30
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN RUANG VISUAL DAN INTERPERSONAL BAGI TAJUK KOORDINAT TINGKATAN 2 ZAINAWATI BINTI ZAINAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN RUANG VISUAL DAN INTERPERSONAL

BAGI TAJUK KOORDINAT TINGKATAN 2

ZAINAWATI BINTI ZAINAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan
Admin
Page 3: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan
Page 4: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN RUANG VISUAL DAN INTERPERSONAL

BAGI TAJUK KOORDINAT TINGKATAN 2

ZAINAWATI BINTI ZAINAL

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 5: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

ii

Page 6: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

iii

DEDIKASI

بسم اهللا الرحمن الرحيمDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sekalung Penghargaan:

Buat ayahanda Zainal bin Haji Ahmad dan bonda Dalbi binti Hashim yang telah

banyak berkorban wang, masa, tenaga dan kasih sayang dalam menjagaku sejak

dari kecil hingga ke hari ini. Segala nasihat, dorongan, semangat dan iringan doa

oleh kalian tidak mungkin aku lupakan sepanjang hayatku.

Tidak lupa buat kakakku Zailawati dan Zaidawati juga adik kesayanganku, Zairil

Azhar. Semoga kalian beroleh kejayaan dalam apa jua yang kalian lakukan. Buat

anak saudara tersayang, Nadia Ameera, terima kasih kerana sudi menjadi penguat

semangatku.

Juga buat teman teristimewa dan sahabat-sahabat tersayang( Suziana, Nur Akmar,

Anizah, Nurulziah, Norella, Daliyanie, Haizuizwa, Nor Aina, Noor Hafiza dan

Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan

dijadikan sebagai memori indah yang kekal sepanjang hayat.

Terima kasih sekali lagi untuk semua.

Page 7: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

iv

PENGHARGAAN

بسم اهللا الرحمن الرحيمDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta

hidayah-Nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

saya tujukan kepada Dr Zaidatun binti Tasir, selaku penyelia projek ini di atas segala

tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh

menyiapkan projek ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada PM Dr. Mohd

Najib bin Abd Ghafar dan Puan Sanitah binti Yusof sebagai penilai projek sarjana

muda ini.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih khas buat keluarga tersayang atas

segala pengorbanan yang telah dihulurkankan selama ini.

Juga jutaan terima kasih buat teman-teman yang dikasihi terutamanya teman-

teman rapat sepanjang di UTM, atas segala bantuan, nasihat dan dorongan sepanjang

perjuangan kita di sini. Semoga segala budi dan jasa baik kalian akan mendapat

balasan daripada-Nya.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada semua yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Page 8: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

v

ABSTRAK

Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983)

merupakan salah satu model gaya pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam

sesebuah proses pembelajaran. Terdapat lapan kecerdasan dalam teori ini iaitu

kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, ruang visual, kinestatik, muzik,

interpersonal, intrapersonal dan naturalistik. Kajian ini bertujuan untuk

menghasilkan perisian Coordinates Form 2 berasaskan dua kecerdasan iaitu

kecerdasan ruang visual dan interpersonal. Perisian ini dihasilkan khusus untuk

pelajar Tingkatan 2 di sekolah-sekolah Malaysia. Perisian yang sepenuhnya

berbahasa Inggeris ini, merangkumi 3 subtopik utama iaitu Coordinates, Scales for

The Coordinate Axes dan Distance between Two Points. Antara kelebihan perisian

ini dibandingkan dengan perisian lain ialah ianya mempunyai nota dalam bentuk

visual dan interaktif, glosari bergambar, rakan maya sebagai sumber informasi dan

saiz perisian yang kecil. Perisian Macromedia Authoware 6.5 digunakan sebagai

perisian utama manakala perisian Adobe Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0 dan

Macromedia Flash MX sebagai perisian sokongan dalam proses pembangunan

perisian. Perisian ini juga telah dinilai secara tidak formal oleh penyelia dan rakan-

rakan pengkaji dan hasil penilaian mendapati bahawa perisian ini interaktif,

mempunyai grafik yang menarik dan penggunaan rakan maya merupakan

pendekatan yang baik. Perisian Coordinates Form Two ini diharapkan dapat

meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menghasilkan

pembelajaran yang lebih berkesan.

