40
Zaman Air Batu Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu iklim  bumi turun menyebabkan peningkatan  jumlah pembentukan air batu di kutub dan  glasier  gunung. Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam iklim bumi yang seterusnya menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air batu di utara dan selatan hemisfera dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara ringkasnya, dan untuk tempoh 4 juta tahun kebelakangan ini, takrifan "zaman air batu" digunakan untuk merujuk kepada tempoh yang lebih sejuk dengan litupan air batu yang luas di seluruh benua Amerika Utara dan Eropah. Dari sudut ini, zaman air batu terakhir berlaku kira- kira 10,000 tahun lalu. Zaman ini juga dikatakan sebagai suatu  tempoh glasier untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan perantaraan glasier ( interglacial ) untuk suatu tempoh yang  panas.

Zaman Air Batu

  • Upload
    cikaz77

  • View
    1.177

  • Download
    11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ice age

Citation preview

Zaman Air BatuDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu iklim bumi turun menyebabkan peningkatan jumlah pembentukan air batu di kutub dan glasier gunung.Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam iklim bumi yang seterusnya menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air batu di utara dan selatan hemisfera dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara ringkasnya, dan untuk tempoh 4 juta tahun kebelakangan ini, takrifan "zaman air batu" digunakan untuk merujuk kepada tempoh yang lebih sejuk dengan litupan air batu yang luas di seluruh benua Amerika Utara dan Eropah. Dari sudut ini, zaman air batu terakhir berlaku kira-kira 10,000 tahun lalu. Zaman ini juga dikatakan sebagai suatu tempoh glasier untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan perantaraan glasier (interglacial) untuk suatu tempoh yang panas.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANSEJARAH TAHUN EMPAT

Mata Pelajaran danKelasSejarah Tahun 4 SarawakStandard KandunganZaman Air BatuMasa8.40 9.40 pagi (1 jam)FokusStandard Pembelajaran2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman AirBatu. K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.ObjektifPada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat;i.menyatakan maksud zaman air batuii.menjelaskan sekurang-kurangnya empatperubahan yang berlaku pada zaman air batuiii.menyenaraikan dua keperluan menghargai alam sekitar.Aktiviti1.Menonton tayangan video tentang salji yang turun padamusim sejuk semasa perayaan Hari Krismas (TMK)2.Bercerita tentang keadaan semasa cuaca sejuk dan cuacapanas berdasarkan video yang ditonton.3.Melihat gambar keadaan bentuk muka bumi di kawasanyang mengalami musim sejuk melalui slaid powerpoint(KPS)4.Membentangkan jawapan berdasarkan kad arahan yangdiberikan.EMKNilai Murni : bersyukur, kasih sayingKPS : elemen asas sejarahDimensi Kewarganegaraan : berbangga dengan sejarah asal-usul NegaraTMK : belajar melalui TMKBahan Bantu BelajarKomputer, LCD,DVD, slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis,kad arahanRefleksi30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAHMata Pelajaran dan KelasSejarah Tahun 4 Mawar

Tema/TajukZaman Air Batu

Masa11.40 12.40 t/hari

Fokus Standard Kandungan: 2.1 Zaman Air Batu.

Standard Pembelajaran: 2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air BatuK2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;i. Menyatakan maksud zaman air batu.ii. Menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman air batu.iii. Murid dapat menyatakan tiga keperluan menghargai alam sekitar.

