SOALAN KERJA KURSUS
TAJUK: KOLEKSI PANTUN
Pantun melayu lama merupakan cermin atau pantulan servival masyarakat
melayu lama berdasarkan kenyataan ini .Bincangkan gambaran kehidupan
masyarakat melayu lama yang terkandung dalam pantun bersertakan contoh
yang sesuai.
1.0 PENDAHULUAN :
1.1 Asal -usul Pantun Melayu
PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di
seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun
adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang
kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alatkomunikasi. Pantun
bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasimasyarakat
dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan
masyarakat nusantara dan Malaysia. Di Nusantara, pantun wujud dalam 39
dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di
selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika
Selatan (kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan Malaysia). Pantun di
Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah,ia mungkin
berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai
danSejarah Melayu.
Menyedari kepentingan pantun dalam memartabatkan budaya Melayu,Jabatan
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia telah mengadakan Seminar Pantun 2006 di
Auditorium Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur baru-baru ini.Seminar itu bertujuan mengetengahkan bakat-bakat
baru di kalangan sektor korporat disamping memastikan generasi akan datang
mengenali pantun sebagai seni tradisional Melayuyang unik.Menurut Ketua
Bahagian Kesusasteraan Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
1
Rogayah A. Hamid, pantun merupakan satu-satunya hak milik kekal bangsa
Melayu yang tidak tercemar dalam pertembungan masyarakat dunia. Oleh itu,
kata beliau, usaha mengekalkan semula pantun terutama pada majlis-majlis
tertentu haruslah dipelihara supaya kesenian itu dapat dikembalikan dalam
kehidupan Melayu sarwajagat. “Sayangnya hari ini kita melihat ada unsur-unsur
yang cuba menodai ciri-ciri pantun dengan mempopularkan pantun dua kerat
yang kononnya disesuaikan dengan kehidupan kosmopolitan,’’ katanya dalam
kertas kerja ‘Kebijaksanaan Emosi Dalam Pantun’ pada seminar itu di Kuala
Lumpur baru-baru ini. Penggiat pantun, Abdul Halim Salleh (Abdul Halim R)
dalam kertas kerja ‘Berbalas Pantun dan Kaedahnya’ pula menjelaskan: “Pantun
yang baik sepatutnya memiliki dua baris pembayang dan dua baris maksud.
Kata-katanya harus diambil daripada kata-kata yang indah.”Menurut Rogayah,
sejak zaman berzaman keindahan pantun memainkan peranan penting sebagai
bahan hiburan bergurau senda dan juga meluahkan perasaan yang tersirat.
Contohnya:
Jeling-jeling paku, Paku masak lemak;
Siapa jeling aku, Aku cakap pada emak.
Contoh itu, katanya, melambangkan orang Melayu mempunyai kebijaksanaan
yang tinggidalam mengeksploitasi dan memanipulasi hal percintaan dan kasih
sayang. Malah, kata Rogayah, kebijaksanaan orang Melayu menjadikan pantun
sebagai alat komunikasi dalam beberapa upacara penting seperti upacara
merisik, meminang dan adat istiadat perkahwinan, pembuka bicara dalam adat
istiadat diraja juga telah memberi gambaran orang Melayu sebagai satu bangsa
yang unik. Selain digunakan untuk berkomunikasi dalam beberapa adat istiadat,
pantun juga dijadikan sebagai lirik dalam lagu-lagu Melayu lama seperti lagu
Melayu asli, keroncong, dondang sayang, zapin, ghazal, canggung, beduan,
seloka rakyat, bongai, belotah, barongan, tumbuk kalang, gendang Sarawak dan
sebagainya.
2
Contohnya:
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Sehubungan itu, Rogayah berkata, secara jelas pantun dapat memperlihatkan
kesopanan Melayu kerana percakapan dalam pantun sentiasa beralas, suka
berkias ibarat kerana sikaptolak ansur yang tinggi dan merendah diri.
