1
Tindakan Perundangan ke atas pihak yang melakukan kesalahan.
Rujuk kepada undang-undang Jabatan.
Melalui izin bertulis Pendakwa Raya.
Aduan pada Majistret…
05/01/23mazlanmansor
PENYEDIAAN PENGADUAN
2
Prosedur PerundanganKPPP2214Tahun 2 Semester II
Program Kesihatan PersekitaranKolej Sains Kesihatan Bersekutu
Oleh: Mazlan Mansor
05/01/23mazlanmansor
Objektif Am Dalam bab ini, anda boleh menyediakanSatu Pengaduan.
Objektif Khusus Pada hujung sesi ini anda dapat:
1. Menerangkan bidangkuasa perbicaraan mahkamah2. Menghuraikan syarat-syarat untuk memulakan perbicaraan3. Menghuraikan prosedur membuat aduan ke mahkamah4. Menerangkan kaedah menolak aduan oleh majistret
05/01/23
3
mazlanmansor
Seksyen 121. KPJ Tempat yang biasa bagi siasatan dan perbicaraan. Setiap kesalahan hendaklah disiasat dan dibicarakan oleh
mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya kesalahan itu dilakukan.
Seksyen 122. KPJ Tempat perbicaraan jika perbuatan adalah kesalahan kerana
ada hubungan dengan kesalahan lain. Apabila sesuatu perbuatan menjadi suatu kesalahan kerana perkaitannya
dengan perbuatan yang lain yang menjadi suatu kesalahan. Menjadi keslahan jika orang yang melakukan itu berupaya melakukan
kesalahan. Maka, suatu TUDUHAN ke atas kesalahan pertama disebutkan
tadi bolehlah disiasat atau dibicarakan.
05/01/23mazlanmansor
4
MAHKAMAHARKIB : 08/03/2013
Pertambahan bidang kuasa mahkamah rendah mulai 1 MacOleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA 8 Mac - Pindaan Akta Mahkamah Rendah (pindaan) 2010 (Akta A1382) yang dikuatkuasakan pada 1 Mac lalu telah menaikkan bidang kuasa sivil mahkamah rendah. Melalui pindaan itu, bidang kuasa sivil Mahkamah Sesyen dinaikkan daripada RM250,000 kepada RM1 juta manakala bidang kuasa sivil Mahkamah Majistret dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM100,000.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, pembaharuan tersebut berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah dan komplikasi yang dikhuatiri berlaku oleh segelintir peguam sebelum ini. "Ia merupakan sebahagian daripada transformasi kehakiman yang akan dijalankan secara berterusan," katanya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130308/ma_07/Pertambahan-bidang-kuasa-mahkamah-rendah-mulai-1-Mac#ixzz3OJGYA5C9
© Utusan Melayu (M) Bhd
05/01/23mazlanmansor
5
05/01/23mazlanmansor
6
Sistem mahkamah Malaysia berasal daripada piagam tahun 1807 (Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan Mahkamah Keadilan di penempatan Pulau Pinang.
Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di dalam Komanwel Asia Tenggara:1. Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu2. Mahkamah Agung Singapura3. Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan
Brunei Setiap Mahkamah Agung yang terdiri daripada
sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
05/01/23mazlanmansor
7
Pembentukan Malaysia Dalam tahun 1963 wilayah-wilayah British yang masih tinggal, telah
dikorporatkan menjadi Persekutuan Malaysia yang lebih besar. Perlembagaan 1963 telah diganti dengan pelbagai Mahkamah Rayuan dan satu Mahkamah Persekutuan Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, bersama tiga Mahkamah Tinggi, yang masing-masing diketuai oleh Ketua Hakim, seperti di bawah ini:
Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Singapura Mahkamah Tinggi Borneo Satu Mahkamah Agong Keadilan telah diwujudkan di Brunei. Mahkamah Tinggi Singapura telah berhenti menjadi sebahagian
daripada sistem mahkamah Malaysia apabila Singapura meninggalkan persekutuan tersebut pada 9 Ogos 1965.