Aktiviti1. Menonton tayangan video pada musim sejuk Ice Age 2 (TMK). 2.Guru menjana idea murid dengan bercerita tentang keadaan zaman air batu berdasarkan video yang ditonton. 3.Guru bersoal jawab dengan murid tentang video mengikut pengetahuan sedia ada murid.4.Murid diagihkan kepada 5 kumpulan.5.Murid dibawa keluar kelas.6.Setiap kumpulan diberi beberapa kiub ais. Murid melihat perubahan yang berlaku kepada kiub ais dan guru mengaitkan dengan pengajaran berdasarkan tajuk.7.Setiap kumpulan memberikan pendapat tentang perubahan yang berlaku pada kiub ais tersebut dalam konteks Zaman Air Batu.8.Guru menjelaskan Zaman Air Batu dalam konteks sejarah dengan menerapkan nilai menghargai alam sekitar seperti mencintai alam sekitar daripada berlakunya bencana.9.Murid berbincang dalam kumpulan tentang keperluan menghargai alam sekitar dan guru memberikan bimbingan kepada setiap kumpulan. 10. Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.11.Guru dan murid membuat ulasan dan kesimpulan.12.Guru memberikan latihan pengukuhan kepada murid untuk membuat banding beza tentang alam sekitar berdasarkan bahan bergambar.

EMKNilai Murni bersyukur, kasih sayang, menghargai alam sekitar,team buildingKPS - Elemen asas sejarah Dimensi Kewarganegaraan berbangga dengan sejarah asal- usul negara.TMK belajar melalui TMK

Bahan Bantu BelajarKomputer, LCD,DVD, kertas mahjong, kuib ais dan alat tulis,

Refleksi (dicatat selepas proses pengajaran & pembelajaran selesai)30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITIEMKCATATAN

Permulaan (5 minit)Menonton tayangan video klip1. Murid menonton tayangan video klip Ice Age2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan klip video yang ditayangkan:a)Siapa tahu tajuk cerita ini?Murid menjawab soalan guru secara lisanb) Apa maksud tajuk itu dalam bahasa Melayu?Murid menjawab secara lisanc)Masa itu semua kawasan dilitupi/ dipenuhi apa? Murid menjawab soalan guru 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.Nilai Murni-bersyukur- kasih sayangEMK-TKP-TMKKB-Menjana Idea-menghubung kaitBBM-Komputer riba, LCD, DVD

Aktiviti 1 (15 minit)1.Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan . Kumpulan 1 diminta menyenaraikan keadaan semasa cuaca sejuk /terlalu sejuk. Kumpulan 2 menyenaraikan sebab-sebab cuaca menjadi sejuk/ terlalu sejuk.

2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing menyenaraikan hasil dapatan mereka dalam kertas sebak.3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.4. Murid membentangkan hasil dapatan masing-masing.5. Guru merumuskan pembentangan murid dan mengaitkannya dengan proses membuat air batu di rumah masing-masing.6. Guru cuba mengaitkan isi pelajaran dengan meminta murid menjelaskan maksud zaman air batu.7. Murid memberikan pelbagai jawapan.8. Guru memberikan pengukuhan dan memberikan jawapan yang paling tepat tentang maksud zaman air batu.

EMK keusahawananNilaimenghargai alamKBmenjana ideaCiri cuaca sejukmenggigilsaljibaju tebalCiri cuaca panasberpeluhmatahari terikhaus/ dahagaZaman air batu adalah dunia diliputi salji/ air batu dan berkeadaan sejuk

Aktiviti 2 (20 minit)1. Guru menunjukkan gambar slaid/ klip video kawasan-kawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair.2. Murid diminta menjelaskan peristiwa/ kandungan klip video3. Guru juga merumuskan jawapan murid dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air batu yang terdedah. 4. Guru meminta murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair. 5.Murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair.

6. Guru menyoal murid kenapa cuaca menjadi panas.Murid-murid memberi beberapa jawapan .7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu dengan bantuan gambar-gambar berkaitan dan mengaitkan dengan perubahan zaman air batu.Nilaimenghargai alamEMKICTKBmemberi sebabsuhu dibawah takat bekumanusia bergerak bebas dunia seolah-olah satu daratan sahajalitupan air batu yang jelas

Aktiviti 3 (15 minit)1. Guru menyediakan tiga stesen. Setiap stesen disediakan gambar-gambar dan kad arahan Murid dibahagikan kepada 3 stesen berikut:

