24
FAKTOR PENGHALANG TERHADAP KESEDIAAN MENJADI USAHAWAN WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

FAKTOR PENGHALANG TERHADAP KESEDIAAN MENJADI USAHAWAN

WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

 

 

Page 2: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENU Alamat Tetap :

Nama Penyelia

Tarikh: APRIL 2008 Tarikh: APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

υ

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

FAKTOR PENGHALANG TERHADAP KESEDIAAN MENJADI USAHAWAN

(HURUF BESAR)

EN. SHAHRIN BIN HASHIM LOT 1450 JALAN MASJID,

KAMPUNG SUNGAI PINANG, 16040 PALEKBANG, KELANTAN.

Page 3: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

i

FAKTOR PENGHALANG TERHADAP KESEDIAAN MENJADI USAHAWAN

WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ................................

Nama Penulis : WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM

Tarikh : APRIL 2008

Page 5: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

iii

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia I : EN.SHAHRIN HASHIM

Tarikh : APRIL 2008

Page 6: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

iv

SEKALUNG BUDI

Ditujukan istimewa kepada : 

 Ibu dan bapa  tersayang 

 Rugayah Binti Che Man dan Wan Hashim Bin Wan Yusof 

 Yang sentiasa memahami dan memberi 

Semangat di sepanjang tempoh pengajian ini.  

kakak dan adik yang dikasihi,  

Wan Nor Ezati dan Wan Mohd Azham Yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan 

dalam mengejar cita‐cita.  

Sahabat terbaik,  

Mohd Firdaus Bin Md Tahir, Siti Hasmah Mohammad dan Norhidayah Mohamed Kassim 

Yang sentiasa bersama dikala susah dan senang  

Pengobanan kalian tetap akan menjadi pendorong menamatkan pengajian ini. 

 Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian, akan ku 

kenang buat selamanya Insya‐Allah.   

Page 7: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar

Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda. Adalah sukar bagi saya untuk

menyebut nama mereka satu persatu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu saya semasa membuat kajian ini dijalankan sehingga siap. Walau

bagaimanapun, jasa mereka tetap saya kenang buat selamanya.

Saya merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih dan penghargaan khas

kepada penyelia saya iaitu En.Shahrin Bin Hashim yang tidak kenal erti penat lelah

dalam memberi dorongan, bimbingan, pandangan yang membina dan tunjuk ajar

sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan dorongan

yang diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu

tetap saya abadikan dalam hidup saya.

Ucapan yang sama juga ditujukan kepada keluarga saya di kampung, yang telah

memberi dorongan untuk menyiapkan kajian ini. Selain daripada itu, penghargaan ini

juga ditujukan kepada semua teman seperjuangan yang telah sudi berbincang, memberi

pandangan yang kritis dan sokongan moral hingga dapat menghasilkan sebuah kajian

yang bersifat ilmiah ini.

Di samping itu juga, ucapan terima kasih diberikan kepada semua warga

universiti dan mereka yang terlibat dalam memberikan kerjasama kepada saya, terutama

Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ).

Akhir sekali, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang

dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat serta

cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Sekian, Wasalam

Page 8: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

vi

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor

penghalang terhadap kesediaan menjadi usahawan. Terdapat empat aspek yang menjadi

fokus dalam kajian ini, iaitu aspek minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran yang

menjadi penghalang terhadap kesediaan menjadi usahawan. Satu set boring soal selidik

yang terdiri daripada item-item meliputi keempat-empat aspek kajian diedarkan kepada

60 responden di Universiti teknologi Malaysia. Data yang diperolehi dianalisis dengan

menggunkan Statistical Package for Social Science (SPSS). Nilai kebolehpercayaan

instrumen kajian ini ialah α=0.92. Dapatan kajian telah menunjukkan faktor pengetahuan

merupakan faktor dominan yang menjadi penghalang , diikuti faktor sikap, minat dan

kemahiran terhadap kesediaan pelajar untuk menjadi usahawan. Beberapa cadangan

diberikan supaya pelajar lebih bersedia untuk menjadi usahawan di masa akan datang.

Page 9: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the factors that backstop to preparing

for being entrepreneur. This research focused on four main aspects namely interest,

attitude, knowledge and skill. A set of questionnaire consisting of items that cover the

four aspects was used to gather information. The questionnaires were distributed

randomly to 60 respondents in University Technology Malaysia (UTM). The data

obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS). The

reliability of this instrument was α=0.92. The findings indicate that dominant’s factor

that obstructs the readiness from being an entrepreneurship is the knowledge and

followed by attitude, interest and skill. Some recommendations had been suggested for

students; so that they can be prepare to be an entrepreneur in the future.