Pencemaran Abdul Halim Salleh menjelaskan, pencemaran pantun berlaku
kerana pemantun kerap kali tersilap dalam menyebut ataupun tidak dapat
membezakan antara pantun dengan syair. Menurut beliau, kesilapan pantun
boleh terjadi apabila terlebih atau terkurang suku kata, pembayang tidak betul,
tidak sama rima,rima akhir macam syair, baris pantun yang tergantung dan silap
teknik dalammenulis.Sementara itu, penulis dan penyelidik pantun tradisional
Melayu,
Dr. Harun Mat Piah dalam kertas kerja ‘Sejarah Pantun dan Keindahannya’
berkata, sejarah dan perkembangan pantun Melayu amat jelas membuktikan
pantun adalah milik bangsa dan tamadun Melayu. “Pemahaman terhadap pantun
Melayu sewajarnya mengambil kira beberapa aspek sastera dan budaya Melayu
sendiri termasuk ciri-ciri keunikan bahasa, aspek estetika dan etikanya, nilai dan
pemikiran, jati diri dan pandangan dunia,” tambah beliau.
3
1.2 DEFINISI PANTUN
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada
penggunaannya yang paling meluas. Puisi ini juga yang paling mendapat
perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun
pengkaji luar. Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragui sifat
keasliannya. Dalam bahasa Jawa, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam
bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan.
Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan),
bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a).
Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan dan sekarang telah dapat
dijumpai pantun yang bertulis hasil nukilan atau karya seseorang.
Harun Mat Piah (1989) telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek
dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi
unsur estetika dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetika pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-
lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan
pandangan dunia masyarakat Melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan
makna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada
secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh
hampir seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi
juga telah membawa kepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik.
(Harun Mat Piah, 1989:63), seperti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih
sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji-pujian
atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan,
pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya
4
2.0 Ciri-ciri Pantun:
2.1 Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya :
i) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu
kesatuan idea
ii) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan
misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan
seterusnya. Namun pantun yang popular dan terus berkembang
adalah pantun empat kerat dan dua kerat.
iii) Jumlah perkataan setiap baris sekitar tiga hingga lima patah
perkataan.
iv) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua
belas suku kata.
v) Skima rima di tengah dan / atau di hujung baris adalah berjajar
berselangan iaitu ab;ab. Ada juga skima rima yang sama, iaitu
aa;aa .
vi) Struktur pantun terdiri daripada dua unit iaitu pembayang (yang
menjadi kiasan) dan maksud (yang menjadi inti persoalan) yang
hendak disampaikan. Pembayang adalah adalah gambaran alam
dan maksud adalah gambaran sifat dan sikap manusia.
vii) Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.
viii) Pemilihan perkataan merujuk kepada lambang yang sesuai dengan
norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.
ix) Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara
unit pembayang dan unit maksud.
5
3.0 Fungsi Pantun dalam masyarakat melayu
Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat,
agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta
mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun
merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang
tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam
maksud termasuk kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam
menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat
itu tidak marah, tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan
dan perangai yang tidak disukai. Diingatkan di sini, seseorang yang akan
menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun.
Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun.
Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun, dikhuatiri
akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang
berkaitan dengan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun
berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar
maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar.
Sesungguhnya, Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu
mempunyai beberapa fungsi.
3.1.1 Untuk mendidik
Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua kaya dengan pelbagai nasihat.
Sebagai golongan yang ‘makan garam’ terlebih dahulu pastinya mereka
mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan
sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada sesuatu perkara yang tidak
6
kena atau bertujuan untuk memberikan peringatan kepada golongan muda atau
kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk
menyampaikan nasihat dan didikan.
Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;
Air melurut di tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk
tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya memberikan peringatan
dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan
yang salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini;
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.
3.1.2 Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu
Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam
kalangan masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna
kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-
pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga,
puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang
mendalam.
7
Sebagai contoh, dapatlah kita lihat daripada pantun Melayu lama di bawah ini;
Ribu-ribu pokok mengkudu,
Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan dibuang.
Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada
pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami
isteri atau anak kepada ibu bapanya.
