan jati diri orang Cina (Utusan Malaysia, 27 April 2005). Mengulas lebih lanjut, akhbar Cina, Shin Chew Daily memuji usaha-usaha yang dilakukan oleh persatuan-persatuan Cina ini. Ketabahan mereka, yang mana telah berjaya menempuh zaman penjajahan British dan kekejaman tentera Jepun, telah membawa kepada kewujudan 1,288 buah SJKC, 60 buah Sekolah Menengah Cina, serta tiga IPTS Cina di negara ini.

Sejarah yang mereka tempuhi tidak sama dengan orang lain, penuh dengan liku dan cabaran. Seringkali terhimpit dalam banyak ketidaktentuan. Mereka mara tanpa menoleh ke belakang lagi. Mereka berada dalam keadaan selesa dan mencipta banyak kejayaan. Melalui sumbangan tanpa henti daripada pelbagai pihak, ia kini telah menjadi signifikan dalam sejarah pendidikan negara. Hari ini, terdapat lebih kurang 640,000 orang pelajar yang bersekolah di SJKC. Hampir satu per sepuluh atau 60 ribu daripadanya merupakan pelajar bukan Cina. Jika tidak kerana SJKC di seluruh Malaysia telah penuh sesak, lebih ramai ibu bapa bukan Cina dijangka akan memasukkan anak mereka di sana

Dalam kajian yang dibuat oleh Yew Yeok Kim (1973, 1982) dan Leo Suryadinata (1989) mengenai pendidikan masyarakat Cina, beberapa penemuan mengenai sikap dan tingkah orang Cina (pelajar) diperolehi. Terdapat perbezaan sikap (persepsi) antara pelajar Cina yang mendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris kurang identiti keCinaannya, lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan memudahkan proses integrasi nasional. Manakala pelajar yang mendapat pendidikan sekolah Cina adalah sebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila wujudnya parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan pengaruhnya turut merebak kepada institusi keluarga dan pendidikan. Apabila proses sosialisasi ini berlaku, maka menurut Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan.

Page 10: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Kesannya, sekolah Cina kekal dengan identiti kecinaannya. Integrasi nasional masih lagi jauh untuk dicapai akibat proses sosialisasi. Ini kerana, bahasa adalah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang kaum kerana ia boleh menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik yang berlainan mahukan pengekalan bahasa-bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial (Haris Md Jadi, 1990). Walaupun hujah beliau ini tidak boleh dijadikan asas kukuh dalam mengukur keberkesanan integrasi nasional, namun sedikit sebanyak sistem yang wujud telah menyebabkan jurang interaksi kaum menjadi longgar.

Pendapat yang hampir serupa diutarakan oleh Ramon Navaratnam, beliau tidak bersetuju dengan kewujudan sekolah berasaskan bangsa seperti sekolah Cina dan sekolah Tamil kerana ia membantutkan perpaduan kaum. Kerajaan sepatutnya mewujudkan satu sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan dan penampilannya hendaklah menarik orang Cina dan India. Beliau mengakui, sekolah kebangsaan mempunyai banyak kelebihan. Selain dari mempunyai pelbagai kemudahan, bangunan yang cantik dan guru-guru mencukupi, ia juga boleh meningkatkan taraf pendidikan negara (Siti Mariam, 2006).

Sejarah membuktikan bahawa adalah suatu yang amat memeritkan bagi kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Penentangan demi penentangan dibuat oleh orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu mahukan juga bahasa mereka diikhtiraf sebagai bahasa rasmi juga.

