30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU 1. Elakkan tidur di waktu siang
Kebiasaannya, berat badan manusia akan mudah meningkat apabila kita kerap tidur di siang hari. Tidur
di siang hari itu tidak menjadi kesalahan tetapi waktu dan masa anda tidur itu menjadi masalah. Waktu
terbaik untuk melelapkan mata adalah antara pukul 12.00
tengah hari ke 1.00 petang dan tempohnya adalah antara 15 ke
20 minit. Itu sudah memadai kerana tujuannya sekadar
merehatkan badan dan minda.
Sekiranya anda tidur berlebihan di waktu siang, ia akan
menyebabkan badan anda berasa lesu dan memberikan kesan
yang boleh mengakibatkan minda menjadi lembab. Melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri, berat
badan akan naik dengan sekelip mata apabila kita tidur di siang hari secara berlebihan selama beberapa
hari.
2. Banyakkan meminum air putih (air kosong) suam
Banyakkan meminum air suam atau paling kurang air kosong pada suhu bilik. Elakkan air sejuk atau
air manis. Anda boleh makan sekerap mana yang anda
suka tapi mesti disusuli dengan air suam supaya
makanan yang anda makan mudah dihadam. Apabila
makanan mudah dihadam, sisa-sisa makanan itu mudah
untuk dicernakan dan tidak akan melekat pada usus kita
yang boleh menyebabkan perut buncit. Air juga
penting dalam sistem
perkumuhan manusia. Jadi, minum banyak air supaya kita tidak terhidrat ketika proses perkumuhan itu
berlaku dan memastikan proses itu berjalan dengan lancar.
3. Banyak berjalan.
Ini adalah senaman yang paling
simple yang anda boleh lakukan.
Jika anda tiada masa untuk
berjoging atau “brisk walk”,
pergilah ke pusat beli belah atau
shopping mall. Jika anda
seorang yang berkerjaya, sekali
sekala pilihlah tangga untuk
naik atau turun daripada pejabat
berbanding menggunakan lif.
Dengan melakukan senaman
ringan ini, anda boleh membakar kalori yang ada di dalam badan. Selain itu, ia juga membantu
kecergasan diri anda untuk berasa lebih sihat. Daki 200 anak tangga sehari. Amalkan cara ini kerana ia
paling berkesan untuk mengekalkan berat badan. Jika kerja anda memerlukan anda mengadap komputer
sahaja, dan duduk di dalam ‘air cond’, anda wajib melakukan perkara ini untuk membuatkan badan
anda sentiasa aktif.
4. Membuat kerja rumah.
Ini adalah cara paling bagus untuk mengekalkan berat badan. Cara ini sesuai untuk suri rumah tangga
sepenuh masa. Selain daripada rumah kelihatan lebih kemas, anda juga boleh mengeluarkan peluh.
Persekitaran yang bersih mampu membuatkan kita
berasa lebih positif dan sentiasa
bermotivasi untuk kekal kurus. Rajinkan diri untuk
melakukan aktiviti mengemas rumah setiap hari. Ini
akan membantu anda untuk kekal kurus dan
ramping. Ketika anda melakukan kerja-kerja rumah
tersebut, kalori yang ada di dalam badan anda turut terbakar. Jadi berat badan anda akan kekal walaupun
anda tak buat senaman berat.
5. Jangan baring selepas makan.
Tidak kira anda baring-baring sahaja, bergolek-golek atau terus tidur melelapkan mata, amalan ini
sangat buruk dan paling bahaya. Wajib elakkan
perkara ini, selepas makan, berehat dulu 1 jam ke 1
jam setengah sebelum baring. Ini bagi memberi
peluang makanan dihadam terlebih dahulu dan
mengelakkan makanan daripada terkumpul di dalam
usus. Makanan yang tidak dihadam akan
menyebabkan makanan tersebut terkumpul di usus
dan mengakibatkan perut menjadi buncit.
6. Ubah cara hidup kita.
Cara hidup yang dimaksudkan apa yang kita selalu buat setiap hari. Jika kita suka makan nasi lemak
dua pinggan setiap hari untuk sarapan, ubah kepada
sepinggan sahaja. Kenapa perlu ubah? Sudah terbukti
cara hidup yang anda lakukan sekarang menyebabkan
berat badan anda bertambah. Anda mesti tahu cara hidup
anda
bagaimana, jadi ubah cara hidup atau ‘lifestyle’ itu
kepada cara hidup sihat. Mungkin akan mengambil masa
tapi ubah perlahan-lahan.
7. Kawal makan di luar.
Andai kata sebelum ini anda makan diluar setiap hari untuk makan malam, cuba memasak di rumah.
