101
PERSEDIAAN DIRI SEBAGAI KAUNSELOR Persediaan utama yang perlu sebagai kaunselor: Mengenal konsep kendiri diri dan individu lain Mengenal persepsi dan nilai diri dan individu lain Mengenal dan menyedari proses komunikasi intra dan inter individu lain. KONSEP KENDIRI Kaunseling adalah hubungan dua hala yang aktif di mana kaunselor memberikan khidmatnya membantu klien memahami diri dan alamnya. Walaupun kaunselor tidak memaksa klien menurut kata dan mengikut nilai yang dipegang oleh dirinya, tetapi kaunselor memainkan peranan yang aktif dalam memudahkan klien melihat dirinya melalui hubungan yang dijalin oleh kaunselor semasa sesi kaunseling. Hubungan yang baik ini hanya dapat dijalin dengan kaunselor sendiri memahami dirinya, iaitu perasaannya, nilainya, di samping pengetahuan dan kemahiran yang ada. Pertolongan yang berkesan hanya dapat diberikan sekiranya kaunselor sendiri rasa selesa dengan dirinya. Ia dapat menerima dirinya, berkeyakinan dan percaya dengan diri sendiri. Fahaman terhadap dirilah yang dikenali sebagai konsep kendiri. Rogers (1951) mentafsirkan konsep diri sebagai “may be thought of as an organized configuration of perception of the self…..it is composed of such elements as perceptions of one characteristics and abilities; the percepts and concepts of self in relation to others and to the environment; the value qualities which are perceived as associated with experiences and objects; and goal and ideals which are perceived as having positive or negative valence” 1

Wz manual kaunselor

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Wz manual kaunselor

PERSEDIAAN DIRI SEBAGAI KAUNSELOR

Persediaan utama yang perlu sebagai kaunselor:

Mengenal konsep kendiri diri dan individu lainMengenal persepsi dan nilai diri dan individu lainMengenal dan menyedari proses komunikasi intra

dan inter individu lain.

KONSEP KENDIRI Kaunseling adalah hubungan dua hala yang aktif di mana kaunselor memberikan khidmatnya membantu klien memahami diri dan alamnya. Walaupun kaunselor tidak memaksa klien menurut kata dan mengikut nilai yang dipegang oleh dirinya, tetapi kaunselor memainkan peranan yang aktif dalam memudahkan klien melihat dirinya melalui hubungan yang dijalin oleh kaunselor semasa sesi kaunseling. Hubungan yang baik ini hanya dapat dijalin dengan kaunselor sendiri memahami dirinya, iaitu perasaannya, nilainya, di samping pengetahuan dan kemahiran yang ada. Pertolongan yang berkesan hanya dapat diberikan sekiranya kaunselor sendiri rasa selesa dengan dirinya. Ia dapat menerima dirinya, berkeyakinan dan percaya dengan diri sendiri. Fahaman terhadap dirilah yang dikenali sebagai konsep kendiri. Rogers (1951) mentafsirkan konsep diri sebagai “may be thought of as an organized configuration of perception of the self…..it is composed of such elements as perceptions of one characteristics and abilities; the percepts and concepts of self in relation to others and to the environment; the value qualities which are perceived as associated with experiences and objects; and goal and ideals which are perceived as having positive or negative valence” Jelasnya konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai hasil pemahaman diri terhadap pengalaman yang telah dialami oleh dirinya sendiri dan apakah yang difahami oleh diri sendiri dalam menjawab siapakah kita.

Konsep kendiri ini menentukan tingkah laku dan gaya hubungan dengan individu lain. Burns (1981) berpendapat:1. Konsep kendiri merupakan satu faktor yang penting

dalam menentukan respon seseorang kepada alam sekelilingnya. Ia juga menentukan makna yang diberikan kepada alam.

2. Konsep kendiri juga menentukan prestasi seseorang.

1

Page 2: Wz manual kaunselor

3. Segala tingkahlaku yang dilaksanakan oleh individu adalah sama dengan konsep kendirinya.

4. Konsep kendiri tidak kekal dan ia berubah dengan pengalaman walaupun terdapat beberapa faktor di dalamnya lebih kekal dari yang lain.

Fits (1953) mengariskan unsur yang membentuk konsep kendiri, ini merujuk pandangan individu kepada:sifat fizikalnya (physical self)kedudukannya dalam keluarga (family self)hubungan sosialnya (social self)nilai dan moralnya (moral ethical self)tingkahlakunya (behavior self)tahap kepuasan dirinya (self satisfaction)diri personal (personal self)harga diri (self esteem)identity diri (identity)kritik diri (self criticism)

Secara umum konsep kendiri ini adalah bagaimana gaya seseorang itu melihat dan merasai tentang dirinya.

PROSES PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri terbentuk hasil dari hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Manusia sentiasa menerima dan menyerap maklumat dirinya dari tingkahlaku, kata-kata dan pentafsiran kepada orang sekelilingnya. Mereka yang penting (significant others) dalam hidup manusia seperti ibu bapa, adik beradik, rakan, guru, kekasih, suami/isteri dan sebagainya adalah paling penting menambahkan maklumat diri ini. Penyerapan maklumat yang negatif terlalu banyak akan menghasilkan konsep kendiri yang negatiff, sebaliknya dengan banyaknya respon positif yang didapati akan membentuk konsep kendiri yang positif. Oleh itu, peranan significant others ini tidak boleh diperkecilkan kerana inilah yang mencorakkan diri seseorang.

Cara hidup dan gaya manusia melihat alam ini ditentukan apakah konsep diri yang dirasainya. Individu yang melihat diri positif juga turut melihat alam sebagai positif maka manusia menjadi positif kepadanya. Manakala individu yang melihat dirinya negatif, alamnya juga menjadi negatif dan manusia juga negatif kepadanya.

2

Page 3: Wz manual kaunselor

Pengalaman Diri Konsep diri

Pembentukan Konsep Kendiri

KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP KENDIRI

Sebagai kaunselor kita perlu memahami konsep diri agar dapat memahami apakah kelemahan dan kekuatan diri. Mengenali bias diri, nilai diri dan bagaimana kita melihat diri adakah positif atau masih banyak unsur negatif diri. Unsur dalam diri kaunselor dikhuatiri akan menjadi halangan dalam bentuk hubungan yang dijalin antara kaunselor dan klien. Kesedaran kendiri iaitu mengenali ciri-ciri yang terdapat dalam diri atau data-data diri yang jelas dapat membantu kaunselor menilai dirinya dan memastikan kelemahan yang ada pada dirinya tidak mempengaruhi sesi kaunseling.

Disebaliknya terdapat juga keperluan untuk kaunselor memahami konsep kendiri kliennya. Besar kemungkinan konsep kendiri yang negatif, hasil dari pengalaman yang negatif menjadi pemasalahan dalam diri klien untuk membolehkannya menguruskan diri sendiri. Terdapat juga kemungkinan pandangan klien terhadap dirinya tidak betul sama ada terlalu rendah atau tinggi sehingga menimbulkan masalah.

RUMUSAN

1. Konsep diri adalah bagaimana individu melihat dan merasai tentang dirinya.

2. Konsep diri terbentuk dari pengalaman diri terutama respon dari mereka yang penting dalam kehidupan individu.

3. Konsep diri menentukan tingkahlaku individu.4. Konsep diri boleh berubah dengan adanya pengalaman

baru.5. Konsep kendiri kaunselor menentukan gaya hubungan

yang dibentuk kaunselor dengan klien.

3

Page 4: Wz manual kaunselor

6. Memahami konsep diri klien membantu dalam mempercepatkan proses kaunseling.

PERSEPSI

PERSEPSI DAN HUBUNGAN MANUSIA

Manusia berhubung melalui lisan dan bukan lisan. Kedua lisan dan bukan lisan ini menghantar mesej makna masing-masing antara mereka berkomunikasi. Makna yang dihantar dan diterima ini adalah melalui persepsi dan tafsiran masing-masing. Oleh itu sering berlaku salah erti atau silang budaya dalam komunikasi yang menjadi halangan agar mesej yang tepat dapat disampaikan dan diterima.

Persepsi adalah satu proses yang kompleks kerana ia melibatkan keseluruhan panca indera iaitu mata, telinga, hidung, kulit, lidah dan pemikiran kita. Segala rangsangan yang datang terpaksa dipilih, disaring dan seterusnya diterjemahkan. Oleh kerana persepsi ini melibatkan perasaan dan interpritasi maklumat maka perlu sekali dikenalpasti bagaimana persepsi diri sebagai kaunselor terbentuk dan bagaimana pula persepsi klien. Salah anggap atau salah terima boleh membawa kepada salah faham, curiga, tidak percaya, salah tindakan dan sebagainya yang dapat menganggu dalam hubungan yang berkesan.

Kebolehan untuk memahami dan merasai dengan betul sebagaimana yang dialami dan dirasai oleh individu lain dinamakan empati. Empati adalah unsur penting dalam hubungan kaunseling. Kebolehan kaunselor untuk berempati dengan apa yang dialami oleh klien merupakan unsur penting yang teraputik yang dapat mempercepatkan perubahan dalam diri klien.

Kebolehan kaunselor untuk membantu klien dalam mengubah persepsi atau melihat dari sudut-sudut yang lain pada satu perkara yang menggangu klien akan kadangkala dapat memudahkan klien menguruskan permasalahan dirinya.

Kaunselor sebagai seorang pembantu, perlu juga memahami persepsi mereka bagaimanakah pola pemikiran dan perasaannya dan bahagian manakah dirinya yang mempengaruhi dalam hubungannya dengan manusia lain. Ini

4

Page 5: Wz manual kaunselor

juga membantunya dalam menerima klien dengan baik dan objektif. Kebolehan kaunselor meningkatkan tahap kesedaran dirinya akan membantunya dalam mempertajamkan pemerhatian dan pendengarannya dalam usaha membantu klien.

Kebolehan kaunselor memahami persepsi klien akan mewujudkan rasa empati terhadap klien dan memudahkan proses kaunseling dijalankan dengan berkesan. Klien yang datang membawa bersama mereka sikap, nilai, pengalaman, tabiat, kepercayaan banyak mempengaruhi proses kaunseling yang dijalankan.

KOMUNIKASI INTRA DAN INTERPERSONAL

Manusia berkomunikasi dalam banyak cara tetapi mungkin cara berkomunikasi yang sentiasa kita amalkan ialah berkomunikasi dengan diri. Komunikasi dengan diri sendiri adalah dikenali sebagai komunikasi intra personal.

Intrakomunikasi ini menentukan tingkahlaku dan perasaan serta mood individu tersebut. Proses intrakomunikasi ini terbentuk dari pengalaman individu. Oleh kerana pengalaman berbeza maka apa yang dirasa juga berbeza.

Komunikasi intra pula ialah komunikasi yang melibatkan lebih dari seorang. Mesej atau pengalaman yang disalurkan mungkin mengandungi idea, perasaan dan budaya setiap individu yang terlibat.

Oleh itu sebagai kaunselor, usaha memahami mesej yang dihantar bukan sahaja memerlukan kemahiran mendengar tetapi juga memahami latar belakang dan budaya individu yang terlibat.

Komunikasi dua hala atau interpersonal ini dalam sesi kaunseling menghadapi pelbagai halangan iaitu berbentuk fizikal seperti bunyi bising, tahap pendengaran yang kurang baik atau halangan psikologikal seperti bisikan hati dan sebagainya. Oleh itu kemahiran berkomunikasi adalah satu kemahiran yang perlu didalami oleh bakal kaunselor.

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

5

Page 6: Wz manual kaunselor

Apakah itu kaunseling?

Kaunseling bukan memberi nasihat. Walaubagaimanapun memberi nasihat terdapat dalam kaunseling tetapi memberi nasihat adalah lebih kepada salah satu strategi yang terdapat dalam kaunseling.

Kaunseling bukan sesi sembang-sembang atau bercerita kosong seperti mana yang berlaku di kedai kopi, di kantin, di tempat menunggu bas atau pusat hiburan. Kaunseling mempunyai matlamat tertentu dan dijalankan di tempat khas, pada masa yang dipersetujui bersama dan dikendalikan oleh seorang yang terlatih dalam bidang kaunseling.

Kaunseling bukan untuk individu yang mempunyai masalah mental. Malah sebenarnya kaunseling adalah untuk orang normal yang boleh mengurus kehidupannya sendiri, tetapi pada ketika tertentu menjadi buntu atau merasa tertekan. Individu yang mempunyai masalah mental perlu mendapat rawatan dari pakar sakit jiwa.

Kaunselor bukan berfungsi untuk menyelesaikan masalah klien. Peranan kaunselor adalah membantu klien memahami masalahnya untuk terus bertindak menyelesaikan masalah berkenaan.

Terdapat banyak definisi yang telah dikemukan tentang kaunseling dan tidak terdapat satu definisi khusus yang boleh diterima oleh semua orang. Ini kerana definisi yang dikemukakan banyak bergantung kepada pendekatan atau teori yang digunakan. Berikut ialah sebahagian daripada definisi kaunseling:

“Counseling is a process concerned with assisting normal people to achieve their goals or functions more effectively” Ivey,Ivey&Downing (1987)

“Counseling is a process that helps people learn about themselves, their environment, and ways to handle their roles and relationship. Although individuals seek counseling because they are experiencing problems, counseling is not necessarily remedial”

Hansen, Rossberg & Creamer (1984)

6

Page 7: Wz manual kaunselor

“The counseling process is a helping relationship and is directed toward assisting the client in experiencing a lessening of mental tension and achieving a sense of well being. Counseling involves interpersonal exchanges between a trained counselor and a person who seek relief from mental anguish, indecision or perhaps painful inadequacies”

Robinson (1988)

Dari beberapa definisi di atas, kita boleh melihat terdapat beberapa elemen yang sama iaitu:

1. Kaunseling merupakan satu proses.2. Dalam kaunseling terdapat kaunselor yang membantu dan

klien yang dibantu.3. Tujuan kaunseling ialah membantu klien agar dapat

berfungsi dengan lebih berkesan.

PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING

Terdapat beberapa prinsip penting tentang manusia yang menjadi asas kepada aktiviti kaunseling. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996) menyenaraikan lima prinsip utama:

1. Manusia mempunyai harga diri2. Manusia itu unik3. Manusia yang memiliki personaliti bersepadu adalah manusia yang sihat4. Manusia cenderung ke arah Kesempurnaan kendiri5. Manusia berkembang melalui Proses sosiolisasi

1. MANUSIA MEMPUNYAI HARGA DIRI Setiap kaunselor mesti percaya bahawa setiap individu mempunyai harga diri atau maruah. Kepercayaan ini akan meyakinkan kaunselor bahawa semua orang mesti dihormati. Kaunselor yang memegang kepada kepercayaan ini akan sentiasa mengawal dirinya agar tidak memperkecilkan diri klien mahupun masalah mereka. Sikap kaunselor yang menghormati klien akan menimbulkan rasa hormat klien terhadap kaunselor itu

7

Page 8: Wz manual kaunselor

sendiri. Ini seterusnya akan mencetus rasa percaya terhadap kaunselor dan memudahkan proses kaunseling dilakukan. Kadang kala individu kerap mengalami ketidakselesaan perasaan seperti gelisah, kesedihan dan kemarahan yang berpunca dari harga dirinya dicabar atau beliau kehilangan rasa hormat terhadap harga dirinya. Memahami keadaan ini seharusnya kaunselor memberi perhatian untuk meningkatkan harga diri klien.

2. MANUSIA ITU UNIK Di dunia ini tidak ada dua individu yang sama dalam segala aspek walaupun mereka merupakan kembar seiras. Setiap manusia mempunyai perbezaan dari pola perlakuan, fizikal mahupun cara bertindak. Kaunselor harus peka terhadap perkara ini bila berhadapan dengan klien. Definisi masalah yang sama tidak membawa makna keserupaan terhadap setiap klien oleh itu, kaunselor harus meneliti nilai ini dengan mendalam. Manusia itu dikatakan unik kerana mereka berbeza dari keupayaan dan kelemahan. Memahami keunikan manusia akan membuat kaunselor lebih menerima kelainan antara individu dan ini boleh menghalang kaunselor ‘menstereotaipkan’ individu mengikut apa-apa kelompokpun.

3. MANUSIA YANG MEMILIKI PERSONALITI BERSEPADU ADALAH MANUSIA SIHAT

Manusia yang normal mempunyai komponen psikomotor, kognitif dan afektif. Ketiga-tiga komponen ini bertindak antara satu sama lain untuk menggerakkan individu dalam kehidupannya. Ketiga-tiga komponen ini harus seimbang. Individu tidak harus cenderung kepada satu-satu komponen sahaja. Perkembangan dan penyuburan ketiga-tiga komponen ini perlu diberi perhatian yang sama. Manusia yang berjaya mengimbangkan tuntutan ketiga-tiga komponen ini dikatakan memiliki personaliti bersepadu.

Individu yang mepunyai personaliti bersepadu juga dikatakan seseorang yang tahu keupayaan dan kekuatan dirinya di samping kelemahan yang dimiliki. Individu sebegini tidak menolak realiti tetapi sebaliknya menerima keadaan dirinya sambil berusaha memperbaiki diri di mana perlu. Sekaligus individu sebegini jelas tentang nilainya, sikapnya,

8

Page 9: Wz manual kaunselor

hasrat dan matlamat hidupnya. Individu sebegini adalah individu yang sihat dan proses kaunseling kerap kali menjadikan individu itu menjadi bertambah sihat.

