12
Utusan Pembangunan AZAM PPK 300/04/2012 Angkatan Zaman Mansang Sarawak JILID 7 NO.2 2011 Fokus Perspektif Tinjauan SCORE: Adakah Belia Kita Sudah Bersedia? Media Sosial: Dunia Digital ku Berbakti Kepada Masyarakat Sambil Menjana Pendapatan - YES! Nekad Kerana Minat 2 Generasi, 1 Aspirasi Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular Marine Engineering Aluminium Glass Industry Fishing & Aquaculture Tourism Oil And Gas Hello Belia! NWS_november11_2.indd 1 12/13/11 11:58 AM

Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

  • Upload
    dodieu

  • View
    233

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

Utusan PembangunanAZAM PPK 300/04/2012

Angkatan Zaman Mansang Sarawak

JILID 7 NO.2 2011

Fokus

Perspektif

Tinjauan

SCORE: Adakah Belia Kita Sudah Bersedia?

Media Sosial: Dunia Digital ku

Berbakti Kepada Masyarakat Sambil

Menjana Pendapatan - YES!

Nekad Kerana Minat

2 Generasi, 1 Aspirasi

Merapatkan Jurang Generasi

Jiran Muda

Fenomena Budaya Popular

Marine Engineering

Aluminium

GlassIndustry Fishing &

Aquaculture

Tourism

Oil And Gas

Hello Belia!

NWS_november11_2.indd 1 12/13/11 11:58 AM

Page 2: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

2

Bertanyalah “Apakah yang boleh aku lakukan untuk Negara ku”, dan bukan “Apakah yang

boleh Negara ku lakukan untuk aku”.Demikianlah kata-kata yang penuh makna oleh John F. Kennedy, Presiden Amerika yang ke-35 (1975). Dari segi konteks pembangunan negeri Sarawak, sangatlah bagus sekiranya generasi muda kita berupaya menghayati peranan mereka dalam pembangunan, selari dengan semangat kata-kata John F. Kennedy tersebut. Iaitu dari perspektif ingin menyumbang dan bukan sekadar ingin menuntut dan menerima nilai-nilai pembangunan.

Para belia hari ini terutama yang telah tamat persekolahan atau pengajian, mempunyai peranan yang kritikal dalam memastikan negeri Sarawak terus maju dan mencapai tahap pembangunan yang boleh menjamin taraf hidup yang tinggi untuk rakyatnya. Dan kemajuan yang diingini bukan sekadar dari segi material tetapi dari segi nilai sosial, budaya dan kerohanian.

Untuk memahami dengan lebih jelas tuntutan-tuntutan pembangunan terhadap golongan belia hari ini, adalah bijak sekiranya mereka mengkaji dasar serta agenda pembangunan semasa. Misalnya, agenda pembangunan negeri yang bertunggakkan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Selain daripada melihat kepada strategi pembangunan dari aspek sosio-ekonomi, ianya amat berguna untuk para belia memahami kepentingan pembangunan dari segi nilai-nilai sosial misalnya, integriti, moral dan

SEJENAK BERSAMA

SIDANG PENGARANG

Sidang Pengarang

HAK CIPTA TERPELIHARABahan-bahan yang terkandung di dalam terbitan ini hanya boleh diulang guna setelah mendapat izin bertulis dari AZAM. Usaha pengumpulan maklumat yang terkandung di dalam majalah ini adalah dilakukan dengan rapi dan berhati-hati dan dipastikan tepat dan terkini. Maka dengan itu, Jawatankuasa Penerbitan AZAM tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kesilapan yang berlaku jika maklumat yang diterima itu tidak tepat dan terkini.

Permit Percetakan: PPK 300/04/2012(029744)

PENASIHATYang Berbahagia Datu Aloysius Dris

KETUA PENYUNTINGRosalind Yang MisiengSim Ah Hua

PENULISMark NyambangTracy JambolCecilia Jeffery TokNorsyuhada Mohd ArisRosalind Wong

JURU ALIH BAHASA (Bahasa Iban)Janang Ensiring

TERBITANAngkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM)Kompleks AZAM, Jalan Crookshank,93000 Kuching, SarawakTel:082-411799 Faks:082-258372Facebook: http://www.facebook.com/groups/azaminfo/

Dicetak oleh: Bumi Serasi, 242E, Lorong 3, Jalan Green, 93150 Kuching, Sarawak, Malaysia.

kerohanian. Ini untuk memastikan negeri dan negara kita mencapai pembangunan yang seimbang. Manakala dari segi bidang, selain daripada teknikal, para belia berpotensi menceburi bidang perniagaan dan juga profesional seperti pakar sains sosial dan komunikasi.

Trend-trend semasa yang giat berubah dan masih lagi berlaku akibat perkembangan dalam teknologi terutamanya ICT, semakin mengubah cara masyarakat berfikir, bekerja dan juga gaya hidup.

Kemudahan-kemudahan teknologi ataupun ilmu pengetahuan berkaitan bidang ini dapat digunakan oleh golongan generasi baru untuk bekerja dengan lebih kreatif dan berinovasi. Usaha sebegini penting bukan sahaja untuk memajukan masyarakat setempat, tetapi juga untuk memastikan daya saing yang tinggi di peringkat antarabangsa. Penguasaan bahasa antarabangsa terutamanya Bahasa Inggeris tidak dapat diketepikan.

Oleh itu, isi kandungan Utusan Pembangunan kita kali ini berusaha meneliti dan mengupas isu-isu tersebut, dan sidang pengarang berharap para pembaca akan mendapat sedikit sebanyak wawasan atau perspektif dalaman serta maklumat yang berguna untuk dijadikan panduan dan inspirasi pada masa hadapan •

3 •

4 •

5 •

6 •

7 •

8 •

9 •

11 •

10 •

12 •

SENARAI KANDUNGAN

FOKUS •Adakah belia kita sudah bersedia untuk SCORE?

PERSPEKTIF •Media sosial: Dunia digital ku

YES!! - Berbakti kepada masyarakat sambil menjana pendapatan

Nekad kerana minat

TINJAUAN •Dua generasi, satu aspirasi

Merapatkan jurang generasi: Menghargai keharmonian sosial dulu dan kini

Jiran Muda sebagai landasan kepada gaya hidup sihat belia

Fenomena budaya popular

RUANGAN BAHASA IBANKati nembiak rebak baru besedia napi SCORE

TAHUKAH ANDA? •

NWS_november11_2.indd 2 12/13/11 11:58 AM

Page 3: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak atau SCORE merupakan satu agenda pembangunan yang unik berbanding

dengan koridor-koridor lain di Malaysia. Bertumpukan kekayaan sumber asli seperti kuasa hidro, SCORE mensasarkan Sarawak untuk menjadi sebuah negeri ekonomi berpendapatan tinggi pada tahun 2030 di disamping dapat menaik taraf kualiti kehidupan masyarakat di Sarawak, khususnya wilayah tengah.

Sepuluh bidang merangkumi industri aluminium, gelas, besi, minyak, kelapa sawit, perikanan dan akuakultur, penternakan, pembalakan, perkapalan telah dikenalpasti sebagai industri teras yang akan menjadi tunjang pembangunan SCORE.

Sarawak yang kaya dengan sumber airnya akan dapat membekalkan jumlah air yang diperlukan untuk menjana kuasa elekrik dari empangan hidro yang dibina. Kuasa elektrik yang terhasil akan menjadi tulang belakang kepada industri-industri berat di sekitar kawasan SCORE seperti pembuatan aluminium, kaca dan sebagainya. Sumber air, yang dianggap sebagai tenaga yang boleh diperbaharui mampu untuk membekalkan kuasa elektrik yang stabil dan pada tarif yang rendah, berpotensi untuk menarik minat pelabur-pelabur asing ke negeri ini.