Page 10: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Skop dan batasan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 8

Page 11: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

ix

1.7.1 Penghalang 8

1.7.2 Kesediaan 8

1.7.3 Usahawan 8

1.7.4 Minat 8

1.7.5 Sikap 9

1.7.6 Pengetahuan 9

1.7.7 Kemahiran 9

1.8 Kesimpulan 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Definisi Usahawan 14

2.3 Faktor sikap 16

2.4 Faktor minat 20

2.5 Faktor kemahiran 23

2.6 Faktor pengetahuan 25

2.7 Faktor keluarga 26

2.8 Faktor persekitaran 27

2.9 Kesimpulan 27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.4.1 Bahagian A 32

3.4.2 Bahagian B 32

3.6 Prosedur Kajian 33

Page 12: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

x

3.7 Kajian Rintis 34

3.8 Kaedah Analisis Data 35

3.9 Penutup 39

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Keputusan dan analisis data Bahagian A 40

4.2.1 Profil responden mengikut jantina 41

4.2.2 Profil responden mengikut bangsa 41

4.2.3 Profil responden mengikut kursus 42

4.2.4 Profil responden mengikut penjaga bapa/penjaga 42

4.2.5 Profil responden mengikut pendapatan

keluarga sebulan 43

4.2.6 Profil responden mengikut tempat kediaman 43

4.2.7 Profil responden mengikut persekitaran

tempat tinggal keluarga 44

4.3 Keputusan dan analisis data Bahagian B 45

4.3.1 Faktor minat 45

4.3.2 Faktor sikap 47

4.3.3 Faktor pengetahuan 49

4.3.4 Faktor kemahiran 51

4.4 Penutup 53

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 55

5.2.1 Latar Belakang Pelajar 55

5.2.2 Faktor minat 57

5.2.3 Faktor sikap 59

5.2.4 Faktor pengetahuan 62

Page 13: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

xi

5.2.5 Faktor kemahiran 64

5.3 Rumusan 66

5.4 Cadangan 69

5.5 Cadangan Penyelidikan Di Masa Hadapan 71

5.6 Penutup 71

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN 76

LAMPIRAN A (Set Soal selidik) 76

Page 14: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Populasi Dan Sampel 31

3.2 Pengkelasan Skala Likert Lima Mata 33

3.3 Jadual Pembolehubah 33

3.4 Pekali Alpha Cronbach 35

3.5 Klasifikasi Terhadap Item 37

3.6 Analisis Skor Min Menganalisis Data 38

3.7 Pertimbangan analisis Skor Min

Menganalisis Data Untuk Tiga Peringkat 38

4.2.1 Profil Responden Mengikut Jantina 41

4.2.2 Profil Responden Mengikut Bangsa 41

4.2.3 Profil Responden Mengikut Kursus 42

4.2.4 Profil Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa/Penjaga 42

4.2.5 Profil Responden Mengikut Pendapatan

Keluarga Sebulan 43

4.2.6 Profil Responden Mengikut Tempat

Kediaman 44

4.2.7 Profil Responden Mengikut Tempat

Tinggal Keluarga 44

4.3.1 Faktor Minat Responden 46

4.3.2 Faktor Sikap Responden 48

Page 15: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

xiii

4.3.3 Faktor Pengetahuan Responden 50

4.3.4 Faktor Kemahiran Responden 52

4.4 Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap

Faktor Penghalang Terhadap

Kesediaan Menjadi usahawan 53

Page 16: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN 5.1 Min setiap item bagi faktor minat 57

5.2 Min setiap item bagi faktor sikap 59

5.3 Min setiap item bagi faktor pengetahuan 62

5.4 Min setiap item bagi faktor kemahiran 64

5.5 Purata min keseluruhan persoalan kajian 68

Page 17: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

xv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

S & T - Sains dan Teknologi

MPPB - Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

% - Peratus

SPSS - Statistical Package for Social Science

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

Page 18: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A BORANG SOAL SELIDIK

Page 19: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Dunia kini semakin berubah dan negara kita menuju era Sains dan Teknologi

yang sudah tentu banyak memerlukan tenaga kerja dikalangan anak tempatan yang

berkemahiran. Terdapat 3K yang pernah disuarakan oleh Perdana Menteri kita, Dato’

Seri Abdullah Ahmad Badawi (2007) iaitu kemahiran, keusahawanan dan kepimpinan.

