17
PENGGUNAAN KAMILA TM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG Kepada [nama ladang] Oleh DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD. 27-2-2B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel: +603-89269103 (4 Lines) Fax: +603-89268351 Email: [email protected] Web: www.diversatechfertilizer.com 1

WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

  • Upload
    lecong

  • View
    218

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

PENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN

HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG

Kepada

[nama ladang]

OlehDIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

27-2-2B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel: +603-89269103 (4 Lines)Fax: +603-89268351

Email: [email protected]: www.diversatechfertilizer.com

KANDUNGAN Mukasurat

1

Page 2: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF 3

PENGENALAN 4

KEBERKESANAN 6

POTENSI TERBARU 7

JUSTIFIKASI KENAIKAN HASIL BAJA KAMILATM 9

KAEDAH APLIKASI BAJA KAMILATM 10

PERBEZAAN KOS BAJA KAMILATM BERBANDING BAJA LAIN 11

SYOR DAN CADANGAN 11

SPESIFIKASI 11

RINGKASAN EKSEKUTIF

2

Page 3: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

Baja KAMILATM (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) adalah sejenis baja lepas

terkawal yang dilengkapi dengan 16 nutrien-nutrien makro dan mikro tanaman. Baja

larut air secara terkawal ini diformulasikan secara seimbang khas untuk tanaman

sawit dan buah-buahan di tanah tropika. Baja jenis terkawal yang mengandungi

nutrien mikro lengkap ini adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia dengan

kerjasama saintis-saintis dari UPM dan menggunakan Teknologi Agglomerasi dari

Jerman iaitu bagi meningkatkan efisiensi pengambilan nutrien dan mengurangkan

proses larutlesap. Sinergi agglomerasi polimer dan pengambilan nutrien yang

efisien ini berpotensi mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan sehingga

90%.

Inovasi formulasi baja ini juga telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar

(BTS) sehingga 25% melalui kajian saintifik selama lebih 10 tahun yang dijalankan

bersama UPM terhadap ladang-ladang terpilih (Rajah 1). Kenaikan hasil BTS

adalah disebabkan pertambahan bilangan tandan setiap pokok dan juga kenaikan

berat setiap tandan.

Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja

KAMILATM ini, pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar

pihak Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor dapat mempertimbangkan

menggunakan baja ini secara percubaan komersil berdasarkan data dari kajian di

ladang. Diversatech Fertilizer Sdn Bhd. sebagai satu-satunya sebuah syarikat

bumiputera yang tunggal dalam mengilang baja NPK di Malaysia, ingin memohon

agar pihak Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor dapat memberi peluang dan

sokongan menggunakan baja KAMILA bagi ladang-ladang Koperasi Permodalan

Melayu Negeri Johor agar peningkatan hasil sawit yang baik dapat diteruskan

secara mampan.

PENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS

PEMBAJAAN DI LADANG

3

Page 4: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

PENGENALAN Baja KAMILATM (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) adalah sejenis

baja lepas terkawal yang lengkap dengan 16 nutrien-nutrien makro dan

mikro tanaman yang diformulasikan secara seimbang khas untuk tanaman

sawit dan buah-buahan di tanah tropika. Baja jenis terkawal yang

mengandungi nutrien mikro lengkap ini adalah yang pertama dibangunkan

di Malaysia melalui penyelidikan oleh saintis-saintis dari UPM dengan

menggunakan Teknologi dari Jerman iaitu melalui teknik Agglomerasi

yang disaluti dengan Polimer bagi meningkatkan efisiensi pengambilan

nutrien, mengurangkan proses larutlesap nutrient sehingga 40%, serta

meningkatkan hasil tanaman sawit. Sinergi agglomerasi polimer ini telah

dapat mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan sehingga 90%.

Inovasi formulasi baja ini telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan

segar (BTS) sehingga 30 % melalui kajian saintifik selama lebih 10 tahun

yang dijalankan dengan UPM terhadap ladang-ladang terpilih (Rajah 1).

