33
1.0 What is Blogging Menurut wikipedia blog iaitu singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas. Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog. Menurut Mohd Zulfadli pula blog adalah ringkasan bagi weblog. Blog adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat atau penulisan secara peribadi mengenai sesuatau perkara dan sentiasa dikemas kini. Konsep blog adalah sama seperti diari harian. Blog mempunyai perbezaan dengan web biasa dari segi susunan artikelnya yang revers chronoligi order. Ini bermaksud setiap kali ada update dari blog penulisan terkini akan berada di atas dan yang lepas berada dibawah. Blog sangat mudah digunakan kerana tanpa kepakaran dalam bidang teknikal orang ramai boleh menggunakan blog. Ini adalah kerana penggunaan blog seolah-olah sama dengan kelengkapan yang ada pada Microsoft Office.

What is blogging

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: What is blogging

1.0 What is Blogging

Menurut wikipedia blog iaitu singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris

ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan

kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya

makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih

sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks,

imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan

topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam

format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog

umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto

(blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio(podcasting), dan merupakan

sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web

log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian

"untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog. Menurut

Mohd Zulfadli pula blog adalah ringkasan bagi weblog. Blog adalah jurnal online

yang digunakan untuk menyatakan pendapat atau penulisan secara peribadi

mengenai sesuatau perkara dan sentiasa dikemas kini. Konsep blog adalah sama

seperti diari harian.

Blog mempunyai perbezaan dengan web biasa dari segi susunan artikelnya

yang revers chronoligi order. Ini bermaksud setiap kali ada update dari blog

penulisan terkini akan berada di atas dan yang lepas berada dibawah. Blog sangat

mudah digunakan kerana tanpa kepakaran dalam bidang teknikal orang ramai

boleh menggunakan blog. Ini adalah kerana penggunaan blog seolah-olah sama

dengan kelengkapan yang ada pada Microsoft Office.

Sejarah blog bermula dengan penggunaan perkataan web blog dimulakan

Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Terdapat juga pendapat mengatakan

terdapatnya seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall

dipercayai telah menceburi dunia penulisan blog sejak 1994 selama 8 tahun. Beliau

dipercayai antara blogger terawal dan impaknya dalam penulisan blog telah

membuka lanskap dan dimensi baru dalam dunia penulisan moden. Perkataan blog

akhirnya di terima pakai masyarakat blog dan pembaca di seluruh dunia secara

meluas.

Page 2: What is blogging

Ramai penulis percaya blog lebih kepada berbentuk jurnal dan catatan diari

dengan isi kandungannya boleh dikongsikan untuk tatapan umum di internet. Ini

adalah kerana pelbagai maklumat dan informasi dalam pelbagai bidang boleh

dikongsikan secara global. Malah, pembaca boleh berinteraksi antara satu sama

lain serta memberikan komen dan ulasan yang membina terhadap catatan yang

dibuat (Noor Fazlinda Binti Othman, 2010)

Terdapat beberapa istilah asas bagi penggunaan blog iaitu blogging

merupakan aktiviti mengemaskini atau mengurus blog. Selain itu juga blogger juga

membawa maksud pemilik atau penulis blog. Blog juga merupakan artikel dalam

tulisan oleh blogger. Blog berfungsi untuk menulis sesuatu artikel. Artikel tersebut

juga boleh di berikan komen oleh pelawat dan pembaca.Ini adalah antara ciri yang

membezakan blog dengan web biasa. Pelawat boleh menulis segala pendapat dan

pandangan terhadap penulisan pemilik blog atau penulisnya. Namun ciri ini boleh di

disablekan bergantung kepada pemilik blog.

Blog juga mudah untuk dikemas kini kerana mudah digunakan. Enjin carian

mudah meng-index laman web jenis blog kerana ciri-ciri blog yang sentiasa

dikemas kini. Laman web statik pula sangat sukar dikemaskini dan tidak mampu

dilakukan tanpa pengatahuan yang baik dalam bidang teknikal ini.

2.0 Difference between A Blog and a Website

2.1 BLOG

Pada amnya, log web atau blog (kata lahir daripada perkataan inggerisnya), Weblog

merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi

pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum.

Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan.

Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap

mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan

secara berterusan.Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar

pelawat boleh membaca catatan terkini.Kemudian mereka boleh member komen

terhadap erti anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada

anda.Dalam bidang pendidikan, blog pendidikan digunakan bagi memenuhi

pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran

(Susana & Sergio 2007).

Page 3: What is blogging

Perbandingan di antara blog dan laman web adalah seperti berikut pertama

Web adalah berbentuk statik manakala blog adalah bersifat dinamik. Web

biasanyadihasilkan dengan kandungan yang tidak diubah dalam jangka masa yang

lamaberbanding blog yang akan sentiasa dikemaskini oleh admin blog

tersebut.Kedua pula ialah Web adalah kurang interaktif berbanding blog. Buktinya

amat mudah adalah dimanajarang pengendali laman web menyediakan ruang

untuk interaksi antara admin dengan pengunjung web. Malah jika ada pun ruangan

contact yang memerlukan pengunjung menghantar email dan sebagainya untuk

berinteraksi dengan admin berbanding blogyang mana pengunjung boleh

meninggalkan komen terhadap post yang dibuat admindan pengunjung lain juga

boleh menjawab komen dari pengunjung pertama tadi.Ketiga ialah Web adalah

bebentuk formal, menampilkan imej korporat dan kadangkala bersifat seperti

gedung jualan manakala blog adalah merupakan catatan peribadi.

Kebiasaannyaweb digunakan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk

menunjukkan imej korporatmereka selain menyampaikan maklumat mereka disitu .

Terdapat juga web yangmempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Blog

juga sebenarnya tidakketinggalan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan

tetapi ramai yangmenggunakan blog sebagai pengganti buku catatan harian

mereka dengan mencatataktiviti harian atau berkongsi hobi secara online.

2.2 LAMAN WEB

Laman web ataupun website pula adalah sebuah cara untuk memaparkan diri anda

di Internet. Boleh diibaratkan bahawa laman web kita adalah sebuah tempat di

internet yang mana sesiapa sahaja di dunia ini boleh mengunjunginya pada bila-

bila saja dan mereka boleh mengetahui tentang diri kita, memberi soalan kepada

kita, memberikan dan mengongsikan bahkan mengetahui, membeli dan menjual

produk kita.

