Upload
duongnhu
View
236
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
p, LAYS/ýs
W 7C
ý UNIMPS
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
HUBUNGAN DI ANTARA INDIVIDUAL CAREER COMPETENCIES DALAM PEM 3ANGUNAN KERJAYA DAN
KEPUASAN KERJA
Esther Angud Achok
HF Sarjana Muda Sains (Kepujian)
5381 Pembangunan Sumber Manusia E79 2010 2010
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
-Aý-
JUDUL: f/vbun 44 cli ctn? cu'G /ndUNduc,,! Career (om *nG'eJ oJs, 14m agn64nQp "n Ku'i uý ýn kePq a j4n Ký y VQý
0
SESI PENGAJIAN : ýoc: f
Saya ES tFtErZ ftN640 E}c N-cv_ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
I. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
** sila tandakan (4) SUI. IT
TERIIAI)
© "IIDAK Iý[: RIIAD
,A lý
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organ isasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANI)ATANGAN PI: NULIS)
Alamat Tetap:
,r ,y, il lAe 6; NJýt , TmN OtJß PyBRIWNRN,
'L.. r. r, Pn; ý-
Tarikh : iOn'rzrJo/0
Gred: /ý-
N
(TANDATANGAN PENYELIA)
Tarikh:
Catatan: " Iesa dimaksudkan sehagai tesis bagi Ijazah Ik)ktor Falsafah. Sarjana dan Sarjana Muda
'Jika tesis im IIIII atau 1I'RHAD. sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan
sekah schah Jan tempoh tesis im perlu dikelaskan sehagai TERHAD.
Pusat Khidmat Makiumat Akademik üti1'"': F ý17'i kCILL, AYSIA SARAWAK
HUBUNGAN DI ANTARA INDIVIDUAL CAREER COMPETENCIES DALAM PEMBANGUNAN KERJAYA DAN KEPUASAN KERJA
ESTHER ANGUD ACHOK
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (2010)
i
Projek bertajuk `Hubungan di antara Individual Career Competencies dalam Pembangunan Kerjaya dan Kepuasan Kerja' telah disediakan oleh Esther
Angud Achok dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia)
Diterima untuk diperiksa oleh:
Tarikh:
Gred A-
ii
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan, akhirnya saya dapat menyiapkan Projek Tahun Akhir ini dengan baik dan lancar. Di sini saya ingin mengambil peluang untuk memberi setinggi-tinggi perhargaan kepada semua yang telah memberi sokongan kepada saya bagi menyiapkan kajian ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada penyelia yang sangat saya sanjungi iaitu Cik Farida Abdul Halim, atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, kepada saya sepanjang tempoh menjalankan projek kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Penolong Pengarah Pembangunan Sumber, Encik Azmaniza Abu Bakar kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian di Assar Senari serta menolong mengedarkan borang soal selidik, dan terima kasih juga diucapkan kepada pekerja-pekerja di Assar Senari selaku responden kerana sudi memberikan kerjasama dalam membantu saya dalam kajian ini. Saya mendapat pengalaman yang sungguh berharga sepanjang menjalankan proses kajian ini.
Selanjutnya, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang sentiasa menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada saya dalam menyiapkan kajian ini. Berkat doa dan restu kalian, saya telah berjaya mengharungi segala dugaan dan halangan yang mendatang. Tidak dilupakan rakan seperjuangan saya, Zul-Azri kerana turut membantu bagi memudahkan perjalanan projek ini serta rakan-rakan yang selama ini banyak membantu dan bersama-sama dalam berkongsi pengetahuan dengan
saya sepanjang kajian ini dijalankan.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghulurkan bantuan serta tunjuk ajar kepada saya. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Semoga segala usaha yang dilakukan akan diberkati.
Sekian, terima kasih.