Menurut Kayveas, dalam membentuk bangsa Malaysia melalui sistem pendidikan dan bahasa pengantar yang sama, pemimpin BN mestilah berani dalam membuat keputusan berkaitan dengannya. Beliau percaya rakyat 90 peratus akan patuh dan mengikutinya. Untuk membentuk bangsa Malaysia, tidak perlu banyak aliran dalam pendidikan. Satu masa dulu kita ada satu sistem aliran. Satu sistem yang baik. Satu kesalahan besar yang kita buat, ialah tukar sistem, tukar bahasa pengantar di sekolah. Inilah kesilapan besar yang telah berlaku. Beliau memberi contoh negara India. Tidak ada sekolah Tamil. Semua sekolah menggunakan Bahasa Inggeris. Tetapi bahasa Tamil dibenarkan untuk dipelajari. Hasilnya, India telah muncul sebagai negara dunia ketiga hebat, walaupun ia negara yang paling miskin. Beliau mencadangkan agar mencontohi negara Singapura. Mulai tahun 1978, mereka tukar aliran menjadi satu sahaja. Ketika itu ada yang menyatakan bahawa tindakan itu menyebabkan dia (pemimpin) kalah pilihan raya tetapi keadaan berlaku sebaliknya.

Page 11: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan. Pelajar-pelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam segala hal. Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alam kampus (Mansor Mohd Nor et al, 2006). Dalam konteks institusi pengajian tinggi di Malaysia, terdapat 20 Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 32 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ini tidak termasuk beratus-ratus IPTS lain yang tidak disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, yang dikategorikan sebagai lain-lain IPTS yang diluluskan (Kementerian Pengajian Tinggi, 2006). Daripada senarai IPTS ini, kerajaan telah meluluskan penubuhan universiti berasaskan kaum atau parti politik, yakni Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kepunyaan MCA pada tahun 2002 dan Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan) pada 6 Jun 2006. Ini tidak termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman kepunyaan parti MCA yang tidak disenaraikan. Dalam beberapa siri lawatan penulis ke sana, boleh dikatakan hampir seratus peratus pelajar UTAR adalah terdiri daripada satu kaum sahaja (Cina).

Begitu juga universiti kepunyaan MIC yang turut diluluskan, Universiti AIMST, Kedah. Ini tidak termasuk kolej-kolej swasta yang dipunyai oleh NGO-NGO Cina (Huatuan) seperti Dong Jiao Zong dengan Kolej New Era yang beroperasi di Kajang. Tindakan kerajaan meluluskan begitu banyak IPTS kepunyaan parti parti politik Cina dan NGO-NGO berasaskan kaum ini merumitkan lagi usaha integrasi nasional dalam masyarakat majmuk. Institusi Pengajian Tinggi berasaskan kaum tidak akan mendatangkan kesan positif terhadap hubungan kaum seperti yang telah berlaku di peringkat sekolah, SJK. Malah akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif hasil daripada proses sosialisasi yang dilalui.

Kita sedia maklum, proses sosialisasi politik keluarga dan pendidikan Cina tidak mengubah pendirian mereka daripada mempertahankan semangat kecinaan mereka. Dalam kajian yang pernah dibuat sempena sambutan kemerdekaan ke 48, ada menyebut dengan jelas bagaimana sistem pendidikan hari ini gagal menjadi alat penyatuan kaum. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa peranan agen keluarga dan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi. Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua pentingnya dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan kerana ia amat berkait rapat dengan keluarga, disebabkan keluarga yang menentukan proses persekolahan anak-anak mereka.

Page 12: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Seorang pelajar Cina, Kathleen Chong yang ditemubual, berusia 24 tahun, menceritakan pengalaman pahitnya belajar di Universiti Putra Malaysia. Katanya, kaum-kaum yang menjadi rakyat di negara ini hidup dalam keadaan terasing antara satu sama lain. Sekolah berasingan, kawan berasingan dan kehidupan sosial berasingan. Katanya lagi, ramai yang kesal dengan jurang yang timbul antara kaum majoriti Melayu dengan bangsa Cina serta India yang hidup bersama mereka di bumi Malaysia. Beliau sedih melihat sikap berpuak-puak mengikut kaum di dalam kampus. Mereka hanya bercampur dengan bangsa masing-masing sahaja. Komunikasi antara kaum adalah sangat terhad. Beliau merayu agar rakyat Malaysia menikmati perpaduan kaum sebenar. Kerajaan perlu menghalang jurang antara kaum ini daripada terus membiak. Beliau sendiri mengakui bahawa dia hanya bercampur dengan kawannya yang berbangsa Cina sahaja ketika menghadiri kelas, aktiviti dan juga ketika waktu makan. Itulah yang dilakukan oleh setiap kaum di dalam kampus

