17
Zaman Abdullah Munsyi 1796-1854 Abdullah Munsyi membawa perubahan dalam kesusasteraan melayu moden di Malaysia. Karyanya bertajuk “Kisah Pelayaran Abdullah” 1838 telah membawa banyak perubahan dalam beberapa aspek dan telah menyimpang dari ciri-ciri karya tradisi sebelumnya. Selepas Munsyi lahir genre lain seperti novel, cerpen, sajak, drama dan kritikan sastera. SIAPA ABDULLAH MUNSYI 1. Lahir di kampong Pali Melaka pada 1796 2. Bapanya keturunan Arab Hadramaud dan ibunya dari keturunan Tamil, India. Oleh kerana mereka bergaul dengan orang-orang Melayu dan beragama Islam mereka menggolongkan diri mereka sebagai orang Melayu. 3. Bapanya Shiekh Abdul Kadir seorang yang terpelajar, seorang guru bahasa, pedagang dan Syah Bandar 4. Mula belajar ilmu agama dan ilmu dunia seawal usia 7 tahun, mempelajari al Quran dan tulisan Jawi dengan bapanya dan dua orang bapa saudaranya , Ismail Lebai dan Muhammad Latif. 5. Menguasai Bahasa Melayu, bahasa Tamil dalam usia 14 tahun, kemudian menguasai bahasa Hindustan yang dipelajari dari askar-askar Hindustan. Beliau pula mengajar bahasa Melayu kepada askar tersebut. Dari sinilah beliau mendapat gelaran Munsyi yang bermaksud Guru Bahasa. 6. Pernah menjadi kerani Raffles, bertugas mengumpulkan naskah- naskhah lama, di samping mengajar bahasa Melayu kepada Paderi Milne dan C.H. Tomsen 7. Sebaik sahaja Raffles membuka Singapura pada 1819, Abdullah pindah ke Singapura dan terus menjadi jurutulis Raffles

Zaman Abdullah Munsyi 1796

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota pismp

Citation preview

Page 1: Zaman Abdullah Munsyi 1796

Zaman Abdullah Munsyi 1796-1854

Abdullah Munsyi membawa perubahan dalam kesusasteraan melayu moden di Malaysia. Karyanya bertajuk “Kisah Pelayaran Abdullah” 1838 telah membawa banyak perubahan dalam beberapa aspek dan telah menyimpang dari ciri-ciri karya tradisi sebelumnya. Selepas Munsyi lahir genre lain seperti novel, cerpen, sajak, drama dan kritikan sastera.

SIAPA ABDULLAH MUNSYI

1. Lahir di kampong Pali Melaka pada 1796

2. Bapanya keturunan Arab Hadramaud dan ibunya dari keturunan Tamil, India. Oleh kerana mereka bergaul dengan orang-orang Melayu dan beragama Islam mereka menggolongkan diri mereka sebagai orang Melayu.

3. Bapanya Shiekh Abdul Kadir seorang yang terpelajar, seorang guru bahasa, pedagang dan Syah Bandar

4. Mula belajar ilmu agama dan ilmu dunia seawal usia 7 tahun, mempelajari al Quran dan tulisan Jawi dengan bapanya dan dua orang bapa saudaranya , Ismail Lebai dan Muhammad Latif.

5. Menguasai Bahasa Melayu, bahasa Tamil dalam usia 14 tahun, kemudian menguasai bahasa Hindustan yang dipelajari dari askar-askar Hindustan. Beliau pula mengajar bahasa Melayu kepada askar tersebut. Dari sinilah beliau mendapat gelaran Munsyi yang bermaksud Guru Bahasa.

6. Pernah menjadi kerani Raffles, bertugas mengumpulkan naskah-naskhah lama, di samping mengajar bahasa Melayu kepada Paderi Milne dan C.H. Tomsen

7. Sebaik sahaja Raffles membuka Singapura pada 1819, Abdullah pindah ke Singapura dan terus menjadi jurutulis Raffles

8. mengikuti rombongan saudagar Cina ke Kelantan sekitar tahun 1830.