3.1.3 Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih
Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang
budi dan jasa. Oleh itu, banyak dapat kita lihat pantun Melayu yang dicipta untuk
menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang
telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga sekarang ini
adalah seperti pantun di bawah:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kedua-dua rangkap pantun di atas memperlihatkan masyarakat Melayu zaman
dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.
8
3.1.4 Untuk adat istiadat
Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan
sehari-hari. Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam
upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang
sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah
atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk
menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun
adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini
yang kerapkali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;
Tok Sami ke Teluk Lipat,
Kain sekodi dibawa sama;
Datang kami membawa hajat,
Kalau sudi minta terima.
3.1.5 Untuk sindiran dan tempelak
Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa
tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan
kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat
menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita
terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan
antara mereka. Perhatikan pantun sindiran Melayu lama di bawah ini yang masih
kita gunakan sehingga sekarang;
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
9
3.1.5 Untuk menguji minda
Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun
sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang
menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu
lama yang masih diingati ialah;
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji;
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang keris di kaki?
3.1.6 Untuk hiburan
Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman
dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun
bersifat jenaka atau mengusik. Contohnya seperti pantun Melayu lama di bawah
yang sememangnya kita ingat sejak kecil lagi.
Tuan Puteri memasang panjut,
Dayang tolong menghalau lalat;
Kucing tidur bangkit terkejut,
Melihat tikus pandai bersilat.
Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang
yang popular dalam kalangan Baba Nyonya.
10
4.0 Pantun melayu lama merupakan cermin atau pantulan servival
masyarakat melayu lama adalah melambang nilai kekeluargaan yang penuh
dengan adat istiadat dan kesantunan masyarakat Melayu.
Pantun Melayu mencerminkan atau pantulan servival masyarakat melayu lama
adalah melambangkan nilai kekeluargaan yang penuh dengan budi pekerti, adat
istiadat dan kesantunan masyarakat Melayu. Untuk adat istiadat Masyarakat
Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan sehari-hari.
Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang
melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis
perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata
sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati.
Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah
kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerapkali dilafazkan
dalam majlis merisik sehingga sekarang ini;
Kebanyakan masyarakat Melayu tradisional adalah keluarga-keluarga
yang tinggal berdekatan dengan sanak saudara keluarga luas di atas sebidang
tanah pusaka. Malah di dalam sebuah kampung biasanya terdapat sebuah
keluarga yang besar. Oleh itu jalinan hubungan kekeluargaan sangat erat.
Gotong royong antara ahli keluarga sangat jelas terutamanya semasa kenduri
kendara. Sanak saudara juga saling membantu baik daripada segi ekonomi
mahupun dari segi nasihat dalam apa juga keadaan.
Pantun-pantun berikut memperlihatkan hal tersebut.
Harap-harap si buah mangga
Mangga yang dapat dibagi-bagi
Kalau tidak kepada keluarga
Hendak mengharap siapa lagi
11
Dalam pantun ini menegaskan bahawa masyarakat melayu sangat
bergantungan dalam pertalian kekeluargaan dalam setiap aspek. Kebiasaannya
setiap ahli keluarga akan membantu keluarganya tanpa mengira masalah yang
dihadapi.
Jika pelita sudah menyala
Bawa ke anjung surung
Kita semua bersaudara
Sama-sama tolong menolong
Kalau rotan di panjat benalu
Sekerat disimpan dalam bakul
Kalau beban sudah ke bahu
Berat ringan sama dipikul
Kedua-dua pantun ini menerang kepentingan kerjasama antara ahli keluarga
yangsangat dipandang tinggi dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dalam
masyarakat melayu sikap tolong-menolong dan saling bantu membantu sering
diutamakan bagi menunjukkan budi pekerti yang baik. Jika kita melihat kepada
pantun yang kedua,kerjasama dalam ahli keluarga disebut tanpa mengira
saudara terdekat atau jauh. Malahan pada pantun yang ketiga membawa
maksud jika masalah timbul dan cuba diatasi bersama, masalah yang kecil
mahupun yang besar akan diselesaikan bersama-sama.
