5
Jangan Memandang Hina Hal-hal Yang Kecil “Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil? Mereka kan bersukacita bila melihat batu ladung di tangan Zarubabel.” (Zakharia 4:10) Pada bulan Januari 2019, pokok tropika tertinggi dan pokok berbunga tertinggi di dunia, telah ditemui di Lembah Danum, Sabah, dengan ketinggian 328 kaki (100.8 m).* Siapa yang dapat menyangka pokok meranti kuning (Shorea faguetiana) ini bermula dari satu benih yang kecil? Kita hidup di zaman di mana permulaan kecil tidak dirayakan. Kami mahu segalanya dengan segera, dan kejayaan instan. Kami mahu yang besar, berani, dan cantik tanpa darah, keringat, dan air mata di belakang layar. Tetapi mereka yang telah meraih kejayaan akan memberitahu anda: Kecil itu mustahak. Sudah setahun sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Ramai di antara kita masih memproses masa lalu dan masa kini. Betapa kita berharap hari esok adalah seperti masa lalu sebelum Covid. Pelayanan dan gereja masih berharap pertemuan ibadah, pelatihan, dan penjangkaun secara fizikal. Ada yang sukar menerima bahawa mereka sekarang tidak ada pilihan selain menggunakan kirbat kulit yang baru. Kadang-kadang kita perlu berfikir “di dalam kotak” - potensi apa yang kita ada? Mengapa tidak memulakan perjumpaan doa dalam talian yang kecil dan bukannya menunggu sehingga PKP berakhir untuk kebaktian gereja secara fizikal? Bagaimana dengan Renungan 10 minit dalam talian untuk jemaat kita? Jangan pandang hina permulaan kecil. Yesus berkata, “Dengan apa hendak kita membandingkan Kerajaan Allah itu, atau dengan perumpamaan apakah kita menggambarkannya? Ia seperti biji sesawi yang ditaburkan di tanah. Memang biji itu yang paling kecil dari pada segala jenis benih yang ada di bumi. Tetapi apabila ia ditaburkan, ia tumbuh dan menjadi lebih besar daripada segala sayuran yang lain dan mengeluarkan cabang-cabang yang besar, sehingga burung-burung di udara dapat bersarang dalam naungannya.” (Markus 4:30-32, TB) Yesus juga berkata, “Kerajaan Allah adalah seperti seseorang yang menaburkan benih di tanah, lalu pada malam hari ia tidur dan pada siang hari ia bangun, dan benih itu mengeluarkan tunas dan tunas itu makin tinggi, bagaimana terjadinya tidak diketahui orang itu.” (Markus 4: 26-27, TB) Segala dalam hidup bermula dengan kecil. Orang, pokok, rumah, hubungan, dan juga iman. Tetapi apabila sesuatu — bahkan yang terkecil — dikasihi, diasuh, dan dibudidayakan, permulaan kecil itu mulai tumbuh secara eksponensial. Kami adalah pembawa benih-benih Kerajaan, jadi jangan takut untuk mulai kecil. Kita tidak selalu melihat potensi dalam permulaan kecil kita, tetapi Tuhan melihatnya. Jadi, apa yang ada di tangan anda? Apa yang ada di hati anda? Anda mempunyai masa untuk dilabur, bakat untuk diguna semula, dan harta untuk diurus. Adakah anda menanam benih dengan menaburkan Firman Tuhan ke dalam hati anda sendiri, dan orang lain? Adakah anda membangun ketahanan dengan menghafal Kitab Suci? Adakah anda menyebarkan kasih Tuhan kepada satu atau dua orang rakan, jiran, atau ahli keluarga yang memerlukan Dia? Apa yang nampak kecil bagi anda mempunyai potensi yang tidak terbatas dengan Tuhan. Bagaimana kita mengalami pertumbuhan? Nah, meranti kuning itu tumbuh di tanah yang subur! * https://www.smithsonianmag.com/smart-news/worlds-tallest-tropical-tree-climbed-180971901/ Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …

Jangan Memandang Hina Hal-hal Yang Kecil

“Siapakah yang memandang hina hari terjadinya hal-hal yang kecil? Mereka kan bersukacita bila melihat batu ladung di tangan Zarubabel.”