4. MANUSIA CENDERUNG KE ARAH KESEMPURNAAN KENDIRI

Setiap kaunselor mesti percaya bahawa tidak ada manusia yang mahu dirinya lemah atau berada dalam kekurangan. Semua orang mahukan yang terbaik dan mahukan dirinya menjadi yang terbaik mengikut tafsirannya sendiri. Dengan itu individu yang sedar bahawa dia berada di tahap yang rendah akan cuba mengubah keadaan dirinya. Kepercayaan tentang perkara ini akan membuat kaunselor seorang yang berpandangan positif. Kaunselor tidak akan marah atau mengalah bila kliennya gagal menunjukkan perubahan kerana dia pasti kliennya mahukan perubahan yang ke arah lebih baik. Cuma masa atau caranya sahaja yang masih belum berkesan.

5. MANUSIA BERKEMBANG MELALUI PROSES SOSIOLISASI

Manusia adalah makhluk sosial dan ini bermakna manusia memerlukan individu lain untuk hidup dan berkembang. Segala kemahiran hidup dipelajari dari orang sekelilingnya sama ada dari ibu, bapa dan ahli keluarga mahupun rakan-rakan adalah merupakan satu proses sosiolisasi. Biasanya masyarakat mengajar individu bagaimana untuk bertingkahlaku dan bersikap mengikut norma yang baik ataupun yang ditentang oleh norma masyarakat itu sendiri. Sehubungan itu kaunselor harus percaya bahawa individu berkembang melalui proses sosiolisasi dan dengan itu jalan penyelesaian kepada masalah individu itu berkemungkinan akan melibatkan orang lain.

MATLAMAT KAUNSELING

Kaunseling bertujuan untuk menolong klien. Setiap sesi kaunseling mempunyai matlamat tertentu dan matlamat kaunseling tidak ditetapkan oleh kaunselor tetapi kedua-dua klien dan kaunselor bersama-sama menentukan matlamat yang ingin dicapai dan bagaimana matlamat itu hendak

9

Page 10: Wz manual kaunselor

dicapai. Sebagai panduan George dan Cristiani (1995) meletakkan fokus matlamat kaunseling seperti berikut:

1. Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkahlaku

2. Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan3. Mempertingkatkan kemampuan membuat keputusan.4. Memperbaiki hubungan dengan individu lain5. Memperkembang potensi diri

1. MEMPERMUDAH ATAU MENGGERAK PERUBAHAN TINGKAHLAKU

Kerapkali individu menghadapi masalah kerana mempraktikkan tingkahlaku yang merugikan iaitu sebarang tingkahlaku yang memberi kesan tidak baik kepada individu berkenaan, orang lain bahkan kepada sekelilingnya. Kemungkinan tingkahlaku individu itu menyebabkan beliau tidak selesa didampingi oleh orang lain. Individu yang menyedari beliau mempunyai tingkahlaku yang merugikan dan mahu mengubah kepada tingkahlaku yang lebih positif boleh mendapatkan khidmat kaunselor . Melalui proses kaunseling, individu akan lebih membuat perubahan yang diingininya.

2. MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHADAPI PERUBAHAN

Kita semua mengalami perubahan dalam diri hasil dari proses pertumbuhan dan perkembangan fizikal, psikomotor, emosi serta psikologi. Selain itu individu juga berhadapan dengan perubahan persekitaran seiring dengan perkembangan teknologi sejagat. Perubahan-perubahan ini memerlukan kita membuat pengubahsuaian kepada apa yang biasa kita lakukan. Ramai yang berjaya melakukan perubahan namun terdapat sebilangan individu yang tidak dapat menerima perubahan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Malahan ada yang keliru dengan perubahan-perubahan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Matlamat kaunseling ialah menolong individu menerima dunia baru dan membantu membina persepsi yang baru. Sehubungan itu proses kaunseling ialah satu proses

10

Page 11: Wz manual kaunselor

membantu individu mempertingkatkan kemahiran dalam menghadapi perubahan.

3. MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Salah satu sebab utama klien mendapatkan khidmat kaunseling ialah kerana mereka mengalami delima, iaitu persimpangan membuat pilihan atau membuat keputusan yang penting. Kehidupan memerlukan kita membuat keputusan yang tepat dan betul. Keputusan yang tidak tepat boleh merugikan individu. Kaunselor harus membantu klien mengharungi proses membuat keputusan yang betul.

4. MEMPERBAIKI HUBUNGAN DENGAN INDIVIDU YANG LAIN

Manusia hidup dalam masyarakat dan komunikasi serta interaksi dalam kelompok sosial dan menjalin hubungan sesama insan adalah satu keperluan. Mengasingkan diri dari kelompok masyarakat adalah satu hukuman yang paling berat untuk mana-mana individu. Untuk mengelakkan individu rasa tersisih atau disisihkan dari masyarakat, individu mesti pandai menjalinkan hubungan dengan individu lain dan seterusnya mengekalkan hubungan tersebut. Jika hubungan yang dijalin terancam, individu yang terlibat akan mengalami perasaan tidak selesa dan pelbagai emosi negatif akan timbul dalam dirinya.

5. MEMPERKEMBANGKAN POTENSI DIRI

Memperkembangkan potensi diri merupakan matlamat umum bagi kebanyakan hubungan kaunseling. Setiap pendekatan kaunseling mempunyai matlamat ini. Matlamat ini biasanaya tercapai apabila klien dibantu dalam mencapai salah satu dari empat matlamat yang disebut sebelum ini. Ini bermaksud apabila klien dibantu untuk mengubah tingkahlaku atau menghadapi perubahan dalam hidupnya dengan cara yang berkesan atau dibantu dari aspek membuat keputusan, secara langsung klien juga dibantu untuk memperkembangkan potensi dirinya.

11

Page 12: Wz manual kaunselor

CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN Mempunyai pengetahuan dalam ilmu kaunseling dan memiliki kemahiran khusus yang diiktiraf oleh JPA. Keberkesanan proses kaunseling juga bergantung kepada personaliti kaunselor.Untuk menjadi seorang kaunselor yang efektif individu perlu mempunyai beberapa ciri personaliti tertentu. Pelbagai kajian telah dilaksanakan di negara barat dan terbukti bahawa personaliti memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan proses kaunseling.

Senarai berikut merupakan sebahagian dari senarai yang dikemukakan oleh George dan Cristiani (1995) dan Peterson dan Nisenholz (1987) :

I. MesraII. Mudah didampingiIII. Bersikap terbukaIV. Ikhlas untuk menolong, tidak berpura-puraV. Sedar akan nilai dan kepercayaan yang dimiliki olehnya.VI. Bersedia mengambil risiko.

VII. Berupaya menjalin hubungan baik dengan orang lain.VIII. Bertanggungjawab di atas tindakan yang diambil.

IX. Boleh berjenakaX. Pandai berkomunikasiXI. Berpengetahuan

XII. Mempunyai nilai etika dan moral yang tinggiXIII. Boleh dipercayaiXIV. Ada kekuatan mentalXV. Bertenaga dan bermotivasi tinggi.

CIRI-CIRI HUBUNGAN

Hubungan yang terjalin di antara kaunselor dengan klien adalah amat penting kerana ia menentukan keselesaan klien, dan ini seharusnya menyumbang kepada keberkesanan proses kaunseling yang dilalui. Hubungan kaunselor klien adalah berbeza dari lain-lain hubungan kerana ianya adalah satu hubungan professional, satu hubungan menolong dan satu hubungan yang teraputik.

Hubungan profesional bermaksud satu hubungan yang disengajakan dan tidak berlaku secara tidak sengaja. Individu

12

Page 13: Wz manual kaunselor

yang terlibat dalam hubungan ini tidak mempunyai pertalian darah atau pertalian emosi.

Hubungan menolong pula menandakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua pihak dalam hubungan ini iaitu kaunselor dan klien. Menurut George dan Cristiani (1990) ‘ … the helping relationship is a unique and dynamic process through which one individual assists another to use his or her inner resources to grow in a positive direction, actualizing the individual’s potential for a meaningful life’

Hubungan teraputik membolehkan klien “… learn to examine their thoughts, feelings, attitudes, values and behaviors and as result of this exploration they are able to grow and change.” (George & Cristiani, 1990). Terdapat dua elemen penting yang mesti wujud agar hubungan yang dijalin mempunyai nilai teraputik iaitu kepercayaan dan penerimaan.Klien yang datang berjumpa kaunselor mahukan seseorang yang boleh memahami emosinya dan seorang yang boleh dipercayai. Ini kerana dari segi emosi dan psikologi, seorang klien itu adalah dalam keadaan takut dan cemas. Tambahan pula suasana kaunseling adalah sesuatu yang baru dan asing bagi kebanyakan klien. Jika klien merasakan kaunselor bukan seorang yang boleh dipercayai, kemungkinan beliau tidak meneruskan sesi kaunseling. Kalau hubungan diteruskan juga, klien akan menghadapi kesukaran membuat pendedahan kendiri yang boleh membawa kepada perubahan diri yang positif. Dengan itu, seorang kaunselor mestilah seorang yang boleh dipercayai dan mesti mempamerkan ciri-ciri yang menunjukkan beliau boleh dipercayai.

SIAPAKAH KAUNSELOR PROFESIONAL Sebelum dihuraikan siapakah kaunselor Profesional, perlulah difahami definisi kaunseling mengikut apa yang dikemukakan oleh kedua-dua American Counseling Association (ACA) dan Divisyen 17 (Counseling Psychology), American Psychological Association (APA); “Kaunseling merupakan aktiviti professional yang bercorak jangkamasa pendek, interpersonal dan berdasarkan teori-teori. Ianya adalah satu perkhidmatan yang berpandukan standard etika dan perundangan, memberi fokus untuk menolong individu yang pada asasnya sihat dari segi psikologi bagi menyelesaikan masalah situasi dan

13

Page 14: Wz manual kaunselor

perkembangan diri mereka. Aktiviti itu sendiri merupakan satu proses yang melalui beberapa tahap. Masalah yang sering timbul seperti masalah sosial, pendidikan, personal dan kerjaya memerlukan kaunselor yang khusus di dalam bidang-bidang berkenaan. Pengamalnya mestilah menamatkan pengajian kursus yang diperlukan sama ada di peringkat masters ataupun doktorat sebelum diberikan lesen atau pengiktirafan sebagai kaunselor professional”

Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) pula; “Kaunseling ertinya satu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuian yang holistic, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien”

Mengikut takrifan yang terkandung di dalam akta Kaunselor 1998 (Akta 580, muka surat 18), “Kaunselor ertinya seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi satu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain.” Dari segi undang-undang, takrifan tersebut jelas mendefinisikan “kaunselor” tetapi dari segi profesion pula secara khusus Kaunselor Profesional adalah seorang yang :

1. Telah mendapat latihan khusus mengenai bimbingan dan kaunseling.

2. Mempunyai kecekapan untuk menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan.

3. Mengamalkan ilmu kaunseling yang telah dipelajari.4. Mematuhi peraturan, etika dan undang-undang.5. Bertindak sebagai seorang saintis sains sosial.

1. MENDAPAT LATIHAN KHUSUS

Program bimbingan dan kaunseling adalah satu latihan khusus untuk menjadikan seseorang sebagai kaunselor. Oleh itu anda perlu mempelajari tentang Falsafah Bimbingan dan Kaunseling untuk memahami konsep, prinsip, falsafah kaunseling, kepentingan perkhidmatan dan ciri-ciri kaunselor untuk melahirkan kaunselor yang baik. Selain itu anda perlu juga mempelajari teori-teori kaunseling supaya anda dapat memahami berbagai teori dan mahzab yang masing-masing cuba menghuraikan tentang sifat semulajadi manusia.

14

Page 15: Wz manual kaunselor

Selain itu, para kaunselor juga perlu mendapat latihan dalam perkembangan kerjaya agar lebih effektif dalam penggendalian kaunseling. Melalui kaunseling pelbagai budaya pula anda akan diajar memahami bagaimana kaunselor yang peka terhadap budaya orang lain.

2. MEMPUNYAI KECEKAPAN

Dari segi kecekapan pula, semua pelatih akan mengalami latih amal untuk mempertingkatkan kecekapan para pelatih dalam penggendalian kaunseling. Kepimpinan dan kaunseling kelompok akan mendedahkan anda tentang dinamika kelompok dan kemahiran untuk menjalankan kaunseling kelompok serta menggunakan berbagai pendekatan dan teknik.

Okun (1992) telah mengemukakan tiga tahap perhubungan menolong yang disertai dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan. Bagi mereka yang tidak professional, mereka mungkin mempunyai kemahiran komunikasi tetapi mungkin kurang kemahiran dalam perkembangan kaunseling dan kemungkinan tidak tahu menggunakan pendekatan dan teknik kaunseling. Bagi yang berada pada tahap paraprofessional pula, individu itu mungkin mempunyai kesemua kemahiran tetapi tidak mampu mengaplikasikan teori dan menjelmakan teknik-teknik kaunseling dalam proses menolong. Bagi tahap yang tertinggi pula iaitu professional, mereka berkemahiran dalam aspek menolong dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam aspek teori dan juga strategi menolong yang tinggi.

3. MENGAMALKAN ILMU KAUNSELING YANG DIPELAJARI.

Kaunselor yang professional akan mengamalkan segala ilmunya tidak kira dalam apa-apa setting atau sasarannya.

4. MEMATUHI PERATURAN, ETIKA DAN UNDANG- UNDANG

15

Page 16: Wz manual kaunselor

Dari segi etika, kaunselor professional wajib mematuhi undang-undang dan etika. Etika kaunseling perlulah dihayati dan PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) mempunyai etika untuk melindungi ahli-ahlinya.

5. BERTINDAK SEBAGAI SAINTIS SOSIAL Sebagai kaunselor professional, seseorang perlu menilai apa yang berlaku pada kelompok sosial dan perlu berinteraksi secara intervensi saintis sosial terhadap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya.

APAKAH HALANGAN-HALANGAN ANDA UNTUK MENJADI KAUNSELOR PROFESIONAL?

Sekadar hanya tahu lima perkara tersebut masih tidak mencukupi untuk menjadi kaunselor professional. Sebelum anda menolong orang lain untuk berubah dari segi emosi, pemikiran atau tingkahlaku, anda sendiri perlu menyedari emosi, pemikiran dan tingkahlaku yang tidak sihat yang ada pada diri anda dan seterusnya membuat perubahan. Adalah diharapkan agar anda juga dapat mempamerkan tingkahlaku yang adaptif setelah mengikuti kursus ini. Bagaimana anda boleh tahu sama ada anda buntu atau tidak dari segi psikologi? Marilah lihat pendekatan-pendekatan ini untuk membantu anda.

A) PSIKOANALISIS: Mereka yang buntu banyak mempamerkan mekanisme beladiri yang tinggi seperti projeksi (menunding jari kepada orang lain walhal diri sendiri yang tidak betul); reaksi-formasi (perasaan, pemikiran sebenar ditekankan, sebaliknya menimbulkan perasaan sebaliknya, sebagai contoh anda ‘menyampah’ pada seseorang tetapi apabila bertembung dengannya anda berpelukan dan melakukan perlakuan yang berlawanan), “displacement” (sebagai contoh anda dimarahi orang yang lebih tua/berpangkat dan sebagainya dan anda tidak berdaya untuk melawan, maka anda mencari orang lain yang berdaya untuk melepaskan geram anda..; membuat rasional (anda cuba membuat alasan bagi tindakan yang tidak diterima…yang mana sepatutnya anda mengaku salah sahaja); menidakkan (tidak mahu menerima kenyataan yang tidak menyenangkan); identifikasi (anda menyerap kualiti orang lain, meniru personaliti itu supaya dapat membuang perasaan takut terhadapnya).

16

Page 17: Wz manual kaunselor

B) PENDEKATAN AFEKTIF (PEMUSATAN PERORANGAN) Anda masih bertopeng, berpura-pura dan tertekan apabila mendapat maklumat yang tidak selaras dengan konsep kendiri anda.

C) PENDEKATAN KOGNITIF Anda banyak mempamerkan banyak pemikiran yang tidak rasional.

D) PENDEKATAN TINGKAHLAKU Anda mempamerkan tingkahlaku yang berlebihan seperti “stress”, takut, bimbang apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan ataupun tingkahlaku yang “berkurangan” iaitu keadaan di mana anda tidak mempunyai kebolehan, kemahiran ataupun tidak tahu. Perlakuan atau tingkahlaku anda boleh dianggap sebagai tidak sesuai/tidak adaptif.

Capuzzi dan Gross (1997) menyenaraikan kriteria bagi mereka yang sihat dari segi psikologi:

1. Penerimaan kendiri/penghargaan kendiri tanpa syarat.

2. Pengetahuan kendiri (tahu luaran dan dalaman tentang diri)

3. Keyakinan kendiri dan penguasaan kendiri (tahu apa dan bila hendak lakukan sesuatu seperti ketegasan diri)

4. Persepsi yang jelas tentang realiti dan selalunya ke arah yang optimistik.

5. Keberanian dan ketahanan (mempunyai keberanian untuk menghadapi perasaan takut mereka sendiri, menerima tanggungjawab terhadap perlakuan sendiri serta berani mengambil risiko jika perlu).

6. Keseimbangan dan kesederhanaan, iaitu hidup yang seimbang seperti ada kerja, ada rehat, ketawa dan menangis, mengikut logik dan mengikut bisikan hati dan sebagainya.

