Upload
others
View
31
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ABDUL HADI BIN AG. DURAHIM (CT10210013)
Tugasan 1C: Penilaian Sumber Pembelajaran.Sumber Pembelajaran : CD
Tajuk : MULTIPLICATION THE EASY WAY.
Subjek : Matematik.
Pembangun : Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sabah dan PKG Tawau.
Analisis.Objektif “courseware” ini ialah untuk memudahkan murid-murid membina jadual sifir 2
hingga 9 secara sendiri tanpa bantuan sesiapa. CD pengajaran ini sesuai membantu murid
sekolah rendah yang kurang mahir dengan sifir. Idea membina jadual sifir di dalam CD ini
merupakan suatu cara yang mudah diikuti oleh murid yang kurang mahir dalam sifir.
Pengetahuan sedia ada murid sebelum mengikuti pembelajaran ini ialah mereka perlu tahu
4 kemahiran asas dalam Matematik iaitu operasi Tambah, Tolak, Darab, dan Bahagi. Isi
kandungan pembelajaran ini sesuai untuk kegunaan murid secara individu ataupun
berkumpulan. Pembelajaran ini disebarkan dengan menggunakan CD dan DVD. Jika guru
yang mempunyai pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi, bolehlah memuatnaik ke
laman sesawang supaya boleh dikongsi dengan semua orang.
Rekabentuk.Kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam “courseware” ini ialah kaedah demonstrasi.
Murid-murid ditunjukkan cara-cara membina jadual sifir 2 hingga 9. Setiap jadual sifir
mempunyai caranya yang tersendiri untuk dibina dan demonstrasi yang dilakukan adalah
secara berperingkat iaitu satu penerangan cara dengan satu perkara yang perlu dibuat
semasa membina jadual sifir. Contohnya membina sifir 7 dengan menggunakan cara
“magnet” yang diterangkan secara berperingkat supaya tidak mengelirukan murid. Peralatan
yang digunakan untuk mengajar pembelajaran ini ialah komputer dengan “driver” CD, alat
pembesar suara (speaker), dan alat paparan seperti LCD (Liquid Crystal Display).
Pembangunan.Penghasilan CD pembelajaran ini ialah dengan menggunakan perisian “Flash”, “Quicktime”,
“Macromedia Aotoware” dan “AnimatedGIF”. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah
Bahasa Inggeris kerana subjek sasaran pembelajaran ini ialah murid-murid sekolah rendah
berdasarkan dasar kerajaan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam subjek Matematik.
ABDUL HADI BIN AG. DURAHIM (CT10210013)
Impliment.Saya berpendapat bahawa penggunaan “coursware” telah digunakan oleh sekolah-sekolah
di sekitar PKG Tawau seperti SK. Kukusan dan SK. St. Patrick.
Penilaian.Saya berpendapat bahawa perisian ini akan menjadi lebih menarik jika terdapat
pembelajaran secara interaksi iaitu murid boleh mencuba membina jadual sifir dan perisian
ini dapat membimbing murid supaya dapat membina jadual sifir yang betul mengikut kaedah
atau cara yang disediakan dalam perisian ini.
Secara keseluruhan, saya setuju dengan pembelajaran dengan menggunakan perisian ini
kerana sedikit sebanyak boleh membantu guru mengajar murid membina jadual sifir. Cara
penyampaian pembelajaran secara berperingkat memudahkan murid memahami cara
membina jadual sifir. Lagipun cara membina jadual sifir yang menarik dalam perisian ini
merupakan sebahagian daripada banyak cara menbina jadual sifir.
Gambar Paparan Perisian.
Paparan pengenalan.
ABDUL HADI BIN AG. DURAHIM (CT10210013)
Sifir-sifir yang terlibat.
Paparan langkah membina jadual sifir 2.
ABDUL HADI BIN AG. DURAHIM (CT10210013)
Paparan langkah membina jadual sifir 2.
Paparan jadual sifir 2 yang siap.
ABDUL HADI BIN AG. DURAHIM (CT10210013)
Paparan penutup perisian.
Paparan penutup perisian.