1
Cloud computing adalah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatan (service)
dan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau
peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dsb) sebagai satu utiliti melalui rangkaian
(Internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja,
sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat
capaian Internet.
2
Contoh aplikasi cloud computing yang semakin popular adalah perkhidmatan Google Apps
(http://www.google.com) di mana pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk
pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs.
Melalui Google Docs, pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa
install perisian dalam komputer dan ianya boleh dikongsi dengan mengguna lain melalui kaedah
'sharing'. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google
(Gmail).
3
Antara kelebihan menggunakan Google Docs adalah kemudahan „sharing‟ di mana kita tidak perlu
„attach‟ dokumen yang perlu kita rujuk sebagai panduan. Ianya akan kekal dalam akaun kita tanpa perlu
kita membuka semula e-mel atau menyimpannya di tempat lain. Sekiranya „pemilik‟ dokumen ingin
membuat suntingan kepada dokumen asal, pengguna lain yang „berkongsi‟ dokumen tersebut akan
mendapat versi terkini dokumen tersebut. Sekiranya perlu, kita boleh benarkan pengguna lain membuat
„suntingan‟ pada dokumen kita dengan status „Can Edit‟. Ianya berguna terutama jika terdapat dokumen
yang perlukan kolaborasi kumpulan.
Panduan Pengguna :
● Layari laman Web http://www.google.com. (Catatan : anda boleh membuka e-mel anda tanpa
melalui laman Web IPG Kampus Darulaman kerana kita menggunakan Google mail).
● Login menggunakan akaun anda (anda boleh gunakan akaun emel rasmi [email protected] atau
anda boleh membuka akaun google lain (gmail)).
● Pilih menu Documents (atau menu more dan pilih Documents.).
● Kemudian pilih Create New (untuk hasilkan secara online) atau Upload (dokumen sedia ada
dalam komputer).
Anda boleh menyimpan dokumen (Word, Excel, Powerpoint) dalam komputer anda ke dalam Google
Docs secara automatik (synchronize) menggunakan kemudahan Google Cloud Connect
(http://tools.google.com/dlpage/cloudconnect). Apa yang perlu dilakukan adalah muat turun dan install
Google Cloud Connect for Microsoft Office. Menu Google cloud connect akan terpapar dalam Microsoft
Word, Excel atau Powerpoint. Anda hanya perlu login dan dan synchronize bagi membolehkan fail anda
dimuat naik secara automatik atau secara manual dalam Google Docs.
4
MS Word dengan kemudahan Google cloud connect
Sync secara manual
Sync secara automatik
Anda tidak perlu login jika tidak mahu dokumen anda dimuat naik (synchronize) ke Google Docs.
Contoh lain ialah Windows Live - Sky Drive (http://www.skydrive.com). Bagi pengguna yang
mempunyai akaun Window Live (hotmail) diberikan ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar
dan kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian. Ianya dikenali sebagai Microsoft Office
Web App yang mengandungi Microsoft Word Web App, Microsoft Excel Web App, Microsoft
OneNote Web App dan Microsoft PowerPoint Web App. Pengguna boleh terus menghasilkan
dokumen Word, Excel dan Powerpoint dan seterusnya menyimpan dokumen-dokumen ini di Sky Drive
iaitu ruang penyimpanan di Internet.
6
PowerPoint Web App (menggunakan Web Editor)
Ini bermakna anda boleh menyimpan dan mengakses fail anda dan menggunakan Microsoft Office secara
online dari mana-mana komputer yang disambungkan ke Internet. Sekiranya perlu kita boleh muat turun
dokumen ke dalam komputer kita. Sekiranya anda tidak mahu membuka dokumen menggunakan web
editor, anda boleh menggunakan juga Microsoft Office yang di install dalam komputer anda dan
dokumen ini tetap akan disimpan di „cloud‟. Fitur Windows Live - Sky Drive lebih baik dari Google
Docs, walau bagaimanapun SkyDrive di block oleh KPM Net kerana dikategorikan sebagai „personal
storage‟. Anda boleh gunakan capaian alternatif seperti Broadband atau proxy (dapatkan khidmat nasihat
dari Unit Teknologi Maklumat).