05/01/23mazlanmansor
8
Mahkamah Persekutuan Merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan
semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.
Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.
05/01/23mazlanmansor
9
Di ketuai oleh Ketua Hakim Negara yang juga merupakan pemegang kuasa tertinggi badan kehakiman Malaysia.
Setiap perbicaraan akan di dengar oleh satu korum yang mengandungi tidak kurang daripada tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan atau jumlah ganjil lain yang lebih besar sepertimana yang di putuskan oleh Ketua Hakim Negara mengikut keperluan kes.
Dalam kes-kes yang melibatkan isu undang-undang yang rumit, jumlah hakim yang bersidang mungkin bertambah kepada lima atau tujuh orang.
05/01/23mazlanmansor
10
Kes-kes adalah di putuskan mengikut pendapat atau pandangan majoriti hakim-hakim yang bersidang. Sebagai mahkamah yang tertinggi, keputusan yang di buat oleh Mahkamah Persekutuan merupakan ketetapan terakhir berhubung perselisihan di antara pihak-pihak yang terlibat. Tiada lagi rayuan boleh di buat ke atas keputusan yang di berikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Artikel 121(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Persekutuan adalah sepertimana berikut: Bidangkuasa Rayuan Bidangkuasa Asal Bidangkuasa Rujukan Bidangkuasa Penasihat
05/01/23mazlanmansor
11
Mahkamah Rayuan Mahkamah Rayuan di ketuai oleh seorang Presiden dan 13 orang
hakim Mahkamah Rayuan yang lain. Presiden Mahkamah Rayuan bertanggung jawab kepada Ketua
Hakim Negara. Mahkamah Rayuan di tubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan
bidang kuasa yang khusus iaitu berkaitan dengan rayuan. Perbicaraan di Mahkamah Rayuan adalah di jalankan dengan satu
korum yang terdiri daripada sekurang-kurang nya tiga orang hakim atau jumlah ganjil lain yang lebih besar mengikut keperluan sepertimana yang di tentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan.
Kes-kes adalah di putuskan mengikut pendapat atau pandangan majoriti hakim-hakim yang bersidang.
05/01/23mazlanmansor
12
Artikel 121(1B) perlembagaan persekutuan; Bidang kuasa rayuannya boleh mendengar rayuan
bagi kedua-dua kes sivil dan jenayah dari Mahkamah Tinggi dan,
Rayuan berkaitan kes-kes jenayah sahaja dari Mahkamah Sesyen. Dalam kes-kes sivil, tiada rayuan boleh di bawa ke Mahkamah Rayuan dalam keadaan-keadaan seperti berikut: Apabila ianya melibatkan jumlah atau nilai yang kurang
daripada RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu) tidak termasuk faedah kecuali dengan kebenaran Mahkamah Rayuan.
05/01/23mazlanmansor
13
Dimana penghakiman ke atas perbicaraan asal di buat dengan persetujuan ke dua-dua belah pihak.
Dimana penghakiman adalah berkaitan dengan kos sahaja yang mana terdapat peruntukan undang-undang yang memberi kuasa pemutus muktamad kepada mahkamah di mana perbicaraan asal di jalankan.
Dimana di nyatakan dengan jelas oleh peruntukan undang-undang bahawa penghakiman yang di buat oleh Mahkamah Tinggi adalah muktamad dan tidak boleh di buat rayuan.
05/01/23mazlanmansor
14
Mahkamah Tinggi Terdapat dua Mahkamah Tinggi di Malaysia iaitu Mahkamah
Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Kedua-duanya di ketuai masing-masing oleh Hakim Besar
Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Mereka bertanggung-jawab kepada Ketua Hakim Negara.