Ini kerana, jika kita makan diluar, pelbagai menu yang
mengiurkan ada untuk dipesan. Jadi ini akan menyebabkan
selera makan anda bertambah dan anda akan makan secara
berlebihan. Jika anda memasak dirumah, anda boleh pilih
untuk memasak satu jenis menu sahaja. Ini akan dapat
mengehadkan selera anda disamping boleh menjimatkan
duit. Boleh cuba resepi ‘GST’ Datuk Ahmad Bin Maslan :P
8. Kurangkan makanan masin.
Masin yang dimaksudkan disini adalah makanan-makanan
ringan yang mengandungi bahan perasa seperti sodium seperti
snek, jajan dan sebagainya. Makanan ringan ini terbukti tidak
sihat dan tidak mengenyangkan. Ini akan menyebabkan anda
makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang bayak. Garam
juga akan menyebabkan badan anda cepat terhidrat. Ini akan
menjadikan badan anda letih dan lesu untuk melakukan
aktiviti sihat.
9. Sarapan.
Sarapan adalah perkara wajib dalam rutin pemakanan harian. Sarapan tidak boleh ditinggalkan atau
‘skip’. Ini akan menyebabkan anda makan secara
berlebihan ketika waktu tengah hari. Sarapan adalah
sumber tenaga daripada pagi sehingga petang.
Kebaikkan sarapan pagi yang perlu anda amalkan
adalah kerana ia dapat membantu dalam mengurangkan
berat badan, meningkatkan prestasi minda,
meningkatkan mood anda ketika melakukan aktiviti,
memberi tenaga, mengurangkan risiko penyakit
merbahaya, dan juga meningkatkan metabolisma badan.
10. Berlari.
Jika anda mempunyai masa di waktu petang, lakukan larian atau berjogging selama 20 minit. Lakukan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk menampakkan kesan. Mungkin boleh dilakukan setiap
petang hari bekerja ataupun setiap pagi di hari minggu.
11. Kurangkan gula dalam makanan.
Jauhkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi kerana seperti kek dan manisan. Jika
anda mengambil gula secara berlebihan, sumber tenaga
untuk badan telah menjadi berlebihan dan akan
menyebabkan diet yang dilakukan tidak menjadi.
Lemak yang terkumpul didalam badan tidak digunakan
sebagai tenaga kerana telah mendapat sumber tenaga
daripada gula yang anda ambil. Yang penting ialah
mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan.
12. Hadkan makanan tinggi karbohidrat.
Elakkan terlebih memakan nasi atau pun makanan yang mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi.
Namun, jangan langsung tinggalkan makanan
karbohidrat kerana badan kita masih
perlukannya sebagai sumber tenaga.
13. Makan banyak buah-buahan.
Amalkan makan buah-buahan sebelum makan
terutamanya buah-buahan seperti epal, betik,
dan belimbing. Buah-buahan dapat membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit. Perut
buncit juga terjadi akibat daripada sembelit yang berlarutan dan tidak lawas. Ini menyebabkan sisa
makanan yang tidak dapat dicernakan terkumpul didalam perut dan boleh mengakibatkan pelbagai
penyakit.
14. Kurangkan buah manis.
Cuba kurangkan makan buahbuahan yang tinggi kadar
fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga.
Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam
darah.
15. Pilih menu makanan yang betul.
Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat
mengenyangkan kita.
16. Makan sedikit tetapi kerap.
Ini dapat meningkatkan metabolism. Analoginya begini, anda diberi tugas untuk memecahkan 2 jenis
batu, yang pertama seketul batu besar dan yang kedua beberapa
ketul batu kecil. Anda diberi batu super besar, saiz 40-50 kali
ganda dari batu kecik setiap 3-5 jam dan batu kecil setiap satu
jam. Yang senang dipecahkan adalah batu kecil. Begitu juga
dengan system penghadaman kita, jika saiz setiap hidangan itu
kecil, lebih mudah makanan itu dicernakan berbanding saiz
hidangan yang besar.
17. Elakkan minuman berkarbonat.
Kandungan gula didalam segelas minuman berkarbonat adalah 4 kali ganda berbanding minuman lain.
Hal ini memberi kalori yang berlebihan kepada tubuh
dan antara salah satu punca obesity. Selain itu,
minuman berkarbonat ini
juga menyebabkan perut menjadi buncit.
18. Selepas bersenam, jangan minum air 100plus atau minuman tenaga lain.
Jangan meminum air 100plus atau minuman tenaga, cukup dengan air putih (mineral). Hal ini kerana,
selepas anda bersenam, anda telah mengguna tenaga yang ada didalam badan, selepas tenaga itu habis
digunakan, badan kita secara automatik akan menggunakan sumber tenaga daripada lemak.
Jadi jika anda meminum air seperti 100plus, Revive dan sebagainya, badan kita ada sumber tenaga lain
dan tidak akan menggunakan lemak dan akhirnya lemak itu tetap ada. Cuma sesuai untuk orang yang
sudah kurus.
19. Berpuasa
Seperti yang kita tahu, berpuasa boleh membantu
dalam proses menurunkan berat badan. Anda wajib
bersahur, kerana sahur itu menggantikan sarapan.