9. 1854, mengikuti rombongan haji ke Mekah, malangnya mati di Jeddah kerana diserang sakit kolera

10. Karya-karya Abdullah

Page 2: Zaman Abdullah Munsyi 1796

a. Hikayat Abdullah (1840) diterbitkan 1849

b. Kisah Pelayaran Abdullah (1838)

c. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah ( tidak siap kerana beliau mati pada tahun 1854)

d. Syair Singapura Terbakar(1830)

e. Hikayat Kalilah dan Daminah (1835) terjemahan pancatantera dari naskah tamil

f. Dawaul Kulub(1838)

g. Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)

h. Sejarah Melayu

PEMBAHARUAN DALAM KARYA-KARYA ABDULLAH

1. Aspek isi

a. Menceritakan peristiwa yang benar-benar berlaku tanpa mencampuraduk dengan unsur-unsur metos, dongeng, ghaib, khayalan dan sebagainya ( karya sebelum ini memang mengandungi unsur-unsur tersebut)

b. Menceritakan tentang manusia yang berdarah daging/manusia biasa- tidak memusatkan pada watak istana/golongan istana

c. Contoh; dalam Hikayat Abdullah, beliau menceritakan tentang kehidupan dan keluarga beliau, sahabat-sahabatnya, pengalaman-pengalamannya semasa di Melaka

2. Aspek gaya bahasa

a. Sekali imbas gaya bahasanya tidak berbeza dengan bahasa Melayu tradisi/klasik, namun bahasanya mendekati bahasa pertuturan sehari-harian

b. Menggunakan perkataan/ungkapan baru/perkataan Inggeris seperti officer, institution, chapel, receipt, police, college, magistrate

c. Abdullah mengguna bahasa pasar bila bercakap dengan orang bukan Melayu

Page 3: Zaman Abdullah Munsyi 1796

d. Contoh: Encik Dollah tahu semalam diaorang turun ke Singapura itu semuanya orang sapu arang mukanya ( Hikayat Abdullah hal. 275).

e. Abdullah menggunakan ungkapan lembu punya susu, sapi punya nama- ungkapan yang spontan dan berpengaruh dalam pertuturan seharian

f. Meninggalkan ungkapan bahasa berirama seperti yang biasa terdapat dalam puisi tradisi

3. Aspek Komentar-komentar

a. Bukan sekadar mencacat peristiwa yang dilihat, beliau mengkritik/memberi pendapat

b. Dalam Kisah Pelayaran Abdullah, dengan lantang beliau mengkritik system feudal Melayu dan membandingkan dengan pentadbiran Inggeris. (lebih menyokong Inggeris)

c. Beliau menyelar Raja dan pembesar Melayu yang memerintah mengikut hawa nafsu, penyebab perpecahan. Kemunduran Melayu bukan kerana rakyat malas tetapi kerana tamak haloba raja-rajanya

d. Antara contoh kritikan beliau:-

1. Mengkritik pentadbiran Kelantan ,Dalam perang saudara di Kelantan rakyat telah dikerah, dipaksa berperang tanpa gaji

2. Beliau menulis tentang Sultan Hussain dalam Hikayat Abdullah sebagai gemuk hingga kelihatan empat persegi, kepalanya kecil, lehir tenggelam, kerana kegemukan yang keterlaluan kelihatan seolah-olah tidak berleher dan tidak ketahuan rupa

3. Mengkritik pendidikan orang Melayu katanya orang Melayu mengajar anak-anak membaca Quran tanpa mengetahui isinya. Perbuatan ini tidak mendatangkan hasil terhadap pendidikan moral. Orang Melayu terlalu percaya kepada tahyul dan ilmu ghaib

4. Mengkritik system ekonomi, dalam Kisah Pelayaran Abdullah, beliau menulis tentang kegiatan perniagaan dijalankan oleh wanita, rumahtangga dan anak terbiar

