27
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH Nama Pelajar RIZAKI BIN JAAPAR (235705) NOR SUHAILA BINTI MOHAMED NASIR (235662) MOHD FAHMI BIN SAMSUDIN (236048) ROSLINDA BINTI OSMAN (236132) MAWARNI BINTI SULAIMAN (236029) No.Matrik Pusat UUM Kuala Lumpur Tahun Pendaftaran Semester Januari Sesi 2015/2016 PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) TUGASAN BAHASA MELAYU PENGURUSAN Tuliskan soalan /tajuk pilihan VARIASI BAHASA DI MALAYSIA Tarikh Serahan Tarikh Penerimaan 11 April 2015 BAHASA MELAYU PENGURUSAN 1 | Page

Variasi Bahasa UUM

Embed Size (px)

DESCRIPTION

v

Citation preview

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

Nama PelajarRIZAKI BIN JAAPAR (235705)NOR SUHAILA BINTI MOHAMED NASIR (235662)MOHD FAHMI BIN SAMSUDIN (236048)ROSLINDA BINTI OSMAN (236132)MAWARNI BINTI SULAIMAN (236029)

No.Matrik

PusatUUM Kuala Lumpur

Tahun PendaftaranSemester Januari Sesi 2015/2016

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

TUGASANBAHASA MELAYU PENGURUSAN

Tuliskan soalan /tajuk pilihan VARIASI BAHASA DI MALAYSIA

Tarikh SerahanTarikh Penerimaan

11 April 2015

Markah diperolehiCatatan Pensyarah

ISI KANDUNGAN

i.Pengenalan

m/s 3

ii.Bahasa Formal

m/s 3 m/s 7iii.Bahasa Tidak Formal

m/s 7 m/13iv.Bahasa Halus

m/s 13v.Bahasa Kasar

m/s 14 vi.Ideolik

m/s 15

vii.Bahasa Pijin

m/s 15 m/s 16vii.Bahasa Kreol

m/s16 m/s 17viiiKesimpulan

m/s 18 ix.Rujukan

m/s 19VARIASI BAHASA DI MALAYSIA

Pengenalan

Bahasa mencerminkan bangsa dan bahasa jiwa bangsa. Semakin besar jumlah penutur bahasa, semakin luas daerah penyebarannya dan semakin banyak perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Maksud bahasa dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam likungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya). Manakala maksud variasi ialah penyimpangan atau sesuatu yang menyimpang daripada keadaan (sifat, ciri-ciri dan sebagainya) yang lazim atau standard, kelainan bahasa. Variasi bahasa bermaksud kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Variasi bahasa atau kelainan bahasa juga bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi dua aspek iaitu pengguna dan penggunaan. Kelainan bahasa disebabkan faktor-faktor sosial, antaranya latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza. Bahasa Formal Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam upacara rasmi, pengurusan dan pentadbiran, pengajaran di sekolah, universiti dan institusi-institusi pendidikan yang lain, serta juga dalam media massa. Bahasa dikatakan formal kerana mematuhi peraturan pembentukan kata dan ayat yang standard dalam penggunaannya, bahasa formal menunjukkan adanya kepatuhan kepada kepenggunaan imbuhan seperti awalan dan akhiran, pemilihan kata yang tepat, dan jelas maknanya tanpa banyak maksud tersirat, serta juga pembentukan ayat dengan jelas kedudukan subjek dan predikatnya atau pelaku dan perbuatannya. Bahasa formal diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu bahasa baku dan bahasa istana. Ciri-ciri bahasa formal adalah:-i. Bahasanya terkawal dan perkataan, frasa dan ayatnya lengkap, tersusun, tinggi, dan halus sifatnya. Contonya ; Akhirnya dunia menyaksikan satu tindakan yang menggembirakan ke arah memastikan penjenayah perang dihadapkan ke muka pengadilan. ii. Perkataan dalam binaan ayat tidak dipotong-potong sebagaimana yang kerap berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. Contohnya :

