Watak & perwatakan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

watak

Citation preview

  • Watak ialah tokoh yang mendukung sesebuah cereka. Watak boleh terdiri daripada manusia dan bukan manusiaPerwatakan ialah cara pengarang melukiskan watak.Watak dan perwatakan dalam sesebuah cereka dapat dihuraikan melalui sifat-sifat luaran dan dalaman.

  • RB merupakan anak perempuan tua iaitu kerabat Diraja Pahang. Baginda dilahirkan di dalam hutan. Semasa usia baginda sepuluh tahun, baginda dibawa oleh orang sakai untuk diajarkan pelbagai ilmu . Baginda digambarkan sebagai seorang pemerintah yang bersikap tegas dan cinta akan tanah airnya. Baginda juga tidak bersetuju menerima tawaran TuanWilliam untuk diberi kemewahan dan bintang kehormat sekiranya baginda menyerahkan Gunung Tahan kepada Inggeris.Walaupun TW berniat jahat tetapi RB tetap melayannya dengan baik. RB juga merupakan seorang pemimpin yang luas pengetahuan kerana mempunyai teropong ajaib iaitu teropong terus yang boleh melihat apa sahaja yang berlaku di tempat yang jauh.

  • Baginda seorang pemerintah yang teliti dan berjaya menghidu muslihat musuh. Sebelum kapal terbang Inggeris menggugurkan bom dan gas beracun, baginda telah mengarahkan rakyatnya berpindah ke tempat yang selamat. Baginda juga berjaya mengelakkan muslihat TW lalu berjaya mengurungnya dalam bilik khazanah baginda dengan bantuan Kusina. Oleh hal demikian, Gunung Tahan pun terselamat daripada dijajah oleh Inggeris.Baginda digambarkan sebagai pemerintah yang bersopan-santun sebagaimana ibunya.RB memiliki sifat cinta akan negara.RB dikatakan telah pandai berbahasa Inggeris sehingga membuatkan MW tidak berasa sunyi.

  • RB juga digambarkan sebagai seorang yang mudah bersimpati. Contohnya, Baginda telah berusaha mengeluarkan MW daripada timbunan bangkai kapal terbang Inggeris lalu merawatnya, membinakan sebuah bangunan sebagai tempat tinggal dan menjadikannya sebagai permaisurinya.

  • Seorang profesor ilmu tumbuh-tumbuhan Inggeris yang menerima arahan untuk mencari kawasan peranginan bagi pegawai Inggeris.Dia sentiasa berangan-angan dapat menemukan intan, berlian juga emas.Digambarkan seorang yang sengaja berbohong kerana baginya ramai orang berbohong telah menjadi masyhur dan berpangkat.Dia telah dikenakan ubat guna-guna ilmu pengasih (cenuai) oleh perempuan tua sehingga tergila-gila akan seorang gadis sakai.Robert telah mati kerana terjatuh dari pokok semasa hendak menangkap perempuan muda sakai dalam upacara perkahwinan mengikut adat sakai.Robert seorang yang tamak dan berharap berjumpa emas.Robert menghina bangsa lain dan suka bercakap besar. Dia menganggap semua perkara dari Barat baik belaka termasuklah agama Kristian.

  • William dapat mengesan jejak tinggalan Robert (sapu tangan dengan tulisan darah) dan mengetahui Robert telah ditangkap oleh orang sakai.Dia telah meneruskan misi hingga sampai ke puncak Gunung Tahan dengan bantuan orang bunian, Kusina.William juga digambarkan sebagai seorang yang tamak kerana selalu ingatkan hadiah sebanyak lima ribu paun daripada kerajaan British sekiranya pekerjaan mereka berjaya.William juga seorang suami yang tidak bertanggungjawab kerana semenjak berada di Tanah Melayu, dia tidak pernah mengirim berita kepada isterinya.Dia sentiasa berniat jahat kepada orang lain dan akhirnya mati akibat terhidu gas beracun serta bom yang digugurkan oleh kapal terbang bangsanya sendiri.

  • Bonda RB yang berdarah Kerabat Diraja Pahang. Beliau telah melarikan diri ke dalam hutan setelah berasa malu apabila Pahang dikalahkan oleh askar Sikh bagi pihak Inggeris. Pada masa itu beliau mengandung tiga bulan. Apabila benar-benar hendak melahirkan, teman sebangsanya sanggup meninggalkannya. Orang sakai telah memberikan bantuan. Oleh sebab itu beliau benci orang Melayu yang pembelot dan bermuka-muka sehingga menyebabkan Pahang tewas semasa berperang dengan Inggeris.Seorang yang bersopan santun, berbudi bahasa dan berpendirian teguh.Dia memiliki ilmu agama Islam yang sempurna kerana beliau menjadi guru kepada perempuan-perempuan sakai.Beliau juga menunjukkan sikap benci akan penjajah apatah lagi setelah dihina oleh TW.Beliau mengambil keputusan untuk mengenakan cenuai kepada TR yang tidak mempercayai ilmu dunia yang diajarkan oleh orang sakai kepadanya.Beliau memiliki sifat patriotik yang tinggi kerana bersikap tegas tidak reda tanah airnya diambil atau diperintah oleh bangsa lain.

  • MW merupakan isteri TW yang curang terhadap suaminya. Terselamat daripada maut setelah kapal terbang yang menggugurkan bom dan gas beracun telah terhenpas ketika hendak mendarat apabila dibantu oleh RB. MW tidak sedarkan diri selama tiga bulan dan telah tinggal di sebuah bangunan yang comel yang dibina oleh RB untuknya.MW juga telah insaf akan perbuatan jahatnya menduakan suami setelah setiap pagi mengunjungi jirat TW.MW berniat jahat mahu meneruskan perjuangan untuk menguasai Gunung Tahan secara halus. Namun begitu sikapnya berubah apabila setelah tiga tahun baru bertemu dengan RB, dadanya berdebar-debar dan mulai jatuh hati.Akhirnya MW bersetuju menjadi permaisuri RB dan mereka sama-sama berhasrat memperoleh seorang anak lelaki bagi meneruskan pemerintahan di Gunung Tahan.