Sumber kenaikan hasil BTS adalah dikaitkan dengan pertambahan

bilangan tandan setiap pokok dan juga berat setiap tandan. Baja

KAMILATM ini telah secara rasmi di komersilkan pada September 2009.

KAMILA BLUE

KAMILA GREEN

4

Page 5: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

Berat Tandan Segar Tahun 07/08

900

10001100

12001300

14001500

16001700

18001900

2000

T3 T10 T13 T5 T11 T4 T6 T15 T8 T7 T2 T9 T1 T12 T16 T14

16 Jenis Baja

FFB

(kg/

plot

)

Baja Tunggal NPK (T13)

Baja KAMILATM

30 %

Gambar 1. Kajian di Ladang palong RISDA.

Rajah 1. Kajian bandingan formulasi baja KAMILATM dengan 16 Jenis baja di Ladang Palong, Espek, RISDA (tahun 2002-2008).

KEBERKESANANBaja KAMILATM lepas terkawal ini berbentuk oval atau “briquette” dengan

mempunyai saiz samada 8 g atau 15 g. Ianya adalah 100% larut dalam

air tetapi kandungan nutrien dilepaskan secara terkawal iaitu dalam

5

Page 6: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

tempoh kurang 2 bulan. Kadar perlepasan nutrien ini adalah selari

dengan keperluan fisiologi pokok sawit bagi memberi masa yang cukup

untuk pengambilan nutrien oleh tanaman melalui proses transpirasi.

Kajian saintifik menunjukkan jika jumlah hujan yang turun dalam 1-2 hari

sekitar 35 - 85 mm, hampir semua baja tunggal (straight fertilizer) atau

baja sebatian akan habis larut ataupun dibawa arus melalui larian

permukaan. Ini menyebabkan kerugian yang tinggi kerana hanya kurang

dari 50% sahaja nutrien yang dapat diambil oleh tumbuhan.

Melalui Teknologi Agglomerasi Polimer dari German, baja KAMILATM ini

berupaya mengurangkan proses larutlesap dan kehilangan dari larian

permukaan kerana disaluti oleh jaringan polimer yang bersifat

”hydrophobic” iaitu nyah air yang melarutkan kandungan nutrien baja ini

secara terkawal serta saiz baja yang besar sukar dilarikan air.

Baja KAMILATM juga telah diperkayakan dengan nutrien-nutrien mikro (B,

Cu, Mn, dan Zn) dengan kuantiti mengikut keperluan spesifikasi tanah

tropika. Nutrien-nutrien mikro ini berupaya mengaktifkan lebih 80

”Enzymes” untuk menggalakkan pembentukan tandan (bunga betina) dan

debunga (bunga jantan) yang subur dan aktif. Di antara keunggulan baja

KAMILATM pada tanaman sawit ialah:

KN

P

Mg

SK

N

P B Cu

N

Zn

Rajah 2. Briquette baja KAMILATM mengandungi nutrien yang disaluti oleh jaringan polimer hidropobik supaya nutrien-nutrien ini dapat dilepaskan ke dalam tanah secara perlahan sehingga 2 bulan.

Polimer Hidropobik

6

Page 7: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

i. Meningkatkan aktiviti enzim-enzim tanaman

ii. Meningkatkan kandungan klorofil dan kadar fotosintesis

iii. Meningkatkan kesuburan bunga jantan (debunga).

iv. Meningkatkan berat tandan dan bilangan tandan sawit

v. Meningkatkan kadar perahan minyak (O.E.R)

vi. Mengandungi mikronutrien (Cu, Zn, B, Mn, Mo) untuk meningkatkan

imuniti pokok dari serangan oleh penyakit seperti ganoderma.

vii. Menambahkan pendapatan ladang.

