15
NOVEL : MENITI IMPIAN SINOPSIS BAB DEMI BAB BAB SINOPSIS 1 Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf. Mak temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan bihun. Mak temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf supaya menyediakan makan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang mereka buat ini di siapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang di minta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah dan berkualiti. Pak Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke IKM namun Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf. 2 Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari

lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

NOVEL : MENITI IMPIAN

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB SINOPSIS

1 Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak

Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya

Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak

Yusuf. Mak temah datang membawa dulang berisi air kopi dan

dua pinggan bihun. Mak temah meminta maaf daripada Zahar

kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak

Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi

menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya

setiap pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak

Yusuf supaya menyediakan makan tengah hari dan juga

mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama

mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang

mereka buat ini di siapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan

tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti

sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak

Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang di

minta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi,

dia hanya belajar sendiri untuk menjadi tukang kayu yang mahir.

Hasil tukangannya dapat dijual dengan harga yang murah dan

berkualiti. Pak Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan

ke IKM namun Zahar masih lagi menunggu keputusan yang

dijangka keluar minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu

hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan

memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya dalam

bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.

2 Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar terus bertanya

Page 2: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di rumah. Zahar

makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak

pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping

surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari fizikal surat tersebut

Zahar dapat mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah

dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti

kursus pertukangan perabut di IKM Sungai Petani. Setelah

selesai solat magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di bangku

luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah

ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya.

Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk

ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada zahar. Bakar

mengusik Zahar tentang hubungannya dengan suhaili yang

merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili

kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada tiga dan

menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca

semula surat tawaran memasuki IKM yang terletak di atas meja.

Surat itu dengan pantas mengembalikan ingatanya ke alam

persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu.

Namun Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan

diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah

diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.

3 Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan suhaili.

Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah di pasang di

kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim

iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah

mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan

Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan

hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbas kembali kenangan

sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang

pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar

lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua

sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh

Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam

Page 3: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar

demam dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih

kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan peperiksaan

dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu

yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

4 Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan

menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk

sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di

Alor Setar supaya tidak di ketahui oleh orang kampung dan tidak

mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang

kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah

City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar

berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang

melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian

skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga

berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka

ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS.

Selepas duduk membuat pesanan mereka bertanya khabar.

Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya

berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu yang dia telah

mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili

memandang rendah dan mempersoalkan cabaran yang pernah

dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu.

Zahar menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran

yang pernah dibuat oleh Suhaili tetapi memberikan alasan

bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya.

Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran

Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain

untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya

dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa

membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa

curiga dan mengikori Suhaili tampa pengetahuannya dan

mendapati Suhaili menaiki kereta yang dipandu oleh seorang

lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan dan terus

Page 4: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

meninggalkan tempat tersebut.

5 Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram.

Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang

menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan

sebab sebenar dan memberikan alasan yang lain. Mak Temah

bertanya Zahar kemana Zahar pergi semalam dan tidak

kelihatan. Zahar menyatakan yang dia ke Alor Setar untuk

membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak

Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.

6 Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan

menaiki teksi kepunyaan Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Teksi

tersebut juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai hal

mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka

bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM.

Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan

mempunyai peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan

juga swasta. Ingatan Zahar terimbas kejadian Suhaili dan

pemuda kacak di Alor Setar tempoh hari. Sesampainya di IKM

Zahar terus menuju ke tempat pendaftaran. Setelah selesai

mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak

Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki

separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf

memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama

datang mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi.

Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil

memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka

berbual seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah

mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke

asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang pelajar yang

sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan. Zahar

membaca poster berkenaan minggu suai kenal pelajar baru yang

perlu berkumpul di padang pada jam 230 petang. Zahar kembali

melangkah di ikuti pak Yusuf dengan persoalan yang bermain di

Page 5: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.

7 Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu

petang selepas pendaftaran bermula program oriantasi pelajar

baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baru

berkumpul di padang untuk tujuan gotong royong. Zahar bersama

rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM

yang akan didirikan bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar

dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang di ketuai oleh

seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk

mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat

pembakaran. Selepas selesai gotong royong mereka diarahkan

ke dewan makan untuk minum petang. Setelah selesai minum

pelajar diberi masa untuk berehat dan menguruskan diri.

Program disambung pada sebelah malamnya.

