Set induksiSet induksi
1. Guru bertanya murid a) siapakah yang pernah berjiran dengan bangsa / kaum lain?
b) berapa ramaikah anggota keluarganya?
2. Pernahkah kamu melihat jiran yang berlainan agama itu bersembahyang atau menyambut sesuatu perayaan? Ceritakan.
TEMA : HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN TEMA : HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT MASYARAKATTOPIK : MENGHORMATI AGAMA DAN BUDAYA TOPIK : MENGHORMATI AGAMA DAN BUDAYA
KELUARGA JIRAN KELUARGA JIRAN
1. Dengan hidup berjiran, kita akan memperoleh pelbagai kelebihan termasuklah :
a) saling membantu apabila berada dalam kesusahan b) memahami budaya dan cara hidup jiran
c) bertukar-tukar pendapat
2. Sikap hormat-menghormati sesama jiran harus diamalkan dengan cara : a) menghormati agama dan budaya mereka
b) mengelak daripada bercakap atau
berbincang isu-isu sensitif c) menghormati prinsip dan pendirian jiran
3. Kita harus menganggap jiran seperti keluarga sendiri.
4. Kita harus membantu jiran dengan : a) menjaga anak jiran sewaktu jiran mempunyai urusan kecemasan
b) menjaga keselamatan rumahnya apabila jiran pulang ke kampung
c) menolong mengangkat barang-
barang jiran semasa berpindah
5. Dalam kehidupan berjiran, kita boleh menyelesaikan masalah keselamatan
bersama-sama seperti :
a) kegiatan jenayah kecurian, ragut dan lain-lain b) vandalisme
c) binatang ternakan yang merosak -kan tanaman
POP KUIZ – MENGHORMATI AGAMA POP KUIZ – MENGHORMATI AGAMA DAN BUDAYA KELUARGA JIRANDAN BUDAYA KELUARGA JIRAN
1. Apakah kebaikkan hidup berjiran ?
2. Nyatakan bantuan yang boleh dihulurkan sesama jiran.
3. Apakah masalah yang biasanya berlaku di kalangan masyarakat setempat yang boleh dibendung bersama ?