ITEM 1
Mencari angka yang sama.
Strategi
1. Menyediakan dua set nombor iaitu nombor 0 hingga 10.
2. Murid mencari nombor yang sama.
a) Permainan mencari kawan
b) Mewarna/membulat nombor yang sama
c) Permainan angka
ITEM 2
Menulis angka yang sama
Strategi
1. Menulis nombor yang sama di awan.
2. Menulis nombor di belakang rakan.
3. Pelbagai aktiviti yang sesuai untuk mengukuhkan kemahiran murid.
4. Memfokuskan pada teknik penulisan mekanis.
ITEM 3
Padankan objek dengan nombor yang betul.
Strategi
1. Menyediakan kad seratus, kad sepuluh dan kad sa.
2. Murid diberi nombor seperti 100, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 800 dan 900.
3. Murid perlu padankan kad seratus dengan nombor-nombor tersebut.
4. Murid diberi nombor seperti 110, 120, 340 atau lain-lain nombor yang melibatkan
ratus dan puluh.
5. Murid perlu padankan kad seratus dan kad puluh dengan nombor yang diberikan.
6. Murid diberi nombor yang melibatkan ratus, puluh dan sa seperti 345, 567 dan
lain-lain nombor yang berkaitan.
7, Murid perlu padankan kad seratus, kad puluh dan kad sa mengikut nombor yang
diberikan.
8. Murid mengulangi aktiviti di atas sehingga menguasai konsep nombor tersebut.
Contoh Bahan Bantu Belajar
Kad Puluh Kad Sa
Kad Seratus
ITEM 4
Lengkapkan nombor dalam gandaan sepuluh sepuluh
Strategi
1. Menyediakan petak seratus seperti di bawah.
a) Aktiviti strategi mencari pola.
Contoh : 410 _____, 430, 440, _____, ______, ________
401 402 403 404 405 406 407 408 409 410
411 412 413 420
421 430
431 440
450
460
470
480
490
500
.
2. Murid dibimbing mengisi petak seratus mengikut pola nombor.
3. Ulangi aktiviti di atas dengan nombor-nombor yang lain.
ITEM 5
Padankan objek dengan nombor yang betul.
Strategi
1. Aktiviti membilang, mewarnakan dan memadankan objek yang dengan nombor
yang betul.
2. Guru menunjuk objek satu persatu, murid membilang. (sesuai untuk membimbing
murid yang masih kurang menguasai kemahiran membilang)
ITEM 6
Lengkapkan tempat kosong dengan nombor yang betul.
Strategi
1. Aktiviti mencari pola nombor.
Contoh.
1000, ______, 3000, _____, 5000.
Contoh Bahan Bantu Belajar
Catatan
Guru boleh menggunakan pelbagai bahan bantu belajar dan pelbagai pola untuk
mengukuhkan kemahiran murid.
ITEM 7
Tulis nama hari.
1. Sediakan kad hari dalam bulatan.
Isnin
Selasa
Rabu Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
1000 __000 __000 4000
2. Bimbing murid mencari hari yang betul dengan menggunakan perbendaharaan
kata seperti hari ini, esok dan semalam.
3. Sediakan pelbagai aktiviti / lembaran kerja / latihan untuk mengukuhkan
kemahiran murid mengingati hari dalam seminggu.
ITEM 8
Padankan dengan jawapan yang betul. (Jam dan minit)
Strategi
1. Membimbing murid menyatakan waktu.
a) Jam (8:00, 10:00 dan lain-lain)
b) Jam dan minit (5:15, 5:30, 5:45 dan lain-lain)
c) Jam dan minit (6:05, 6:10, 6:15, 6:20, 6:25, 6:30, 6:35, 6:40,
6:45,
6:50, 6:55)
Bimbingan boleh dilaksanakan dengan menggunakan muka jam.
2. Murid mengira senggatan pada jam. (sesuai bagi murid yang masih belum
menguasai kaedah di atas.
Contoh Bahan Bantu Belajar
Rujuk “LAMPIRAN 1”
ITEM 9
Bahagi
Strategi
1. Aktiviti mengumpul sama banyak
a) Nomborkan
ITEM 10
Darab
Strategi
1. Guru membimbing murid dengan konsep kumpulan dan ahli dalam kumpulan.
2. Murid boleh memilih kaedah mengikut tahap kemampuan mereka.
a) Gandaan (Bagi murid yang sudah mahir dengan sifir)
b) Bilang semua. (Bagi murid yang kurang mahir dengan gandaan)
Catatan
Walau bagaimanapun, sebelum murid membilang semua, murid mesti menguasai
dahulu konsep darab iaitu memahami maksud kumpulan dan ahli dalam kumpulan.
