Download pdf - Aktiviti L D K

Transcript
Page 1: Aktiviti  L D K

41

OBJEKTIF➤ Untuk saling mengenali

antara satu sama lain➤ Memberi kesedaran

akan kepentingankonsep komunikasi danhubungan antara satudan yang lain

➤ Menggalakkan sikapkerjasama dan bekerjadi dalam satu kumpulankecil mahupunkumpulan besar

BAHAGIAN 5

AKTIVITI-AKTIVITI DI LAPANGAN

Aktiviti 1: Membina Kumpulan (Ice Breaking)

ktiviti ini merupakan salah satu aktiviti awal yangdilaksanakan untuk semua para pelajar yang terlibat

dengan program berkenalan antara satu sama lain. Unsur alamsekitar boleh digunakan didalam aktiviti ini dan boleh dijadikanbahan interaksi di antara sesama pelajar.

Cara Perlaksanaan

Daya ingatan

1. Para pelajar diminta membuat satu bulatan besar.

2. Para pelajar akan diminta memperkenalkan diri masing-masing. Dengan menggunakan kaedah mudah dan pantas,mereka harus memperkenalkan nama, umur dan tempat asal.

3. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, para pelajartidak dibenarkan bercakap lagi. Melalui kaedah rambang,fasilitator akan menarik seorang demi seorang pelajar untukmemperkenalkan rakan disebelah kiri dan kanannya. Iniberterusan sehinggalah fasilitator berpuas hati dengan tahapingatan pelajar rakan-rakan mereka.

A

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 41

Page 2: Aktiviti  L D K

➤ Meningkatkanpengetahuan parapelajar mengenaipentingnya sesuatuhaiwan hidup dalamsatu kumpulan danmengapa merekaberbuat demikian

Peralatan• Wisel• Kad Manilan• Kain Penutup Mata

Aktiviti 1 Membina Kumpulan (Ice Breaking)

Lampiran Aktiviti

42

Pengetahuan am mengenai haiwan

4. Aktiviti seterusnya, pelajar diberikan satu kad manila dantelah ditulis salah satu dari lima jenis haiwan. Para pelajardikehendaki menutup mata dan berdiam diri ketika fasilitatormengedarkan kad itu.

5. Setelah kad diedarkan, para pelajar dikehendaki membacakad dan mula bergerak tanpa bercakap dengan melaungkanbunyi haiwan.

6. Sebelum bergerak, mereka harus berfikir apakah motifmereka bersuara dan gaya yang akan dibuat.

7. Kemudian para pelajar akan bergerak ke dalam kumpulanmasing-masing melalui aksi dan bunyi haiwan yang dibuat.

8. Setelah itu, berbentuklah lima kumpulan dan setiapkumpulan akan melantik ketua masing-masing.

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 42

Page 3: Aktiviti  L D K

AKtiviti 2 Pengembaraan Si Batu

Lampiran Aktiviti

43

OBJEKTIF➤ Memberi pendedahan

kepada pelajarberkenaan penggunaanderia yang lain selaindari deria penglihatan

➤ Menambah ilmu danpengalaman parapelajar berkenaandengan keunikanunsure-unsur yangterdapat dalam alamsekitar melalui kaedahyang berbeza

➤ Mewujudkan kerjasamadan sikap saling Bantumenbantu antara parapelajar dalam sesuatukumpulan.

Peralatan• Kain Penutup mata• Tali besar• Kertas kosong

Aktiviti 2: Pengembaraan Si Buta

Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelajar dikawasan hutan tanah tinggi. Kebiasaannya aktiviti ini akanmelibatkan unsure-unsur alam sekitar seperti tanah, air, udara,pokok, akar dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga menguji tahappenggunaan deria pelajar. Pelajar akan menggunakan kesemuaderia yang ada kecuali deria penglihatan mereka.

Cara Perlaksanaannya:

1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisanpanjang.

