Pusat Bandar 3.2-1
3.2 PUSAT BANDAR
Pusat bandar adalah salah satu daripada komponen penting bagi pembentukan sebuah
daerah. Pembangunan pusat bandar adalah bagi memastikan keperluan kawasan sekitar di
sokong dengan menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan kemudahan. Corak perkembangan
pusat bandar adalah penting bagi memastikan had sempadan pembangunan masa hadapan.
Bahkan, perancangan pusat bandar yang baik dapat membantu keseimbangan keperluan
fizikal, ekonomi, dan sosial di dalam pusat bandar dan juga kawasan sekitarnya.
3.2.1 Profil
Pusat Bandar Machang yang dikenal pasti adalah Bandar Machang, Pekan Temangan dan
Pekan Pulai Chondong. Bandar Machang berfungsi sebagai Pusat Petempatan Utama
manakala Pekan Temangan dan Pulai Chondong berfungsi sebagai Pusat Petempatan Kecil
yang menyokong keperluan Jajahan.
Fungsi utama Bandar Machang adalah sebagai pusat perniagaan, pentadbiran daerah,
pendidikan, dan perumahan. Aspek utama aktiviti guna tanah di Bandar Machang adalah
menjurus kepada aktiviti pentadbiran dan perniagaan. Bangunan pejabat daerah, dan
mahkamah adalah ditempatkan di bandar ini. Kemudahan lain yang boleh didapati di bandar
ini adalah seperti balai bomba, dewan Majlis Daerah Machang, Masjid Sultan Yahya, sekolah,
jabatan kesihatan, stesen bas dan kawasan lapang. Bandar ini merupakan bandar lama
dimana corak pembangunannya adalah berkelompok atau berpusat. Akses utama ke Bandar
Machang adalah melalui Lebuh raya persekutuan 8 (LP8) dari Kota Bharu (dari arah utara),
Jalan LP 8 dari Kuala Krai dan Gua Musang (dari arah selatan), Jalan Masjid dari Pasir Puteh
(dari arah timur) dan Jalan Tanah Merah Lama menghala ke persimpangan LP8 (arah barat).
Aktiviti yang terdapat di Pekan Pulai Chondong adalah perniagaaan, perumahan dan
pendidikan dimana perniagaan adalah merupakan aktiviti penting dan utama bagi pekan ini.
Kebanyakkan bangunan adalah bangunan lama era 50an dimana struktur bangunan
perniagaanya adalah tidak kukuh kerana kebanyakkannya adalah daripada kayu. Purata
ketinggian bangunan di pekan ini adalah satu tingkat. Corak pembangunannya adalah
berkelompok dan tidak berkembang. Akses utama ke Pekan Pulai Chondong adalah melalui
jalan LP8 dari Kota Bharu (dari arah utara) jalan LP8 dari Bandar Machang dan Kuala Krai.
Manakala di Pekan Temangan aktiviti yang dijalankan adalah perniagaan, perumahan, dan
pendidikan. Aktiviti utama pekan ini adalah perniagaan dan disokong oleh kemudahan
pengangkutan keretapi dan pengangkutan air. Bandar ini merupakan bandar pelabuhan lama
namun setelah beberapa tahun, aktiviti ini tidak lagi kelihatan malah, jeti sedia ada kelihatan
terbiar dan tidak terurus. Kebanyakkan bangunan di Pekan Pulai Chondong adalah terdiri
daripada bangunan lama dimana majoriti ketinggian bangunan adalah satu tingkat sahaja.
Corak pembangunan pekan ini adalah berpusat dan tidak berkembang. Pekan Temangan
boleh dilalui dengan tiga jenis pengangkutan iaitu jalan darat, air dan keretapi.
Pusat Bandar 3.2-2
3.2.2 Hierarki Bandar Jajahan Machang 2010
Hierarki bandar adalah penting bagi mempengaruhi imej dan identiti sesebuah bandar. Jadual
3.2.1 adalah cadangan hierarki bandar pusat-pusat petempatan Negeri Kelantan pada tahun
2020 bagi Jajahan Machang. Cadangan ini adalah penting dan perlu diambil kira di dalam
kajian RT Jajahan Machang 2010.
Kemudahan-kemudahan seperti, pejabat Majlis Daerah, pusat membeli-belah, pembekal-
pembekal borong untuk perladangan, sekolah, bank, hospital atau klinik daerah, pejabat pos,
masjid, mahkamah, balai bomba, dan taman bandaran adalah kemudahan yang perlu ada
pada hierarki pusat petempatan.