7. Mengasihi orang lain, dan mempunyai kebolehan serta keinginan untuk mengambil tahu tentang kebajikan orang lain.

8. Mencintai kehidupan iaitu benar-benar menghargai dan menikmati setiap aspek kehidupan.

9. Menyedari tujuan dan makna kehidupan.

17

Page 18: Wz manual kaunselor

APAKAH PENGETAHUAN ASAS BAGI SEORANG KAUNSELOR?

Nejedro, Arredondo dan Benjamin (1985) telah menggariskan asas pengetahuan dan kemahiran untuk para kaunselor yang bekerja membantu orang dewasa dalam pelbagai permasalahan mereka. Asas pengetahuan yang diperlukan adalah seperti berikut: The helping relationship Counselling theory Transpersonal counseling Change theory Learning theory Learning theory Group counseling Family system theory Referral process Lifestyle and career development World of work Domestic and world politics Domestic and world economics Political process Professional orientation Personality theory Abnormal behavior Physical disabilities Human behavior Holistic health Research Individual assessment Individual potential Life span development Lefelong learning Developmental programming Substance abused Prevention Societal trends Social/cultural foundations Cultural pluralities Human rights Sexual equality Moral issues Ethics System management Technological systems

18

Page 19: Wz manual kaunselor

Resource management Grant writing EvaluationFakta PentingKaunselor professional bukan sahaja menepati kehendak Akta Kaunselor, tetapi mereka adalah seorang pengamal, mendapat latihan yang khusus, mempunyai kecekapan, mematuhi etika dan undang-undang serta dapat berfungsi sebagai seorang saintis sosial. Mereka juga adalah orang-orang yang normal kerana mempamerkan ciri-ciri orang yang sihat dari segi psikologi.

PEMILIHAN PENDEKATAN DAN TEORI KAUNSELING

Pada masa ini, ada di antara anda yang sudah memutuskan pendekatan atau teori kaunseling yang akan menjadi pegangan. Namun masih ada juga yang tercari-cari. Banyak persoalan yang timbul seperti:

Bagaimanakah hendak memilih pendekatan? Adakah perlu memilih satu pendekatan sahaja? Adakah pemilihan ini mesti tetap dan tidak boleh

berubah? Adakah pendekatan yang dipilih nanti bertentangan

dengan agama?

Mungkin banyak lagi persoalan yang timbul dalam proses untuk membuat keputusan tentang pendekatan yang paling ideal bagi seseorang. Pada masa ini kaunselor yang berkesan membuat keputusan tentang pemilihan sesuatu teori berlandaskan latarbelakang pendidikan dan falsafah hidup kaunselor dan juga mengikut keperluan klien. Walaupun bukan semua pendekatan itu sesuai untuk seorang kaunselor atau klien, asas teori amat penting untuk seseorang klien menjadi berkesan.

Berikut adalah pandangan ahli teori terhadap sifat semulajadi manusia:

Psikoanalisis – Jika anda percaya bahawa tingkahlaku manusia berkaitrapat dengan peristiwa zaman lampau, ada hubungan dengan peringkat perkembangan psiko-seksual dan kebanyakkan tingkahlaku terhasil daripada keadaan tidak sedar.

19

Page 20: Wz manual kaunselor

Adlerian -Jika anda percaya bahawa masalah manusia kerana mempunyai andaian yang salah, matlamat yang silap dan rasa rendah diri, ada kaitan dengan zaman lampau dan kedudukan anak di dalam keluarga.

Pendekatan Psikoanalisis dan Adlerian mempunyai sedikit persamaan iaitu kedua-duanya mengkaji zaman lampau lebih-lebih lagi kepentingan zaman kanak-kanak.

PENDEKATAN AFEKTIF (PERASAAN)i) Kaunseling Pusatan Perorangan: Jika anda percaya bahawa manusia bermasalah kerana tidak dapat menerima keadaan yang bertentangan dengan konsep-kendiri mereka; maksudnya tiada keselarasan konsep-kendirinya dengan realiti; tidak selaras antara diri sebenarnya dengan diri yang diingininya.

ii) Teori Gestalt Jika anda percaya bahawa individu yang bermasalah adalah kerana terlalu bergantung kepada pengalaman intelek sehingga mengenepikan kepentingan emosi dan deria untuk menanggani sesuatu keadaan; individu tidak dapat kenalpasti dan menyelesaikan “unfinished business”, ini termasuklah semua pemikiran, perasaan dan reaksi awal terdahulu yang masih mempengaruhi fungsi sekarang serta mengganggu kehidupan kini.

PENDEKATAN KOGNITIF

i) Teori Rasional Emotif Jika anda percaya bahawa yang mendatangkan masalah kepada manusia ialah disebabkan oleh cara mereka berfikir iaitu mempercayai andaian yang tidak rasional, menggunakan perkataan yang mendatangkan kesan yang merugikan/negatif.

ii) Analisis Transactional Jika anda percaya bahawa yang mendatangkan masalah kepada manusia kerana tidak mempercayai diri sendiri, tidak boleh berfikir sendiri, tidak mampu membuat keputusan dan

20

Page 21: Wz manual kaunselor

melahirkan perasaan sendiri; mengalami masalah dalam perhubungan.

TINGKAHLAKU DAN KAUNSELING KOGINITIF TINGKAHLAKU

Jika anda percaya bahawa tingkahlaku manusia adalah hasil dari pembelajaran sama melalui pemerhatian serta peniruan dari orang lain ataupun kerana mendapat ganjaran ataupun kerana pengalaman yang mengaitkan perasaan dengan sesuatu peristiwa; tingkahlaku manusia yang cemas, takut atau kekurangan dalam kemahiran menyelesaikan masalah.

i) Terapi Realiti Jika anda percaya bahawa masalah manusia timbul kerana mereka tidak bertanggungjawab terhadap tingkahlaku mereka sendiri, tidak jelas tentang matlamat, tidak mempunyasi pelan tindakan yang berkesan.

NOTA: Terdapat lebih daripada 200 teori kaunseling tetapi yang dikemukan ini adalah teori yang popular dan sering digunakan oleh kaunselor.

1. Anda boleh berpegang pada sesuatu teori serta teknik-tekniknya tanpa mengikut kes klien.

2. Anda juga boleh menggunakan pendekatan pengabungjalinan (electic) teori demi memudahkan penggendalian sesi kaunseling.

3. Anda juga boleh menggunakan pendekatan berdasarkan personaliti klien.

4. Anda perlu percaya kepada falsafah hidup sendiri

KAUNSELOR YANG BERKESAN

DIMENSI FUNGSI KAUNSELOR Kaunselor perlu tahu tentang tujuan intervensi, kaedah untuk membuat intervensi dan kumpulan sasaran intervensi seperti yang ditunjukkan melalui “The Cube” oleh Morrill, Oetting dan Hurst (1974). Apabila anda merujuk kepada “The Cube” itu, anda akan memahami sedikit sebanyak tentang fungsi seorang kaunselor. Sebagai contoh, kaunselor menolong seorang individu untuk tujuan pemulihan dengan menggunakan

21

Page 22: Wz manual kaunselor

perkhidmatan langsung atau kaunselor menolong individu untuk tujuan pemulihan dengan menggunakan kaedah perundingan. Terdapat banyak lagi kombinasi yang boleh dibuat melalui kiub itu.

Rajah 1The Cube menunjukkan dimensi fungsi seorang kaunselor

B. Tujuan Intervensi1. Pemulihan 2.Pencegahan 3.Perkembangan

A. Target Intervensi1. Individu2. Kelompok utama3. Kelompok kecil 3. Media

4. Institusi & Komuniti 2. Perundingan1. Perkhidmatan langsung

C. Kaedah Intervensi

Sumber:Morill, W.H., Oetting, E.R & Hurst , J.C (1974). Dimensions of counselor Functioning. Personnel and Guidance Journal, 42,355.

Rajah 2

KAEDAH INTERVENSI

22

Page 23: Wz manual kaunselor

KAUNSELING MEDIA LATIHAN PERUNDINGANEMOSI MOTIVASI BUAT KEPUTUSAN PENTADBIRPELAJARAN MAKLUMAT TEKNIK BELAJAR GURUKERJAYA PENGAJARAN STRESS IBUBAPA

LATIHTUBI PENGURUSAN MASA PENJAGA

Rajah 3

PEMULIHAN PENCEGAHAN PERKEMBANGANKAUNSELING INDIVIDU ATAU KELOMPOK

ELAKKAN KEGEMUKANAIDSBOHSIAFAILURESDADAHROKOKMENIRU

BINA KONSEP KENDIRIKESEDARAN KERJAYA

Kaunselor Sebagai Perancang dan Penilai Sebagai idealnya, kaunselor yang berkesan merancang perkhidmatan kaunseling merangkumi komponen program seperti kurikulum kaunseling, perancangan individu, perkhidmatan responsive dan system sokongan. Kaunselor juga perlu meracang pengagihan masa untuk pelbagai aktiviti di dalam komponen program.

Membina Perhubungan Kaunseling Sebelum memulakan sesi kaunseling, eloklah dimulakan dengan pertanyaan yang munasabah. Penggunaan soalan tertutup tidak diharuskan pada permulaan sesi. Apatah lagi,

23

TUJUAN INTERVENSI

Page 24: Wz manual kaunselor

klien yang berjumpa anda dengan keadan tertekan atau terpaksa. Niat beliau berjumpa anda boleh digunakan untuk memulakan sesi kaunseling. Jika klien datang dengan penuh emosi, luangkan masa untuk mendengar emosi mereka. Perbualan yang pertama dengan klien tidak merupakan satu permulaan kaunseling tetapi dianggap sebagai temubual untuk menilai klien. Anda perlu menilai klien sama ada mereka boleh meneruskan sesi kaunseling ataupun sebaliknya. Terdapat dua orientasi utama semasa temubual pertama denga klien, iaitu samaada berorientasikan maklumat ataupun berorientasikan perhubungan.

i) Berorientasikan Maklumat Anda banyak menggunakan kemahiran menyoal dengan soalan tertutup atau “probing” serta minta penjelasan untuk mendapatkan fakta. Hackey dan Cornier (1994) memaklumkan bahawa pertemuan pertama boleh memenuhi dua fungsi iaitu mengumpul maklumat yang diperlukan tentang klien tersebut ataupun ianya merupakan satu permulaan untuk satu perhubungan. “Probing” merupakan soalan-soalan yang sering dimulakan dengan siapa, apa, di mana, atau bagaimana. Soalan kenapa tidak digalakkan kerana klien boleh menjadi defensif apabila ditanya kenapa ia lakukan sesuatu dan sebagainya.Selain dari mengemukan soalan secara lisan, kaunselor boleh menggunakan borang yang mengandungi soalan berstruktur dan diberikan kepada klien.

Maklumat-maklumat yang boleh diperolehi seperti:1. Biodata. Ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon,

umur, jantina, status perkahwinan dan pekerjaan.2. Masalah yang klien sedang hadapi. Kaunselor perlu tahu

sejauhmanakah masalah menganggu kehidupan klien, bagaimanakah masalah itu menonjol? Perasaan, fikiran dan tingkahlakunya.

3. Corak kehidupan klien. Apakah aktiviti sosial, keagamaan, riadah, ciri pekerjaan dan sebagainya.

4. Sejarah keluarga. Ini termasuk umur, pekerjaan, personaliti ibu, bapa. Hubungan keluarga dan perlu juga diketahui terdapatkah gangguan mental dalam keluarga klien.

5. Sejarah Peribadi. Klien juga boleh ditanya latarbelakang perubatan mereka, pendidikan dan minat serta asepk-aspek perhubungan. Masalah perkahwinan dan

24

Page 25: Wz manual kaunselor

sebagainya. Pengalaman tentang kaunseling juga boleh ditanya kepada klien serta matlamat hidupnya semasa proses mendapatkan maklumat klien.

Selain daripada soalan-soalan di atas, anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang klien melalui pemerhatian. Ini boleh meliputi aspek fizikal klien, rupa mereka, suara, pakaian, ketegangan yang ada, motivasi, kemesraan atau tahap psikologikal klien.

Perlu juga dilihat dari aspek lojiknya percakapan klien dan tahap emosi mereka. Setelah anda mendapat maklumat seperti di atas anda boleh membuat RUMUSAN dan CADANGAN. Sebelum itu, anda perlu putuskan sama ada terdapat hubungan masalah dengan maklumat yang terkumpul. Seterusnya anda perlu memutuskan untuk menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan klien. Adakah anda ingin menggunakan pendekatan psikoanalisis, kognitif, afektif, tingkahlaku atau pendekatan pengabungjalinan. Jika anda ingin menjadi kaunselor kepada klien tersebut anda juga perlu tahu unsur-unsur kekuatan yang boleh menjayakan anda. Jangkamasa sesi juga perlu diputuskan di samping matlamat yang perlu dicapai adakah realistik atau tidak. Kaunselor juga perlu menilai kepakaran serta tahap motivasi klien untuk berjaya. Selain dari soalan-soalan seperti di atas anda juga boleh menggunakan formula berikut dan persoalan berkaitan dengannya. Mental Ilness Incidence= Stress + physical vulnerabilities Social support + coping skills+self esteem

Sebagai kaunselor anda boleh menggunakan formula tersebut untuk menilai keadaan klien dan anda juga boleh memberikan formula tersebut kepada klien untuk dijadikan panduan hidupnya.

Maksud formula tersebut ialah; Kemungkinan untuk mendapat gangguan mental bergantung kepada lima variable iaitu faktor stress, kesihatan/kelemahan fizikal,kemahiran hidup, sokongan sosial dan penghargaan kendiri. Jika jumlah di atas melebihi jumlah faktor-faktor di bawah, kebarangkalian untuk mendapat gangguna mental adalah amat tinggi. Sebaliknya jika klien boleh mengecilkan jumlah di atas dan

25

Page 26: Wz manual kaunselor

membesarkan jumlah di bawah maka tentulah kemungkinan untuk mendapat gangguan mental adalah kecil.

ii) Berorientasikan Perhubungan Jika melalui temubual yang telah dijalankan dan didapati klien amat reaktif kepada sesi kaunseling maka anda boleh terus memulakan sesi kaunseling dengan klien tersebut. Namun begitu anda perlulah tidak mengenepikan etika-etika kaunseling yang perlu diikuti di samping pemilihan teori serta pendekatan yang berpadanan.

APAKAH SOALAN-SOALAN YANG BOLEH DIKEMUKAN SEMASA SESI KAUNSELING

Terdapat pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk menanyakan soalan kepada klien. Berikut adalah beberapa panduan untuk mengajukan soalan kepada klien:

Apakah tujuan klien datang kepada anda: Apakah yang memutuskan klien untuk datang. Adakah

anda datang sendiri/sukarela atau digalakkan oleh orang lain?

Apakah isu yang sedang anda fikirkan sekarang? Apakah yang anda harapkan berlaku hasil daripada

pertemuan ini? Adakah anda mengalami tekanan daripada keluarga,

majikan atau dari kawan-kawan. Apakah perasaan anda semasa berada di sini?

Pernahkan anda berjumpa mana-mana ahli professional sebelum ini?

Kesihatan dan Keadaan Fizikal Cuba ceritakan keadaan kesihatan anda sekarang ini. Pernahkah anda sakit sebelum ini? Jika anda mensyaki klien terlibat dengan gejala dadah

atau alkohol anda boleh bertanyakan adakah mengambil bahan-bahan tersebut merupakan masalah bagi dirinya; Apakah jenis dadah yang diambil?, Berapa lamakah telah terlibat dengan gejala tersebut dan sebagainya.

Stress Adakah terdapat perubahan signifikan dalam hidup anda

sejak akhir-akhir ini sama ada dari aspek positif mahupun negatif.

26

Page 27: Wz manual kaunselor

Adakah terdapat masalah atau pertelingkahan dalam keluarga ketika ini.

Bagaimana dengan situasi kerja? Terdapatkah masalah dalam persekitaran kerja dan

sebagainya.

Kemahiran Hidup Adakah anda seorang pelajar/individu yang dianggap

baik. Adakah anda mempunyai kemahiran khas yang

digunakan dalam kerjaya anda sekarang ini. Bagaimanakah anda berinteraksi dengan orang lain.

Penghargaan Kendiri/Konsep Kendiri Adakah anda berpuas hati dengan kehidupan anda

sekarang? Apakah kualiti terbaik anda? Adakah orang lain pernah menegur kelemahan diri anda? Apakah perkara yang boleh menolong anda untuk

merasakan diri anda lebih baik?

Sokongan Sosial Bagaimanakah situasi di rumah sekarang? Adakah

keadaannya sama seperti dahulu? Bagaimanakah perhubungan anda dengan ahli keluarga

yang lain. Siapakah orang lain yang memainkan peranan penting

dalam hidup anda.

Anda boleh menggunakan soalan-soalan tersebut secara lisan ataupun dengan menggunakan borang. Sebagai peringatan soalan-soalan tersebut adalah contoh semata-mata dan terpulanglah kepada anda untuk menggunakan soalan yang terbaik mungkin dalam sesi kaunseling dengan klien.

KEMAHIRAN KAUNSELOR DALAM PROSES KAUNSELING

Anda boleh memulakan proses kaunseling dengan pelbagai modofikasi bagi setiap pendekatan kaunseling yang ingin digunakan. Berikut adalah panduan asas untuk menjalankan proses kaunseling.

