8
VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT ( VLE ) FROG : 1BestariNet Persekitaran Pembelajaran Maya FROG : 1BestariNet PENGENALAN PROJEK 1BestariNet 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dengan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan prasarana pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia. PENGENALAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA ( VLE ) FROG DI BAWAH PROJEK 1BestariNet Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestari.Net yang berfungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE adalah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat

VLE Frog Final

  • Upload
    wmmahdi

  • View
    113

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

eBook dan Kelas Maya

Citation preview

Page 1: VLE Frog Final

VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT ( VLE ) FROG : 1BestariNetPersekitaran Pembelajaran Maya FROG : 1BestariNet

PENGENALAN PROJEK 1BestariNet

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan

dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia

akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dengan platform pembelajaran maya yang

mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian

pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di

Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar

dengan menyediakan prasarana pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua

rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang

dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh

Malaysia.

PENGENALAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA ( VLE ) FROG DI BAWAH PROJEK 1BestariNet

Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1Bestari.Net yang berfungsi sebagai komuniti

pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE adalah satu sistem

pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan

mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh,

guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara

pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah

dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G,

pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang

berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana : di sekolah

ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Page 2: VLE Frog Final

Paparan muka Muka Hadapan ( Interface )Portal VLE Frog

Page 3: VLE Frog Final

PENGENALAN KEPADA PASUKAN FROG

Frog bukanlah tugas seseorang individu. Ia memerlukan penglibatan seluruh warga sekolah

untuk memastikan kejayaan dalam pelaksanaannya. Rangka kerja ini akan memudahkan tugas

untuk memantau dan mengurus sebuah pasukan yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

Pasukan ini mesti terdiri daripada Pengetua/ Guru Besar, guru-guru ( berdasarkan kepada

bidang kurikulum dan peranan mereka ) dan pelajar.

Tujuan pelantikan Pasukan Frog ialah untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran yang menarik menerusi pendekatan yang holistik terhadap teknologi dan

memeberi fokus kepada kegunaannya sebagai medium untuk memperbaiki sekolah secara

menyeluruh.

Struktur Pasukan Frog

CARA MENDAFTAR MASUK KE PROGRAM VLE FROG

Pengetua/ Guru

Besar

Pasukan GuruPenolong Kanan

Penyelaras Frog

(Teknik)

Ketua FrogChampion

Penyelaras Frog

(Pentadbir)

Frog Champions

(Guru & Pelajar)

Page 4: VLE Frog Final

Setiap guru dan pelajar perlu mempunyai akaun Frog VLE ( Yes ) yang telah dibekalkan oleh Syarikat YTL Communication bagi tujuan mendaftar masuk ke program ini. Browser yang paling sesuai untuk digunakan dalam program ini adalah Google Chrome.

Setiap pelajar, guru dan pentadbir sekolah juga akan diberikan akaun tersendiri bagi menggunakan program tersebut. Ini bagi memudahkan setiap pihak dapat menguruskan akaun masing –masing secara lebih terurus dan berkesan. Sebagai contoh :

Log-in : https://[email protected]

i) Admin ( untuk pentadbir ) : [email protected]) Staff ( guru ) : [email protected]) Student ( pelajar ) : [email protected]

Paparan muka (Dashboard) untuk Sekolah

Paparan muka (Dashboard) untuk Guru dan Pelajar

Page 5: VLE Frog Final

QUICK LAUNCH

Antara muka ( Interface ) Frog telah direka untuk memudahkan navigasi dan penggunaan Frog.

Penerangan fungsi ikon dan kegunaannya akan adalah sebagaimana di bawah ini :

Tugasan ( Assignments ) :

Guru – memberi dan menyemak tugasanPelajar – melihat dan memberi respon kepada tugasan guru

Kalendar Tempahan ( Booking Calendar ) :

Melihat kalendar sekolah anda, jadual mesyuarat, dan membuat tempahan bilik

Kalendar ( Calendar ):

Menguruskan jadual peribadi andadengan berguna melalui aplikasi ini Komuniti ( Community ) :

Berkongsi idea, inspirasi, dan menerima maklum balas daripada

QUICK LAUNCH

Page 6: VLE Frog Final

Komuniti ( Community ) :

Berkongsi idea, inspirasi, dan menerima maklum balas daripada

Dashboard Saya ( My Dashboard ) :

Papan muka peribadi anda yang boleh disesuaikan dengan kandungan “drag-and-drop”.

Papan Muka Sekolah ( School Dashboard ) :

Semua berita dan pengumuman dari sekolah anda

Sumber Bahan Pengajaran & Pembelajaran ( PDP )( Lesson Resources ):

Menyimpan dan mengakses sistem fail pengajaran anda dari mana-mana sahaja melalui aplikasi cloud

Stor Frog ( Frog Store ):

Sumber koleksi dan kandungan pendidikan yang terbaik di web

Dokumen Saya ( My Documents ):

Lokasi sehenti untuk menguruskan semua fail, laman, dan sumber anda

Forum ( Forums ) :

Berhubung dan komunikasi

Page 7: VLE Frog Final

Laman ( Sites ):

Mewujudkan laman web untuk subjek, kelas, kelab, atau masyarakat dengan pembina mudah untuk digunakan dan template yang cantik.

Dokumen Sekolah ( School Documents ):

Sebuah tempat untuk sekolah-sekolah untuk menyimpan dokumen-dokumen seperti borang kebenaran, minit mesyuarat PIBG, dan banyak lagi.