Kedua-dua Mahkamah Tinggi ini mempunyai status dan budang kuasa yang sama. Bidang kuasa dan tanggung jawab Mahkamah Tinggi boleh di bahagikan kepada: Bidangkuasa asal Bidangkuasa rayuan Bidangkuasa penyeliaan
05/01/23mazlanmansor
15
Bidangkuasa asal adalah tidak terhad. Ia boleh mendengar kes-kes jenayah yang membawa hukuman mati. Ia boleh membicarakan kes-kes sivil tanpa had nilai.
Bidangkuasa asal perbicaraan kes-kes jenayah di MT, orang yang di tuduh, misalnya dalam kes bunuh mestilah terlebih dahulu di hadapkan ke Mahkamah Majistret untuk sebutan awal kes. Selepas Mahkamah Majistret berpuashati wujudnya kes prima facie terhadap yang tertuduh, baharulah ianya di rujuk untuk perbicaraan di MT.
Prosedur ini ialah suatu yang wajib, sekiranya tidak di ikuti akan menyebabkan perbicaraan di Mahkamah Tinggi boleh di istiharkan sebagai tidak sah.
Bidang kuasa asal perbicaraan kes-kes sivil, MT mempunyai kuasa yang tidak terhad. Membicarakan kes yang berkaitan dengan perceraian dan perkahwinan; perkapalan;
kes-kes kebangkrapan dan syarikat; perlantikan dan pengawalan penjaga-penjaga kepada kanak-kanak serta orang kurang upaya dan harta benda mereka; pemberian probet wasiat dan surat kuasa pentadbiran wasiat.
Kebiasaanya membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah dan nilai yang melebihi RM250,000-00 (RM: Dua Ratus Lima Puluh Ribu) kerana jumlah yang kurang daripada itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.
05/01/23mazlanmansor
16
Bidang Kuasa Rayuan MT mempunyai kuasa untuk mendengar rayuan berkaitan kes-kes jenayah
dan sivil yang di putuskan oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Semua perbicaraan adalah dalam bentuk perbicaraan semula.
Bidang Kuasa Penyeliaan MT juga diberikuasa penyeliaan umum dan penyemakan ke atas semua
mahkamah-mahkamah rendah. Ia mempunyai kuasa: Menyelia tata-laku dan menyemak keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh
mahkamah-mahkamah yang lebih rendah, badan-badan separa kehakiman dan tribunal.
Meminta rekod-rekod mana-mana perbicaraan di mahkamah-mahkamah rendah samada kes-kes sivil atau jenayah pada mana-mana tahap perbicaraan.
Memindahkan kes-kes yang di bicarakan di mahkamah rendah ke MT atau memberi apa-apa arahan kepada mahkamah rendah yang mana pada pendapat mereka adalah perlu untuk kepentingan keadilan.
05/01/23mazlanmansor
17
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.
Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk
membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.
05/01/23mazlanmansor
18
Mahkamah Majistret Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, Dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah
serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.
Mahkamah Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. (sebelum 2013)
Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.
Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.
05/01/23mazlanmansor
19
Majistret kelas II mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes jenayah yang mana penetapan hukuman maksima nya ialah penjara tidak melebihi 12 bulan atau kesalahan yang mana hukuman nya di kenakan denda sahaja. Majistret kelas II mempunyai kuasa memberi hukuman tidak melebihi: 6 bulan penjara Denda tidak melebihi RM1,000-00 (RM: Satu Ribu), atau Apa-apa hukuman yang terdiri daripada campuran kedua-dua di atas.
Majistret kelas II mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar kes-kes tuntutan hutang yang melibatkan jumlah tidak melebihi RM5,000-00 (RM:
Lima Ribu). Bidang kuasa tambahan Mahkamah Majistret ialah menjalankan
perbicaraan awal ke atas kes-kes jenayah yang akan di rujuk ke Mahkamah Tinggi bagi mempastikan wujudnya kes prima facie untuk di teruskan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi.
05/01/23mazlanmansor
20
MJ di wujudkan khusus untuk perbicaraan ke atas kesalahan-kesalahan oleh pesalah juvana iaitu yang berumur di antara 10 hingga 18 tahun kecuali kesalahan-kesalahan yang melibatkan hukuman bunuh.
