INGATAN DAN LUPAANPEDAGOGI EDUP2033
Merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya.
Mengikut Atan Along(1968, ingatan boleh diertikan sebagai
kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan
rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk
disimpan dalam otaknya.
Verno(1980) berpendapat bahawa ingatan merupakan
bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman
pada masa hadapan.
Fein(1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat
yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan
mengeluarkannya.
DEFINISI INGATAN
INGATAN
• Proses yang terlibat dalam membentuk ‘ingatan’ ialah encoding,storage dan retrieval.• Encoding merujuk kepada proses mendapatkan maklumat.• storage ialah proses penyimpanan maklumat ,perubahan turut
berlaku dalam sistem saraf yang membolehkan ianya membentuk memory trace.• retrival pula merupakan proses mengeluar dan mengguna maklumat.
Merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak,
kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.TERIM
APROSE
S SIMPAN KELUAR
MODEL PROSES INGATAN DAN
LUPAAN
1.Ingatan deria(sensory memory)
2.Ingatan jangka pendek
(short-term memory)
3.Ingatan jangka panjang
(long-term memory)
4.Lupaan
INGATAN DERIA(SENSORY MEMORY)
• Rakaman deria merupakan ingatan jangka pendek yang wujud pada deria manusia.• Dikenali juga sebagai sensory register sensory atau information
store.• Kapasiti : besar• Tempoh simpanan maklumat : singkat beberapa saat(1-3 saat)• Jika maklumat tidak diproses, maklumat akan hilang.• Menurut teori Gagne, maklumat diterima melalui perakam deria
visual,perakam deria hiduan,perakam deria rasa dan perakam deria sentuhan.• Sperling(1960) dalam kajian memutuskan bahawa tempoh
perakam deria ialah ¼ hingga 1 saat.• Contoh: apabila kita melihat flash,kamera kita mengambil
gambar,imej kekal sekejap.
INGATAN JANGKA PENDEK(SHORT-TERM MEMORY)
• Kapasiti:kecil• Tempoh simpanan maklumat: singkat(10-20saat)• Maklumat diproses, ditapis diproses atau disintesis untuk
dihantar ke stor ingatan jangka panjang• Satu cara untuk simpanan baru: ulang sebut berkali-kali• Contoh: kawan memberikan nombor telefon dan
sementara anda mencari kertas untuk menulisnya, anda akan mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil ulangan berkekalan.(maintenance rehearsal). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
INGATAN JANGKA PANJANG(LONG-TERM MEMORY)
• Kapasiti:besar• Tempoh simpanan maklumat: lama(minit hingga tahun)• Segala pengalaman kita sejak lahir disimpan dalam
ingatan jangka panjang. Ia jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.
INGATAN JANGKA PANJANG TERBAHAGI KEPADA 4
• mengandungi peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayat. Lengkap dengan masa dan tempat. Memori ini tersusun mengikut masa.
• Contoh: penglibatan seseorang dalam kemalangan, hari jadi ke-23, hari konvokesyen seseorang
Ingatan episodik :
• adalah memori untuk “makna” iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema, imej yang diperlukan untuk proses.
• Contoh: maklumat yang berkaitan dengan persekolahan, pekerjaan, pembacaan, penontonan filem
Ingatan semantik :
• memori tentang bagaimana melakukan sesuatu terutamanya yang melibatkan melibatkan langkah-langkah dan prosedur-prosedur amalan seharian.
• Contoh: membuat kuih, memandu kereta ke tempat kerja, berwudu’, solat
Ingatan prosedural
: • di mana ia melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi
sebati dan automatik untuk seseorang.• Contoh: nombor rumah, nombor telefon polis atau ambulan, nama ahli keluarga,
nombor kad pengenalan
Ingatan perdana :
TEORI INGATAN ROBERT M GAGNE• Robert M Gagne menghubungkaitkan proses
pembelajaran dengan proses ingatan, didalam bukunya Essential of Learning for Instruction (1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam suatu proses pembelajaran.• Teori pembelajaran Gagne: • 8 proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa
kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi,dan fasa maklumbalas.• Daripada model teori proses pembelajaran Gagne
dikaitkan dengan proses ingatan ialah dari fasa ketiga hingga fasa kelima proses pembelajarannya iaitu dari fasa penyimpanan hingga fasa mengingat kembali.