(Zakharia 4:10)

Pada bulan Januari 2019, pokok tropika tertinggi dan pokok berbunga tertinggi di dunia, telah ditemui di Lembah Danum, Sabah, dengan ketinggian 328 kaki (100.8 m).* Siapa yang dapat menyangka pokok meranti kuning (Shorea faguetiana) ini bermula dari satu benih yang kecil? Kita hidup di zaman di mana permulaan kecil tidak dirayakan. Kami mahu segalanya dengan segera, dan kejayaan instan. Kami mahu yang besar, berani, dan cantik tanpa darah, keringat, dan air mata di belakang layar. Tetapi mereka yang telah meraih kejayaan akan memberitahu anda: Kecil itu mustahak. Sudah setahun sejak dunia dilanda wabak Covid-19. Ramai di antara kita masih memproses masa lalu dan masa kini. Betapa kita berharap hari esok adalah seperti masa lalu sebelum Covid. Pelayanan dan gereja masih berharap pertemuan ibadah, pelatihan, dan penjangkaun secara fizikal. Ada yang sukar menerima bahawa mereka sekarang tidak ada pilihan selain menggunakan kirbat kulit yang baru. Kadang-kadang kita perlu berfikir “di dalam kotak” - potensi apa yang kita ada? Mengapa tidak memulakan perjumpaan doa dalam talian yang kecil dan bukannya menunggu sehingga PKP berakhir untuk kebaktian gereja secara fizikal? Bagaimana dengan Renungan 10 minit dalam talian untuk jemaat kita? Jangan pandang hina permulaan kecil. Yesus berkata, “Dengan apa hendak kita membandingkan Kerajaan Allah itu, atau dengan perumpamaan apakah kita menggambarkannya? Ia seperti biji sesawi yang ditaburkan di tanah. Memang biji itu yang paling kecil dari pada segala jenis benih yang ada di bumi. Tetapi apabila ia ditaburkan, ia tumbuh dan menjadi lebih besar daripada segala sayuran yang lain dan mengeluarkan cabang-cabang yang besar, sehingga burung-burung di udara dapat bersarang dalam naungannya.” (Markus 4:30-32, TB) Yesus juga berkata, “Kerajaan Allah adalah seperti seseorang yang menaburkan benih di tanah, lalu pada malam hari ia tidur dan pada siang hari ia bangun, dan benih itu mengeluarkan tunas dan tunas itu makin tinggi, bagaimana terjadinya tidak diketahui orang itu.” (Markus 4: 26-27, TB) Segala dalam hidup bermula dengan kecil. Orang, pokok, rumah, hubungan, dan juga iman. Tetapi apabila sesuatu — bahkan yang terkecil — dikasihi, diasuh, dan dibudidayakan, permulaan kecil itu mulai tumbuh secara eksponensial. Kami adalah pembawa benih-benih Kerajaan, jadi jangan takut untuk mulai kecil. Kita tidak selalu melihat potensi dalam permulaan kecil kita, tetapi Tuhan melihatnya. Jadi, apa yang ada di tangan anda? Apa yang ada di hati anda? Anda mempunyai masa untuk dilabur, bakat untuk diguna semula, dan harta untuk diurus. Adakah anda menanam benih dengan menaburkan Firman Tuhan ke dalam hati anda sendiri, dan orang lain? Adakah anda membangun ketahanan dengan menghafal Kitab Suci? Adakah anda menyebarkan kasih Tuhan kepada satu atau dua orang rakan, jiran, atau ahli keluarga yang memerlukan Dia? Apa yang nampak kecil bagi anda mempunyai potensi yang tidak terbatas dengan Tuhan. Bagaimana kita mengalami pertumbuhan? Nah, meranti kuning itu tumbuh di tanah yang subur!