Page 4: Zaman Abdullah Munsyi 1796

5. Abdullah menulis tentang kelakuan isteri Raffles yang tertib sopan, manis mukanya dan sangat pantas bekerja seperti lipas kudung. Beliau mengkritik isteri-isteri penbesar Melayu – katanya, kalau sudah menjadi isteri orang besar-besar itu, makin bertambah congkaknya dan malasnya tingkah lakunya pun makin tinggi dan tutur katanya pun sekeliannya membesar-besarkan dirinya. Mereka tidak mahu bekerja, melainkan duduk dan baring sahaja, mereka akan memerintahkan hamba-hamba dan hendak nasi tersaji dilututnya, bangun pagi pukul sepuluh dan menghabiskan masa mengadap tempat sirih sahaja

6. Mengkritik orang Melayu pantai imur yang tidak mementingkan kesihatan. Pakaian mereka kotor, badan berdaki dan sampah sarap penuh bawah rumah. Muka mereka pucat

4. Sikap individualistic

a. Bersikap individualistic, Merupakan pengarang pertama bersikap keakuan, buktinya beliau menggunakan gantinama aku untuk menggambarkan yang dia bertanggungjawab ke atas apa yang ditulisnya

b. Beliau berani berhadapan dengan masyarakat Melayu yang mengamalkan gaya hidup tradisional.

c. Beliau tidak mengambil kisah tentang sikap/pandangan/tohmohan masyarakat kepadanya

d. Merupakan karya orang Melayu pertama dicetak

KENAPA ABDULLAH BERJAYA MEMBAWA PEMBAHARUAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Ada 3 faktor

1. Factor zaman dan alam sekitar

a. Zaman hidup Abdullah adalah zaman peralihan – kuasa Inggeris bertapak dan kukuh, manakala zaman feudal Melayu semakin merosot

Page 5: Zaman Abdullah Munsyi 1796

b. Abdullah hidup di Melaka dan Singapura – yang ditadbirkan oleh Inggeris

c. Berpeluang bertemu danm berkawan dengan pentadbir inggeris seperti Raffles, Milne, Thomsen dan lain-lain.

d. Orang-orang Inggeris ini banyak mempengaruhi cara berfikir serta cara hidup Abdullah

2. Latar belakang keluarga

a. Dari keturuan campuran Arab India yang terpelajar. Bapanya Abdul kadir seorang guru ugama dan pedagang. Semasa pemerintahan Belanda ayahnya seorang Syahbandar Holanda 1. Semasa pemerintahan Inggeris, ayahnya menjadi nakhoda kapal “Layer Seret” dan sebagai utusan Inggeris ke negeri-negeri Melayu

b. Dibesarkan dalam ilmu pengetahuan. Selalu mengikuti nenek yang juga guru besar sekolah pada masa itu. Sebaik pandai membaca bapanya telah menyuruhnya menyalin kitab-kitab dalam bahasa Melayu dan Arab.

c. Pengalaman bekerja dengan Inggeris.

3. Bakat kepujanggannya

a. Memang mempunyai bakat menulis yang diwarisi dari keturunan ayahnya.

b. Pandai mengolah peristiwa sehingga nampak menarik dan real dari permulaan,perkembangan dan membuat kesimpulan.

Contoh: bagaimana dia menulis tentang kejatuhan Singapura ke tangan Inggeris. Mula-mula diceritakan tuan Crowford tidak menberi perbelanjaan kepada sultan dan Temenggung. Kemudian meminta Sultan menyerahkan Singapura dengan bayaran bonus dan pencen kepada Sultan dan Temenggung, perjanjianpun ditandatangani. Kemuncak kejatuhan Singapura bila jalan telah dibina di tengah-tengah kampong Sultan. Tegahan Sultan tidak dipedulikan oleh Crowford, malah Crowford mengarahkan tembok Sultan dipecahkan hingga kampong itu terbahagi dua, ditengah-

Page 6: Zaman Abdullah Munsyi 1796

tengahnya jalan. Akhirnya Sultan tidak berani berbuat apa-apa kerana baginda sudah tidak ada kuasa lagi.