Perbicaraan ini di jalankan oleh Majistret kelas I dengan di bantu oleh dua orang biasa sebagai penasihat di mana salah seorang daripadanya mestilah seorang perempuan.
Kuasa penghakiman adalah di tangan Majistret manakala tugas penasihat adalah memberi nasihat kepada Majistret mengenai jenis hukuman yang bersesuaian.
Pesalah juvana boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan yang di putuskan oleh Mahkamah Juvana.
05/01/23mazlanmansor
21
Mahkamah lain Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk
membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia dan memahami bahasa Melayu.
Perbicaraan diadili oleh Penghulu atau Ketua Kampung yang di lantik oleh kerajaan negeri.
Bidang kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.
Mahkamah Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli.
05/01/23mazlanmansor
22
Soalan yang sering ditanya kepada Pegawai Pendakwa.. Soalan 1,
Kes Jab. Kesihatan bukan kes jenayah, kenapa perlu guna KPJ? Jawapan : Kes Jabatan Kesihatan adalah “Kes Quasi Jenayah.”
Soalan 2, Dalam KPJ, perkataan polis sahaja sering disebut. Pegawai
Berkuasa jabatan tidak langsung wujud dalam KPJ? Jawapan : Parlimen Persekutuan M’sia telah memerintahkan
Sek. 3. KPJ, bahawa semua kesalahan dibawah undang-undang yang lain hendaklah dibuat siasatan dan dibicarakan mengikut peruntukan KPJ. Oleh itu, INI ADALAH SUATU ARAHAN MANDATORI STATUT. JIKA TIDAK DIPATUHI MENYEBABKAN KES KITA GAGAL.
05/01/23mazlanmansor
23
Sek. 128. Syarat Dikehendaki untuk Memulakan Perbicaraan(1) Majistret bolehlah mengambil tahu mengenai sesuatu kesalahan.a) Apabila menerima sesuatu ADUAN.b) Apabila ia sendiri mengetahui dan mengesyaki kesalahan
dilakukan.c) Apabila Pendakwa Raya berpendapat suatu kesalahan telah
dilakukan dan ia dengan waran yang telah dikeluarkannya (M) mengkehendaki seorang Majistret menyiasat hal itu dan majistret tersebut menerima waran itu.
d) Bila mana juga orang tahanan dibawa ke hadapannya (M) tayang mana majistret itu mempunyai bidangkuasa membicarakannya.
05/01/23mazlanmansor
24
Seksyen 128(2), KPJ. Apabila majistret mengambil tahu mengenai
kesalahan di bawah fasal (b), maka OKT berhak mengkehendaki kes itu dibicara oleh Majistret lain.
Oleh itu, Kita perlu membuat ADUAN kepada Majistret untuk memulakan prosiding.
Siapakah Pengadu? Pegawai Serbuan (RO) – Raiding Officer
05/01/23mazlanmansor
25
Seksyen 129. KPJ Sanksi (Kebenaran) adalah dikehendaki bagi pendakwaan
kesalahan yang tertentu, (1) Mahkamah tidak boleh ambil tahu tentang; Mana-mana kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 172-
178. Kanun Keseksaan KECUALI dengan mendapat kebenaran PR. Terpakai juga atas persubahatan atas kesalahan atau percubaan
melakukannya. Apabila sanksi diberi maka Mahkamah yang mengambil tahu kes,
bolehlah merangka tuduhan. Sanksi berkuatkuasa tempoh SEBULAN daripada tarikh diberi
kebenaran Masanya aduan daripada Pendakwa Raya mustahak
05/01/23mazlanmansor
26
• Kerajaan yang membawa kes jenayah di mahkamah• Pendakwaan kes jenayah bermula bila terdapat
pelanggaran undang-undang tertentu• Jabatan tersebut membuka kertas siasatan dan
menjalankan siasatan• Setelah menjalankan siasatan - kertas siasatan
dikemuka kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada mendakwa atau tidak • Jika terdapat bukti cukup - pertuduhan terhadap suspek• Tanpa bukti yang cukup – tiada tindakan
• Lazimnya, keputusan untuk mendakwa akan dibuat jika didapati bahawa sifat kesalahan itu jenis yang perlu didakwa dari segi kepentingan umum.