Pengguna Internet semakin hari semakin bertambah banyak, sehingga

menyebabkan potensi pasaran yang berkembang terus. Semua orang

menggunakan laman web untuk banyak perkara mulai dari perkara pendidikan

sehinggakan kepada proses memesan makanan kerana prosesnya yang

cepat,murah, mudah dan menyeronokkan. Pada hari ini orang lebih suka mencari

maklumat tentang suatu produk dan pelbagai pekara melalui internet sebelum

mendapatkan sesuatu yang diinginkan itu.

Page 4: What is blogging

Di samping itu, laman web adalah merupakan sebuah kumpulan fail yang

terletak pada sebuah komputer yang disambung ke Internet. Ketika seseorang

melawat laman web kita, mereka sebenarnya hanya disambung ke sebuah

komputer dan komputer (yang kemudian disebut sebagai Server) tersebut

memberikan jumlah yang ingin mereka lihat.Ini kedengaran mudah, tetapi

umumnya komputer biasa tidak mempunyai power dan software yang diperlukan

untuk bertindak balas terhadap semua permintaan yang diperlukan oleh

pengunjung web anda. Selain itu, walaupun komputer atau server anda sanggup,

komputer anda akan memerlukan sambungan atau akses Internet yang cepat untuk

melayani jumlah pengunjung web kita.

Berikut adalah merupakan beberapa fungsi laman web ialah membuat

pengumuman atau notis pemberitahuan, memberikan perkhidmatan kepada

pengguna atau pelanggan anda, menerima maklumbalas dari pengunjung laman

web anda, berkongsi dan pengedaran fail dan gambar, berkomunikasi secara

langsung dengan pengunjung anda yang berada di mana-mana sahajadi dunia.

Dengan wujudnya berbagai kekeliruan dan perdebatan mengenai

perbandingan di antara laman dan blog, ianya telah terbukti membawa kesukaran

kepada ramai usahawan dan peniaga dalam talian untuk menggunakan dua peranti

online yang berbeza ini dengan betul dalam perancangan pemasaran mereka.

Adalah sangat penting untuk semua orang untuk memahami perbezaan utama

diantara laman blog dan laman web yang mana kita harus mengenali dengan lebih

mendalam mengenai kekuatan dan kelemahan keduanya dan apakah fungsi

pemasaran yang terbaik untuk dilaksanakan melalui dua medium ini.

Perbezaan utama di antara blog dan laman web adalah di mana fungsi utama

sebuah blog ialah berfungsi sebagai log web ataupun sebagai sebuah diari online.

Sebagai sebuah diari online, seorang blogger boleh mencipta pelbagai komen

peribadi yang menarik ataupun memberikan pelbagai pandangan dan maklumat

mengenai sesuatu perkara yang dibincangkan. Blog juga adalah senang dan cepat

untuk dicipta. Blog juga merupakan satu langkah yang paling murah untuk

mengiklankan perniagaan kepada komuniti online.

Di sebalik itu pula, sebuah laman web pula merupakan sebuah halaman

rasmi dan merupakan sebuah tempat atau lokasi kepada perniagaan yang

berasaskan web. Kita hanya perlu menyediakan satu peralatan e-perniagaan di

mana pelanggan boleh membuat pembelian secara online.

Page 5: What is blogging

Sebagai kesimpulannya, blog dan laman web adalah tidak dapat mengatasi

masing-masing sebagai pilihan utama pengguna oleh kerana kedua-duanya

mempunyai fungsi tersendiri yang sangat penting dan sangat berguna dalam

memastikan kejayaan sesuatu pemasaran dan juga perniagaan secara online.

3.0 Free Blogging Platforms for Teachers and Students

Edublogs adalah laman di mana pengguna boleh membuat blog sendiri

seperti di wordpress.com, blogspot dan lain-lain. Keunikan Edublogs adalah ia

menjurus kepada pendidikan serta sesuai digunakan untuk pendidikan.

(http://edublogs.org) Diantara ciri-ciri edublogs yang dipaparkan ialah :

1. Selamat dan Dipercayai - Blogs boleh dirahsiakan (private) atau

terbuka(public)  kepada orang ramai.

2. Edublogs dibenarkan oleh kebanyakan  sekolah (international)  di mana

platform blog (contohnya blogspot dan wordpress) yang lain tidak.

3. Mesra pengguna (pelajar) – memudahkan  Guru untuk membuat dan

mengurus blog pelajar.

4. Beberapa ciri-ciri yang popular termasuk forum, penambahan video,

integrasi Facebook dan Twitter, dan kalendar.

5. Mempunyai  lebih 100 tema yang berbeza yang membolehkan kawalan

warna, imej, dan susun atur.

Page 6: What is blogging

6. Berasaskan Penyelidikan  - Melibatkan pelajar dalam pembelajaran mereka

dan meningkatkan pengajaran melalui kerjasama di dalam kelas dan paparan

portfolio pelajar.

Menurut edublogs, penggunaan blog di sekolah sebenarnya amat membantu

pembelajaran secara berterusan kerana ia membolehkan guru dan pelajar

berinteraksi dan menyediakan maklumat pada bila-bila masa dan di mana-mana

sahaja melalui  rangkaian sosial dan interaksi, dan kemampuan untuk  berkongsi

pemikiran dan pencapaian dalam kelas.Salah satu cara popular untuk

menggunakan Edublogs adalah untuk mengemas kini secara teratur segala

tugasan, acara dan kegiatan di dalam kelas. Blog juga membolehkan makluman

terkini disampaikan kepada ibu bapa yang mempunyai akses ke web. Pelajar juga

gemar membuat blog tetapi melalui edu blogs mereka dapat bekerjasama dengan

rakan-rakan serta guru di dalam suasana yang terancang dan selamat. Ia sangat

bersesuaian untuk projek-projek kumpulan, ePortfolios, surat khabar sekolah, jurnal

refleksi dan laman web kelas. Terdapat 3 jenis akaun iaitu akaun percuma ( sesuai

untuk pelajar), akaun Pro (sesuai untuk guru ) dan akaun Campus (sesuai untuk

institusi seperti universiti dan

sekolah).http://v2.career2zoom.com/index.php/en/component/content/article/

140teknologi/608-trend-september-2011.