Semenjak perasmian SCORE pada tahun 2008 di Bintulu, banyak syarikat antarabangsa telah memilih Sarawak sebagai destinasi pelaburan mereka. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti tarif kuasa elektrik yang menarik, kedudukan negeri yang strategik dan juga kestabilan sosio-ekonomi di negeri ini.

Kelahiran bidang kerjaya

Pelbagai peluang-peluang pekerjaan akan wujud daripada kemasukan industri-industri ini, khususnya untuk golongan belia. Institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah teknikal telah pun menawarkan bidang-bidang relevan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing, selaras dengan permintaan industri-industri di bawah SCORE. Bidang teknikal merupakan antara bidang yang amat diperlukan. Dengan pendapatan yang lumayan untuk tenaga mahir dan separa mahir, bidang teknikal tidak lagi dipandang sebagai bidang yang tidak berprestij.

3

Begitu juga dengan kerjaya lain seperti golongan pendidik seperti guru, pensyarah, pelatih yang boleh memberi bimbingan dan latihan kepada belia yang berminat untuk menceburi bidang teknikal ini.

Pakar bidang sains dan perkhidmatan sosial juga dapat diterokai bagi menyediakan perkhidmatan untuk masyarakat menangani cabaran-cabaran sosial yang mungkin timbul daripada pembangunan tersebut, misalnya isu migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar dan kemasukan warga asing yang diperlukan untuk tenaga pekerja.

Penggunaan bahasa Inggeris juga perlu dikuasai oleh para belia untuk menambah-

nilai kemahiran yang dimiliki. Oleh kerana industri-industri yang wujud banyak syarikat antarabangsa, kebanyakan modul dan operasi akan dilaksanakan dalam bahasa tersebut. Dengan adanya pelabur-pelabur dari negara asing seperti Taiwan dan China, adalah langkah yang bijak sekiranya golongan belia boleh menguasai

bahasa Mandarin misalnya, supaya dapat menyesuaikan diri dengan tugas dan budaya kerja pelabur asing.

Selain itu, para belia juga disarankan untuk memahami peluang dan industri hiliran yang akan wujud hasil daripada industri-industri besar tersebut. Perniagaan dan industri perkhidmatan makanan dan minuman, pengangkutan, pendidikan, rekreasi, dobi, perniagaan runcit dan perlancongan seperti homestay adalah antara peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh para belia.

Dalam mana-mana proses pembangunan, para belia perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran inovasi supaya dapat setanding dengan tenaga mahir di peringkat global.

Kestabilan sosial

Masyarakat, khususnya para belia juga merupakan golongan yang penting dalam memastikan kestabilan lanskap sosio-ekonomi negeri dalam keadaan yang boleh menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke negeri ini. Kestabilan sosial ini dapat dicapai dengan bekerjasama antara satu sama lain, antara pelbagai kaum untuk mewujudkan platform pelaburan yang stabil.

Oleh kerana itu, para belia perlu memahami erti sebenar keharmonian dan pentingnya perpaduan antara kaum supaya agenda pembangunan negeri dapat dijalankan dengan lancar.

Rumusan

Peluang-peluang kerjaya dan perniagaan yang lahir daripada proses pembangunan haruslah tidak disia-siakan oleh anak tempatan. Keharmonian yang kita kecapi tidak wujud dengan sendirinya. Ianya adalah hasil perjuangan generasi yang lalu. Begitu juga dengan kenikmatan hasil dari pembangunan negeri yang lancar, tidak terhasil tanpa keamanan yang dilihat pada masa sekarang. Oleh itu, kedua-dua keharmonian dan pembangunan saling berkait rapat antara satu sama lain. Belia perlu memahami pertalian ini untuk memastikan peluang-peluang kerjaya di masa hadapan tidak tergugat oleh ketidaktenteraman pada masa sekarang.

Adakah belia kita sudah bersedia untuk

SCORE?“Peluang-peluang kerjaya dan perniagaan yang lahir daripada proses

pembangunan haruslah tidak disia-siakan oleh anak tempatan”

NWS_november11_2.indd 3 12/13/11 11:58 AM

Page 4: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

Pengenalan

Semasa Mark Zuckerberg sedang tekun merekabentuk sistem rangkaian sosial semasa di Harvard University pada tahun

2004, tidak pernah terlintas di fikiran beliau bahawa sistem tersebut akan berkembang dari sebuah rangkaian menghubungkan penuntut kolej dan universiti kepada sebuah rangkaian yang digunakan oleh lebih kurang 800 juta dari seluruh pelusuk dunia. Pada usia 27 tahun, beliau telah dinamakan sebagai jutawan termuda dengan kekayaan menjangkau sebanyak 17.5 billion dollar Amerika. Rekaan yang unik serta perkhidmatan seperti perkongsian gambar, kemaskini status dan unsur-unsur rekreasi seperti permainan telah menarik perhatian ramai pengguna Internet, khususnya golongan belia untuk turut serta membuka akaun di laman sosial tersebut.

Facebook merupakan sebahagian daripada evolusi kepada mod komunikasi atas talian seperti penggunaan email dan MIRC pada pertengahan tahun 1990an. Sebelum Facebook, laman-laman sosial lain seperti MySpace dan Friendster pernah menjadi platform popular untuk belia berhubung di antara satu sama lain. Sehingga Jun 2011, perkhidmatan mikroblog, Twitter sudah mempunyai 300 juta pengguna menyebabkan ianya digelar Perkhidmatan SMS Internet atau “SMS of the Internet”.

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”Laman-laman sosial dan media baru seperti blog, mikro-blog dan perkhidmatan video atas talian sudah seakan-akan menjadi “diari” untuk belia berkongsi pendapat dan perasaan masing-masing. Tapi, adakah platform sosial ini wajar dijadikan tempat untuk kita menyebarkan khabar angin dan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang?

Sebagai satu langkah untuk menyebarkan kesedaran mengenai tanggungjawab pengguna Internet, khususnya pengamal media sosial, AZAM telah mengadakan satu seminar bertajuk “Seminar on Social Media: Promoting Responsible “Netizenship”” atau Seminar Media Sosial : Menggalak Pengunaan Internet yang Bertanggungjawab di Kuching baru-baru ini. Dr. Danilo, seorang pensyarah dari University of The Philippines, berpendapat, para penulis blog yang bertanggungjawab perlu memahami bahawa setiap penulisan yang diterbitkan dalam blog boleh dicapai oleh mana-mana pihak. Oleh kerana itu, penulis perlulah bertanggungjawab terhadap kesannya pada para pembaca, individu atau topik yang disentuh dan juga terhadap masyarakat secara keseluruhannya. Mungkin ramai di antara kita pernah melihat khabar-khabar angin yang disebarkan melalui rangkaian sosial. Khabar angin yang tidak sahih ini amat merbahaya kerana ianya mampu mengugat keharmonian masyarakat kita. Ada sesetengah golongan yang cuba untuk membentuk persepsi negatif di kalangan belia demi keuntungan mereka sendiri. Selain daripada itu, kita perlu berhati-hati apabila menggunakan perkhidmatan laman-laman sosial yang ada kerana sudah banyak kes-kes penipuan yang melibatkan belia sering kita lihat menerusi akhbar atau kaca televisyen. Sindiket-sindiket yang melakukan penipuan ini merupakan kumpulan profesional yang seringkali menggunakan taktik berunsurkan cerita yang sedih dan peluang mendapatkan wang segera. Oleh itu, penggunaan media sosial perlulah digunakan dengan penuh berhati-hati dan berlandaskan pemikiran logik untuk menimbang kesahihan sesuatu perkara supaya kita tidak tertipu. Oleh kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama, adalah penting untuk kita mengamalkan sikap bertanggungjawab dan kita juga perlu memikirkan isu sensitiviti sebelum mempamerkan bahan-bahan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Mungkin bagi kita, bahan-bahan tersebut adalah remeh dan mencuit hati tetapi adalah sebaliknya bagi pihak lain. Perkara sebegini boleh dielakkan dengan memahami budaya kaum lain serta tidak mempamerkan bahan yang didorong oleh perasaan yang marah.