05/01/23mazlanmansor
27
28
• Semua pendakwaan jenayah atas nama pendakwa raya
• Pendakwaan dalam mahkamah majistret harus mendapat surat kuasa bertulis daripada pendakwa raya untuk menjalankan pendakwaan
• Pendakwaan yang dijalankan oleh pegawai jabatan kerajaan mesti mendapat samada sanksi atau keizinan mendakwa (dalam bentuk bertulis)
• Tempoh sanksi tamat satu bulan dari tarikh diberikan
• Keizinan mendakwa tiada tempoh tamat tetapi undang-undang khas jabatan akan menamatkan tempuhnya
• Sanksi atau keizinan mendakwa perlu dikemukan dan ditandakan sebagai eksibit sebelum perbicaraan dimulakan
05/01/23mazlanmansor
29
• Apabila sanksi atau keizinan mendakwa diterima dari Pendakwa Raya - pegawai pendakwa menyediakan pengaduan, pertuduhan dan saman dan dihantar ke mahkamah untuk didaftarkan
• Pengaduan menyebut tentang jenis jenayah yang dilakukan, nama orang kena tuduh, memberi tarikh, masa lebih kurang dan lokasi jenayah berlaku
• Dalam pengaduan, • Fakta yang mencukupi juga ditunjuk kenapa
orang kena tuduh dituduh, • Mengenalpasti punca maklumat yang
terdapat dalam pengaduan dan memberi sebab kenapa punca boleh dipercayai.
05/01/23mazlanmansor
30
• Pendakwaan - kebanyakan jenayah dimula dalam tempoh tertentu ditetapkan oleh undang-undang tertentu
• Kerajaan mempunyai enam tahun untuk mulakan kes ‘felony’ (satu jenayah di mana seseorang boleh dijatuhkan hukuman penjara setahun ke atas) dan,
• Tiga tahun untuk ‘misdemeanor’ (satu jenayah di mana penalti maksima ialah satu tahun penjara)
• Walaubagaimanapun, tiada had masa untuk pendakwaan kes pembunuhan manusia• Tujuan utama untuk menghadkan masa
ialah untuk memastikan kes jenayah dibicara sementara bukti masih ada dan ingatan saksi masih segar.
05/01/23mazlanmansor
31
Rancangan Pra-perbicaraan.
Apakah faktor yang mempengaruhi akibat sesuatu perbicaraan? Untuk memastikan kes yang dibawa menang, dua soalan terpenting patut diberi perhatian:
1)Apakah keputusan yang ingin dicapai dari bukti-bukti yang dikemukakan? dan
2)Apakah bukti yang diperlukan untuk mencapai kejayaan?
05/01/23mazlanmansor
Apa yang terjadi? Bagaimana ia terjadi? Bilakah ia terjadi? Kenapa ia terjadi, iaitu, sekarang saya ketahui apa terjadi, apa
yang berlaku sebelum ini menyebabkan perkara ini terjadi? Di mana ia terjadi? Apa lagi akan atau mungkin terjadi selepas
kejadian ini? Siapa yang lakukan apa? Kepada siapa atau apa akan ia lakukan?
Apakah yang perlu saya buktikan? Bagaimanakah saya gunakan bukti untuk membuktikan apa yang
saya perlu buktikan? Bagaimanakah saya akan mendapat bukti yang saya perlukan di
hadapan mahkamah? Bagaimanakah saya menyakinkan mahkamah bahawa bukti
membuktikan apa yang saya ingin ia buktikan?