UNSUR TRADISIONAL DALAM KARYA ABDULLAH

1. Dari Aspek bentuk

a. Masih menggunakan perkataan “Hikayat” di awal judul karyanya

b. Karya puisinya menggunakan bentuk syair, contoh “Syair Singapura terbakar”, “Syair kampong Gelam Terbakar”.

c. Masih menggunakan puisi pantun dan syair dalam karya prosanya, contohnya dalam Hikayat Abdullah, beliau menggambarkan kampong Gelam terbakar dan rumahnya terlibat

Contoh syair

Serta terpandang api itu menjulang

Rasanya arwahku bagaikan hilang

Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang

Seperti anak ayam disambar helang

Seberang menyeberang rumah habis rata

Apinya cemerlang tiada boleh membuka mata

Bunyinya gempar terlalu gempita

Lemahlah tulang sendi anggota

2. Dari Aspek bahasa

a. Drs Li Chuan mengatakan gaya bahasa Abdullah tidak banyak bezanya dengan gaya bahasa Melayu Klasik

b. C.Skinner dalam Buku Melayu Baru berpendapat Abdullah menggunakan gaya bahasa khutbah bila memberi nasihat, misalnya beliau menggunakan kata-kata “Wahai pembaca…..”

3. Dari Aspek pandangan dunia

Page 7: Zaman Abdullah Munsyi 1796

a. Mengikut Prof. Taib Osman, cara Abdullah melihat dunia sekelilingnya tidak menunjukkan yang beliau dipengaruhi sepenuhnya oleh peradaban baru/moden. Beliau hanya kagum dengan teknologi dan pentadbiran yang lebih sistermatik dari barat, sedangkan beliau terus kekal sebagai moralis tradisional yang hidup berasaskan falasafah pemikiran Islam

b. Abdullah mengkritik sesuatu yang tidak adil ,misalnya tentang pentadbiran Melayu yang tamak haloba, anak-anak raja yang malas, mata keranjang dan sebagainya, memuji pentadbiran Inggeris yang mengamalkan sikap terbuka, tolak ansur dan waras

c. Sebelum ini tiada orang Melayu yang berani melontarkan kritikan seperti itu kerana berpegang pada adat Melayu. Abdullah lebih berani kerana beliau dilatari oleh hubungan baiknya dengan golongan pentadbir inggeris

KESIMPULAN

a. Abdullah revolusioner yang mendahului zaman. Tidak ada pengikut selepas kematiannya

b. Zaman hidup Abdullah masyarakat Melayu masih teguh dengan sifat-sifat konservatif

c. Pada pandangan orang Melayu, Abdullah adalah tali barut Inggeris sehingga dia digelar “Abdullah Paderi” kerana hubungan baiknya dengan Paderi Milne. Beliau telah menterjemahkan kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu. Abdullah tidak dihargai oleh orang Melayu dan tidak ada pengikut.

d. Selepas Abdullah berlaku zaman kekosongan dalam kesusasteraan selama 50 tahun…. Sebelum munculnya golongan penulis awal tahun 1920a

KONSEP JATIDIRI

Abdullah Munsyi – Penilaian Negatif dan Positif

Page 8: Zaman Abdullah Munsyi 1796

Abdullah Abdul Kadir Munsyi adalah Bapa Kesusaseraan Melayu Moden. Ramai pengkaji berpendapat bahawa Abdullah adalah orang pertama yang melahirkan kesusasteraan Melayu Moden yang mengenengahkan kesusasteraan melalui apa yang dirasa dan dilihatnya. Berbeza dengan kesusasteraan lama yang sentiasa berkisar dengan cerita-cerita khayalan dan tahyul.

Beliau telah melahirkan dua buah novel autobiografi iaitu Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Terengganu dan Kelantan. Melalui pemerhatiannya, beliau banyak mengkritik orang-orang Melayu. Beliau melihat kemerosotan kedudukan feudal Melayu dan kedudukan sosial masyarakat Melayu yang amat menyedihkan. Dalamasa yang sama beliau memberitahu dan menghargai bagaimana baiknya pemerintahan penjajah.

Walaupun demikian ada sarjana Melayu yang menyifatkan Abdullah sebagai seorang yang kacau dan tidak mempunyai jati diri. Konsep pemikiran beliau sebenarnya telah keluar dari acuan sastera klasik lalu masuk kepada pembaharuan alam pemikiran Melayu Moden yang lebih progresif.