Page 9: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

vi

ABSTRACT

Multiple Intelligence (MI) Theory by Howard Gardner (1983) is one of the

learning style models can be applied in teaching and learning. There are eight

intelligences in this theory which are linguistic, logical-mathematic, visual, bodily-

kinesthetic, musical, interpersonal, intrapersonal and naturalist. The aim of this

research is to design Coordinates Form 2 software based on visual and interpersonal

intelligence. This software was design specifically for Form 2 students in Malaysian

schools. This fully English software, concludes 3 main subtopics, which are

Coordinates, Scales for The Coordinate Axes and Distance between Two Points.

The advantages of this software compare to the others are the used of interactive and

visualistic notes, image glosary and virtual friend in giving information. Beside

that, the size of the software is quite small. Macromedia Authoware 6.5 software is

the main software while Adobe Photoshop 7.0, Sound Forge 6.0 and Macromedia

Flash MX has been used as the supported software in developing the software. This

software has been informally assessed by supervisor and researcher’s friends and the

responses noticed that this software is interactive , had an interesting graphics and

the used of virtual friend is a good approach. It is hoped that this software will

increase the quality of teaching and learning process and also produced an effective

learning process.

Page 10: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Rasional Kajian 9

1.6 Skop dan Batasan Kajian 12

1.7 Kepentingan Kajian 12

Page 11: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

viii

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 Perisian Multimedia 14

1.8.2 Teori Kecerdasan Pelbagai 14

1.8.3 Kecerdasan Ruang Visual 15

1.8.4 Kecerdasan Interpersonal 15

1.8.5 Koordinat 16

1.9 Penutup 16

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Penggunaan Perisian Multimedia 18

2.3 Keberkesanan Perisian Multimedia 19

2.4 Strategi Pengajaran dalam PBK 22

2.4.1 Latih Tubi 23

2.4.2 Tutorial 23

2.4.3 Permainan 24

2.4.4 Simulasi 25

2.4.5 Penyelesaian Masalah 25

2.5 Teori Pembelajaran 26

2.5.1 Teori Behaviorisme 26

2.5.2 Teori Kognitivisme 27

2.5.3 Teori Konstruktivisme 28

2.5.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 30

2.6 Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai

di dalam PBK 33

2.7 Proses Pembangunan PBK 35

2.7.1 Model ASSURE 35

2.7.1.1 Menganalisis pelajar 36

2.7.1.2 Menyatakan objektif secara

khusus 36

2.7.1.3 Memilih kaedah, media

dan bahan 36

Page 12: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

ix

2.7.1.4 Menggunakan media dan bahan 37

2.7.1.5 Memerlukan penglibatan pelajar 37

2.7.1.6 Melakukan penilaian dan

pengubahsuaian 37

2.7.2 Model Hannafin & Peck 38

2.8 Keberkesanan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 39

2.9 Penutup 40

BAB III REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Model Reka Bentuk Perisian yang digunakan 42