2. Para pelajar kemudian dikehendaki menanggalkan kasutmasing-masing.

3. Selepas itu para pelajar dikehendaki menutup mata denganrapat menggunakan kain penutup mata. Pelajar yang memakaicermin mata diminta menanggalkannya terlebih dahulu.

4. Fasilitator akan memberikan penerangan mengenai aktivitiyang akan dijalankan dan para pelajar dikehendaki berdiamdiri pada masa ini.

5. Para pelajar akan mula bergerak daripada yang dihadapandipandu oleh fasilitator ke arah tali yang telah diikat (talidiikat pada pokok, batu besar, akar dan sebagainyamengikut denai yang telah ditetapkan). Kemudiannya parapelajar akan bergerak mengikut tali.

6. Setelah tamat, para pelajar dikehendaki membuka mata dandikumpulkan di satu tempat dan dikehendaki menulis apayang telah dilalui menggunakan deria-deria selain daripenglihatan.

7. Para pelajar akan dibawa semula ke denai tersebut untukmemerhati dan mengimbas kembali pengalaman parapelajar sewaktu melalui denai tersebut dengan matatertutup.

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 43

Page 4: Aktiviti  L D K

OBJEKTIF➤ Meningkatkan

kemahiran pelajarmenggunakan kompas

➤ Menggalakkansemangat berpasukandikalangan pelajar

➤ Meningkatkanpengetahuan pelajarmengenai khazanahhutan.

Peralatan• Kompas ‘Suunto”• Kad kompas dan soalan• Peta kawasan• Wisel

Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi

Lampiran Aktiviti

44

Aktiviti 3: Pencarian dan Penjelajahan alamsemulajadi

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dandigabungkan dengan ‘environmental hunt’. Kesedaran dankeprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadimemberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang.Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumipenglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulandan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukanserta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat.

Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar danjuga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskansoalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari.Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentinganalam sekitar kepada mereka.

Cara Perlaksanaan

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang samabilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua

2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikankepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapatbeberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Setiap ‘checkpoint’ akan dipandu dengan “bearing” serta clue. Di setiap“check point” juga ada disediakan soalan-soalan untukdijawab.

3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel.Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah.

4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelumaktiviti dijalankan .

5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.

6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerakkerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikirapemenang.

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 44

Page 5: Aktiviti  L D K

Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi

Lampiran Aktiviti

45

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitatorterlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebutmenjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘checkpoint’ dan soalan yang akan diberikan).

Check Point 1

Bearing : 156

Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasaTempat orang berehat

Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakahkepentingannya kepadapokok serta ekologikawasan berkenaan.

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 45

Page 6: Aktiviti  L D K

OBJEKTIF➤ Memerhati keadaan

alam pada waktumalam

➤ Membezakan alamsekitar pada waktumalam dan mengesanhaiwan yang aktif padawaktu malam

➤ Mengetahui pengaruhkeadaan sekeliling yanggelap kepada manusia

Peralatan• Lampu suluh• Pakaian dan kasut yang

bersesuaian

Peringatan❖ Kemungkinan besar

untuk mengesan ataumelihat haiwan padawaktu malam adalahtipis jika para pelajarbising

Aktiviti 4 Berjalan Malam

Lampiran Aktiviti

46

Aktiviti 4: Berjalan Malam

Di sebelah pagi, kita dikejutkan oleh nyanyian burung-burung. Disebelah petang pula, kedengaran siulan sisit. Pada malam hari, akankedengaran teriakan katak dan unggas-unggas. Semasa siang, kitadapat memerhatikan burung-burung terbang melayang-layang diudara dari pokok ke pokok. Apabila senja, mereka akanmenghilangkan diri dan kelawar akan kelihatan berterbangan kesana ke mari.

Tumbuhan berbunga dan berbuah pada masa yang berlainandalam setahun. Bukan sahaja berbunga pada masa yang berlainandalam masa setahun bahkan mereka mengembang pada masa yangberlainan dalam sehari.