Perkara lain yang sering dianggap remeh seperti menerbitkan semula bahan-bahan hak milik orang lain tanpa kebenaran dan plagiarisma juga boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atas kita, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Media Sosial sebagai “Jambatan Digital” Walaubagaimanapun, media sosial perlu dipandang secara positif. Pepatah, “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”, menjelaskan bahawa bukan semua pengguna media sosial menggunakan perkhidmatan ini untuk tujuan yang tidak baik.

Dengan adanya rangkaian sosial, berita, maklumat dan khabar boleh diterima dalam masa sebenar (real time).

Belia boleh melihat perkhidmatan ini sebagai satu kelebihan untuk kita menyalurkan sesuatu yang baik seperti mempromosikan keindahan budaya kita, keharmonian masyarakat kita dan juga untuk menangkis persepsi buruk terhadap sesuatu perkara, terutamanya kepada media asing. Pada masa sekarang, sudah ramai para agensi-agensi kerajaan yang telah menyedari potensi laman sosial ini dan menggunakannya sebagai “jambatan digital” untuk menyalurkan polisi-polisi dan maklumat semasa. Ada juga para pemimpin yang mempunyai akaun Facebook atau Twitter dalam usaha mendekatkan diri dengan belia. Inisiatif sebegini mampu bertindak sebagai platform digital untuk kedua-dua generasi ini berbincang antara satu sama lain.

Rumusan Mungkin dalam dua ke lima tahun lagi kita akan melihat bentuk media sosial yang lain, yang lebih menarik berbanding apa yang kita gunakan pada masa sekarang. Walaupun berlainan nama, fungsi utama laman sosial iaitu sebagai alat komunikasi atas talian akan kekal sebagai fungsi utama. Kita sebagai pengguna perlulah memahami kelebihan dan kelemahan media-media sosial serta mengamalkan penggunaan yang beretika supaya dapat jadikan panduan dan teladan untuk pengguna-pengguna yang lain.

4

perspektif

Media Sosial • Dunia Digital ku

NWS_november11_2.indd 4 12/13/11 11:58 AM

Page 5: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

Tiga kumpulan daripada 18 kumpulan yang terbentuk telah dipilih sebagai kumpulan terbaik iaitu SaraWOK dari Bahagian Kuching, Umai Jeb dari Bahagian Mukah dan Success Means Survival dari Bahagian Sibu.

Projek ini menawarkan hadiah wang tunai kepada kumpulan belia yang menghasilkan projek-projek terbaik. Selain dapat menyumbang kepada masyarakat, projek yang dihasilkan dapat menjana pendapatan dan kesempatan ini boleh digunakan sebagai asas dan permulaan untuk membuka perniagaan.

Mengukuhkan keharmonian sosial melalui makanan tradisional tempatan

Siapa sangka, idea untuk mempromosikan makanan tradisional boleh membantu mengukuhkan lagi keharmonian sosial dan perpaduan negeri. Para belia boleh mempelajari budaya kaum lain seperti tarian serta masakan dan ini dapat meningkatkan pembangunan belia serta mengukuhkan keharmonian kaum di negeri ini.

SaraWok yang terdiri daripada lima orang ahli dan diketuai oleh Julian Sim telah menggunakan konsep keharmonian sosial ini dan memilih makanan sebagai salah satu cara terbaik untuk mencapai objektif program YES I SEE. Rancangan projek mereka terbahagi kepada tiga fasa utama iaitu membuat produksi dokumentari, mengadakan ekspo dan akhir sekali membuka pusat budaya termasuk restoran.

Dengan menyediakan dan menjual makanan tradisional ini, mereka boleh menjana pendapatan di samping memberi kesedaran kepada generasi baru untuk menghargai makanan tradisional kaum masing-masing pada masa hadapan.

Kreativiti dan inovasi lahirkan keunikan

Bahan-bahan terbuang tidak semestinya tidak berguna, tetapi boleh diubahsuai menjadi barang-barang berguna dengan mengunakan idea kreatif dan inovatif. Usaha ini telah mendapat penghargaan apabila kumpulan dari Bahagian Mukah, Umai Jeb telah menghasilkan reka bentuk alat-alat muzik dan Success Means Survival dari Bahagian Sibu pula mereka bentuk karya-karya seni. Kumpulan yang kreatif ini mampu menghasilkan perkakas dan perabot rumah hasil daripada kayu buangan daripada kilang-kilang kayu.

Penggunaan bahan-bahan terbuang ini dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar di samping dapat menjimatkan kos modal pembuatan. Minat kedua-dua kumpulan yang mendalam terhadap bidang muzik dan seni juga menyebabkan projek ini dapat dilaksanakan melalui kajian yang terperinci tentang cara pembuatan yang betul.

Keunikan alat-alat muzik dan karya-karya seni ini dapat menarik minat orang ramai untuk membeli dan ini dapat meningkatkan pendapatan kepada belia di samping boleh menyumbang kepada masyarakat dalam pembangunan negeri.

Kesimpulannya, program-program sebegini memberi banyak faedah kepada belia untuk memantapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menyumbang kepada masyarakat dan juga pembangunan negeri. Selain itu, peluang-peluang yang ditawarkan itu dapat membantu belia untuk mengetahui tentang selok-belok dunia keusahawanan sambil menjana pendapatan •

Ke mana hala tuju belia kini setelah menamatkan persekolahan? Tentu sahaja belia akan berangan-angan

untuk mendapatkan pekerjaan yang memberi pulangan lumayan. Namun demikian, adakah angan-angan tersebut akan menjadi kenyataan sekiranya belia hanya goyang kaki dan tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan tersebut. Itulah persoalan yang membelenggui belia pada masa sekarang.

Dalam usaha untuk memastikan pembangunan belia terus meningkat, pelbagai program telah diadakan dan Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) melalui Faradale Media Sdn Bhd telah mengadakan Projek Youth Engaged in Social Innovation, Service, Education and Enterprise (YES I SEE) pada Ogos 2009.

YES I SEE yang merupakan komponen kepada Program “The Sarawak Youth Empowered and Engaged to Serve” (Sarawak YES!) ini memberi peluang kepada belia Sarawak yang berumur 17 sehingga 25 tahun ini untuk mencetuskan idea di samping melaksanakan projek yang akan memberi manfaat kepada negeri Sarawak.

Empat bengkel telah diadakan iaitu di Kuching pada Disember 2009, Mukah pada Mac 2010, Betong pada April 2010 dan Miri pada Mei 2010. Penyertaan sangat memberansangkan dan belia-belia terpilih yang mewakili bahagian masing-masing telah menghadiri bengkel selama tiga hari. Idea-idea kreatif yang disumbangkan telah menghasilkan pelbagai projek yang mengkagumkan seperti, menubuhkan “homestay”, menyediakan kelas bahasa Inggeris untuk kanak-kanak luar bandar, serta reka bentuk alat-alat muzik dan karya seni daripada bahan terbuang.

perspektif

Berbakti Kepada Masyarakat

Sambil Menjana Pendapatanyes!