Seterusnya pula ialah blogs yang bertajuk Teacher Lingo.

(www.teacherlingo.com). Ia merupakan blog yang dibuat guru untuk guru sebagai

tempat bertukar maklumat pengajaran dan pembelajaran. Dalam blog ini juga,

terdapat forum bagi membolehkan para guru berkongsi pendapat.

21Classes merupakan salah satu jenis pembelajaran Koperative dan juga

sebagai platform blog kepada guru dan pelajar. Ia boleh digunakan memuka kelas

homepage dan juga menbina blog persendiri untuk pelajar. Setiap pelajar akan

menerima 1MB space dengan contoh secara percuma dan guru akan mempunyai

Page 7: What is blogging

access kepada setiap blog pelajar tersebut. Dengan itu, guru dapat menyemak

kerja-kerja pelajarnya tanpa buka kerana pelajar akan menghantar kerja sekolah

melalui blog masing-masing.

Bagi CLASS BLOGMEISTER pula, dibangunkan hanya untuk kelas sahaja. Ia

perlu di buka untuk guru kelas, pengetua, pepustakawan dan professional

pendidikan yang lain. Akaun ini boleh digunakan untuk assigment, penulisan

pelajar, dan pelbagai lagi. Tetapi blog ini tidak membenarkan pelajar membuka

akaun sendiri kecuali menggunakan akaun guru yang sedia ada.

4.0 How to set up a blog

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk membina blog. Dengan

mengikuti beberapa langkah tersebut, seseorang sudah bergelar seorang blogger.

Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, seseorang harus

mempunyai akaun google terlebih dahulu. Akaun google menjadi pilihan utama

kerana memandangkan blogger.com merupakan produk dari google. Namun begitu,

seseorang blogger juga boleh menggunakan akaun lain, mengikut pilihan blogger

sendiri.

Bagi yang telah mempunyai akaun google, anda boleh sign atau pun klik

http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=imatau http://www.blogger.com./

Manakala, bagi yang masih belum mempunyai akaun google, anda perlu

mendaftar dahulu untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Page 8: What is blogging

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membina blog.

Pergi ke :ttp://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im atau

http://www.blogger.com

Apabila keluar laman Gmail, klik blog yang berada di bahagian bawah.

Seterusnya, klik pada ‘create a blog’.

LANGKAH

LANGKAH

Page 9: What is blogging

Kemudian isi maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan di

dalam talian.

Page 10: What is blogging

Setelah selesai, klik ‘continue’.

Menamakan blog

1. Selepas itu, masukkan blog name dan juga blog address.

Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog.

Blog Address yang ditunjukkan biasanya akan digunakan oleh

pengunjung untuk membuka blog anda. Ia amat penting bagi

sesebuah blog yang telah dibina. Walau bagaimanapun, blogger boleh

merujuk kepada Tip Pemilihan URL untuk blog untuk mempelajari

dengan lebih teliti tentang blog yang telah dibina.

Untuk pengesahan akaun, anda perlu memilih sama asa untuk mendapatkan kod pengesahan melalui mesej teks atau panggilan suara.

Pilih negara anda

Klik ‘Send verification code to my mobile phone’. Nombor kod tersebut akan dihantar terus ke telefon anda.

Masukkan nombor telefon anda bermula dengan kod negara

Setelah anda menerima kod pengesahan, masukkan nombor kod tersebut di sini.

Klik ;Verify’

LANGKAH

Page 11: What is blogging

Memilih Templet

2. Pada ruangan ini, pilih template mengikut citarasa sendiri, kemudian klik

‘continue’

Setelah selesai langkah tersebut, secara automatik,akaun anda telah siap

dibina dan boleh mula menaip untuk entri pertama anda.

Masukkan nama blog anda. Anda boleh mengubah

nama tersebut kemudian

Klik di sini untuk menyemak ketersediaan nama blog anda

klik ‘CONTINUE’

LANGKAH

Page 12: What is blogging

Mencatat ( Posting)LANGKAH

Pada paparan blog anda, klik ‘New Post’ yang berad di bahagian atas sebelah kanan

Masukkan judul

Taip teks di sini.

Kemudian, anda boleh memilih untuk ‘SAVE NOW’ atau

‘PREVIEW. Jika anda sudah bersedia untuk menerbit catatan

tersebut anda boleh klik pada ‘PUBLISH POST’

Page 13: What is blogging

Mengulas Catatan

Mengubahsuai blog

Semasa mengedit teks, anda boleh

memasukkan pautan (link), imej atau video.

Anda juga boleh memuatkan naik video dari folder anda atau daripada Youtube.

LANGKAH

Muka ini akan dipaparkan dan boleh mula menulis komen anda.

Untuk mengulas, buka catatan yang hendak anda ulaskan dan klik‘Comment’

Klik pada ‘Post Comment’.Anda boleh ‘Preview’ ulasan tersebut sebelum diterbitkan.

LANGKAH

Page 14: What is blogging

5.0 Things to Pay Heed to when Setting up a Classroom Blog

Anda juga boleh menambah gajet ke

blog anda serta memilih pelbagai

gajet yang disediakan.

Halaman ini akan dipaparkan dan anda

boleh klik dan mengheret muka elemen

blog anda mengikut lokasi kesukaan

Kemudian, anda boleh ‘Preview’ dan Save’

Untuk mengubahsuai blog, klik ‘Design’ yang

berada pada bahagian atas sebelah kanan anda.

Page 15: What is blogging

Dalam mengejar sebuah negara yang terus berkembang dan maju, sistem

pendidikan Malaysia telah melakukan perubahan dengan penggunaan ICT dalam

pendidikan negara. Ini sejajar dengan perkembangan pesat ICT di negara-negara

maju yang lain dalam penggunaan ICT bagi tujuan itu nanti. Maka ramai guru-guru

yang terdapat disekolah telah mula membangunkan Website mereka untuk

memastikan setiap pelajar tidak ketingalan dalam arus perubahan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, pihak pentadbiran sekolah

seperti Pengetua dan Guru Besar harus sentiasa memberikan galakan serta

sokongan dalam pembangunan ICT di sekolah masing-masing supaya sekolah

mereka nanti menjadi sekolah yang sentiasa menggunakan ICT sama ada guru

serta pelajar.