Bunga merah dan cerah biasanya berkembang pada waktu siangdengan harapan dapat menarik perhatian serannga, lebah danburung. Tumbuhan yang mempunyai bunga harum dan berwarnaputih biasanya berkembang diwaktu senja dengan harapan dapatmenarik perhatian rama-rama yang terbang pada waktu malam danjuga kelawar.

Pada malam hari, tumbuhan yang terdiri daripada keluargakekacang kelihatan menggulungkan daun mereka. Burung-burungakan terbang balik ke sarang mereka atau mencari tempat berteduhdi dalam hutan di mana mereka akan berehat dan tidur. Semuaserangga akan pulang ke sarang masing-masing.

Kini sampai giliran binatang-binatang yang keluar mencari makandan bermain sesama mereka pada waktu malam. Kita akanmenemui katak dengan senang lagi jika kita keluar pada waktumalam. Binatang seperti ‘Kubong’, ‘Kongkang’ dan kelawar akankeluar mencari makanan. Burung-burung yang aktif di waktu malamadalah seperti ‘night jar’ dan burung hantu.

Keadaan di dalam hutan sangat gelap di malam hari. Kemungkinanmelihat kelip-kelip dan ‘glow worm’ berterbangan dan merayap-rayap ke sana ke sini dalam hutan. Jika kita padamkan lampu suluh,kita mungkin dapat melihat (jika bernasib baik) cendawan ataukulat bercahaya di waktu malam. Kita dapat melihat kelawar dankatak dengan menggunakan lampu picit. Kita juga dapatmengengar unggas dan burung hantu. Binatang seperti landak dantenuk aktif di waktu malam.

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 46

Page 7: Aktiviti  L D K

Aktiviti 4 Berjalan Malam

Lampiran Aktiviti

47

Cara Perlaksanaannya:

1. Setiap kumpulan mestilah berada dalam keadaan diam.Peluang untuk melihat haiwan aktif pada waktu malamadalah lebih tinggi jika tidak bising. Kita juga tidak perlumerasa takut.

2. Kaedah untuk melihat haiwan yang betul adalah denganmemegang lampu suluh berhampiran dengan mata kita(hampir dengan bahagian dahi atau hidung).

3. Kilauan dari mata haiwan akan dibalikkan ke mata kita apabilakita menyuluh pada haiwan berkenaan. Bahagian-bahagianutama hutan perlu dilihat ialah kawasan yang lapang(misalnya di bahagian jalan rintis dan bahagian bawah sertaatas pokok).

4. Selepas beberapa lama, matikan lampu suluh dan lihatsekeliling. Biarkan masa untuk mata menyesuaikan dengankeadaan malam. Apakah yang boleh diperhatikan? Lihat dikawasan atas tanah dan pada batang-batang pokok.

5. Cuba kenalpasti apa yang boleh didengari pada waktumalam dan bandingkan dengankeadaan siang hari. Bezakanbunyi serangga, burung,katak dan haiwan-haiwan lain.

6. Para pelajar diingatsupaya sentiasasenyap semasaberjalan.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan didalam kelas berdasarkanhabitat pergunungan

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 47

Page 8: Aktiviti  L D K

OBJEKTIF➤ Menguji sekali gus

meningkatkanpengetahuan pesertamengenai khazanahsemulajadi di kawasanpergunungan

Peralatan• Kerusi Meja• Kertas • Pensil

Aktiviti 1 Kuiz

Lampiran Aktiviti

48

AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS

Aktiviti 1: Kuiz

Aktiviti ini merupakan ujian kepada kefahaman dan pengetahuanasas kepada para peserta. Biasanya diberikan pada akhir-akhir sesikem pendidikan. Soalan adalah berkisar kepada maklumat-maklumat yang diterima sepanjang kem berlansung termasukpengetahuan am yang berkenaan.