Dalam Kisal Pelayaran Abdullah, abdullah mengkritik orang Melayu dengan berkata “Dan lagi, sepanjang jalan dan lorong penuh dengan sampah dan kotor dan becak dan semak-semak, penuh dengan ular, hampir-hampir harimau pun boleh tinggal; itu tidak mengapa?”

Ada lagi kritikan beliau ketika melawat Kelantan dengan mengatakan bahawa orang Kelantan tidak mementingkan kebersihan, suka bermain judi, tidak berilmu pengetahuan dan malas. Kritikan yang dibuat itu tidak disenangi dan dipandang rendah oleh kebanyakan pengkaji sastera dan budaya.

Dalam situasi yang lain, Abdullah mengkritik Raja-raja Melayu yang bersikap zalim terhadap rakyat. Tulisan begini telah didapati menyimpang dari sastera Melayu Klasik yang sentiasa mengagungkan Raja-raja. Sebagai contohnya. “Maka pada sangka sahaya,inilah sebabnya menjadi miskin negeri Pahang itu. Maka sekalian orang yang duduk dalam negeri itu sentiasa dengan ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan orang-orang besar. Maka adalah fikiran mereka itu, ‘Apa guna rajin kita itu? Maka jikalau mendapati sedikit wang atau makanan, nescaya dilobakan dan dirampas oleh orang besar itu”

Beliau mengutuk sikap dan perbuatan orang Melayu yang tidak membawa manafaat seperti malas, membuang masa, bergaduh dan tidak mementingkan bahasa sendiri.

Memang benar jika dilihat keadaan orang-orang Melayu pada ketika itu rata-ratanya berperangai dan bersifat negatif yang tidak sepatutnya ada pada Manusia Melayu beragama Islam. Keadaan demikian juga berlaku sehingga kini, tetapi mungkin dalam bentuk yang lain.

Page 9: Zaman Abdullah Munsyi 1796

Abdullah cuba menerapkan perubahan dalam masyarakat Melayu dengan cara yang kasar lalu beliau dianggap sebagai melakukan kesalahan besar.

Beliau mempunyai hubungan yang amat rapat dengan penjajah sehinggakan beliau ingin menterjemahkan kitab Injil kedalam Bahasa Melayu. Disebabkan itu, beliau telah digelar ‘Paderi Abdullah’.

Lebih mengeruhkan suasana, Abdullah telah memuji Sir Stamford Raffles yang dikatakan sebagai mempunyai kepeibadian mulia yang tidak ada pada pembesar Melayu. Malahan beliau menggambarkan Raja-raja Melayu sebagai tidak berilmu dan sering berebut kuasa.

Jika difikirkan secara positif, kritikan beliau itu mempunyai nasihat yang amat baik kerana akibat dari perebutan kuasa Raja-raja Melayu telah memudaratkan rakyat jelata. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa akibat dari peperangan dan gilakuasa itu telah menjadikan Tanah Melayu dengan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah.

Satu pembaharuan yang dilakukan oleh Abdullah adalah menerusi bahasa. Beliau telah meninggalkan pengaruh bahasa Klasik ke bahasa Moden. Beliau juga telah membuat terjemahan karya dari bahasa asing ke bahasa Melayu. Abdullah sebenarnya memberi ruang kepada orang orang Melayu Islam untuk membuat perbandingan antara kebenaran Islam dan kekhilafan Kristian.

Tanggapan orang yang mengatakan bahawa Abdullah terlalu taksub dengan budaya Barat boleh dipertikaikan kerana beliau juga turut mengkritik Barat dengan mengisahkan kerendahan moral orang Eropah yang ditemuinya termasuk Raffles dan kuncu-kuncunya yang gemar mabuk.

Kecaman beliau tidak mengenal sesiapa seperti “Bermula, maka diantara seratus orang tiada dua orang yang mengerjakan pekerjaan agama seperti sembahyang yang mana pekerjaan yang di fardhukan Allah keatasnya”. Bukankah itu satu kritikan berupa dakwah kepada umat Islam yang lalai mengerjakan kefardhuan Allah atasnya.