Menurutnya lagi, belia yang yang memiliki kemahiran berniaga akan mengelak daripada

menjadi penganggur dan memanfaatkan masa walaupun menjalankan perniagaan secara

kecil-kecilan seperti menjual burger, kuih muih dan cendol. Ilmu yang baik akan dapat

dimanfaatkan kepada masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, dalam tempoh Rancangan Malaysia kesembilan ( RMKe-9 ),

tahap guna tenaga penuh telah dapat dikekalkan dan produktiviti pekerja meningkat.

Guna tenaga berkembang selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang disumbangkan

terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Kualiti tenaga buruh meningkat

berikutan peningkatan penawaran sumber manusia mahir dan berpendidikan. Pelbagai

inisiatif termasuklah melaksanakan program latihan semula bagi mengurangkan

Page 20: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

2

ketidaksepadanan kemahiran dan meningkatkan keupayaan sumber manusia

mendapatkan pekerjaan terutamanya siswazah.

Di dalam pembangunan Rancangan Malaysia kesembilan (RMKe-9) juga

ditekankan tentang Modal Insan. Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen

paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional. Oleh itu, pembangunan modal insan akan

menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMKe-9). Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik, merangkumi

pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan

keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi (S&T) serta memiliki sikap, nilai

dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang

hayat.

Bina upaya akan diperkukuhkan untuk membangunkan modal insan yang

berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif bagi memacu ekonomi berasaskan

pengetahuan. Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan modal insan yang

mempunyai sikap dan pemikiran progresif serta memiliki etika dan nilai universal yang

kukuh seperti digariskan dalam Islam Hadhari. Pelaksanaan program sepanjang hayat

akan terus dipergiat untuk menggalakkan peningkatan kemahiran dikalangan semua

lapisan masyarakat. Sistem penyampaian pendidikan dan latihan akan diperluas dan

dipertingkat terutamanya dalam bidang teknikal dan vokasional. Sekolah kebangsaan

akan diperkasa supaya menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia. Usaha akan

diambil untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan supaya setanding dengan

amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Program akan dilaksanakan bagi

membangunkan modal insan yang inovatif dan mempunyai keupayaan dalam S&T serta

kemahiran keusahawanan yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, dalam era dunia yang semakin maju ini, kerajaan turut

menggalakkan para graduan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, namun ia

masih bergantung kepada kesediaan graduan tu sendiri melibatkan diri dalam bidang ini.

Kesediaan ini bukan setakat dari segi kewangan malah dari segi mental dan fizikal.

Page 21: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

3

Justeru itu, kita seharusnya memupuk nilai-nilai keusahawanan ini sejak di bangku

sekolah lagi agar pelajar dapat mempunyai minat dalam menceburi bidang

keusahawanan ini. Sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam merealisasikan program

modal insan.

1.2 Latar belakang masalah

Usahawan yang dapat melepasi pelbagai halangan dalam bidang keusahawanan

dilihat dapat memperolehi kejayaan dengan gemilang. Namun menurut Mohd Nasir

Ahmad (2003), segelintir usahawan mempunyai masalah sikap sebagai penghalang

kejayaan, atau lebih tepat sebagai penghalang terhadap kesediaan menjadi usahawan.

Tidak mustahil pula kelemahan serta kekurangan pihak pelaksana dasar kerajaan

menyebabkan kadar kejayaan rendah.

Semua yang berlaku selama ini mengakibatkan sesetengah usahawan yang tidak

berjaya diberi imej negatif apabila dikaitkan dengan perniagaan, keusahawanan dan

ekonomi. Apabila masalah imej ini tidak ditangani dan dibiarkan saja, apa juga

kehebatan dan kemampuan usahawan akan tenggelam.

Usahawan yang kelihatan tidak bersedia bukan daripada kalangan sesuatu kaum

sahaja. Terdapat juga kaum lain yang tidak bersedia sekaligus gagal dalam perniagaan.

Kita boleh saksikan sendiri bagaimana kedai Cina juga silih berganti di kompleks

perniagaan atau rumah kedai. Tetapi, keseluruhannya mereka mempunyai imej sebagai

bangsa yang bijak berniaga. Masalah imej ini menyebabkan masyarakat secara

keseluruhan berasa kurang yakin dengan sesetengah usahawan ini. Imej negatif

menyebabkan mereka yang tulen dan berkemampuan juga menerima akibatnya.

Untuk mengubah imej negatif ini, usahawan perlu melakukan perubahan besar.