KEMAHIRAN FASA I

27

Page 28: Wz manual kaunselor

A. RAPPORT/MEMBINA HUBUNGAN MESRA i). Membina hubungan adalah untuk mewujudkan kemesraan. Kaunselor melayan dan mendengar supaya dapat meyakinkan kepercayaan klien terhadap kaunselor, lalu mampu membukan “Tingkap Johari” klien. Ini juga dapat mengelakkan konsep kendiri klien daripada terancam. Kaunselor akan memahami klien di samping klien mengenali kaunselornya. Apabila konsep kendiri klien tidak terancam ini memudahkan wujudnya suasana yang teraputik dan rasa selamat. Usaha mewujudkan rapport ini menjadi syarat utama jika anda ingin menggunakan pendekatan teori kaunseling pemusatan perorangan. ii). Kaunselor juga perlu membuat penstrukturan seperti memberitahu kerahsiaan dan limitasinya. Masa yang diperlukan serta matlamat sesi kaunseling perlu dijelaskan kepada klien. Kaunselor juga perlu menerangkan peranannya dalam sesi kaunseling dan sekiranya perlu kontrak perlulah dipersetujui samaada secara lisan ataupun dengan mengisi borang tertentu.

B. PENEROKAAN Pada peringkat ini kaunselor perlu mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan lebih mendalam. Kaunselor juga perlu mengunakan kemahiran empati, parafrasa dan juga refleksi dengan baik untuk proses penerokaan. Kemahiran ini akan banyak ditekankan dalam latihtubi nanti.

C. KENALPASTI MASALAH i). Jika anda lebih gemar menggunakan pendekatan kognitif maka kebanyakan masalah klien dipercayai berpunca daripada masalah kognitif. Oleh itu pada tahap ini, kebanyakkan punca kenalpasti masalah adalah berpaksikan daripada pemilihan pendekatan teori yang digunakan. Maka kaunselor perlu bijak untuk mengenalpasti masalah klien menggunakan pendekatan tertentu. ii). Anda juga perlu menilai adakah setiap masalah boleh diselesaikan? iii). Selain itu, pada tahap ini anda perlu menilai kembali semula soalan-soalan yang diajukan pada permulaan sesi,

28

Page 29: Wz manual kaunselor

maka dari sini anda boleh mengenalpasti punca masalah klien tersebut.

D. MATLAMAT KAUNSELING i). Pada peringkat ini kaunselor perlu mengemukakan matlamat kaunseling yang perlu dicapai oleh klien. Matlamat ini perlu dibina di atas persetujuan bersama di antara klien dan kaunselor. ii) Perkara penting yang perlu diketahui oleh para pelatih ialah pada peringkat ini juga, pendekatan serta teori kaunseling adalah amat penting. Secara kesimpulannya matlamat kaunseling adalah berdasarkan kepada paksi pendekatan yang digunakan.

Sebagai peringkatan, pada tahap A hingga D ini adalah merupakan Fasa I dalam kaunseling iaitu Fasa Penglibatan dan Penerokaan yang mengutamakan perhubungan mesra, penerokaan dan mengenalpasti matlamat kaunseling. Perlu juga diingati matlamat kaunseling adalah tidak sama dengan masalah sesi kaunseling. Kemahiran yang banyak digunakan dalam, Fasa I termasuklah refleksi, diam, soalan terbuka dan tertutup, dorongan minima, minta penjelasan, membuat rumusan kecil dan besar, parafrasa, tafsiran serta memberi maklumat.

FASA II (KEFAHAMAN DAN TINDAKAN) Konfrantasi Menukar persepsi Pendedahan kendiri Memimpin Empati tepat Memberi respons pelbagai fokus Spontan/Segera Membuat kontrak Latihan/rehearsal Melakukan konfrantasi

KEMAHIRAN MEMBERI RESPON PELBAGAI FOKUS

Selalunya klien membuat persepsi dengan:

Visual - “lihat” (Saya dapat melihat kebahagiaan….) Audio - “dengar” (Saya mendengar kebahagiaan…) Kinestetik - “rasa” (Saya merasakan kebahagiaan…)

Peringatan: Terdapat klien yang menggunakan ayat seperti di atas selalu, oleh itu kaunselor perlu menunjukkan

29

Page 30: Wz manual kaunselor

kefahaman, maka kata kunci sendiri perlulah digunakan. Sebagai contoh, kenyataan di bawah bolehlah digunakan.

Kaunselor: “Saya nampak maksud anda, atau dengar kesungguhan anda, atau “Saya juga dapat merasakan anda sedih sekarang.

Jika kaunselor dapat menikuti “mood” klien semasa membuat persepsi, perubahan akan cepat berlaku. Adalah penting bagi kaunselor membuat respon mengikut bahasa klien-afektif, kognitif mahupun tingkahlaku.

E. TINDAKAN/STRATEGI Kaunselor bebas menggunakan teknik/pendekatan/strategi yang sesuai dengan kes. Jika anda percaya bahawa pemikiran merupakan masalah, maka gunakanlah teknik yang bersifat kognitif. Ada kalanya anda boleh mengabungkan teknik-teknik dari pendekatan lain. Kesimpulannya tindakan/strategi hendaklah selari dengan matlamat dan masalah klien.

F. PENAMATAN

Apabila matlamat kaunseling telah tercapai dengan persetujuan klien, perhubungan kaunseling bolehlah ditamatkan. Tetapi bagi setiap sesi pula, anda perlulah menamatkan sesi secara rasmi supaya klien yang berkenaan tahu.

G. SUSULAN.

Apabila sesi kaunseling telah ditamatkan secara rasminya, kaunselor bolehlah pula membuat tindakan susulan. Jangkamasa dan kekerapan sesi adalah bergantung kepada persetujuan antara klien dan kaunselor.

ORIENTASI PERHUBUNGAN KAUNSELOR

Setiap kaunselor perlu menyedari kemahiran melayan dan mendengar dengan baik. Untuk menfokus kepada emosi dan

30

Page 31: Wz manual kaunselor

perhubungan, terdapat banyak kemahiran yang perlu digunakan. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu dipertajamkan oleh setiap kaunselor ialah seperti memparafrasa, membuat refleksi, membuat rumusan, meminta penjelasan, mentafsir, konfrantasi dari segi lisan dan bukan lisan, kontak mata, mimik muka, kedudukan badan dan lain-lain lagi.

EMPATI YANG TEPAT

Empati Tepat Utama (ETU)- Menyampaikan kepada klien apa yang kaunselor faham tentang perasaan (penglibatan dan perlakuannya).- Sangat membantu dalam perhubungan kaunseling, mengumpul data atau menjelaskan masalah.- Anda menggunakan refleksi untuk menunjukkan emosi yang klien alami ketika itu.

ETL (Empati Tepat Lanjutan)- Bukan sekadar membuat refleksi terhadap yang yang diluahkan, didengar dan lihat tetapi juga terhadap yang tidak dinyatakan atau disebut dengan tidak lengkap.- Klien: “Saya harap semuanya berjalan lancar…(dengan melihat jauh)- Kaunselor : “…dan kalau tidak, anda tidak pasti apa yang hendak dibuat nanti”

PENDEDAHAN KENDIRI (PK)- Apabila seseorang itu mendedahkan maklumat peribadi, orang lain akan mengetahuinya. Sama ada klien membuat PK ataupun kaunselor, Hansen, Stevic dan Warner (1986) berpendapat bahawa PK perlu bagi klien untuk kejayaan kaunseling.- Curtis (1981) menyatakan bahawa klien lebih percayakan kaunselor yang membuat PK dan klien akan membuat PK juga jika hubungan kaunseling telah erat.- Terdapat dua fungsi pendedahan kendiri mengikut Egan (1986) iaitu;

31

Page 32: Wz manual kaunselor

i) Menjadi model iaitu bersifat terbuka. Apabila kaunselor menunjukkan pengalamannya, ini akan menjadi model kepada klien untuk membuat pendedahan kendiri.ii) Membentuk perspektif baru, iaitu kaunselor juga mempunyai masalah dan mereka bukannya manusia yang sempurna.

Egan (1986) menekankan lagi pendedahan kendiri mestilah mempunyai fokus dan dipilih bukanya secara rawak. Pendedahan kendiri mestilah tidak menambah masalah klien dan kurang digunakan. Namun begitu ada juga berpendapat pendedahan kendiri adalah merupakan satu risiko oleh itu ia agak keberatan digunakan di dalam sesi kaunseling. Petanda-petanda berat menghadapi pendedahan kendiri ialah seperti tidak mahu membuancangkan sesuatu isu itu, klien menukar tajuk perbincangan, diam dan akan banyak bercakap.

Sebagai kesimpulan kaunselor mesti pandai menggunakan kemahiran ini dalam proses kaunselor agar sesi yang dilakukan itu mempunyai produktiviti.

KESEPONTANAN Spontan bermaksud kaunselor memahami dan menunjukkan kepada klien tentang apa yang sedang berlaku antara kaunselor dan klien. Aspek-aspek perasaan, harapan dan impresi klien ditekankan dalam isu kespontanan ini.

Spontan Dalam Perhubungan Kaunselor berbincang dengan klien tentang kualiti perhubungan mereka samaada sesi itu produktif, membosankan, menegangkan dan sebagainya.

Spontan “Sini” dan “Kini Perbincangan tentang perasaan klien atau pemikirannya pada suatu ketika itu. Sebagai contoh, Semasa kaunselor melakukan penerokaan, tiba-tiba semasa sesi sedang berlangsung, klien mula menunjukkan tanda-tanda tidak mahu berkongsi dengan kaunselor lagi. Oleh itu, kaunselor boleh menggunakan kemahiran kespontanan dengan berkata “Saya agak keliru.. tadi awak sangat aktif berkongsi dengan saya, tetapi sekarang awak seolah-olah tidak mahu saya tahu dengan lebih mendalam…apa yang berlaku ini?

32

Page 33: Wz manual kaunselor

Egan (1986) menyatakan bahawa kespontanan sesuai digunakan apabila:i. Perhubungan tidak mempunyai arah lagi.ii. Ada ketegangan pada klien, atau antara klien dengan kaunselor.iii. Timbul soal “kepercayaan” (trust)iv. Bila wujud jarak sosial antara klien dan kaunselor.v. Ada kebergantungan klien.vi. Ada saling kebergantungan.vii. Ada tarikan antara kaunselor dan klien kerana mempunyai unsur-unsur emosi antara kedua-duanya.

KONFRANTASI Tamminen dan Smaby (1981) menyatakan bahawa kaunselor membantu individu itu melihat dengan jelas apa yang berlaku, apa kesan dan akibatnya serta bagaimana mereka boleh memikul tanggungjawab apabila mengambil tindakan untuk berubah. Perubahan yang dimaksudkan ialah berubah dengan cara yang membawa kepada kehidupan yang efektif dan lebih baik. Namun begitu sebelum sesuatu konfrantasi dapat dilakukan di dalam sesi kaunseling, kaunselor haruslah memastikan wujudnya hubungan dengan klien yang sungguh kuat sebelum beliau menerima konfrantasi tersebut. Menurut Berenson dan Mitchell (1974), adalah lebih produktif untuk kaunselor membuat konfrantasi terhadap kekuatan klien daripada kelemahannya. Konfrantasi adalah sesuatu yang mencabar atau membantu klien untuk mengkaji serta mengubahsuai dan mengawal sesuatu aspek perlakuan

PENAMATAN PERHUBUNGAN KAUNSELING

Perls (1969) menyarankan untuk memulakan sesuatu yang baru, pengalaman yang lama mestilah lengkap dan telah diatasi. Pandangan ini selaras dengan perhubungan kaunseling, iaitu ianya perlu ditamatkan sebelum perhubungan kaunseling yang baru bermula. Penamatan di dalam kaunseling termasuklah penamatan sesi itu sendiri dan manakala penamatan perhubungan kaunseling pula adalah penamatan rasmi yang dilakukan setelah mencapai matlamat kaunseling.

33

Page 34: Wz manual kaunselor

APAKAH MAKSUD PENAMATAN?

1. Penamatan adalah menamatkan sesuatu pengalaman pembelajaran dengan sempurna.2. Penamatan merupakan motivator, maksudnya apabila kita tahu perhubungan kaunseling akan tamat, maka kita akan bekerja keras untuk mendapatkan hasil dalam masa yang lebih singkat.3. Penamatan merupakan titik tolak bagi klien menjadi bebas iaitu klien belajar menjadi bebas dan seterusnya mengamalkan apa yang diperolehi semasa sesi kaunseling.

PENAMATAN SETIAP SESI

1. Selalunya di dalam sesi kaunseling, kaunselor akan memberitahu jangkamasa sesi. Peringatan akan dilakukan untuk mengingatkan klien tentang masa yang akan tamat.2. Apabila sesi kaunseling hampir tamat, kaunseor atau klien boleh membuat rumusan besar dan ianya hendaklah padat tanpa pentafsiran tau rumusan yang berbelit-belit.3. Kaunselor bersama-sama dengan klien menetapkan “appointment” akan datang dan kaunselor akan memberi homework jika perlu.

PENAMATAN PERHUBUNGAN KAUNSELING

1. Perlu diberitahu dengan lebih awal tentang penamatan perhubungan kaunseling supaya kaunselor dan klien akan menggunakan masa dengan optima.2. Kedua-dua kaunselor dan klien mestilah sepakat tentang masa penamatan yang perlu dibuat.3. Petanda-petanda bahawa perhubungan kaunseling hampir tamat ialah:- berkurangnya “intensiti” kerja antara kaunselor dan klien.- Lebih banyak humor- Berkurangnya “denial”- Kurangnya klien menarik diri (withdraw)- Kurangnya perasaan marah.- Kurang bergantung.- Kurang perasaan sedih dan pilu.

Maholick & Turner (1979) mencadangkan agar persoalan-persoalan berikut dipertimbangkan sebelum membuat penamatan:

34

Page 35: Wz manual kaunselor

1. Adakah masalah atau persoalan klien yang asal telah kurang atau dapat dibuang?2. Adakah perasaan tertekannya sudah berkurangan atau dapat dibuang?3. Sejauhmana klien ada kebolehan untuk menanggani masalah dan kefahamannya terhadap orang lain.4. Bolehkah klien berhubung dengan orang lain, menyayanginya dan seterusnya disayangi.5. Adakah klien mendapat kebolehan untuk merancang dan bekerja dengan produktif.

PENENTANGAN TERHADAP PENAMATAN

Biasanya penentangan akan timbul apabila:a) Hubungan terlalu intim.b) Hubungan terlalu lama.c) Merupakan satu pengalaman pahit.d) Rasa sunyi.e) Takut diketepikan.f) Takut menjadi bebas.g) Perlukan kepuasan apabila bersama dengan orang lain.

CARA-CARA KLIEN MENUNJUKKAN PENENTANGAN1. Klien meminta lebih masa, minta perhatian lagi walaupun matlamat sudah tercapai.2. Klien akan menunjukkan rasa cemas supaya kaunselor terpaksa memanjangkan sesi.

MEMBUAT RUJUKAN.

Kadang-kala terdapat keadaan di mana kaunselor terpaksa melakukan rujukan. Ini biasanya berlaku apabila:a. Apabila klien mempunyai masalah yang tidak dapat ditanggani oleh kaunselor.b. Kaunselor kurang pengalaman dalam sesuatu bidang atau kurang kecekapan.c. Kaunselor sedar ada pakar lain yang lebih mengetahui.d. Kaunselor dan klien bercanggah dari segi personaliti dan ada kecenderungan berlaku konflik.e. Hubungan antara kaunselor dan klien terbantut dalam Fasa I lagi.

BAGAIMANA DAN BILA MERUJUK?

35

Page 36: Wz manual kaunselor

i. Jika kaunselor bimbang klien akan merasa tersingkir, maka perlulah diadakan sekurang- kurangnya satu sesi sebelum dibuat rujukan. Klien juga perlu diyakinkan tentang tempat ianya dirujuk.ii. Jika timbul keadaan di atas iaitu tidak produktif lagi maka perlulah dirujuk segera kerana kelewatan akan menyukarkan penamatan sesi kaunseling.

DIMENSI PENGGUNAAN TEORI-TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

Matlamat penting dalam proses kaunseling ialah untuk memastikan supaya klien dapat menikmati hasil kaunseling dan boleh berfungsi dengan sihat. Pada biasanya klien akan memerlukan pertolongan supaya ianya dapat mengubah perlakuan yang melibatkan emosi serta tingkahlakunya. Manusia telah dianugerahkan dengan daya pemikiran, emosi serta kebolehan membuat pemilihan tentang sesuatu tindakan. Hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkahlaku adalah rapat dan wujud kesaling pengaruh antara satu sama lain. Oleh itu, interaksi antara lapangan pemikiran, emosi dan tingkahlaku adalah amat mustahak dalam perlaksanaan proses kaunseling. Seseorang kaunselor mesti memahami gerak balas yang berunsurkan persepsi terhadap interaksi yang berkait rapat antara pemikiran, emosi dan tingkahlaku.

Dalam proses kaunseling, elemen pemikiran, emosi dan tingkahlaku ini boleh difahami dengan lebih mendalam melalui konsep afektif, kognitif, wawasan dan tingkahlaku. Kefahaman tentang empat konsep ini mesti dihayati oleh kaunselor sebelum proses kaunseling itu dapat diteruskan dengan berkesan.

