Download pptx - Aktiviti-aktiviti 2015

Transcript
Page 1: Aktiviti-aktiviti 2015

AKTIVITI-AKTIVITI 2015

INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI

Copyright to IPR 2015

Page 2: Aktiviti-aktiviti 2015

OKTOBER 2015Bengkel Retreat IPR 2015

Pada 9 Oktober 2015 hingga 11 Oktober 2015 telah diadakan Bengkel Retreat IPR di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highland. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh semua Ketua-ketua Unit dan dipengerusikan oleh Pengarah IPR iaitu Dr. Ashari Bin Yunus. Pada bengkel tersebut telah diadakan perbincangan mengenai halatuju IPR, pencapaian bagi tahun 2015 dan juga perancangan pengurusan bajet bagi tahun 2016.

Para peserta bengkel juga amat berbesar hati dan seronok mendengar taklimat mengenai ‘pemimpin yang cemerlang’ oleh mantan pengarah IPR iaitu Y. Bhg. Dato Dr. Hjh Aziah Binti Ahmad Mahayidin dan juga ceramah mengenai ‘integriti dalam kehidupan dan pekerjaan’ oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Ma’amor Bin Osman.

Page 3: Aktiviti-aktiviti 2015

Program Jom Sihat Peringkat IPR 2015

Pada 21 oktober 2015 telah diadakan program jom sihat peringkat IPR 2015 anjuran jawatankuasa korporat IPR. Program ini adalah bersempena juga dengan sambutan hari malaysia. Program yang berlangsung selama satu hari ini diadakan dengan meriah dan banyak aktiviti-aktiviti menarik seperti senam robik, gotong-royong di sekitar lokasi IPR dan juga kuiz pengetahuan am. Seramai 70 orang kakitangan daripada setiap unit dan wad menyertai program ini.

Page 4: Aktiviti-aktiviti 2015

NOVEMBER 2015Hari COPD Sedunia Peringkat IPR 2015

Hari COPD sedunia peringkat IPR telah diadakan pada 18 november 2015 di Auditorium IPR. Program yang dianjurkan oleh IPR ini mendapat sambutan dari semua warga IPR dan juga peserta dari luar turut sama menghadiri program ini. Antara program yang diadakan adalah ceramah dan juga pameran booth kesihatan.

Sambutan Ulangtahun Ke-10 Kejayaan Transplan Paru-paru Pertama di Malaysia

Sambutan Ulangtahun Ke-10 Kejayaan Transplan Paru-paru Pertama di Malaysia telah diadakan di Auditorium IPR pada 25 November 2015. Sambutan ini diadakan dengan kerjasama Institut Jantung Negara dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Hj. Azman Bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan.

Turut diadakan adalah ceramah berkaitan pemindahan paru-paru oleh Pakar-pakar Perubatan Respiratori dan juga perkongsian idea dari pesakit yang telah berjaya menjalani pemindahan paru-paru.

Copyright to IPR 2015 || Webmaster IPR Portal


Recommended