1 1 1 1 1 1
2 2 2 2 2 2
3 3 3 3 3 3
4 4 4 4 4 4
24 ÷ 4 =
ITEM 11
Operasi asas melibatkan wang
Strategi
1. Guru membimbing murid menyatakan nilai wang. (Ringgit dan sen)
2. Aktiviti operasi asas yang melibatkan wang. (Ringgit sahaja)
3. Aktiviti operasi asas yang melibatkan wang. (Sen sahaja)
4. Aktiviti operasi asas yang melibatkan wang. (Ringgit dan sen)
5. Bagi operasi bentuk lazim guru perlu fokuskan nilai ringgit dan sen. (Pastikan ada
titik untuk membezakan ringgit dan sen)
6. Menggunakan Rumah ‘T’ .
Catatan
Guru boleh menggunakan Rumah ‘T’ sekiranya murid kurang mahir menggunakan
gambar rajah wang. Penekanan diberikan pada titik yang membezakan di antara
nilai ringgit dan sen
RM sen
ITEM 12
Menandakan nilai wang yang betul
Strategi
1. Murid menyebut nilai wang yang ditunjukkan.
2. Murid mencari nilai wang dalam ringgit. Padankan dengan gambar rajah yang
ada.
3. Murid mencari nilai wang dalam sen. Padankan dengan gambar rajah yang ada.
4. Murid boleh terus padankan nilai wang dengan gambar rajah yang ada sekiranya
mereka telah mudah menguasai konsep wang.
Contoh
RM 40.30
+ RM 23. 20
RM 63.50
Murid membilang wang kertas – Sama atau tidak dengan nilai ringgit yang diberikan.
Murid membilang syiling – Sama atau tidak dengan nilai sen yang diberikan.
Dengan ini, murid boleh mencari nilai wang yang tepat seperti yang dinyatakan.
ITEM 13
Tandakan isi padu air yang betul
Strategi
1. Membimbing murid dengan perbendaharaan kata penuh, banyak, separuh, sedikit
dan kosong dengan menggunakan bahan maujud, gambar rajah dan sebagainya.
2. Aktiviti mencari isi padu air yang betul.
a) Mewarna
b) menyusun (dari sedikit ke banyak dan sebaliknya)
ITEM 14
Menulis panjang objek
Strategi
1. Menyatakan panjang objek yang diberikan.
2. Ukuran mesti bermula dengan sifar.
Catatan
Murid mesti mengetahui di antara pengukur (pembaris) dan objek yang hendak
diukur. (apa-apa objek yang bersesuaian) Hal ini penting supaya murid tahu
membaca ukuran objek tersebut.
ITEM 15
Padankan rajah dengan ayat matematik yang betul.
Strategi
1. Guru memperkenalkan konsep bahagi dan darab. (menggunakan bahan maujud
dan gambar rajah)
2. Murid membezakan konsep darab dan bahagi melalui gambar rajah dan soalan
penyelesaian masalah.
Catatan
Guru perlulah menyediakan pelbagai lembaran kerja/aktiviti yang bersesuaian
dengan konsep daran dan bahagi untuk mengukuhkan kemahiran murid dalam
membezakan di antara operasi darab dan bahagi.
Semasa menyelesaikan masalah guru digalakkan bersoal jawab dengan murid
supaya murid tahu mendefinisikan masalah, merancang strategi yang sesuai sama
ada melalui gambar rajah dan sebagainya, melaksanakan strategi dan menyemak
semula.
ITEM 16
Menulis simbol darab atau bahagi
Stretegi
Sama seperti Item 15.
ITEM 17
Operasi asas melibatkan nombor bulat.
Strategi
1. Guru mesti membimbing murid membezakan di antara operasi asas tambah,
tolak, darab dan bahagi.
a) Guna bahan maujud (bilang terus)
b) Guna petak seratus
- mewarnakan petak seratus (cari beza)
c) Kata kunci : banyak, sedikit, cari baki, jumlah semuanya dan
membahagikan sama rata.
2. Murid membezakan konsep tambah, tolak, darab dan bahagi melalui gambar
rajah
dan soalan penyelesaian masalah.
Catatan
Guru perlulah menyediakan pelbagai lembaran kerja/aktiviti yang bersesuaian
dengan konsep daran dan bahagi untuk mengukuhkan kemahiran murid dalam
membezakan di antara operasi darab dan bahagi.
Semasa menyelesaikan masalah guru digalakkan bersoal jawab dengan murid
supaya murid tahu mendefinisikan masalah, merancang strategi yang sesuai sama
ada melalui gambar rajah dan sebagainya, melaksanakan strategi dan menyemak
semula.
ITEM 18
Operasi asas melibatkan nombor bulat.
Strategi
Sama seperti Item 17
ITEM 19
Operasi asas melibatkan wang.
Strategi
1. Guru mesti membimbing murid membezakan di antara operasi asas tambah dan
Tolak.
a) Guna bahan maujud (wang sebenar atau replika wang)
b) Kata kunci banyak, sedikit, cari baki dan jumlah semuanya.
c) Gunakan rumah ‘T’
RM sen
ITEM 20
Operasi asas melibatkan masa dan waktu.
Strategi
1. Murid diberikan pelbagai soalan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan
masa dan waktu.
2. Menggunakan Model Polya untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
a) Mendefinisikan masalah
b) Merancang strategi
c) Melaksanakan startegi
d) Menyemak semula
3. Guru boleh menggunakan bahan maujud untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Contoh Bahan Bantu Belajar
a) Pembilang
b) Petak seratus
4. Guru boleh membimbing murid menyelesaikan masalah tersebut dalam bentuk
lazim.
Recommended