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh guru dalam

membangunkan ICT di sekolah mereka. Antaranya ialah menggunakan Facebook,

Wiki, Skype, Social Networking dan juga Blog.Blog adalah sebuah laman web yang

kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan

dengan tertib terbalik. (www.wikipedia.org/wiki/Blog)

Semasa membina blog, guru haruslah memberikan beberapa kategori bagi

menjadikan sesebuah blog nampak menarik. Sesebuah Blog yang menari akan

mengalakan seseorang itu untuk terus melayari blog dan mencari maklumat

dengan berterusan apabila rekaan blog menarik. Hal ini juga akan berlaku kepada

pelajar kita khususnya. Contohnya guru sejarah telah membanggunkan blog nya

bagi menyalin semua nota-nota dan soalan-soalan dalam blog untuk dilayari oleh

pelajar nya nanti. Andai kata blog yang di layari oleh pelajar itu menarik, seseorang

itu akan berminat dan teruja untuk membuka blog untuk kali kedua dan mereka

akan memaklumkan kepada pelajar lain mungkin kawan-kawan di sekolah lain.

Untuk menghasilkan blog yang menaik, guru harus merancang untuk

memikirkan mengenai apakah perkara para pelajar perlu tahu dalam mendapatkan

maklumat yang dikumpulkan. Proses ini boleh juga dikatakan merancang semasa

mengumpul maklumat dapat dijalankan di mana beberapa maklumat yang

diperoleh boleh membawa kepada maklumat yang lain atau membawa kepada

punca maklumat baru semasa pelajar meneroka blog kita nanti. Selain itu juga,

guru harus mempunyai carta aliran yang mudah sebagai panduan daripada tujuan

sehingga merancang, mengumpul makluamat, mengarang, mencuba dan menilai

kerana projek ini melibatkan proses yang berulang-ulang dan sukar dibuat secara

terus-menerus (Sharon E. Smaldino et al., 2012).

Page 16: What is blogging

Seseorang guru juga harus memikirkan tentang imej ketika mencipta

blog.Imej memainkan peranan yang berkesan dalam menarik minat seseorang. Imej

menggambarkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan menekankan

sesuatu perkara tampa perlu menjelaskannya dengan terperinci. Imej juga boleh

mempunyai lebih daripada suatu maksud dan lebih terdedah kepada pelbagai

tafsiran berbanding teks yang khusus. Hamipir setiap masa, gambar dan imej

adalah perkara pertama yang disedari oleh pengguna setiap kali mereka berpindah

dari satu skrin ke skrin yang lain. Oleh sebab itu, gambar dan imej mempunyai

peranan yang penting dalam komunikasi.Selain itu juga, guru harus menyediakan

imej mempunyai ilustrasi idea, menceritakan kisah, menunjukan maklumat,

memberi pertunjuk dan warna yang sesuai bagi meransang pengguna nanti.

Perkara yang seterusnya yang perlu difikirkan oleh guru ialah animasi.

Animasi adalah cara menunjukkan apa yang sedang berlaku dan lebih tepat

daripada penjelasan. Animasi secara khususnya berguna bagi menunjukkan proses

dan konsep yang dinamik yang berlaku perlahan atau lambat seperti

perkembangan sesuatu perkara yang terjadi. Contohnya animasi pembentukan

benua, putaran bumi, gelombang dan sebagainya. Animasi adalah cara yang baik

bagi menjelaskan kefahaman pelajar supaya mereka boleh menentapkan peringkat-

peringkat mengikut susunan yang betul.

Seterusnya perkara yang perlu diberikan perhatian ialah penggunaan

teks.Apabila seatu gambar boleh memberitahu banyak perkara, pelajar mungkin

tidak perlu kepada teks yang panjang lebar. Had masa tumpuan pelajar bagi

membaca teks pada skrin dan ruang yang ada boleh digunakan untuk kebaikan.

Apabila pelajar tahu mereka perlu menjelaskan suatu konsep dalam hanya lima

baris ayat, mereka perlu meringkaskan serta menetapkan maklumat penting

sahaja. Di samping itu guru perlu memastikan persembahan menghiburkan dan

difahami oleh pelajar nanti. Teks haruslah ditulis dalam pelbagai bentuk yang

dikehendaki oleh pelajar sama ada berbentuk cerita, laporan, kajian semula, surat

atau beberapa bentuk transkip temu ramah. Teks juga mempunyai beberapa fungsi

antaranya tajuk-tajuk bagi seluruh persembahan, panduan atau langkah-langkah

panduan, memberikan penjelasan, tanda-tanda label, nasihat, pertunjuk dan

pelbagai lagi fungsi mengikut idea seseorang guru dalam membuat blog.Hal ini

penting supaya blog yang kita bina lebih mesra pengguna dan pelajar mempunyai

banyak kehendak yang mereka perlukan nanti.

Page 17: What is blogging

Selain itu juga, guru juga mengambil kira tentang kesan bunyi dalam

penhasilan blog.Bunyi dalam bentuk kata-kata berfungsi seperti

teks.Walaubagaimanapun, terdapat dua perbezaan yang penting. Pertama ialah

walaupun suatu penjelasan dapat dibaca tetapi dengan cara mendengar,

penjelasan itu lebih mudah difahami dan diingati. Cara seseorang bercakap tidak

serupa dengan cara menulis. Semasa bercakap seseorang mungkin lebih banyak

menggunakan bahasa harian dan keadaan ini boleh memberi kesan hamper kepada

pendengar iaitu pelajar kita. Kedua pula guru harus memikirkan bagaimana pelajar

memasukkan suara mereka ke dalam program computer dengan cara yang

membuatkan suara mereka jelas supaya audiens boleh mendergar suara mereka

dan mungkin dapat mengecam suara siapa. Pelajar mungkin merasa seronok

dengan memasukkan bunyi ke dalam persembahan mereka nanti. Kesan bunyi ini

sedikit sebamyak dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran nanti.

Di dalam blog juga, guru juga boleh menyediakan rakaman video yang

sesuai. Video adalah cara yang terbaik bagi pelajar meletakkan diri mereka dalam

pelbagai situasi nanti. Sebagai contoh seorang guru ingin menjelaskan tentang

keganasan Parti Komunis Malaya pada masa dahulu.Untuk memastikan pelajar lebih

memahami topik ini, guru boleh mengambil beberapa vedio seperti Bukit Kepung.

