Upload
dinhdung
View
234
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN
KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
(HHHC 9601)
NAMA PELAJAR : NUR AISHAH NADJWA BINTI NOOR AZHAR
NO MATRIK : A144491
PENSYARAH PENILAI : DR. BASHIRAH ISHAK
LAPORAN KEMAHIRAN INSANIAH:
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
PROGRAM : MINGGU MESRA MAHASISWA KOLEJ TUN SYED NASIR SESI 2014/2015
NO KELULUSAN PPMPA : DN 00820/2014
TARIKH PELAKSANAA : 1 SEPTEMBER 2014 HINGGA 6 SEPTEMBER 2014
JAWATAN : SETIAUSAHA dan PEMUDAHCARA
Pengenalan Projek
Sempena sesi kemasukan mahasiswa baru bagi sesi akademik 2014/2015, sesi Minggu
Mesra Mahasiswa diadakan bagi mengalukan kedatangan pelajar baru ke Universiti Kebangsaan
Malaysia. Program ini dikelola oleh Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Tun Syed Nasir Sesi
2014/2015 berserta mahasiswa/i aktif di peringkat kolej keselarasan bergelar pemudahcara (PC).
Dikategorikan sebagai program wajib bagi mahasiswa baru, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) dan
para pemudahcara diamanahkan oleh pihak universiti bagi mengendalikannya bagi menjamin
kelancaran pendedahan dan penyampaian maklumat yang tepat dan jitu. Berkonsepkan mesra
mahasiswa, pelbagai aspek aktiviti yang disusun atur merangkumi segala aspek dan nilai secara
menyeluruh. Aspek kepimpinan, kesukanan, kebudayaan dan kerohanian adalah antara perkara
yang ingin diterapkan ke dalam diri-diri mahasiswa yang akan sama membangunkan Universiti
Kebangsaan Malaysia. Justeru, mahasiswa/i baru dibimbing oleh MEP dan juga pemudahcara
yang berkelayakan serta berdedikasi semenjak hari pertama menjejakkan kaki ke Universiti
Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan platform yang penting dalam pengetahuan
mahasiswa baru tentang institusi baru yang akan mereka terokai. Meneruskan pengajian di
peringkat ijazah merupakan suasana baru yang berlainan dengan zaman persekolahan dan
matrikulasi. Oleh itu, bimbingan penuh haruslah diberikan kepada mahasiswa/i baru ini. Bagi
sesi ini dianggarkan seramai 500 orang mahasiswa baru mendaftar di Kolej Tun Syed Nasir.
Antara tempat program-program dalam Minggu Mesra Mahasiswa ini akan diadakan ialah
sekitar kolej, DECTAR, masjid UKM, panggung seni dan kawasan sekitar Bangi. Program ini
diharapkan mampu mencapai matlamat penganjurannya dengan cemerlang sekaligus menepati
tema program iaitu “Guardians of the Nation’’. Akhir kata, program ini adalah untuk kebaikan
mahasiswa baru khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya.
Objektif Projek
1.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran komunikasi seperti menggunakan
kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang
sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan
cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah mencapai
keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan sebagainya.
1.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada mahasiswa seperti
menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan
mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi dimensi dan sebagainya.
1.3 Memupuk kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa seperti
menghormati pandangan, pendirian dan kepercayaan orang lain, menerima
kepelbagaian yang wujud dalam kumpulan, membantu rakan-rakan secara
proaktif, memberi sumbangan kepada perancangan kerja dan sebagainya.
1.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran globalisasi seperti penggunaan
Internet dengan berkesan dan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Publisher,
Access, Powerpoint).
1.5 Mencungkil kemahiran keusahawanan pelajar seperti mencadangkan
idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh
menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan
rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial suatu
cadangan dan sebagainya.
1.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran pengurusan seperti menstrukturkan
aktiviti dan tugasan yang diberi, mengagihkan kuasa dan tanggungjawab kepada
orang lain, memastikan perlaksanaan tugasan yang konsisten dengan
perancangan, target, objektif dan sebagainya.