Karya-karya Abdullah seharusnya mendapat penelitian dan kupasan dari segenap lapisan masyarakat. Banyak aspek yang boleh di kaji hasil dari karya pemikiran Abdullah yang boleh dijadikan iktibar untuk orang-orang Melayu dan orang-orang Islam. Selamat membaca dan selamat berfikir.

KRITIKAN SOSIAL

Siapa Abdullah Mushi?

Page 10: Zaman Abdullah Munsyi 1796

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Mushi (1796- 1854M) dianggap sebagai bapa penulisan moden, beliau telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau bukan sahaja sekadar memperlihatkan perkembangan Bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusateraan. Beliau juga menyedari buku betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus- peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi bila apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan tujuan membuat kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu. Beliau juga melihat bahawa nahu Bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Kritikan Sosial.

Jika Filem yang disajikan hari ini kebanyakkan dibentang ke mata penonton kononnya untuk menyerlahkan realiti masyarakat yang berlaku hari ini, malangnya, penyampaiannya disalah ertikan dan menjadi serang balas kepada pemikiran penonton dengan bukannya mengubah realiti buruk yang berlaku, sebaliknya diangkat menjadi sanjungan Masyarakat atau setidak-tidaknya hanya sekadar menjadi tontonan kosong semata- mata.

Jika Tidak lama dahulu Tun Dr. Mahadhir Muhammad mengkritik sinis orang Melayu dalam "The Malay Dilemma", sebelum itu,Abdullah Munyi pernah menulis dalam hikayatnya tentang realiti Masyarakat Melayu dizamannya yang hidup dalam tekanan penjajah, sepanjang siri kembaranya. Malangnya apa yang cuba disampaikannya menjadi sampah dalam masyarakat, meskipun Hikayatnya di buku dengan penuh teliti, namun ia dijual dengan harga yang mahal dengan alasan karyanya karya agung, akhirnya karyanya di simpan berhabuk dalam almari emas tanpa kajian teliti dibuat kepada Hikayatnya, sesetengah pihak percaya, pemikirannya mengancam kepentingan politik pemerintah pada masakini, jadi buku yang teratur tulisan mengenai pandangan pemikirannya dihijab dari masyarakat.

Banyak yang dicatat dalam hikayat Abdullah Mushi tentang sikap Orang Melayu yang dilihat sepanjang pengembaraannya, diantaranya, Abdullah Munshi pernah mengkritik orang lelaki melayu kelantan yang bersikap pemalas, hanya duduk di wakaf- wakaf sedangkan wanitanya yang mengangkat barang- barang yang berat, nyata apa yang dinyatakan Mushi Abdullah suatu ketika dahulu berada dalam sikap segelintir orang- orang lelaki melayu masakini, tidak perlu dihidang bukti, nyata, ia dapat dilihat dengan jelas.

Abdullah Mushi juga dikritik kerana rapat dengan penjajah, mungkin inilah yang menyebabkan dia dikecam hebat, beliau juga dikatakan ingin keluar dari agama islam kerana beliau telah bertindak menterjemahkan bible kedalam Bahasa Melayu, namun ramai pemikir hari ini menyifatkan Abdullah Mushi berfikiran 'lain dari yang lain' sewaktu zamannya, beliau juga telah mengkritik keras golongan yang menyatakannya begitu yang turut dicatatkan didalam hikayatnya.

Melahirkan Orang baru

Page 11: Zaman Abdullah Munsyi 1796

Profesor Dr. Hassan Hasbullah juga menekankan betapa perlunya melahirkan "manusia baru" di kalangan masyarakat, bukan melahirkan Ibnu Sina, Al- Farabi dan pelbagai tokoh lain, tetapi melahirkan 'orang baru' yang lebih ajaib.

Dahulu, disaat masyarakat melayu berada dalam keadaan ketakutan, maka Abdullah Mushi melangkahkan kakinya memulakan pengembaraan pertamanya ke Kelantan, menjadi manusia yang baru dan tidak bersikap seperti orang Melayu yang biasa, malah mengkritik sikap orang Melayu dizamannya.