8 Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru telah

ditempatkan dalam kelas mengikut bidang kursus masing-

masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas

dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk

berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum

memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabut.

Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di

dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke

stor menyimpan pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-

macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat

deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas,

Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang

perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan

sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya

untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih

yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang

yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar.

Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali

pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-

bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang

Page 6: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan

untuk kegunaan Norimi dan Habsah.

9 Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa

minggu berada di IKM. Zahar berasa pelik dengan suasana

kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua

tiga orang laju berbasikal menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut

halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang

memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana agak

riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun

pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak

Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya

Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah

pak karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan terus

turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan

kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar

masuk kebangsal pertukangan Pak Yusuf melihat keadaan

sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari

pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan

Cikgu Baharum bahawa perabut yang bermutu tinggi bukan

terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang

cermat, teliti, halus dan berseni. Zahir terbayang suasana kenduri

di rumah Pak Karim. Zahar di sapa oleh Pak Yusuf yang baharu

saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar bilakah dia

sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak

Karim. Zahar mengatakan yang dia baru sahaja tiba dan segan

untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang

lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar putus

dan dia melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak

Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak

Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa

pulang dari rumah Pak Karim.

10 Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan

pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang

imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar,

Page 7: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan

perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia

menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil

imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan

Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang

hampir memenuhi rak. Habsah menyatakan ada surat untuk

Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan

Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya

di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu

daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan

surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan orang

perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar

meminta semula surat itu daripada Norimi dan menafikan

dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua

keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke

kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat

di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul

surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh

suhaili. Isi surat tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk

meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan

yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan

yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh

Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil

terbantut disitu sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan

pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar meneruskan kerjanya

menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu

Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa

kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan

mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya

untuk mencapai cita-citanya .Zahar berazam untuk membuktikan

bahawa dia boleh menjadi manusia yang berjaya dalam hidup

yang penuh pancaroba ini.

11 Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima

Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar

Page 8: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

memberikan surat tersebut untuk di baca oleh Norimi. Setelah

selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang di

hadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu

sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya

bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi

meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar

mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas

hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta Norimi

menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar

dari tengah padang dan Maarof berlari-lari anak menghampiri

zahar dan mengajak Zahar dan mengajaknya berlatih bersama

kerana kekurangan pemain.

12 Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan

penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan

IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar

kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan

persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan

tepukan kepada Zahar. Zahar dengan rasa rendah diri

menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya bergantung

kepada dirinya seorang tetapi kerjasama semua pemain dan

penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain

turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi

menghadapi perlawanan akan datang.

13 Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak di antara

pasukan bola IKM Alor Setar dan pasukan IKM Sungai Petani

berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai

Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0.

Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan

menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar

yang memberikan sokongan di tepi padang. Pasukan bola sepak

Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana

menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka

merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan

Page 9: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.

14 Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar

ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat

persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan

mengambil peperiksaan asas. Zahar awal-awal lagi berazam

untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan

semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel.

Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan

peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir,

Zahar berasa cukup puas hati dengan hasil kerjanya. Bila

peperiksaan di sambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin

dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan,

semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah

peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan

kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di

bengkelnya.

15 Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan

Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja

dengan baik. Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa melintasi

rumah Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya

terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan lagi

awamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan.

Selepas sarapan pagi, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak

Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar dan mereka berbual-

bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan

perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan

Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana

Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak

mendapat tempahan membuat perabot.

16 Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan

peperiksaan yang di nanti-nantipun diumumkan. Zahar telah lulus

dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga tersenyum girang

kerana hanya seorang sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki

mengulang semula peperiksaan. Cikgu Baharum memberi

Page 10: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

nasihat kepada semua pelatihnya agar tidak lalai dan berpuas

hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan

keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan

pelatih-pelatih Pertukangan Perabut tetapi juga semua pelatih

yang mengambil peperiksaan asas. Norimi juga mendapat

keputusan yang cemerlang.

17 Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih

perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana

akan menduduki dua peperiksaan dalam masa yang singkat.

Zahar tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada

ibu dan dorongan daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya

sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam

peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya

pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa

menduduki peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan

rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan peringkat

pertengahan. Peperiksaan akhir sijil IKM pula diadakan selepas

tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan

rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin.

Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-

pelatih di maklumkan mengenai latihan di dalam loji yang

diwajibkan kepada mereka. Zahar yang tidak banyak kerenah

dan sanggup di hantar kemana sahaja, menerima dengan

senang hati tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot

di Kemunting, Perak. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan

Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan masing-

masing. Satu majlis perpisahan telah diadakan secara sederhana

sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata nasihat kepada

pelatih-pelatih yang telah tamat kursus mereka. Majlis

peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu

berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana

mengenagkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir

dengan peperiksaan.

18 Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan

Page 11: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah zahar

berpeluang pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar

ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot

Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel

menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar

diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran.

Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi

pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar

berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja

kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang

mengajaknya tinggal bersama-sama.

19 Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya.

Suasana pejabat yang dingin ibarat haba pada waktu itu.

Perasaan Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak

bersemangat untuk meneruskan kerjanya. Suhaili berjalan ke

bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian

pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel

bertanyakan tentang Zahar.

20 Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat

menyesuaikan diri sepenuhnya dengan suasana kerja di kilang.

Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja

begitu mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa. Zahar

bertuah dapat berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak

banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian

pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh

kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit

Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian

pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya.

Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah

kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka

namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik.

Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar

sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan bilik

Page 12: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

dengan tergesa-gesa.

21 Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang

dari kerja. Dia teringat rakan-rakannya di kampung dan juga

Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak sempat

untuk di hantar kerana dia tidak ada perasan untuk menulis

surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa

bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan

menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum

bersama, razali bertanyakn Zahar yang kelihatan muram setelah

berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada

mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya

terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.

22 Setelah berbulan bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita

gembira yang dia telah lulus dengan cemerlang dalam

peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu.

Zahar sedar Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia

masih mampu mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia

juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk menemuinya. Bukan dia

tidak mahu menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia

menemui Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut hanya

akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan

tetap di padamkan dengan apa jua cara. Dia lebih senang

berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke

bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan

dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya. Zahar

lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan

kata-kata puitis dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab.

Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional.

Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh

menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai. Tempoh enam

bulan menemui kesudahannya. Begitu cepat masa berlalu

meninggalkan kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani

latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu

majlis ringkas yang di adakan untuknya. Selepas majlis itu

Page 13: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.

23 Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan

bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak

atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan

pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan

yang di salurkan oleh kerajaan tidak di manfaatkan sepenuhnya

oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira mendengar

perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman

rumah mereka dan Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa

dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya

lulus dalam masa yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang

elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam loji

dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap

dengan mesin utama. Masyarakat kampung bekerjasama

mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan

makan tengah hari.

24 Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah

tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”.

Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling

sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada

dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga

menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih

Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji.

Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar

memasarkan perabutnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk

mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi

perniagaannya. Pihak mara juga cuba membantu untuk

memasarkan barangan pengusaha-pengusaha perabut

bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf

selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua

pucuk surat kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat

daripada Suhaili dan Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah

bertanyakan Zahar dari mana datangnya surat tersebut. Zahar

menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan

Page 14: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama

ayahnya nanti.

SINOPSIS

KESELURUHAN

Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi

pelatih di IKM dalam bidang pembuatan perabot. Zahar

merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan

hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya.

Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus

berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang

cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya

mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan

semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di

bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung

pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba

memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu.

Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-

sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA,

akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabutnya sendiri.

TEMA Kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk

menjadi seorang usahawan.

- Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dalam bidang

pertukangan kerana ingin mencapai cita-citanya untuk

menjadi usahawan perabot yang cemerlang.

- Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya

membantu bengkel Pak Yusuf dalam menyiapkan

tempahan setiapa kali pulang bercuti di kampung.

PERSOALAN 1. Usaha yang membawa kejayaan

- Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan

menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya

mempunyai bengkel perabotnya sendiri.

2. Minat dan kebolehan diri

- Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan

walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam

bidang tersebut.

- Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak

Page 15: lamanbahasa.files.wordpress.com …  · Web viewZahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan ... Dua tiga orang laju berbasikal ... Temah mengusik Zahar dan bertanyakan

belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi

pelajar cemerlang di IKM

3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja

- Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili

tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka

berbeza.

- Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat

cemburu.

4. Keharmonian hidup di kampung

- Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak

Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang

membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis

tersebut.

- Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk

mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu

mereka dengan hidangan tengah hari.

5. Persahabatan yang ikhlas

- Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani

latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di

rumahnya.

- Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling

memberi sokongan antara satu sama lain.