Seseorang yang mempunyai pehayatan cerita yang tinggi akan mudah faham

dalam mempelajari apa yang mereka telah pelajari. Bagi guru yang mementingkan

kefahaman yang tinggi untuk pelajar, guru pastinya akan memikirkan langkah ini

bagi pemehaman pelajar (Vivi lanchs. 2006).

6.0 Blogging Tips for Teachers

Dengan kepesatan teknologi pada masa kini, maka terhasilnya teknologi

penyampaian yang begitu berkesan kepada masyarakat terutamanya di dalam

bidang pendidikan. Blog adalah salah satu pendekatan yang telah digunakan untuk

menyebarkan maklumat di dalam bidang pendidikan.Oleh itu, blog banyak berguna

dalam membantu perkembangan dalam pemikiran manusia dalam perspektif

pendidikan secara global.

Ia amat berbeza dengan pengajaran secara tradisional yang hanya

melibatkan komunikasi satu hala, iaitu hanya guru yang bercakap di hadapan kelas.

Manakala, pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting

sesebuah subjek. Proses pengajaran dan pembelajaran cara ini sememangnya

menyebabkan hilang minat pelajar terhadap subjek tersebut dan menganggap ia

Page 18: What is blogging

adalah subjek yang sukar untuk difahami. Selain itu, interaksi pelajar turut terbatas

kerana guru hanya mengajar tanpa melihat sejauh mana tahap keupayaan

pembelajaran pelajar.

Blog amat berguna kepada golongan guru kerana blog yang dibina oleh guru

kebanyakkanya sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi

maklumat sama ada berkaitan dengan kursus, pengurusan kursus, serta komen

tentang hasil kerja pelajarnya. Penggunaan teknologi menerusi blog iaitu secara

atas talian ( online) dapat dijadikan sebagai platform untuk guru serta pelajar

belajar dengan berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut

Kennedy (2003), blog kini telah menjadi dimensi baru untuk pengajar-pengajar dan

pelajar-pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan cepat.

Pelajar boleh membaca apa sahaja maklumat yang telah pun dimuat turun, juga

boleh berinteraksi dengan guru iaitu pengendali blog yang telah memberi maklumat

tersebut melalui teknik perakam suara atau klip video.

Melalui pengkongsian maklumat ini juga, blog dapat dijadikan sebagai

tempat perbincangan pada ruangan komentar atau ruangan chat box dari pelbagai

lokasi di seluruh dunia. Dengan interaksi antara guru-pelajar melalui penggunaan

blog, secara tidak langsung dapat melatih kemahiran menaip walaupun

menggunakan pelbagai bahasa.Penggunaan blog juga dapat memudahkan guru

untuk melatih pelajar dalam kemahiran seni reka digital, terutama dalam design

blog, kod CSS ataupun ‘blog skin’.Ini disebabkan penggunaan blog memerlukan

sedikit kemahiran yang memerlukan pengguna blog untuk mempelajarinya dan

dapat memperkembangkan lagi kemahiran pengguna dalam dunia digital.

Golongan guru boleh menggunakan blog untuk mengutip kerja pelajar,

disunting, ditaksir dan diterbitkan untuk dikongsi bersama blogger yang lain.

Melalui kaedah ini, ada kalanya hasil kerja pelajar boleh dijadikan panduan kepada

pelajar yang lain sama ada untuk memperbaiki kelemahan mahupun mengambil

contoh untuk hasil kerja yang seterusnya. Pelajar tidak perlu lagi berasa sukar

untuk menghantar tugasan yang diberikan. Kadangkala, sekiranya pelajar tidak

begitu memahami kehendak tugasan yang diberikan oleh guru, maka pelajar boleh

mengutarakan soalan mereka kepada rakan blogger yang lain dan juga guru untuk

mencari jalan penyelesaiannya.

Page 19: What is blogging

Penggunaan blog oleh guru merupakan tindakan yang bijak kerana pelajar

dapat menghantar penulisan secara atas talian. Secara tidak langsung, guru dapat

mengasah bakat pelajar dalam bidang penulisan dan dapat berkongsi maklumat

dengan pengguna blog yang lain. Guru juga dapat menyelesaikan masalah bagi

pelajar yang tidak begitu selesa dengan penggunaan komputer dengan

penggunaan blog.Hal ini dapat dibuktikan apabila pembinaan blog tidak

memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod kod aturcara seperti HTML, PHP

dan sebagainya. Sebaliknya, blog lebih senang untuk di selenggara kerana ia telah

tersedia ada serta rekabnetuknya boleh diubah suai melalui kaedah ‘ drag and

drop’. Layout yang terdapat dalam blog juga dikatakan lebih bersifat mesra

pengguna.

Selain itu, blog amat penting untuk guru dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.Guru dapat memberi perkembangan terbaru kepada pelajar dan

pelajar dapat memberi respon tentang perkara yang hendak disampaikan oleh

guru. Blog dapat dijadikan platform untuk guru memasukkan tip-tips menjawab

soalan dan sebagainya. Guru juga dapat mempamerkan kerja-kerja pelajar untuk

dijadikan contoh kepada pelajar lain. Kebiasaanya hasil kerja pelajar akan sentiasa

dikemaskini dan ini dapat menjadikan pelajar akan sentiasa memperolehi maklumat

terkini daripada guru mereka.

Guru dapat mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan

menggunakan teknik powerpoint, teknik video dan audio dan dimasukkan ke dalam

blog untuk dijadikan sumber maklumat pelajar. Sebagai contoh, apabila guru

mengajar sesuatu topik, guru akan mengambil langkah dengan mencari video-video

pendek di internet melalui youtube.com dan memuat turunkannya dengan

menggunakan perisian Internet Download Manager (IDM) bagi membantu

kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Penggunaan unsur gerak

bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung akan dapat menarik minat

perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman pelajar dan dan menghindar salah

tanggapan dan pentafsiran pelajar.

Untuk menjadikan pengajaran guru lebih berkesan maka guru telah

memasukkan nota-nota penting ke dalam blog sebagai rujukan pelajar. Penggunaan

Page 20: What is blogging

media dalam proses pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih

efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada

kelancaran kedinamikan dalam lapangan pendidikan.