Konsep wawasan diri melibatkan proses kefahaman dalaman tentang diri. Proses ini memerlukan penghayatan menyeluruh melibatkan akal. Seseorang insan itu sudah tentunya dikehendaki mengetahui tentang kekuatan dan kelemahan diri seiringan dengan emosinya. Konsep ini boleh digambarkan seperti berikut:

A BWawasan Diri Tindakan

36

Page 37: Wz manual kaunselor

Pendekatan kaunseling yang lebih mirip ke arah mementingkan wawasan diri akan terletak di bahagian A. Manakala pendekatan yang lain lebih mirip ke arah tindakan akan terletak di bahagian B.

Pentingnya pemikiran dan emosi dalam diri seorang insan tidak dapat dinafikan. Dalam proses kaunseling, pendekatan yang melibatkan elemen pemikiran dan juga afektif memainkan peranan dalam penentuan matlamat kaunseling. Elemen afektif dalam proses kaunseling lebih mendekati perhubungan antara insan manakala proses pemikiran secara kognitif memberi kepentingan tentang daya akal fikiran yang sedia wujud dalam diri manusia. Konsep ini boleh digambarkan secara haluan yang memisah ke arah dua penghujung dalam satu kontinum seperti berikut:

X Y Afektif Kognitif

Dua kontinum ini boleh digabungkan untuk membentuk struktur dua dimensi tentang penempatan pendekatan kaunseling mengikut mirip serta pengaruh matlamat kaunseling yang dipelopori oleh tokoh tertentu.

X Afektif A Wawasan B Tindakan

Y Kongnitif

PEMBAWAAN NALURI MANUSIA

Pada asasnya pendekatan afektif mempunyai kefahaman bahawa setiap manusia itu sedar dan berupaya membuat pemilihan-pemilihan sendiri. Manusia itu difahamkan sebagai

37

Page 38: Wz manual kaunselor

satu insan yang penuh dengan kebaikan diri serta mempunyai keupayaan perkembangan diri yang tidak terhad. Ini memberi makna bahawa tersemat di dalam diri seorang manusia itu adanya satu potensi yang boleh dikupas secara mendalam sekiranya ia dapat sedar akan potensi perkembangan diri yang terpendam itu.

Kefahaman pendekatan afektif mempunyai pegangan bahawa seseorang manusia itu adalah unik, tersendiri dalam kebolehannya membentuk potensi yang terpendam dalam dirinya. Setiap manusia itu juga kemungkinan bergerak ke arah hala yang boleh memperkukuhkan dirinya. Keunikan diri seorang manusia itu memberi erti bahawa ianya mempunyai pandangan hidup yang berbeza. Perbezaan ini adalah amat ketara dari aspek perlakuan yang diresapi oleh manusia serta pandangan yang berbeza terhadap liku-liku hidup. Kesejahteraan juga dapat difahamkan dari segala aspek jangkaan seorang manusia terhadap dirinya yang sebenar dengan harapan yang dikehendakinya.

Perbezaan antara penerimaan terhadap konsep kendiri yang ideal menyatakan suatu pola hidup dalam memahami konsep kesejahteraan mengikut pendekatan kaunseling Pemusatan Perorangan. Pendekatan kaunseling Pemusatan Perorangan antara satu pendekatan kaunseling yang berhaluan afektif menumpukan proses kaunseling ke arah merapatkan jurang di antara konsep kendiri yang sebenar dengan harapan konsep kendiri yang ideal bagi seorang klien. Perkembangan dan pertumbuhan kesejahteraan seorang manusia itu sentiasa beralih di antara dua pola ini . Kaunseling Pemusatan Perorangan mempunyai kefahaman bahawa tidak adanya keseimbangan antara ketiga-tiga pola pengalaman, konsep kendiri yang sebenar dan konsep kendiri yang ideal inilah yang menghasilkan masalah dalam diri klien.

Penyatuan pola-pola hidup juga mendapat tumpuan analisis mengikut Kaunseling Gestalt. Namun begitu pendekatan afektif Kaunseling Gestalt tidak membahagi-bahagikan pembawaan hidup seseorang itu kepada ciri-ciri yang spesifik. Ianya lebih mementingkan konsep penyatuan dalam diri seorang manusia. Analisis dari segi penyatuan keseluruhan adalah lebih penting dan dapat memberi pentafsiran yang lebih jitu bagi memahami pembawaan hidup seorang manusia itu. Pendekatan kaunseling ini beranggapan bahawa seorang manusia yang bertingkahlaku

38

Page 39: Wz manual kaunselor

secara mengasing-asingkan pembawaan hidupnya menghadapi segala macam kerumitan. Pendekatan Gestalt menumpukan penyatuan seorang manusia itu dari segala aspek mental, emosi dan tingkahlakunya. Ketiga-tiga ciri ini tidak boleh dipisahkan. Kesejahteraan itu wujud hasil daripada tanggungjawab seseorang individu yang bertindak secara bersatu dalam segala perlakuan, pemikiran dan kenyataan emosinya.

Pendekatan kaunseling yang menumpukan tingkahlaku pula kurang mementingkan aspek-aspek emosi yang bergolak dalam diri seseorang individu. Malahan, mengikut kefahaman pendekatan ini, individu itu bergerak ke arah suatu tingkahlaku hasil dari pembelajaran. Aspek-aspek pembelajaran yang menumpukan konsep-konsep rangsangan dan gerak balas merupakan gejala yang penting untuk menghasilkan tingkahlaku bagi seseorang individu. Selain itu, persekitaran juga membantu mengubah pembelajaran itu. Kefahaman konsep pembawaan manusia adalah berbeza di antara pendekatan-pendekatan kaunseling dari lapangan afektif, tingkahlaku ataupun pemikiran. Mengikut kefahaman pendekatan pemikiran segala kerumitan yang dialami oleh seorang individu adalah hasil daripada kesilapan pemikiran. Kesilapan pemikiran ini berpunca daripada pemikiran yang tidak rasional. Pendekatan yang menggunakan proses kaunseling bermirip pemikiran berpendapat bahawa seorang individu itu mempunyai segala potensi untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Pemikiran yang tidak rasional adalah hasil daripada pengalaman pembelajaran. Segala pemikiran seorang individu tertakluk kepada pengalaman-pengalaman serta persepsinya tentang baik buruk terhadap sesuatu perkara yang sedang dihadapi. Keputusan untuk bertindak yang dibuat oleh seseorang individu adalah berpunca daripada hasil pemikiran. Oleh yang demikian segala pemikiran rasional dan tidak rasional yang wujud dalam system kepercayaan seorang individu sudah melalui ciri-ciri pengukuhan dari aspek pembelajaran. Sudah tentunya bagi seorang yang sentiasa menggunakan pemikiran yang tidak rasional, sistem membuat keputusannya juga pada hakikatnya berpunca daripada sistem pemukiran yang tidak berkesan. Proses kaunseling mengikut pendekatan Pemikiran berhasrat untuk memberi kesedaran kepada klien supaya meneliti system kepercayaan tentang membuat keputusan berdasarkan kepada system pemikiran yang baru.

39

Page 40: Wz manual kaunselor

TEORI PSIKOANALISIS Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Beliau berasal dari Moravia, Slovakia. Beliau bermula sebagai doktor perubatan dan bertindak sebagai penyelidik yang menumpukan pemerhatian kepada kecelaruan saraf. Bidang ini tidak begitu maju dalam abad yang ke 18 di mana ramai orang semasa zaman tersebut menggunakan hypnosis sebagai satu kaedah bagi menyelesaikan penyakit mental. Freud bagaimanapun dipengaruhi oleh kerja-kerja kaedah yang dijalankan oleh seorang doktor di Vienna, Austria yang bernama Joseph Breur. Breur telah menggunakan satu teknik bagi mengubati pesakit-pesakitnya iaitu menumpukan perbualan tentang sintom-sintom dan didapati berkesan. Pengaruh ini melibatkan Frued mendalami kajiannya secara persendirian hingga diterbitkan buku “The Interpretation of Dream (1900) dan seterusnya kajian tentang analisis kendiri.

Psikoanalisis bolehlah dianggap sebagai satu kaedah bagi merawati seorang indvidu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya. Sekiranya kita mengikuti fahaman tradisi, psikoanlisis lebih dianggap sesuai merawati individu yang mana masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam.

CIRI-CIRI UTAMA DALAM PSIKOANALISIS

Pandangan terhadap pembawaan manusia (Nature of Man): Dalam pandangannya tentang manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Berdasarkan kepada pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisme dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa ke arah nasib haluannya.

Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (Animalistic Instincts) dan desakan biologikal.

40

Page 41: Wz manual kaunselor

Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu kendiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat. Dengan demikian ciri-ciri sosiolisasi akan berlaku dan sekiranya ini tiada, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggap sebagai bilazim.

PERKEMBANGAN PERSONALITI

Tenaga Psikik. Kefahaman tentang psikonalisi memerlukan penelitian aspek tenaga psikik yang meliputi konsep (1) Penentuan Psikik (2) Tahap Bawah Sedar.

Penentuan Psikik. Konsep ini bermaksud bahawa semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab yang tertentu. Pada lazimnya berkait rapat antara hubungan sesama insan. Dalam ertikata lain, ada perkaitan antara tahap sedar dengan tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau gerakan emosi yang serta merta.

Fahaman tenaga psikik di dalam individu bermaksud desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO. Konsep libido ini lebih menyerupakan satu desakan seksual sebagai tenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan). Dalam pengertian yang lebih luas, libido merupakan desakan tenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak bertumpu hanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi merangkumi segala kepuasan kendiri. Desakan yang kedua dalam tenaga psikik adalah desakan agressif atau THANATOS (Kehendak mati).

Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yang semulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan. Penentuan psikik ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awal tadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Naluri desakan biologikal ini lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia. Dalam kaunseling

41

Page 42: Wz manual kaunselor

mengikut fahaman psikoanalisis, proses yang mustahak adalah bagi memberi fokus kepada konflik yang belum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahaman psikoanalisa, bagi mengubah haluan proses kaunseling, kaunselor perlu mengkaji latarbelakang dan sejarah pengalaman kliennya.

Tahap Kesedaran. Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis selain dari Penentuan Psikik. Dalam pemikiran manusia keadaan sedar merupakan satu tahap yang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikianalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran :1. SEDAR (Concious)2. PRASEDAR (Preconcious)3. BAWAH SEDAR (Unconcious)

Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanlisis. Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa sepi, suka, berlari dan sebagainya.

Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang boleh dipanggil secara kendiri supaya dapat dirasai kenyataannya dalam keadaan sedar. Sungguhpun pada asalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakan sebahagian dari tahap sebenar tadi. Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang paling penting dalam proses psikoanalisis. Peringkat Bawah Sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri semulajadi seperti tenaga psikik.

Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaan yang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secara kendiri. Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawah sedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripada kaunselor. Pada kebiasaannya perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku kerana individu biasanya beranggapan ataupun beliau tidak dapat menerimanya sendiri, atau mempunyai satu persepsi bahawa masyaarakat juga tidak dapat menerimanya.

42

Page 43: Wz manual kaunselor

Dalam psikoanalisis, bahan-bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul, mimpi, fantasi atau khayalan seorang individu. Kesemua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnya di antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yang baru yang lebih menumpukan kepada tingkahlaku semasa yang dapat dicerap. Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahap kesedaran kliennya. Di sini kaunselor dikehendaki menarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepada pemikiran bawah sedarnya yang telah disekat dari kenyataan secara mekanisme bela diri REPPRESSI. Secara repressi, individu itu telah dapat menunjukkan kenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang “tidak sesuai” tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennya bekerja keras bersama bagi cuba menyelesaikan konflik yang belum dapat diselesaikan. Caranya :1). Pendedahan.2). Meneroka3). Pentafsiran

Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar, kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepada kaedah penerokaan dan pendedahan. Apa yang dimaksudkan ialah kaunselor akan membantu kliennya dengan mendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya. Pada kebiasaannya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalah ini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnya mekanisme bela diri klien. Klien akan sedaya upaya menghalang sebab masalah itu didedahkan.

Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapat bersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraian komunikasi yang dibuat oleh klien. Pentafsiran merupakan elemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahami apakah yang beliau sedang alami di sebalik tahap bawah sedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkan persepsinya terhadap masalah semasa. Apa yang telah diperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedah pendekatan psikoanalisis di mana konsep kaitannya dengan tahap kesedaran itu sangat rapat.

43

Page 44: Wz manual kaunselor

PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS

Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan kesannya terhadap perkerkembangan personaliti, psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur:1. ID2. EGO3. SUPER EGO

ID: Id diandaikan segala gejala yang neutral dalam pemikiran individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang telah wujud sejak ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi dan sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan gejala yang dibawah sedar dan merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan satu sumber LIBIDO. Tujuaan utama id ialah bagi mendapatkan kepuasan kendiri secara mendadak (immediate gratification). Sebab itulah id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang beitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak perlu dipelajari.EGO: Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud secara kelahiran sebaliknya berkembang secara berperingkat dan bergerak sebagai elemen pada tahap sedar dan penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan kendiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkahlaku dan personaliti individu.

IDENTIFIKASI: Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubah haluan tenaga psikik daripada id kepada ego. Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak kepada situasi yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasan. 1. Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran

44

Page 45: Wz manual kaunselor

yang nyata atau sebenar. Seterusnya ego boleh bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosiolisasi.2. Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadaan ini ternyata sebagai mekanisme beladiri ego. Antara mekanisme beladiri adalah pendaman, rosotan dan sublimasi.

SUPER EGO: Super ego merupakan struktur ketiga dalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau “conscience” seseorang individu. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari, dikenalpasti daripada ibubapa mahupun masyarakat. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya. Super ego mengawal id dan ego. Super ego bertindak seakan-akan ibu bapa seorang individu saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan dan tingkahlaku. Disebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan.

PERKEMBANGAN PERSONALITI MENGIKUT PSIKOANALISIS Terdapat lima peringkat perkembangan personaliti mengikut teori psikoanalisis. Peringkat tersebut adalah seperti berikut:1. Peringkat Oral. Kepuasan yang mula dirasai oleh seseorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi dimulutnya. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan. Hampir semua objek akan di bawa kemulut oleh seseorang bayi. Mengikut fahaman psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaan lekatan seperti mekanisme bela diri semasa dewasa yang boleh membawa kepada trait pasif, optimis dan ingin mengetahui.

2. Peringkat Anal. Pada tahun kedua, kanak-kanak mula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semulajadi. Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi

45

Page 46: Wz manual kaunselor

melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang dilalui akan mempengaruhi sahsiahnya apabila meningkat dewasa.3. Peringkat Falik. Mengikut teori ini, peringkat ini kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Peringkat ini juga merupakan permulaan perkembangan kompleks odepus dan kompleks elektra. Kompleks odepus berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ibunya. Kartasis kepada penarikan ini juga berlaku terhadap kanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran dengan kompleks elektra. Rasa tidak puas hati terhadap sama ada ibu oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut serta mendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seseorang individu.4. Peringkat Pendaman. Pada umur lima tahun hingga lima belas tahun, kehendak seksual terpendam di kalangan individu. Maka pada peringkat ini bermulalah gejala penyekatan seksual dalam diri individu. Walau bagaimanapun peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri kelelakian atau kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesama rakan sama ada dari jantina lelaki ataupun wanita.5. Peringkat Genital. Sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri baligh, kehendak seksual telah diganti dengan struktur ego yang mengambilalih semula perkembangan diri. Pada peringkat ini, objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan sosiolisasi, perlaksanaaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinanan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak ditinggalakan dan bermula dengan peringkat kedewasaan.

MEKANISME BELA DIRI Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego. Sesoerang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi

46

Page 47: Wz manual kaunselor

memuaskan kehendaknya. Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seseorang individu akan tanpa disedari menggunakan mekanisme beladiri bagi menanggani keadaan yang dihadapi. Antara mekanisme bela diri yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Pendaman. Pendaman merupakan mekanisme bela diri yang asas dalam struktur personaliti seseorang individu. Pendaman merupakan pengenepian desakan sebagai satu perwakilan idea daripada tahap sedar. Perkara ini berlaku apabila ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak sanggup ditanggani. Kesannya mengakibatkan berlakunya keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri pendaman yang berterusan akan memakan diri di samping mengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri. 2. Keresahan. Keresahan merupakan perasaan takut dalaman. Keresahan berasas dari ingatan serta pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan hati. Biasanya keresahan dikaitkan dengan penderaan. Desakan ini sering diingati dan akan menimbulkan desakan dalaman yang menakutkan.

3. Rosotan.Satu proses di mana seseorang individu di dalam keadaan yang tertekan dan akan mengguna gerak balas yang biasa dilakukan pada peringkat awal perkembangan personalitinya. Rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan yang sedia ada dalam tahap bawah sedarnya. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru sahaja mendapat seorang adik akan merosot tingkahlakunya seperti tidak membuang ari secara teratur tanpa mengingat latihan yang sudah dilalui. Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebut akan terasa terancam dengan kedudukannya yang selamat dalam struktur kekeluargaan.

4. Pembentukan Reaksi. Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah dipendam. Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti. Contohnya desakan melakukan kegiatan

47

Page 48: Wz manual kaunselor

“mengotorkan” bertentangan dengan desakan kegiatan “bersih” yang ada dalam pendaman.

