Upload
duongphuc
View
264
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
1
VAN SERBAGUNA KOMUNITI
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
1. LATAR BELAKANG
1.1 JAWI sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi perintis
kepada transformasi perkhidmatan masjid–masjid dan surau di Wilayah
Persekutuan dengan menaik taraf kenderaan jenazah sedia ada
kepada van serbaguna fleksibel yang dikenali sebagai van serbaguna
komuniti.
1.2 Keperluan perkhidmatan van serbaguna di setiap kawasan zon-zon
terlibat merupakan satu aspek yang perlu dititik beratkan dalam
memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri daripada
anak-anak kariah dalam perkhidmatan pengurusan jenazah dan lain-
lain.
1.3 Jika sebelum ini, van jenazah hanya digunakan dengan fungsi
membawa jenazah sahaja, maka kini dengan perluasan penggunaan
van pelbagai guna, fungsinya telah ditambah kepada penggunaan
untuk membawa penumpang, membawa jenazah dan juga kerja-kerja
kebajikan dan sosial kepada masyarakat setempat.
1.4 Van serbaguna komuniti ini berfungsi sebagai van penumpang biasa
seperti kenderaan yang lain. Namun, ia dapat digunakan sebagai van
jenazah yang sempurna sekiranya diperlukan dalam pengurusan
jenazah. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan beberapa peralatan
untuk tiga opsyen perkhidmatan yang boleh berfungsi sebagai Van
Penumpang (dilengkapi dengan kerusi penumpang), Van Jenazah
(dilengkapi dengan keranda) dan Van Kecemasan (dilengkapi dengan
stretcher).
2
1.5 Majlis pelancaran van berkenaan telah dirasmikan oleh YB Mejar
Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri pada 23 November 2011, di Kompleks
Pusat Islam, JAWI.
2. Tujuan Projek Inovasi- Van Serbaguna komuniti
2.1 Pihak Pengurusan JAWI merasakan adalah perlu dan wajar satu bentuk
pembaharuan dan inovasi dibuat melalui penggunaan kenderaan
jenazah. Jika selama ini fungsinya hanya tertumpu pada satu
perkhidmatan sahaja, maka dilihat dengan keadaan persekitaran dan
kehidupan sosial bandar sesuailah van ini di pelbagaikan fungsinya.
2.2 Kemudahan van ini juga dilihat mampu untuk memberi kebaikan
kepada anak-anak kariah di setiap zon khususnya kepada golongan
yang kurang berkemampuan untuk membayar caj kegunaan van
tersebut. Cadangan konsep pelbagai guna ini juga dibuat bagi
memudahkan kakitangan masjid di kawasan zon untuk turun padang
bagi memberi khidmat bakti serta menjalankan kerja-kerja dakwah
dengan lebih efisyen.
3. Sebelum Inovasi Projek Dilaksanakan
3.1 Jika sebelum ini, penggunaan van sedia ada adalah untuk pengurusan
jenazah sahaja dan tidak terpakai untuk kegunaan lain. Apabila
terdapat keperluan lain seperti melakukan khidmat masyarakat,
pemantauan, pengagihan bantuan kepada asnaf atau program-program
yang melibatkan keperluan mendesak untuk menggunakan van,
seringkali JAWI berhadapan dengan kesukaran dan kekurangan
kenderaan sehingga pihak jabatan terpaksa bergilir-gilir menggunakan
kenderaan jabatan antara tiap Bahagian.
3
4. Selepas Inovasi Projek Dilaksanakan
4.1 Ini berbeza apabila penggunaan van serbaguna komuniti ini dibuat
pengubahsuaian. Kepelbagaian fungsinya boleh diaplikasi mengikut
situasi dan keadaan yang memerlukan. Sebagai contoh, apabila ada
kes-kes kematian dan pengurusan jenazah, maka van ini akan dibuat
penukaran pada platform landasan dibuat bagi pemasangan stainless
steel plate untuk laluan keranda.
4.2 Manakala apabila terdapat keperluan untuk menggunakan van bagi
tujuan khidmat masyarakat atau sosial, van komuniti serbaguna ini akan
diubahsuai dan dipenuhkan dengan kerusi penumpang yang boleh
memuatkan seramai sembilan (9) orang penumpang.
4.3 Van ini akan berfungsi seperti ambulan di mana pemasangan stainless
steel plate itu juga boleh dilaraskan untuk laluan primary strecher
sekiranya terdapat keperluan bagi menghantar pesakit ke hospital yang
berdekatan, maka van serbaguna komuniti ini boleh digunakan tanpa
perlu menunggu ketibaan ambulan.
5. Impak Selepas Inovasi Projek Dilaksanakan
i) Masalah kekurangan kenderaan bagi kegunaan Bahagian dapat diatasi
dengan penggunaan van serbaguna komuniti secara maksimum.
ii) JAWI dilihat sebagai pelopor kepada inovasi van yang diubahsuai untuk
pelbagai kegunaan di peringkat Agensi dan Jabatan.
Iii) Masyarakat luar terutamanya di kawasan kariah dapat menggunakan
kemudahan yang disediakan bagi pengurusan jenazah tanpa risau
ketiadaan van jenazah bila diperlukan.
4
6. Spesifikasi Pengubahsuaian
Antara aspek yang diambil kira bagi pengubahsuaian kenderaan Toyota Hiace
kepada Van Komuniti Serbaguna bagi kegunaan JAWI ialah:
Bil
Butiran
Spesifikasi
1.
Papan Lantai Van
Menggunakan plywood 10mm dengan dilapisi
cheque- plate
2. Langsir Dipasang antara ruang pemandu dan
penumpang belakang
3. Cermin Kenderaan Memasang tinted gelap 95% di sekeliling-
cermin kiri, kanan dan belakang.
4. Lampu Membaca Dipasang di ruang penumpang belakang
5. Light Bar Memasang light bar amber color di atas
bumbung pemandu
6. Ventilator Dipasang di atas bumbung van di sebelah
penumpang belakang beserta suis
7. Platform Landasan Memasang stainless steel plate untuk laluan
keranda dan primary strecher
8. Keranda Satu unit keranda bagi setiap unit van. Stiker
kalimah jawi dan kain penutup keranda
dengan tulisan jawi beserta satu tilam, bantal
dan dua bantal golek untuk keranda.
9. Kerusi Penumpang Mengubah suai semua kaki dan tapak keusi
penumpang sedia ada kepada heavy duty
clips type. Memasang 9 unit head rest pada
semua kerusi penumpang.
5
7. Penutup
7.1 Sebagai penambahbaikan kepada kenderaan yang sedia ada, maka
JAWI sekali lagi mengambil usaha untuk mempelbagaikan kegunaan
van . Jika sebelum ini ianya terhad kepada satu kegunaan sahaja,
maka dengan pengubahsuaian yang telah dibuat, van serbaguna
komuniti ini dapat dipelbagaikan fungsinya sehingga kepada
pengurusan jenazah dan membawa pesakit. Diharapkan dengan
adanya van seumpama ini, maka khidmat sosial dan masyarakat dapat
diperluaskan lagi di samping membantu mereka yang memerlukan
penggunaan van jenazah terutamanya.
Disediakan oleh:
Nama: Khatijah Binti Jusoh
Unit: Inovasi dan Kualiti
Jabatan: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tel: 03- 2274 9333
Faks: 03- 2273 1575
E-Mel: [email protected]
AIN2012/ Unit Inovasi JAWI/ 14082012/JAWI.T100-17/5
6
7
8
9