Stesen 1 (zaman Air batu) - Stesen 2 (perubahan-perubahan zaman air batu) Stesen 3 (alam sekitar)2. Murid akan bergerak ke setiap stesen yang ditetapkan. Murid akan menjawab soalan berdasarkan arahan yang terdapat dalam kad arahan dalam kertas sebak yang disediakan.3. Murid akan membentangkan jawapan mereka dan guru akan memberi maklumbalas. EMKICTKBmenjana ideamenjelasBBMgambar

Penutup (5 minit)1. Guru menunjukkan semula gambar-gambar berkaitan zaman air batu. 2. Murid diminta menyatakan kepentingan menjaga alam sekitar. 3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.Nilaimenjaga alam sekitar

Contoh : Kad/ gambar untuk stesenKad ArahanStesen 1 :Berdasarkan gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-soalan berikut:

(contoh gambar)1. Apa yang anda dapat perhatikan dari gambar di atas?2.Bagaimana keadaan waktu ini?3.Bolehkah air batu dalam gambar di atas cair?4. Mengapakah air batu boleh cair? Rancangan Pengajaran HarianMata pelajaran Sejarah /

Tema / TajukZaman Prasejarah

Kelas4 Bersatu

Masa 8.00-9.00 pagi

Tarikh20-9-2013

Standard Kandungan3.1 Kehidupan manusia prasejarah.

Standard Pembelajaran3.1.1. Menyatakan maksud prasejarah.3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarahK3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah

EMKNilai : Rajin berusaha, bekerjasama dalam kumpulanKPS : Konsep masaDimensi Kewarganegaraan : Perkongsian sejarahTMK : belajar melalui TMK

ObjektifDi akhir pembelajaran , murid dapat:-1. Menyatakan maksud prasejarah.2. Menyatakan 4 lokasi kehidupan prasejarah3. Menyenaraikan 4 kegiatan masyarakat prasejarah.

Bahan Bantuan MengajarVideo , gambar , puzzle

AktivitiSet Induksi (5 minit)1. menunjukkan suasana atau situasi zaman prasejarah.Contoh : gua, orang purba, dinosaur( bersoal jawab dengan murid)2. Guru menerangkan maksud prasejarah masukan dari segi pakaianLangkah 1 (15minit)1. Penempatan kehidupan zaman prasejarah (mencungkil pengetahuan sedia ada murid)Contoh : Sungai , gua , atas pokokLangkah 2 ( 15 minit)Mengapakah tempat tinggal itu menjadi tumpuan ? (Huraikan )- Keselamatan- atas pokok- Sumber makanan senang diperolehi- Sumber air minuman- PengangkutanLangkah 3( 20 minit)1. Aktiviti mencantum gambar lokasi dan mengaitkan aktiviti manusia pra sejarah.2. Bahagikan murid dalam 4 kumpulan. Kumpulan 1- Gua Kumpulan 2 Sungai Kumpulan 3 kawasan lapang Kumpulan 4 pinggir hutan3. Pembentangan kumpulan.Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kumpulan .Penutup ( 5 minit)1. Aktiviti kuiz secara lisan / spontan.Contoh: - Berikan maksud prasejarah- Berikan 2 lokasi prasejarah- Berikan 4 kegiatan prasejarah.VideopuzzleVideo gambar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAHMata Pelajaran dan KelasSejarah Tahun 4 Kreatif

Tema/Tajuk4. Kerajaan Melayu Awal

Masa8.40 9.40 pagi

Standard Kandungan4.1 Mengetahui dan memahami kedudukan kerajaan Melayu awal

Standard Pembelajaran4.1.1 Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal.4.1.2 Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta MalaysiaK4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu awal

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;i. Menamakan dan menandakan 3 lokasi kerajaan-kerajaan Melayu pada peta Malaysia.ii. Menyebut keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu Awal

Aktiviti1. Menayangkan slaid peta Malaysia2. Bersoaljawab dan perbincangan tentang lokasi kerajaan-kerajaan Melayu di Malaysia.3. Mengenalpasti keistimewaan setiap kerajaan-kerajaan Melayu awal4. Menjelaskan kegiatan ekonomi di setiap lokasi cara hidup

EMKNilai Murni bersyukur, kerjasama, rajin, kreatif KPS - Elemen asas sejarah Dimensi Kewarganegaraan Perasaan kekitaanTMK belajar melalui TMK

Bahan Bantu BelajarKomputer, LCD,DVD, slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis.