5. Unjuran.Suatu keadaan di mana seorang individu melepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain. Keadaan ini berlaku apabila ego tidak lagi dapat memendam bahan yang tidak digemarinya. Contohnya perasaan marah terhadap sesuatu kegiatan.

6. Introjeksi. Satu keadan di mana seorang individu menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukan afektif berkaitan dengan objek atau orang luaran. Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranan superego.

7. Pengenalpastian. Pengenalpastian merupakan satu proses di mana seorang individu menggabungkan sikap orang lain ke dalam dirinya. Dalam keadaan demikian, segala tenaga id dialirkan ke arah proses pembentukan ego. Contohnya, seorang kanak-kanak akan merujuk tingkahlaku ibubapanya. Beliau akan menyerap segala ego ideal ibu bapa tersebut juga sebagai idealnya. Maka di sini akan terbentuk superego bagi kanak-kanak tersebut.

8. Pindahgantian. Keadaan ini merupakan satu proses mengalirkan tenaga psikik dari sumber atau objek yang tidak dapat diakses kepada satu objek lain. Keadaan ini akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan dalam diri. Pada biasanya sikap serta perasaan yang asal tetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan ke arah objek yang lain. 9. Sublimasi. Satu bentuk pindah gantian yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan yang berbentuk sosial dan berfaedah serta kreatif.

KAUNSELING MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOANALISIS

48

Page 49: Wz manual kaunselor

Pandangan teori ini terhadap manusia yang bermasalah ialah rasional bagi perubahan. Struktur personaliti yang dikemukakan oleh Freud sangat penting difahami bagi seorang kaunselor yang inginkan melaksanakan rawatan sejajar dengan pendekatan psikoanalisis. Kefahaman tentang id, ego dan superego dalam diri seseorang insan akan dapat menentukan tahap kecelaruan yang sedang dialami oleh klien. Kaunseling pendekatan ini menumpukan kepada analisis perimbangan antara id, ego dan superego yang berlaku dalam diri insan. Mengikut fahaman psikoanalisis, seseorang individu itu berada dalam kecelaruan mental kerana tidak berlakunya perimbangan id, ego dan superego dalam dirinya. Proses kaunseling secara pendekatan psikoanalisis melibatkan interaksi antara kaunselor dan kliennya. Interaksi secara bersemuka adalah perlu dan digalakkan bagi menjaga kepentingan proses hormat menghormati antara kaunselor dan kliennya. Proses ini juga melibatkan perbualan yang ikhlas antara kedua mereka. Dalam pendekatan ini juga, kaunselor akan menerima kliennya secara ikhlas tanpa syarat. Penerimaan tanpa syarat ini merupakan perkara penting dalam mewujudkan iklim kaunseling yang teraputik. Walaupun proses psikoanalisis dianggap sebagai tradisional, namun cara perlaksanaannya boleh dikemaskinikan. Tidak lagi perlu melayan klien dengan berbaring di kerusi “cauch” cukuplah sekadar mendengar masalah mereka di kerusi biasa sahaja. Dalam proses kaunseling psikoanalis, rintangan perbualan dan interaksi merupakan perkara pokok yang digunakan oleh kaunselor bagi mendapatkan maklumat tentang tahap bawah sedar klien. Bagi kaunselor, kefahaman dan keupayaannya membuat analisis tentang struktur tahap bawah sedar klien merupakan punca permulaan bagi merawat klien tersebut. Desakan id merupakan punca kegelisahan dan penyebab kecelaruan dalam perimbangan struktur personaliti klien. Rintangan dan mekanisme bela diri seseorang individu juga akan meningkatkan kerumitan yang dialami oleh klien. Sehubungan itu desakan id dan rintangan yang berpunca dari mekanisme bela diri ego seseorang klien mempengaruhi pemikiran dan emosi klien. Dalam proses psikoanalisis, kaunselor bertanggungjawab bagi membantu klien menimbulkan ke tahap kesedaran segala hal yang terpendam dalam tahap bawah sedar kliennya. Proses pemangkin ini akan hanya dapat dijelmakan melalui teknik yang spesifik dalam kaunseling psikoanalisis.

49

Page 50: Wz manual kaunselor

MATLAMAT KAUNSELING

Setiap proses kaunseling mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Kaunseling pendekatan psikoanalisis ini juga tidak terkecuali dari kehendak ini. Berasaskan kepada tahap kesedaran adalah matlamat penting dalam proses kaunseling pendekatan ini ialah menjelmakan wawasan kepada akal pemikiran kliennya. Hasil ini akan hanya tercapai apabila timbul perseimbangan antara struktur personaliti yang merangkumi id, ego dan superego. Wawasan psikologi yang dimaksudkan merangkumi segala kepekaan kefahaman tentang daya pemikiran dan kesedaran diri. Wawasan mencakupi keupayaan seorang individu menyedari kederiaan pemikirannya secara afektif yang mendalam hingga berupaya mewujudkan suatu pemilihan yang wajar untuk kebahagiaan dirinya. Proses perimbangan struktur personaliti ini wajar dilakukan secara sengaja serta teratur oleh kaunselor. Perlaksanaan perimbangan ini boleh diuruskan melalui teknik perkaitan bebas, pentafsiran dan analisis persepsi terutamanya mekanisme bela diri, pentafsiran dan analisis mimpi.

TEKNIK KAUNSELING

Perkaitan Bebas. Ini adalah merupakan satu teknik yang berkehendakkan agar klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa menapis susunan logik perbualannya dengan kaunselor. Teknik ini mula distrukturkan oleh Freud bagi tujuan mengingati semula pengalaman serta emosi lampau yang pernah dialami klien. Kaunselor biasanya memberi satu sikap interaksi yang menggalakkan supaya klein boleh bertindak secara bebas tentang perkara yang hendak diluahkan. Di sebalik asas teknik ini adalah kefahaman bahawa dalam diri individu memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisme bela diri. Tujuan perkaitan bebas adalah bagi melepaskan ke tahap sedar pendaman yang lama hingga dapat diluahkan. Pendaman yang banyak tersimpan menjadi punca tekanan desakan diri. Sehingga pendaman tersebut dikeluarkan ke tahap sedar, kecondongan pendaman tersbut tidak boleh disesuaikan dengan alam realiti. Tranferens. Digunakan oleh kaunselor bgi memberi galakan kepada klien bahawa kaunselor sememangnya bersedia untuk memberi bantuan. Konsep tranferens

50

Page 51: Wz manual kaunselor

meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau signifikan dalam pengalaman hidupnya yang lampu. Dalam proses tranferens seorang klien itu akan menghidupkan semula tanpa disedari segala tingkahlaku patogeniknya kepada kaunselor. Keadaan ini sangat perlu difahami oleh kaunselor bagi menanggani proses analisis dan pentafsiran mekanisme bela diri klien. Pentafsiran. Dalam proses kaunseling psikoanalisis, pentafsiran penting bagi menimbulkan wawasan psikologikal kepada diri klien. Tranferens sahaja tidak cukup bagi menggerakkan klien ke arah kelegaan dan tingkahlaku yang baru. Analisis dan pentafsiran tentang mekanisme beladiri klien akan memudahkan klien memahami kerumitan yang sedang dialaminya. Tugas kaunselor adalah untuk menjelmakan satu kartasis atau kelegaan dalaman yang boleh dinikmati klien. Pentafsiran dapat menggerakkan segala kefahaman superego yang lama kepada satu tahap kesedaran baru. Pengalaman dan kefahaman baru ini selanjutnya akan diganti dengan kesedaran ego baru dan bergerak ke arah penerimaan superego yang lebih sesuai dengan keadaan semasa sealiran dengan klien. Dalam proses kaunseling psikoanalisis ini berbagai rintangan mungkin akan timbul dari interaksi klien dan kaunselor. Pentafsiran yang dikemukakan oleh kaunselor tidak semestinya diterima oleh klien. Hasil pentafsiran mungkin menimbulkan satu reaksi kepincangan dan kaunselor wajar bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua analisisnya mudah diperakukan oleh klien. Apabila keadaan ini berlaku maka kaunselor wajar sedar bahawa klien mungkin berada dalam keadaan transferens dan menganggapnya sebagai orang signifikan yang pernah dialami dalam hidup lampaunya. Ada kalanya rintangan tidak semestinya berlaku hasil dari proses tranferens. Kemungkinan rintangan berlaku hasil dari satu syarat penolakan sebenar pentafsiran yang diberi oleh kaunselor. Tanda seperti ini memberi isyarat bahawa klien belum bersedia untuk menyesuaian dirinya dengan keadaan yang sebenar. Kaunselor perlu faham bahawa dirinya juga terpengaruh dengan keadaan pemindahan persepsi minda terhadap kliennya. Keadaan tanpa disedari ini menggerakkan satu proses “counter tranferens”. Fokus kaunselor terhadap klien seolah-olah telah terpisah ke arah klien sebagai seorang yang biasa didekati dalam pengalaman kaunselor masa lampau.

51

Page 52: Wz manual kaunselor

Kaunselor wajar dapat mengawal keadaan ini dalam dirinya secara sedar dan cepat kembali kepada alam kaunseling.

TEORI PEMUSATAN PERORANGAN Teori ini lebih dikenali sebagai Rogerian dan telah dipelopori olehCarl R. Rogers hasil daripada pengaruh “Field Theory”. Teori ini berbeza daripada Psikoanalisis kerana Rogers telah mengubah cara menolong di kalangan kaunselor dan psikiatrist di Amerika Syarikat pada tahun-tahun 1950-an. Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan yang rapat antara kaunselor dan kliennya. Kewujudan satu iklim interaksi yang penuh dengan penerimaan dari kedua pihak boleh menjamin perasaan yang terpendam diluahkan secara mudah tanpa sekatan. Konsep perubahan seperti ini sangat digalakkan oleh Rogers kerana beliau berpendapat manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan kendiri. Seseorang individu juga berupaya memberi nilaian positif kepada pengalaman yang dirasakan sebagai positif dan nilaian negatif bagi pengalaman yang dirasakan sebagai negatif baginya. Seorang individu dapat mengasingkan hasil dari pengalaman yang positif dan negatif dalam pertumbuhan

52

Page 53: Wz manual kaunselor

hidupnya. Seorang individu juga boleh menerima atau menolak pengalaman tersebut dan memberikan erti yang bermakna dalam pembentukkan konsep kendirinya.

KONSEP KENDIRI Pembentukan konsep kendiri terhasil daripada persepsi seseorang individu itu berhubungan dengan pengalaman positif dan negatifnya. Anggapan yang positif dalam interaksi dapat diperolehi daripada orang lain. Bagaimana seseorang diterima oleh orang lain banyak mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang individu. Sekiranya syarat-syarat penilaian kendiri yang dialami oleh seorang individu itu merupakan suatu pengalaman yang positif, maka ia akan mengalami tanggapan penghargaan terhadap kendiri yang positif. Sekiranya negatif maka akibatnya juga akan negatif. Keperluan kendiri individu juga perlu diambil kira daripada kehendak desakan organismanya. Sekiranya kehendak tersebut tidak tercapai, individu tadi akan memendam pengalaman secara desakan dari organisme dalamannya. Individu itu akan beranggapan desakan dalamannya tidak dapat diterima oleh orang lain dan ini seterusnya boleh menimbulkan konsep kendiri yang negatif. Dalam diri individu terdapat tenaga interaksi yang menentukan tingkahlaku seseorang. Individu akan berinteraksi hasil daripada penerimaan kendirinya dengan persekitaran. Kaunseling pusatan klien adalah untuk menyepadukan semula antara rasa hati organismik yang sebenar yang dialami oleh klien dengan konsep kendirinya. Perkara-perkara yang tidak kongruen akan disamakan semula iaitu menumpukan kepada keseragaman dalam diri individu.

PENERIMAN POSITIF TANPA SYARAT Proses kaunseling yang diwujudkan ialah menerima klien tanpa syarat dan akan menimbulkan ciri-ciri kesedaran kepada klien tanpa dipengaruhi oleh ciri-ciri syarat-syarat penilaian kendiri.Keadaan ini akan menimbulkan ciri kesedaran tentang pengalaman rasa hati yang terpendam. Suasana ini merupakan satu suasana di mana kaunselor menerima klien tanpa satu penghakiman. Kaunselor tanpa ragu-ragu menerima klien sebagai dirinya sendiri dan sebagai

53

Page 54: Wz manual kaunselor

seorang individu dengan segala kekuatan, kelemahan emosinya, pemikirannya serta tingkahlakunya. Dalam interaksi kaunselor klien tanpa sebarang rasa penghakiman, klien akan dapat meluahkan segala desakan rasahatinya dan ini juga akan meluahkan konsep kendirinya. Mengikut pusatan klien “sekiranya keadan tertentu dapat diadakan maka seorang individu itu tetap akan dapat menggunakan kecondongan kesejahteraan kehidupannya itu untuk mengatasi segala syarat-syarat penilaian terhadap dirinya yang sudah diserap secara dalaman”. Perhubungan teraputik ini mengandungi elemen suasana berikut:a. Penerimaan tanpa syaratb. Kejujuran dan kongruenc. Kejituan terhadap rasa empati.

Seorang kaunselor perlu menghasilkan kefahaman empati yang tepat. Sebelum empati dapat dilahirkan, syarat penerimaan klien perlu dahulu wujud. Empati tidak mungkin wujud sekiranya kaunselor belum bersedia secara ikhlas untuk menerima klien. Sebelum menerima klien, kaunselor perlu bersama-sama berada dalam bidang ruang rujukan dalaman klien itu. Kaunselor perlu kongruen dan penuh dengan sikap kejujuran dan keikhlasannya.

KONGRUEN DAN KEJUJURAN

Kongruen yang dimaksudkan di sini ialah suatu usaha persepaduan secara sedar dan disengajakan terhadap pengalaman yang wujud semasa dan kin agar ianya menjadi sebahagian serta sebati dengan kendiri. Ciri pengalaman dalaman dari aspek rasa hati perasaan klien itu benar-benar dapat dijiwai oleh kaunselor. Ciri dalaman ini perlu diresapi oleh kaunselor dan dipunyai oleh kaunselor. Dalam proses terapi, kedua-dua pihak perlu saling mengkaji, menyemak konsep kendiri masing-masing agar sehaluan, kongruen dengan pengalaman yang dapat digambarkan secara tepat. Apabila pengalaman yang dirasai itu telah dapat digambarkan dengan tepat dan dapat diresapi ke dalam konsep kendirinya maka satu keadaan yang kongruen terhadap pengalaman diri sendiri dapat diwujudkan dan ini lebih dikenali sebagai integrasi kejujuran. Ini memudahkan klien meluahkan secara tindakan dan operasional segala rasa hatinya melalui tingkahlaku dengan ini beliau tidak akan berpura-pura lagi.

54

Page 55: Wz manual kaunselor

EMPATI YANG TEPAT Interaksi yang rapat antara kaunselor dan klien adalah mustahak dalam Kaunseling Pemusatan Perorangan. Kaunselor berupaya menimbulkan sikap terbuka dan koungruen, empati dan seterusnya menimbulkan suasana kaunseling yang sungguh teraputik. Empati memberi erti bahawa seseorang kaunselor itu benar-benar faham dan peka keadaan dalaman baik dari segi pemikiran dan emosi yang sedang dialami oleh kliennya. Elemen kefahaman ini menjangkau kepada keupayaan untuk menjiwai lunas-lunas serta liku perasaan yang sedang dialami oleh klien. Empati yang jitu akan menjamin pergerakkan ke arah perhubungan yang akrab antara kaunselor dan kliennya.

PERKEMBANGAN PERLAKUAN

Kaunseling Pemusatan Perorangan berpegang teguh bahawa tingkahlaku individu berpunca daripada desakan gejala dalaman seorang individu. Desakan yang menggerakkan diri individu ke arah kesejahteraan diri mencapai kesempurnaan yang ideal. Berdasarkan kepada konsep kendiri yang sudah terbina hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh individu maka akan berlaku percanggahan antara kehendak kesempurnaan yang ideal dengan alam situasi yang sebenar. Sebarang individu tidak dapat dikecualikan dari gejala ini yang sentiasa berhadapan dengannya. Konsep kendiri ideal yang sangat rapat dengan pemikiran seorang individu dengan hasrat mencapai kesempurnaan boleh menimbulkan kepincangan pemikiran dan emosi. Pertembungan kehendak ideal kendiri dengan keadaan yang sebenar akan menggerakkan suasana kecelaruan tingkahlaku seorang individu.

KAUNSELING PENDEKATAN PEMUSATAN PERORANGAN

Sekiranya interaksi perhubungan antara kaunselor dan klien merupakan sebagai intim dalam iklim kaunseling pemusatan perorangan, maka interaksi yang akrab ini menjadi pemangkin perubahan dalaman yang akan berlaku pada diri klien. Teori ini dipengaruhi dengan penerimaan konsep kendiri individu sebagai tunjang pembentukan personaliti dan sekaligus tingkahlaku individu.