Apakah bukti yang pihak lawan mengemukakan di mahkamah? Apakah yang pihak lawan berhujah berdasarkan bukti yang
dikemukakan? Bagaimanakah saya membantah hujah pihak lawan? Bagaimana saya menyakinkan mahkamah untuk membuat
keputusan yang menguntungkan saya?
05/01/23
32
mazlanmansor
Seksyen 2. KPJ. ADUAN, penyataan yang dibuat secara
lisan atau secara bertulis kepada Majistret supaya ia dapat mengambil tindakan di bawah Kanun ini bahawa segelintir orang sama ada dikenali ataupun tidak telah melakukan atau didapati bersalah atas sesuatu kesalahan.
05/01/23mazlanmansor
33
05/01/23
34
mazlanmansor
35
05/01/23mazlanmansor
Sek. 133 Pemeriksaan Terhadap Pengadu (1)Apabila seorang Majistret mengambil tahu
mengenai suatu kesalahan atas suatu ADUAN; (a) Majistret hendakalah menetapkan suatu tarikh untuk
memeriksa pengadu mengikut seksyen ini. (b) Mj hendaklah menyampaikan notis secara bertulis kepada
PR sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pemeriksaan terhadap pengadu.
(c)Notis pernggan (b) hendaklah disampaikan ke[ada PR sebelum Mj melakukan pemeriksaan terhadap pengadu.
(d) Mj hendaklah memeriksa pengadu itu setelah mengangkat sumpah dan isi pemeriksaan perlu dicatatkan sec. bertulis dan perlu ditandatangani oleh Pengadu dan Mj.
05/01/23mazlanmansor
36
(e) PR boleh hadir dan membantu Mj dalam peperiksaan terhadap pengadu.
(1A) PR boleh pada bila-bila masa peringkat pemeriksaan mengarah Polis untuk menyiaat kesalahan yang diadukan itu dan melaporkan kepadanya (PR).
(1B) Jika PR mengarahkan Polis untuk menyiasat keslahan yang diadukan itu, Mj tidak boleh meneruskan pemeriksaan terhadap pengadu.
(2) Seksyen ini TIDAK BOLEH dikenakankepada sesuatu pengaduan ia adalah kes saman dan saman telah pun diminta oleh seoarang pegawai polis, pegawai awam atau seorang pengkhidmat awam yang bertindak secara rasmi.
05/01/23mazlanmansor
37
Sek. 134 Tangguh Mengeluarkan Proses Jikalau, MJ meragui kebenaran aduan dengan
merekod bolehlah menangguh pengeluaran saman.
Memaksa orang tertuduh hadir dan sama ada ia sendiri membuat siasatan dalam kes itu atau arahkan pegawai polis buat siasatan terhadap kebenaran aduan serta membuat laporan kepadanya dan kepada PR berkenaan hasil siasatan.
05/01/23mazlanmansor
38
05/01/23
39
(a)Pengaduan adalah satu dokumen yang disediakan oleh jabatan yang mendakwa. • Satu pernyataan bertulis - fakta penting
menuduh seseorang individu yang telah melakukan suatu kesalahan.
• Menyediakan identiti tertuduh dan memberitahu tertuduh tentang tuduhan yang dibuat terhadapnya.
• Menyertakan seksyen undang-undang dan jenayah yang dilakukan, mangsa sekiranya ada dan tarikh dan masa jenayah dilakukan.
• Diisi dalam borang tersedia (Mahkamah 143) (Pin. 1/80).
Apabila pengaduan difailkan, pihak mahkamah akan meluluskan pertuduhan dan saman yang akan mencatat nama dan nombor saman kes berkenaan dan alamat pegawai yang memfailkan pengaduan. Setiap proseding jenayah mesti dimula dengan memfailkan satu pengaduan.
mazlanmansor
05/01/23
40
mazlanmansor
05/01/23
41
(c) Ralat. (Kesalahan @ kesilapan)Perkara kecil yang tidak dimasukan dalam borang pengaduan atau ralat yang terdapat tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk membatalkan kes kecuali terdapat prasangka ketara terhadap tertuduh yang boleh ditunjuk dari kesilapan tersebut.