Manakala Pekan Labok, Pulai Chondong, Temangan dan Bukit Tiu mengikut analisa keadaan
semasa, bandar ini merupakan Pusat Petempatan Kecil yang menyokong keperluan
petempatan di sekitarnya. Komponen yang perlu ada bagi Pusat Petempatan Kecil juga
terdapat di Pekan Labok, Pulai Chondong, Temangan dan Bukit Tiu seperti sekolah,
perniagaan, pejabat pos dan balai polis.
Hierarki perbandaran bagi, Kampung Pek, Kampung Joh, Kampung Kerilla, Kampung Paloh
Rawa adalah Pusat Pertumbuhan Desa. Daripada permerhatian yang dijalankan, kampung-
kampung ini boleh dikategorikan sebagai Pusat Pertumbuhan Desa. (Rajah 3.2.1)
Di dalam laporan ini, penempuan pusat petempatan yang akan dibincangkan adalah Bandar
Machang, Pulai Chondong dan Temangan
Jadual 3.2.1: Cadangan-Cadangan Hierarki Pusat-Pusat Petempatan Negeri Kelantan Pada
Tahun 2020
Fungsi
Hierarki
Taraf BANDAR/PUSAT
PETEMPATAN
(Semasa)
Pusat Petempatan Hierarki
Petempatan
Pusat
Petempatan
Utama
Taraf 2 Pusat Bandar Machang Machang Pusat
Petempatan
Utama
Pusat
Petempatan
Kecil
Taraf 3 i. Labok
ii. Pulai Chondong
iii. Temangan
iv. Bukit Tiu
i. Labok
ii. Pulai Chondong
iii. Temangan
Pusat
Petempatan
Kecil
Taraf 4 iv. Bukit Tiu
Pusat
Pertumbuhan
Desa(PPD)
PPD i. Kampung.Pek
ii. Kampung.Joh
iii. Kampung.Kerilla
iv. Kampung.Paloh
Rawa
v. Kampung.Labok
vi. Kampung.Banggol
Judah
vii. Kampung.Pek
viii. Kampung.Joh
ix. Kampung.Kerilla
x. Kampung.Paloh
Rawa
Pusat
Pertumbuhan
Desa
Sumber: Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2020
Pusat Bandar 3.2-3
Pusat Bandar 3.2-4
3.2.3 Elemen Perbandaran Jajahan Machang 2010
Sesuatu kawasan yang dibangunkan sebagai pusat bandar perlu mempunyai kriteria-kriteria
yang tertentu. Berikut merupakan kriteria atau elemen-elemen perbandaran yang diperlukan
mengikut hierarki pusat bandar di Jajahan Machang:
Jadual 3.2.2: Senarai Elemen Perbandaran Yang Diperlukan Bagi Bandar-Bandar Di
Jajahan Machang
Hierarki Bandar Elemen Perbandaran(Dasar Perbandaran Negara)
Pusat Petempatan Utama
Pentadbiran • Pejabat Daerah
• Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Daerah
Perkhimatan Kewangan • Bank Tempatan
• Syarikat/Broker Insuran Tempatan
• Syarikat Stok / Sekuriti Tempatan (kiosk)
• Perkhidmatan Kewangan Tempatan(Agen)
Perniagaan dan perdagangan
• Pejabat Tempatan(Pejabat Wakil dan cawangan)
• Pasaraya tempatan
• Kedai Runcit Tempatan
• Jual Runcit tempatan secara ‘Informal
• Perkhimatan tempatan membaiki barangan persendirian dan isi rumah
• Jualan Langsung
Kemudahan Masyarakat
• Perpustakaan
• Sekolah menengah dan sekolah rendah
• Hospital Kerajaan
• Klinik Kesihatan
• Klinik Swasta
• Dewan Serbaguna
• Stadium/Padang
• Taman Bandar
• Masjid
• Lain-lain tempat ibadat
• Ibu Pejabat Polis Daerah
• Balai Polis
• Balai Bomba
• Pejabat Pos
Pengangkutan
• Stesen Bas / Teksi
• Stesen Keretapi
• Teksi
• Bas
Pusat Petempatan Kecil
Pentadbiran • Pejabat Daerah
• Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Daerah
Perkhimatan Kewangan • Bank Tempatan
• Syarikat/Broker Insuran Tempatan
• Syarikat Stok / Sekuriti Tempatan (kiosk)
• Perkhidmatan Kewangan
Pusat Bandar 3.2-5
Hierarki Bandar Elemen Perbandaran(Dasar Perbandaran Negara)
Tempatan(Agen)
Perniagaan dan perdagangan
• Pejabat Tempatan(Pejabat Wakil)
• Pasaraya tempatan