Malam ini malam Isnin
Ambil kapak turun ke dusun
Malam ini malam berinai
Adik kakak semua berhimpun
12
Dalam budaya masyarakat melayu juga terdapat satu masa dimana ahli keluarga
akan sering berkumpul jika terdapat sebarang majlis dan perkara yang penting.
Amalan inibukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan malahan
menjadi tradisi masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Sebagai contoh jika dilihat
pada rangkap yang ketiga bermaksud malam majlis perkahwinan, ahli keluarga
terdekat akan turut serta membantu dalam memastikan kelansungan majlis
berjalan dengan lancar.
Sunnah Nabi ikut juga
Salah satu sumber hukum Islam
Wujudlah kasih sayang sesama keluarga
Nampak yang salah jangan diam
Menurut pantun di atas masyarakat melayu juga mementingkan kasih sayang di
antara ahli keluarga. Dalam pantun ini menunjukkan masyarakat melayu
berpegang kepada ajaran islam dengan mementingkan sifat kasih sayang yang
sangat dituntut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bagi menjaga hubungan
kekeluargaan sikap tegur-menegur diamalkan supaya setiap ahli sentiasa
mempunyai pedoman hidup untuk kehidupan yang lebih baik. Kesantunan Dalam
budaya masyarakat melayu aspek kesantunan merupakan salah satu perkara
yang penting
KESIMPULAN
Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan
masyarakat Melayu. Pantun ialah puisi tradisional Melayu turun-temurun yang
tertua di dalam budaya Melayu. Pantun berbeza berbanding dengan syair.
gurindam, seloka, rubai, ghazal dan sebagainya kerana mempunyai kedudukan
tersendiri sebagai alat untuk menyatakan hajat, pembayang niat, bunga istiadat,
pembuka kata, penamat bicara, pengucapan rindu dagang yang merantau.
Karya klasik Melayu ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Di sebalik
nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan
kajian yang mendalam untuk memahami maksud di sebaliknya. Sebagai
13
generasi baru, kita hendaklah sentiasa melakukan kajian tersebut agar nilai-nilai
yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.
Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana telah dijadikan
sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti
sanjungan, pemujaan dan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada seseorang dalam sesuatu keadaan, upacara atau majlis rasmi atau hal-
hal yang tidak rasmi. Selain itu, pantun juga dianggap sebagai alat hiburan, alat
pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta
sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat. Pantun juga menjadi
medium untuk menyampaikan mesej-mesej atau pesanan berbentuk
keagamaan. Di samping itu juga, pantun berpontensi menjadi sindiran atau
tempelak yang ditujukan kepada seseorang dengan niat untuk mendidik dan
membetulkan jati diri atau sahsiah individu atau mereka yang berkenaan supaya
mereka mampu memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.
Justeru, marilah kita bersama-sama mengembang dan menyuburkan pusaka
lama ini agar kesusasteraan Melayu bangsa kita akan bertambah maju dan kekal
umpama tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. Pantun merupakan puisi
yang begitu diminati oleh orang-orang Melayu hinggalah ke dewasa ini. Dengan
mempelajari pantun Melayu, kita dapat mengenali masyarakat Melayu yang
melahirkan pantun. Kita dapat mengenali masyarakat Melayu melalui pantun dan
kita akan mengenali pantun melalui kenalnya kita dengan masyarakat Melayu
kerana kedua-dua ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan akrab. Inilah
peninggalan pusaka nenek moyang mewariskan kepada kita dari pujangga tak
bernama, khazanah yang memperkayakan perbendaharaan sastera kita.