Guru juga perlu membiasakan pelajar dengan suasana pembelajaran yang

menarik bagi meningkatkan penglibatan mereka. Oleh itu, guru perlu mempunyai

kemahiran untuk merangsang motivasi dan minat pelajar untuk mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa di dalam kelas mahupun di luar

kelas. Cara yang paling berkesan adalah dengan penggunaan blog.

7.0 Advantages of Blogging in Education

Corak pendidikan pada masa kini semestinya sudah banyak berubah jika

dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi

maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan.

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu

cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dalam

kalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinisikan PBK sebagai perisian

pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan

(programminglanguage), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia

authoring andprogramming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek (Scribd,

2009).

Pengajaran secara tradisional banyak melibatkan komunikasi satu hala, iaitu

guru sahaja yang bercakap di hadapan sesebuah kelas. Pelajar hanya perlu duduk,

mendengar dan mencatatkan isi penting sesebuah matapelajaran. Persembahan

sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran

tersebut dan seterusnya mengkategorikannya sebagai matapelajaran yang sukar

difahami. Ini kerana, interaksi yang kurang di antara pelajar dan guru mengarahkan

pelajar menjadi pelajar yang pasif. Di samping itu, interaksi pelajar dengan

matapelajaran itu sendiri turut terbatas kerana guru mengajar tanpa mementingkan

tahap keupayaan pembelajaran mereka. Pelajar juga sukar untuk menentukan

sejauh mana mereka boleh memahami pengajaran guru mereka (Baharuddin et al.,

2000).

Penggunaan Internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada

guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta

Page 21: What is blogging

penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal

tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal

pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam

sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya

menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan

mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam

portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding

dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali (Zalina Yahaya, 2001).

Penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh

organisasi atau individu semakin popular. Blog merupakan salah satu platform

terbaik untuk digunakan dalam pendidikan kerana blog merupakan saluran info

yang mudah diselenggara, malah boleh didapati dengan percuma. Guru dan

pensyarah tidak perlu menguasai kemahiran pengaturcaraan (programming) untuk

menghasilkan laman blog mereka sendiri. Blog menyediakan peluang kepada para

blogger untuk mengumpulkan kumpulan komu iti daripada masyarakat luar yang

boleh terdiri daripada pelbagai pihak yang berbeza latar belakang sebagai komuniti

di dalam blog. Blog dapat memberi kuasa kepada kanak-kanak atau pelajar

mudasatu suara yang akan didengari oleh komuniti umum. Terdapat beberapa

organisasi blog yang menyediakan tapak blog secara percuma. Contohnya

http://blogspot.com/ http://wordpress.com danhttp://edublogs.org/.

Guru atau pensyarah tidak harus ketinggalan mempelajari cara

membangunkan blog, mengaplikasi prinsip pedagogi dalam menggunakan blog

apabila mengendalikan sesuatu kursus, dan mengeksploitasi kemudahan yang ada

dalam blog. Berbanding dengan format html untuk sesuatu laman web yang

menggunakan teknologi Web 1.0, format blog menggunakan teknologi Web 2.0

adalah lebih mudah digunakan dan memenuhi ciri-ciri teknologi masakini. .

Kesemua menu, paparan tema, wijet dan tools untuk menyelenggara blog telah

tersedia. Kepentingan web blog kepada pelajar ialah pelajar boleh berkomunikasi

tentang isu semasa atau maklumat yang terbaru secara terus, menyediakan portal

untuk kegunaan pelajar, memudahkan pelajar untuk menghantar tugasan, dan juga

memudahkan pelajar melihat ulasan terhadap tugasan atau subjek yang

dibincangkan.

Selain itu, ruangan post forum yang disediakan juga bertujuan untuk

memberikan peluang kepada pelajar membuat refleksi setiap topik yang diajar di

dalam kelas, memberi komen kepada setiap maklumat terbaru,mengadakan aktiviti

perbincangan tentang pembelajaran, bengkel, atau kerja kursus. Web blog ini juga

Page 22: What is blogging

adalah salah satu cara untuk membenarkan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain

tentang apa jua aktiviti pembelajaran dan juga salah satu cara untuk memberi

pelajar ruang melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Forum secara maya adalah salah satu teknologi yang sangat berpotensi

sebagai ruang perbincangan dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun banyak

kajian yang telah dijalankan terhadap ruang perbincangan secara online yang

dibangunkan untuk komuniti pendidik umumnya menunjukkan penyertaan yang

sangat rendah. Kajian juga menunjukkan sebahagian besar warga pendidik yang

terlibat di dalam perbincangan secara maya telah menggunakan ruangan tersebut

untuk membincangkan perkara-perkara yang remeh dan mengandungi maklumat

yang kurang tepat. Selain itu juga,perbincangan yang di adakan dalam laman forum

adalah perbincangan bagi pelajar yang mempunyai kata laluan sahaja. Ia tidak

melibatkan perbincangan secara global. Malah topik yang dibincangkan tidak dapat

dipaparkan secara terbuka. (Dr. Sajap Maswan, 2009).

Kebaikan blog yang paling ketara dan sangat popular sekali pula adalah

digunakan untuk berkongsi maklumat terkini. Pengguna atau pembaca boleh

membaca apa saja maklumat yang dimuat turun, pengguna juga dapat berinteraksi

dengan pengendali blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks,

imej,rakaman suara atau klip video. Ini merupakan salah satu kebaikan utama dan

paling polular digunakan oleh pengguna.

Selain itu juga, kelebihan blog adalah mudah untuk digunakan dalam

menghantar penulisan secara atas talian. Jesteru itu, pelajar dapat mengasah bakat

dalam bidang penulisan disamping dapat berkongsi maklumat dengan pengguna

yang lain. Ia juga digunakan sebagai laluan teknologi bagi pelajar-pelajar yang tidak

selesa menggunakan komputer. Semakin lama para pelajar didedahkan dengan

penggunaan blog maka mereka mudah untuk menggunakan teknologi yang sedia

ada. Pembinaan blog juga tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod-

kod aturcara seperti HTML, CSS, PHP dan sebagainya. Blog lebih senang

diselenggara kerana telah tersedia fungsi kiriman mudah serta rekabentuk yang

boleh di ubahsuai melalui kaedah “drag and drop”. Layout dalam blog juga adalah

bersifat mesra pengguna.