Panduan Pengguna:
● Layari laman Web http://skydrive.live.com
● Pilih butang Signup (sekiranya anda belum mempunyai Windows Live ID) atau Sign In
sekiranya anda telah mempunyai Windows Live ID
● Pilih menu SkyDrive dan anda boleh mula menggunakan Microsoft Office (Word, Excel,
PowerPoint & OneNote).
● Anda juga boleh membina folder dan muat naik fail dari komputer anda (Add files).
Kita boleh gunakan Windows Live - SkyDrive sebagai backup sekiranya komputer kita rosak atau fail
tidak dapat di akses atas sebab-sebab tertentu.
7
Satu lagi aplikasi yang serupa adalah Live-Documents (http://www.live-documents.com) yang
menggunakan pendekatan 'Create like in Microsoft Office' dan 'Share like in Google Docs'. Selain dari
menghasilkan dokumen melalui Live-Documents, kita juga boleh import dokumen (Word, Excel,
Powerpoint) dari komputer atau dari Google Docs !!!. Untuk akaun percuma, ruang storan yang
disediakan ialah 100 MB.
Halaman utama Live-Documents
8
Document (Word) dalam Live-Documents
Presentation (PowerPoint) dalam Live-Documents
Panduan Pengguna:
9
● Layari laman Web http://www.live-documents.com
● Pilih Signup untuk membuka akaun baru dan isikan maklumat yang diperlukan.
● Sahkan pendaftaran akaun baru anda melalui e-mail yang anda terima.
● Login dan anda boleh menggunakan aplikasi sekarang.
Selain daripada menghasilkan dokumen (word), spreadsheet dan presentation , kita boleh juga import
dokumen dari komputer kita atau dokumen yang terdapat dakam akaun Google Docs. Oleh itu kita
mempunyai alternaif untuk menyimpan dokumen di beberapa tempat di atas „awan‟ !!!.
Bagi „Note Taking‟, saya syorkan guna Evernote (http://www.evernote.com). Pengguna perlu register dan
login untuk membuat „Notebook‟ dan „Note‟. Jika perlu muat turun Evernote User Guide (PDF). Untuk
versi offline, perlu muat turun fail (55MB) dan install dalam komputer. Gunakan user dan password yang
sama. Ini adalah disebabkan ianya boleh diakses secara local (offline) atau secara online di mana-mana
saja sama ada menggunakan komputer, iPhone, iPad, Android dan sebagainya.
Isi kandungannya akan di „sync‟ iaitu apa yang kita buat secara local akan dimuat naik dan jika kita buat
secara online akan dimuat turun ke dalam komputer secara automatik (synchronize). Di luar negara,
aplikasi ini sangat popular malah ada sesetengah institusi pendidikan mendapat jolokan Evernote Campus
kerana pengunaannya secara meluas. Apatah lagi ianya diakses melalui peranti mudah alih seperti iPad,
iPhone, iPod, Android, Blackberry dan sebagainya. Agak malang sebab Evernote juga di block oleh KPM
Net. Oleh itu anda perlukan laluan alernatif seperti broadband atau proxy.
Panduan Pengguna:
● Layari laman Web http://www.evernote.com
● Pilih Create Account bagi membuka akaun baru. Isikan maklumat yang diperlukan.
● Buka e-mel anda untuk mendapatkan Conformation Code yang diberikan.
● Tuliskan conformation code dan login menggunakan username dan password anda. Anda sedang
berada dalam Evernote (versi cloud) yang terdiri dari tiga ruang (lajur).
10
● Sebagai permulaan, anda boleh buat satu “Notebook”. Pada ruang pertama, pilih dropdown pada
Notebook dan klik New Notebook... dan namakan „Notebook‟ anda.Untuk menulis dalam
Notebook anda, anda perlu membuat „Note‟ dengan memilih New Note. (Pastikan anda berada
pada Notebook baru anda buat dengan mengklik nama Notebook anda). Berikan nama pada Note
anda (pada ruang yang bertulis Untitled). Anda boleh menulis Note anda sekarang. Anda boleh
membuat note-note lain dalam Notebook yang sama.
