RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
1
Tajuk 2
PEMASARAN
SINOPSIS
Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar memahami tentang kepentingan mengurus usaha
pemasaran. Ia mengambil kira bagaimana untuk membentuk satu rancangan pemasaran.
Termasuk juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang mengenalpasti masalah di dalam
melaksanakan rancangan dan program pemasaran. Modul ini juga menghuraikan elemen dalam
proses pelaksanaan pemasaran dan pengorganisasian dan cara mengawal aktiviti jabatan
organisasi.
Hasil Pembelajaran
1. Mengetahui definisi pemasaran
2. Mengenali pasaran sasaran.
3. Menentukan trend dan saiz pasaran
4. Menerangkan unsur-unsur persaingan
5. Mempelajari cara membuat ramalan jualan
6. Membincangkan strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran.
7. Menjelaskan masalah-masalah dalam melaksanakan rancangan dan program pemasaran
Kerangka Konsep Tajuk 2
PEMASARAN
Pasaran Sasaran
Trend & Saiz Pasaran
Persaingan
Syer Pasaran
Ramalan Jualan
Strategi Pemasaran
Belanjawan Pemasaran
Masalah Pemasaran
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
2
2.0 Pengenalan
Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan
dan kehendak mereka. Kita mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran
samada melalui media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia
perniagaan. Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu
atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan
penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.
Definisi Pemasaran:
Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke
atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya
proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan
mencapai objektif organisasi.
Kotler (1991): Pemasaran ialah satu proses sosial ataupun pengurusan dimana individu
ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan
menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak
yang lain.
Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan
sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga,
pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Pemasaran
bermaksud satu proses perancangan dan pelaksanaan pernyataan konsep sesuatu
produk, perletakan harga dan lain-lain. Pemasaran berfungsi untuk memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna. Usaha pemasaran yang dibentuk perlu diuruskan dengan baik
agar berjaya dalam mencapai objektif pemasaran.
Pemasaran memainkan peranan dalam membantu memperkenalkan sesuatu produk
kepada pengguna. Ia merangkumi bidang seperti berikut:-
i. Konsep pemasaran
ii. Strategi pemasaran
iii. Teknik pemasaran
iv. Peranan agensi
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
3
Pemasaran mempunyai objektif untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang
diperlukan oleh pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ia juga
meliputi objektif untuk mencari keuntungan yang maksimum
Konsep pemasaran adalah ia merupakan satu cara mengenal pasti dan memenuhi
kehendak dan keperluan yang disasarkan. Pemasaran dapat memberi nilai kualiti dan
kepuasan kepada pengguna dalam jangka panjang.
RANCANGAN PEMASARAN
Strategi pemasaran yang akan digunakan untuk memasarkan produk
KELEBIHAN PRODUK
STRATEGI HARGA
PROMOSI AGIHAN
TARGET JUALAN
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
4
2.1 Pasaran Sasaran
Pasaran sasar ialah sekumpulan pengguna yang menjadi sasaran perniagaan dalam
menjalankan usaha-usaha pemasarannya bagi menjual produk atau perkhidmatan
perniagaan. Pelbagai indikator digunakan di dalam memilih pasaran sasar iaitu jantina,
demografi, pekerjaan,usia, taraf sosial, agama, bangsa dan sebagainya. Campuran
pasaran dirancang untuk memastikan pasaran sasar mendapat maklumat penuh produk
Usahawan khususnya perlu terlebih dahulu mengenal pasti siapakah sasaran pasaran
yang akan menggunakan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan.
Sasaran pasaran boleh ditafsirkan sebagai pengguna ataupun pelanggan.
Usahawan perlu menerangkan dengan jelas profil pelanggan yang ingin disasarkan dari
segi:-
1. Demografi
• Umur
• Jantina
• Pendapatan
• Pekerjaan
• Taraf pendidikan
• Bilangan ahli keluarga
2. Psiko grafik
• Keinginan
• Cita rasa
• Ego
• Status atau perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.
Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran pula merujuk kepada strategi untuk menembusi pasaran-pasaran kecil
yang homogenus yang telah dikenalpasti dalam segmentasi pasaran.
1. Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan kehendak
yang serupa,
2. Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai minat terhadap produk yang
serupa
3. Mengenal pasti pasaran yang ingin ditumpu perhatian oleh syarikat yang
mengeluarkan sesuatu produk
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
5
Strategi sasaran berasakan:
2. Pemasaran tidak dibezakan
3. Pemasaran dibezakan
4. Pemasaran tertumpu
5. Pemasaran mikro
Kepentingan Pemasaran
1. Dapat memasarkan produk dan perkhidmatan dengan lebih efisyen.
2. Menghadapi persaingan yang sedikit jika pesaing tidak memfokuskan kepada
segmen tertentu sahaja.
3. Firma yang memilih satu jenis pasaran dan pasaran sasaran biasanya mendapat
lebih banyak peluang untuk menjadi pakar dalam industri tersebut
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
6
2.2 Trend & Saiz Pasaran
Trend dan Saiz Pasaran merujuk kepada jumlah pembeli yang berpotensi dalam satu–
satu kawasan dagangan yang disasarkan oleh usahawan
2.2.1 Trend Pasaran
Usahawan yang terlibat perlu membuat penyelidikan terhadap pasaran yang
ingin dimasukinya. Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangan
semasa industri yang ingin diceburi. Perlu dinyatakan sama ada industri tersebut sedang
berkembang, menurun atau dalam keadaan yang stabil. Berikan statistik jika ada bagi
menyokong kenyataan yang dibuat. Penyelidikan secara berterusan di dalam mengenal
pasti perubahan terhadap keinginan dan cita rasa pengguna juga perlu dijalankan untuk
mengetahui perubahan cita rasa semasa dan perubahan cita rasa di masa akan datang.
Ini dapat membantu dalam meramalkan jualan.
2.2.2 Saiz Pasaran
Saiz pasaran ialah jumlah keluasan pasaran atau lebih tepat lagi, jumlah potensi
pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam jangka masa setahun. Dalam mengira saiz
pasaran, beberapa faktor perlu diambil kira di antaranya ialah :-
o Tidak mengambil kira/mengira pembahagian mengikut pesaing di dalam pasaran
yang luas.
o Saiz pasaran perlu dinyatakan di dalam bentuk unit atau Ringgit Malaysia (RM).
Jadual 1: Contoh pengiraan bagi menentukan saiz pasaran
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
7
2.3 Persaingan
Di dalam melaksanakan pemasaran bilangan pesaing yang menjalankan perniagaan di
tempat yang sama akan memberi kesan menjejaskan jualan. Oleh itu usahawan perlu kenal pasti
kekuatan dan kelemahan setiap pesaing. Dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
pesaing, Usahawan perlu menerangkan keadaan sebenar yang berlaku di pasaran. Di samping itu
usahawan perlu mengenal pasti siapa pesaing yang menawarkan barangan ataupun
perkhidmatan yang serupa mahupun barangan pengganti kepada kumpulan pelanggan yang
sama. Seandainya terdapat pengeluar-pengeluar lain yang telah dan akan mengeluarkan barang-
barang yang serupa, nyatakan keupayaan pengeluaran masing-masing, kualiti keluaran pesaing,
harga jualan pesaing serta kekuatan dan kelemahan pesaing
2.4 Syer Pasaran
Syer pasaran merujuk kepada jumlah peratus (%) jualan yang bakal diperoleh usahawan
daripada potensi pasaran dengan mengambil kira jumlah perniagaan yang bersaing
Syer pasaran merupakan satu anggaran yang perlu dibuat oleh organisasi di dalam mengenal
pasti bahagian (syer) pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan di dalam sesuatu pasaran
yang ingin diceburi. Di dalam mengenal pasti syer pasaran sesuatu organisasi perlu mengambil
kira beberapa aspek penting. Di antaranya, mengambil kira keseluruhan saiz pasaran dan syer
pasaran bagi setiap pesaing yang terdapat di dalam industri yang sama. Syer pasaran biasanya
dinyatakan di dalam bentuk peratusan(%). Di dalam mengenal pasti syer pasaran, kaedah yang
selalu dikaitkan ialah konsep ‘sharing of cake’, di mana pasaran itu sendiri dianggap sebagai
sekeping kek yang perlu dipecah-pecahkan mengikut pasaran yang berlainan. Setiap perniagaan
mempunyai pasarannya tersendiri. Perniagaan yang mempunyai bahagian yang besar dikenali
sebagai pemimpin pasaran atau ‘market leader’.
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
8
Jadual 2: Mengenal pasti syer pasaran
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
9
2.5 Ramalan Jualan
Semasa pelaksanaan pemasaran anggaran jualan perniagaan dalam tempoh tertentu
perlu disediakan. Pegawai pemasaran yang terlibat perlu menyediakan pengunjuran jualan
bulanan untuk tahun pertama dan anggaran jualan untuk tahun kedua dan ketiga.