20. Kunyah makanan lebih lama dari biasa.
Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan
mengurangkan pengambilan makanan. Selain itu, ia akan
mempercepatkan proses penghadaman dan perut tidak berangin.
21. Jangan makan lewat malam.
Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan
selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.
22. Jangan ‘skip’ makan malam.
Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan
untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan
metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7
hidangan sederhana sehari.
23. Kawal nafsu makan anda,
Ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang
sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali
hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
24. Buat senaman 'sit up' dan 'push up'.
Setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu
petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali
setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari
ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap
set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh
menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi
untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.
25. Membuang Air Kecil.
Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan
meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan
mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air
yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda jelas atau hanya mempunyai sedikit warna
kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau
yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak.
26. Membuang Air Besar.
Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang
terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air
sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar,
digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan
membantu membuang air besar degan mudah.
27. Bernafas.
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara
asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang
mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali
kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam
badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis
segala kekotoran seperti allergen. Bantu paruparu
anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan
mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek
selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.
28. Memakan Lebih Sayuran
Sayur- sayuran adalah makanan sihat yang kaya dengan
serat. Ia dapat membantu anda berasa kenyang dan
membantu mengawal tahap kalori darah. Jadikan rutin
harian anda dengan mengambil lebih sayuran untuk
memastikan perkembangan yang sistematik. Ia juga
akan membantu membakar lemak yang terkumpul di
dalam badan. Sayuran dan buah-buahan beku juga adalah
sangat baik. Ia mempunyai konsentrasi nutrisi yang
sangat tinggi berbanding dengan yang segar. Ini adalah kerana, ia disimpan di dalam peti sejuk sebelum
disediakan.
29. Mengambil Yogurt.
Mengambil yogurt dapat membantu mengurangkan berat badan dan
mengekalkan otot tanpa lemak. Satu kajian yang telah dijalankan
melibatkan sekumpulan obese diberikan yogurt setiap hari selam 12
hari berturut- turut dapat mengurangkan sebanyak 22 peratus daripada
berat badan mereka. 61 peratus dan 81 peratus lemak di dalam badan
dan perut, masing- masing mengambil kalori yang sama tetapi tidak
mengandungi produk tenusu. Elakkan daripada mengambil yogurt
yang mengandungi kandungan gula. Menambah buah-buhan segar ke
dalam yogurt juga adalah digalakkan. Ia dapat mengekalkan bekalan
protein kepada badan anda. Kesimpulannya, dengan mengamalkan tip-
tip di atas anda akan berpuas hati melihat betapa cepatnya anda
mendapatkan otot tanpa lemak. Mengamalkan diet yang sihat juga membatu anda mencapai objektif
anda.
30. Tidur yang cukup.
Tahukah anda? Tidur yang cukup mampu membakar kalori di dalam tubuh anda. Tidur yang cukup
mampu mengembalikan kesegaran tubuh dan organ di
dalam badan. Ini akan memberikan badan dan organ kita
berfungsi dengan lebih baik dan seterusnya membakar
kalori di dalam badan. Ia juga dapat meningkatkan imun
anda untuk melawan penyakit. Oleh itu, dapatkan tidur
yang cukup dan berkualiti tetapi jangan berlebihan.
Kebiasaan orang dewasa memerlukan 7 ke 8 jam waktu
tidur.
MANUSIA MEMANG SUSAH NAK IKUT PERATURAN…SETUJU??? Saya tahu sebagai
seorang manusia, memang susah nak ikut setiap cara yang diberikan. Jadi jika anda boleh praktikkan
minimum 5 cara pun dah cukup bagus.
Ehhh. Kejap….Tunggu dulu…..Nak Tips paling mudah tak?? Ada lagi Tips yang
terakhir!!…. Jika anda seorang yang sangat susah mengikut peraturan, langkah terakhir adalah
dengan menggunakan Fat Burner Mega 2.0.
Fat Burner Mega 2.0 Yang Mempunyai 4 Khasiat Yang Berlainan pertama di Malaysia:- ✔ Ultimate
Fat Burner ✔ Power Detox ✔ Collagen ✔ Triple Energy Booster
Fat Burner Mega 2.0 sangat best kerana:-
✔ Berat Badan Cepat Turun Walaupun Takde Masa Nak Bersenam & Diet
✔ Kulit Lebih Cerah, Bersinar & Masalah Jerawat Berkurang
✔ 'Membuang' Lebih Mudah. Tak Perlu Lepak Lama2 Dlm Toilet
✔ Daya Tahan Penyakit (Sistem Imun) Meningkat.
✔ Badan Sentiasa Bertenaga, Tidak Cepat Lesu & Letih.
✔ Selera Makan Terkawal.
✔ Harga Terlajak Murah Dengan pelbagai khasiat.
Inilah Hasilnya!!