Datang dari mana? (Bukan: Datang mana?)

iii. Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang bersifat rasmi seperti tuan , beliau, encik, puan, cik, baginda, datuk, datin, saudara. a)Bahasa Baku

Asmah menyatakan bahawa terdapat dua kelainan bahasa baku iaitu mempunyai penyebaran di selatan, khususnya di Johor dan Kuala Lumpur dan di utara, khususnya di Alor Setar ( Asmah Hj. Omar, 1998, hlm.135). Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam ( 1985 ), bahasa standard ialah bahasa yang bentuknya telah diseragamkan, diterima oleh penutur sesuatu bahasa itu sebagai model rujukan atau ukuran. Oleh itu perbendaharaan kata yang digunakan, bentuk-bentuk morfologi, frasa dan sintaksis adalah diselaraskan. Sifat-sifat bahasa baku adalah:-

i. Mempunyai keseragaman dari segi ejaan, sebutan, tatabahasa, kosa kata, istilah, perkamusan, dan laras bahasa. Keseragaman ditentukan oleh pihak yang melaksanakan proses perancangan bahasa.ii. Keseragaman penting bagi mewujudkan kestabilan. Kestabilan yang luwes iaitu perubahan yang berlaku mengikut kehendak masyarakat, kebudayaan dan peredaran zaman, untuk memastikan agar bahasa terus hidup, kaya dan mampu menampung konsep-konsep yang ingin disampaikan oleh penutur-penuturnya.

iii. Keintelektualan, Nik Safiah Karim (1986), bahasa baku telah mengalami proses keintelektualan yang mengupayakannya membuat kenyataan-kenyataan tertentu.. Tujuannya untuk memperkayakan perbendaharaan kata dan melangkapkan tatabahasa supaya segala kenyataan yang dibuat adalah tepat dan jelas. Pembentukan istilah dalam setiap laras penting kepada bahasa untuk memberikan sifat intelek.

b)Bahasa IstanaMenurut Asmah Haji Omar (1985), bahasa istana merupakan variasi bahasa halus yang digunakan dalam kalangan diraja dan apabila rakyat berhubungdengangolonganistana. Bahasa raja ialah bahasa yang digunakan dalam perhubungan kebahasaan dimana sekurang-kurangnya salah satu pihak itu terdiri dari keluarga diraja.

Ciri-ciri pentingbahasaistanaialahbahasainimematuhinahubahasaMelayuyang terdapat kecenderungan pada bentuk tertentu. Bahasa Istana juga mempunyai ciri seperti kosa kata, tatabahasa, pengulangan serta pemulukan dan pendinaan. Ungkapan diraja ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu ungkapan rutinbahasa dan ungkapan leksis. Contohnya

i. Penggunaan Kosa Kata Khusus, contohnya ;Anugerah = pemberianBeradu = tidurGering = sakit

Santap = makanMangkat = meninggal duniaMenjunjung kasih = terima kasih

ii. Panggilan dan kata ganti nama diri diraja digunakan dengan meluas.

BagindaBetaPaduka

PermaisuriTuankuPatik

iii. Akhiran -nda dan -anda digunakan dalam konteks kekeluargaan, sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang. Contohnya

adindaAnakandaayahanda

cucundaKakandanenda

iv. Ungkapan hormat daam komunikasi rasmi.Ampun tuankuDaulat tuankuMenjunjung kasih

v. Pemulukan = perkataan atau perbuatan menyanjung raja: meletakkan raja pada taraf tinggi berbanding rakyat biasa.Duli Yang di-PertuanDuli Yang Maha MuliaKe Bawah Duli

vi. Pendinaan = perendahan diri terhadap raja Pacal yang hinaPatik yang menjunjung titah perintahTerjunjung di atas jemala patik