* https://www.smithsonianmag.com/smart-news/worlds-tallest-tropical-tree-climbed-180971901/

Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Page 2: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …

Apa yang Ada di Hatimu: Jangan Pandang Hina Permulaan yang Kecil…

Pernahkah anda merasa putus asa kerana tidak melihat hasil visi anda? Tuhan dapat memberi kita visi yang besar, namun jalan untuk melihat visi itu penuh dengan cobaan, perjuangan, bahkan serangan dari musuh. Kebenaran perkara ini adalah bahawa kita semua perlu bermula dari suatu tempat. Permulaan kecil sering memerlukan dedikasi dan komitmen. Banyak masa dan waktu yang harus dilabur ke dalam apa yang telah anda mulakan. Akan ada rintangan, tetapi yang penting adalah terus berjalan dan tidak berputus asa. “Permulaan kecil yang Tuhan berikan kepada saya pada 27 Februari yang lalu sangat signifikan. Saya ingin berkongsi tentang Kristus dengan orang-orang di kampung saya sejak saya menerima Yesus sebagai Penyelamat saya pada tahun 2010,” kata Michele Luang. Michele menyertai Campus Crusade for Christ pada tahun 2014, selama 6 tahun hingga Oktober 2020. Beberapa sel grup menyokongnya melalui Inisiatif Sikhem kami. Tetapi Tuhan memberinya visi yang lebih besar. Bersama tunangnya, yang merupakan seorang pemuzik, mereka meluangkan masa untuk mencari Tuhan kerana mereka merasakan panggilan untuk pergi ke seminari, dan rindu untuk melayani Tuhan sebagai pasangan. “Saya pergi ke suatu tempat untuk retret peribadi Januari lalu, dan mengikuti konferensi dalam talian. Di sana dan melalui konferensi itulah Tuhan berbicara kepada saya dan mengingatkan saya akan panggilan-Nya. Salah satu pengalaman dengan Tuhan adalah jaminan-Nya untuk menerima saya seadanya. Kesignifikan dan masa depan saya adalah dalam Tuhan.” Pada waktu Tuhan, Dia membuka jalan untuk Michele menggunakan perayaan ulang tahunnya sebagai platform untuk bersaksi kepada penduduk kampung. Dia menantang mereka untuk menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat. Dan tidak lama kemudian, dia dapati ada 11 remaja dan 30 kanak-kanak siap untuk dimuridkan.

Lalu Michele menghubungi Wawasan Penabur untuk Alkitab Kanak-Kanak, komik Singa Yehuda, bahan pemuridan untuk remaja dan orang dewasa. Dia berkata Tuhan telah menanamkan satu kerinduan di dalam hatinya untuk menolong bangsanya bertumbuh dalam iman mereka. Walaupun dia tidak dapat memastikan jumlah orang yang telah berdoa untuk menerima Yesus pada malam itu, dia terus bersyukur kepada Tuhan untuk setiap mereka, dan terus berdoa agar benih kebenaran Tuhan yang disemai dalam hati mereka tidak akan jatuh tanah berduri atau berbatu, tetapi di tanah yang baik.

Michele menerima buku-buku dari kami pada 17-Mac 2021 lalu. Sejak itu, dia melakukan pelajaran Alkitab setiap minggu dengan kanak-kanak dan remaja. “Berdoalah agar mereka tumbuh di dalam Tuhan. Berdoa juga bagi saya untuk terus mengalami sukacita, kekuatan, dan hikmat Tuhan, dan merebut setiap kesempatan untuk memberitakan Berita Baik kepada bangsa saya di rumah panjang. Semoga nama Tuhan ditinggikan dan dimuliakan di rumah panjang itu,” tambahnya.