Berdasarkan kepada hujah-hujah ini, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada UCSTAM dan UCSCAM, pernahkah kajian dibuat terhadap tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar SJKC/T? Pernahkah kajian dibuat terhadap keputusan UPSR yang dikeluarkan setiap tahun. Cuba lihat berapa ramai pelajar-pelajar yang mendapat cemerlang atau lulus Bahasa Melayu? Sudahkah kajian dibuat mengenai kemampuan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar SJKC yang masuk ke kelas peralihan di Sekolah Menengah Kebangsaan? Sudahkah kajian mengenai tahap pergaulan pelajar Cina dan Melayu di SMK? Sudahkah kajian dibuat terhadap pergaulan pelajar Cina di IPTA? Dapatan kajian saya menunjukkan bahawa hampir kesemua pelajar Cina tidak bergaul dalam erti kata yang sebenar. Semua ini berlaku disebabkan oleh pembawaan daripada sekolah rendah perkauman yang dilalui sebelum ini. Punca utama disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Melayu yang amat menyedihkan yang menyukarkan interaksi antara kaum berlaku.

Politik dan ekonomi acuan sendiri

MUHAMMAD ALI HASHIM5 November 2012

Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services 0

Page 13: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Semakin kita mendekati PRU13, semakin ramai Melayu dan umat Islam Malaysia yang resah dan bimbang akan kedudukan masa depan politik bangsa dan negara.  

Perpecahan politik Melayu yang satu ketika dahulu diharap dan dijangkakan dapat diatasi dengan bijak dan penuh berhikmah oleh pucuk pimpinan ketiga-tiga parti besar Melayu, iaitu Umno, Pas dan PKR, kini semakin tidak menunjukkan tanda akan menjadi kenyataan.  

Pasti ramai Melayu yang kecewa dan putus asa dengan keadaan ini. Ramai yang benar-benar mengharapkan jika tidak dapat disatukan ketiga-tiga parti, sekurang-kurangnya cantuman dua parti iaitu Umno dengan Pas, sudah cukup untuk mengembalikan keperkasaan politik Melayu.

Kehampaan dilahirkan bukan sahaja di warung kopi dan di meja teh tarik, bahkan juga di serambi masjid dan surau, juga di koridor pejabat kerajaan dan korporat serta ruang pertemuan di universiti dan institusi.

Akibat menciplak kaedah politik bertentangan

Seperti kata seorang veteran politik, Tan Sri Abdullah Ahmad, dalam penulisannya di Sinar Harian 28 Oktober di bawah tajuk “Melayu-Islam terus berselisih”: “… mungkin kerana Melayu masih belum merasakan mereka berada dalam keadaan terdesak.

”Mungkin juga, pada pandangan saya, kerana pucuk pimpinan Melayu belum lagi terhantuk kepala masing-masing sampai bengkak. Selagi kepala belum bengkak, selagi itulah mereka belum bersedia mahu bertengadah bersungguh-sungguh berusaha menjayakan perpaduan Melayu.

Pemikir dan penulis bebas Kassim Ahmad, juga seorang veteran politik (dalam komentarnya mengenai Shahnon Ahmad: Utusan Malaysia, 18 Oktober) berpendapat perpaduan politik Melayu tidak dapat dihasilkan dan Pas tidak boleh dan tidak mahu bersatu dengan Umno “…kerana sistem dwi-parti Eropah yang kita amalkan”.   

Beliau berpandangan sistem dwi-parti adalah ”satu hasil daripada sejarah khusus Eropah” justeru tidak wajar diciplak memandangkan Melayu sebagai bangsa Timur “lebih mirip kepada perpaduan dan kerjasama semua golongan dalam masyarakat daripada berpecah kepada dua parti yang bertentangan.”

Saya bersetuju penuh dengan pandangan bahawa ciri politik “adversarial” Barat tidak serasi dengan jiwa Melayu-Islam. Demikian juga banyak kejanggalan lain akibat

Page 14: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

menciplak Barat.