Bahasa Tidak FormalBahasa yang digunakan dalam situasi tidak formal atau tidak rasmi seperti dalam pertuturan atau perbualan harian, pergaulan biasa serta perhubungan antara ahli keluarga dan saudara-mara.. Bahasa tidak formal juga dikenali sebagai bahasa bebas yang merupakan bentuk bahasa yang tidak mementingkan peraturan bahasa iaitu ayat dan imbuhannya tidak gramatis, aspek sebutan dan intonasinya salah serta pilihan kosa katanya tidak tepat dan bercampur aduk. Contoh bahasa tidak formal ialah dialek, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar dan bahasa mesra. Bahasa tidak formal terbahagi kepada dua, iaitu secara lisan mahupun penulisan. a)Dialek

Perkataan 'dialek'berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografi, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek. Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi daripada bahasa Melayu. Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang lain, antaranya ialah:-i. Sebutan; contohnya, perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek sepertiayaq, ayo.

ii. Tatabahasa;struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan berlaku silap faham, contohnya ayat 'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi"Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!)iii. Kosa kata; contohnya,berlaridalam dialek Kelantan disebuthungga, manakala mendungdisebut sebagaijo'ong.Bekwoh(dialek Kelantan) sama maksudnya denganmakan gulaidi Terengganu yang membawa maksudkenduri. Rakan saya dari Melaka tertanya-tanya apabila saya memujinya dengan perkataan'jangok'(cantik/suka berhias)

iv. Kata ganti nama diri; contohambodankawe(dialek Kelantan bermaksudsaya),hang(dialek utara bermaksudkamu)

b)Bahasa SlangaBahasa slanga ialah bahasa tidak rasmi dan tidak baku.Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard. Bahasa ini menggunakan kata-kata remaja sepertibrader, pakwe, mengancam, sekeh, boring. Fulamak, lagu baru Ramli Sarip mantaplah brader. Dia punya goreng sikit punya garing, gua tangkap lentok, gua punya kepala. Demikianlah gaya penggunaan bahasa yang dipetik daripada Berita Harian, 8 April 1990. Sudah tentu bahasanya bukan bahasa baku. Ungkapan itu kelihatan bersifat bahasa percakapan dan digunakan khusus oleh kumpulan sosial yang tertentu. Bahasa tersebut dikenali sebagai bahasa slanga dalam ilmu linguistik. Bahasa slanga memiliki perbendaharaan kata yang tersendiri. Kata slanga merupakan salah satu jenis perkataan yang termasuk dalam kosa kata tidak formal.

Menurut Asmah Haji Omar dalamEnsiklopedia Bahasa Melayu,slanga ialah kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal dan tidak boleh dikatakan sebagai halus. Kamus DewanEdisi Keempat mentakrifkan, slanga ialah kata atau ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku dan kata slanga biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi.

c)Bahasa Basahan

Bahasa basahan juga disebut sebagaibahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagaibahasa cakap mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

i.Perkataan berbeza untuk makna yang serupa

Bahasa BakuBahasa Basahan

Mengapakenapa

Bagaimanamacam mana

Sedangtengah

ii. Bentuk kependekan

Bahasa BakuBahasa Basahan

Hendaknak

Tidaktak

Sudahdah

iii.Perubahan bunyi

Bahasa BakuBahasa Basahan

Ambilambik

Kecilkecik

Pulapulak

d)Bahasa Pasar

Bahasa pasar ialah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu. Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan. Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua). Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.Kerap menggunakan perkataan `punya', contoh:dia punya barang, apa punya budak.e)Bahasa Mesra

Salah satu keindahan Bahasa Melayu ialah sifatnya yang mesra apabila digunakan oleh penuturnya. Bahasa mesra wujud disebabkan tidak ada sekatan sosial dalam kalangan penuturnya . Maka penutur bebas menggunakan ragam bahasa bebas yang tergolong sebagai bahasa tidak formal. Bahasa mesra tidak mementingkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya. Kebiasaannya, tujuan yang menggunakan bahasa mesra adalah mengeratkan hubungan dengan orang yang lebih berusia di samping menunjukkan nilai sopan-santun ketika berbahasa. Antara ciri-ciri bahasa mesra adalah:-

i. Menggunakan gelaran yang tidak lengkap. Contohnya : Awak jangan nak ngada-ngada ya, Bang Syim.

