12
WIRA KEMERDEKAAN : TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ GURU SEJARAH : CIKGU ATIKAH TARIKH PENGHATARAN FOLIO :30 OKTOBER

WIRA KEMERDEKAAN.docx

Embed Size (px)

Citation preview

WIRA KEMERDEKAAN : TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

GURU SEJARAH : CIKGU ATIKAH

TARIKH PENGHATARAN FOLIO :30 OKTOBER

BIL TAJUK1 BIODATA KUMPULAN2 PENGHARGAAN3 PERKENALAN DIRI

TOKOH4 rasional5 matlamat6 Objektif kajian7 Kaedah kajian8 Latar belakangtokoh

9 ANUGERAH YANG

DIPEROLEH OLEH TUNKU

10 PENGLIBATAN DAN KERJAYA TOKOH

11  KEGIATAN ISLAM

12 KEMERD EKAAN

13 TUNKU SEORANG NEGARAWAN

Nama kumpulan : 1.nur kamielya 2.agus ellyana 3.farah asyura 4.hasya batrisya

PENPENGHARGAANBersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya bersama rakansepasukan saya menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tokoh”..Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kamisepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali, sekalung penghargaan untuk guru subjek kami, Encik.Gunasegaran kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjangkami menyiapkan folio ini dan telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar untuk menyiapkan folio ini.Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa guru subjek kami kerana memberikan pandangandan nasihat yang amat berguna untuk folio kami serta membantu kami tidak kira susah mahupunsenang. Jasamu akan kami kenang ke akhir hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongankepada kami sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkankerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalammenyempurnakan projek ini bersama-sama. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikankami maklumat tidak akan kami lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atautidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.Sekian, terima kasih.

pengenalanTunku abdul rahman putra al-haj

 Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni AlmarhumSultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayannya. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua MenteriPersekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana MenteriMalaysia yang pertama. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagiayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepada SharifahFatimah setelah memeluk agama Islam.Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwarakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawabserta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa

sahaja. Kepimpinan beliau amat terserlah samaada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagaiseorang pemimpinnegara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalammembentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan sertakebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran.kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yangutama iaitu Melayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telahmemberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada PersekutuanTanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telahmengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliaumendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa  Kemerdekaan dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalamkalangan rakyat Malaysia

rasional Terdapat beberapa sebab mengapa kumpulan kami memilih Tokoh YTM Tunku AbdulRahman sebagai tajuk kerja kursus kami. Ini kerana, beliau merupakan“BapaKemerdekaan” bagi Negara Malaysia dan ini sesuatu yang harus dibanggakan kerana beliau telahmengharumkan dan membebaskan Negara kita daripada terus dijajah oleh penjajah. Bagimenunjukkan penghargaan kami terhadap segala pengorbanan dan perjuangan beliau untuk mencapai kemerdekaan Negara Malaysia kami memilih beliau.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bapa Kemerdekaan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliauseorangpemimpinyang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dankeperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Pelbagai cabaran serta rintangandihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Kualiti Tunku memanglahtiada persamaan atau bandingannya dengan orang lain.Selain itu, sebagai seorang pemerintah, sikap yang ditunjukkan oleh beliau meliputi ciri-ciri seorang pemimpin yang harus diikuti oleh setiap pemimpin lain. Sikap beliau yangmerupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat,setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawabserta banyak lagi nilai membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Tambahan pula,sikap beliau yang berpandangan jauh ke arah positif dan sentiasa bekerja keras, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan Negara y ang tercinta diingati sehingga kehari ini.

Matlamat

Kerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalanganrakyat Malaysia dan mengenal erti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yang Teramat MuliaAllahyarham Tunku Abdul Rahman yang merupakan seorang ahli kebangsaan yang berjayamembebaskan Negara Malaysia daripada penjajah yang mempunyai perwatakan dankeperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi dan tidak ada tolok bandingannya.Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara inisewajarnya diambil ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang.Pengorbanan dan jasa beliau harus diberi penghargaan yang tinggi sebagai seorang manusia,seorang negarawan, seorang pembela bangsa Melayu, seorang yang bertimbang rasa terhadaprakyatnya khususnya orang-orang bukan Melayu dan kesabaran serta penderitaan yang beliaualami sepanjang menjadi pemimpin negara. Nama Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam sejarah lipatankemerdekaan negara ini. Sehingga kini dan untuk selama-lamanya rakyat negara ini akan terusmenganggap beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat. Kitamestilah mendalami kisah sejarah tokoh Tunku Abdul Rahman yang telah menaikkan namaMalaysia sekaligus dapat menanam rasa setia dan bangga dengan sejarah Malaysia seterusnyamenyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan Negara Malaysia merupakantanggungjawap bersama semua pihak . Kita haruslah mencontohi sikap beliau yang sanggupmengorbankan apa sahaja demi kepentingan negara.Kita mestilah sentiasa mengenang dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak memberisumbangan kepada negara Malaysia. Tanpa jasa dan pengorbanan YTM Tunku Abdul Rahman, Negara Malaysia pada hari ini tidak akan membangun menjadi Negara Malaysia yang majuseperti sekarang. Oleh itu, marilah kita bergandingbahu bersama-sama berusaha

membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan Negara dan mengharumkan nama NegaraMalaysia