III
Pusat Khidmat Maidutmat Akademik UNIVER STT1 MALAYSIA SARAWA]C
JADUAL KANDUNGAN
Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Abstrak Abstract
BAB 1- PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Kenyataan Masalah 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Umum 1.4.2 Objektif Khusus
1.5 Kerangka Konseptual Kajian 1.6 Hipotesis Kajian 1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Kepentingan kepada Teori 1.7.2 Kepentingan kepada Pengkaedah Penyelidikan 1.7.3 Kepentingan kepada Pengamal Sumber Manusia
1.8 Definisi Istilah 1.8.1 Pembangunan Kerjaya
1.8.2 Kepuasan Kerja 1.8.3 Knowing-why 1.8.4 Knowing-whom 1.8.5 Knowing-how
1.9 Limitasi Kajian 1.10 Kesimpulan
BAB 2- SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan II Teori-teori yang berkaitan
1 1)
2.1.1 Teori Tingkahlaku dan Faktor 2.1.2 Teori Kewujudan, Perhubungan dan Perkembangan
Konsep Career Competencies
2.2.1 Knoi+ing-whv
Muka surat iii iv
vii viii ix X
1 1 3 4 4 4 5 5 6 6 7 7 7 8 8 8 9 9 9 10 10
11 11 11 12 15 17
iv
2.2.2 Knowing-whom 17 2.2.3 Knowing-how 17
2.3 Kajian-Kajian Lepas 18 2.4 Kesimpulan 19
BAB 3- METODOLOGI
3.0 Pengenalan 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Populasi dan Sampel
3.2.1 Pemilihan Saiz Sampel 3.3 Instrumen Kajian
20 20 21 21 22
3.3.1 Borang Soal Selidik 22 3.3.1.1 Bahagian A: Ciri-Ciri Demografi 23 3.3.1.2 Bahagian B: Individual Career Competencies 23 3.3.1.3 Bahagian C: Kepuasan Kerja 24
3.4 Pengumpulan Data 25 3.4.1 Fasa Pertama: Kajian Rintis 25 3.4.2 Fasa Kedua: Kajian Sebenar 26
3.5 Penilaian Psikometrik 27 3.5.1 Pemerhatian Data 28
3.6 Penganalisaan Data 30 3.6.1 Statistik Deskriptif 3.6.2 Statistik Inferensi 3.6.3 Korelasi Pearson
3.7 Kesimpulan
BAB 4- DAPATAN KAJIAN
31 31 31 32
4.0 Pengenalan 33 4.1 Ciri Demografi Responden 33
4.1.1 Jantina 34 4.1.2 Umur 34 4.1.3 Status Perkhawinan 35 4.1.4 Tahap Pendidikan 35
4.2 Dapatan Penilaian Psikometrik 36 4.2.1 Ujian Kesahan 36 4.2.2 Ujian Kebolehpercayaan 37
4.3 Pengujian Hipotesis 38 4.3.1 Hubungan di antara "Knowing-Why" dengan Kepuasan Kerja 38 4.3.2 Hubungan di antara "Knowing-Whom " dengan Kepuasan Kerja 39 4.3.3 Hubungan di antara "Knowing-How" dengan Kepuasan Kerja 40
4.4 Kesimpulan 41
V
BAB 5- PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 5.1 Rumusan Kajian 5.2 Implikasi Kajian 5.3 Batasan Kajian 5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan kepada Organisasi 5.4.2 Cadangan kepada Penyelidik Masa Depan
5.4 Kesimpulan
RUJUKAN
LAMPIRAN
42 42 44 45 46 46 46 47
48
54
VI
SENARAI JADUAL
Jadual 2.1 Konsep Career Competencies
Jadua12.2 Nilai Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis
Jadua12.3 Nilai Cronbach Alpha untuk Kajian Sebenar
Jadual 3.3 Keputusan Ujian Pemerhatian Data
15
26
27
29
Jadual 3.4 Darjah Kekuatan Hubungan yang Wujud Diklasifikasikan mengikut Nilai 32
Jadual 4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden mengikut Jantina 34
Jadual 4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden mengikut Umur 34
Jadua14.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden mengikut Status Perkahwinan 35
Jadual 4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden mengikut Tahap Pendidikan 35
Jadua14.5 Analisis Ujian Kesahan 36
Jadual 4.6 Analisis Ujian Kebolehpercayaan 37
Jadual 4.7 Keputusan Ujian Korelasi, r Knowing-why dengan Kepuasan Kerja 38
Jadua14.8 Keputusan Ujian Korelasi, r KnoHing-whom dengan Kepuasan Kerja 39
VII
Jadual 4.9 Keputusan Ujian Korelasi, r Knowing-how dengan Kepuasan Kerja 40
VIII
SENARAI RAJAH
Rajah 1.1 Kerangka Konsepsual Kajian 5
Rajah 2.1 Model Teori ERG 13
ix
ABSTRAK
HUBUNGAN DI ANTARA INDIVIDUAL CAREER COMPETENCIES DALAM PEMBANGUNAN KERJAYA DAN KEPUASAN KERJA
Esther Angud Achok
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan di antara individual career competencies dalam pembangunan kerjaya dan kepuasan kerja. Persoalan yang perlu dijawab ialah mengetahui adakah terdapat hubungan di antara knowing-why dengan kepuasan kerja, mengkaji hubungan di antara knowing-whom dengan kepuasan kerja dan mengkaji hubungan di antara knowing-how dengan kepuasan kerja. Populasi kajian terdiri daripada 76
orang pekerja sokongan di Assar Senari, Kuching. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif dan borang soal selidik digunakan
untuk mengumpul data. Data yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan Statistical Package for Social Science 14 (SPSS 14). Frequensi dan peratusan digunakan untuk merumus ciri-ciri demografi responden dan ujian korelasi Pearson digunakan untuk mengukur hubungan di antara knowing-why, knowing-whom dan knowing-how dengan kepuasan kerja. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara semua faktor tidak bersandar terhadap faktor bersandar.