• Kedai Runcit Tempatan
• Jual Runcit tempatan secara ‘Informal
• Perkhimatan tempatan membaiki barangan persendirian dan isi rumah
• Jualan Langsung
Kemudahan Masyarakat
• Perpustakaan bergerak
• Sekolah menengah dan sekolah rendah
• Klinik Kesihatan
• Klinik Desa
• Dewan Serbaguna
• Padang
• Taman Tempatan
• Masjid
• Lain-lain tempat ibadat
• Balai Polis
• Balai Bomba
• Pejabat Pos
Pengangkutan
• Teksi
• Bas
Sumber: Dasar Perbandaran Negara
Jadual 3.2.3: Hierarki Dan Kemudahan Perbandaran Bagi Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil Jajahan Machang
Sektor Kriteria Perbandaran
Pusat Petempata
n Utama (Pusat Bandar
Machang)
Pusat Petempatan
Kecil (Temangan)
Pusat Petempatan Kecil (Pulai Chondong)
Pusat Petempatan
Kecil (Labok)
Pentadbiran • Majlis Daerah � • Jabatan-jabatan
Kerajaan Negeri dan Daerah
� � �
Perkhimatan Kewangan
• Bank Tempatan � • Syarikat/Broker
Insuran Tempatan �
• Syarikat Stok / Sekuriti Tempatan (kiosk)
• Perkhidmatan Kewangan Tempatan(Agen)
�
Perniagaan dan perdagangan
• Pejabat Tempatan(Pejabat Wakil dan cawangan)
�
• Pasaraya tempatan
�
Pusat Bandar 3.2-6
• Kedai Runcit Tempatan
� � � �
• Jual Runcit tempatan secara ‘Informal
� � � �
• Perkhimatan tempatan membaiki barangan persendirian dan isi rumah
� � � �
• Jualan Langsung � Hotel
• ‘Budget Hotel’ 4/2 bintang
• Rumah Tetamu Kemudahan Masyarakat
• Perpustakaan bergerak
• Sekolah menengah dan sekolah rendah
� � � �
• Hospital Kerajaan �
Tidak Berkaitan
Tidak Berkaitan
Tidak Berkaitan
• Klinik Kesihatan � � � � • Klinik Swasta � • Dewan
Serbaguna �
• Stadium/Padang � • Taman
Bandar/tempatan
• Masjid/Surau � � � � • Lain-lain tempat
ibadat �
• Ibu Pejabat Polis Daerah
� Tidak
Berkaitan Tidak
Berkaitan Tidak
Berkaitan • Balai
Polis/pondok polis � � � �
• Balai Bomba � • Pejabat Pos � � �
Pengangkutan • Stesen Bas / Teksi
� Tidak
Berkaitan Tidak
Berkaitan Tidak
Berkaitan • Stesen Keretapi
� Tidak Berkaitan
Tidak Berkaitan
• Teksi � � � � • Bas � � � �
Sumber: Kajian Lapangan Sektor Pusat Bandar, RT Jajahan Machang 2010
Petunjuk
Tidak disediakan
Pusat Bandar Machang mempunyai potensi untuk dipertingkatkan fungsinya sebagai Pusat
Petempatan Utama seperti yang dicadangkan di dalam RSN Kelantan 2020 memandangkan elemen
perbandaran sedia ada melebihi 50 peratus iaitu sebanyak 78 peratus sebagai Pusat Petempatan
Utama.(Rajah 3.2.2)
Namun Pekan Temangan, Pekan Pulai Chondong dan Pekan Labok masing-masing mempunyai
peratus tahap perbandaran yang kurang dari 50 peratus sebagai pusat petempatan kecil seperti yang di
cadangkan di dalam RSN Kelantan 2020.
mencapai tahap perbandaran ya
pekan-pekan ini perlulah disediakan mengikut keperluan hierarki perbandaran
dewan serbaguna, taman tempatan, balai polis, pejabat pos, klinik swasta dan sebagainya.
Rajah 3.2.2: Peratus Kadar Perbandaran Pusat Bandar Machang, Pekan Temangan, Pekan
Sumber: Kajian Lapangan Sek
Pekan Pulai Chondong,
36%
Pekan Labok, 36%
cadangkan di dalam RSN Kelantan 2020. Pekan-pekan ini perlu diberi tumpuan yang lebih bagi
mencapai tahap perbandaran yang digariskan di dalam RSN Kelantan. Elemen
pekan ini perlulah disediakan mengikut keperluan hierarki perbandaran
guna, taman tempatan, balai polis, pejabat pos, klinik swasta dan sebagainya.
