1
vaksincovid.gov.my VAKSINASI COVID-19 BAGI IBU MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN BAYI Wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami sakit yang lebih teruk daripada jangkitan COVID-19 berbanding wanita yang tidak hamil. Mendapatkan vaksinasi semasa hamil akan melindungi anda daripada mengalami penyakit COVID-19 yang teruk. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik (FIGO), Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG), Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) telah mengesahkan kebaikan mengambil vaksinasi semasa hamil. Data terkini mengenai vaksinasi COVID-19 tidak dapat mengenal pasti sebarang masalah keselamatan daripada pemberian vaksin kepada wanita hamil mahupun pada bayi dalam kandungan. Data ini khususnya merujuk kepada vaksin jenis mRNA seperti vaksin keluaran Moderna dan Pfizer BioNTech. Begitu juga dengan vaksin jenis vektor virus yang juga digunakan kepada wanita hamil seperti semasa ujian vaksinasi berskala besar yang dijalankan untuk virus Ebola. Semasa ujian vaksinasi ini tiada kesan advers dikenal pasti berlaku kepada ibu mahupun bayi. Walaubagaimanapun, data yang ada pada masa ini mengenai peng- gunaan vaksin vektor virus untuk COVID-19 (J&J dan AstraZeneca) adalah tidak mencukupi. Walaupun vaksin-vaksin ini tidak mempunyai kontraindikasi (tanda bahawa vaksin harus dihentikan kerana kesan mudarat), pemberian kepada ibu mengandung atau yang menyusukan bayi perlu dilihat secara berasingan dan haruslah berdasarkan penilaian manfaat dan risiko setiap individu. Bagaimanapun, jika ada bekalan, vaksin jenis mRNA adalah pilihan terbaik. Kesimpulan Vaksin COVID-19 melindungi anda dari penyakit yang teruk. Apabila risiko dijangkiti COVID-19 adalah melebihi risiko pengambilan vaksin, setiap wanita hamil harus pertimbangkan pengambilan vaksinasi. Vaksinasi harus diberikan semasa kehamilan berada dalam usia antara 14 hingga 33 minggu. Disahkan oleh Dr J Ravichandran R Jeganathan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia; dan Dr Murali Ganesalingam, Presiden Pertubuhan Obstetrik & Ginekologi Malaysia. Runding doktor anda Sebaiknya, jumpa doktor jika anda mempunyai keraguan untuk membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat. Terutama sekali jika terdapat komorbiditi termasuk obesiti, diabetes, dan hipertensi. Vaksinasi adalah selamat untuk wanita yang menyusukan bayi malah, mungkin juga dapat melindungi bayi anda. Laporan terkini menunjukkan wanita yang menyusukan bayi yang telah menerima vaksin COVID-19 mempunyai antibodi dalam susu mereka yang dapat membantu melindungi bayi yang disusukan.Oleh itu, bukti semasa menunjukkan vaksinasi COVID-19 tidak mendatangkan risiko kepada wanita yang menyusukan bayi, terutama sekali untuk vaksin mRNA dan AstraZeneca. Vaksinasi dan menyusukan bayi Mendapatkan vaksinasi adalah pilihan peribadi Jike anda hamil dan menghadapi dilema sama ada untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 ataupun tidak, sila pertimbangkan: Risiko anda terdedah kepada COVID-19 Risiko sakit yang teruk Faedah vaksinasi yang sedia diketahui Bukti terhad tetapi semakin meningkat mengenai keselamatan vaksinasi semasa hamil

VAKSINASI COVID-19

  • Upload
    others

  • View
    14

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: VAKSINASI COVID-19

vaksincovid.gov.my

VAKSINASI COVID-19BAGI IBU MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN BAYI

Wanita hamil lebih cenderung untuk mengalami sakit yang lebih teruk daripada jangkitan COVID-19 berbanding wanita yang tidak hamil. Mendapatkan vaksinasi semasa hamil akan melindungi anda daripada mengalami penyakit COVID-19 yang teruk. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, Persekutuan Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik (FIGO), Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi (RCOG), Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG) telah mengesahkan kebaikan mengambil vaksinasi semasa hamil. Data terkini mengenai vaksinasi COVID-19 tidak dapat mengenal pasti sebarang masalah keselamatan daripada pemberian vaksin kepada wanita hamil mahupun pada bayi dalam kandungan. Data ini khususnya merujuk kepada vaksin jenis mRNA seperti vaksin keluaran Moderna dan Pfizer BioNTech. Begitu juga dengan vaksin jenis vektor virus yang juga digunakan kepada wanita hamil seperti semasa ujian vaksinasi berskala besar yang dijalankan untuk virus Ebola. Semasa ujian vaksinasi ini tiada kesan advers dikenal pasti berlaku kepada ibu mahupun bayi. Walaubagaimanapun, data yang ada pada masa ini mengenai peng-gunaan vaksin vektor virus untuk COVID-19 (J&J dan AstraZeneca) adalah tidak mencukupi. Walaupun vaksin-vaksin ini tidak mempunyai kontraindikasi (tanda bahawa vaksin harus dihentikan kerana kesan mudarat), pemberian kepada ibu mengandung atau yang menyusukan bayi perlu dilihat secara berasingan dan haruslah berdasarkan penilaian manfaat dan risiko setiap individu.

Bagaimanapun, jika ada bekalan, vaksin jenis mRNA adalah pilihan terbaik.

Kesimpulan  

Vaksin COVID-19 melindungi anda dari penyakit yang teruk. Apabila risiko dijangkiti COVID-19 adalah melebihi risiko pengambilan vaksin, setiap wanita hamil harus pertimbangkan pengambilan vaksinasi. Vaksinasi harus diberikan semasa kehamilan berada dalam usia antara 14 hingga 33 minggu.

Disahkan oleh Dr J Ravichandran R Jeganathan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia; dan Dr Murali Ganesalingam, Presiden Pertubuhan Obstetrik & Ginekologi Malaysia.

Runding doktor andaSebaiknya, jumpa doktor jika anda mempunyai keraguan untuk membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat. Terutama sekali jika terdapat komorbiditi termasuk obesiti, diabetes, dan hipertensi. Vaksinasi adalah selamat untuk wanita yang menyusukan bayi malah, mungkin juga dapat melindungi bayi anda.

Laporan terkini menunjukkan wanita yang menyusukan bayi yang telah menerima vaksin COVID-19 mempunyai antibodi dalam susu mereka yang dapat membantu melindungi bayi yang disusukan.Oleh itu, bukti semasa menunjukkan vaksinasi COVID-19 tidak mendatangkan risiko kepada wanita yang menyusukan bayi, terutama sekali untuk vaksin mRNA dan AstraZeneca.

Vaksinasi dan menyusukan bayi

Mendapatkan vaksinasi adalah pilihan peribadi

Jike anda hamil dan menghadapi dilema sama ada untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 ataupun tidak, sila pertimbangkan:  Risiko anda terdedah kepada COVID-19 Risiko sakit yang teruk  Faedah vaksinasi yang sedia diketahui  Bukti terhad tetapi semakin meningkat mengenai keselamatan vaksinasi semasa hamil

••••