1.FASA PENYIMPANAN(KOD SIMPANAN AWAL)
• Berlaku apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang sesuai dan dapat mengaplikasikannya dengan tepat , maka rangsangan itu akan dibawa ke stor ingatan jangka pendek. Disitu rangsangan akan dikod dengan suatu cara yang ringkas,dan tersendiri,seperti merekodkan isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
2.FASA PENAHANAN(STOR INGATAN)
• Selepas rangsangan dipilih dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek,sebahagian atau keseluruhannya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.kod-kod yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan.fasa ini dinamakan fasa penahanan , iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperolehi dengan cara yang sistematik.
3.FASA MENGINGAT KEMBALI• Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari
maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman.Isyarat-isyarat dari rangsangan luaran atau motif dalaman atau pengalaman yang diperolehi untuk menghasilkan tindakbalas yang sempadan dengan isyarat rangsangan yang dihadapinya.• Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa
yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru. Sejauh mana kecepatan dan ketepatan maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang supaya dapat diingat kembali bergantung kepada sistem penyimpanannya. Biasanya maklumat yang disusun secara sistematik dan tepat boleh diingat kembali dengan lebih cepat dan lebih mudah.
RINGKASAN TEORI INGATAN GAGNE
•Mengikut teori Gagne ,rangsangan-rangsangan persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat itu seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan ,kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan kepada penggerak tindakbalas melalui sistem saraf.
TEORI INGATAN ATKINSON DAN SHIFFRIN (1971)• Model Atkinson dan Shifffin dikategorikan sebagai “parralled distributed
processing(PDP)”. • Model (PDP) maksudnya maklumat akan diproses serentak dalam ketiga-tiga
bahagian ingatan. Model ini ditahap metafora dan cuba menjelaskan tentang ingatan. Model ini menggunakan jaringan neuron dalam otak sebagai metafora jaringan ingatan.
• Contohnya bila kita membaca sesuatu,kita tidak melihat kepada tiap-tiap huruf , kita akan menyambungnya menjadi perkataan dan makna. Kemudian menghantarnya ke peringkat ingatan jangka pendek dan seterusnya ke peringkat ingatan jangka panjang.
• Sebaliknya ahli-ahli teori model ini berpendapat,bila kita membaca sesuatu, maklumat diperoses serentak oleh setiap bahagian ingatan kita dan akan menggunakan persepsi untuk cuba enkod dibahagian ingatan jangka pendek dan mengguna maklumat ini dari ingatan jangka panjang untuk menafsir apa yang dibaca.
• Ahli teori lain yang menggunakan model yang sama ialah lewandiowsky dan Murdock.
TEORI FILTER BOARDBENT’S1. Ingatan Jangka Pendek dan Analisis Makna2. Ingatan Jangka PanjangBagi Broadbent’s, apa yang kita panggil sebagai ingatan jangka pendek adalah suatu kapasiti saluran yang terhad, cuma menerima sejumlah maklumat yang terhad dalam masa tertentu tanpa berlebihan. Dalam ingatan jangka pendek ini, seandainya maklumat itu bermakna, maka maklumat akan beralih melalui saluran itu kepada sistem yang memberi makna dalam ingatan jangka panjang. Teori Penumpuan Perkongsian Masa membuktikan tentang wujudnya sistem persepsi manusia yang terhad, yang hanya berupaya untuk meletakkan satu input bermakna dalam satu masa dan menekankan konsep perkongsian masa. Input rangsangan boleh mengekori secara pantas apabila penumpuan beralih dari segi kandungan atau isi input. Agak jelas, tidak semua rangsangan yang didaftarkan oleh organ deria manusia mendapat perhatian. Kebanyakan daripadanya berlalu tanpa disedari langsung. Ini kerana pada asasnya, manusia tidak mempunyai keupayaan menerima, memahami atau menganalisis kesemua rangsangan. Satu daripada cara manusia menghadapinya ialah dengan memilih secara selektif rangsangan-rangsangan yang mungkin dapat memberi makna dalam hidup, yang membolehkan ia mempelajari sesuatu dan akan memberi satu pengalaman yang berlainan daripada biasa. Manusia hanya memberikan penumpuan yang terpilih kepada sesetengah rangsangan / input sahaja.