3.2.1 Menganalisis pelajar 43

3.2.2 Menyatakan objektif secara khusus 43

3.2.3 Memilih kaedah, media dan bahan 45

3.2.4 Menggunakan media dan bahan 45

3.2.5 Memerlukan penglibatan pelajar 45

3.2.6 Melakukan penilaian dan pengubahsuaian 46

3.3 Pemilihan Perisian yang digunakan untuk

menghasilkan PBK 46

3.3.1 Macromedia Authorware 6.5 46

3.3.2 Adobe Photoshop 7.0 47

3.3.3 Sound Forge 6.0 48

3.3.4 Macromedia Flash MX 48

3.4 Perkakasan Perisian Multimedia 48

3.5 Carta Alir Perisian 49

3.6 Pengaplikasian Pendekatan Kecerdasan Ruang

Visual dan Interpersonal dalam PBK 52

3.7 Penutup 53

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN

Page 13: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

x

4.1 Pengenalan 55

4.2 Cara Penggunaan Perisian 56

4.3 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 56

4.4 Permulaan Perisian 57

4.5 Rakan Maya 60

4.6 Menu Utama 61

4.6.1 Pilihan Subtopik Notes (Coordinates) 62

4.6.2 Pilihan Subtopik Notes (Scales for The

Coordinate Axes) 64

4.6.3 Pilihan Subtopik Notes (Distance Between

Two Points in A Cartesian Plane) 66

4.6.4 Pilihan Exercises 68

4.6.5 Pilihan Activity 71

4.6.6 Pilihan Glosary 73

4.6.7 Pilihan Help 74

4.6.8 Pilihan Exit 75

4.7 Ciri Multimedia dalam Perisian 76

4.7.1 Teks 77

4.7.2 Grafik 78

4.7.3 Animasi 79

4.7.4 Audio 80

4.8 Penutup 81

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Rumusan Perisian 83

5.3 Masalah yang dihadapi dan Kelemahan

Perisian yang dibina. 86

5.3.1 Kekurangan Masa 86

5.3.2 Kekurangan Kepakaran 86

5.3.3 Subtopik yang terhad 87

Page 14: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

xi

5.4 Cadangan 87

5.5 Kesimpulan 88

5.6 Penutup 89

RUJUKAN 91

Page 15: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino 42

Page 16: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model reka bentuk instruksi bersistem Hannafin & Peck 39

3.2 Carta alir perisian 51

4.1 Skrin Montaj 58

4.2 Skrin Montaj Paparan Tajuk Perisian 59

4.3 Skrin Daftar Pengguna 59

4.4 Skrin Objectives 60

4.5 Skrin History 60

4.6 Skrin Pemilihan Watak Rakan Maya 61

4.7 Skrin Menu Utama 62

4.8 Skrin Menu Utama Notes 63

4.9 Skrin Notes (Coordinates) 63

4.10 Skrin Notes (Coordinates) 2 63

4.11 Skrin Notes (Coordinates) 3 64

4.12 Skrin Scales for the Coordinate Axes 65

4.13 Skrin rakan maya dalam Scales for the Coordinate Axes 65

4.14 Skrin Scales for the Coordinate Axes 2 65

4.15 Skrin Distance Between Two Points in A Cartesian Plane 66

4.16 Skrin Distance Between Two Points in A Cartesian Plane 2 67

4.17 Skrin Distance Between Two Points in A Cartesian Plane 3 67

4.18 Skrin Mind Map 67

4.19 Skrin Exercises 68

4.20 Skrin Exercises 2 69

4.21 Skrin Exercises 3 69

4.22 Skrin rakan maya dalam Exercises 69

4.23 Skrin respons positif 70

Page 17: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

xiv

4.24 Skrin respons negatif 70

4.25 Skrin Score 70

4.26 Skrin Activity Words Coordinate 72

4.27 Skrin Activity Words Coordinate 2 72

4.28 Skrin Activity Cinderella’s Castle 72

4.29 Skrin Activity Cinderella’s Castle 2 73

4.30 Skrin Activity Cinderella’s Castle 3 73

4.31 Skrin Glosary 74

4.32 Skrin Help 75

4.33 Skrin Exit. 76

4.34 Skrin Credit 76

4.35 Skrin Contoh Penggunaan Teks 77

4.36 Skrin Contoh Penggunaan Teks 2 78

4.37 Skrin Contoh Penggunaan Teks 3 78

4.38 Skrin Contoh Penggunaan Grafik. 79

4.39 Skrin Contoh Penggunaan Animasi. 80

4.40 Skrin Contoh Penggunaan Audio. 81

Page 18: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejarah penggunaan komputer dalam pendidikan bermula pada komputer

generasi kedua iaitu 1950an. Kebanyakan universiti di Amerika Syarikat telah

menggunakan kemudahan komputer bagi tujuan menyimpan rekod pelajar,

pentadbiran dan kewangan. Pada tahun 1960, satu kajian iaitu projek PLATO

(Programmed Logic Automatic Teaching Operations) dijalankan di University

Illinois dengan tujuan membina sistem pengarahan yang berasaskan komputer dan

pada tahun 1969, tutorial pembelajaran berbantukan komputer (tutorial CAL)

diperkenalkan di bawah projek Computer Assisted Learning (CAL) yang telah

dibangunkan di University of Leeds di Britain (Hooper, 1978).