Kita sedia maklum perpaduan Melayu telah banyak kali terancam dalam sejarah politik bangsa sebelum ini, akibat amalan politik bertentangan atau adversarial yang kita ciplak dari Barat.

Antara paling getir ialah selepas PRU 1969 yang disusuli tragedi berdarah 13 Mei, setelah perpecahan politik Melayu hampir musnahkan tampuk kuasa politik bangsa. Namun terdapat satu perbezaan besar dengan keadaan hari ini.

Ketika itu kepimpinan Melayu dapat menggunakan segala hikmah dan kebijaksanaan politik mengatasi semua halangan dan rintangan termasuk prejudis dan kepentingan politik sempit peribadi untuk merapatkan semula barisan perpaduan bangsa.

Sekalipun berpecah, selamatkan ekonomi

Kassim Ahmad berpendapat Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, seorang “tokoh negarawan terulung” telah berjaya menyelamatkan keadaan setelah beliau memperluaskan konsep perkongsian kuasa Perikatan Umno-MCA-MIC kepada konsep Barisan Nasional yang lebih terbuka dan inklusif.

Paling menarik perhatian ialah pengiktirafan Kassim terhadap “perubahan-perubahan progresif” Tun Abdul Razak kemudiannya yang dapat membina semula perpaduan bangsa setelah berjaya memperkukuh ekonomi bangsa Melayu.

Tun Abdul Razak bukan sahaja telah tidak mengikut sepenuhnya acuan politik Barat dalam menyelesaikan masalah perpaduan bangsa dan negara. Beliau juga telah bertindak lebih jauh dengan pandangan mendahului zamannya mentransformasi ekonomi bangsa dan negara.

Menyedari ketidakseimbangan dan ketidakadilan ekonomi adalah punca utama perpecahan bangsa, beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membela kedudukan ekonomi Melayu dan semua warga miskin yang meruncing ketika itu.

Seluruh rakyat Malaysia dan bangsa Melayu khasnya telah menyambut perjuangan politik perpaduan bangsa berlandaskan DEB. DEB berjaya menjadi obor mengembalikan semangat perpaduan negara, dan kejayaan ini dicapai terutama setelah bangsa Melayu yakin kedudukan masa depan ekonomi mereka tidak lagi terancam, malah terbela dan terjamin kukuh.

Page 15: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Hari ini kelemahan dan ketidakpastian ekonomi berulang sekali lagi, mengancam perpaduan bangsa dan kestabilan politik negara. Sekalipun senario ekonomi dan politik kini sangat jauh berbeza berbanding zaman DEB dilancarkan, kelemahan dan kemerosotan ekonomi Melayu serta “kerosakan” yang berlaku terhadapnya kebelakangan ini menjadi antara isu paling besar yang membimbangkan Melayu dan menjejaskan perpaduan bangsa.  

Kali ini, perpecahan Melayu berlaku bukan lagi dalam keadaan Melayu serba miskin seperti pada 1969, yang memudahkan DEB membulatkan semula perpaduan bangsa. Kini ramai Melayu lebih berada, hidup selesa dan ada juga yang kaya-raya.  

Justeru, lebih susah Melayu hendak disepakatkan dan disatukan. Terutama setelah ideologi politik dan dasar ekonomi berbalik semula dipengaruhi Barat mengikut trend global, khasnya setelah doktrin liberalisasi dengan dasar penswastaan diperkenalkan.  

Setelah mengikut semula pengaruh Barat, kedudukan ekonomi Melayu semakin terhakis dan merosot, langsung memalapkan api perjuangan dan semangat perpaduan tiupan DEB sebelum ini.

Keadaan ditambah-burukkan lagi setelah jurang pendapatan sesama Melayu melebar dengan ketara dan kos sara hidup pula semakin meningkat, mendambakan tekanan hidup warga miskin dan sederhana seluruh negara. Tekanan hidup mengakibatkan kemarahan hingga ramai Melayu dipengaruhi hasutan kebencian.

Kemarahan memuncak setelah ramai percaya terdapat Melayu kelas istimewa yang memperoleh harta kekayaan dengan mudah cuma kerana kedudukan, pangkat dan pengaruh politik serta kesekongkolan dengan orang berkuasa.