PERANAN SAYA
Saya telah terpilih sebagai setiausaha dalam program Minggu Mesra Mahasiswa Kolej
Tun Syed Nasir Sesi 2014/2015. Sebagai seorang setiausaha saya telah ditugaskan untuk
menguruskan kertas kerja serta segala urusan surat menyurat yang berkaitan program bagi
memudahkan urusan persiapan program serta urusan program. Selain itu, setiausaha juga
ditugaskan untuk membantu Exco Pendaftaran dalam urusan menyusun maklumat pelajar
kemasukkan baru. Saya bertugas bersama seorang lagi setiausaha lain dibawah bimbingannya.
Setiausaha 1 tersebut merupakan seorang yang berpengalaman dalam kerja-kerja pengurusan.
Antara skop kerja lain yang perlu saya patuhi ialah menjadi seorang pemudahcara atau fasilitator
dalam aktivi sepanjang program ini. Saya perlu memimpin sekumpulan pelajar baru dalam setiap
aktiviti yang telah ditetapkan untuk membantu kealncaran majlis serta menjadi tempat rujukan
bagi mereka yang bergelar junior.
Hari pertama berkumpul antara pemudahcara
PERANCANGAN
Pada akhir semester 2 sesi 2013/2014, mesyuarat yang pertama telah diadakan antara
semua exco dan ahli jawatankuasa. Mesyuarat dimulakan dengan sesi suai kenal antara exco dan
AJK. Dalam mesyuarat yang pertama saya diberi penjelasan yang lebih mendalam tentang
program yang bakal dijalankan. Pengarah juga menerangkan tujuan sebenar mesyuarat diadakan
iaitu untuk menjelaskan skop kerja yang perlu dipenuhi. Seterusnya, pembahagian link mesej
antara Majlis Tertinggi (MT) dan ketua sekretariat. Melalui link mesej ini kami akan menerima
mesej daripada pengarah untuk tarikh perjumpaan akan datang dan bertanggungjawab untuk
memastikar mesej tersebut sampai kepada ahli organisasi lain.
Pembahagian link mesej antara AJK
Saya dan rakan-rakan telah dinasihatkan untuk saling bekerjasama dalam melaksanakan
tugas yang diberi. Kami juga dinasihatkan untuk sentiasa menepati masa dalam menghadiri
mesyuarat yang bakal diadakan untuk memastikan kelancaran kerja semua pihak. Perkara ini
dapat saya praktikkan bukan sahaja ketika berprogram tapi juga dalam menjalankan kehidupan
seharian saya seperti menghadiri kuliah dan sewaktu bekerja suatu hari nanti.
Dalam perjumpaan yang seterusnya, saya dan rakan-rakan berbincang tentang perkara
yang ingin kami tonjolkan dalam Minggu Mesra Mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir kali ini. Ini
adalah kerana, sebagai seorang senior, kami bertanggungjawab untuk memimpin dan
menunjukkan contoh yang baik kepada junior.
Mesyuarat ini amat penting bagi saya kerana melalui mesyuarat ini saya diingatkan
bahawa pemimpin yang baik adalah yang sentiasa mengekalkan nilai, sikap dan etika yang baik
seiring dengan nama UKM yang dibawa. Di samping itu, sikap profesionalisme juga sering kali
dititikberatkan. Antaranya ialah bertutur menggunakan bahasa yang sopan walaupun atas talian
telefon sesama ahli organisasi dan menepati masa yang dijanjikan untuk bermesyuarat. Setiap
sikap yang disebut amat membantu dalam melancarkan kerja berpasukan. Ini adalah kerana,
setiap ahli dalam pasukan bertanggungjawab dalam menjaga kedamaian dan mengelakkan
sebarang salah faham yang boleh mempengaruhi gerak kerja.
Kami juga dimaklumkan tentang tugas-tugas tambahan yang perlu kami lakukan
sepanjang program seperti membuat demostrasi tentang aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk
memastikan tahap kesesuaian dalam program serta melaksanakan tugas-tugas teknikal seperti
menyusun kerusi, meja dan khemah. Walaupun perkara-perkara tersebut kelihatan seperti bukan
dalam skop kerja saya, namun saya bertanggungjawab memahami setiap gerak kerja dan status
semasa program serta membantu rakan organisasi yang lain.