Manakala di Malaysia, teknologi seperti komputer peribadi pula digunakan

seawal tahun 1980. Walau bagaimanapun, potensi teknologi tidak digunakan

sepenuhnya di sekolah kerana komputer sering digunakan sebagai alat pandang

dengar sahaja. Contohnya komputer diletakkan di bilik khas dan hanya digunakan

untuk mengajar literasi komputer dan kadang-kadang untuk tujuan pemulihan. Oleh

itu, komputer tidak digunakan sepenuhnya dalam proses pembelajaran dan guru

masih memainkan peranan sebagai pembekal dan penyampai maklumat yang

Page 19: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

2

mutlak. Walaupun komputer digunakan masa kini, guru masih gagal menerokai

potensi teknologi secara maksimum.

Untuk mencapai matlamat pendidikan Malaysia khususnya dalam

meningkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, satu

anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran tentang penggunaan teknologi

di sekolah. Sekiranya sekolah ingin mendapat faedah sepenuhnya, teknologi perlu

menjadi asas dalam infrastruktur, proses pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran

dan bukan hanya sebagai bahan tambahan. Teknologi mesti digunakan sepenuhnya

dan diberi peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas harian

sekolah terutamanya sekolah bestari.

Inisiatif sekolah bestari merupakan suatu aplikasi utama projek MSC

(Multimedia Super Corridor). Kerajaan berhasrat menggunakan teknologi MSC di

sekolah-sekolah bestari. Pada tahun 1999, sebanyak 85 buah sekolah bestari telah

ditubuhkan sebagai projek perintis yang bertindak sebagai nukleus bagi konsep

pengajaran, bahan, kemahiran dan teknologi sekolah bestari. Bilangan sekolah

bestari dijangka meningkat iaitu pada tahun 2010, kesemua 10 000 buah sekolah

rendah dan menengah akan menjadi sekolah bestari. (Ee Ah Meng, 2002)

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di sekolah

bestari. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti

perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data

sebagai sumber maklumat; memproses maklumat dan menghubungkan dapatan;

merujuk ensaiklopedia elektronik; belajar dari koswer elektronik dan komunikasi

elektronik. Ahli sains kognitif menekankan bahawa konteks adalah penting dan

amat perlu digunakan untuk meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk tujuan

itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk

mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. (Mohd Zahid, 1997)

Page 20: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

3

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak

dapat dinafikan lagi kerana potensinya dalam meningkatkan lagi pencapaian

akademik pelajar. Rio (1996) menyatakan bahawa komputer adalah satu alat yang

amat berkesan dalam pengajaran hampir kesemua mata pelajaran. Kajian yang

dijalankan oleh Mustafa (1994) menunjukkan bahawa pelajar percaya penggunaan

komputer dapat meningkatkan daya berfikir mereka.

Cockroff (1986) pula menyatakan penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Matematik bukan sahaja memperbaiki kualiti

pengajaran, malah ia boleh mengubah kepentingan sesuatu topik dalam sukatan

pelajaran Matematik. Mengikut kajian yang dijalankan, didapati

i. Pelajar-pelajar yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran akan mempunyai sikap yang positif terhadap diri sebagai

ahli Matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah lebih

kompleks.

ii. Perisian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik

dengan lebih mudah dan berkesan.

iii. Pencapaian pelajar dalam penilaian akhir menunjukkan peningkatan

yang ketara.

iv. Pelajar yang belajar menggunakan perisian berkemampuan

mengekalkan maklumat dalam jangkamasa yang lebih lama dan dapat

menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

v. Menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

vi. Pembelajaran yang berlaku boleh diulang-ulang sekiranya tahap

kefahaman pelajar tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Page 21: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting di peringkat

menengah rendah mahupun menengah atas. Walau bagaimanapun, ciri Matematik

yang bersifat abstrak menyebabkannya menjadi salah satu mata pelajaran yang

kurang digemari dan sukar difahami oleh pelajar (Catherine Kho Ching Yuen,

1997).