X
ABSTRACT
RELATIONSHIP BETWEEN INDI VID UAL CAREER COMPETNCIES OF CAREER DEVELOPMENT AND JOB SATISFACTION
Esther Angud Achok
This research was carried out to study the relationship between individual career competencies of career development and job satisfaction. The
research questions is to identify the relationship between `knowing-why' and job satisfaction, identify relationship between 'knowing-whom' and job
satisfaction and identify relationship between 'knowing-how' and job
saticfaction. The population consisted of 76 employees at Assar Senari, Kuching. The methodology is quantitative and survey questionnaire is used to collect the data. The collected data was analysed using Statistical Package for Social Science 14 (SPSS 14). Frequency and percentage is used to summarize respondents 'demography and Pearson Correlation Coefficient is used to measure the relationship between `Knowing-why, `Knowing-whom ', and `Knowing-how' toward job satisfaction. The findings
show that there was significant relationship between all independent
variables with dependent variable.
xi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian, kenyataan
masalah, persoalan kajian, objektif kajian (objektif umum dan khusus), hipotesis
kajian, kerangka konseptual kajian, kepentingan kajian, definisi istilah (definisi
konseptual dan operational) dan limitasi kajian.
1.1 Latarbelakang Kajian
Pada masa kini, kebanyakan organisasi memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran, berpengetahuan tinggi serta berkebolehan dalam melaksanakan
pelbagai bidang. Ini kerana dengan adanya elemen ini keberkesanan organisasi
akan dapat dicapai jika pekerjanya mampu menyumbang kearah peningkatan
prestasi. Oleh yang demikian, pekerja itu sendiri haruslah membuat perancangan kerjaya kerana ia penting dalam memperkembangkan penggunaan tenaga
manusia terutamanya dalam arus teknologi yang semakin berkembang pesat ini.
Ini disokong oleh Rouda dan Kusy (1995) yang menyatakan bahawa adalah
1
menjadi tanggungjawab individu itu sendiri dalam meningkatkan pembangunan kerjayanya. Perkembangan kerjaya adalah bergantung pada individu itu sendiri dalam menentukan matlamat dan membentuk perancangan perkembangan kerjaya (Liebowitz et al., 1991).
Menurut Fazilah dan Zafir (2003) di dalam Kathrina (2004),
pembangunan kerjaya merupakan satu pendekatan formal yang dijalankan
sesebuah organisasi untuk membantu individu memperolehi kemahiran,
pengetahuan, kebolehan dan pengalaman. Pelaksanaan program program
pembangunan kerjaya mampu mempengaruhi tahap kepuasan pekerja. Pembangunan kerjaya merupakan satu pelaburan yang baik yang mana dapat
membantu dalam merealisasikan matlamat organisasi dan pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana bekerja yang lebih baik. Salah satu model kerjaya
yang professional adalah rangkaian kemahiran individu (Baruch & Hall, 2004).
Apabila pembangunan kerjaya dapat ditingkatkan ini secara tidak
langsung akan mempengaruhi tahap kepuasan kerja seseorang individu di dalam
organisasi tersebut. Dalam terjemahan dan adaptasi Abu Bakar dan Aminuddin
(2002), sesetengah pekerja melihat kerja sebagai satu cara kepada pencapaian diri sendiri iaitu satu cara untuk lebih menggunakan kemahiran dan kebolehan
dengan sepenuhnya, memenuhi kepentingan mereka dan membolehkan mereka hidup dalam gaya hidup yang mereka ingini. Ramai pekerja meletakkan lebih
nilai ke atas kualiti aktiviti bukan kerja dan kehidupan keluarga daripada upah dan pengeluaran, pekerja akan meminta lebih banyak polisi kerja yang fleksibel
yang membolehkan mereka memilih waktu kerja dan lokasi keja dilakukan.
Menurut Staw (1995), manusia mempunyai beberapa jenis jangkaan yang berbeza terhadap pekerjaannya yang mana boleh menghasilkan kepuasan kerja.
