Upload
others
View
9
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2012
KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR
TAHUN 2012
Tajuk : Pertandingan Kemahiran Malaysia
Anjuran : Kolej Komuniti Bukit Beruang
Tempat : Bengkel Pendawaian Kolej Komuniti Bukit Beruang
Tarikh :
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Penyelaras : Mohd Haffiz bin Zainal Abidin
Bilangan Peserta : Seorang pelajar mewakili Kolej Komuniti Paya Besar
Pengenalan
Pertandingan Kemahiran Malaysia dijalankan diperingkat Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti sebagai medan untuk mencari pelajar yang berkemahiran untuk mewakili Kolej
Komuniti Malaysia ke peringkat kebangsaan yang dijalankan setiap tahun. Pertandingan ini
dikelolakan oleh institut latihan kemahiran seperti Institut Latihan Industri di Kementerian
Sumber Manusia bagi mencari wakil malaysia ke pertandingan peringkat dunia.
Isi kandungan
1. Pertandingan ini dijalankan di kolej Komuniti Bukit Beruang yang bertindak sebagai
pihak penganjur. Pertandingan ini melibatkan 19 penyertaan kolej komuniti seluruh
Malaysia yang mempunyai kursus pemasangan elektrik Sijil Modular Kebangsaan.
LAPORAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2012
Bil Senarai Kolej Bil Senarai Kolej
1 Kolej Komuniti Bukit Beruang 11 Kolej Komuniti Bandar Darul Aman
2 Kolej Komuniti Masjid Tanah 12 Kolej Komuniti Arau
3 Kolej Komuniti Jempol 13 Kolej Komuniti Bayan Baru
4 Kolej Komuniti Jelebu 14 Kolej Komuniti Kuantan
5 Kolej Komuniti Sabak Bernam 15 Kolej Komuniti Paya Besar
6 Kolej Komuniti Kuala Langat 16 Kolej Komuniti Bentong
7 Kolej Komuniti Segamat 17 Kolej Komuniti Kuala Terengganu
8 Kolej Komuniti Segamat 2 18 Kolej Komuniti Tawau
9 Kolej Komuniti Chenderoh 19 Kolej Komuniti Cawangan Santubong
10 Kolej Komuniti Sungai Siput
2. Seramai 30 peserta terlibat dengan pertandingan ini. Pertandingan ini dibahagikan
kepada 2 sesi iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.Kolej Komuniti Paya Besar telah
menghantar seorang wakil pelajar iaitu Mat Azizi Bin Mat Hussin bagi menggalas
cabaran tersebut.Disini dilampirkan gambar-gambar semasa hari pertandingan.
Gambar 1: Peserta menyiapkan pendawaian sistem kawalan motor
Gambar 2: Peserta menyiapkan rangka pendawaian
LAPORAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2012
Kesimpulan
Keputusan yang diperolehi oleh wakil pelajar Kolej Komuniti Paya Besar ini setelah diadili oleh 3
juri pertandingan yang dijemput khas daripada Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil ialah
tempat ke-4 keseluruhan. Hanya pelajar yang mendapat tempat pertama dan kedua akan
mewakili Kolej Komuniti Malaysia ke peringkat Pertandingan Kemahiran Malaysia peringkat
Kebangsaan.
Gambar 4: Peserta menyiapkan pendawaian sistem papan agihan kuasa.
Gambar 3: Peserta menyiapkan pendawaian Soket alir keluar 13 AMP.
Gambar 5: Peserta menyiapkan pendawaian Pembuluh 3 Fasa Gambar 6: Peserta menerima sijil penyertaan
pertandingan kemahiran
LAPORAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2012