Justeru bersemaraklah politik benci-membenci dan fitnah-memfitnah antara sesama Melayu, langsung membelahkan yang retak sehingga mustahil dicantum semula.  

Paling merugikan ialah apabila perpecahan Melayu memberi kesempatan kepada pihak lain menangguk di air politik Melayu yang telah keruh; terutama dalam kalangan mereka yang mengamalkan ciri budaya dan prinsip hidup berpandukan strategi: “Keruhkan air, kalau nak dapatkan ikan!” Akibat perpecahan, banyak prinsip perjuangan telah terpaksa Melayu kompromi dan gadaikan!

Bina semula ekonomi acuan sendiri

Page 16: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Dari perspektif ekonomi, jelas sekali perpecahan berlaku setelah Melayu mengabaikan semangat perpaduan DEB dan menciplak kaedah Barat, terutama menerusi agenda penswastaan yang dijadikan dasar utama kerajaan.

Tambahan pula setelah menciplak doktrin liberalisasi ekonomi Barat berteraskan nilai dan gaya hidup individualistik dan nafsu-nafsi. Contoh penciplakan paling janggal ialah apabila jutawan dan bilionair individu dijadikan wira dan ikon negara, sedangkan nilai hidup bangsa Melayu yang berjiwa ijtimaai jelas sekali tidak menyenanginya.

Doktrin liberalisasi juga menganjurkan kepentingan swasta diutamakan di atas segala yang lain.  Di bawah doktrin ini kerajaan cuma instrumen untuk memangkin swasta membolot semua, tidak kira sama ada akhirnya ia mengakibatkan peminggiran kepentingan majoriti rakyat.   

Demikian juga, doktrin ini menganjurkan supaya semua GLC diswastakan. Tidak kira latar sejarah GLC sebagai institusi amanah berperanan penting menyeimbangkan dan menjamin keadilan ekonomi.

Justeru, sebelum perpaduan bangsa Melayu dapat dibina semula, beberapa isu besar ekonomi Melayu yang menjadi teras perpaduan selama ini perlu diutamakan. Paling penting, benteng pertahanan asas kekuatan ekonomi Melayu, iaitu GLC sebagai institusi amanah, jangan sekali diruntuhkan.  

Jika ada kelemahan GLC, misalnya kegagalan membantu industri media milik Melayu mesti ditangani dengan bijaksana dan bukan dengan cara marahkan “nyamuk iklan dan promosi”, kita bakar “kelambu” GLC!

Kesimpulannya, sekalipun pahit ditelan, bangsa Melayu terpaksa menerima perpecahan politik sebagai satu realiti semasa, yang mudah-mudahan sementara sifatnya. Untuk itu kita dituntut bertindak penuh hikmah, bijaksana dan bukan memusnahkan langsung kekuatan yang ada.

Cari strategi baru mengekalkan hak milik korporat, misalnya menerusi kaedah wakaf, khasnya Waqaf Korporat supaya terjamin berkesinambungan. Strategi berkesan perlu segera disusun supaya kuasa dan pengaruh ekonomi, sumber dan daya organisasi pada GLC digunakan dengan bijak untuk memperkukuh dan memperkasa ekonomi Melayu dan menjana ekonomi negara dalam menghadapi persaingan global yang semakin mengancam.

Pada akhirnya, jangan sekali-kali takut bertindak menentang dan mengetepikan doktrin Barat yang merosakkan, dan jangan pula segan dan apologetik mentransformasi sistem

Page 17: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

ekonomi mengikut acuan kita sendiri, berlandaskan nilai Islam.  

Sesungguhnya, selagi tidak berpaksi kepada Islam dan tanpa kembali berpegang kuat kepada “Tali ALLAH”, selama itulah perpaduan dan kekuatan bangsa dan umat tidak akan tercapai sepenuhnya.

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/politik-dan-ekonomi-acuan-sendiri-1.100887

Elak perbezaan fahaman politik sebagai penyebab keretakan perpaduan

2013/05/31 - 15:53:39 PMCetak Emel Kawan

KUCHING: Rakyat Sarawak diingatkan supaya terus menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dibuat mengikut lunas demokrasi berperlembagaan dan mengelak daripada menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai penyebab keretakan perpaduan di negeri ini. 