Selain daripada perkongsian maklumat ia juga digunakan sebagai tempat

perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Ini adalah sangat jauh berbeza, berkesan dan sangat cepat daripada menggunakan

ruangan forum di halaman surat khabar. Tidak mustahilah penggunaan blog ini

Page 23: What is blogging

sangat cepat berkembang.

Dengan hubungan dan interaksi dari penggunaan blog, ia seterusnya dapat melatih

kemahiran menaip, walau dalam pelbagai bahasa. Ini kerana ia bukan hanya dapat

dilihat dan dikongsikan dari dalam Negara sendiri tetapi seluruh pelusuk dunia.

Penggunaa blog juga dapat melatih kemahiran seni reka digital, terutama design

blog, kod CSS atau ‘blog skin’. Ini kerana penggunaan blog memerlukan sedikit

kemahiran minimum yang memerlukan pengguna blog untuk mempelajarinya,

penggunaan blog ini dapat memperkembangkan lagi kemahiran pengguna dalam

dunia digital. Blog merupakan tempat yang sangat sesuai untuk menyampaikan

idea, gagasan atau tugasan, bagi seorang pensyarah, atau guru. Penggunaan blog

dapat memudahkan penyampaian idea, gagasan ataupun tugasan dikongsikan atau

di sampaikan kepada pengguna,pelajar ataupun rakan-rakan sekerja.

(http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html)

Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu pelajar berhubung

secara atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Pelajar boleh

menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat

ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy

(2003) blog kini telah menjadi dimensi baru untuk pengajar-pengajar dan

pelajarpelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera.

Blog boleh menjadi medium di mana kerja pelajar dikutip, disunting dan ditaksir dan

seterusnya diterbitkan untuk penonton atau pembaca maya.

Pembinaan atau pembangunan laman blog merupakan salah satu bahan

yang membantu tugas guru dalam usaha menyampaikan ilmu dan kemahiran

kepada murid-murid. Namun, harus diingat bahawa penggunaan teknologi

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan untuk menggantikan tugas

guru, tetapi untuk memenimbulkan suasana pengajaran yang lebih

menyoronokkan, berkesan dan lebih bermakna (Isham & M.Arif 2008). Kelebihan

dan keistimewaan aplikasi multimedia berbanding pengajaran tradisional harus

diambil kesempatan oleh Guru juga kerana ia mampu untuk meningkatkan

keberkesanan proses P & P itu sendiri.Oleh itu, inovasi dalam bidang ICT ini perlu

dimanfaatkan oleh semua warga pendidik supaya budaya pembelajaran berasaskan

teknologi ini dapat diterapkan dalam pengajaran mereka supaya P & P menjadi

lebih menarik dan berkesan (Kamarul Azmi & Ab. Halim 2007).

Penggunaan blog juga mempunyai keburukannya tersendiri. Jika seseorang

yang mengendalikan blog tu menggunakan blog tersebut dengan baik maka baiklah

hasilnya, Jika pengendali blog tersebut menyalah gunakan blog tersebut dan

Page 24: What is blogging

menggunakannya dengan tidak baik atau buruk maka buruk lah juga hasil atau

pengaruhnya. Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya,

maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat. Antara keburukan

blog yang utama adalah ia digunakan untuk menyampaikan maklumat palsu, fakta

salah, juga yang berunsur fitnah. Pada zaman IT ini, penyampaian maklumat palsu,

fakta salah, dan fitnah menjadi sangat mudah disebarkan dan disalahgunakan. Ia

tidak terkecuali dari melibatkan politik, individu, syarikat, Negara dan banyak lagi.

Penyalahgunaan seperti ini bukan sahaja merosakkan hubungan, tetapi juga dapat

mengkucar-kacirkan suasana. http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html

Blog juga digunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik

dan selebriti. Penggunaan blog seperti ini adalah sepatutnya tidak bermoral dan

boleh mengaibkan seseorang. Penggunaan blog seperti ini biasanya terjadi apabila

timbul rasa tidak puas hati, cemburu, dan ingin menjatuhkan status, ataupun nama

seseorang.

Kemudahan seperti ini tidak lari daripada terdedah kepada penyebaran SPAM, iaitu

maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog.

Ramai pengguna lain yang ingin mengambil kesempatan daripada perkhidmatan

blog ini dengan menyebarkan SPAM yang mungkin disertakan dengan VIRUS

computer yang akan merosakkan system ataupun perisian dalam komputer

pengguna. Keburukan lainnya adalah sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi

pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar. Oleh itu

kita tidak tahu sama ada pengendalinya itu jujur ataupun sebaliknya. Biasanya

kejadian ini berlaku atas tujuan tertentu, bagi mendapatkan keuntungan ataupun

penipuan. http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html

8.0 Ways Teachers Can Use Blogs in their Classrooms

Pada hari ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri ataupun blog

peribadi.Malah ada yang memiliki sehingga 5 buah blog. Oleh itu, ramai juga para

pendidik yang menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan outlet ini sebagai

sebuah alat bantu mengajar di dalam kelas.

Akan tetapi, kegunaan blog di dalam bilik darjah kini tidak terhad kepada

menjadi tempat untuk meninggalkan kerjarumah ataupun mengongsikan

pengumuman. Berikut adalah beberapa tips untuk guru melaksanakan P&P

menggunakan blog di dalam bilik darjah:

Kolaborasi:

Page 25: What is blogging

Salah satu kaedah terbaik untuk mengintegrasikan blog di dalam bilik darjah adalah

dengan menggunakannya untuk tujuan melaksanakan perbincangan dan projek

kolaboratif.Murid-murid boleh mengutarakan idea mereka, memberi komen tentang

perbincangan, refleksi mereka terhadap tugasan dan pensyarah dan banyak lagi.

Blog boleh menjadi tempat kepada para pelajar untuk bekerja bersama-sama untuk

mengongsikan idea dan boleh juga digunakan oleh guru untuk membimbing

perbincangan yang turut melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.

Refleksi:

Murid-murid boleh menggunakan blog sebagai satu ruang untuk mengongsikan

refleksi mereka terhadap tugasan yang sukar. Guru perlu memberi suatu persoalan

yang membangkitkan keinginan pelajar untuk mencari penyelesaian. Dengan

menulis respon mereka dan menjawab tugasan tersebut di dalam blog, maka

respon mereka itu boleh dilihat oleh rakan-rakan sekelas mereka yang lain.