Pembahagian tugas
PELAKSANAAN
Bagi saya, perlaksanaan kerja ini berlaku sejak kami perlu bergerak ke Besut,
Terengganu untuk menyiapkan mental dan fizikal menghadapi Minggu Mesra Mahasiswa.
Sekembalinya kami dari kem tersebut, segala gerak kerja kami lakukan dengan bersungguh-
sungguh.
Pada hari pertama Minggu Mesra Mahasiswa, saya bertugas menjaga bahagian
pendaftaran dan menguruskan masalah yang pelajar hadapi seperti tidak membawa x-ray atau
dokumen berkaitan. Bagi saya, hari pertama ini berlalu dengan agak senang kerana program-
program yang dirancang belum bermula.
Saya membuat pengumuman pada hari pendaftaran
Pada hari-hari seterusnya, saya telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga
sekumpulan pelajar baru untuk memimpin mereka dalam minggu orientasi ini. Walaupun cuma
dalam kumpulan yang kecil, saya diibaratkan seorang pemimpin yang perlu menjaga anak-anak
buah yang baru ingin belajar dunia baharu di UKM.
Kumpulan dibawah jagaan saya
Tugas memimpin ini agak berat kerana perlu menjaga 10-15 orang dalam kumpulan yang
khusus tetapi mencapai angka ribuan dalam jumlah yang general. Pemudahcaralah yang perlu
menyediakan kelengkapan kebajikan kesemua pelajar-pelajar ini dari sekecil-kecil aspek seperti
masa rehat dan makan yang cukup sehingga kesihatan dan keselamatan mereka. Saya juga
membantu sekretariat lain dalam aspek kerohanian. Sifat seorang ketua amat penting pada saat
mengejutkan beratus pelajar untuk bangkit seawal jam 5 pagi dan turun Subuh berjemaah di
surau.
Namun semua tugas ini tidak mungkin dapat saya lakukan berseorangan. Saya
menpunyai kumpulan organisasi yang besar melibatkan hampir 60 orang pemudahcara lain
dalam melancarkan gerak kerja di setiap aspek. Saya amat bersyukur kerana semua pemudah
cara yang terpilih amat bertanggungjawab dan tekun menjalankan amanah. Mereka juga tidak
mementingkan diri dan fokus kepada skop kerja masing-masing sahaja sebaliknya berganding
bahu meringankan beban setiap individu yang terlibat. Perkara ini dapat dibuktikan ketika kami
semua dikehendaki membawa semua pelajar ke kampus UKM induk iaitu di Bangi. Kami yang
hanya seramai 60 orang ini bertungkus lumus memastikan perjalanan mereka sepanjang program
di Bangi teratur. Skop kerja kami merangkumi menjaga makan, keselamatan lalu lintas,
kesihatan serta keselesaan mereka (ada antara kami yang bertugas untuk menggamkan kasut
yang rosak).
Pemudahcara ke UKM Bangi
Pelajar berkumpul di UKM Bangi
KESIMPULAN
Pada akhir projek, saya dapat memahami dengan lebih lagi tentang kemahiran
kepimpinan serta kerja berpasukan. Saya belajar tentang kepentingan kerjasama dalam
menjayakan sesebuah program dalam organisasi. Saya juga sedar tentang pentingnya sikap
hormat-menghormati ketika berkomunikasi dengan individu lain. Ini dapat menunjukkan
integrasi sosio-budaya iaitu rakyat yang berbeza bangsa dan budaya dapat berkomunikasi dengan
baik dengan wujudnya kesopanan dan penghormatan. Tambahan pula, seorang setiausaha perlu
menjadi seorang yang terurus dan sistematik kerana setiausaha yang bertanggungjawab
merangka gerak kerja dan merekod segala gerak kerja yang dijalankan untuk rujukan ahli
organisasi lain. Saya juga dapat bersikap dengan lebih profesional dalam membuat penilaian
tentang perkara yang melibatkan individu lain. Ilmu ini sangat berguna untuk dipraktikkan dalam
kehidupan seharian kerana dengan mengamalkan sikap kepimpinan dan kerja berpasukan yang
baik kita akan dihormati dan melancarkan urusan.
Pemudahcara sewaktu jamuan akhir Minggu Mesra Mahasiswa
Bergambar antara pemudahcara, pihak pentadbiran kolej serta pelajar baru