14
KOLEKSI PANTUN
Pantun Nilai Keluargaan Melambangkan budaya adat istiadat dan kesantunan dalam kehidupan masyarakat Melayu
Sesungguhnya orang Melayu ini sangat kaya dengan adat dan ketinggian
bahasanya. Kalau di utara, sesi pantun memantun untuk tujuan meminang dan
merisik ini kurang dijalankan kerana adat ini dilakukan secara terus iaitu lebih
bertuju ke niat sebenar kedatangan. Tetapi di negeri-negeri selatan tanah air
adat-adat berpantun ini masih dijalankan dan ini dapat aku alami sendiri ketika
perkahwinan kakak angkat aku di Negeri Sembilan. Banyak pantun yang
dikemukakan dan setiap pantun yang dipertuturkan mempunyai niat dan maksud
tersendiri.
Niat Datang
Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.
Bertanya Apa Hajat
Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai kemari?
Menyatakan Hajat Besar
Berapa tinggi pucuk pisang,
Tinggi lagi asap api.
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi harapan hati.
15
Pantun Merisik
Sudah lama kami ke tasik,
Tali perahu terap belaka.
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertemu muka.
Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat.
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.
Meminang
cantik memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman.
Besar hajat kami tidak terkira,
Hendak memetik bunga ditaman.
Pantun-pantun ini sememangnya boleh digunakan dalam Majlis-majlis merisik
dan meminang. Sememangnya nilai ketinggian pantun terletak kepada
bahasanya yang cantik lagi puisi itu. Pantun di atas pula menghuraikan tentang
adat meminang. Dalam pantun tersebut menerangkan bahawa jika seseorang itu
terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau haruslah mengikut adat, iaitu
meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang yang beradat. Dalam
konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu untuk
membolehkan pasangan mengenali latar belakang diri masing-masing. Dalam
masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa itulah ibu
bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan
yang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan dan sebagainya.
16
Adat meminang juga sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut
sudah ‘berpunya’. Sebelum adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah
merisik terlebih dahulu perempuan tersebut untuk memastikan perempuan
tersebut bukan milik orang lain.
Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat
sesebuah masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat
Melayu sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak
pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu,
tetapi kebanyakan adat adalah merujuk kepada peraturan kehidupan masyarakat
tersebut. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsi
menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan
sesebuah masyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan.
17
REFLEKSI
Syukur Alhamdulillah refleksi ini dapat saya nukilkan selepas tugasan
projek bagi subjek Genre Kesusteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu ini
disempurnakan mengikut jadual yang ditetapkan. Semoga tugasan projek saya
ini dapat member impak kepada profesion dan karier saya sebagai seorang guru
yang berwawasan dan berdaya saing, Insya Allah. Sepanjang pencarian
maklumat saya untuk menyiapkan tugasan ini, sudah pastilah saya perlu
membaca , mencari bahan dan membuat rujukan daripada pelbagai sumber
yang berkaitan yang terdiri daripada buku-buku, majalah budaya, majalah
masyarakat, jurnal, internet dan nota-nota pensyarah bahkan juga nota semasa
saya menghadiri kuliah. Untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu,
perancangan yang rapi perlu dibuat. Dalam melaksanakan tugasan kursus
Genre Kesusteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu ini, saya merancangnya
dengan berhati-hati kerana ini merupakan tugusan kerja kursus yang dibuat
secara kerja individu. Tugasan projek ini agak berat dan diluar bidang
kemahiran saya. Saya mendapatkan nasihat daripada pensyarah sendiri dan
rakan-rakan seperjuangan.
Peringkat awal penyediaan kerja kursus ini saya dan ahli kumpulan telah
mengadakan perbincangan bersama pensyarah pembimbing, Encik Pihat Bin
Salleh . Beliau telah menghuraikan pelbagai aspek yang kurang difahami oleh
saya dan rakan-rakan sekumpulan yang lain. Penjelasan beliau semasa
menghadiri kuliah telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus
ini, khususnya perkara yang berkaitan dengan asal-usul pantun, konsep pantun,
ciri-ciri pantun,fungsi- fungsi pantun dalam kehidupan masyarakat melayu .
