AJARAN CONFUCIANISME DAN TAOISME
Pengenalan
Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai
kepercayaan kepada agama. Menurut kamus, agama
bermaksud "segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-
dewi serta dengan kewajipan-kewajipan yang bertalian
dengan kepercayaan itu". Agama mempunyai kaitan yang
rapat dengan ajaran. Dengan kepercayaan kepada agama,
manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama
mereka. Kesemua agama pada amnya menyampaikan
ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan serta
kebaikan.
Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan
kepercayaan ketuhanan dan agama kebudayaan yang
berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang
menganutinya seperti Confucianisme dan Taoisme yang
kami akan bincangkan nanti.
Agama dan ajaran penting kepada manusia kerana ia
mengatur tatacara kehidupan di dunia. Ia mengaturkan
kewajipan kita sesama manusia dalam kehidupan
masyarakat.
Confucianisme
Kehidupan Confucius
Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal
pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga kecil Lu di
wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan.
Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas
pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze.
Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan
sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. Sewaktu Confucius
masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai
sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.
Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan
tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam
kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan
berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia
17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua
berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua
hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab
pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja
beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan
tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-
ajaran Confucius. Beliau cuba memberi perkhidmatan
berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa
itu tidak memberi peluang kepadanya untuk
mempraktikkan ideanya. Akhirnya, Confucius berhenti
daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian
ibunya.
Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun
untuk belajar dan menjadi guru, beliau menjadi seorang
guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang
lain untuk 10 tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun 484
SM. Pada masa itu, Confucius telah merantau dan
menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari seorang
pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal.
Beliau kembali ke Lu pada tahun 484 SM.
Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan
mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan falsafah.
Beliau merupakan orang Cina yang pertama
memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal dunia pada
tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.
Ajaran Confucius
Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang
berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip
hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran
Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang
menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang
lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya
tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan
mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah
kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan
hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."
Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya
dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta.
Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang
dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang yang
pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan
lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5
klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini
terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History
(Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I
Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching).
Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas
budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia
Cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas
masyarakat China.
Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau
Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah
bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada
negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis
perhubungan baik yang menetapkan peranan individu
dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa
dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan
kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu
mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain.
Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta
negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau
menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati
ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila
mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau
mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-
anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan
anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri
adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.
Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang
jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung
tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan.
Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga
dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus
memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat.
Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan
keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan
yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan
dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius
mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan
harus berperanan sebagai Shang-Ti.
Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan
tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius.
Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman
silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat
diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga
memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.
Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran
tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh
digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada
rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula
menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat
dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini
dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman
keras kepada pesalah.
Sebagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan
ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan
dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta
kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu
bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut
daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan
awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil
daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat
dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan
kerana keturunannya.
Taoisme
Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu.
Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang
penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan
falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau
mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh
pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme.
Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul
Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini
adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius
menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti
dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih
menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa
maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian
dengan alam semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah
gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran
di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara
bersemadi atau tasawuf.
Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri
daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara
mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara
yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme
ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan
manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak
seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan.
Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia
dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi,
penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh
negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan
menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang
paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah.
Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undnag
dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi.
Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan
penduduk di luar bandar. Taoisme tidak mendapat
sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan
pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.
Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap
perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru
penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula
jadi. Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui
tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan
manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa
perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya
bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze
mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho
Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup
dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu
disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi
tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri,
kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud
lagi." Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil penduduk.
Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk
pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara
satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.
Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah
membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan
tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum
magnetik dan herba-herba asli.
Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang
kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku
Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis
dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.
Kesimpulan
Agama muncul daripada kepercayaan primitif iaitu
kepercayaan dalam bentuk animisme. Dengan
perkembangan dalam tahap intelektualisme, manusia mula
menggantikan perasaan ketakutan kepada kebaikan. Tuhan
mula disembah kerana takutannya tetapi untuk
menunjukkan kepatuhan, kasih dan ketaatan.
Confucianisme dan Taoisme bukannya agama yang
berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah agama
kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-
bangsa yang menganutinya. Kedua-dua agama ini
berasaskan ajaran. Tetapi, terdapat perbezaan di antara
mereka. Confucianisme adalah berkenaan dengan Li seperti
ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih saying,
kepatuhan kepada peraturan sosial dan sebagainya. Dalam
ajaran Tao pula mementingkan alam semesta.
Confucisnisme adalah yang disanjung oleh golongan yang
terpelajar dan pegawai-pegawai kerajaan, manakala
Taoisme hanya mendapat sambutan daripada kalangan
penduduk di kawasan terpencil. Akhir kata, sifat ajaran
Confucianisme adalah bertentangan dengan sifat ajaran
Taoisme.
http://www.geocities.ws/cominglucky/conftao.htm