NWS_november11_2.indd 5 12/13/11 11:58 AM

Page 6: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

6

pendidikan bukanlah satu halangan untuk Sylvia bekerjasama dengan dua orang rakan kongsinya, Jacky dan Chong dalam mengendalikan Solid Com Vision. Ketiga-tiga rakan kongsi ini sentiasa bekerjasama untuk memajukan perniagaan mereka.

Teknologi digital dan perniagaan Bidang produksi video merupakan satu bidang yang boleh memberi pendapatan tinggi dan sekaligus menyumbang kepada transformasi ekonomi negeri. Permintaan pasaran bagi produksi video adalah amat tinggi pada masa kini kerana ianya dalam proses perubahan penggunaan teknologi daripada analog kepada digital. Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan produksi video terbentang luas bagi pemilik Solid Com Vision ini kerana industri produksi video di Sarawak didapati agak lembap perkembangannya dan kurang mendapat sambutan daripada pelabur-pelabur tempatan. Sebagai sebuah syarikat kecil yang bertaraf enterprise, adalah merupakan batu loncatan yang amat bermakna bagi Solid Com Vision untuk melebarkan lagi sayap perniagaan apabila nama mereka telah mendapat tempat di hati pelanggan yang terdiri daripada pelbagai organisasi mahupun orang persendirian.

Khidmat Solid Com Vision untuk memberi perkhidmatan rakaman video, siaran video, perkhidmatan penyuntingan video, fotografi sebagai dokumentasi untuk majlis-majlis pelancaran, majlis makan malam, pameran, seminar dan sebagainya adalah sangat

memberangsangkan. Permintaan terhadap perkhidmatan mereka sentiasa diperlukan oleh para pelanggan di mana dalam seminggu sekurang-kurangnya mereka akan mendapat dua hingga tiga tempahan untuk membuat produksi video untuk pelbagai jenis majlis.

Bidang produksi video merupakan satu bidang yang boleh memberi pendapatan tinggi dan

sekaligus menyumbang kepada transformasi ekonomi negeri.

Tidak gentar bersaing

Nekad dalam menceburi bidang perniagaan baru dalam transformasi teknologi merupakan landasan bagi seorang

usahawan muda berjaya merealisasikan impiannya untuk mengusahakan perniagaan milik sendiri. Semangat nekad kerana minat juga merupakan pegangan kuat Sylvia Valentine Labang, 28, untuk menceburi bidang keusahawanan. Belia lulusan Open University Malaysia (OUM) dalam jurusan Teknologi Multimedia ini, telah nekad untuk menjana pendapatan sendiri melalui kebolehan yang beliau miliki iaitu dalam bidang teknologi multimedia. Dengan minat dan kebolehan yang beliau miliki serta yakin dengan permintaan pasaran dalam bidang produksi video mempunyai potensi yang tinggi untuk dimajukan selaras dengan bidang lain, maka Sylvia telah menubuhkan Solid Com Vision besama-sama dua orang rakan kongsi iaitu Jacky Goh Mia Chiew dan Chong Woon Fui pada 25 Mei 2009. Keserasian tiga orang rakan ini sebagai rakan sekerja telah m e n y a k i n k a n mereka untuk m e n g o r a k l a n g k a h menubuhkan perniagaan. Pe rbezaan kaum, umur dan latar be lakang

Komitmen tinggi Memenuhi permintaan untuk kepuasan pelanggan adalah merupakan keutamaan Sylvia dan rakan-rakannya dalam memberi perkhidmatan. Mereka sanggup dan mampu menyiapkan kerja-kerja disaat akhir yang diminta oleh para pelanggan. Mengorbankan waktu tidur dan istirehat adalah perkara biasa bagi mereka demi menyiapkan kerja-kerja disaat akhir yang diminta oleh para pelanggan. Kerana minat yang mendalam dalam bidang produksi video, pemilik Solid Com Vision ini sekali lagi telah berani untuk menceburi bidang baru iaitu menghasilkan telemovie dalam dialek bahasa Melayu Sarawak dengan kerjasama dengan pelajar tahun akhir Kolej Cosmopoint untuk projek akhir pengajian mereka. Telemovie ini merupakan eksperimen pertama mereka dalam dunia perfileman. Sylvia dan rakan kongsinya juga berhasrat untuk mengunakan telemovie bagi mengembangkan industri perfileman tempatan di Sarawak dan sekaligus membantu untuk mempromosikan budaya dan warisan masyarakat Sarawak.

Merebut peluang Dengan latar belakang pendidikan yang bukan dalam bidang perniagaan, adalah menjadi salah satu daripada cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Sylvia dalam mengendalikan perniagaan milik sendiri. Oleh yang demikian, bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam dunia keusahawanan, Sylvia telah mengambil inisiatif untuk mengikuti latihan jangka pendek iaitu Industrial Skills Enhancement Programmes (INSEP) di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS). Melalui latihan tersebut, Sylvia telah mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran berkaitan dunia perniagaan.

Anak muda bersemangat kental ini juga turut memberi pandangan bahawa “Para belia, kalau boleh jangan mempersoalkan di mana dan siapa yang akan menyediakan peluang pekerjaan untuk kita, sebaliknya kita sendiri yang harus mencari jalan untuk menyediakan peluang tersebut. Salah satu daripada caranya adalah menceburi dunia keusahawanan.” Pandangan ini jelas membuktikan bahawa Sylvia adalah seorang anak muda yang berpandangan

jauh dalam usaha merebut peluang dalam membina kerjaya. Misalnya daripada agenda pembangunan SCORE, tidak perlu menunggu maklumat untuk dihulurkan, tetapi cuba untuk mencari maklumat yang berpatutan melalui saluran yang disediakan. Oleh yang demikian, golongan belia yang tercicir daripada pengajian akademik diharapkan agar tidak mudah berputus asa kerana mereka masih mempunyai peluang yang luas untuk membina kerjaya atau mengecapi kejayaan dan mempunyai masa depan yang cerah. Para belia harus nekad dalam mengejar kejayaan hidup.

perspektif

Nekad kerana

MINAT

NWS_november11_2.indd 6 12/13/11 11:58 AM

Page 7: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

7

Para belia merupakan generasi pelapis dan peneraju kepada pembangunan negara pada

masa hadapan. Dengan ini, adalah penting untuk para belia peka kepada isu-isu semasa khususnya yang berkait paut dengan perpaduan dan keharmonian serta isu pembangunan. Walaupun Sarawak terkenal dengan keharmonian dan semangat perpaduan di kalangan penduduknya, namum beberapa langkah masih perlu dijalankan untuk memupuk semangat dan persefahaman tersebut di kalangan belia.

Memang diakui bahawa peluang untuk para belia untuk melibatkan diri serta menyuarakan pandangan serta pendapat mereka mengenai isu-isu penting agak terhad. Oleh itu, Sarawak Development Institute (SDI) telah menganjurkan Dialog Belia Sarawak bertempat di Mukah pada 20 September 2011 dengan tema “Menyambung Warisan Kebebasan dan Keharmonian di bawah Konsep 1Malaysia - Penyerahan legasi kepada bakal pemimpin masa depan” untuk belia dalam lingkungan umur 18-24 tahun.

Objektif utama dialog adalah untuk memastikan golongan belia sedar dan faham akan tanggungjawab mereka untuk menjaga dan meneruskan warisan keharmonian dan kebebasan di Negara ini dan memberi landasan kepada mereka untuk membincangkan isu-isu semasa yang boleh memberi kesan kepada negara dan masa hadapan mereka.