ii. Menggunakan nama sendiri untuk menggantikan kata ganti nama diri orang pertama. Contohnya : Along rehat kat sini dulu, biar Najwa ambilkan along air.

iii. Banyak menggunakan unsur kependekkan kata. Contohnya : Dah lama saya tak datang ke kampung ini, tok. Tenang saja bila dah ada dekat kampungni. Hilang segala masalah yang ada.

iv. Banyak menggunakan kata partikel-lah. Contohnya : Macam ni sajalah, biar saya yang selesaikan masalah itu dengan cara saya sendiri.

v. Bercampur dengan dialek. Contohnya : Dok molek deme buat bising mase orang tengah sembahyang.

vi. Terdapat percampuran kod. Contohnya : Sorry, I tak dapat nak temankan U lunch. Kejap lagi saya ada urgent meeting.

vii. Menggunakan pola intonasi yang tidak jelas. Contohnya : Dahlah tu. Siap cepat.

Bahasa Halus

Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan segala strategi untuk memaniskan percakapan. Penggunaan bahasa halus ini mempunyai beberapa tujuan, antaranya adalah untuk menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap, mewujudkan kemesraan dalam perhubungan dan sebagainya. Selain itu, kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban antara penutur dan pendengar mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Oleh itu, bahasa halus ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan bahasa halus :

Bahasa kasarBahasa halus

MatiMeninggal dunia / pulang ke rahmatullah

Orang gajiPembantu rumah

MengandungBerbadan dua

Bahasa KasarBahasa yang digunakan oleh penutur yang tidak mementingkan amalan sopan santun dalam berbahasa. Kata-kata kasar akan menyinggung perasaan orang yang terlibat. Bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu bahasa kasar biasa dan bahasa kasar kesat.a)Bahasa Kasar Biasa

Bahasa kasar biasa ialah penggunaan bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan tempat dan konteks sehingga menyentuh perasaan pihak berkenaan. Ianya akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pihak lain. Bahasa ini menggambarkan penutur tersebut mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau sifatnya yang tidak tahu berbahasa dengan baik.

b)Bahasa Kasar Kesat

Bahasa kasar kesat berbentuk bahasa yang digunakan oleh seorang penutur ketika marah dan menggunakan bahasa kesat untuk memaki hamun, mengutuk, mencarut, sebagainya. Contohnya seperti sial, celaka, bodoh, kurang ajar, kepala otak, dan sebagainya. Penggunaan bahasa ini boleh mecetuskan konflik dengan pihak berkenaan. Bahasa kasar juga dikaitkan dengan bahasa yang digunakan oleh golongan yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan bermoral rendah.

Idiolek

Idiolek adalah variasi bahasa yang bersifat perseorangan. Menurut konsep idiolek, setiap orang mempunyai variasi bahasanya atau idioleknya masing-masing. Idiolek ini berkenaan dengan warna suara, pilihan kata, gaya bahasa, susunan kalimat, dan sebagainya. Namun yang paling dominan adalah warna suara, sehingga jika kita cukup akrab dengan seseorang, hanya dengan mendengar suara bicaranya tanpa melihat orangnya, kita dapat mengenalinya. Mengenali idiolek seseorang dari bicaranya memang lebih mudah daripada melalui karya tulisnya.

Kalau setiap orang memiliki idoleknya masing-masing, maka apakah bererti idiolek itu menjadi banyak? Ya, memang demikian, bila ada 1000 orang penutur maka akan ada 1000 idiolek dengan cirinya masing-masing yang meskipun sangat kecil atau sedikit cirinya itu, tetapi masih tetap menunjukkan idioleknya. Dua orang kembar pun warna suaranya yang menandai idioleknya masih dapat dibezakan.

