MATAHARICiri- ciri matahari
Ukuran Catatan
Saiz (diameter) 1.4 juta km • Diameter Matahari adalah
109 kali diameter Bumi.
• Jisim Matahari adalah 330 kali
jisim bumi.• Ketumpatan bahan yang membentuk
Matahari adalah ¼ daripada ketumpatan
Bumi.
Jisim 1.989 x 1030 kg
Ketumpatan 1.41 g cm-3 (berbanding
dengan ketumpatan air
Suhu permukaan 6000 ̊C
Suhu teras Matahari
15 juta C
Struktur Matahari Ciri-ciri
Atmosfera Matahari
Korona • Lapisan gas yang paling luar pada atmosfera Matahari.• Korona membentuk lingkaran cahaya putih kebiruan mengelilingi matahari.• Hanya dapat dilihat semasa gerhana Matahari• Suhunya adalah kira-kira 1.5 juta ̊C
Kromosfera • Lapisan gas yang berwarna merah cerah di bawah korona• Hanya dapat dilihat semasa gerhana Matahari seperti korona• Suhunya adalah berbeza-beza antara 10000 hingga 500000 ̊C
Fotosfera • Lapisan gas tumpat yang kelihatan bercahaya kuning dari Bumi• Permukaan fotosfera kelihatan bergelora kerana gas dari teras Matahari terbebas ke permukaannya•Suhunya adalah kira-kira 6000 ̊C• Lapisan ini bertanggungjawab untuk menyinarkan haba dan cahaya daripada Matahari
Struktur Matahari Ciri-ciri
Teras Matahari(Sun’s Core)
• Terdiri daripada gas hidrogen (74%) dan helium (25%).• Tindak balas nuklear berlaku di dalam teras sepanjang masa untuk menjana dan membebaskan tenaga haba dan cahaya. Semasa tindak balas ini, atom-atom hidrogen berpadu (pelakuran nukleus) untuk membentuk atom-atom helium.
• + + Tenaga
Atom Atom Atom hidrogen hidrogen helium
• Suhu teras adalah sangat tinggi, iaitu kira-kira 15 juta ̊C
Korona dan kromosfera hanya
dapat dilihat semasa gerhana Matahari
Fenomena yang berlaku pada
atmosfera Matahari
Prominen
Nyalaan suria
Tompok Matahari
Prominen Prominen ialah cetusan gas
panas yang memecut keluar dari kromosfera Matahari dengan kilauan cahaya yang terang.
Prominen dapat dilihat pada sisi Matahari semasa gerhana
Matahari. Gas panas ini memecut sejauh
300 hingga 400 ribu kilometer dan terlepas ke angkasa lepas. Namun demikian, gas panas ini
kemudian ditarik balik ke kromosfera oleh tarikan graviti
Matahari. Prominen memancarkan
zarah-zarah bercas dan sinaran ultraungu ke angkasa lepas.
Prominen menyebabkan aliran angin yang disebut angin suria.
Nyala suria(Solar flares)
Nyala suria ialah letusan gas-gas yang hebat yang berlaku secara
tiba-tiba pada kromosfera Matahari Nyala suria berlaku berdekatan
dengan kumpulan tompok Matahari. Fenomena ini bertambah
hebat sewaktu aktiviti tompok Matahari mencapai kemuncak
setiap 11 tahun. Nyala suria membebaskan
zarah-zarah becas seperti proton dan elektron ke angkasa lepas.
Nyala suria juga memancarkan sinaran seperti sinar gamma dan
sinar-X Fenomena ini berlaku selama
beberapa minit atau beberapa jam sahaja.
Tompok Matahari
(Sunspots)
Tompok Matahari adalah tompok gelap pada permukaan
fotosfera Matahari. Tompok Matahari biasanya
wujud secara berkumpulan dan mempunyai saiz yang berlainan Kawasan ini adalah bersuhu lebih rendah (4000 C̊) daripada suhu di persekitaran (6000 C̊)
Fenomena ini berlaku selama beberapa jam sehingga
beberapa bulan Bilangan tompok Matahari
mencapai kemuncak pada setiap 11 tahun.
Kesan fenomena pada permukaan Matahari ke atas
Bumi
Kesan ke atas
komunikasi Bumi
Kesan ke atas cuaca Bumi
Zarah bercas akibat nyala suria sampai ke Kutub Utara atau Kutub Selatan Bumi dan berlanggaran dengan molekul gas di atmosfera.
Akibatnya, cahaya berwarna-warni yang terdiri daripada cahaya hijau, kuning dan merah terhasil dipanggil aurora yang dapat diperhatikan pada waktu malam.
Seterusnya, mempengaruhi suhu, tekanan atmosfera, kelembapan, pembentukan awan, angin dan ais di Bumi.
Kesan ke atas cuaca Bumi
Kesan ke atas komunikasi Bumi
Zarah-zarah bercas dan sinaran Matahari seperti sinar kosmik, sinar-X, dan sinar gamma akan berlanggaran dengan zarah-zarah dalam atmosfera Bumi.
Hal ini menyebabkan kegangguan pada sistem komunikasi seperti sinaran televisyen dan radio, penghantaran telegraf dan panggilan telefon.
Matahari terdiri daripada gas hidrogen dan helium.
Tindak balas nuklear yang berlaku dalam teras Matahari menjanakan tenaga.
Semasa tindak balas nuklear, dua atom hidrogen berpadu untuk membentuk satu atom helium. Tenaga haba dan tenaga cahaya dibebaskan.
Tindakbalas nuklear yang berlaku di dalam teras Matahari sama seperti tindak balas yang berlaku dalam reaktor nuklear yang menghasilkan tenaga.
Penjanaan tenaga oleh Matahari