Dialog ini merupakan dialog yang istimewa kerana para belia berpeluang untuk berinteraksi dan menyampaikan persoalan mereka terus kepada YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Ini adalah gambaran simbolik yang menggambarkan dua generasi berkongsi satu aspirasi di mana tampuk kepimpinan pada masa kini sedia berkongsi pengalaman dengan bakal pemimpin masa depan. Selain itu, para belia berpeluang untuk mendengar ceramah daripada individu-individu yang berkaliber seperti Prof. Dr. Chandra Muzaffar, Pengerusi, Lembaga Amanah, Yayasan 1Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Idris Jala, Ketua Pegawai Eksekutif, PEMANDU dan YBhg. Datuk J.C Fong, Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak. Di samping itu, penceramah muda seperti Cyril Dason, Pengasas Sarawak Bloggers juga turut dijemput untuk berkongsi maklumat dengan para belia di Mukah.

Semua peserta berasa sangat bangga dan teruja kerana dapat mendengar sendiri pandangan serta pendapat YAB Pehin Sri dalam isu-isu yang dibangkitkan dalam acara kemuncak dialog ini. Para peserta telah mengemukakan persoalan yang berkait dengan isu gejala sosial, pendidikan, peluang pekerjaan, alam sekitar, Pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE), media sosial, jurang antara generasi dan perpaduan di Sarawak serta Malaysia.

DUA GENERASISatu ASPIRASI

Y A B Pehin Sri menjawab s e t i a p s o a l a n d e n g a n t e l i t i

supaya mudah difahami. Beliau turut mempamerkan sikap yang terbuka yang jarang dilihat oleh orang ramai dengan menggunakan contoh-contoh semasa beliau masih menuntut di universiti dan sekolah. Oleh itu, kebanyakan peserta dapat memahami dan menghargai jawapan-jawapan beliau. Para peserta turut menyatakan bahawa dialog ini telah memberi banyak maklumat dan pengetahuan kepada mereka khususnya dalam isu-isu semasa yang dibincangkan. Selain daripada peserta, para pembentang juga merasai keistimewaan dialog ini di mana generasi muda Sarawak membuka hati mereka kepada YAB Pehin Sri dan beliau membalas dengan hati yang terbuka.

Dialog belia ini telah dianjurkan buat ulungkalinya di Kuching pada tahun 2010 oleh Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) dan Sarawak Development Institute (SDI) dengan kerjasama dan sokongan daripada Faradale Media Sdn Bhd. (FMM). Pada tahun 2011, Yayasan Perpaduan Sarawak telah bekerjasama dengan SDI dan FMM untuk menganjurkan dialog belia ini di Miri dan Mukah. Dialog belia tersebut merupakan salah satu akitiviti yang disenaraikan dalam kalendar YPS sempena tahun “Sarawak Youth for Unity 2011”. Setiap dialog ini melibatkan lebih kurang 150 - 250 orang peserta.

“Ini adalah gambaran simbolik yang menggambarkan dua generasi berkongsi satu aspirasi di mana tampuk kepimpinan pada masa kini sedia berkongsi pengalaman dengan bakal pemimpin masa depan.”

tinjauan

NWS_november11_2.indd 7 12/13/11 11:58 AM

Page 8: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

 

Sarawak terkenal sebagai negeri contoh yang mempunyai masyarakat majmuk serta hidup dalam keadaan harmoni

dan bersatu-padu. Dan kini kita mesti mengekalkan keharmonian dan perpaduan tersebut kerana ianya aset penting dalam pembangunan negeri ini. Namun demikian, ramai yang kurang menyedari bahawa terdapat jurang antara generasi dahulu dan sekarang termasuk dari aspek pemikiran dan sikap terhadap menghargai keharmonian. Ini kerana segelintir generasi sekarang lebih mementingkan kerjaya disebabkan tidak merasai kesusahan yang dialami oleh generasi dahulu. Bagi mereka, negara sudah aman damai dan tidak menyedari bahawa keharmonian penting dan sangat kritikal sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya. Jika tidak, sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan atas kelemahan tersebut. Perkara seperti ini harus dielakkan demi generasi akan datang.

Lompat! Lompat! Terjun! Terjun! Sebagai sumbangan kepada usaha memastikan kesinambungan kesejahteraan keharmonian dan perpaduan negeri, Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) telah mengadakan Program Bicara Tokoh pada 14 Julai lepas yang mengetengahkan perjuangan generasi dahulu ke arah pembangunan belia pada masa sekarang. “Dalam hening malam, suasana sunyi tiba-tiba bertukar menjadi kecoh.

Dalam kegelapan, terdengar bunyi tembakan dan orang menjerit ketakutan serta “laungan terjun! terjun! lompat! lompat!”. Demikianlah suasana yang dialami oleh generasi dahulu ketika hidup dalam zaman serba mencabar. Pengalaman semasa konfrontasi ini telah dikongsi bersama oleh Dato Seri Dominic Dagok yang merupakan salah seorang penerima anugerah Tokoh Kemerdekaan tahun 2010 sempena Hari 1 Malaysia. “Penduduk terpaksa menggali lubang setinggi 10 kaki di bawah rumah untuk menyelamatkan diri dan keluarga daripada terkena tembakan. Lebih menyayatkan hati adalah tidak kira siang atau malam, apabila berlakunya tembak-menembak penduduk tetap terjun walaupun lubang tersebut dipenuhi dengan air hujan demi menyelamatkan diri daripada terkena peluru sesat”. Kata-kata daripada beliau sudah cukup untuk kita bayangkan betapa sukarnya kehidupan yang perlu masyarakat lalui sebelum mencapai kestabilan politik Kita bersyukur kerana tidak perlu melalui perit dan kesusahan yang dialami oleh generasi dahulu. Maka adalah perlu untuk semua lapisan masyarakat bersatu-padu mengekalkan keharmonian negeri untuk memastikan proses pembangunan berjalan dengan lancar.

Dokumentasi Sejarah sebagai panduan Program Bicara Tokoh ini juga telah memberi inspirasi kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) untuk

Menghargai Keharmonian Sosial Dulu Dan Kini

Merapatkan Jurang Generasi:

menganjurkan Wacana Tokoh bersama pihak AZAM Sarawak pada 27 Julai 2011 di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL). Antara lain, objektif program tersebut adalah untuk menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan serta mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia amnya dan Sarawak khasnya. Antara persoalan yang ditimbulkan oleh para belia yang menghadiri wacana tersebut adalah berkaitan adat dan budaya dahulu yang relevan dengan zaman sekarang serta usaha mendokumentasi buku-buku sejarah. Sebagai belia dan juga bakal guru, dokumentasi sejarah sangat penting dalam memberi panduan dan kesedaran kepada generasi baru kerana masih ada segelintir generasi sekarang yang kurang tahu sejarah yang berlaku pada masa dahulu. Ini kerana, mereka sudah menikmati kesenangan sejak kecil lagi. Dengan adanya dokumentasi ini, maka para belia tidak melupai budaya dan asal usul sejarah sendiri sekiranya ditanya oleh bangsa negara lain. Oleh itu, dalam memperbaiki jurang antara generasi, para belia perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang relevan sejajar dengan pembangunan ekonomi di samping berpegang pada nilai-nilai yang boleh menyumbang kepada keharmonian serta kestabilan sosial di negeri ini •

8

tinjauanDato Seri Dominic begitu bersemangat berkongsi pengalaman tentang suasana kesusahan yang dialami oleh generasi dahulu.