Refleksi

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITIEMKCATATAN

Permulaan (5 minit)Murid melihat tayangan video Hikayat Merong MahawangsaPerbincangan dan soal jawab berdasarkan video.Menghubungkait tayangan video dengan tajuk pembelajaranNilai Murni-bersyukur- kasih sayangEMK-TKP-TMKKB-Menjana Idea-menghubung kaitBBM-Komputer riba, LC D, DVD

Aktiviti 1 (15 minit)1. Guru menayangkan slaid peta Malaysia2. Perbincangan dan penerangan tetang kerajaan-kerajaan Melayu awal serta lokasinya berdasarkan slaid peta Malaysiaa) Bruasb) Kedah Tuac) Gangga Negara3.Penerangan dan soal jawab tentang keistimewaan kerajaan-kerajaan melayu awal.EMK keusahawananNilaimenghargai alamKBmenjana ideaSkrin Paparan Peta MalaysiaBahan dari internet Gambar-gambar tinggalan sejarah

Aktiviti 2 (15 minit)1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.2. (Kumpulan Pintar) -Murid diminta menandakan dan menamakan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal pada peta Malaysia yang diberikan3. (Kumpulan Bijak) -Murid diminta menamakan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal mengikut lokasi yang telah ditandakan pada peta Malaysia dengan bimbingan guru.4. . (Kumpulan Pandai) -Murid diminta melengkapkan nama kerajaan-kerajaan Melayu awal dengan mengisi huruf- huruf yang tertinggal pada lokasi yang ditanda pada peta Malaysia.NilaiHormat- menghormatiKerjasamaKBMenghubung kaitLembaran kerja Peta Malaysia

Aktiviti 3 (15 minit)1. Wakil murid diminta tampil ke hadapan kelas membentangkan hasil kerja kumpulan 2.Perbincangan dan soal jawab tentang hasil kerja yang dibentangkan.3. Guru mengedarkan lembaran kerja (peta minda)4. Semua murid diminta melengkapkan keistemewaan 3 kerajaan-kerajaan Melayu awal berdasarkan gambar yang disediakan. KBmenjana ideamenjelasLembaran kerja

Penutup (5 minit)1. Guru meminta murid-murid membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari.2.Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.NilaiMenghargai jasapatriotik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAHMata Pelajaran dan KelasSejarah Tahun 4 Maju

Tema/TajukMari Belajar Sejarah

Masa8.40 9.40 pagi

Fokus Standard Kandungan: 1.2 Pengertian Diri dan Keluarga

Standard Pembelajaran: 1.2.2 Mengenalpasti salah silah keluarga1.2.3 Menyatakan pengertian keluarga asas1.2.4 Mengenalpasti gelaran anggota keluargaK1.2.7 Menyatakan adap yang perlu diamalkan dalam keluarga

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;i. Menyatakan bilangan anggota dalam keluargaii. Menyatakan panggilan dalam keluargaiii. Menyatakan maksud keluarga asas

Aktiviti1. Menonton tayangan video Keluarga bahagia2. Bersoaljawab berkaitan dengan ahli keluarga.3. Menghasilkan salasilah keluarrga.