18
Seterusnya, saya mencari bahan-bahan yang bersesuaian daripada buku-
buku,akhabar, majalah budaya dan masyarakat , modul-modul dan internet bagi
memastikan tugasan saya ini benar-benar mencapai objektif yang diharapkan
oleh pensyarah. Proses pengumpulan bahan, dikuti kemudiannya dengan aktiviti
membaca,menyelidik, bersoaljawab, berbincang dengan rakan seperjuangan
sebagai persediaan untuk sesi perbincangan antara saya dengan ahli kumpulan
saya. Semasa membaca bahan-bahan rujukan tentang subjek ini, saya telah
mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan program tersebut yang selama
ini hanya samar-samar sahaja. Selepas perbincangan kumpulan diadakan, saya
rasa perkara sudah terang kian tersuluh bahkan membuatsaya teruja untuk
menjadi guru Bahasa Melayu apabila mendapati betapa banyaknya kebaikan
subjek Genre Kesusteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu.
Mengimbas semula pengalaman telah saya lalui dalam menyiapkan kerja
kursus yang mencabar ini, membuatkan saya bersyukur kerana telah berjaya
menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, kesibukan
melaksanakan tugas-tugas di sekolah,menyebabkan saya hanya dapat
menumpukan perhatian terhadap tugasan ini pada awal malam menjangkau
sehingga ke pagi. Banyak kesukaran yang saya hadapi terutama dari segi
kekakangan masa dan kekurangan bahan rujukan yang agak terhad, namun
dengan hati yang cekal dengan penuh kesabaran dapat juga saya atasi.
Dari segi ilmiah, saya dapat memahami Pantun mempunyai beberapa ciri,
antaranya . Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu
kesatuan idea. Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan
misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan seterusnya.
Namun pantun yang popular dan terus berkembang adalah pantun empat kerat
dan dua kerat. Jumlah perkataan setiap baris sekitar tiga hingga lima patah
perkataan..Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas
suku kata. Skima rima di tengah dan / atau di hujung baris adalah berjajar
berselangan iaitu ab;ab. Ada juga skima rima yang sama, iaitu aa;aa. Struktur
pantun terdiri daripada dua unit iaitu pembayang (yang menjadi kiasan) dan
maksud (yang menjadi inti persoalan) yang hendak disampaikan. Pembayang
19
adalah adalah gambaran alam dan maksud adalah gambaran sifat dan sikap
manusia. Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap. Pemilihan
perkataan merujuk kepada lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan
tanggapan masyarakat setempat. Pantun yang baik mempunyai hubungan idea
dan wacana antara unit pembayang dan unit maksud.
Saya juga dapat mengenal pasti pantun nilai kekeluargaan yang penuh
dengan budi pekerti, adat istiadat dan kesantunan masyarakat Melayu.Saya juga
dapat mengenal pasti sejauh mana penciptaan pantun dapat menggambarkan
konsep budi dalam masyarakat dan budaya orang Melayu. Kajian terhadap
koleksi pantun lisan bahasa Melayu ini bertemakan budi ini telah didapati
bahawa konsep budi dan nilai kekeluargaan dalam masyarakat Melayu
dikategorikan kepada budaya hidup berbudi dan budaya hidup berbudi bahasa/
berbudi pekerti. Pantun Melayu lama yang bertemakan nilai kekeluargaan yang
penuh dengan budi pekerti, adat istiadat dan kesantunan masyarakat Melayu.
Hasil kajian ini juga memperlihatkan bahawa karya puisi Melayu lama yang
mengandungi nilai kekeluargaanyang penuh dengan budi, adat istiadat dan
kesantunan masyarakat Melayu ini menunjukkan kaitan antara nilai
kekeluargaan bahasa yang mampu meningkatkan martabat atau kualiti bukan
sahaja masyarakat Melayu, malah juga negara bangsa kita ini. . Masyarakat
Melayu terkenal dengan ketinggian budinya. Kekuatan kita sebagai bangsa
Melayu kerana hidup bertunjangkan budi dalam budaya bangsa kita. Ini yang
meletakkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dihormati dan disegani kerana
ketinggian budi yang diamalkan dalam masyarakat. Kajian ini membahagikan
nilai kekeluargaan yang penuh dengan budi pekerti , adat istiadat dan
kesantunan ini dalam kehidupan masyarakat melayu.