Cara Perlaksanaannya

1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Soalan-soalan mengenai alam semulajadi terutamaberkenaan dengan hutan pergunungan dan pengetahuan amakan diberikan kepada setiap kumpulan mengikut pusingangiliran.

2. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah yang tertinggi.

Contoh-contoh soalan kuiz yang boleh dijalankan: -

a) Apakah nama gunung tertinggi di Malaysia?

b) Berapakah ketinggian gunung itu?

c) Berapakah zon bagi vegetasi yang boleh diperhatikan dihutan pergunungan?

d) Apakah nama agensi yang terlibat di dalam pengurusan danpemuliharaan Gunung Kinabalu?

e) Namakan dua spesis endemic di Gunung Kinabalu

f) Apakah sifat penyesuaian haiwan di kawasan hutanpergunungan?

g) Apakah ciri penyesuaian bagi tumbuhan di hutanpergunungan?

h) Apakah suhu yang paling maksima di kawasan hutanpergunungan?

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 48

Page 9: Aktiviti  L D K

AKtiviti 1 Kuiz

Lampiran Aktiviti

49

i) Apakah ciri utama yang membezakan hutan pergunungandan hutan tanah rendah?

j) Apakah kepentingan hutan pergunungan?

k) Apakah kesan buruk manusia yang ketara ke atas hutanpergunungan?

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 49

Page 10: Aktiviti  L D K

OBJEKTIF➤ Menyemai semangat

konservasi di dalam diripeserta

➤ Dengan bimbinganfasilitator, pelajar dilatihdengan teknik sertakemahiran interpretasiyang sesuai dengansemua golongan danperingkat masyarakat

Peralatan• Kerusi Meja• Set PA system• Kertas dan Pensil

Aktiviti 2 Perbahasan

Lampiran Aktiviti

50

Aktiviti 2: Perbahasan

Aktiviti ini mendedahkan para pelajar terhadap kemahiran ‘publicspeaking’ atau berhujah dikhalayak umum dengan mengaitkankemahiran menerima, menganalisis dan merumuskan maklumat.Kemahiran-kemahiran sebegini perlu bagi mereka menyampaikanmesej konservasi setelah berjaya menghabiskan kem pendidikanalam semujadi.

Cara Perlaksanaanya

1. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.

2. Tajuk perbahasan akan diberikan kepada kumpulan tersebutuntuk mengambil pihak yang bertentangan didalam sesuatuperbincangan.

3. Para pelajar setiap kumpulan akan diberikan 2 – 3 minitseorang untuk mengemukakan hujah-hujah mereka.

4. Ketua kumpulan akan diberikan lebih masa untukmerumuskan segala hujah-hujah ahli kumpulan.

5. Pengadilan dibuat berdasarkan ketepatan, kelancaran dangaya penyampaian serta isi hujah-hujah.

Tajuk-tajuk perbahasan yang boleh dibahaskan termasuklah:

a) Kawasan Pergunungan-adakah ia wajar dibiarkan semulajadiatau diperkembangkan dalam pembangunan negara

b) Pembangunan dikawasan pergunungan harus digiatkanmemandangkan kurangnya kawasan di tanah rendah untukpembangunan

c) Aktiviti pertanian harus dipertingkatkan di kawasanpergunungan untuk menjamin penghasilan sector ekonominegara

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 50

Page 11: Aktiviti  L D K

OBJEKTIF➤ Menerapkan nilai-nilai

kreatif dan inovasidalam gaya hidup parapelajar

➤ Menghayati alamsemulajadi denganlebih dekat dan bukanhanya pada peringkatluaran sahaja.

Peralatan• Kertas lukisan• Alat-alat melukis

AKtiviti 3 Menghayati alam sekitar melalui karya tangan

Lampiran Aktiviti

51

Aktiviti 3: Menghayati alam sekitar melaluikarya tangan

Daya imaginasi dan kreativiti amat diperlukan dalam menghasilkankarya seni yang baik. Elemen-elemen ini perlu diterapkan kepadapelajar dalam apa juga aktiviti yang mereka lakukan.

