Upload
izatul-hanim
View
2.616
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SEJARAH
Zaman Prasejarah Di Malaysia
Disediakan oleh:
Adam Hariz Shaarani
PENGENALAN Zaman Prasejarah merupakan zaman
sebelum wujudnya tulisan Cara hidup masyarakat zaman prasejarah
diketahui melalui peninggalan artifak atau tinggalan purbaArtifak purba terdiri daripada alatan batu,serpihan tulang serta barangan tembikar
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA DIBAHAGIKAN KEPADA:
Zaman Paleoliti
k
Zaman Neolitik
Zaman Logam
ZAMAN PALEOLITIK DI MALAYSIA
Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu.
Manusia menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
KEGIATAN MANUSIA DI ZAMAN PALEOLITIK
Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun.
Mengamalkan cara hidup sara diri.
Memburu haiwan liar.
Kepercayaan animisme.
Mengamalkan upacara perkuburan.
ANTARA PENEMUAN ZAMAN PALEOLITIK DI MALAYSIA IALAH :
Kapak Genggam Alat repihan yang digunakan untuk
meraut dan memotong Alat penetak yang digunakan
untuk menetak pokok dan memotong daging
LOKASI ZAMAN PALEOLITIK DI MALAYSIA
Bukit Jawa, Kota Tampan, Bukir Bunuh di Lenggong, dan Tambun, Perak
* terdapat lukisan-lukisan purba
Gua Niah, Sarawak* terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di
Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. * salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari.
Tingkayu, Sabah
ZAMAN NEOLITIK DI MALAYSIA
Zaman Neolitik di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu.
Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja.
Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air. Manusia tinggal di gua dan berhampiran sungai.
LAIN-LAIN KEGIATAN MANUSIA ZAMAN NEOLITIK
Bercucuk tanam. Menangkap ikan dan menternak
binatang. Berburu dan memungut binatang. Berdagang secara tukar barang. Menggunakan alat batu seperti beliung
dan pemukul kulit kayu. Mencipta barang-barang kemas seperti
kalung, anting-anting dan getah.
LOKASI ZAMAN NEOLITIK DI MALAYSIA
Gua Cha, Kelantan Bukit Tengkorak, Sabah Gua Badak, Perak
ZAMAN LOGAM DI MALAYSIA
Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Hidup menetap. Ada masih tinggal di dalam gua dan berhampiran sungai. Mempunyai adat resam.
Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.
LAIN-LAIN KEGIATAN MANUSIA ZAMAN LOGAM
Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.
Bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.
Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.
Sungai Tembeling, Pahang Gua Harimau, Perak Changkat Menteri, Perak Lembah Bernam, Selangor
LOKASI ZAMAN LOGAM DI MALAYSIA
ZAMAN MESOLITIK Penyelidikan dahulu mengatakan,
wujud Zaman Mesolitikyang bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.
Ini kerana alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada Zaman Paleolitik.
RUJUKAN
Zeeman Prasejarah - Untitled Documentsejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/list.php?ttl_id=0...
Prasejarah Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia
Zaman Prasejarah Di Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu ...ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Prasejarah_Di_Malaysia