Namun jika dilihat tabiat Mahasiswa masa kini, saat-saat yang paling digemari Mahasiswa adalah cuti semester, seharusnya Mahasiswa melakukan kerja yang lebih berfaedah seperti mengembara mencari ilmu pengetahuan meskipun hanya didalam Negara Malaysia sahaja, pasti sekurang-kurangnya mereka akan menemui sesuatu yang baru.

Inilah yang dimaksudkan, Masyarakat memerlukan Mahasiswa baru yang tidak terikat dengan pemandangan biasa seorang Mahasiswa, bahkan lebih dari itu.

3 prinsip Munsyi Abdullah yang seharusnya diteliti Mahasiswa masa kini.

Yang pertama

Seharusnya mahasiswa bijak membuang prinsip asal- berfikirlah dengan lebih kehadapan, misalnya jika melihat sesuatu perkara, cubalah untuk berfikir sesuatu yang luar dari pemikiran yang biasa- biasa, jika anda melihat bangunan, maka anda akan berfikir untuk membuat bangunan yang lebih luar biasa, jika anda melihat tasik, fikir bagaimana ingin menerangkan tasik itu dari dalam dan pelbagai contoh lain.

Yang kedua

adalah Penerokaan idea atau bersifat reformis, Mahasiswa seharusnya menjadi lebih idealistik dan tidak tunduk pada takuk lama, malah lebih berani menyatakan pendapat mereka.

Ketiga,

Penjajahan kedunia baru, Sebagaimana Musyi Abdullah, maka seharusnya Mahasiswa lebih bersikap ghairah untuk mengetahui sesuatu perkara dan beriringan dengan tindakan yang jitu dan tidak mudah putus asa.

Mushi Abdullah berkawan rapat dengan Stanfort Raffles, yang dikatakan sebagai pembuka singapura oleh pemerintah singapura masakini, suatu ketika dahulu stanfort raffles pernah menawar diri untuk menghantar anak raja Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara agar mereka suatu ketika kelak akan dapat menjalankan pemerintahan tanah Melayu dengan lebih tersusun, namun ianya ditolak oleh Maharani kerana tidak mampu berpisah dengan anak kesayangannya, jelas, inilah mentaliti Masyarakat Melayu yang tidak mahu berdepan dengan perubahan suatu ketika dahulu, bahkan masih

Page 12: Zaman Abdullah Munsyi 1796

terbawa- bawa sehingga kini.

Sewaktu Stanfort Raffles meninggalkan tanah Melayu dia turut membawa pulang kitab- kitab Ilmu dari Tanah Melayu, malangnya kitab- kitab tersebut tenggelam kedalam laut, maka menagislah Mushi Abdullah mengetahui perkara itu, betapa dia begitu cintakan Ilmu Pengetahuan.

Namun jika dilihat pada masa sekarang, orang Melayu sudah gilakan hiburan yang dipelopor barat sehingga tidak begitu mementingkan Ilmu pengetahuan, berapa ramai jika ditanya ada mempunyai perpustakaan sendiri dirumah, maka amat sedikitlah yang akan mengangkat tangan, yang ramainya tersipu- sipu malu diatas khilaf diri.

Anak muda dan perjuangan.

Maka adakah seharusnya kesalahan diletakkan dipundak anak muda? Atau sistem pembelajaran itu yang seharusnya dirombak, persoalan diletakkan kepada anda yang membaca kerana ianya memerlukan pembacaan yang teliti agar tindakan yang dibuat adalah tindakan yang baik, meskipun begitu pendapat penulis, bukanlah anak muda itu yang seharusnya disalahkan kerana anak muda masakini telah dikongkong pemikirannya sehingga lahirlah anak- anak muda yang lemah dan lembik untuk menghadapi tekanan, tidak berpejuangan dan malah lansung tidak mahu mengambil tahu hal- hal disekelilingnya, yang tahu dia dan hidupnya, ditambah dengan sihir- sihir yahudi yang telah berjaya menjarum kedalam minda anak- anak muda masa kini, sehinggakan bila berbicara soal perjuangan, maka kecut menikuslah hati anak- anak muda.