Di dalam menyediakan ramalan jualan pegawai perlu mengkaji beberapa faktor penting
iaitu:-
Kesedaran pelanggan tentang barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Mengambil kira musim perayaan, cuti sekolah, perubahan cuaca
Mengenal pasti jenis perniagaan atau projek yang ingin dijalankan sama ada
dalam sektor perniagaan atau industri, penternakan ataupun perladangan.
Formula di dalam menentukan ramalan jualan:-
• Tentukan saiz pasaran
• Kenal pasti siapa pesaing
• Menganggarkan syer pasaran
• Meramal jualan
Pengunjuran jualan bulanan perlu disediakan untuk tahun pertama dan anggaran jualan
tahun kedua dan ketiga juga perlu disediakan (Lampiran 1).
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
10
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
11
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
12
2.6 Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran ialah segala usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan
pelanggan bagi barang yang dikeluarkan. Ia perlu dibentuk sebelum sesuatu keluaran siap
diproses untuk dipasarkan. Strategi pasaran terdiri daripada sasaran pasaran dan campuran
pasaran. Sasaran pasaran merujuk kepada bakal pelanggan bagi sesuatu keluaran. Campuran
pemasaran merangkumi empat komponen penting yang menentukan kejayaan sesuatu
perniagaan iaitu produk, harga, tempat dan promosi.
Untuk mencapai strategi pemasaransyarikat perlu membuat analisis tentang peluang
pertumbuhan produk syarikat perniagaan pada masa akan datang.
a) Produk
• Produk merupakan elemen utama dalam campuran pemasaran. Produk
adalah apa sahaja yang ditawarkan oleh usahawan kepada sasaran pasaran
ataupun pengguna. Pengguna selalunya bukan setakat mahukan produk,
mereka mencari beberapa manfaat yang dapat memenuhi keperluan dan
kehendak mereka. Mewujudkan nilai bermaksud usahawan memahami apa
yang diperlukan dan dikehendaki oleh pengguna dan menawarkan nilai
tersebut kepada pengguna, oleh itu tawaran produk usahawan mestilah
merangkumi produk utama ditambah lain-lain manfaat yang boleh menarik
dan memujuk pengguna untuk membeli.
• Di samping itu, usahawan perlu memastikan kualiti, reka bentuk, prestasi
barangan yang ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah
ditetapkan.
• Dari segi pembungkusan usahawan perlu memastikan cara pembungkusan
yang digunakan memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik.
Pengguna masa kini sudah mula mencari produk ataupun keluaran yang
mempunyai bungkusan dan pelabelan yang menarik. Ini adalah kerana terlalu
banyak barangan yang terdapat di pasaran yang menawarkan fungsiyang
sama. Oleh yang demikian usahawan perlu bijak di dalam menarik minat
pelanggan dengan memastikan pembungkusan selari menepati ciri-ciri asas
dapat menunjukkan perbezaan dengan ketara dengan produk pesaing
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
13
b) Promosi
• Promosi ialah strategi berkomunikasi antara pengguna dan pemasar atau
peniaga. Ianya melibatkan proses komunikasi dua hala daripada peniaga
kepada pengguna dan daripada pengguna kepada peniaga. Tujuan
komunikasi ialah supaya pemasar boleh menyampaikan mesej kepada
pengguna dan mengetahui maklum balas pengguna terhadap tawaran
usahawan.
• Strategi promosi merangkumi strategi pengiklanan, promosi jualan, jualan
perorangan, perhubungan awam dan publisiti dan pemasaran langsung.
Objektif utama promosi ialah memberitahu, mengingatkan dan memujuk
pengguna dan/atau pengguna berpotensi
Di dalam strategi promosi pemasar perlu:
• Menetapkan objektif (AIDA)
• Konsep AIDA selalu ditekankan semasa objektif sesuatu strategi promosi
dirangka. Konsep AIDA boleh ditakrifkan sebagai:-
• A (Attention) – Usahawan perlu memikirkan sesuatu yang boleh menarik
perhatian pengguna mahupun sasaran pengguna melihat atau
memperhatikan aktiviti promosi yang dijalankan oleh usahawan. Sebagai
contoh, ini boleh dilaksanakan dengan memilih iklan percetakan yang
berwarna, menggunakan watak kartun sekiranya usahawan ingin menarik
minat kanak-kanak dan sebagainya.
• I (Interest) – usahawan perlu pandai menarik minat pelanggan dengan
memberikan diskaun ataupun pendorong yang negatif menarik pelanggan
melihat kepada iklan mahupun promosi yang dijalankan.
• D (Desire) – Faktor ini sering dikaitkan dengan faktor dalaman iaitu
sejauh mana usahawan dapat menanamkan rasa keinginan pengguna
untuk mencuba ataupun untuk membeli produk yang kita tawarkan.
• A (Action) – langkah yang terakhir sekiranya pengguna akan terus
membeli produk tersebut sekiranya mereka berminat dan berkeinginan
memilikinya.
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
14
• Menentukan sasaran pengguna
• Mereka bentuk mesej yang ingin disampaikan
• Memilih media yang hendak dijadikan saluran penyampaian mesej
• Menyediakan kos promosi
• Penilaian terhadap aktiviti promosi yang dijalankan
c) Harga
• Harga adalah didefinisikan sebagai nilai yang harus dibayar oleh
pengguna/pembeli kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang
ditawarkan oleh perniagaan.
• Beberapa faktor perlu dipertimbangkan di dalam menetapkan harga barangan
yang ditawarkan oleh usahawan. Di antaranya ialah:-
• Jumlah harga kos sebenar produk yang ditawarkan
• Menilai harga jual yang ditawarkan oleh pesaing
• Menilai struktur diskaun yang akan diperkenalkan
• Menilai tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk kita dengan
pesaing.
d) Tempat Pengedaran
• Tempat atau saluran pengedaran adalah merupakan elemen pemasaran
untuk memastikan produk sampai kepada pengguna.
• Aspek yang penting dalam strategi tempat ialah pengguna mendapat akses
kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk yang ditawarkan
perlu berada di tempat yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang
penggunamahukan.
• Pengedaran boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung.
Pengedaran langsung ialah pengedaran di mana pemasar berhubung terus
dengan pengguna atau terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakala
pengedaran tidak langsung melibatkan pemborong, peruncit dan orang
tengah yang lain.
• Faktor-faktor penting di dalam pemilihan saluran pengedaran ialah seperti:
o Saiz pasaran
o Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
o Strategi pemilihan orang tengah
o Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaing
o Keupayaan usahawan di dalam merancang saluran pengedaran
tersebut.
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
15
2.7 Belanjawan Pemasaran
Belanjawan ialah anggaran pendapatan yang diperolehi dan perbelanjaan yang akan
dibuat untuk suatu tempoh masa tertentu di masa akan datang. Tujuannya ialah untuk
mendapatkan keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan. Penyediaan
belanjawan pemasaran adalah berbeza-beza mengikut keperluan pemasaran
perniagaan. Satu belanjawan komprehensif yang mengandungi satu siri belanjawan
yang meliputi setiap aktiviti operasi sesebuah organisasi untuk sesuatu tempoh perlu
dibuat bagi memastikan keseimbangan pendapatan perniagaan terkawal.
2.7.1 Tujuan belanjawan
• Membolehkan perniagaan / individu membuat perbandingan antara pendapatan
dan perbelanjaan wang yang sebenar dengan anggaran yang dibuat.
• Menjadi panduan kepada pihak tertentu untuk menilai permohonan pembiayaan
syarikat / individu.
• Memberi maklumat tunai di bank , amaun perlu dibayar kepada pembekal,
amaun belum terima pelanggan.
• Mengawal perancangan dan belanjawan.
• Mengesan perbelanjaan.
• Meramal Pendapatan.
• Mengesan sumber kewangan dan kestabilan kewangan.
• Mengesan kebolehan dan keupayaan perniagaan membayar hutang.
2.7.2 Asas pengurusan belanjawan
• Menetapkan matlamat kewangan.
• Menganalisa sumber-sumber yang dimiliki.
• Meramalkan pendapatan yang diperolehi.
• Mencatat perbelanjaan yang dibuat.
• Membezakan keperluan dan kehendak.
• Merekod aktiviti kewangan harian.
• Menilai kewangan secara berkala.
• Memantau / mengawal kewangan secara berkala.
• Memberi maklumbalas untuk penambahbaikan.
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
16
Berikut merupakan belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran.Ia adalah garis panduan
perbelanjaan untuk aktiviti bukan perkilangan.
contoh :
Syarikat Sentiasa Untung Sdn. Bhd.
Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran
Untuk Tahun Berakhir 31 Dis 2005
1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) 4 (RM) Tahun
Belanja Berubah:
Komisen jualan
Angkutan keluar
9,000
3,000
10,500
3,500
12,000
4,000
13,500
4,500
45,000
15,000
Jum Belanja Berubah 12,000 14,000 16,000 18,000 60,000
Belanja Tetap:
Iklan
Gaji(jualan)
Gaji(pejabat)
Susutnilai
Cukai harta benda
5,000
15,000
7,500
1,000
1,500
5,000
15,000
7,500
1,000
1,500
5,000
15,000
7,500
1,000
1,500
5,000
15,000
7,500
1,000
1,500
20,000
60,000
30,000
4,000
6,000
Jum Belanja Tetap 30,000 30,000 30,000 30,000 120,000
Jum Belanja
Jualan & Pentadbiran
42,000 44,000 46,000 48,000 180,000
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
17
2.8 Masalah Pemasaran
Cabaran-cabaran pemasaran masa kini akan melihat bahawa pemasaran itu membawa
maksud yang begitu luas. Aktiviti pemasaran masa kini beroperasi dalam persekitaran global yang
dinamik, ia memerlukan pengurus-pengurus pemasaran yang berfikiran waras tentang strategi
dan amalan pemasaran mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pengurus-pengurus pemasaran
mengubahsuai strategi pemasaran mereka.
Di antara cabaran-cabaran pemasaran dalam abad ke dua puluh satu adalah nilai dan
orientasi pelanggan yang sering berubah, ekonomi yang lembab, kemerosotan persekitaran,
peningkatan dalam persaingan global, masalah-masalah ekonomi, politik dan sosial, inilah yang
dinamakan dunia tanpa sempadan.
Walau bagaimanapun masalah-masalah tersebut telah mewujudkan peluang pemasaran.
Kini kita dapat menyaksikan terdapat beberapa aliran dan kuasa utama yang mengubah dan
mencabar strategi pemasaran seperti pertumbuhan pemasaran bukan untung, peningkatan
teknologi maklumat, penglobalisasian yang pesat, ekonomi dunia yang berubah dan seruan-
seruan ke arah sikap beretika dan bertanggung jawab terhadap masyarakat.
2.8.1 Pertumbuhan Pemasaran Organisasi Bukan Untung.
Kebelakangan ini organisasai bukan untung seperti bahagian pendidikan, perubatan, pos
dan ketenteraan telah mula menggunakan strategi pemasaran untuk beroperasi. Sebagai contoh,
Pos Malaysia telah membentuk rancangan pemasaran inovatif dengan menjual setem kenangan
sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12. Penglibatan organisasi bukan untung
mengaplikasikan strategi pemasaran telah memberikan cabaran–cabaran baru yang menarik
kepada pengurus-pengurus pemasaran.
2.8.2 Penglobalisasian
Kesan daripada kemajuan yang pesat di dalam bidang telekomunikasi dan
teknologi maklumat, budaya dan jarak sesuatu tempat dapat dihubungkan dengan lebih
mudah dan cepat. Ini telah membolehkan syarikat meluaskan liputan pasaran geografi,
pembelian dan pengeluaran mereka. Hasilnya, persekitaran pemasaran menjadi lebih
kompleks untuk kedua-dua syarikat dan pengguna.
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
18
Kini, syarikat-syarikat bukan sahaja cuba menjual produk tempatan mereka
kepada pasaran antarabangsa tetapi membeli lebih komponen dan bekalan dari luar
negara. Contohnya melalui operasi Segitiga Emas: Malaysia-Indonesia-Thailand (IMT-
GT), ia telah memberikan peluang kepada para peniaga untuk bergerak dengan lebih
bebas di negara-negara berkenaan. Situasi begini dapat menggalakkan syarikat untuk
merebut peluang bagi membuka pasaran yang lebih luas dan bukan hanya tertumpu
kepada pasaran tempatan sahaja.
Banyak syarikat telah membentuk rangkaian strategik dengan syarikat-syarikat
asing dan juga pesaing, yang bertindak sebagai pembekal atau rakan pemasaran. Ini
membolehkan rangkaian global terbaik dapat dibentuk.