Page 3: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …

Apa yang Ada di Tanganmu: Jangan Pandang Hina Permulaan yang Kecil…

Alman & Helini adalah antara 10 pelajar Sekolah Alkitab

tahun pertama yang ditaja di bawah Inisiatif Sikhem

kami tahun ini. Mereka berkahwin sebaik sahaja tamat

peperiksaan SPM 12 tahun yang lalu. Kedua-duanya

berasal dari latar belakang Kristian yang nominal saja.

Walaupun Helini telah bertaubat lebih awal dan aktif

melayani di gereja, Alman sibuk mengembangkan

kerjayanya sebagai setiausaha politik kepada ADUN

tempatan. Tetapi ketika dia menaiki tangga status

sosial dan ekonomi, dia mulai terlibat dalam tarikan

keduniaan. Itu menjejaskan perkahwinan mereka.

Pada pertengahan tahun 2018, sikap Alman terhadap isterinya mula berubah. Dia menjadi sangat curiga terhadapnya. Pertengkaran dan ancaman perceraian membuat Helini ingin mengakhiri hidupnya. Tetapi 2 anak mereka menjadikan dia tetap bertahan. Itu berterusan selama hampir 2 tahun! Akhirnya, mereka memutuskan untuk berjumpa dengan pendeta mereka. Dan selama sesi kaunseling itu, Tuhan mengungkapkan Alman telah diguna-guna oleh seorang wanita yang berusaha menghancurkan perkahwinan mereka.

Setelah banyak kali didoakan, dia dibebaskan, dan

Tuhan memulihkan hubungan mereka. Helini belajar

memaafkan suaminya. Dan Alman menyerahkan

hidupnya kepada Tuhan. Pendeta mereka mencabar

mereka untuk berjalan erat dengan Tuhan. Mereka

berdua melihat tangan mereka dan memutuskan untuk

mempersembahkan hidup mereka untuk digunakan

oleh Tuhan. Seminari adalah penyelesaian terbaik,

untuk dilengkapi sebelum mereka dapat melayani

Tuhan dengan berkesan.

Kini dengan 3 anak yang berumur 11, 8 dan 1.5 tahun, kehidupan sebagai pelajar tidaklah mudah. Helini harus membawa anak bongsu mereka ke kelas setiap hari. Dan Alman perlu menghantar dan mengambil yang 2 lagi ke sekolah. Perkara-perkara kecil adalah besar bagi Tuhan, sehingga tidak boleh dipandang rendah atau dihina. Kita berdoa agar Tuhan memberkati keluarga ini ketika mereka memberikan apa yang ada di tangan mereka (hidup mereka) kepada Tuhan. Tuhan akan memulakan karya-karya agung-Nya dengan hal-hal kecil ini.

Apa yang Ada di Fikiranmu: Jangan Pandang Hina Permulaan yang Kecil…

Tuhan tidak pernah gagal mengejutkan kami bagaimana Dia bekerja dalam “Kempen Satu Anak Kristian Satu Alkitab.” Kami baru mencetak 30,000 Alkitab Edisi Ilustrasi, dan 11,000 sudah pun dikirim ke Sarawak pada 18-Mac yang lalu. Antaranya, 1,000 buah adalah untuk semua Tadika Akar Baik di Lawas dan Limbang; dan 1,000 buah lagi untuk lebih dari 90 kampung di DUN Ba’kelalan.

Dengan isu Allah sekali lagi mendominasi berita dan media sosial, kita diingatkan sekali lagi untuk tidak memandang rendah hal-hal kecil pada musim ini. Membawa Alkitab Kanak-Kanak ke pedalaman boleh menjadi sukar dan mencabar, tetapi mereka seperti benih yang akhirnya tumbuh menjadi peluang pengaruh yang besar dan mulia. Ada urutan pasti dari penyemaian benih, penyiraman, pembajaan dan penjagaan. Prosesnya boleh menjadi membosankan dan kelihatan tidak produktif, justeru ini menggambarkan bagaimana Tuhan bekerja, kerana pada waktu-Nya kita akan menuai hasilnya.