MODEL CONNECTIONEST• Model connectionist dihasilkan oleh Rumelhart & McClelland 1986.• Ahli teori ini menegaskan maklumat disimpan dalam minda dalam
bentuk jaringan yang berhubungan dan bukan dalam bentuk satu sistem peraturan atau terpisah diantara satu sama lain.• Contohnya: Seorang kanak-kanak ingin ingin menggunakan
perkataan ‘went’ sebab biasa mendengar ibu bapanya dan orang lain menggunakannya.kemudian kanak-kanak itu belajar yang perkataan bagi perbuatan yang berlaku semalam perlu ditambah “ed”. Kesan pengetahuan tersebut kanak-kanak cuba mengaitkan perkataan lain dengan “ed”. Contohnya ‘go’ kepada ‘goed’. Setelah lama berlalu jaringan maklumat kanak-kanak itu lebih kompleks dan menyedari ‘goed’ tidak sesuai digunakan sebab orang lain tidak menggunakan. Ini bermakna melalui pengalaman, kanak-kanak dapat menguatkan jaringan antara maklumat berguna dan membuang makluman yang lemah.
EMPT PROSES UTAMA TERLIBAT DALAM MODEL PROSES INGATAN
1) pengekodan(encoding) : proses mendapatkan maklumat.proses ini menentukan bagaimana maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria,ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Pada peringkat ini otak mengubah input deria menerusi kod-kod yang boleh diperoses dan dirakam.
2) penyimpanan(storage) : proses penyimpanan maklumat ,perubahan turut berlaku dalam sistem saraf yang membolehkan ianya membentuk memory trace.Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor ingatan. Bentuk kod juga disimpan dengan teratur supaya mudah diingat.
3) mengingat kembali(retrieval) : proses mengeluar dan mengguna maklumat.proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan jangka panjang.melalui proses ini pengalaman adalah paling bermakna, maklumat dipanggil semula supaya masalah dapat diselesaikan.4) LupaanMerupakan kesukaran untuk mengingatkan atau mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yang telah dialami. - Kebolehan mengingat adalah tidak sama bagi setiap pelajar kerana faktor perbezaan individu.
JENIS-JENIS KOD• Terdapat dua kod dalam dalam proses ingatan iaitu:1. kod imaginggambaran mental disimpan dalam otak(rangka gambar)
2. kod simbolikmaklumat disimpan dalam unit yang lebih kecil(rangka bahasa)
Input rangsangan
Ingatanderia
Ingatan Jangka Pendek: 1) Mempunyai
keupayaan terhad. 2) Koding & latihan
diadakan. 3) Mengawal
mengingati kembali daripada ingatan jangka panjang.
Ingatan Jangka Panjang Tempat Penyimpanan yang kekal
Mengingati kembali melibatkan maklumat yang dibawa dari ingatan jangka panjang kepada ingatan jangka pendek untuk output.
Latihan koding membawa ke
ingatan jangka panjang
Gerak balas adalah output daripada ingatan jangka
pendek.
Kalau tidak ada latihan, bahan-bahan diganti
dengan input baru dari ingatan jangka pendek.
Lupaan dari ingatan jangka
pendek
PROSES INGATAN DAN LUPAAN
DEFINISI
LUPAAN
Perubahan dalam persepsi atau
pengamatan idea-idea yang telah
dipelajari
Menurut Eric Erikson(1963)Lupaan merupakan satu
motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia
tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang
individu
Merupakan kesukaran untuk mengingat/
mengeluarkan kembali sesuatu
pengalaman yang telah dialami
JENIS-JENIS
LUPAAN
Keusangan/ hilang kesan
ingatan
Lupaan gangguan
Lupaan terdesak
KEUSANGAN/ HILANG KESAN INGATAN
Otak akan melupai maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan
Apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan/ diingat kembali
Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai
LUPAAN GANGGUAN
Gangguan yang berlaku kepada maklumat yang
tersimpan dalam ingatan jangka
panjang
Contohnya: Proses pembelajaran
yang baru menganggu proses pembelajaran
yang lama(BM – BI)
LUPAAN TERDESAKLupaan yang disebabkan oleh gangguan emosi individu
yang mendesaknya untuk melupakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN
LUPAANMinat Perasaan takut dan
bimbangPeredaran masaKeusanganMasa yang tidak cukup
umtuk mengingatPengalaman yang pahit
Gangguan proaktifGangguan retroaktifKekurangan kejelikitan
kepada ingatanAras keyakinanTerlalu banyak maklumat
yang perlu diingati
MINATPerkara yang tidak diminati oleh pelajar akan
mudah dilupai oleh mereka
kerana mereka tidak memberi
penumpuan 100% ketika guru mengajar
Mereka juga kurang berminat
untuk melihat perkaitan bahan
yang telah dipelajari dan ini
boleh menyebabkan mereka lupa
dengan mudah
PERASAAN TAKUT DAN BIMBANG
Pelajar yang berperasaan takut
dan bimbang amat sukar untuk
mengingat kembali fakta
yang diajar oleh guru
Guru yang garang dan tidak
peramah juga akan
menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan
mengingati pelajaran terjejas
Semakin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yang
disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar.
Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama, maklumat tersebut
akan hilang dari ingatan
PEREDARAN MASA
KEUSANGAN
Persekitaran yang berubah akan menyebabkan
kesukaran mengingat kembali
peristiwa atau pengalaman lama
yang berkait dengan dirinya
Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka
panjang akan using dan tidak sesuai
digunakan di dalam persekitaran yang
baru
Maklumat lama dalam ingatan
jangka panjangnya sudah tidak boleh
digunakan lagi
PENGALAMAN YANG PAHIT
Individu mengelak pengalaman yang pahit dengan menolaknya secara sengaja ke bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi
Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia
Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya
MASA YANG TIDAK CUKUP UNTUK MENGINGAT
Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul
Ini adalah kerana pelajar tertekan dan otak memerlukan masa yang cukup untuk
ingat kembali sesuatu fakta
ARAS KEYAKINAN
Aras keyakinan yang tinggi memudahkan proses ingatan, manakala aras keyakinan yang rendah
memudahkan proses lupaan
KEKURANGAN KEJELIKITAN KEPADA INGATAN
Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan
ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penenrangan guru kurang baik dan kefahaman pelajaran
adalah rendah
Maklumat baru ini tidak dapat
dikaitkan dengan baik kepada
pengetahuan sedia ada pelajar.
Oleh itu, konsep-konsep yang diajar
guru perlulah dikategorikan secara
berkesan untuk menentukan
kejelikitan kepada ingatan.
Gangguan proaktif berlaku apabila
pembelajaran lama menganggu
pembelajaran baru
Gangguan retroaktif pula berlaku apabila
pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang
baru.
GANGGUAN PROAKTIF DAN GANGGUAN RETROAKTIF
TERLALU BANYAK MAKLUMAT YANG PERLU DIINGATI
Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk megingat jika terlalu banyak maklumat yang
perlu diingati
Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan
menyebabkan lupaan
Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila
terlalu banyak fakta/ isi pembelajaran yang perlu
diingati
CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN
Mengajar dengan
menggunakan bahan
pembelajaran yang
bermakna supaya lebih
mudah diingati oleh
pelajar
Mengajar secara
menarik untuk
menangkap perhatian
pelajar
Iklim pembelajaran yang kondusif
Belajar berlebihan
Pemahaman
Mengaitkan bahan baru kepda yang sedia ada
Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya.Guru patut menggalakkkan pelajar supaya belajar dengan
berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.
BELAJAR BERLEBIHAN
Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta.Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap.Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna.Sebagai contoh:murid diberi angka berikut untuk diingat100816449362516941Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek, adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut.Dengan kefahaman, ia merupakan satu tugas yang mudah.Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka 10 hingga 1.
PEMAHAMAN
MENGAITKAN BAHAN BARU KEPADA YANG SEDIA ADA
Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima.
Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan.
Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori.
Dengan itu, maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.
MENGAJAR DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA
SUPAYA LEBIH MUDAH DIINGATI OLEH MURID
Guru boleh menggunakan alat bantu
mengajar(ABM) yang sesuai untuk
meningkatkan kefahaman mereka,
seterusya membentuk konsep yang betul.
Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalaah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan.Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kualiti ingatan.
IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran.
Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh
semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.
MENGAJAR SECARA MENARIK UNTUK MENANGKAP PERHATIAN PELAJAR
KESIMPULAN Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang
berkaitan dengan pembelajaran.
Dalam pemprosesan maklumat, manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat, manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan.
Sebagai guru, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.
RUJUKAN Mok Soon Sang, Pedagogi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran, Penerbitan Multimedia
http://www.slideshare.net/ctfironika/sebab-sebab-berlakunya-lupaan-dan-strategi-meningkatkan-daya-ingatan
SEKIAN TERIMA KASIH