POTENSI TERBARU

Melalui laporan penyelidikan saintifik, nutrien-nutrien mikro terpilih yang

terkandung dalam baja KAMILATM bukan sahaja meningkatkan hasil berat

tandan segar (BTS) tetapi juga boleh meningkatkan proses lignifikasi

dalam batang dan akar pokok sawit. Proses lignifikasi ini adalah salah

satu cara tindakbalas semulajadi biokimia dalam pokok bagi

meningkatkan ketahanan mekanikal oleh tisu tanaman dari serangan kulat

dan penyakit.

Selepas selulos, bahan organik yang banyak terdapat dalam tanaman

ialah lignin yang dijumpai dalam dinding sel xylem. Lignin menambahkan

kekuatan pada dinding sel secara mekanikal dan ini mengurangkan

serangan patogen terhadap tisu tanaman. Beberapa nutrien mikro terpilih

yang terdapat dalam Baja KAMILATM berupaya meningkatkan proses

biosintesis lignin dalam kebanyakan tanaman bagi mengurangkan potensi

serangan ganoderma.

Paterson et al. (2008) menyatakan perlu mencari kultivar pokok sawit

yang mempunyai kandungan lignin yang tinggi sebagai langkah untuk

mengurangkan infestasi penyakit Ganoderma. Beberapa nutrien mikro

seperti yang terdapat dalam baja KAMILATM berupaya meningkatkan

biosintesis lignin dalam tanaman dan unsur-unsur ini adalah seperti Cu,

Mn dan B (Marschner, 1995; Fairhurst dan Hardter, 2003; Datnoff et al.,

2007). Kandungan lignin ini akan membentuk seperti perisai disekeliling

saluran xylem bagi mengurangkan serangan hypa dari kulat ganoderma.

7

Page 8: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

Gambar 2. Serangan Ganoderma amatlah mudah bagi pokok sawit yang

mempunyai kandungan lignin yang rendah dibahagian saluran xylem.

JUSTIFIKASI KENAIKAN HASIL BAJA KAMILATM

Kekurangan sesuatu nutrien akibat pemberian nutrien-nutrien dari bekalan

baja-baja tunggal (straight fertilizers) yang dibuat secara tidak serentak

iaitu diberi pada masa yang berlainan akan mengakibatkan berlakunya

kejadian “law of minimum” iaitu hasil sesuatu tanaman akan dihadkan oleh

nutrien yang tidak mencukupi pada sesuatu masa. Keadaan ini boleh

berlaku kerana setiap pusingan baja tunggal yang diberi mempunyai

interval antara 1-2 bulan. Jarak yang lama ini boleh mengakibatkan

nutrien yang diberi lebih awal itu akan kehilangan melalui proses

larutlesap dan larian permukaan. Pemberian unsur-unsur nutrien secara

8

Page 9: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

serentak (simulteneous) melalui penggunaan baja kompaun atau baja

lepas terkawal seperti KAMILATM akan mengurangkan insiden berlakunya

“law of minimum” dan seterusnya akan meningkatkan hasil tanaman. Ini

adalah kerana nutrien-nutrien dalam tanaman tidak bertindak secara

berasingan tetapi secara bersama, oleh itu respon maksimum dari

pemberian sesuatu baja itu dari segi hasil dan ketahanan pokok terhadap

penyakit hanya akan berlaku apabila nutrien-nutrien ini semuanya berada

dalam keadaan seimbang dan tersedia mengikut keperluan fisiologi

sesuatu tanaman.

Gambar 3. Pokok yang di rawat sejak tahun 2002 dengan formulasi Baja Kamila

mendapat rekod pengeluaran hasil yang tinggi oleh pekebun kecil.