Bahasa PijinBahasa Pijin ialah bahasa yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Misalnya, bahasa Pijin digunakan oleh para pedagang untuk saling bertukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Bahasa Pijin juga dikenali sebagai bahasa pasar atau bazaar language di Malaysia. Ciri-ciri bahasa pijin:-

i. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak penutur.

ii. Terbit daripada satu bahasa yang drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya.

iii. Tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal.

iv. Mempunyai kosa kata yang terhad.

Faktor kemunculan bahasa pijin melalui pertembungan kebudayaan (penjajahan dan perdagangan), pertembungan kelas atasan dan bawahan (kasta) dan pengembaraan. Contoh perbualan antara peniaga berbangsa Cina dengan pembeli berbangsa Melayu:-

Khayla

: Ah Chai, buah limau ni berapa ringgit sekilo?Ah Chai: Mulah saje akak. Sekilo lapan linggit.Bahasa KreolMengikut takrifan Kamus Dewan Bahasa, Kreol ialah bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu. Sementara Asmah Haji Omar (1991: 28) pula berpendapat bahawa bahasa Kreol adalah bahasa kacukan yang sudah mantap yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa. Daripada penerangan dan petikan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa Kreol adalah asalnya daripada bahasa pijin atau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. Contoh penggunaan bahasa Kreol dalam masyarakat:

Saya mahu masak nasi. (Ayat bahasa Melayu)

Guo mo masak nasik. (Ayat Baba Nyonya)

Proses perubahan ini melalui 3 tahap:

i. Basilek - Tahap yang masih bercampur dlm keadaan yg kental pd peringkat awal atau kreol asli.

ii. Mesolek - Kelainan yang wujud di tengah proses perubahan dari basilek ke akrolek.

iii. Akrolek - Bahasa yang telah kembali kepada bahasa asal yang baku.

Seluruh proses ini dinamai penyahkreolan (decreolization).

Perbezaan antara bahasa Kreol dan bahasa Pijin ialah bahasa Kreol mampu mencapai status atau kedudukan sebagai bahasa baku dalam keadaan tertentu (John Lyons). Bahasa Kreol turut dirujuk sebagai percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi misalnya Kreol Portugis dan Kreol Baba di Melaka.

Kesimpulan

Berdasarkan pendapat di atas, Variasi bahasa disebabkan oleh adanya kegiatan interaksi social yang dilakukan oleh masyarakt atau kelompok yang saangat beragam dan juga kerana oleh para penuturnya yang tidak homogeny. Variasi bahasa juga dapat disimpulkan bahawa adalah sejenis ragam bahasa yang pemakaiannya disesuaikan dengan fungsi dan situasinya. Variasi bahasa juga membolehkan sesebuah masyarakat memilih atau membawa kehidupan dengan bergantung kepada kesopanan dan kehalusaan budi atau atau sebaliknya. Masyarakat juga perlulah menitikberatkan penggunaan bahasa agar masyarakat sekeliling memandang tinggi terhadap pengguna dan penggunaan bahasa tersebut. Akhir kata, Tiada Kata seindah bahasa dan Bahasa Jiwa Bangsa.

RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_istana

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)" \t "_blank"http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2013Enskolpidea Bahasa MelayuNurainiYusoff et.al, Pengurusan Melayu Untuk Pengurusan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, 2010http://ainanwar91.blogspot.com/2013/05/bahasa-kreol.html - 04/09/2015 8.30 pm

http://qishajar.blogspot.com/2011/03/ceritera-27-bahasa-kreol-di-malaysia.html - 04/09/2015 8.30 pm

http://lara-kasih.blogspot.com/2012/04/bahasa-pijin.html - 04/09/2015 6.00 pm1. Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmuddin & Rosdah Omar (2007) Bahasa Melayu Kertas 1&2. Arah Pendidikan Sdn Bhd: Shah Alam

BAHASA MELAYU PENGURUSAN1 | Page