● Ulang langkah di atas sekiranya anda ingin membuat Notebook yang lain. Konsep yang perlu kita
ingat ialah, Note berada dalam Notebook.
Jika anda ingan menggunakan Evernote secara local (dalam komputer anda - offline), anda perlu muat
turun Evernote for Windows (pada halaman utama http://www.evernote.com) dan install dalam komputer
anda. Seterusnya anda login menggunakan username dan password yang sama seperti versi cloud. Ingat,
Evernote versi local akan di „sync‟ dengan versi yang ada di cloud (bergantung kepada setting iaitu sama
ada setiap 15 minit, 30 minit, 1 jam atau setiap hari). Setting pada Tools - Options - Sync.
iPhone
iPod
iPad
BlackBerry
Android
Evernote dalam peranti mudah alih
Selamat meneroka fitur-fitur dalam Evernote. Panduan seterusnya akan diberikan dari masa ke semasa.
Berikut adalah antara perkhidmatan 'Cloud Computing' mengikut kategori aplikasi.
Cloud Storage (Synchronize)
11
Dropbox (http://www.dropbox.com)
Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB. Untuk menggunakannya, anda perlu mendaftar melalui
alamat http://www.dropbox.com. Anda perlu muat turun dan install dalam komputer supaya ianya dapat
di synchronize dengan kandungan yang terdapat di „cloud‟. Selepas installation, satu folder Dropbox akan
dibina dalam komputer anda. Apa yang terkandungan dalam folder Dropbox adalah sama dengan
kandungan folder di „cloud‟. Anda boleh muat naik fail anda secara lokal dengan menyalin fail ke dalam
folder atau subfolder dalam Dropbox. Sekiranya anda sedang online, fail anda akan di „sync‟ secara
automatik dan akan berada di „cloud‟. Ini bermakna anda mempunyai dua salinan fail, satu dalam
komputer anda dan satu lagi di atas awan !!!. Sekiranya anda ingin berkongsi kandungan folder, anda
boleh lakukannya di atas awan melalui kemudahan sharing (iaitu melalui e-mail invitation).
Aplikasi Dropbox juga boleh diakses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan
iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.
12
BlackBerry
iPhone
Android
iPad
Dropbox dalam peranti mudah alih
Saya telah mencuba penggunaan Dropbox bersama dengan pelajar-pelajar saya. Saya membina satu sub-
folder bagi setiap pelajar dalam folder Dropbox. Bagi setiap folder, saya invite pelajar melalui e-mel dan
setiap pelajar membuka akaun Dropbox. Pelajar boleh menghantar tugasan dengan memuat naik fail
dalam folder masing-masing di Dropbox. Oleh kerana ianya adalah sharing folder, semua fail-fail
tersebut akan di „sync‟ dan hasilnya semua tugasan pelajar berada dalam folder yang berada secara
automatik dalam komputer saya !!!.
Untuk lebih berkesan lagi, kita boleh gabungkan penggunaan Dropbox dengan Evernote. Anda boleh pilih
folder atau beberapa folder untuk digabungkan dalam Evernote. (Pilih Tools - Import Folder - Add - pilih
folder yang berkenaan).
13
Antara Cloud Storage Lain Yang Popular
SugarSync (http://www.sugarsync.com)
Wuala (http://www.wuala.com)
Windows Live Sky Drive (http://www.skydrive.com)
TeamDrive
ZumoDrive
14
Note Taking
Evernote
Ubernote
Springnote
Zoho Notebook
Stikkit
Office
Google Docs
Windows Live - Sky Drive
Live-Documents
Image Editing
Adobe Photoshop Express
Splashup
Picnik
Fotoflexer
Operating System
Chromium OS
*** Catatan : Terima kasih kepada Encik Samudin Kassan (Pensyarah JTMP IPDA) yang telah
memanjangkan nota ini kepada saya melalui e-mel.