55

Page 56: Wz manual kaunselor

Sekiranya konsep kendiri seorang individu dapat dikekalkan sebagai ideal dan sempurna maka tingkahlaku serta personaliti individu terjamin mengikut lunas suasana yang diidamkan oleh klien. Pergerakan perubahan wajarnya timbul dari diri dalaman individu. Maka pengurangan jurang antara ideal kendiri dengan yang sebenar adalah dituntut sebagai perubahan tingkahlaku individu. Proses kaunseling secara pendekatan ini memastikan wujudnya suatu hubungan yang rapat dan akrab antara kaunselor dan klien. Suasana ini memang dituntut oleh pendekatan kaunseling. Cara yang biasanya diibatarkan sebagai tanpa arahan menjadi sebagai satu identiti dalam pengelolaan pendekatan ini. Hubungan antara klien dan kaunselor adalah penting. Tiga elemen seperti penerimaan tanpa syarat, kongruen dan empati merupakan kunci dalam menjalin hubungan kaunseling yang berkesan. Proses kaunseling yang berpegang teguh kepada syarat hubungan komunikasi yang tulen memberi implikasi dalam kefahaman teras yang dipegang oleh Carl R. Rogers. Pendapatnya tentang hubungan komunikasi yang tulen itu mewajarkan satu kesalingan emosi antara kaunselor dengan klien. Andaian yang pokok dalam kefahaman teras ini adalah sekiranya kaunselor dapat mewujudkan suasana yang teraputik maka dengan sendirinya kesan kesalingan terapi dapat dinikmati oleh klien.

MATLAMAT KAUNSELING

Pada akhir sesi kaunseling pendekatan ini, adalah diharapkan klien dapat menikmati kelegaan yang diidamkan. Hasrat kaunselor wajarlah menuju ke arah membantu kliennya mencapai kesejahteraan diri. Secara operasionalnya matlamat yang dikehendaki adalah perubahan serta pembaharuan syarat-syarat penerimaan kendiri klien agar dapat menjurus ke arah perubahan perlakuannya. Hakikat perubahan ini akan hanya dapat tercapai dengan terjelmanya wawasan yang baru dalam pemikiran dan persepsi klien terhadap alam sebenarnya. Proses kaunseling hanya pemangkin dan secara sengaja mengolahkan suasana teraputik. Pada akhirnya klien wajar dapat secara sendiri memilih untuk mengurangkan jurang antara ideal kendiri dengan kendirinya yang sebenar. Bagi kaunselor yang menjadi tunjang pengolah suasana teraputik, keupayaan klien untuk menjalinkan jiwa yang kongruen dengan alam sebenar adalah satu idaman ulung sebagai matlamat terapi.

56

Page 57: Wz manual kaunselor

TEORI ADLERIAN Psikologi individu yang dipelopori oleh Alfred Adler (1870-1937) menumpukan analisis psikologi manusia dari aspek secara holistik. Fahaman pendekatan ini merangkumi kepercayaan bahawa seorang individu itu adalah kreatif dan bersifat dengan penuh tanggungjawab. Individu itu juga sentiasa berusaha bergerak ke arah suatu matlamat dalam lingkungan hidupnya. Jika ditinjau dari aspek struktur personaliti dan penggunaan konsep asas psikologi individu berbeza dengan psikoanalisis dari aspek perkembangan personaliti individu itu sendiri. Keadaan ini adalah ketara kerana psikologi individu tidak menganggapkan personaliti manusia itu boleh dipecah-pecahkan kepada id, ego dan superego. Individu perlu dianalisis secara holistik dan ini bermaksud emosi, pemikiran dan tingkahlaku tidak dapat dipisah-pisahkan.

CIRI UTAMA DALAM PSIKOLOGI INDIVI DU Teras psikologi individu menumpukan kepada ciri-ciri sosial dalam diri manusia. Pandangan ini berpendapat bahawa manusia sentiasa bergerak ke arah suatu matlamat dan secara tidak disedari mirip bagi menganalisis tingkahlakunya. Ciri-ciri ini memberi fokus kepada analisis secara subjektif dengan mengambilkira kepentingan individu itu dengan masyarakatnya. Pandangan ini diperkukuhkan lagi dengan anggapan bahawa manusia itu perlu berinteraksi serta bertindakbalas dengan alam sekelilingnya. Aspek inilah yang memberi kesan yang penting kepada pengertian minat sosial dalam perkembangan personaliti manusia mengikut psikologi individu.

Manusia juga berminat dengan sosial. Konsep ini penuh kaitannya dengan sifat manusia dalam fahaman psikologi individu. Seorang individu bergerak sedemikian rupa untuk mengatasi perasaan rendah diri yang telah dialami sejak ianya kecil lagi. Pergerakan ini pula berhaluan ke arah keinginan untuk mencapai perasaan keunggulan diri. Keunggulan diri ini tidak mementingkan kepada keuntungan kendiri bahkan individu itu sentiasa bergerak untuk mendapatkan perasaan kekitaan dengan masyarakatnya.

57

Page 58: Wz manual kaunselor

Psikologi individu beranggapan bahawa setiap manusia mempunyai daya kreatif, daya usaha ketetapan diri serta berupaya membuat pilihan. Dalam membuat pemilihan, seseorang individu itu mempunyai alternatif-alternatif dan secara langsung ia juga berupaya memilih sama ada bergerak ke arah matlamat yang menguntungkan masyarakat atau sebaliknya merugikan dirinya serta masyarakat. Individu mempunyai minat untuk berinteraksi secara optima dengan individu yang lain.

Gaya hidup akan menentukan kesejahteraan individu dalam masyarakat. Walaupun seorang individu itu tidak dapat menentukan nasibnya, ia akan berusaha untuk membentuk fizikal alam sekelilingnya. Pembentukan ini dapat dilaksanakan melalui tugas-tugas kehidupannya yang menjadi teras dan cabaran dalam aktiviti bersosial. Seorang insan akan sentiasa bergerak ke arah matlamat untuk mencapai keunggulan diri. Pergerakan ini bukan semata-mata bertujuan mencapai kemenangan dan kebanggaan kendiri sebaliknya keunggulan atau matlamat pencapaian ke arah kecekapan sangat berhubung kait dengan minat sosial. Seseorang yang bergerak ke arah keunggulan diri dengan bermatlamat untuk mengatasi kerumitan hidupnya akan mencapai kesedaran terhadap dirinya. Secara langsung juga ia akan berupaya memberi sumbangan yang bermakna dengan mewujudkan suasana yang lebih sempurna untuk ahli-ahli masyarakatnya. Adler menumpukan kegiatan seorang individu kepada tugas masyarakat,tugas bekerja, tugas tanggungjawab ke arah isu kejantinaan, tugas kepercayaan serta kesedaran terhadap wujudnya kuasa yang lebih tinggi iaitu ketuhanan dan tugas terhadap menerima kesedaran diri bahawa kerumitan yang dialami boleh diatasi secara sendiri. Pegangan ini sudah tentunya memberi erti bahawa seorang manusia itu dapat memainkan peranannya dalam masyarakat secara optima dengan bekerjasama sesama insan lain. Tugas-tugas perlu diibaratkan sebagai satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan hidup bermasyarakat.

Keupayaan mencapai keunggulan diri. Peranan yang dimainkan oleh seorang manusia itu lebih condong kepada keinsafan bahawa ianya perlu digalakkan untuk mencapai keunggulan diri untuk manfaat masyarakatnya. Galakkan dalam ertikata psikologi individu merangumi konsep usaha dan berani melakukan risiko yang terancang. Seorang

58

Page 59: Wz manual kaunselor

individu sentiasa bergerak ke arah keunggulan dari perasaan serta kekurangan dan kerendahan diri. Kehendak mencapai keunggulan ini adalah suatu inti yang semulajadi bagi tujuan mengatasi perasaan rendah diri. Cara yang unik yang digunakan oleh seorang individu bagi mencapai keunggulan inilah yang membezakan antara satu individu dengan individu yang lain.

Fiksyen yang terakhir. Konsep ini merupakan suatu matlamat pokok yang menggerakkan tingkahlaku seorang individu. Aspek fiksyen yang terakhir ini mempengaruhi individu bahawa tingkahlakunya lebih terhasil daripada kesan yang dijangkakan pada masa yang akan datang dan tidak dipengaruhi oleh perkara yang pernah berlaku pada masa yang lampau. Individu itu biasanya mengolah idea-idea sebagai panduan menggerakkan tingkahlaku mereka. Idea ini merupakan matlamat tersendiri yang memberi panduan sebagai asas gaya hidup individu tersebut.

PROSES TERAPI Dalam pendekatan kaunseling psikologi individu, seorang klien itu tidak dianggap sebagai mempunyai masalah. Sebaliknya dalam pegangan psikologi individu, seorang klien itu lebih diiktiraf sebagai seorang yang kekurangan galakan dan maklumat tentang cara mendapat kesejahteraan. Oleh itu ianya amat memerlukan segala unsur galakan bagi menentukan agar persepsi yang silap terhadap pandangan gaya hidupnya dapat diubahsuai bagi menguntungkan dirinya dalam masyarakat. Secara am, proses terapi ini mirip ke arah penerokaan matlamat salah yang wujud dalam diri klien; di samping mengenalpasti segala andaian yang tersilap yang wujud. Proses terapi dalam keadaan ini menumpukan kepada unsur pendidikan, tunjuk ajar, memberi maklumat serta memberi galakan kepada klien yang merasai rendah diri. Matlamat terapi ialah mewujudkan gaya hidup yang lebih sejahtera dan menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan yang setaraf dengan ahli dalam masyarakatnya. Proses yang menggerakkan terapi memberi perhatian kepada aspek yang berikut:a. mewujudkan perhubungan yang mesra antara kaunselor dan klien.b. Mengenalpasti sejauhmana klien dipengaruhi oleh gaya hidup serta matlamat hidupnya.

59

Page 60: Wz manual kaunselor

c. Mentafsir perkara yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan.d. Mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang bernas untuk klien.

TEKNIK KAUNSELING

Proses perhubungan dalam terapi ini memberi fokus kepada hubungan kolaboratif antara kaunselor dan klien. Klien diberi segala galakan agar mempunyai rasa bertanggungjawab di atas tindakannya. Kaunselor bekerja dengan sedar mewujudkan wawasan kepada klien tentang kekuatan yang ada dalam dirinya. Penumpuan juga diberi terhadap dimensi pemikiran yang positif dan kerap menggunakan aspek sokongan dan galakan untuk diri klien. Semua ini akan dimajukan secara layanan yang optima menggunakan teknik mendengar, yakin bahawa klien memang mempunyai daya saing untuk mengubah tingkahlakunya. Teknik melayan dalam terapi ini lebih mementingkan kepada aliran pemikiran dan pengalaman klien secara subjektif. Serupa dengan cara layanan terapi afektif, peringkat awalan proses terapi ini juga menfokus kepada keupayaan penerokaan menjelaskan matlamat yang hendak dicapai keseluruhan cara layanan juga mengabung segala aspek kefahaman empati dan ketulenan terhadap klien. Tujuan memahami gaya hidup klien, kaunselor pada biasanya akan mengambil perhatian tentang perasaan, motif serta matlamat yang dikemukakan oleh klien. Perkara ini diteroka secara mendalam untuk mendapatkan suatu penilaian kefahaman tentang kehendak klien.

ANALISIS DAN PENTAFSIRAN DALAM PROSES KAUNSELING PSIKOLOGI INDIVIDU

Konstelasi Keluarga: Sebagai suatu matlamat untuk memahami klien, kaunselor juga amat mementingkan analisis terhadap gabungan dalam keluarga klien. Kedudukan kelahiran antara adik-beradik juga digunakan sebagai analisis dan penilaian untuk memahami gaya hidup yang sedang dialami oleh klien. Aspek kedudukan psikologi adalah ditumpukan apabila analisis kedudukan kelahiran digunakan sebagai pentafsiran. Soalan tentang siapakah di antara adik beradik yang disayangi oleh ibubapa, hubungan serta

60

Page 61: Wz manual kaunselor

perlakuan anak-anak mengikut susunan keluarga akan dijadikan sebagai asas dalam pentafsiran. Semua ini adalah bertujuan untuk menyemak persepsi klien dan menyelami perasaan pertumbuhan klien.

Ingatan Awal: Terapai Adlerian menggunakan teknik ingatan awal di mana ingatan-ingatan ini dapat digunakan sebagai petanda untuk memahami gaya hidup yang dialami oleh klien sekarang. Anggapan ini bersesuaian dengan fahaman bahawa individu hanya ingatkan even yang konsisten dengan pandangan hidup mereka sekarang. Persepsi ini memberi peneguhan terhadap logic yang wujud dalam individu tersebut, yang mana merupakan asas dalam pegangan hidupnya. Dari ingatan-ingatan awal, kaunselor akan dapat menyelami matlamat klien serta perkara dan nilai yang merangsangkan klien. Pada kebiasaannya klien akan diminta untuk relaks sejenak dan pejamkan mata. Kemudian kaunselor akan bertanyakan soalan atau pernyataan kepada klien. Kaunselor akan cuba menyorot kembali ingatan klien tentang awal perkembangannya.

Menggalakkan Wawasan: Cara ini menumpukan keupayaan kaunselor selepas memahami gaya hidup klien untuk berusaha menggalakkan wawasan klien tentang tingkahlaku yang baru. Dengan menggunakan teknik yang konfrontif, klien akan dicabar untuk menyelami secara sedar terhadap matlamat hidup yang merosakkannya. Teknik mencabar, konfrantasi digunakan sealiran dengan teknik galakkan. Kebiasaannya pentafsiran-pentafsiran yang bernas adalah perlu untuk mencetuskan wawasan baru untuk diri klien. Pentafsiran juga digunakan sesuai dengan kefahaman kaunselor tentang gaya hidup yang dialami oleh klien. Penerimaan wawasan yang baru oleh klien merupakan permulaan untuk klien tersebut merasai tanggungjawabnya terhadap isu yang dibincangkan dalam proses terapi.

TEORI RATIONAL EMOTIF THERAPY

Teori kaunseling ini lebih dikenali sebagai RET dan diperkenalkan oleh Albert Ellis. RET merupakan satu teori personaliti, satu system falsafah dan satu teknik rawatan psikologi. Teori ini berasaskan kepada andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkahlaku

61

Page 62: Wz manual kaunselor

rasional ialah sesuatu hasil yang berbentuk berbentuk positif manakala yang berbentuk tidak rasional ialah sesuatu yang disebaliknya dan tidak menguntungkan serta menggembirakan seseorang itu. Tingkahlaku tidak rasional lahir atau ditonjolkan oleh individu adalah dicernakan daripada gangguan psikologi dan emosi yang mana seseorang itu bertindak secara tidak logik. Menurut Ellis lagi, manusia semakin berkelakuan tidak rasional apabila menreka menerima idea-idea tidak rasional ke dalam system kepercayaan mereka. Meninjau kepada satu tafsiran yang lain mengenai terapi RET, Blackham (1975), membincangkan perkara ini dengan melihat kepada tujuan terapi ini. Beliau berpendapat tujuan utama RET ialah untuk mendemontrasikan kepada klien bahawa kata-kata dalam diri sendiri itu adalah akibat dari gangguan dan menilai kembali kata-kata dalam diri untuk menghapuskan dan menolak semua idea yang tidak logik berikutnya. Hansen, et. Al (1977) mengemukakan satu pandangan yang lebih melihat kepada proses kaunseling itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa terapi ini ialah satu pendekatan kaunseling yang berasaskan kepada andaian bahawa kebanyakkan manusia mengembangkan pemikiran-pemikirannya yang tidak rasional. Pandangan yang tidak rasional ini boleh membawa kepada tingkahlaku yang tidak wajar.

Kaunseling adalah satu kaedah untuk menolong manusia menyedari dan mengubah kepercayaan yang tidak rasional ke arah yang lebih rasional. Pencapaian ke arah matlamat ini memerlukan seorang kaunselor yang aktif, kreatif, berani dan berkeupayaan serta mampu menggunakan pelbagai teknik kaunseling. Ellis juga menggalakkan manusia menganggap diri mereka berkebolehan. Manusia perlu menggunakan rasionalnya dalam mentadbir diri mereka dan seterusnya mereka boleh memperbaiki hidup mereka sendiri.

Teori ini besifat pendidikan dan boleh digunakan dengan meluas. Untuk menjayakan teori ini, kaunselor perlu bersabar, kreatif dan perlu mengisi pengalaman yang cukup untuk mengikis pengalaman dan perasaan klien yang tidak rasional.PANDANGAN RET TERHADAP MANUSIA

62

Page 63: Wz manual kaunselor

Asas pegangan teori ini berkisar kuat kepada komponen kognitif atau kotak keupayaan pemikiran manusia. Dalam isu pandangan pendekatan ini terhadap manusia, Ellis melihat manusia dari dua sudut iaitu individu yang sihat dan dianggap rasional dan individu yang tidak sihat yang dianggap sebagai tidak rasional. Manusia dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikir secara rasional dan juga berfikir secara tidak rasional dan penuh dengan putar belit dan alasan.a. Dari sudut positif, manusia bertanggungjawab ke atas gangguan emosi yang dirasai. Manusia dilihat sebagai mempunyai unsur kreatif dan kasual, mampu dan berjaya berkomunikasi dengan orang lain dengan jelas dan bebas, boleh belajar dengan sesuatu kesilapan yang dilakukan, mempunyai fleksibaliti, mempunyai darjah penerimaan kendiri yang tinggi, berani mengambil risiko dan mempunyai matlamat dengan jelas.

b. Pada sudut tidak rasional, manusia berkecenderungan untuk memusnahkan diri mereka dan akan cuba mengelak dari memikirkan tentang sesuatu perkara, mengulangi kembali sesuatu kesilapan yang sama, sering menyalahkan diri sendiri, tidak mempunyai daya toleransi, percaya kepada kuasa-kuasa ghaib, merasa dirinya terlalu sempurna dan mengelakkan diri dari menuju ke arah kesempurnaan kendiri.