Penghasilan hasil tangan atau lukisan mengenai alam sekitarmenggunakan peralatan serta benda-benda yang boleh dijumpaidi sekeliling merupakan salah satu cara yang baik.

Cara Perlaksanaan:

1. Fasilitator memberi penerangan berkenaan dengan aktiviti inidan memberikan peralatan-peralatan yang diperlukan.

2. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Sebaik-baiknya mempunyai 4 orang ahli setiap kumpulan.

3. Tema lukisan atau karya tangan diberikan dan para pelajarberedar ke tempat yang sesuai untuk menghasilkan karyalukisan.

4. Setiap kumpulan diberikan masa 1 jam untuk menghasilkanhasil mereka.

5. Sebelum pengadilan, kesemua hasil tangan dan lukisandipamerkan.

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 51

Page 12: Aktiviti  L D K

Aktiviti 4 Malam Budaya (Menghayati alam semulajadi melalui karya seni)

Lampiran Aktiviti

52

Aktiviti 4: Malam Budaya (Menghayati alamsemulajadi melalui karya seni)

Aktiviti ini boleh dijalankan diwaktu malam sebagai salah satupersembahan para pelajar sebelum beredar pulang ke sekolahmasing-masing. Sebaik-baiknya penerangan tentang aktiviti inidiberikan sebelum permulaan program agar para pelajar bersediadan menyediakan satu persembahan bertemakan alam semulajadidi malam terakhir.

Para pelajar yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulantersebut akan memberikan persembahan kumpulan masing-masingdi malam terakhir program penghayatan hutan pergunungan.

Bentuk karya seni yang boleh dipersembahkan termasuklah:-

a) Sketsa

b) Nyanyian

c) Puisi

d) Sajak

e) Berbalas pantun

f) Syair

g) Drama

h) Tarian

i) Wayang kulit

j) Boria

k) Lakunan

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 52

Page 13: Aktiviti  L D K

Aktiviti 5 Nyanyian Lagu Hijau

53

Aktiviti 5: Nyanyian Lagu Hijau

Bumi yang tiada rimbaSeumpama hambaIa dicemar manusiaYang Jahil ketawa

Bumi yang tiada udaraBagai tiada nyawaPasti hilang suatu hariTanpa disedari la…la….la…ye…

# Bumi tanpa lautanAkan kehausanPasti lambat laun hilangDuniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakanApalah gunanya kematangan fikiranBila dijiwa kita masih mudaDan mentah…..ku lihat hijauLa…La….La..oyeh… Hai….

## Ooo… Anok anokTakleh mengasa mandi laokBesaing, mainghama-ghamaAle jo ni tua umornya berjutaKita usaha jauhke dahgi mala-petaka

Ozon la ni, kaho nipi tiap haghiNak mako asak hok bias wa psa maknusiaSemua bendo-bendo di duniaTok le tehe sape bila-bila

Bumi ku yang kian pudarSiapa yang melihatDikala kita tersadarMungkinkah terlewat

(Ulangi rangkap 3 & #)

Korupsi, oppresi, obsessi diriPolusi, depresi dibumi iniKorupsi, oppressi, obsessi diriDi bumi ku ini (3 x)

(Ulangi Rangkap ###)

Lampiran Aktiviti

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 53

Page 14: Aktiviti  L D K

54

Rujukan

54

RUJUKAN

MacKinnon, K, G. Hatta, H. Halim, A. Mangalik. 1996. The Ecologyof Kalimantan. Periplus Editions. 802 pp.

Lee, S.M. and The K.H. 1994. Pendidikan Alam untuk Kanak kanak.Persatuan Pencinta Alam Malaysia. 200 pp.

Miller G.T. 1997. Environmental Science (6th ed). WadsworthPubliehing Company 517 pp.