EMKNilai Murni bersyukur, kasih sayang , sopan- santun, hormat-menghormatiKPS - Elemen asas salasilah keluarga Dimensi Kewarganegaraan bersyukur dikurniakan sebuah keluargaTMK belajar melalui TMK

Bahan Bantu BelajarKomputer,video, LCD, buku latihan, kertas lukisan, alat tulis,

Refleksi

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAKTIVITIEMKCATATAN

Permulaan (5 minit)Menonton tayangan video klip1. Murid menonton tayangan video klip Keluarga bahagia2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan lagu yang diperdengarkan.a) Siapakah yang perlu kita sayangi?Murid menjawab soalan guru secara lisanb) Lagu ini tentang apa?Murid menjawab secara lisan3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.Nilai Murni-bersyukur- kasih sayangEMK-TKP-TMKKB-Menjana Idea-menghubung kaitBBM-Komputer riba, LCD, Video

Aktiviti 1 (15 minit)1. Guru menunjukkan carta sebuah keluarga asas.2. Guru bertanyakan soalan berdasarkan carta tersebut. Contoh: a.) Siapakah ahli keluarga asas?Ibu, bapa, , kakak, abang, adik dan sayab.) Siapakah ketua keluarga?Ayahc.) Menyenaraikan ahli keluarga secara lisan.EMK keusahawananNilaiSopan santunKBmenjana ideaABMCarta Keluarga

Aktiviti 2 (20 minit)1. Guru bersoal jawab mengenai ahli keluarga murid.2. Murid diminta menyatakan panggilan kepada ahli keluarga yang telah desenaraikan tadi. Contoh: a.) Bagaimana kamu panggil ayah kamu?b.) Bagaimana kamu panggil adik kamu?3. Guru menerapkan nilai murni- hormat-menghormati semasa PdP.4.Murid diminta menyatakan maklumat ahli keluarga seperti nama, umur dan pekerjaan(jika ada).5.Guru menerangkan ayah merupakan ketua ahli keluarga.NilaiKasih sayangSopan santunHormat-menghormatiEMKKB

Aktiviti 3 (15 minit)1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.2. Murid diminta mennjawab soalan berdasarkan arahan yang dinyatakan dalam lembaran kerja.3. Murid akan membentang jawapan mereka.4. Guru memberi maklum balas. EMKKBmenjana ideamenjelasBBMLembaran Kerja

Penutup (5 minit)1. Guru menayangkan semula lagu Keluarga Bahagia2. Murid diminta menyanyi bersama.3.Guru merumuskan kepentingan institusi keluarga .NilaiKasih sayang

TAJUK KAJIAN KES: KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU AWAL

4.1.1 Menamakankerajaan-kerajaan Melayu awal.4.1.2 Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaanMelayu pada peta Malaysia.K4.1.6 Menyatakan keperluan menjagakebersihan pesisiran pantai.Penyataan Masalah:Kerajaan Melayu Awal dikatakan telah wujud sejak sekian lama. Buktikan pernyataan tersebut.Soalan yang boleh dikemukakan kepada murid sebagai panduan perkembangan idea.1. Nyatakan nama kerajaan melayu awal yang wujud dan lokasinya.2. Warnakan dan labelkan lokasi kerajaan melayu awal yang telah disenaraikan di peta.3. Senaraikan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan melayu awal.4. Apakah nilai murni yang perlu anda amalkan untuk menjaga kebersihan pesisiran pantai dan kepentingannya.Objektif kajian:1. Murid dapat menyatakan kerajaan awal yang wujud.(kognitif)2. Murid dapat mengenalpasti lokasi kerajaan melayu awal. (psikomotor)3. Murid dapat menamakan laut/selat/ pulau pada peta tentang kewujudan kerajaan melayu awal. (psikomotor)4. Murid dapat menyatakan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan melayu awal. (kognitif)5. Murid dapat menyatakan keperluan menjaga kebersihan alam sekitar terutama di persisisran pantai. (afektif)Rujukan sumber:1. Buku teks2. Internet3. Temubual4. Surat khabar5. Majalah6. Lain-lainKaedah pelaksanaan:1. Perbincangan bersama dengan guru tentang topik.2. Dilakukan secara berkumpulan (2- 3 orang).3. Guna kertas A4 (1-5 halaman).4. Boleh menggunakan tulisan tangan atau ditaip ( font:Times New Roman, saiz: 14)5. Muka depan hasil kerja mesti ada tajuk, nama murid, kelas dan nama guru.6. Tempoh masa kajian selama 2 minggu.Laporan Kajian:1. Buku skrap2. Pembentangan

a. Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa)