Kita perlu muhasabah dan mengkaji semula amalan dan tingkah laku seharian. Amalan

Page 22: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

4

yang mendorong kepada sikap yang merugikan hendaklah dibendung supaya tidak

diterima sebagai norma dan nilai pegangan hidup.

Pada masa ini juga, ramai usahawan tidak bersedia kerana kurang menghayati

nilai dan etika perniagaan sebagai panduan. Ini tidak boleh dibiar berterusan kerana

sudah terbukti kejayaan datang dengan amalan, sikap dan pegangan etika tertentu. Selagi

mereka enggan mengubah cara berniaga, selama itu mereka bermasalah.

Selain tu, segelintir usahawan dikatakan kurang memberi perhatian terhadap cara

pengurusan perniagaan. Menurut Mohd Yussoff Latiff (2003), kelemahan ini

merupakan antara punca utama usahawan terhadap ketidaksediaan dalam perniagaan,

sekaligus tidak bersedia menceburi bidang tersebut. Terdapat segelintir usahawan ini

kurang memberi tumpuan kepada kaedah itu. Menurutnya lagi, faktor lain yang

menyebabkan usahawan ketinggalan adalah berpunca daripada sikap menunjukkan sifat

material berbanding perniagaan mereka. Kebanyakan usahawan terbabit sering

menunjukkan sifat-sifat berkenaan sehingga menyebabkan para pelabur atau peniaga

tidak begitu yakin dengan perniagaan yang dijalankan mereka.

1.3 Pernyataan masalah

Strategi dan perancangan Kementerian Pembangunan Usahawan dalam

membangunkan usahawan bumiputera memang rancak dijalankan setiap tahun. Namun

kegiatan tersebut kurang mendapat perhatian atau tidak diketahui oleh masyarakat

sasaran.

Program keusahawanan kementerian ini bukan setakat untuk orang dewasa tetapi

struktur program ini untuk membina usahawan dimulakan dengan mendekatkan pelajar

sekolah menengah kepada dunia perniagaan. Melalui program ini, pelajar benar-benar

Page 23: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

5

mendaftar syarikat dengan kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Kementerian Pendidikan.

Kebanyakan pelajar Bumiputera tidak terdedah dengan perniagaan lebih awal

berbanding dengan sesetengah pelajar Bukan Bumiputera, jadi mereka perlu dilatih sejak

dari peringkat muda untuk menjinakkan mereka dengan bidang keusahawanan.

Oleh itu, pelajar dilihat tidak berminat dengan aktiviti keusahawanan. Malah

tidak memberi tumpuan akan perlaksanaan pelbagai program yang dianjurkan oleh

kerajaan. Oleh yang demikian penyelidik ingin mengenalpasti faktor-faktor yang

menjadi penghalang terhadap kesediaan menjadi usahawan di kalangan pelajar.

Sekaligus, membuat pelbagai cadangan bagi meningkatkan kesediaan pelajar terhadap

bidang keusahawanan.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian yang dijalankan ini secara umumnya, adalah untuk mengkaji

faktor-faktor penghalang terhadap kesediaan menjadi usahawan. Secara khususnya

kajian ini bertujuan untuk :

1. mengenalpasti faktor penghalang dari aspek minat terhadap kesediaan

menjadi usahawan.

2. mengenalpasti faktor penghalang dari aspek sikap terhadap kesediaan

menjadi usahawan.

3. mengenalpasti faktor penghalang dari aspek pengetahuan terhadap

kesediaan menjadi usahawan.

4. mengenalpasti faktor penghalang dari aspek kemahiran terhadap

kesediaan menjadi usahawan.

Page 24: WAN NOR DALILAH BINTI WAN HASHIM - fp.utm.my filesaya wan nor dalilah binti wan hashim mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

6

5. mengenalpasti faktor dominan yang menjadi penghalang terhadap

kesediaan menjadi usahawan.

1.5 Persoalan kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mencari maklumat yang

berhubung dengan persoalan :

1. Apakah faktor penghalang dari aspek minat terhadap kesediaan menjadi

usahawan.

2. Apakah faktor penghalang dari aspek sikap terhadap kesediaan menjadi

usahawan.

3. Apakah faktor penghalang dari aspek pengetahuan terhadap kesediaan

menjadi usahawan.

4. Apakah faktor penghalang dari aspek kemahiran terhadap kesediaan menjadi

usahawan.

5. Apakah faktor dominan yang menjadi penghalang terhadap kesediaan

menjadi usahawan.