Contohnya ialah seperti keadaan kerja, corak penyeliaan, peluang memajukan
2
diri dan faedah-faedah sampingan yang disediakan oleh organisasi. Steers (1991)
ada menyatakan bahawa terdapat beberapa keperluan yang diharapkan oleh
pekerja terhadap pekerjaannya samada melalui gaji, peluang kenaikan pangkat dan kemajuan diri, sokongan, pengiktirafan dan loyalti daripada syarikat. Oleh
yang demikian kepuasan kerja menjadi satu kepentingan di dalam diri seseorang
pekerja terhadap sesebuah pekerjaan.
1.2 Kenyataan Masalah
Di dalam Pelan RMK-10, tenaga kerja yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi, berinovasi serta kreatif adalah amat penting bagi
meningkatkan produktiviti dan kadar upah serta menyumbang kepada nilai
ditambah yang tinggi dalam sektor utama ekonomi (Tan Sri Mohd Sidek, 2009).
Ini membuktikan bahawa pekerja yang beipengetahuan dan berkemahiran tinggi
amatlah diperlukan dalam sektor ekonomi negara pada masa depan. Oleh yang
demikian, adalah menjadi tanggungjawab individu itu sendiri dalam
meningkatkan pembangunan diri yang secara langsung akan memastikan tahap
kepuasan kerja individu meningkat. Jones dan DeFillippi (1996), telah
memperkenalkan enam career competencies iaitu knowing-what, knowing-why,
knowing-where, knowing-whom, knowing when dan knowing-how yang patut
dilakukan oleh setiap pekerja dalam menghasilkan mutu kerja yang baik dan
berjaya.
Arthur (2003) dan Tineke dan Maddy (2008), telah meringkaskan career
competencies tersebut dengan hanya memilih tiga career competencies iaitu
knowing-why, knowing-whom dan knowing-how. Sidika (2007) menyarankan
supaya kajian lebih lanjut terhadap hubungan antara career competencies dan
kepuasan kerja. Oleh yang demikian pengkaji ingin melakukan kajian hubungan
3
di antara individual career competencies dalam pembangunan kerjaya dengan
kepuasan kerja.
13 Persoalan Kajian
1. Adakah terdapat hubungan di antara knowing-why dalam pembangunan kerjaya dan kepuasan kerja?
2. Adakah terdapat hubungan di antara knowing-whom dalam pembangunan ker7aya dan kepuasan kerja?
3. Adakah terdapat hubungan di antara knowing-how dalam pembangunan kerjaya dan kepuasan kerja?
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.
1.4.1 Objektif Umum
Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara individual career competencies dalam pembangunan kerjaya
dengan kepuasan kerja.
4
Puusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAwAK
1.4.2 Objektif Khusus
1. Untuk mengenalpasti hubungan di antara "knowing-why" dengan
kepuasan kerja.
2. Untuk mengenalpasti hubungan di antara "knowing-whom" dengan
kepuasan kerja.
3. Untuk mengenalpasti hubungan di antara "knowing-hoW' dengan
kepuasan kerja.
1.5 Kerangka Konseptual Kajian
Rajah 1.1 Kerangka Konsepsual Kajian
Individual Career Competencies
dalam Pembangunan Kerjaya
" "Knowing-why"
" "Knowing-whom "
" "Knowing-how"
ýý-º Kepuasan Kerja
Sumber: Diubahsuai darf Tineke Cappellen dan Maddy Janssens (2008)
5
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian adalah seperti berikut:
Hi: Terdapat hubungan yang signifikan antara "knowing-why" dengan
kepuasan kerja.
Sumber: Diambil dari Tineke dan Maddy (2008)
H2; Terdapat hubungan yang signifikan antara "knowing-whom" dengan
kepuasan kerja.
Sumber: Diambil dari Nor Wahiza et al., (2009)
H3: Terdapat hubungan yang signifikan antara "knowing-how" dengan
kepuasan kerja.
Sumber: Diambil darf Authur (2003)
1.7 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
kepentingan kepada teori, pengkaedah penyelidikan dan pengamal sumber
manusia.
6
1.7.1 Kepentingan kepada teori
Kajian ini hanya mengunakan Teori Tingkahlaku dan Faktor dan Teori
Kewujudan, Perhubungan dan Perkembangan (ERG) yang dapat dikaitkan
dengan kajian ini. Terdapat teori lain yang boleh dikaitkan dengan perhubungan
antara pembolehubah ini. Oleh yang demikian, teori-teori lain yang sedia ada
yang berkaitan dengan kedua-dua pembolehubah dapat membaiki kelemahan dan
kelebihan dalam kajian ini.