KAEDAH APLIKASI KAMILATM:

KAMILATM Blue: 10:6:20:2 + 5% Micronutrients

Jadual 1. Kadar dan kos penggunaan baja KAMILATM Blue:

Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok Harga (RM)/t Kos (RM)

per pokok Kos (RM)/ha

1 Tahun 0.75 kg x 2 kali 1.50 kg 3,200.00 4.80 652.80*

27 tandan ketika pokok 5 tahun

FFB 200748 tan/ha

9

Page 10: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

2 Tahun 1.5 kg x 2 kali 3.0 kg 3,200.00 9.60 130.56

3 Tahun 1.75 kg x 2 kali 3.5 kg 3,200.00 11.20 1523.20

4 Tahun 2.25 kg x 2 kali 4.5 kg 3,200.00 14.40 1958.40

5 Tahun 2.5 kg x 2 kali 5.0 kg 3,200.00 16.00 2176.00

> 6 Tahun 3 kg x 2 kali 6 kg 3,200.00 19.2 2611.20

*Kos sehektar = kos sepokok x 136 pokok/ha

Cara-cara Membaja KAMILATM Blue

A) Pokok 1-5 Tahun

Bagi kawasan tanah rata dan landai, membaja boleh dilakukan

dengan menabur baja KAMILATM Blue di bawah kanopi. Jika kawasan

berbukit dan curam, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 3

atau 4 lubang di kawasan bawah kanopi.

B) Pokok > 5 Tahun

Membaja boleh dilakukan di atas lorong timbunan pelepah (frond

stacking) bagi kawasan rata dan landai. Jika kawasan berbukit dan

curam, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 3 atau 4

lubang di kawasan bawah kanopi.

PERBEZAAN KOS BAJA KAMILATM BERBANDING BAJA LAIN.

Perbandingan dari segi kos dan faedah yang akan diperolehi dengan penggunaan baja

KAMILATM Blue telahpun ditunjukkan dalam Table 1, 2, 3, 4 dan 5. Faedah penggunaan baja

KAMILATM Blue selain mengurangkan kos pembajaan (berbanding baja kompaun), ia juga

meningkatkan hasil BTS, kedua-dua faktor ini akan memberi kesan impak yang positif dalam

menampung keseluruhan kos pembajaan baja yang dibuat secara konvensional.

10

Page 11: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

SYOR DAN CADANGAN

Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja

KAMILATM ini, pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar

pihak Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) dapat

mempertimbangkan menggunakan baja ini secara percubaan komersil berdasarkan

data dari kajian di ladang. Diversatech Fertilizer Sdn Bhd. sebagai satu-satunya

sebuah syarikat bumiputera yang tunggal dalam mengilang baja NPK di Malaysia,

ingin memohon agar pihak KPMNJ dapat memberi peluang dan sokongan

menggunakan baja KAMILA di ladang sawit milik KPMNJ agar peningkatan hasil

sawit yang baik dapat diteruskan secara mampan.

SPESIFIKASI

KAMILATM Blue CRF (10:6:20:2 + 5% Mikronutrients)

Kandungan Bahan Nutrien MacronutrientsNitrogen (N) 10 %Phosphorus (P2O5) 6 %Kalium (K2O) 20 %Magnesium (MgO) 2 % Sulfur (SO4

-2) 4 %

Micronutrients : 5%Copper (CuO)Zinc (ZnO) Boron (B)

11

Page 12: WRITE-UP PRODUK PENYELIDIKAN YANG … · Web viewPENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN

Manganese (MnO)Molybdenum (Mo)Klorida (Cl)

Physical Properties:Size: 8 g per nuggetColor: Light blueMoisture: < 2%Free flow: 2 yearspH: 6.0

RUJUKAN:Datnoff, L.E., W.H. Elmer, and D.M. Huber. 2007. Mineral Nutrition and Plant Disease.

ESPEK. 2006. Keseimbangan unsur nutrien bagi sawit di kawasan kering dan tanah padat. Espek Research and Advisory Services, Persiaran Institusi 43000, Kajang Selangor.

Fairhurst, T. and R. Hardter. 2003. Oil palm: management for large and sustainable yield.

Marschner, H. 1995. Mineral Nutrition of Higher Plants. Academic Press.

Paterson, R.R.M, M. Sariah, and M.A. Zainal Abidin. 2008. Altered lignin in oil palm: a novel approach to Ganoderma control. The Planters, 84 (985):219-228.

12