Tuhan mungkin mengizinkan anda menuai jauh melebihi apa yang anda bayangkan pada awalnya. Apabila Dia melihat anda setia dengan peluang-peluang kecil-Nya, Dia kemudian dapat mempercayai anda dengan peluang-peluang yang lebih besar. Kita hanya dapat berdoa, “Ya Tuhan, tunjukkan kepada kami bagaimana melihat perbuatan kecil sebagai peluang besar di mata-Mu.”

Page 4: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …

Apa yang Ada di Atas Mejamu: Jangan Pandang Hina Permulaan yang Kecil…

Ketika dunia seakan-akan terhenti selama lebih dari 8 bulan tahun lalu, kami melihat apa yang ada di atas meja kami, kerana masa itu kami tidak dapat pergi ke Sabah & Sarawak. Oleh itu, kami mula menterjemahkan Bible Companion ke satu siri buku yang berguna untuk membantu orang Kristian dan bukan Kristian menemui kebenaran Alkitab. Kebenaran hakiki Kekristianan dan kehidupan Kristian pasti akan mendorong pembaca Alkitab untuk mempelajari asas-asas Kristian dengan lebih mendalam, menjadi sumber yang hebat untuk pelajar sekolah Alkitab, membantu para pastor yang sibuk merancang pengajaran mereka, dan bermanfaat besar untuk pengkajian kumpulan. Permulaan kecil itu telah menghasilkan 8 buku baru di bawah Siri Menjelajah Alkitab kami. Kunjungi website: https://wawasanpenabur.org & https://sabdaharian.com

Apa yang Ada di Skrinmu: Jangan Pandang Hina Permulaan yang Kecil…

Tidak dapat melakukan pelatihan di lapangan? “Tidak ada masalah ... kita go online. Mula dengan kecil,” kata Rev Kim Ting dari SunFocus Malaysia. Sejak pertama kali Kursus Intensif Lapan Permata diadakan atas talian pada 14 November 2020, kami telah menangani keperluan guru Sekolah Minggu dan ibu bapa untuk terus mengajar pelajaran Alkitab kepada anak-anak di rumah mereka di tengah-tengah sekatan pergerakan akibat wabak.

Ada 40 orang yang mendaftar untuk pelatihan pertama itu. Selepas itu ada 70 orang pada 12 Disember, dan 93 peserta menyertai kami dalam pelatihan ke-3 kami (30 Januari 2021). Dan yang terakhir (27 Februari) menarik minat 55 peserta melalui Google Meet, melihat skrin mereka untuk pelatihan. Bahkan ada Perayaan Krismas Kanak-kanak dalam talian selama tiga hari untuk kontak Lapan Permata kami di Sabah & Sarawak dari 18 hingga 22 Disember 2020! Latihan yang selanjutnya adalah pada 27 Mac 2021 ini.

Jadi, apa yang ada di skrin anda? Satu permulaan yang kecil, tetapi Tuhan pasti bersukacita melihat pekerjaan itu bermula!

Page 5: Warta yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja …

Badan Pengurus (Penabur): • Chow Chee Yan (Petaling Jaya Evangelical Free Church)

• Roshan Thiran (Pusat Injil Kelana Jaya)

• Randy Singkee (Sungai Way-Subang Methodist Church)

• Rev Danil Raut (BEM Sarawak, Legacy Builder Ministry)

Badan Penasihat: • Rev Wong Fong Yang (Senior Pastor, City Discipleship

Presbyterian Church) • Rev Datuk Jerry Dusing (President, SIB Sabah)

• Lim Heng Seng (Peguam, SIB KL)

• Rev Jasme Dairis (Presiden, SIB Semenanjung)

https://sabdaharian.com/

Kempen Satu Anak Kristian Satu Alkitab 2021

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Sponsor dan dukung “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” Wawasan Penabur

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in: Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Menyumbang pada “Projek Digital Sabda Harian”

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon: _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)