Peratus Kadar Perbandaran Pusat Bandar Machang, Pekan Temangan, Pekan
Pulai Chondong, Pekan Labok
Sumber: Kajian Lapangan Sektor Pusat Bandar, RT Jajahan Machang 2010
Pekan Temangan,
45%
Pusat Bandar
Machang, 78%
Pekan Labok, 36%
Pusat Bandar 3.2-7
pekan ini perlu diberi tumpuan yang lebih bagi
ng digariskan di dalam RSN Kelantan. Elemen-elemen perbandaran di
pekan ini perlulah disediakan mengikut keperluan hierarki perbandaran seperti penyediaan
guna, taman tempatan, balai polis, pejabat pos, klinik swasta dan sebagainya.
Peratus Kadar Perbandaran Pusat Bandar Machang, Pekan Temangan, Pekan
Pekan Temangan,
Pusat Bandar 3.2-8
3.2.4 Sempadan Bandar Dan Guna Tanah Pusat Bandar
Keluasan semasa kawasan Pusat Bandar Machang adalah 153.881 hektar, 72.89 hektar bagi
pekan Temangan dan 42.53 hektar bagi Pulai Chondong. Sempadan bandar ini adalah
merujuk kepada pelan pengkawasan yang digunapakai oleh Majlis Daerah Machang. (Rajah
3.2.2)
Corak guna tanah Bandar Machang adalah lebih tertumpu kepada kawasan perumahan yang
tidak terancang iaitu kawasan kampung. Aktiviti perniagaan di Bandar Machang mampu
memenuhi keperluan penduduk selaras dengan fungsinya sebagai bandar utama. Manakala
tiada aktiviti perindustrian didapati di Pusat Bandar Machang. Namun, masih juga terdapat
kawasan kosong yang masih belum dibangunkan seperti kawasan yang terletak berdekatan di
Jalan Kweng Umat.
Guna tanah utama Pekan Pulai Chondong adalah pertanian dan perumahan tidak terancang.
Pembangunan perniagaan didapati di dalam skala yang kecil dan kebanyakannya
menjalankan aktiviti peruncitan. (Rajah 3.2.3)
Aktiviti guna tanah utama di Pekan Temangan ialah pertanian. Kuantiti dan bilangan
bangunan perniagaan adalah sedikit dan kebanyakkannya sudah tidak lagi beroperasi.
Bangunannya kelihatan usang dan tidak terjaga. (Rajah 3.2.4)
Pusat Bandar 3.2-1
Pusat Bandar 3.2-1
Pusat Bandar 3.2-2
Pusat Bandar 3.2-3
3.2.5 Cadangan Awal
Beberapa cadangan bagi puat bandar adalah seperti berikut
i. Mengukuhkan fungsi Bandar Machang, Pekan Temangan, dan Pekan Pulai
Chondong mengikut hierarki yang telah ditetapkan dalam Rancangan Struktur Negeri
Kelantan 2020 seperti menjadikan Bandar Machang sebagai pusat petempatan
utama, pekan Temangan dan Pulai Chondong sebagai Pusat Petempatan Desa.
ii. Menggalakkan penumpuan prioriti pembangunan di dalam kawasan had bandar yang
telah dikenal pasti bagi mengelakkan pembangunan ’sprawl’ di samping membentuk
fizikal bandar yang padat di kawasan had perbandaran ini.
iii. Menaiktarafkan fungsi kawasan UiTM Machang sebagai Pusat Pertumbuhan Kecil
yang baru bagi menampung keperluan perbandaran kawasan Jajahan Machang di
sebelah Timur dan juga untuk kemudahan pelajar-pelajar di UiTM. Dengan kewujudan
kawasan UiTM sebagai Pusat Pertumbuhan Kecil yang baru, keseimbangan
perbandaran di jajahan ini dapat dicapai dan terbentuknya segitiga antara Pusat
Pertumbuhan Kecil sedia ada seperti pekan Temangan, Pulai Chondong dengan
kawasan UiTM. Ia juga dapat menggalakan pembangunan kemudahan yang
diperlukan di dalam kawasan segitiga ini.
iv. Meningkatkan kemudahan dalam bandar seperti mewujudkan aksesibiliti yang baik,
menyediakan sekolah dan institusi, kemudahan pentadbiran kerajaan, perkhidmatan
dan perindustrian bagi menyokong fungsi sesebuah bandar sebagai Pusat
Pertumbuhan Utama dan Pusat Pertumbuhan Kecil.