TAJUK 1: ZAMAN PRASEJARAH

Standard KandunganStandard Pembelajaran

3.1 Kehidupan manusia prasejarah3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat prasejarah3.1.5 Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah

b. Mengenalpasti masalah dan membina hipotesis Kehidupan manusia prasejarah Peralatan zaman prasejarahTAJUK KAJIAN KES:

Kehidupan Zaman PrasejarahArahan: Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.Soalan-soalan Kajian Kes1. Apakah yang dimaksudkan dengan prasejarah?2. Nyatakan lokasi atau tempat prasejarah yang kamu ketahui? (berserta gambar)3. Bagaimanakah cara hidup masyarakat manusia prasejarah? (tempat tinggal, perubahan petempatan)4. Senaraikan kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat prasejarah untuk meneruskan kehidupan seperti mencari sumber makanan dan tempat perlindungan.5. Senaraikan alatan dengan menggunakan oleh nmasyarakat prasejarah dan kegunaan alatan tersebut.6. Apakah jenis kepercayaan masyarakat prasejarah?Soalan banding beza hasil dapatan.1. Nyatakan perbezaan cara hidup masyarakat prasejarah dengan masyarakat sekarang dalam pelbagai aspek.2. Bandingkan peralatan zaman prasejarah dengan peralatan zaman sekarang.3. Bezakan jenis kepercayaan masyarakat prasejarah dengan kepercayaan masyarakat sekarang?Kesimpulan1. Mengapakah kita perlu menghargai tinggalan sejarah?2. Apakah pendapat kamu tentang masyarakat prasejarah dan kaitan dengan kehidupan kamu pada masa kini?CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KESPROSES PELAKSANAAN

LANGKAH 1: PENYATAAN MASALAH Guru mengenal pasti tajuk / tema3.1 Kehidupan manusia prasejarah

LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid: 1. Menyatakan cara kehidupan masyarakat prasejarah2. Menyenaraikan alatan dan kegunaan alatan tersebut dalam masyarakat prasejarah.3. Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah. 4. Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.PERANCANGAN GURU Menetapkan tempoh kajian selama sebulan Pembentukan kumpulan (3-5 orang dalam satu kumpulan) Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-- Kaedah kajian menggunakan media. Contoh: internet- Kaedah kajian Pusat sumberMenentukan bentuk laporan - buku skrap dan pembentangan/lakonan

LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER 1. Buku teks Kajian Tempatan Tahun 4.2. Buku teks Sejarah Tahun 43. Buku teks Sejarah Tingkatan 14. Laman sesawang

LANGKAH 4: ANALISIS DATA Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.1. Perbandingan kehidupan masyarakat zaman dahulu dengan kehidupan sekarang.2. Perbandingan peralatan-peralatan dahulu dengan peralatan sekolah.3. Perbandingan jenis kepercayaan masyarakat prasejarah dengan masyarakat sekarang.

LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap Hasil Laporan : Mengandungi 1 5 halaman Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.

a. Pemilihan tajuk ( Kajian Peristiwa)

TAJUK 5: TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

Standard KandunganStandard Pembelajaran

5.2 Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka

5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perlalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.K5.1.5 Menyatakan sifat-sifat kepimpinan tokoh yang boleh dicontohi

b. Mengenalpasti masalah dan membina hipotesisPeta perjalanan Parameswara

TAJUK KAJIAN KES:

Melaka merupakan sebuah sebuah negeri yangbolehdibanggakan.Menjelaskan rentetan peristiwa perjalananParameswara dari Palembang ke Melaka.Buktikanpernyataan tersebut.Arahan: Persoalan lain yang boleh ditimbulkan oleh guru untuk membantu murid mengembangkan idea.1. Siapakah Parameswara?2. Parameswara berasal dari mana?3. Apakah peristiwa yang mendorong Parameswara melarikan diri dari Palembang ke Temasik ?4. Kenapakah Parameswara melarikan diri pula dari Temasik ke Muar ?5. Bagaimanakah Melaka mendapat nama?CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN KESPROSES PELAKSANAAN

LANGKAH 1: PENYATAAN MASALAH Guru mengenal pasti tajuk / tema5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perlalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

LANGKAH 2: OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid: 1. Menyatakan sejarah kewujudan tokoh terbilang Parameswara.2. Mengenalpasti perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.3. Mengenal pasti bagaimanakah Melaka mendapat nama.4. Mengaplikasi kemahiran meneroka bukti bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif.PERANCANGAN GURU Menetapkan tempoh kajian- SEBULAN Pembentukan kumpulan(jika perlu) Memberi tugasan-berikan beberapa soalan perbincangan bagi mencungkil pendapat murid Menentukan kaedah kajian yang ingin dilakukan:-- Kaedah kajian perpustakaan- Kaedah TMKMenentukan bentuk laporan-buku skrap/persembahan/ pembentangan

LANGKAH 3: RUJUKAN SUMBER Majalah/buku Dokumen/Jurnal Laman sesawang Muzium/Arkib/Agensi berkaitan-Jabatan Penerangan,Agensi Pelancongan

LANGKAH 4: ANALISIS DATA Banding beza hasil dapatan daripada pelbagai sumber rujukan.

LANGKAH 5: LAPORAN KAJIAN Laporan: Pembentangan/laporan bertulis/ buku skrap Hasil Laporan : Mengandungi 1 5 halaman Merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Perbincangan( Hasil Kajian), Kesimpulan dan Rujukan.

Melaka merupakan sebuah negeri yang boleh dibanggakan,RENTETAN peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka. Buktikan pernyataan tersebut.Nama ahli kumpulan: 1.choo lai hoe 2.nurul azila 3.zaiton taib 4.azlina faharuddin 5.juliati jantan 6.n.vasugi 7.fu lee kuan 8.lee foong foong 9. norhaniza shahabuddin 10.suhaimi hashim 11.anna hanim othman 12.noor hayati harunPENDAHULUANKesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara. Parameswara telah mengasaskan Melaka pada sekitar tahun 1400. Parameswara mendapati Melaka banyak mempunyai keistimewaan.Keistimewaan Melaka:i. Pokok bakau boleh dijadikan sumber kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan benteng pertahanan.ii. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Dari bukit ini juga mereka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.iii. Muara Sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun sesuai dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.PerbincanganMari kita lihat peristiwa Parameswara mengasaskan Melaka. Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari Palembang. Sumatera. Parameswara berusaha untuk membebaskan palembang daripada naungan kerajaan Majapahit. Apabila gagal, Parameswara melarikan diri ke Temasik.Temasik merupakan negeri di bawah naungan kerajaan Siam. Parameswara telah menguasai Temasik. Tindakan Parameswara menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, Siam mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Walau bagaimanapun, Parameswara bertindak melarikan diri ke Muar sebelum sempat Siam menyerang. Di Muar, Parameswara masih berasa dirinya tidak selamat. Parameswara meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya, Parameswara tiba di sebuah perkampungan nelayan. Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok. Parameswara telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan. Oleh itu, baginda telah menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.Peta menunjukkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.KesimpulanParameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.Dari kajian kes ini,kumpulan 10 telah berjaya menghasilkan satu kajian menyeluruh mengenai Perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.Melalui kajian ini kami dapat mengetahui sejarah pembukaan Melaka.