Sewaktu sesi syarahan diadakan, seisi dewan yang terdiri dari mahasiswa Institut pengajian tinggi disoal tentang siapa yang pernah membaca kitab hikayat Munshi Abdullah yang tersimpan naskhah berharga itu dan beberapa nama kitab lain turut disebut oleh moderator forum, sekali lagi seisi dewan senyap membisu, tanda tiada siapapun dikalangan anak muda mahu mengkaji tokoh bangsanya, namun begitu gah mengangkat bangsa barat, amatlah malang sekali.

Jika kita melihat betapa masyarakat dari dahulu dihidangkan oleh hikayat- hikayat karut marut yang sebenarnya masih ada didalam buku yang menjadi bahan pembelajaran anak- anak masyarakat kini disekolah, tentang lembu besar yang memuntah muntah hitam dan mengeluarkan manusia yang berserban besar dan kota dilanda todak dan sebagainya, maka Mushi Abdullah amat mengkritik karya- karya yang tidak membina minda seperti ini, lihat betapa kehadapannya pemikiran Munshi Abdullah yang tidak terjerat dalam kotak pemikiran biasa masyarakat melayu dizamannya.

Maka pendapat penulis, anak muda seharusnya lari dari kongkongan yang melilit dimindanya, maju dan melangkah keluar menjadi manusia baru yang ada berjuangan berteraskan skriptual atau syariat agar langkah perjuangannya tidak sia- sia dan tersasar, ayuh anak muda-

kita membina sejarah!

Page 13: Zaman Abdullah Munsyi 1796

Karya-karya Abdul-lah seperti Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan yang terbit pada 1838 dan Hikayat Abdullah pada1848 merupakan memoir Abdullah yang amat penting dan bermakna dalam kesusasteraan Melayu. Karya-karya tersebut mengandungiidea yang benar-benar baharu dan berlainan (revolusioner) yang secara langsung menjadi garis pemisah antara Abdullah serta angkatan penulis sebelum dan sezaman dengannya. Tulisannya mengandungi kritikan tajam yang ditujukan kepada golongan bangsawan atau masyarakat Melayu.

Ramai sarjana berpendapat beliau berani mengkritik masyarakat Melayu kerana pada ketika itu beliau berada di bawah naungan Inggeris sebagai jurutulis dan bertugas di percetakan dan penerbitan milik Inggeris di Singapura. Tambahan pula pada ketika itu berlakunya zaman pergolakan,iaitu bermulanya keruntuhan kuasa politik sebilangan kaum bangsawan Melayu akibat kedatangan pengaruh asing, khususnya dari Barat yang mencampuri hal ehwal negeri Melayu. Pergaulannya yang rapat dengan pegawai Inggeris meletakkan beliau pada suatu jarak pemisah daripada masyarakat Melayu yang memungkinkan beliau mengkritik dengan pedas keadaan masyarakatnya sendiri.

Bahasa dan gaya tulisannya juga berbeza daripada bahasa dan gaya sastera hikayat. Tulisannya lebih jelas, tepat dan tajam dan menggunakan bahasa biasa. Beliau tidak menulis kisah-kisah khayalan yang tidak diterima akal, tetapi mengemukakan idea beliau sendiri. Beliaulah yang memperkenalkan bidang percetakan dan penerbitan buku pada pertengahan abad ke-19 yang membawa perubahan besar kepada duniakesusasteraan Melayu moden.

Demikianlah antara pemikiran tokoh persuratan Melayu, Munsyi Abdullah yang terungkap dalam kertas kerja yang bertajuk “Munsyi Abdullah Sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden: Satu Tafsiran” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zahir Ahmad dan Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi dari Universiti Malaya dalam majlis Wacana Minda Munsyi Abdullah yang telah diadakan pada27 April 2006 di Hotel Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) yang mendapat sokongan penuh Kerajaan Negeri Melaka.

Antara resolusi penting yang dicapai dalam majlis ini ialah menaikkan taraf rumahMunsyi Abdullah sebagai galeri manakala kampung kelahirannya, iaituKampung Pali di Melaka diwartakan sebagai warisan negeri Melakadan negara. Karya-karya Munsyi Abdullah juga perlu diterbitkan semula dan diiktiraf sebagai karya agung yang menjadi teks serta bahan bacaan penting pelajar padasemua peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi.