1
1.0 PENDAHULUAN
Laporan Cadangan Pemajuan ini disediakan oleh Perunding Perancang Bandar Bertauliah ALMA ARCHITECTS AND PLANNER SDN BHD bagi pihak SIME DARBY PROPERTY (USJ) SDN BHD. yang beralamat di Tingkat 10, Blok G, No.2, Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara, PJU 1A, 47301 Petaling Jaya bagi:-
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG PENDIRIAN BANGUNAN BAGI CADANGAN
PEMBANGUNAN 'RUMAH SELANGORKU' JENIS C2 DAN JENIS D YANG MENGANDUNGI:
A) 1 BLOK PANGSAPURI 19 TINGKAT 362 UNIT ' RUMAH SELANGOR KU’:-
JENIS C2 - 144 UNIT
JENIS D - 216 UNIT
JENIS C2 OKU - 2 UNIT
BESERTA 1 UNIT SURAU, 1 UNIT DEWAN SERBAGUNA, 1 UNIT TADIKA, 1 UNIT PEJABAT
PENGURUSAN, 1 UNIT BILIK BACAAN, 1 UNIT RUMAH SAMPAH, RUANG - RUANG UTILITI DAN
PENCAWANG ELEKTRIK
B) 1 UNIT TEMPAT LETAK KERETA 5 TINGKAT
C) 1 UNIT PONDOK PENGAWAL
D) 2 UNIT GELANGGANG BADMINTON
DI ATAS LOT 77716 , JALAN PINGGIRAN USJ1, TAMAN PINGGIRAN USJ, MUKIM DAMANSARA,
DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN
UNTUK: TETUAN SIME DARBY USJ DEVELOPMENT SDN. BHD.
1.1 PENGENALAN
Laporan ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan dari Lembaga Perumahan dan Hasil Selangor
(LPHS) mengenai permohonan rayuan daripada pihak kami
Dengan penyediaan laporan ini maka pihak LPHS dapat mengenalpasti rasional permohonan rayuan
kami dan untuk memberi pertimbangan dalam pemberian kelulusan.
1.1 Tujuan Laporan
Selaras dengan keperluan Seksyen 21A, Bahagian 1, Akta Perancangan Bandar Dan Desa
1976 (Akta 172) telah memberi penjelasan bahawa setiap cadangan
pembangunan yang akan dilaksanakan perlu disertakan Laporan Cadangan
Pemajuan yang disediakan oleh Perunding Perancang Bandar Bertauliah. Ini
bertujuan untuk memastikan setiap cadangan pembangunan di Malaysia mempunyai
kualiti yang tinggi merangkumi aspek fizikal, sosial dan ekonomi.
Laporan ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan perancangan sebagaimana
yang termaktub di dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan), 1995 (Akta
A933) iaitu pindaan sebahagian peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa,
1976 (Akta 172) di bawah seksyen 21A(1) yang mana telah memperuntukkan
2
Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) bagi tujuan kebenaran merancang. Di samping itu,
seiring dengan keperluan Seksyen 21A(1), Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan
menghendaki tambahan kepada dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang dikehendaki
supaya disampaikan di bawah Seksyen 21(1) untuk kebenaran merancang.
Di bawah seksyen ini, pemohon hendaklah menyampaikan suatu laporan cadangan
pemajuan yang mengandungi konsep dan justifikasi pemajuan disamping pelan lokasi
dan pelan tapak, butiran hakmilik tanah dan sekatan ke atas tanah juga perlu
dikemukakan dalam memberikan gambaran yang jelas ke atas permohonan perancangan
yang ingin dimajukan. Keadaan tanah dari segi fizikal, topografi, landskap, geologi,
kontor, saliran, air dan tadahan air bentuk semulajadi juga perlu diberikan perhatian
di dalam membuat permohonan perancangan agar pembangunan direalisasikan
mengikut keperluan dan garispanduan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Perancangan Negeri.
Dengan penyediaan laporan ini maka pihak berkuasa tempatan dapat mengenalpasti
rasional permohonan cadangan pembangunan untuk dipertimbangkan pemberian
kelulusan.
1.2 TUJUAN PERMOHONAN
Secara umumnya, tujuan permohonan ini adalah untuk:-
i. Untuk meminda komponen bagi cadangan pembangunan yang telah diluluskan
MPSJ/JPB/600-1/2/BP2-2(30) diatas Lot 77716
3
2.0 JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN
Pembangunan USJ Heights yang dibangunkan merangkumi 3 kawasan utama iaitu USJ Heights,
Pinggiran USJ dan USJ 3A berkeluasan seluas 637.931 ekar.
Kronologi kelulusan bagi cadangan pemajuan pelan susunatur oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya
(MPSJ) adalah seperti berikut:
Bil Tarikh Kelulusan
No.Rujukan Komponen Pindaan
1 29 Ogos 2006 MPSJ.PS(E)260/1/110 KELULUSAN PERTAMA
2 2 Oktober
2014 MPSJ.PS(H)260/1/110 JLD.7
Pengurangan unit kediaman 3560 unit kepada 3523 unit
Pertambahan unit komersil 56 unit kepada 71 unit
Mengeluarkan komponen industri
3 23 Februari
2015 Bil.(13)dlm.PTGS/08/TS04/001/062014
(KELULUSAN MMKN)
Meminda Pangsapuri Kos Sederhana Rendah (Lot 77716) dan Kos Sederhana (Lot 66668) kepada Rumah Selangorku Jenis C & D
Unit kediaman masih dikekalkan, hanya penukaran jenis kediaman sahaja dibuat
Unit komersil sebanyak 2% ditambah dari bilangan unit yang telah diluluskan
12 Jun 2015
Bil(4)dlm.LPHS/PBGN/UPD/5/07/12Jld.11 (SOKONGAN LPHS)
Meluluskan permohonan pindaan syarat kelulusan
4 5 Ogos 2015 MPSJ/JPB/600-1/2/BP2-2(26)
(KELULUSAN MPSJ)
Meminda Pangsapuri Kos Sederhana Rendah 355 unit KEPADA Rumah SelangorKu Jenis C dan 8 unit kedai pejabat harga bebas
Meminda Kos Sederhana 355 unit (Lot 66668) KEPADA Rumah Selangorku Jenis D dan 6 unit kedai pejabat harga bebas
4
3.0 PERIHAL TAPAK CADANGAN PINDAAN
Bahagian ini akan menerangkan secara ringkas mengenai perihal tapak cadangan yang berkaitan
dengan lokasi dan persekitaran tapak cadangan serta perihal tanah yang meliputi keluasan dan
hakmilik tanah serta syarat-syarat nyata dan sekatan kepentingan terhadap tapak cadangan
ini.
3.1 Perihal Tapak
Komponen cadangan yang telah diluludkan di atas tapak cadanngan adalah Rumah SelangorKu Jenis
C yang merangkumi sebanyak 355 unit kediaman. Di dalam plot cadangan ini juga dahulunya
terdapat 2 jenis kedai pejabat 3 tingkat 25’x70’ dan kedai pejabat 3 tingkat 30’x70’ dan berjumlah
sebanyak 8 unit.
Tapak cadangan pindaan ini terletak didalam kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan
terletak di bahagian barat daya pembangunan USJ Heights. Terdapat 2 plot yang terlibat di dalam
cadangan pindaan ini iaitu Lot 6668 (EN11) dan Lot 77716 (EN10). (sila rujuk lampiran untuk pelan
lulus terdahulu)
EN 10
EN 11
5
3.3 Hakmilik Tanah dan Sekatan
No. Lot : Lot 77716
Jenis dan No. Hakmilik : GRN 31860
Negeri : Selangor
Daerah : Petaling
Bandar/Pekan/Mukim : Damansara
Jenis Hakmilik : Geran
Luas Lot : 22234 mp / 5.494 ek
Penggunaan tanah
Syarat Nyata
Sekatan Kepentingan
:
:
:
Bangunan
Bangunan Kediaman
Tiada
Catatan: Kelulusan Penuh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan pertukaran Apartmen
Harga Sederhana Rendah dan Harga Sederhana kepada Rumah Selangorku (no rujukan:
Bil.13:dlm.PTGS/08/TS04/001/062014) pada 23 Februari 2015.
6
2.3 Gambar Tapak
7
4.0 DASAR, STRATEGI DAN GARIS PANDUAN
4.1 Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya
Matlamat Pembangunan bagi Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah:
“ UNTUK MEMBANGUNKAN KAWASAN RT MPSJ SEBAGAI BANDARAYA METROPOLITAN YANG LESTARI
MELALUI PENYEDIAAN PELBAGAI KEMUDAHAN YANG LENGKAP DAN BERDAYA MAJU BAGI MENCAPAI
WAWASAN PEMBANGUNAN MALAYSIA 2020 DAN WAWASAN SELANGOR MAJU 2005”
Justeru itu, strategi pembangunan di kawasan ini perlu memberikan fokus utam ke arah pencapaian
keperluan pembangunan mampan. Selain daripada itu, terdapat beberapa strategi pembangunan yang
disediakan pihak MPSJ bagi mencapai matlamat diatas yang mana tertumpu kepada Strategi Pertumbuhan
Pembangunan Terkawal. Diantara strategi tersebut adalah:
i. Menggalakkan pertumbuhan pembangunan baru dikawasan pinggir
ii. Mengurangkan masalah kesesakan lalulintas sediada di pusat bandar
iii. Mempertingkatkan kualiti persekitran kehidupan yang baik dan selesa
iv. Mengimbangi pertumbuhan perbandaran dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
8
5.0 CADANGAN PINDAAN PEMBANGUNAN
Permohonan yang dikemukakan bagi cadangan pembangunan ini melibatkan dua jenis permohonan
iaitu Permohonan Pindaan Syarat Kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan
Permohonan Pindaan Harga Jualan Rumah
5.1 Komponen Cadangan Pembangunan
Komponen cadangan pembangunan bagu EN 10 dan EN 11 adalah merupakan Rumah SelangorKu yang
mengikut ketetapan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor. Berdasarkan kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) Negeri Selangor – SIME
DARBY Property Berhad (USJ Heights Development Sdn Bhd) No Rujukan Bil: (5)
LPHS/PBGN/USR/04/04/04/13) yang bertarikh 28 Mac 2014, Pihak Ahli Jawatankuasa Mesyuarat telah
memutuskan komponen cadangan perumahan mampu milik adalah seperti berikut:
JENIS RUMAH CADANGAN PEMAJU (UNIT) HARGA (RM)
TYPE C (900 kp) 355 150,000.00
TYPE D (1,000 kp) 355 250,000.00
JUMLAH 710
Komponen cadangan ini adalah selari dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bil(13)dlm. PTGS08/TS04/001/062014 seperti berikut:
LOKASI JENIS RUMAH BILANGAN UNIT HARGA(RM)
LOT EN 11 (LOT 66668)
JENIS C 355 RM 180,000.00
LOT EN 10 (LOT 77716)
JENIS D 355 RM 250,000.00
Dibenarkan menambah komponen komersil tidak melebihi 2% daripada jumlah unit bagi setiap lot
JUMLAH 710
9
5.2 Komponen Cadangan Pembangunan Lot 66668 (EN 11)
Komponen yang diluluskan (no rujukan: MPSJ/JPB/600-1/2/BP2-2(30)) dan dipinda bagi plot cadangan
pindaan diatas adalah seperti berikut:
Pelan Lulus Pelan Pindaan
EN 10
EN 11
10
a) Komponen Terperinci Cadangan Pembangunan
Komponen cadangan pembangunan terdahulu bagi EN10 dan EN11 adalah merupakan pindaan kepada
jenis Rumah SelangorKu. Berikut merupakan komponen pindaan EN 10:
ii) EN 10
PELAN LULUS
APARTMENT BLOCK 19 STOREY TYPE C2 (900 SQFT) : 144 UNITS TYPE D (1000 SQFT) : 216 UNITS TYPE C2 (OKU) : 2 UNITS TOTAL : 362 UNITS
CARPARK BLOCK 5 STOREY PARKING : 628
PELAN PINDAAN
11
a) Penyediaan Tempat Letak Kenderaan
i) Rumah SelangorKu Jenis C2&D = 1 unit / 2 TLK
= 2 unit / 1TLM
Jumlah Keseluruhan Unit = 362 unit
Jumlah TLK yang diperlukan = 181 TLK
TLK OKU = 16 unit
Tambahan 20% untuk pelawat = 72 unit
Jumlah Keseluruhan TLK yang diperlukan = 812 TLK
Jumlah TLK yang disediakan = 812 TLK
Jumlah Keseluruhan TLM yang diperlukan = 181 TLK
Jumlah TLM yang disediakan = 181 TLK
b) Penyediaan Kemudahan Sokongan
Dewan Serbaguna
Tadika
Pejabat Pengurusan
Taman Permainan
Surau
12
d) Gambaran Perspektif
13
9.0 PENUTUP
Berdasarkan kepada pertimbangan lokasi tapak, pembangunan sekitar, haluan pembangunan,
permintaan pasaran serta kesesuaian dari segi perancangan adalah didapati cadangan pembangunan
ini amat berpotensi untuk dibangunkan.
Cadangan pembangunan yang dikemukakan ini telah mengambilkira keperluan perancangan semasa
dan juga aspek-aspek lain yang berkaitan.
Ianya juga dijangkakan berkemampuan untuk memberikan kesan yang lebih positif kepada pengukuhan
ekonomi tempatan.
Justeru adalah disarankan agar permohonan ini diberikan kelulusan memandangkan ianya sedikit
sebanyak dapat menyumbang dalam penawaran perumahan serta meningkatkan ekonomi tempatan
dan Negeri Selangor.