1.7.2 Kepentingan kepada pengkaedah penyelidikan
Kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji setenusnya. Dari kajian ini nanti, pengkaji akan mengesan kekurangan dalam kajian dan
limitasi-limitasi ketika menjalankan kajian ini. Oleh yang demikian, pengkaji
akan datang boleh merujuk dan membandingan kajian ini dengan kajian pengkaji
pada masa depan.
1.7.3 Kepentingan kepada pengamal sumber manusia
Kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pengamal sumber
manusia mengenai faktor-faktor career competencies yang mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja seseorang individu dalam sesebuah organisasi.
Maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dapat digunakan sebagai panduan
untuk menguruskan kerjaya dengan lebih teratur di masa akan datang.
7
1.8 Definisi Istilah
Bahagian ini akan membincangkan istilah-istilah yang digunakan di
dalam kajian ini. Definisi istilah dalam kajian ini diberi secara konsepsual dan
operational.
1.8.1 Pembangunan Kerjaya
Konseptual: Noe (2008) menyatakan bahawa pembangunan kerjaya merupakan
sebuah proses di mana pekerja-pekerja membangun melalui siri yang berperingkat, penilaian berdasarkan perbezaan pembangunan tugas, aktiviti dan
hubungan.
Operasional: Istilah pembangunan kerjaya dalam kajian ini merujuk kepada
semua aktiviti yang dijalankan di dalam organisasi bagi membantu
meningkatkan pembangunan kerjaya semua pekerja di dalam organisasi tersebut.
1.8.2 Kepuasan Kerja
Konsepsual: Kepuasan kerja didefinisikan sebagai keadaan emosi yang positif
atau menyeronokkan hasil daripada tafsiran seseorang terhadap kerjayanya
(Locke, 1976).
Operasional: Kepuasan yang diperolehi itu bergantung kepada sejauh manakah
organisasi tersebut memberikan sokongan kepada pekerja.
8
1.8.3 Knowing-why
Konseptual: Tahu tujuan untuk bekerja yang mana dipengaruhi oleh nilai,
minat, motivasi dan hal keluarga (Arthur, 2003).
Operasional: Individu harus tahu tujuan dalam memilih sesuatu pekerjaan berdasarkan minat dan kehendak pekerja.
1.8.4 Knowing-whom
Konseptual: Bagaimana membentuk hubungan yang baik, reputasi yang positif dan mendapat sokongan kerjaya daripada penyelia ataupun organisasi (Arthur et
al., 1995).
Operasional: Individu tahu membina hubungan yang baik antara kedua-dua
pihak untuk memastikan suasana kerja yang harmoni.
1.8.5 Knowing-how
Konseptual: Tahu bagaimana cara untuk mengunakan kemahiran, kemampuan,
kecekapan dan pengetahuan di tempat kerja dalam memberikan prestasi kerja
yang baik (Nor Wahiza et al., 2009).
Operasional: Individu tahu mengunakan kemahiran, kemampuan, kecekapan
dan pengetahuan dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
9
1.9 Limitasi Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, terdapat juga limitasi yang perlu dibuat
agar tidak bercanggah dengan kajian yang ingin dijalankan. Dalam kajian ini,
pengkaji hanya melihat hubungan di antara tiga career competencies iaitu
knowing-why, knowing-how dan knowing-whom dengan kepuasan kerja individu.
Terdapat tiga faktor career competencies yang lain seperti knowing-what,
knowing-where dan knowing-when yang tidak dikaji dalam kajian ini. Selain itu,
pengkaji hanya melihat dari segi faktor pembangunan kerjaya dan kepuasan kerja
sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini tidak meliputi kesemua faktor dan tidak
mencenninkan secara keseluruhan keadaan tersebut.
1.10 Kesimpulan
Maka kesimpulannya, bab ini menghuraikan latarbelakang kajian yang dijalankan. la sedikit sebanyak menyentuh tentang pemasalahan yang dihadapi,
objektif kajian, hipotesis, rangka konseptual, kepentingan kajian dan definisi
istilah,
10
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan dengan
kajian, konsep dan definisi individual career competencies; knowing-why,
knowing-whom, knowing-how dan kepuasan kerja. Selain daripada itu, bab ini
turut membincangkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh penyelidik.
2.1 Teori- teori yang berkaitan
2.1.1 Teori Tingkahlaku dan faktor
Diperkenalkan oleh Parson pada tahun 1909. Teori ini adalah untuk
mengenal pasti sikap, kecekapan, minat dan personaliti yang banyak
mempengaruhi pembangunan kerjaya diri individu tersebut (Isaacson & Bmwn,
1993). Menurut Parson (1909), pemilihan dan perancangan kerjaya melibatkan
tiga perkara utama iaitu:
11