Menurut satu kaji selidik Kementerian Pendidikan yang dijalankan secara

rawak oleh guru pelatih ketika menjalankan latihan amali di beberapa sekolah luar

bandar, fobia atau takut kepada subjek Matematik menjadi satu fenomena kepada

pelajar luar bandar (Berita Harian 20 Oktober,1998). Justeru itu, pembinaan

perisian multimedia didapati dapat mengurangkan rasa fobia yang melanda

kebanyakan pelajar terutamanya yang agak lemah dalam topik koordinat.

Konsep Matematik yang abstrak biasanya sukar untuk difahami, tetapi

melalui PBK, konsep yang abstrak itu akan dapat dikonkritkan (Teh Hoi Ling,

1998). Pemilihan topik koordinat untuk pembinaan perisian multimedia adalah

bersesuaian kerana topik ini agak sukar dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Konsep

yang abstrak tidak dapat dikonkritkan melalui kaedah pengajaran tradisional.

Meskipun Matematik merupakan mata pelajaran yang penting dalam sistem

persekolahan, masih terdapat sebilangan besar pelajar kurang menggemari mata

pelajaran tersebut. Topik koordinat misalnya kurang digemari oleh sesetengah

pelajar kerana konsep abstraknya yang sukar difahami. Selain itu, pelajar tidak

dapat menyelesaikan masalah yang dikemukakan kerana tidak menguasai konsep

yang diajar dalam topik tersebut.

Page 22: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

5

Menurut Muhamad (2000), untuk membantu pelajar dalam topik koordinat

adalah penting bagi mereka memahami atau menguasai konsep asas koordinat dan

menghubungkaitkan topik ini dengan topik-topik lain yang berkaitan. Keadaan ini

akan membantu mereka membina konsep yang betul dan mudah dalam menguasai

kemahiran yang lebih kompleks.

Terdapat banyak kesukaran dalam mempelajari Matematik. Aktiviti

penyelesaian masalah merupakan kemahiran yang penting dalam bidang Matematik.

Pencapaian yang tinggi dalam Matematik tidak bermakna bahawa seseorang pelajar

itu mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Kemahiran menyelesaikan

masalah yang ingin diperkenalkan melalui mata pelajaran Matematik agak sukar

dipupuk di kalangan pelajar (Catherine Kho Ching Yuen, 1997).

Kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian memerlukan

pengetahuan yang luas, bukan sahaja tentang fakta, kemahiran konsep dan teori

khusus tetapi saling hubungan antara mereka dan tentang prinsip asas yang

menggabungjalinkan mereka (Nik Azis, 1996).

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru di sekolah

tidak dapat menghubungkan konsep Matematik dengan kehidupan seharian pelajar.

Sebenarnya, konsep koordinat dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh kedudukan antara bangunan, kenderaan dan manusia misalnya dapat

ditentukan dengan tepat sekiranya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar

dalam topik koordinat.

Perisian multimedia merupakan salah satu alternatif yang dapat memberi

kesan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan

pembelajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat

daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran baru yang lebih

menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan media-media tambahan selain

Page 23: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

6

daripada teks seperti audio, video, animasi dan grafik. Disamping itu, konsep

Matematik yang abstrak dapat dikonkritkan menerusi penggunaan media yang

terdapat di dalam multimedia.

Teori pembelajaran semasa mementingkan perlunya guru mengambil kira

gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai pelajar. Oleh itu, pelbagai kaedah

pengajaran perlu digunakan untuk menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar.

Teknologi multimedia di dalam perisian multimedia berpotensi membantu

menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Kemajuan

teknologi multimedia juga mampu mengubahkan situasi bilik darjah, peranan guru

dan pelajar. (Mohd Zahid, 1997)

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam perisian

multimedia. Pendekatan yang digunakan hendaklah dapat memenuhi gaya

pembelajaran pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam

pembelajaran. Antaranya ialah teori yang dikemukakan oleh Howard Gardner

(1983) iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang menyatakan

bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dimiliki oleh manusia yang

merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud

secara semulajadi.