Perpaduan diibaratkan pensel pelbagai warna yang diletakkan bersama-sama dalam sebuah bekas, ianya tetap menarik dan harmoni

Maka adalah perlu untuk semua lapisan masyarakat bersatu-padu mengekalkan keharmonian negeri untuk memastikan proses pembangunan berjalan dengan lancar.

NWS_november11_2.indd 8 12/13/11 11:58 AM

Page 9: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

9

Kenali Jiran Muda “Jiran Muda” mungkin masih dianggap sebagai suatu landasan yang baru di kalangan golongan muda yang mendiami sesebuah kawasan perumahan. Sebagai pengenalan Jiran Muda ini ditubuhkan sebagai satu cawangan di bawah Jawatankuasa Rukun Tetangga, yang diselia oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi (JPNIN), Sarawak. Jiran Muda ini ditubuhkan bertujuan untuk menarik dan melibatkan golongan remaja dalam aktiviti kejiranan dan pembangunan komuniti ke arah mencapai misi Rukun Tetangga secara amnya memupuk Kesefahaman dan Semangat Muhibbah. Selain mewujudkan interaksi dan berkenalan di antara rakan sebaya khususnya di antara penduduk sejiran amnya, tumpuan aktiviti-aktiviti juga adalah untuk menghindarkan mereka daripada pelbagai gejala sosial. Kini beberapa kawasan rukun tetangga (KRT) khususnya bahagian Kuching telah pun menubuhkan Jiran Muda ini. Antara kawasan yang telah dikenalpasti adalah seperti Jiran Muda dari Taman Sri Jaya, Batu 9, Matang. Seperti juga AJK

KRT, Jiran Muda ini terdiri daripada pengerusi, AJK

dan ahli-ahli yang dinaungi oleh Pengerusi KRT di kawasan mereka. Berdasarkan temubual secara tidak langsung dengan Pengerusi Jiran Muda, Encik Keberry anak Panjang bersama Pengerusi KRT Encik Ahmad Soewarno Bin Tokijan, mereka menyatakan bahawa keahlian Jiran Muda di Taman kediaman mereka adalah seramai 141 orang. Keahlian ini terdiri daripada anak-anak yang serendah umur 5 tahun dan sehingga menjangkau umur 21 tahun sahaja. Kumpulan umur ini terbahagi kepada 5 kategori iaitu 5 hingga 6 tahun adalah dikalangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Jiran Tunas, kategori kedua adalah 7, 8 dan 9 tahun, seterusnya umur 10, 11 dan 12 adalah golongan teramai iaitu sebanyak 40 lebih orang. Kategori keempat adalah kumpulan yang berumur 13-15 tahun manakala kumpulan terakhir adalah mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas iaitu golongan dewasa yang berumur 21 tahun.

penglibatan mereka dalam Jiran Muda ini memberi manfaat kepada beliau di mana mereka diarahkan untuk menyertai mesyuarat bersama KRT dalam membincangkan program. Mereka turut diarahkan untuk melaksanakan sendiri aktiviti sukaneka dan gotong-royong semasa hujung minggu. Pada Hari Raya Haji baru-baru ini mereka turut mengadakan aktiviti ramah-tamah yang turut melibatkan penyertaan mereka yang berbilang bangsa.

Selain mewujudkan interaksi dan berkenalan di antara rakan sebaya khususnya di antara penduduk sejiran amnya, tumpuan aktiviti-aktiviti juga adalah untuk menghindarkan mereka daripada pelbagai gejala sosial.

tinjauanSebagai Landasan Kepada Gaya

Hidup Sihat Belia

Jiran MudaAktiviti rekreasi dan lawatan Jiran MudaProgram-program yang mereka jalankan adalah terhad kepada kawasan

kejiranan mereka sahaja setakat ini, di mana mereka mengadakan program seperti aktiviti beriadah untuk mengeratkan perpaduan iaitu lawatan sambil belajar ke Matang Wild Life Centre dan juga dibawa untuk menyaksi Pertandingan Koir Kebangsaan yang diadakan di Bandaraya Kuching. Bagi aktiviti kesukanan mereka turut mengadakan pertandingan“Street Soccer” bagi kumpulan lelaki gabungan dengan golongan dewasa (KRT), aktiviti ini bukan sahaja berbentuk kesukanan namun juga salah satu usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat. Bagi program untuk kumpulan Jiran Muda wanita belum banyak aktiviti yang dijalankan melainkan aktiviti kebudayaan sahaja. Contohnya kumpulan wanita ini dijemput oleh pihak KRT untuk membuat persembahan semasa perasmian KRT di kawasan mereka di mana mereka menarikan tarian tradisional Orang Bidayuh dan Tarian Melayu Sarawak.

Perancangan dan pandangan terhadap Program Jiran Muda Pada tahun hadapan, pihak KRT dan Jiran Muda Taman Sri Jaya ini berharap agar mereka akan mempunyai lebih banyak program untuk tujuan pendedahan kepada ahli-ahli jiran muda untuk aktiviti yang lebih berfaedah bagi mengisi masa lapang mereka. Melalui mesyuarat tahunan dan penyediaan proposal dari pihak AJK Jiran Muda mereka akan merancang program mereka bagi tahun hadapan. Bagi sumber kewangan pihak JPNIN merupakan penaja utama aktiviti kejiranan ini atau juga melalui wakil rakyat di kawasan mereka. Dengan ini, Encik Ahmad Soewarno juga menyatakan pihak mereka terbuka untuk menerima mana-mana jemputan dari pihak luar untuk memberi peluang dan ruang kepada ahli-ahli jiran muda untuk menyertai mana-mana aktiviti belia yang dijalankan oleh mana-mana agensi bagi tujuan memperkasakan kemahiran softskills mereka seperti berkomunikasi, pengurusan program dan lain-lain.

Salah seorang ahli Jiran Muda di Taman

Sri Jaya ini iaitu Encik Mohd. Syarezal bin Yusup, 16 tahun menyatakan bahawa beliau sememangnya aktif menyertai Jiran Muda ini dan perkara yang beliau pelajari dari program ini adalah pentingnya sifat bekerjasama. Beliau juga percaya bahawa

Keberry anak Panjang, Pengerusi Jiran Muda, Taman Sri Jaya, Batu 9, Matang.

Mohd. Syarezal Bin Yusup, Timbalan Pengerusi Jiran Muda, Taman Sri Jaya, Batu 9, Matang.

Pelapis kepada tenaga KRT Jiran Muda merupakan pelapis kepada tenaga KRT pada masa hadapan, terutamanya kumpulan yang berumur 10 hingga 12 tahun iaitu kumpulan inilah yang akan meneruskan usaha ke arah mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan komuniti di peringkat kawasan kediaman masing-masing untuk 5 dan 6 tahun akan datang. Namun begitu kadar pertambahan penyertaan jiran muda ini tidak dapat ditafsirkan kerana faktor umur keahlian ini hanya sehingga 21 tahun sahaja. Manakala ada juga ibu bapa yang bimbang untuk mengalakkan anak-anak mereka terlalu aktif pada usia kanak-kanak. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti yang dilakukan oleh Jiran Muda turut dipantau oleh KRT, jadi ibu bapa mungkin boleh

mengalakkan anak-anak mengikuti aktiviti-aktiviti ringan di kawasan kejiranan dengan pemantauan yang minimal bagi memupuk sifat bertanggungjawab di kalangan anak-anak kecil. Oleh itu, semua kaum tidak kira Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu, Cina India dan

lain-lain kaum boleh memulakan langkah untuk mengalakkan golongan muda ini untuk berlatih menjadi komuniti yang bertanggungjawab dan berkewibawaan dalam menjaga perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan kawasan kediaman. Dengan itu adalah diharapkan agar remaja-remaja yang belum atau ingin menubuhkan Jiran Muda ini dikawasan mereka boleh berhubung terus dengan pihak JPNIN Sarawak. Bagi mereka yang aktif menggunakan laman media sosial boleh melawati “Facebook Jiran Muda Sarawak”, untuk mengikuti perkembangan aktiviti Jiran Muda Sarawak •

NWS_november11_2.indd 9 12/13/11 11:58 AM

Page 10: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

10

Kati alai SCORE?