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng

Page 18: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

turut berharap mereka tidak terbawa-bawa dengan unsur negatif yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian sedia ada. 

"Dalam kita menyambut perayaan Gawai Dayak ini, adalah sangat penting bagi kita semua untuk meningkatkan kesyukuran dan menyuburkan lagi keharmonian serta perpaduan kaum yang telah lama terbina selama ini di Sarawak," katanya dalam perutusan sempena sambutan Gawai Dayak, esok. 

Rakyat, katanya, dapat menyaksikan dan belajar bagaimana keadaan huru-hara dan rusuhan yang melanda sesetengah negara akibat perbalahan agama dan politik, menghancurkan serta menghalang proses pembangunan dan aktiviti ekonomi negara terbabit. 

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan, yang dibentuk semula, dan di peringkat negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana memenangi PRU13 dengan cemerlang. 

Abang Muhammad Salahuddin berkata, tahun ini juga sangat bermakna bagi rakyat Sarawak kerana menyambut perayaan 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia dengan pelbagai aktiviti anjuran kerajaan negeri sejak pelancaran sambutan pada Mac lalu. 

Beliau berkata, sambutan perayaan berkenaan antara lain bertujuan mengingatkan rakyat supaya menginsafi peristiwa serta liku sejarah negeri Sarawak dari zaman penjajahan sehingga mencapai kemerdekaan dan kemajuan yang bersama dikecapi pada hari ini. "Tanpa mengenali sejarah negeri sendiri, kita tidak akan tahu mengenai asal-usul kita dan apakah masalah yang nenek moyang dan para pemimpin terdahulu daripada kita hadapi sebelum ini," katanya. 

Namun begitu, katanya, rakyat juga harus ingat bahawa sesebuah negara atau negeri yang maju adalah hasil daripada peranan dan sumbangan setiap kaum kerana tanpa perjuangan dan kerjasama sedemikian, tidak mungkin negeri ini boleh mencapai kemajuan seperti yang dinikmati pada masa kini. 

Beliau yakin dengan adanya keharmonian yang telah lama tercipta, rakyat Sarawak akan terus hidup dengan aman dan makmur, bersesuaian dengan slogan sambutan 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia iaitu 'Sarawak harmoni, kemakmuran

Page 19: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

dinikmati'. 

Sambil mengucapkan selamat Gawai Dayak kepada semua masyarakat Dayak, beliau meminta supaya mereka merancang perjalanan balik ke kampung dan rumah panjang bagi mengelak berlakunya kemalangan. - BERNAMA 

http://www.bharian.com.my/articles/Elakperbezaanfahamanpolitiksebagaipenyebabkeretakanperpaduan/Article/

PENDAHULUAN

Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka.

Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora

Page 20: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa.

Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama.

Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasa mereka berada di bawah cengkaman kuasa asing.

Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikis hasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untuk membangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnya hanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanam di sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itu dibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian seperti bijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negara untuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaran pengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negara ini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih dan membawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja. Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China dan India untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalah yang akan memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduk tempatan.

Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupun terpaksa menghadapi rintangan pihak penjajah dan orang tempatan sendiri. Orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Yang Mulia Tunku Abd. Rahman Putra Al Haj tidak jemu-jemu mencari jalan terbaik dan rela bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk mencapai kemerdekaan. Hasilnya pada tanggal 31 Ogos 1957, ‘Bapa Kemerdekaan’ kita telah melaungkan kalimah keramat ”MERDEKA” dan diulang suara oleh rakyat dari pelbagai bangsa dan keturunan dengan penuh kesyukuran. Bendera ”Union Jack ” diturunkan dan berkibar megah ”Jalur Gemilang” kemegahan rakyat jelata. Tanah Melayu mula diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaannya yang tersendiri.