Kecerdasan-kecerdasan tersebut adalah kecerdasan verbal-linguistik, logik-

matematik, ruang visual, kinestatik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan

naturalistik. Oleh kerana topik koordinat merupakan salah satu topik yang

memerlukan pelajar mahir dalam mentafsir gambarajah seperti satah cartesan,

penulis telah memilih kecerdasan ruang visual untuk diaplikasikan dalam perisian

multimedia ini. Ini bagi memastikan pelajar dapat lebih memahami konsep

koordinat yang diajar dan seterusnya membolehkan pelajar menyelesaikan masalah

yang dikemukakan. Kecerdasan ruang visual yang mengutamakan elemen visual,

imej dan gambar sebagai media penyampai isi pelajaran amat bersesuaian dengan

konsep yang ditekankan dalam topik koordinat ini.

Page 24: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

7

Selain itu, penulis juga turut memilih kecerdasan interpersonal untuk

digabungkan bersama dalam perisian ini. Kecerdasan interpersonal membolehkan

seseorang individu mengenali dan menghormati perasaan dan pandangan individu

lain. Pemilihan kecerdasan interpersonal adalah kerana kecerdasan ini dapat

memupuk semangat kerjasama dan sikap tolong-menolong dalam diri pelajar serta

membolehkan pelajar berinteraksi secara aktif dalam perisian ini. Penglibatan

secara aktif pula dapat memastikan pelajar memberikan sepenuh perhatian kepada

pelajaran dan sekaligus melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik

khususnya dalam mata pelajaran Matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Okey J.R (1978) menyatakan pelajar hilang minat terhadap pembelajaran

disebabkan bahan pembelajaran yang tidak menepati objektif pengajaran, organisasi

isi kandungan tidak bersesuaian, persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan

dan pendekatan pengajaran yang statik.

Menurut Crow & Crow (Mok, 1994), pelajar-pelajar akan hilang minat untuk

belajar sekiranya guru gagal mewujudkan motivasi pengajaran. Ini menunjukkan

bahawa guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping menggunakan

pelbagai pancaindera bagi merangsangkan pembelajaran pelajar terhadap apa yang

dikemukakan. Penggunaan komputer dengan menggunakan perisian multimedia

yang sesuai dengan topik Matematik akan menjadikan pelajar lebih berminat untuk

belajar Matematik.

Salah satu topik dalam mata pelajaran Matematik yang tidak digemari oleh

pelajar ialah koordinat. Topik ini agak sukar difahami sekiranya dipelajari melalui

pengajaran biasa iaitu “chalk and talk” seperti yang kebiasaannya dilakukan oleh

Page 25: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

8

guru di sekolah kerana ianya memerlukan daya imaginasi atau gambaran yang jelas.

Oleh itu, penggunaan perisian multimedia menggantikan pengajaran guru yang agak

kurang jelas di sekolah merupakan langkah bijak untuk menarik perhatian pelajar

agar lebih meminati topik ini.

Justeru itu, penulis berhasrat untuk membangunkan satu perisian multimedia

menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai bagi topik koordinat dalam mata pelajaran

Matematik Tingkatan 2. Dua kecerdasan yang dipilih untuk diaplikasikan ialah

kecerdasan ruang visual dan interpersonal. Penulis amat berharap pembinaan

perisian ini dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar

terutamanya pelajar yang agak lemah dalam topik tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk

i. mereka bentuk dan membangunkan satu Perisian Multimedia

bertopik “Coordinate Form Two” berasaskan kepada pendekatan

ruang visual dan interpersonal.

ii. menambah koleksi perisian yang berasaskan kepada kecerdasan

pelbagai.

Page 26: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

9

1.5 Rasional Kajian

Di Amerika Syarikat, dalam 118 artikel mengenai kriteria pembelajaran

berkesan, 65 daripadanya mengkhususkan kepada PBK. Satu PBK yang baik akan

menghasilkan pelajar yang aktif dan ia mampu digunakan beberapa tahun oleh

beribu-ribu pelajar (Hmelo, 1989). Menurut Ball (1996) dalam bukunya bertajuk

Multimedia Network : Integration and Management,

“ Learning is a process best enforced by variety of,

some of which are programmed instructional training,

simulation, hand-on practice, visualization through such media

as video programs, and computer-aided instruction (CIA)”

Menurut Robert A. Edmund, PBK ialah satu pendekatan kepada pendidik

yang menggunakan program-program yang direka khas untuk berinteraksi dengan

pelajar dalam proses pembelajaran (Bitter & Camuse, 1988). Oleh itu, penggunaan

PBK untuk menjelaskan lagi konsep dalam Matematik adalah sangat penting.