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN SEJARAH TAHUN 4 KSSR

Sejarah

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNTAHUN 42014

SEJARAH

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN : Jawab semua soalan.

Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.

1. Maksud sejarah yang paling tepat ialahA Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampauB Sejarah ialah peristiwa yang akan berlakuC Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampauD Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk A Buku B Ucapan C Akhbar D Batu bersurat

3. Muzium berperanan sebagai A Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba B Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah C Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah D Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita? A Mengetahui cerita seseorang B Boleh menjadi iktibar dan pelajaran C Melahirkan masyarakat yang suka membaca D Bersemangat untuk berperang dengan orang lain

5. Apakah maksud biodata diri? A Pengenalan diri seseorang B Dokumen berkaitan orang lain C Keterangan tentang diri dan keluarga D Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita6. Keluarga asas terdiri daripada A datuk, nenek dan sepupu B ibu saudara, abang dan kakak C ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu D ayah, ibu dan anak-anak

7. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga? A Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga B Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka C Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati D Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

8. Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga? A Adik B Along C Angah D Mak Su

9. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah? A Guru B Murid C Kerani D Guru Besar

10. Apakah yang dimaksudkan dengan visi? A Sesuatu yang hendak dicapai B Lambang kebanggaan sekolah C Wawasan atau berpandangan jauh D Langkah untuk mencapai kejayaan

11. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab? I Mematuhi disiplin sekolah II Bermain semasa guru sedang mengajar III Membuang sampah di kawasan sekolah IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik A I dan II C I dan III B II dan III D I dan IV

12. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria? A Membuang sampah merata-rata B Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati C Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah D Menconteng dinding sekolah

13. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan A saiz rumah seseorang B taraf hidup seseorang C lokasi tempat tinggal seseorang D bilangan ahli keluarga seseorang

14. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali A mempunyai kemudahan asas yang mencukupi B mempunyai pemandangan semulajadi yang indah C dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun D kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini

15. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat tinggal? A Mengharapkan pujian orang lain B Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan C Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup D Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut16. Manakah antara berikut merupakan adab menggunakan telefon awam? A Meletakkan semula telefon ke gagang telefon selepas menggunakannya B Menghempas telefon dengan kuat kerana marah C Membuang sampah di tempat tersembunyi di pondok telefon D Membiarkan sahaja jika telefon rosak tanpa membuat aduan

17. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu? A Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan B Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu C Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang D Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

18. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu? I Tanah Melayu III Afrika II Sumatera IV Asia A I dan II C II dan III B I dan III D III dan IV

19. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali A kejadian banjir B pencairan air batu C pergerakan glasier D kenaikan paras air laut

20. Terdapat ___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada Zaman Air Batu A lima B enam C tujuh D lapan

Jawab semua solalan.a) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

sayang menyayangi anak-anak hormat

rajah salasilah maruah

1. Keluarga asas terdiri daripada ibu, ayah dan _____________________.2. _____________________ antara satu sama lain di dalam keluarga amat penting untuk membina keluarga yang bahagia.3. Sikap ____________________ perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga kerana ia dapat mengelak daripada berlakunya perselisihan faham.4. Kita mesti menjaga __________________ keluarga supaya nama baik keluarga tidak tercemar.5. ____________________ keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan asal usulsebuah keluarga.

b) Tandakan ( ) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa sejarah dan tandakan ( X ) pada pernyataan yang bukan menunjukkan peristiwa sejarah.

1. Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.

2.Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.

3.Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dua tahun yang lalu.

4.Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.

5.Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

c) Senaraikan kemudahan yang terdapat di sekolah kamu dan nyatakan cara kamu menjaga kemudahan tersebut.

BilKemudahan SekolahCara menjaga kemudahan sekolah

1.Makmal komputerMenjaga kebersihan bilik komputer dan menggunakan komputer dengan cermat dan berhemah

2.

3.

4.

5.

6.