OBJEKTIF KAJIANKerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalanganrakyat Malaysia dan mengenal erti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yang Teramat MuliaAllahyarham Tunku Abdul Rahman.•Mengenal pasti dengan lebih mendalam bagaimana Negara Malaysia mencapaikemerdekaan dengan pim pinan Tunku Abdul Rahman.•Mengkaji faktor faktor yang telah menyebabkan Negara Malaysia mencapaikemerdekaan.•Menyatakan kesan-kesan pencapaian kemerdekaan terhadap Negara Malaysia.•Merumuskan faktor-faktor kejayaan Tunku Abdul Rahman dalam mencapai kemerdekaan Negara Malaysia.Menyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua rakayat Malaysia pada ketika itu.•Menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai sejarah Negara Malaysia.•Untuk mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum dan semasa mahumenuntut kemerdekaan supaya sejarah lama tidak berulang

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dapat dilaksanakan setelah memperoleh maklumat berdasarkan pelbagai bentuk sumber. Rujukan yang melibatkan pelbagai bentuk termasuklah bertulis, gambar rajah dansumber yang boleh dirujuk. Contoh buku-buku yang digunakan semasa kajian ialah seperti bukuteks, buku nota, dan risalah.Selain itu, kami juga melayari laman sesawang dan bahan-bahan internet lain sebagaisatu rujukan untuk memperoleh maklumat tambahan mengenai topik yang dibincangkan. Kami juga membuat rujukan di pusat sumber sekolah untuk mencari maklumat bertulis mengenaisejarah silam tokoh untuk menghasilkan kerja kursus yang mantap dan sistematik.Tambahan pula, kami juga berkesempatan membuat perbincangan serta diskusi secara berkumpulan dengan guru matapelajaran dan rakan-rakan mengenai topik folio yang dijalankansupaya kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.

RUMUSANSetelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yangditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan ini. Melaluikajian ini, kami berbangga dapat menjadi warganegara Malaysia yang aman dan harmoni inikerana mempunyai tenaga pemimpin yang berwibawa dan bijaksana untuk memimpin negaradan sentiasa mementingkan kebajikan rakyatnya.Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember ketika usianya kira-kira 87 tahun.Beliausempat menyaksikan 3 orang tokoh penggantinya sebagai Presiden Umno dan sebagai PerdanaMenteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul razak ,Allahyarham Tun Hussein Onn dan selama hampir 10 tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri,iaitu Yang Amat BerhormatDr.Mahathir Muhammad.Tunku sesungguhnya cukup bangga dan memang boleh dibanggakan kerana beliaulahPersekutuan Tanah Melayu berjaya “menebus” kemerdekaan dan belenggu penjajahan Inggerisyang telah dimulakan oleh tindakan pihak Raja-raja Melayu sendiri sehingga terbentuknyasebuah negara iaitu Negara Malaysia.Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu dalam umno sepertiDato Onn dan rakan-rakan pergagasan Umno 1946, namun warisan parti Umno yang di terajuioleh Tunku bukanlah sebuah lombong emas.Tunku sesungguhnya terpaksa bekerja keras, berkorban masa dan tenaga, termasuk gaji lumayannya sebagai

pegawai kanan perundangan,serta darjatnya sebagai seorang anak raja untuk turun ke tengah rakyat dengan segala kesukaranmenjelajah seluruh air bagi merealisasikan perjuangan Umno itu.Bukan itu sahaja, Tunku juga sebenarnya perintis penting terhadap hubungan kaum danetnik di negara ini dengan segala pendekatan kesederhanaannya sehingga ada kalanya beliaukelihatan mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen nasionalismeMelayunya itu.Tunku dalam hal ini tidak ada sebab untuk menafikan bahawa beliau turut meninggalkan banyak jasa dan baktinya yang tidak terkira yang menjadi sebahagian daripada khazanah dankeagungan yang menjadi milik dan kebanggaan bersama generasi hari ini.