Sebahagian konsep utama mengenai dunia fizikal disalingkaitkan dan

disebatikan dalam struktur pengetahuan sedia ada pelajar. Kebanyakan konsep ini

merupakan konsep penaakulan (common sense) yang mempunyai kaitan terus

mengenai fenomena fizikal atau persekitaran (Nassbaum, 1993). Sesetengah

pengalaman atau pengetahuan sedia ada dalam minda pelajar adalah tidak benar dan

konsep ini telah menjadi penghalang kepada penerimaan konsep benar yang cuba

diterapkan kepada mereka. Pelajar juga perlu mempunyai daya imaginasi dan

pemikiran yang tinggi untuk memahami dan menghayati konsep yang diperkenalkan

dan diterima oleh mereka. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pelajar yang tidak

mampu untuk berimaginasi, pembelajaran mereka terbantut (Nassbaum, 1993).

Salah satu kaedah yang dapat membantu mereka mencapai tahap kefahaman itu

ialah melalui penggunaan PBK.

Page 27: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

10

Dalam pembelajaran Matematik, kesukaran mengimaginasi dan daya

pemikiran yang rendah seringkali menjadi penghalang kepada pelajar untuk berjaya

dalam pembelajaran. Hal ini menyebabkan ramai dikalangan pelajar menganggap

mata pelajaran matematik adalah mata pelajaran yang sukar. Oleh itu, dari segi

psikologi pelajar telah gagal dalam mata pelajaran matematik.

Menurut Muhamad (2000), hasil dari maklumat beliau perolehi dari

temubual dengan beberapa orang guru yang mengajar topik koordinat, pelajar

didapati sukar menguasai hanya beberapa kemahiran tertentu dalam topik tersebut.

Diantara kemahiran yang sukar dikuasai oleh pelajar ialah untuk mencari panjang

atau jarak antara dua titik dan titik tengah antara dua titik. Hal ini terjadi disebabkan

pelajar didapati sukar untuk menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada tentang

penambahan dan penolakan nombor negatif serta pengiraan jarak dengan topik

koordinat.

Kebanyakan pelajar mendapati sukar untuk mempelajari konsep yang abstrak

kerana sukar dibayangkan. Oleh yang demikian, satu sistem komputer dengan

perisian yang memberikan gambaran dan maklumat yang jelas dan dapat diterokai

sendiri oleh pelajar perlu disediakan. Justeru itu, menurut Muhamad (2000)

pemilihan topik koordinat bagi penghasilan perisian multimedia ini adalah penting

kerana beberapa faktor:

1.5.1 Topik koordinat merupakan topik yang baru diperkenalkan bagi

pelajar dan ia akan dipelajari sehingga ke peringkat yang lebih tinggi

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, pemahaman

konsep awal perlu dikuasai sepenuhnya.

1.5.2 Pemahaman kedudukan objek atau titik pada satah Cartesan dapat

digambarkan dengan lebih jelas dan berkesan dengan menggunakan

multimedia dalam komputer.

1.5.3 Pengiraan untuk mencari titik jarak dan titik tengah antara dua

kedudukan pada kedudukan titik satah Cartesan lebih mudah dan

Page 28: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

11

jelas digambarkan.

1.5.4 Kesilapan pelajar semasa membuat pengiraan dan penentuan

koordinat lebih mudah diperbetulkan dengan serta-merta apabila

menggunakan perisian komputer jika dibandingkan dengan

pengajaran secara tradisional.

Oleh itu, pemilihan topik koordinat adalah sesuai dan penting untuk

dibangunkan sebagai satu perisian pembelajaran. Perisian ini juga dapat digunakan

sebagai satu pembelajaran kendiri atau berkumpulan disamping sebagai bahan bantu

pengajaran bagi guru.