Koridor Enegi Tan-diri Sarawak tauka SCORE nya siti agenda pemansang ke unik

dipebandingka enggau koridor ke bukai di Malaysia. Bepukuka pengaya pengeraja asal baka kuasa hairdo, SCORE ngagihka Sarawak nyadi siti menua ke ngempu ekonomi ke tinggi penatai pemisi rambau taun 2030 kelimpah ari ke ulih ngangkatka tuntun kualiti pengidup raban bansa di Sarawak, kelebih agi di pelilih tengah menua tu. Sepuluh bidang ke nyengkaum industri aluminium, gelas, besi, minyak, sabun, pengawa berikan enggau akuakultur, pengawa betupi, ngereja batang, pengawa bekapal udah ditemu nyadi industri teras ti jadika pengedang pemansang SCORE. Kuasa elekterik ti dikeluarka tekat hairdo tu deka nyadi batu pelasar ke industri-industri berat baka ngaga aluminium, kacha enggau utai bukai. Kenyau ari SCORE nya ke dibuka dalam taun 2008 di Bintulu, mayuh kompeni/serikat antarabansa udah milih Sarawak nyadi tempat alai nanam mudal. Tu berindik ari beberapa faktur baka tarif kuasa elekterik ti enda mar, penuduk menua ke strategik sereta penegap pekara sosio-ekonomi di menua tu.

Penumbuh bidang batang kereja Mayuh macham peluang bekereja deka nyadi berindik ari penyadi industri-industri nya, kelebih agi ke nembiak rebak baru. Institusi pelajar tinggi enggau sekula teknikal udah berengkah nawar bidang-bidang pelajar ti relevan dikena ngadaka mudal mensia ke bedaya semekih, setipak enggau peminta industri-industri ke disendiaka SCORE. Bidang teknikal nya antara bidang ti beguna amat. Enggau gaji ti besai ke ulih ngelantangka pengidup bala pengereja pengawa ke bepengelandik tinggi

enggau setengah bepengelandik, dia bidang teknikal enda agi dipeda nyadi bidang ke nadai prestij. Baka nya mega batang kereja ke bukai baka raban penarak: pengajar setempat, pensyarah, pematih ke ulih meri ajar enggau latih ngagai nembiak rebak baru ke bisi pengerindu masuk bidang teknikal tu. Pakar bidang sains enggau bela sosial mega tau dipatau dikena nyendiaka bela ke raban bansa ke guna napi penanggul sosial ke diadang tau nyadi beduduk ari pemansang nya, ke banding, isu orang ke ari menua pesisir pindah ngagai kandang mengeri enggau penatai raban kampar ari menua bukai ke diambi gawa di menua tu. Raban nembiak rebak baru mesti bisi pengelandik bejaku Inggeris ke tambah pengelandik bukai ke bisi dikembuan sida. Laban kemayuh agi industri ke bisi nya diempu kompeni/serikat antarabansa, dia kemayuh agi modul enggau operasi deka dikereja enggau dipejalaika ngena Inggeris. Pia mega, laban sekeda bala penanam mudal nya datai ari menua tasik baka Taiwan enggau China, nya sigi singkang ke manah enti raban nembiak rebak baru ulih nguasa pengelandik bejaku Mandarin ngambika sida ulih nelebaka diri enggau pengawa ti dikereja sereta atur bekereja ti dikena bala penanam mudal nya. Kelimpah ari nya, bala nembiak rebak baru mega dipinta beratika peluang enggau industri sangking ke deka nyadi, asil ari industri-industri ke besai nya. Dagang enggau industri pemela pemakai enggau utai diirup, pengangkut, pelajar, rekreasi, dobi, dagang barang renchit enggau diau nyemilik sementara nya sekeda ari peluang ke patut direbut sereta dipeguna enggau manah ulih bala nembiak rebak baru.

Penegap sosial Raban bansa, kelebih agi nembiak rebak baru sigi raban ke beguna amat dalam pengawa ke nentuka penegap lanskap sosio-ekonomi menua dikena matak mayuh agi penanam mudal antarabansa datai ngagai menua tu. Penegap sosial tu tetap ulih dipulung ari ke bisi kerejasama antara orang siku enggau ke bukai, antara mayuh pupu raban bansa dikena nyendiaka jelanan penanam mudal ke tegap tauka stabil. Ari nya, kaban nembiak rebak baru patut meretika reti penyerakup ke bendar enggau pemesai guna penguguh kaul antara raban bansa ngambika agenda pemansang menua ulih dipejalaika enggau mujur sereta nadai penanggul.

Simpul penemu Peluang-peluang bekereja enggau bedagang ke datai ari proses pemansang enda patut dilakka sia-sia aja enda dipeguna ke penguntung ulih anak menua tu-empu. Penyerakup ti diasaika kitai nya ukai tak datai kediri pia aja. Penyerakup nya asil titik peluh pemendar gawa generasi rebak dulu. Pia mega penyenang pengelantang ke datai ari singkang pemansang menua ke lanchar, enda sekali-kali ulih diasilka kitai enti nadai pemaik ke meruan baka ke bisi dipeda kemayaharitu. Ketegal nya, kedua-dua penyerakup enggau pemansang endang seruran bekaul rapat enggau pangan diri. Nembiak rebak baru patut meretika kaul ti kukuh baka nya endang dikena nentuka peluang be kereja kedudi hari enda tejanggal ketegal pengalut ke nyadi kemayatu •

Kati nembiak rebak baru besedia napi

SCORE?

Bahasa Ibanruangan

NWS_november11_2.indd 10 12/13/11 11:58 AM

Page 11: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

11

“ N o b o d y , n o b o d y but you!”. Mungkin ramai di kalangan belia kita yang sering menyanyikan lirik Kumpulan Korea Wondergirls ini.

Tanpa disedari, budaya luar ini kian menular di sekeliling kita, bermula dari lagu, drama hinggalah ke fesyen terkini. Kecantikan atau ketampanan artis Korea ini misalnya membuatkan para belia ingin menjadikan artis ini sebagai idola mereka. Bagi belia adalah menjadi suatu perkara penting mengetahui isu dunia popular artis tidak kiralah dalam atau luar negara. Lebih daripada itu, terdapat segelintir belia yang begitu gigih untuk mempelajari Bahasa Korea atau Jepun semata-mata kerana minat dan sanggup untuk membeli barangan buatan luar negara bagi mencapai kehendak peribadi mereka.