Manusia dilihat sebagai berfungsi secara menyeluruh dan pada asasnya mempunyai empat proses utama yang diperlukan oleh mereka untuk menerus hidup dan hidup gembira melalui:

i. “Perceiving or sensing” (Prihatin)ii. “Feeling or emoting” (Berperasaan)iii. “Moving or act” (Bergerak)iv. “Reasoning or thinking” (Berfikir)

Kesemua proses di atas mempunyai perkaitan yang rapat antara satu sama lain sehingga menganggu dalam mana-mana proses akan meninggalkan kesan ke atas proses atau tahap yang lainnya.

Walaupun RET menumpu kepada elemen pemikiran, namun aspek perasaan dan tingkahlaku tidak diabaikan. Proses pemikiran dikatakan mempunyai perkaitan rapat

63

Page 64: Wz manual kaunselor

proses perasaan dan tingkahlaku. Sekiranya salah satu daripada elemen-elemen tersebut dirawati sehingga sembuh, maka dengan sendirinya elemen yang lain akan terubat dan dipulihkan. Pendekatan RET melihat bahawa masalah yang dihadapi oleh manusia itu bukannya berpunca daripada factor-faktor luaran, tetapi hasil daripada pemikiran tidak rasional terhadap sesuatu peristiwa yang dialaminya sama ada berbentuk dogmatic, hipotical construct dan sebagainya. RET turut menyatakan bahawa manusia tidak hanya memikirkan tentang apa yang berlaku ke atas mereka dalam bentuk perasaan, frasa dan ayat-ayat, tetapi juga melalui imej, fantasi dan mimpi. Oleh itu kognitif berbentuk non verbal boleh menghasilkan kesan yang signifikan ke atas emosi dan tingkahlaku individu. Kebanyakkan idea-idea yang tidak logic inidividu adalah paling tinggi semasa kecil. Pada peringkat kanak-kanak dan remaja mereka kurang berkebolehan untuk membuat penilaian terhadap diri dan persekitaran. Kecenderungan mereka lebih kepada menerima sahaja serta mempercayai kepercayaan yang tidak rasional daripada orang dewasa yang signifikan di kalangan mereka sama ada melalui prosese pendidikan atu melalui sebaran media massa. Kepercayaan yang tidak rasional ini akan diperkukuhkan melalui proses saranan kendiri (autosuggestion) dan pengulangan diri (self repetation). Kanak-kanak juga mempunyai sekma pemikiran yang berkembang dengan sempurna pada tahap ini. Selagi mereka berkecenderungan untuk menanggap sesuatu perkara itu sebagai serius, selagi itulah ianya menjadi darah daging dalam dirinya. Selagi pemikiran, perasaan dan tingkahlaku tidak rasional itu belum sampai ke tahap yang boleh cara dia berfungsi dalam masyarakat, maka manusia itu masih dikatakan normal. Sekiranya keterlaluan hingga tidak dapat berfungsi dengan baik maka Ellis menyatakan ia akan digolongkan kepada golongan yang “Psikosis atau Neurotik” RET juga percaya bahawa manusia mempunyai kecenderungan untuk mereka- reka kepercayaan yang menganggu mereka dan sengaja menyebabkan diri mereka terganggu dari gangguan tadi. Oleh itu Ellis menyimpulkan bahawa penyebab utama kepada gangguan emosi ialah dirinya sendiri dan bukannya apa yang berlaku ke atasnya.

TINGKAHLAKU BERMASALAH MENGIKUT RET

64

Page 65: Wz manual kaunselor

Mengikut RET manusia menghadapi masalah atau bermasalah bukan akibat daripada perkara atau peristiwa, tetapi lebih kepada pandangan atau apa yang mereka fikirkan sendiri terhadap sesuatu perkara atau peristiwa itu. Teori RET menganggap bahawa seseorang individu itu akan menjadi neurosis atau psikosis bukanlah disebabkan oleh sesuatu peristiwa yang berlaku di dalam hidupnya. Sebaliknya ini disebabkan idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logikal. Kesan daripada pemikiran karut ini seterusnya akan menimbulkan gangguan emosi dan tingkahlaku bersifat “self-defeating”. Bagi aspek gangguan emosi pula, RET mengenalpasti dua jenis perasaan yang tidak sesuai sama ada ianya bersifat positif mahupun negatif. Perasaan negatif yang tidak sesuai didefinisikan sebagai emosi kemurungan, kebimbangan, hilang harapan, rasa kekurangan dan ketiadaan penghargaan kendiri. Perasaan-perasaan sedemikian akan memburukkan lagi keadaan tanpa membantu individu mengatasi masalah. Perasaan positif yang tidak bersesuaian pula didefinisikan sebagai kekuatan, kehebatan dan dalam jangka pendek akan menyebabkan manusia berasa baik dan “superior” daripada orang lain. Namun begitu akhirnya akan membawa kekecewaan ke arah yang lebih besar seperti pergaduhan dan peperangan. RET juga mendefinisikan tingkahlaku yang tidak sesuai dan ‘self-defeating’ sebagai tindakan yang serius dan sentiasa menganggu kebahagiaan hidup. Contohnya termasuk tingkahlaku yang rigid, kompulsif, sterotaip, fobia dan self-withdrawal. RET melihat kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, emosi yang tidak sesuai dan tingkahlaku yang ‘self-defeating’ sebagai interaksional dan transaksional. Sebagai contoh seorang isteri mungkin bercakap dan menyalahkan dirinya seperti “Aku mesti melahirkan anak yang baik dan sihat”. “Jika gagal akulah ibu yang tidak baik dan model yang tidak berguna kepada keluarga”. Kegagalan ini boleh menimbulkan kebimbangan dan kemurungan kepada siibu tersebut. Akibatnya mungkin beliau bertingkahlaku secara tidak berkesan kepada rumahtangga. Ini membuatkan beliau berfikir tidak rasional dan secara langsung akan mengukuhkan lagi pemikirannya yang tidak rasional. Oleh itu mengikut RET, individu yang bermasalah mempunyai system kepercayaan (B=Belief System) yang penuh dengan pemikiran dan idea yang tidak rasional tentang

65

Page 66: Wz manual kaunselor

sesuatu perkara yang dilihat dan dialaminya. Antara yang digariskan oleh Ellis ialah:a. Saya mesti membuktikan saya berkebolehan dan

berkemampuan.b. Saya mesti disayangi oleh orang-orang yang penting

dalam hidup saya.c. Apabila seseorang bertindak secara adil dan tidak diingini,

kita harus menyalahkan dan mengutuknya sebagai seorang yang tidak baik.

d. Saya perlu berpandangan keadaan sebagai sungguh dasyat sekiranya saya dikecewakan, disisih atau dilayan secara adil.

e. Sekiranya sesuatu perkara adalah bahaya dan menakutkan saya mesti sentiasa memikirkan dan risau tentangnya.

f. Masa lampau kita adalah penting kerana ia mempengaruhi kita dan sentiasa menentukan perasaan kita hari ini.

Ciri-ciri Kepercayan tidak rasional

RET menekankan bahawa idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam individu yang bermasalah dapat dikenalpasti sekiranya terdapat ciri-ciri seperti berikut:

a. Rasa Malu Teramat “Awfulizing” b. Terlalu Menuntut “Demanding”c. Mengherdik Diri “Self-devaluation”d. Merajuk “Overgenaralization”e. Daya toleransi yang rendahf. Lemah semangat tanpa harapan.g. Mengalah dan menyalah “Deservingness &

Damnation”

PROSES DAN TEKNIK Dalam RET terdapat empat tahap atau proses asas iaitu:a. Peringkat diagnosis-psiko @ mengkategorikan masalahb. Peringkat mengenalpasti kepercayan tidak rasional @

celikakal.c. Peringkat bekerjasama 1d. Peringkat bekerjasama 2.

66

Page 67: Wz manual kaunselor

MENGKATEGORIKAN MASALAH (CATEGORIZING PROBLEMS

Pada peringkat ini kaunselor perlu menentukan masalah-masalah yang menganggu kliennya. Masalah-masalah ini dibahagikan kepada masalah luaran dan masalah dalaman. Masalah luaran adalah yang berkaitan dengan kerjaya, kehidupan, kesukaran perhubungan dan sebagainya. RET melihat masalah luaran disamakan dengan peristiwa tindakan (A = Activating Events). Disebaliknya, masalah dalaman seperti gangguan emosi dan tingkahlaku (dysfunctional) dan ini disamakan dengan kesan atau akibat (C= Consequence) di dalam formula ABC (B- Belief System). Setiap kaunselor perlu berhati-hati dalam mengkategorikan masalah di peringkat ini. Sekiranya klien menyatakan masalah dalaman seperti gangguan emosi, maka kaunselor yang menggunakan RET perlu memberi perhatian dalam aspek ‘emotional-behavioral’ yang perlu diubah oleh klien. Tujuannya adalah untuk membantu klien bebas daripada masalah luaran sebelum pergi kepada penyelesaian masalah emosi.

MENGENALPASTI KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL (DETECTING IRRATIONAL BELIEF)

Setelah kaunselor mengetahui atau mengesan masalah emosi (C) klien, maka ia akan beralih ke peringkat ke dua iaitu mengenalpasti kepercayaan tidak rational (B) yang menyebabkan (C). Mengikut terapi RET, terdapat enam tema yang sering berhubung rapat dengan kepercayaan tidak rasional seperti ‘demandingness’, ‘awfulizing’, ‘I can’t stand it’ dan ‘self-rating’. Semasa proses kaunseling kaunselor akan berusaha mengesan kepercayaan tidak rational yang bertemakan seperti di atas kerana kepercayaan (B) inilah yang menimbulkan (C) kepada klien.

MENGENALPASTI MASALAH UTAMA (DETECTING MAJOR PROBLEM)

67

Page 68: Wz manual kaunselor

Terapi RET seakan-akan mempunyai fahaman bahawa masalah yang dibawa oleh klien itu sering bukan masalah yang sebenar. Kebanyakan klien mengemukakan masalah luaran yang lebih mudah dan bukannya masalah dirinya yang sebenar. Masalah ini dikatakan sebagai masalah sekunder manakala masalah sebenar ialah masalah primer. Masalah sekunder dalam gangguan emosi (C) lazimnya akan membawa kesan negatif kepada masalah sebenarnya dan menyebabkan klien sukar untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah emosinya. Oleh itu, kaunselor perlu berhati-hati untuk mengenalpasti kedua-dua masalah sekunder dan masalah primer supaya proses pertolongan akan dijalankan dengan berkesan.

MEMBENTUK MATLAMAT (GOAL SETTING)

Kaunselor dalam terapi ini sering disamakan dengan pengajar yang mengajar anak muridnya. Oleh itu, kaunselor akan berkecenderungan untuk membina satu skema konsep yang mengkategorikan masalah klien dalam bentuk ABC. Setelah konsep tersebut terbina, maka kaunselor akan mengemukakan beberapa pilihan atau alternatif yang sesuai kepada klien. Alternatif ini merupakan matlamat yang perlu dicapai pada akhir proses kaunseling bersama kliennya.

CELIK AKAL (RATIONAL EMOTIVE INSIGHT)

Pada tahap ini, kaunselor akan membantu klien memperolehi celikakal atau insight dengan memberitahu klien apa yang telah berlaku di dalam proses kaunseling dan mengajar klien cara-cara yang positif untuk menghadapi dan menanggani perubahan. Pada pandangan RET, terdapat 5 jenis celik akal yang perlu dicapai oleh klien:a. Idea dan kepercayaan manusia sering memainkan peranan

dalam menyebabkan masalah emosi dan tingkahlaku. Klien perlu mendapat “insight” mengenai sebenarnya.

b. Klien digalakkan bertanggungjawab ke atas masalah emosinya yang disebabkan oleh indoktrinasi-indoktrinasi yang lepas.

c. Klien perlu ada kesedaran, pengetahuan dan penghargaan terhadap idea atau kepercayaan irrational kerana insight ini akan mendorong klien untuk berubah.

68

Page 69: Wz manual kaunselor

d. Klien dikehendaki menerima dirinya walaupun mengetahui bahawa masalah emosi adalah disebabkan oleh kepercayaannya.

e. Klien perlu sedar bahawa untuk mencapai perubahan atau matlamat, mereka perlu berusaha untuk mengatasi kepercayaan irrational tersebut.

PERINGKAT BEKERJASAMA (MENGAJAR PERKARA RASIONAL

Pada tahap ini, kaunselor akan membantu klien bekerjasama “workthrough” menangani masalah emotional-behavior” yang dihadapinya. Proses ini akan membabitkan aktiviti membuang atau membebas klien daripada idea-idea atau pemikiran yang tidak rasional dan digantikan dengan idea-idea atau pemikiran yang rasional.

Kadang-kala, idea-idea yang tidak rasional adalah sukar untuk diubah oleh klien kerana mereka telah percaya bahawa idea ini adalah benar dan sebati dengan diri mereka selama bertahun-tahun atau diperolehi daripada individu yang signifikan dengan mereka seperti ibubapa, guru, sahabat andai dan sebagainya.Matlamat kaunseling pada peringkat ini:a. Membantu klien memahami idea-idea palsu atau

kepercayaan irrational yang menganggu emosinya.b. Klien memahami kesan negatif akibat idea irrationalnya.c. Mengajar klien idea dan alternatif baru.d. Untuk memberitahu klien tentang kebaikan idea-idea

baru.

MEWUJUDKAN PEMIKIRAN BARU

Peringkat ini penting supaya proses membantu klien ini akan benar-benar berjaya menolong klien bebas dari falsafah yang tidak rasional dan diganti dengan falsafah yang rasional baru. Pada peringkat ini terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor iaitu aktiviti mencabar (disputation) dan aktiviti memperingkatkan keazaman klien.

Aktiviti Mencabar (Disputation) Kaunselor akan menggunakan strategi kognitif, tingkahlaku dan emotif untuk membantu klien menentukan sama ada idea mereka rational atau sebaliknya. Pada peringkat awal,

69

Page 70: Wz manual kaunselor

kaunselor akan mengajukan pelbagai soalan berbentuk “chetorical” dan pengalaman emotif serta menggalakkan klien. Tujuan ini ialah untuk menggalakkan klien mencabar idea-idea irrationalnya. Kaunselor juga membantu klien untuk membezakan antara idea yang rational dengan irrational. Kehendak (wants) dengan keperluan (must), kesan yang tidak diingini dan kesan yang teruk. Proses ini adalah membantu klien memikir perkara-perkara yang baik dan rasional untuk mereka. Pada peringkat akhirnya, kaunselor akan membantu klien untuk mendefinisikan idea-idea logic dan rasionalnya secara jelas dan tepat. Di peringkat ini kaunselor perlu menggunakan pelbagai teknik yang sesuai supaya klien dapat mencapai matlamat.

Aktiviti Penenguhan Sebagai langkah terakhir untuk menggalakkan klien mengubah idea rationalnya, terapi ini akan mengajar beberapa cara untuk mempertingkatkan keazaman klien. Di antaranya ialah menyatakan idea rasional mereka kepada lawan, memberi ganjaran untuk pemikiran rational, membaca bahan-bahan rational, mencabar pemikiran dan sebagainya.

TEKNIK DALAM PROSES KAUNSELING RET

Dalam menjalankan aktiviti kaunseling menggunakan pendekatan RET, kaunselor tidak akan terlepas daripada menggunakan beberapa teknik kaunseling yang tertentu. Lazimnya teknik adalah bersifat eklektik iaitu gabungan beberapa kaedah atau strategi termasuk proses kognitif-emotif dan tingkahlaku.

Contoh-contoh teknik yang digunakan dalam RET ialah:

a. Menghilangkan rasa malu (Shame Attacking)Latihan ini menggalakkan klien untuk keluar di khalayak ramai dan dengan berhati-hati melakukan sesuatu tingkahlaku yang dianggap bodoh dan memalukan. Pada masa yang sama juga klien akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya terhadap perkara-perkara yang boleh dimaafkan dan bukannya malu apabila tingkahlaku tersebut tidak diterima oleh orang ramai.

b. Imageri Rational Emotif

70

Page 71: Wz manual kaunselor

Klien membuat imaginasi terhadap sesuatu perkara yang amat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayang perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan. Kemudian klien akan berusaha untuk merasai kekcewaan, kesedihan dan kehampaan secara tepat.

c. Membina Kenyataan Bersungguhd. Dialog Dirie. Menggunakan aspek jenaka.f. Latihan Dalam Proses Kelompokg. Hubungan Interpersonalh. Main Peranan.

KESIMPULAN

Panduan yang diberikan ini diharap dapat memberi pengalaman dan keinginan kepada semua profesion kesihatan mengamalkan ilmu kaunseling dan mempertingkatkan lagi kemahiran dalam memahami pengertian kemanusiaan. Teori-teori kaunseling yang dipaparkan di dalam nota ini diharap dapat memberikan landasan yang bernas dalam menggendalikan pesakit-pesakit. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang dipaparkan merupakan elemen penting dalam ilmu komunikasi. Apabila seseorang mempunyai landasan kukuh dalam komunikasi maka jurang komunikasi dapat dielakkan dan pengertian kemanuisiaan yang hakiki dapat dipertingkatkan dalam profesion kesihatan bersekutu.

71