2.8.3 LedakanTeknologi Maklumat.
Kemajuan di dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi telah
memberi kesan ke atas cara syarikat memberi nilai kepada pelanggan-pelanggan
mereka. Ledakan teknologi maklumat membolehkan pengurus-pengurus pemasaran
mempelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta dan merekabentuk produk dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan, mengagih produk dengan
lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi dengan pelanggan sama ada dalam
kumpulan yang besar atau orang perseorangan. Contohnya, dengan menggunakan
komputer yang berkeupayaan tinggi, pemasar boleh mewujudkan pangkalan data yang
terperinci untuk mensasar tawaran-tawaran kepada pelanggan-pelanggan mereka.
2.8.3.1 Internet
Internet ialah satu rangkaian global jaringan komputer yang besar dengan tiada
pengurusan atau milikan berpusat. Ia dicipta pada akhir 1960-an oleh Jabatan
Pertahanan Amerika Syarikat. Pada asalnya ia berfungsi untuk menghubungkan
makmal-makmal kerajaan, kontraktor dan ketenteraan. Internet telah menghubungkan
pengguna komputer ke seluruh dunia. Sesiapa sahaja yang mempunyai komputer
peribadi , modem dan perisian yang betul boleh meninjau internet untuk mendapatkan
atau berkongsi maklumat mengenai sebarang subjek serta berinteraksi dengan
pengguna-pengguna lain. Kini, internet telah berkembang dengan pembangunan World
Wide Web yang mesra pengguna. World Wide Web telah membolehkan syarikat
menghubungkan jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya suku daripada kos
pengiklanan menggunakan media cetak dan televisyen.
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
19
2.8.4 Perkembangan Ekonomi Dunia
Ekonomi dunia yang meleset telah mengakibatkan kesukaran kepada pengguna
dan pemasar. Di seluruh dunia, keperluan manusia semakin bertambah, tetapi dalam
banyak perkara , individu kekurangan wang untuk membayar barangan keperluan.
Ekonomi negara maju banyak mempengaruhi ekonomi negara-negara yang sedang
membangun.
Situasi ekonomi semasa telah mewujudkan masalah dan peluang kepada
pemasar. Sesetengah syarikat menghadapi permintaan yang berkurangan dan
menghadapi masalah untuk mengembangkan syarikat mereka.
2.8.5 Permintaan Terhadap Tanggungjawab Sosial dan Etika
Pada masa sekarang pihak pemasar perlu bertanggung jawab terhadap kesan
tindakan mereka ke atas sosial dan persekitaran. Etika korporat telah menjadi isu yang
hangat diperkatakan di dalam dunia perniagaan. Masalah-masalah seperti penghapusan
hutan, kehangatan ruang atmosfera , pencemaran udara dan air serta ancaman-
ancaman lain perlu diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan. Di samping mereka
memperolehi keuntungan daripada aktiviti-aktiviti pemasaran dan pengeluaran mereka,
tanggungjawab sosial kepada masyarakat perlu diutamakan.
2.8.6 Lanskap Pemasaran Baru
Syarikat-syarikat domestik telah sedar bahawa mereka tidak boleh mengabaikan
pasaran dan pesaingan global. Firma-firma berjaya dalam industri matang sedar bahawa
mereka perlu mengambilkira pasaran dan teknologi yang muncul dengan pendekatan
pengurusan terkini. Syarikat-syarikat dari berbagai sektor semakin menyedari bahawa
mereka perlu menekankan kepada aspek keperluan pelanggan dan persekitaran.
Mereka akan gagal di dalam perniagaan sekiranya tidak memahami pasaran yang kian
berubah. Contohnya, pembinaan KLIA ekspres telah menyediakan kemudahan
pengangkutan yang pantas dari KL Sentral ke KLIA iaitu dalam masa 28 minit.
Di akhir unit ini seharusnya anda telah memahami apa yang dimaksudkan dengan
pemasaran, mengetahui elemen-elemen di dalamnya, mempelajari berkenaan dengan
perkembangan konsep pemasaran serta dapat menerangkan apakah cabaran-cabaran
RBT 3110 PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
20
pemasaran pada masa kini. Diharapkan unit ini dapat membantu anda memahami unit-
unit yang seterusnya. Semoga berjaya.
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang
timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba , semoga berjaya.
Tugasan ISL/OLL:
a) Anda dikehendaki menyediakan Rancangan Pemasaran
yang lengkap dengan belanjawan pemasaran.
b) Bincangkan masalah-masalah pemasaran yang mungkin
berlaku dalam usaha anda untuk membuat pemasaran
perniagaan.