Membuka minda, peluang perniagaan & rancangan realiti Jika dilihat dari sudut positif, terdapat kebaikan kepada belia kita yang mengikuti perkembangan semasa dari negara luar. Bukan sahaja dari aspek hiburan, malah cara dan minda belia yang lebih kreatif dan memberi semangat kepada mereka untuk memajukan diri. Ramai juga belia terutamanya belia wanita kini telah mendapat inspirasi dan menjadikan tren ini sebagai satu titik permulaan untuk membuka perniagaan seperti pakaian, kosmetik, aksesoris dan beg. Bagi golongan belia yang aktif menggunakan laman Facebook sudah tentu biasa melihat jualan secara online melalui gambar-gambar produk yang dipaparkan. Perniagaan ini dilihat sebagai kebaikan yang memberi peluang kepada belia dalam bidang keusahawanan. Pengaruh budaya popular asing ini boleh dikatakan berlaku di seluruh Malaysia, contohnya di Sarawak para remaja yang sedang menuntut di sekolah menengah rendah pun sudah bergiat dengan budaya K-Pop ini. Mereka begitu khusyuk membeli majalah artis-artis Korea, membeli VCD drama Korea,

bahkan ramai belia kita yang sanggup meniru pakaian dan stail rambut ala-ala Korea. Kemahsyuran budaya Korea ini bermula dengan siri drama Winter Sonata dari awal tahun 2000 yang masih lagi

segar dalam ingatan kita yang mengikuti perkembangan drama ini. Populariti artis seperti Rain muncul tidak lama selepas itu dan hari ini kumpulan seperti Super Junior, 2PM dan BigBang menjadi pujaan ramai bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain. T e r d a p a t juga pihak-pihak tertentu yang telah mengambil peluang di atas populariti tren K-Pop ini. Banyak pertandingan dan rancangan realiti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti pertandingan nyanyian lagu Korea dan ‘Street dance competition’. Baru-baru ini dalam akhbar tempatan, The Borneo Post, bertarikh 14 November 2011, terdapat paparan mengenai Pengerusi Eksekutif Google, Eric Schmidt yang menyatakan bahawa Google akan memulakan YouTube untuk Musik K-pop. Beliau turut menekankan mengenai pentingnya sikap terbuka yang bersifat global dalam membangunkan pasaran internet. Populariti Pop Korea ini dilihat turut memberi impak kepada firma Korea Selatan contohnya Samsung Electronics menggunakan sistem aplikasi Google’s Android untuk siri telefon pintar Galaxy mereka.

Persaingan ekonomi & industri hiburan tempatanJika kita perhatikan, daripada dunia hiburan ke bidang perniagaan, fenomena ini dilihat sebagai peluang oleh pihak-pihak tertentu yang ingin melabur dalam perniagaan barangan Korea. Dalam hal ini, mungkin kita sendiri pun sukar untuk menjawab, bagaimanakah tren K-Pop ini boleh merentasi batas antarabangsa yang begitu menyeluruh di seluruh pelusuk negara? Terdapat juga tren lain yang popular seperti budaya Jepun (J-Pop) yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan artis Barat seperti Justin Bieber (Bieber Fever) turut terkenal namun keseluruhannya masih belum dapat menandingi K-Pop yang merangkupi hiburan, kosmetik dan fesyen mereka. Di siaran Televisyen berbayar Astro, terdapat suatu segmen khas untuk K-Pop berikutan permintaan yang tinggi terhadap tayangan artis-artis Korea ini.

Fenomena Budaya Popular -

tinjauan

Dalam kita meminati tren luar negara ini, kita sebagai belia Sarawak juga harus bangga dengan keunikan budaya kita sendiri dan memelihara warisan kita yang boleh kita terapkan dalam unsur-unsur lagu, hiburan, fesyen dan sebagainya. Kita juga harus menyokong kumpulan artis tempatan yang berbakat seperti kumpulan Masterpiece, Heavance, Hujan, OAG dan Ethnic Transmission.

Budaya kita, warisan kitaBerbalik kepada budaya K-Pop yang begitu terkenal, kita boleh meminati tren ini, namun sebagai anak jati, kita mungkin boleh mempertimbangkan impak apabila kita mengagung-agungkan budaya luar ini, jangan sampaikan kita lupa asal-usul dan identiti budaya

kita sendiri. Contohnya hari perayaan Gawai, Hari Raya, Deepavali, dan Tahun Baru Cina, kita boleh menyelitkan konsep tradisional dalam berpakaian moden. Sedikit sebanyak kita masih boleh menerapkan keunikan bangsa kita. Begitu juga dengan tarian, disamping kita mempelajari tarian K-Pop, elok juga sekali-sekala kita mempelajari tarian tradisional kita, siapa yang akan mewarisinya kalau tidak belia. Jadi kita boleh menyeimbangkan antara minat dan tanggunjawab sosial kita dalam memelihara budaya dan mengekalkan identiti bangsa kita.

Kreativiti & inisiatif beliaKejayaan industri K-Pop mengeksport budaya pop Korea ke luar Negara dapat dijadikan inspirasi kepada belia tempatan yang mempunyai minat menceburi bidang hiburan. Belia kita juga mampu untuk menghasilkan budaya atau jenama mereka sendiri dan tidak hairan pada suatu masa nanti di peringkat antarabangsa. Sebagai belia masa kini adalah menjadi kewajipan dan inisiatif kita untuk memikirkan cara yang boleh kita utarakan dan sarankan bagi mengajak belia kita dalam sama-sama memandang perkara sebegini sebagai suatu perkara penting yang perlu kita ambil kira bagi menghadapi perubahan akibat globalisasi dari sudut budaya. Tidak juga mustahil bahawa hanya belia juga yang mampu membuat yang terbaik kepada belia yang lain berikutan minat dan cara belia melihat sesuatu dari perspektif golongan belia itu sendiri.

“Jika kita perhatikan, daripada dunia hiburan ke bidang

perniagaan, fenomena ini dilihat sebagai peluang

oleh pihak-pihak tertentu yang ingin melabur dalam

perniagaan barangan Korea”.

NWS_november11_2.indd 11 12/13/11 11:58 AM

Page 12: Utusan Pembangunan - azam.org.my · Merapatkan Jurang Generasi Jiran Muda Fenomena Budaya Popular ... aku lakukan untuk Negara ku”, ... peranan mereka dalam pembangunan,

...Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) kini mempunyai Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) Datuk Dr Stephen Rundi Utom, dan Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar), Abdul Karim Rahman Hamzah. Jawatan Penasihat Hal Ehwal Belia di Jabatan Ketua Menteri pula disandang oleh Encik Larry Sng.

anda...?

...Kerajaan telah mengistiharkan Hari Belia Negara jatuh pada tarikh 15 Mei setiap tahun sebagai menghargai sumbangan belia dalam pembangunan negara.

...AZAM mempunyai “Program Duta Integriti AZAM” untuk golongan profesional muda merupakan program membina rangkaian duta integriti di kalangan belia terutamanya muda-mudi yang bekerja dan memperjuangkan serta mempromosikan nilai-nilai integriti dalam masyarakat.

...Terdapat ruangan khas bergelar “Nota Pemansang” diterbitkan selang dua minggu dalam akhbar Utusan Sarawak hasil kerjasama AZAM Sarawak dan Utusan Sarawak.

...Isu-isu pembangunan termasuklah isu-isu tentang belia boleh didengari di RTM Sarawak setiap dua minggu sekali bersiaran di Wai FM, “Randau Pemansang Menua” setiap Selasa jam 9.15 malam dan Sarawak FM, “Randau Pembangunan Kita” setiap Rabu, jam 4.30 petang.

...Untuk mendapatkan maklumat atau mengikuti perkembangan serta berkongsi pandangan, idea dan komen mengenai topik-topik pembangunan semasa seperti belia, wanita, sosial dan sebagainya, anda bolehlah melayari Facebook AZAM di

http://www.facebook.com/groups/azaminfo/ dan Twitter AZAM di @azamsarawak.

NWS_november11_2.indd 12 12/13/11 11:58 AM