Ramai pelajar yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak

belajar. Pelajar-pelajar ini telah dilabelkan sebagai pelajar yang bermasalah,

berpencapaian rendah dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang

rendah terhadap mereka maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan

masalah disiplin meningkat. Ramai pelajar yang sebenarnya berbakat dan 'gifted'

juga menjadi kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini wujud kerana fokus

sistem persekolahan di Malaysia lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja; iaitu

verbal-linguistik dan logik-matematik.

Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian kecerdasan pelajar dan

tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-mana

bidang kecerdasan khusus yang ada pada pelajar mereka. Maka dengan itu, Teori

Kecerdasan Pelbagai dapat digunakan untuk membantu para guru memperbetulkan

senario tersebut dan seterusnya membawa bersama perubahan dalam gaya

pembelajaran yang menggabungkan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Page 29: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

12

1.6 Skop dan Batasan Kajian

Perisian multimedia yang dibangunkan ini hanya meliputi satu topik dalam

sukatan mata pelajaran Matematik tingkatan 2 yang baru iaitu ‘Coordinates’ yang

merangkumi 3 subtopik kecil iaitu koordinat (coordinates), skala pada paksi (scales

for the coordinate axes) dan jarak antara dua titik (distance between two points).

Perisian ini dibangunkan khusus untuk pelajar tingkatan 2 dan juga tingkatan 3 yang

akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dua kecerdasan telah dipilih daripada Teori Kecerdasan Pelbagai yang

diasaskan oleh Gardner iaitu kecerdasan ruang visual dan interpersonal untuk

dimuatkan dalam perisian multimedia ini. Adalah diharapkan pelajar dapat

menguasai konsep yang ditekankan dalam topik ini dengan penghasilan perisian

multimedia “Coordinates Form Two”. Namun begitu, penulis hanya

membangunkan perisian tetapi tidak menilai perisian yang dibangunkan.

1.7 Kepentingan Kajian

Perisian multimedia yang berdasarkan kecerdasan ruang visual dan

interpersonal ini diharapkan dapat bertindak sebagai alat bantu mengajar yang

berfungsi menjadikan pembelajaran Matematik sesuatu yang menarik dan

menyeronokkan. Perisian ini juga diharapkan dapat memastikan proses pengajaran

dan pembelajaran pelajar lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan prestasi

pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

Kajian ini memberi faedah kepada pelajar iaitu pelajar yang menggunakan

perisian ini dalam proses pembelajaran, diharapkan dapat memahami konsep dan

Page 30: ZAINAWATI BINTI ZAINAL - fp.utm.my · Yusrina). Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan Segala kenangan pahit dan manis yang kita tempuh bersama akan dijadikan

13

prinsip koordinat dengan lebih mudah dan berkesan. Selain itu, pelajar juga dapat

belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing dan pembelajaran boleh

diulang-ulang sekiranya pelajar belum menguasai konsep yang dipelajari. Ini dapat

memastikan pelajar telah menguasai sesuatu konsep yang asas sebelum meneruskan

pembelajaran kepada konsep yang lebih kompleks.

Selain itu, pelajar juga akan mendapat maklumbalas serta-merta dengan tepat

dan cepat. Sekiranya jawapan yang mereka berikan salah, penerangan dan bantuan

akan diberikan untuk meningkatkan lagi pemahaman. Manakala pujian dan ucapan

tahniah yang berbentuk galakan dan ransangan minda diberikan kepada pelajar

dengan tujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar sekiranya jawapan pelajar betul.

Pembangunan perisian ini tidak terhad untuk penggunaan di sekolah semata-mata.

Pelajar dapat mempelajarinya di rumah kerana ia disediakan dalam bentuk CD-

ROM yang mudah dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Guru juga dapat menggunakan perisian ini sebagai alat bantu mengajar yang

menarik agar pelajar memberi sepenuh perhatian sepanjang proses pengajaran.

Malah, perisian ini dapat meringankan beban guru dengan meningkatkan kefahaman

pelajar terhadap topik koordinat sekaligus meningkatkan prestasi pelajar dalam

akademik.

Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai dalam perisian ini juga sedikit

sebanyak telah menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin

menerapkan kecerdasan pelbagai ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pembinaan perisian ini juga diharapkan dapat menambah koleksi perisian

yang telah dihasilkan oleh pihak kementerian.