Penulisan:

Dengan adanya blog, ia telah menggalakkan pelajar untuk mencari bahan

rujukan secara online. Maka dengan itu, penulisan boleh bertingkat daripada

akademik kepada berbentuk peribadi seterusnya memajukan kemahiran penulisan

dan luahan peribadi.

Kelas Bimbingan:

Murid-murid biasanya memerlukan bantuan lebih untuk memahami

konsep.Oleh itu, guru bolehlah mencipta blog dengan pelbagai bahan rujukan

tambahan daripada bahan bacaan kepada bahan latihan untuk memberikan murid

bantuan yang mereka perlukan. Guru perlu lebih banyak meninggalkan video,

bahan bacaan dan bahan audio di dalam blog untuk tujuan rujukan dan membantu

pelajar yang memerlukan bimbingan.

Pengurusan bilik darjah:

Blog adalah merupakan satu cara mudah untuk menyelaraskan pengumuman

dengan tugasan di bilik darjah. Guru boleh menggunakan blog untuk meninggalkan

kerja rumah, maklumbalas dan juga memerikan makluman mengenai keperluan

dan aktiviti kelas pada masa akan dating. Ia juga merupakan satu tempat untuk

berkongsikan tentang beberpa anugerah ataupun beberapa gambar yang diperoleh

daripada acara-acara tertentu.

Portfolio Dalam Talian:

Murid-murid boleh menghasilkan suatu portfolio dalam talian yang boleh

digunakan untuk mengukur kemajuan di dalam matapelajaran sepanjang semester

persekolahan dalam setahun, dan juga boleh digunakan untuk suatu projek jangka

Page 26: What is blogging

panjang yang memerlukan rujukan. Ianya juga sangat berguna untuk membolehkan

murid-murid melihat apa yang telah mereka hasilkan dan bagaimana kemajuan

mereka.

Selain itu, blog turut menawarkan satu perantara yang membantu pelajar

dengan kemahiran membaca dan menulis.Ia memberikan pelbagai bahan dalam

satu forum online dan dalam masa yang sama mereka boleh mendapat beberapa

permainan, berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun membaca tentang pekara-

pekara yang disukai oleh mereka.

Di samping itu, dalam dunia media sosial seperti pada hari ini, kebanyakkan

kita berkongsi sebahagian mengenai kehidupan kita dengan rakan-rakan

menggunakan laman sosial seperti Facebook, blog dan SMS. Sebagai seorang

guru, anda mempunyai peluang yang banyak untuk memodelkan blogging sebagai

tempat meluahkan fikiran, menggunakan blog refleksi guru atau meletakkan

ruangan anda dalam blog kelas anda.

Di sini, kongsikanlah prinsip pengajaran anda dengan ibu bapa dan rakan

guru yang lain dan tunjukkanlah sifat terbuka anda terhadap komen dan bertindak

balas sebagai seorang blogger. Tunjukkanlah bahawa anda sangat meminati aktiviti

pengajaran pada setiap hari dengan kerap menghantar pesanan ataupun ‘post’.

Dalam mengaplikasi blog dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di

dalam kelas, beberapa idea yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

• Kongsikan pengalaman anda tentang permulaan persekolahan

• Kongsikan mengenai apa yang menarik dalam sebuah buku yang baru anda

baca

ataupun tentang sebuah filem

• Ceritakan apa sahaja yang menarik perhatian anda tentang kelas anda

• kongsikan pengalaman menarik anda semasa musim cuti yang lepas

• Berkongsi dengan pelajar mengenai beberapa laman web menarik yang anda

jumpa.

• galakkan pelajar untuk menulis dalam blog kelas tentang pasukan sebuah

kelab di

sekolah dalam bentuk paparan surat khabar. Galakkan mereka untuk memberi

komen

terhadap komen rakan lain dan galakkan mereka untuk menjemput ibu bapa untuk

turut

memberi komen

Page 27: What is blogging

• Apabila kembali ke sekolah selepas tamatnya tempoh cuti sekolah, guru

boleh meminta

pelajar untuk menceritakan tentang pengalaman cuti mereka secara terperinci dari

satu

peringkat ke satu peringkat di dalam blog kelas. Galakkan mereka untuk saling

memberi

komen terhadap cerita masing-masing

• Guru juga harus memastikan muridnya menulis satu entri blog dari sudut

yang berbeza.

• Murid-murid biasanya inginkan sesuatu yang memberikan keadilan kepada

mereka. Oleh

itu, guru harus menggalakkan guru untuk menyatakan pendapat yang mereka rasa

logik

dalam blog kelas anda. Berikan mereka satu topik hangat dan biarkan mereka

untuk

membangunkan pemikiran logik dan menulis sokongan kepada hujah mereka itu.

• Galakkan murid-murid untuk menyumbangkan idea mereka untuk

menjadikan kelas

sebagai ataupun subjek yang sedang dipelajari itu menarik

• Jemput murid-murid untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai

kandungan

matapelajaran ataupun mana-mana sahaja idea yang berkaitan.

• Berikan beberapa tips di dalam blog kelas sebelum memulakan ujian ataupun

kuiz

9.0 Examples of Successful Student, Class, and Teacher Blogs

Contoh Blog pendidikan.

Di Malaysia terdapat banyak blog-blog yang sangat popular. Antara blog yang

berkaitan pendidikan adalah seperti berikut:

http://www.iluvislam.com/

http://norainiamran.blogspot.com/

http://psksksd.blogspot.com/

http://buletinkpm.blogspot.com/

Page 28: What is blogging

http://bloganakkhas.blogspot.com/

http://bioperubatan.blogspot.com/

http://kembarabahasa.blogspot.com/

Di peringkat dunia pula kita boleh meliha banyak lagi blog yang popular. Di web

Online education Database telah menyenaraikan 100 blog pendidikan terbaik.

Antaranya adalah :

1. http://www.honestcollege.com/

2. http://blogs.makingitcount.com/yearone/

3. http://clive-shepherd.blogspot.com/

4. http://davidwarlick.com/2cents/

5. http://coolcatteacher.blogspot.com/

Lain-lain senarai boleh melawati pautan laman web berikut :

http://oedb.org/library/features/top-100-education-blogs

Page 29: What is blogging