Seterusnya, saya sering mendapat pertolongan dan tunjuk ajar dari rakan-
rakan.Tugasan Projek ini dapat memupukan semangat kerjasama dan
setiakawan dikalangan kami semua. Sepanjangan penghasilan projek, hubungan
saya rakan-rakan lebih erat dan kami lebih mengenali di antara satu sama lain.
Saya amat menghargai dan berterima kasih diatas bantuan dan dorongan yang
20
diberikan oleh teman-teman dan juga pensyarah pembimbing En Fihat Bin
Salleh.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada En.
Fihat Bin Salleh yang tleh memberi kerjasama, juga rakan-rakan sejawatan dan
semua pihak yang turut membantu kami memberi cadangan, sumbangan idea
ataupun berbentuk kebendaan,peralatan dan kemudahan , dengan ini saya
ucapkan jutaan terima kasih. Sesungguhnya segala kebaikan saudara sekalian
hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Sekali saya lagi ingin menyusun
jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang temubual
mahupun perbincangan dalam mengumpulkan segala maklumat semasa
menyiapkan tugasan projek bersama. Apa yang saya ingin perkataan ini
datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak didik kita
nanti.
Sebagai rumusannya, saya rasa tugasan projek ini telah menyemarakkan
lagi semangat dan membaiki kelemahan diri saya dan meningkatkan lagi rasa
cintakan profesion keguruan ini dan selaras dengan dasar dan kehendak
Kementerian Pelajaran kita. Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa menyemai
semangat, amanah, bertanggungjawab, dan bersungguh-sunguh dalam
menyempurnakan segala khidmat bakti yang diperlukan kepada anak-anak didik
saya semasa di sekolah nanti. Saya juga sentiasa peka terhadap isu-isu
semasa, khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan
pendidikan terkini agar seiring dengan pendidikan bertaraf dunia.
Sekian. Terima kasih.
“Guru Inovatif Menjana Melonjakkan Tranformasi Pendidikan”
Disediakan oleh: T/TANGAN :……………………………………………
NAMA : DAYANG NORDINA BINTI ABANG CHEKK/P : 640619-13-5386KUMPULAN : PGSR 2008-2012 PENGAJIAN BAHASA MELAYU
21
BIBLIOGRAFI
Artikel di atas dipetik daripada Bab 2: Fungsi Pantun dalam buku Aneka Contoh
Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
Annas Haji Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor : Masa
Enterprise.
Awang Had Salleh.(1985). “Adat Sopan dan Budi Bahasa”. Bandar Darulaman
UUM. Penerbitan Sesukala.
Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergymate
Sdn. Bhd.
Hamka.(2003).”Lembaga Budi”.Selangor: Pustaka Dini Sdn. Bhd.
Harun Mat Piah.(1989). “Puisi Melayu Tradisional”.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan
Fungsi . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul
Rahman Kaeh dan Jamilah Hj. Ahmad. (2000). Kesusasteraan Melayu
Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Rosli Saludin.(2007). “Puisi Melayu Tradisional”. Pulau Pinang:Goal
Intelligent Publishing Sdn.Bhd.
N. A. Salleh (2008), “Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara
Majlis”,Edisi Kemaskini, Al Falah.
Norazlina Bt Hj.Mohd. Kiram (2010). “ Kesantunan Berbahasa : Cerminan
Peribadi Mulia”, dalam Dewan Bahasa, Februari hlm 59 – 61
22
Norhasmanalinda Mustapa. (2010).”Pantun Cerminan Kebijaksanaan Akal Budi
Melayu”, dlm Dewan Bahasa, Januari hlm 60 – 61.
Prof.Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd (2006), “Koleksi Pantun
untuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu”, PTS Milliennia Sdn. Bhd
Wilkinson,R.J dan Winstedt,R.O.(1961).”Pantun Melayu”. Singapura: MPH.
Yunus Masri. (1984) Kamus Fajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti
23
LAMPIRAN
24