ULUM SYARIYYAH TAHUN 5ADAB
MENOLONG GURU
Disediakan oleh:Noor Salmi Binti Md. Nor
SK BAGAN SERAI
ADAB MENOLONG GURU
Pengertian
Guru ialah orang yang mempunyai ilmu dan menjadi
pengajar, pendidik serta pengasuh. Guru mempunyai
kedudukan yang istimewa dan dihormati oleh masyarakat. Kita wajib menghormati dan menjaga
adab-adab ketika bersama-sama dengan guru.
Adab-adab menolong guru
• Jujur dan ikhlas• Menawarkan diri
untuk menolong• Mendahulukan
memberi salam• Bercakap dengan
bahasa yang sopan• Menjaga
keselamatan harta benda guru
• Tidak mengharapkan balasan
Sebab-sebab perlu menolong
• Mengenang jasa guru
• Menjadi seorang yang bertanggung jawab
• Dapat meringankan beban guru
• Menggembirakan hati guru
• Merapatkan hubungan murid dengan guru
Bentuk-bentuk pertolongan kepada guru
• Mengumpul dan menghantar buku ke meja guru
• Mengawal kelas supaya tidak bising
• Membawa peralatan sukan
• Memadam papan hitam
Hikmah beradab menolong guru• Mematuhi perintah
agama• Mendapat
keberkatan ilmu• Dipercayai dan
disukai• Memperolehi
kejayaan di dunia dan akhirat
• Membentuk peribadi mulia
• Melatih diri menghormati orang yang lebih tua
Akibat mengabaikan adab menolong guru
• Tiada keberkatan ilmu
• Pentingkan diri sendiri
• Tiada kerjasama• Menyebabkan diri
menjadi sombong• Tiada disiplin diri• Bersikap malas• Rendah budi pekerti• Tidak wujud
kemesraan antara guru dan murid
Soalan Pengukuhan
Garis jawapan yang betul berdasarkan soalan yang berikut:
1. Kita hendaklah (gopoh/merungut/ikhlas ) ketika menolong guru.
2. Semasa menolong guru, kita mesti ( cuai /menjaga / meminjam ) keselamatan barang-barang tersebut.
3. Gunalah bahasa yang ( lembut / keras / nyaring ) ketika bercakap dengan guru.
4. Teguran daripada guru hendaklah didengar dengan ( sombong / marah / redho ).
5. Sekiranya kita mengamalkan adab menolong guru, kita akan dipercayai dan ( dibenci / disukai / dimarahi ).