Page 21: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Banyak perkara telah difikir dan pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengisi kemerdekaan dan memajukan bumi tercinta setelah sekian lama ditadbir oleh penjajah. Bermacam-macam rintangan dan gerakan untuk menggugat keharmonian, keamanan dan perpaduan antara kaum dapat ditangani oleh barisan pimpinan negara. Namun begitu terjadi beberapa peristiwa yang tidak diingini kerana masih ada niat dan usaha jahat pihak tertentu yang enggan memberi kerjasama untuk membendungnya. Jesteru, maka perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah isu dan agenda utama pemimpin dan seluruh warga negara Malaysia.

DEFINISI:

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.

MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL.

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”

Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI.

Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah;

Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan

Page 22: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN DALAM MENYUBURKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI MALAYSIA

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti

Page 23: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.

Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secara pemuwafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Page 24: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifatsifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..

USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT Program Pemuafakatan Masyarakat –

Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program- program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan Beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat –

Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

Acara kebudayaan dan kesenian-

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.

Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali-

Page 25: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.

Aktiviti Riadah -

Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.

KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH Sekolah Penyayang –

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) –

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum –

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikuti

Page 26: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah–

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumahrumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanakkanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah–

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Page 27: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

PENUTUP:

Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara.

Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia.

Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

SENARAI RUJUKAN;

1. Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd2. Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, JPN, 19913. Malaysia Kita, International law book Services, 2007.4. Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, KPM, 2005.5. Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Mohd. Thajudin Abd. Muthalib, East View, 1997.6. Pengajian Am Kertas 900/1, Prof Madya Dr. Cheu Hock Tong, Pustaka Sarjana, 2001.7. Negara Kita, INTAN, Kuala Lumpur, 1986.8. Perlembagaan Persekutuan, Pindaan 1987, Jabatan Percetakan Kerajaan, Kuala

Lumpur, 1988.9. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Tun Mohammad Suffian Hashim, DBP, 1984.

Page 28: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

PEMANGKIN DAN PENGHALANG KEPADA PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL 1957-1969

Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik dengan kelompok majoritibangsa Melayu diikuti dengan Cina, India, dan kelompok peribumi kecil sepertiDayak, Bidayuh, Kadazandusun, dan Bajau di Sabah dan Sarawak. Selepasmencapai kemerdekaan pada tahun 1957, usaha-usaha ke arah pengukuhanhubungan antara etnik telah diperluaskan. namun, kewujudan faktor-faktor yangmenghalang perpaduan dan integrasi nasional yang membawa kepada peristiwahitam 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah dan pengajaran kepada negara darisegenap peringkat masyarakat.Peristiwa Darurat 1948-1960 merupakan salah satu faktor penghalang padaperpaduan rakyat. Peristiwa ini telah membawa kepada rancangan penempatansemula yang bertujuan untuk menyekat bekalan makanan dari sampai kepada pihakkomunis. Malangnya, langkah ini telah membawa satu kesan buruk terhadappemupukan perpaduan di Tanah Melayu kerana pembukaan kampung barukebanyakannya melibatkan orang Cina. Menurut Zainal Abidin dalam buku Malaysia: Warisan dan Perkembangan, kawasan penempatan ini dilengkapi dengankemudahan seperti hak milik tanah, sekolah, klinik, bekalan elektrik, dan air. Perkaraini telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang Melayu kerana kampung merekaterpinggir dan terabai dari mendapat kemudahan yang sama sedangkan merekaberkhidmat dalam pasukan polis dan tentera. Memetik kajian Md Shukri Shuib (2010), menurutnya, ‘for a multiracial country, the most fragile

Page 29: USUL 1-Politik Mengikut Kaum Menjejaskan Perpaduan

elements that will bring a disaster to the system is neglecting the ‘racial - ethnic balance’ of the political  economy If this ‘racialethnic balance’ can be properly governed and well managed by the government, it will be a core element in securing the prosperity and longevity of the development ‘nation and states building’.

Peristiwa ini harus dijadikanpengajaran dalam sistem pentadbiran kerajaan kita pada hari ini kerana jika sesuatulangkah penyelesaian untuk satu masalah mungkin akan menjadi punca kepadamasalah lain yang lebih besar jika tidak dikaji secara mendalam dan pandang kehadapan.