Itarrison J. 1973. An luho to the mammals of Sabah. The SabahSociety 244 pp.

Tweedie, M.W.F. 1991. Mammals of Malaysia Longman MalaysiaSdn. Bhd. 87 pp

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 54

Page 15: Aktiviti  L D K

5555

LAMPIRAN

Senarai Agensi–Agensi Kerajaan Yang Terlibat DiDalam Pendidikan Alam Semulajadi Di Sabah

1. Jabatan Perhutanan SabahIbu Pejabat, Jabatan Perhutanan, Beg Berkunci No. 68, 90009 Sandakan Tel: 089-660811Fax: 089-669170Email: [email protected]

2. Jabatan Hidupan Liar Sabah, Tingkat 5, Blok B, Wisma MUIS, 88100 Kota Kinabalu, Tel: 088- 215353Fax: 088- 222476Email: [email protected]

3. Jabatan Konservasi Alam Sekitar SabahTingkat 2 & 3, Wisma Budaya, Jalan Tunku Abdul Rahman, Beg Berkunci No. 2078, 88999 Kota KinabaluTel: 088-251290Fax: 088-238120Email: [email protected]/page: www.sabah.gov.my/jkas

4. Jabatan Pengairan dan Saliran, Tingkat 5 & 6, Menara Khidmat, Jalan Belia, Beg Berkunci 2052, 88767 Kota KinabaluTel: 088-280500Fax: 088-242770Email: [email protected]

Lampiran

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 55

Page 16: Aktiviti  L D K

56

5. Jabatan Perikanan, Tingkat 8, Menara Khidmat, Jalan Belia, 88628 Kota KinabaluTel: 235966Fax: 088-240511Email: [email protected]/page: www.fishdept.sabah.gov.my

6. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, 1, Jalan Bandaraya, 88675 Kota KinabaluTel: 088-239500Fax: 088-219175Email: [email protected] Web: www.borneo-online.com.my/kkcity/

7. Taman-taman Sabah, Blok K, Lot. No. 1-3, Tingkat 1, Kompleks Sinsuran, Peti Surat No. 1062688806 Kota KinabaluTel: 088-211881Fax: 088- 211585

8. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,Tingkat 5, Rumah Persekutuan, 88604 Kota KinabaluTel: 088-232277Fax: 088-234828

9. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah/W.P. Labuan, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, No. 36, Tingkat 7, Blok E, Bangunan KWSP88000 Kota KinabaluTel: 250025Fax: 088-241170

Lampiran

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 56

Page 17: Aktiviti  L D K

57

Senarai Agensi-Agensi Bukan Kerajaan YangTerlibat Di Dalam Pendidikan Alam Semulajadi

1. Sabah Nature Club, Auditorium Foyer, Yayasan Sabah Building, P.O.Box 1162388817 Kota KinabaluTel: 088-427509Fax: 088-427510Email: [email protected]

2. Worldwide Fund for Nature (WWF) Sabah Branch, Peti Surat 14393, Tingkat 6, Centre Point Building, 88550 Kota KinabaluTel: 088-262420

3. Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Cawangan Sabah), Jalan Muzium, Beg Berkunci 2015, 88566 Kota KinabaluFax: 088-267918Email: [email protected]

4. Sabah Environmental Protection Agency (SEPA), Unit 1-2F, Beverly Hill Plaza, Peti Surat 10126, 88801 Kota KinabaluTel: 088-727199Fax: 088-712199Email: [email protected]

5. The Sabah Society, P.O.Box 10547, 88806 Kota KinabaluTel:088- 266 382Fax: 088- 266 882Email: [email protected] [email protected]

Lampiran

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 57

Page 18: Aktiviti  L D K

58

6. PACOS Trust, P.O.Box 511, 89507 Penampang, SabahTel: 088-712 518Fax: 088- 718 669Email: [email protected]

Lampiran

Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 58


Recommended