(d) Masa untuk memfailkan pengaduan.
Pengaduan boleh difailkan pada bila-bila masa dalam tempuh yang ditetapkan oleh undang-undang tertentu.
mazlanmansor
05/01/23
42
Objektif pengaduan.• Membolehkan mahkamah memeriksa
apa kesalahan dilakukan • Membolehkan mahkamah mengetahui
bagaimana kesalahan dilakukan dan apa hukumannya
• Membolehkan mahkamah membuat penolakan atau menerima aduan tersebut .
Bagaimana menyediakan Pengaduan.• Guna borang Mahkamah 143 • Jika ruangan tidak mencukupi gunakan
lampiran
mazlanmansor
05/01/23
43
Untuk mulakan sesuatu kes pendakwaan, anda perlu memfailkan satu pengaduan;
1.Pengaduan ialah satu dokumen rasmi, dinamakan sebagai ‘pleading’, yang menyenaraikan alasan kenapa pendakwaan dilakukan.
2.Ia juga menyenaraikan fakta kes dan penyebab tindakan – alasan sah - untuk pendakwaan.
3.Seorang yang memfailkan pengaduan dinamakan sebagai penuduh (plaintiff) dan orang, kumpulan, orang atau syarikat yang pengaduan diaju dinamakan sebagai orang kena tuduh (defendan).
4.Selepas pengaduan disediakan, ia perlu dihantar ke mahkamah untuk difailkan.
mazlanmansor
05/01/23mazlanmansor
44
05/01/23
45
ArahanLangkah 1
Rangkakan pengaduan untuk difailkan.
Berikut merupakan langkah memfailkan pengaduan:
mazlanmansor
05/01/23
46
Langkah 2
• Berhubung dengan kerani di mahkamah , Sebelum membawa pengaduan ke mahkamah, berhubung dengan kerani di mahkamah (samada dengan telefon atau bertemu secara terus).
• Meminta maklumat yang dikehendaki tentang memfailkan pengaduan; bayaran untuk memfailkan pengaduan, apa yang perlu dimasukkan dalam pengaduan dan teliti tentang cara menyediakan pengaduan samada mematuhi kehendak mahkamah.
mazlanmansor
• Perhatian, kerani tidak boleh memberi nasihat perundangan, oleh itu adalah tidak sesuai menyoal tentang apa yang sepatutnya dimasukkan dalam pengaduan – cuma apa yang sepatutnya diperlukan oleh mahkamah untuk memfailkan pengaduan.
05/01/23mazlanmansor
47
05/01/23
48
Langkah 3Menghantar pengaduan untuk difailkan• Hantar pengaduan dengan sendiri. • Biasanya pengadu dihantar dalam tiga
salinan bersama dengan tiga salinan saman dan tiga salinan pertuduhan beserta dengan surat rujukan pejabat.
• Satu resit penerimaan dokumen tersebut akan diberi oleh pihak mahkamah.
• Pihak mahkamah akan mengambil beberapa hari untuk memproses dokumen-dokumen tersebut. Apabila dokumen-dokumen tersebut telah diproses, pihak mahkamah akan memberitahu pegawai yang menghantar dokumen untuk mengambil balik dokumen-dokumen yang telah ditandatangani oleh samada pendaftar mahkamah atau majistret atau hakim beserta dengan nombor saman dan tarikh sebutan kes.
mazlanmansor
05/01/23
49
Langkah 4Selepas memfailkan pengaduan
• Apabila pengaduan telah diterima oleh mahkamah dan difailkan dan tarikh perbicaraan telah ditetapkan, anda masuk ke fasa pra-perbicaraan. (satu tempoh masa permulaan untuk penemuan)
• Penemuan merujuk kepada fasa di mana petuduh dan yang dituduh boleh memohon dokumen, rekod perubatan, rekod kewangan dan bukti-bukti lain yang diperlukan untuk membina kes.
• Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah mengkehendakki pihak pendakwa memberi segala dokumen yang ingin di kemukakan sebagai keterangan di mahkamah kepada pihak yang dituduh kecuali jika pemberian itu bertentangan dengan kepentingan awam.
mazlanmansor
Contoh carta aliran pengurusan Aduan05/01/23
50
mazlanmansor
Sek. 135 Menolak Aduan (1) Mj boleh menolak aduan jika selepas dijalankan
pemeriksaan terhadap pengadu itu dan merekodkan pemeriksaan dan penimbangkan hasil siasatan dan aduan itu didapati tidak mempunyai sebab yang cukup untuk perbicaraan.
(2) Jika menolak, Mj hendaklah merekod sebab-sebabnya. (3) WBpun. subseksyen (1) dan (2), PR BOLEH jika
difikirkan patut, memberitahu Mj tiada pendakwaan boleh diteruskan berkenaan kesalahan yang diadukan itu, dan selepas daripada itu Mj hendaklah menolak aduan itu.
05/01/23mazlanmansor
51
05/01/23
52
Peringatan :Kanun Prosedur Jenayah memberi maklumat lanjut tentang pengaduan, pertuduhan dan saman.
Akta Keterangan 1950, memberi maklumat lanjut tentang jenis-jenis keterangan dan
beban bukti.
mazlanmansor
05/01/23
53
mazlanmansor
05/01/23
54
mazlanmansor
05/01/23mazlanmansor
55
05/01/23
56
Latihan1) Berpandu kepada senario berikut, sediakan satu pengaduan.
Rujuk kepada undang-undang berkenaan.
Ahmad bin Saji bersama rakan setugas beliau Mamat bin Hitam telah mengambil sampel cincalok cap Angpau di A1 Supermarket, No. 4D Lorong Madu Tiga, Jalan P. Ramlee, Kuching pada 23.10.2012 jam 10.30pg. Mereka juga ada membeli Satay tauhu, Kacang Manis dan Ketchup. Taukeh kedai tersebut Yong Tau Fu yang berumur 65 tahun membenarkan mereka menggambil sampel dan beliau keluarkan Resit untuk barang yang dibeli itu.
Mereka menghantar sampel ke Jabatan Kimia Kuching dan Ahli Kimia En. Ketam A/L Kari melaporkan bahawa Cincalok tersebut mengandungi 1800 mg/kg Benzoik Asid ini adalah satu pelanggaran di bawah Jadual Enam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (pindaan 2012). Sampel yang lain didapati mematuhi Akta Makanan 1983 (pindaan 2012).
Pegawai Kesihatan mengarahkan mereka untuk menggambil tindakan terhadap syarikat yang membuat Cincalok tersebut kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13B Akta Makanan 1983 (pindaan 2012) dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama.
mazlanmansor
05/01/23
57
2) Berpandu kepada senario berikut, sediakan satu pengaduan. Rujuk kepada undang-undang berkenaan.
Sabtu bin Jumaat bersama rakan setugas beliau Pian bin Buang telah menjalankan tugas kawalan penyakit bawaan vektor di sebuah taman perumahan pada 12.10.2012. Mereka terjumpa pembiakan larva Aedes di pasu bunga rumah Fatimah bt Ali, No. 2, Jalan Selasi, Taman Madu Tiga, Kuantan, Pahang pada jam 10.30pg. Masa kejadian itu, Fatimah ada bersama mereka.
Mereka menghantar jentik-jentik tersebut ke makmal Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Kuantan untuk dikenalpasti pada petang 12.10.2012. Keputusan analisis tersebut menunjukkan jentik-jentik tersebut adalah Aedes aegypti.
Pegawai Kesihatan mengarahkan mereka untuk menggambil tindakan terhadap Fatimah bt. Ali kerana membiak jentik-jentik nyamuk Aedes. Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975 (pindaan 2000) dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama.
mazlanmansor