AHLI KUMPULANMUTALIB BIN KASIMPERADA ANAK RANTI
PELAKSANAAN AKTIVITI PRABACAAN
Aktiviti Pengamatan Penglihatan
Aktiviti 1: Pergerakan mata dari kiri ke kanan
• Aktiviti ini dibuat secara berpasangan. Murid A akan menggerakkan jarinya dari kiri ke kanan dan murid B mengikut pergerakan yang dibuat dengan pergerakan mata. Mereka bertukar-tukar peranan.
Aktiviti 2: Menghimpun gambar mengikut jenis dan kumpulan
• Murid-murid duduk dalam kumpulan (3 atau 4 orang)
• Setiap kumpulan murid-murid menerima pelbagai jenis gambar
• Setiap kumpulan akan mengasingkan dan menghimpunkan gambar-gambar itu ke dalam kumpulan yang betul.
• Murid-murid menampal gambar-gambar tersebut pada kertas yang disediakan mengikut kumpulan masing-masing.
• Wakil kumpulan akan menunjukkan hasil kerja, gambar-gambar yang telah dihimpun mengikut jenisnya kepada kelas.
Bahan Bantu mengajar:Gambar kereta, gambar alatan dapur, gambar
barang permainan kanak.
Gambar kereta
Gambar alatan dapur
Gambar Permainan Kanak-kanak
Aktiviti 3: Memadankan gambar yang sama
• Murid-murid diberikan beberapa keping gambar haiwan.
• Murid-murid memadankan gambar yang sama secara individu.
Bahan Bantu MengajarKad Imbasan gambar haiwan
Gambar haiwan
Aktiviti 4: Memadankan warna• Murid-murid duduk membentuk bulatan
dalam kumpulan (3 atau 4 orang)• Setiap kumpulan mendapat kad pelbagai
warna dan bentuk.• Murid-murid diminta menunjukkan warna
yang disebut guru dan warna yang disebut oleh beberapa murid-murid.
• Kemudian setiap murid-murid akan memilih kad mengikut warna yang disukai mereka.
• Murid-murid tersebut akan mempamerkan kad pilihannya dengan menyebut warna kad itu.
• Murid yang memiliki kad yang sama akan mempamerkan kad warna dan menyebut warna tersebut serta diikuti oleh murid-murid yang lain.
Bahan bantu mengajarKad pelbagai warna dan bentuk
Kad warna
Aktiviti 5: Menghimpun buah-buahan yang sama jenis
• Kelas diberikan beberapa jenis buah-buahan sebenar.
• Empat orang murid diminta mengambil sejenis buah yang terdapat dalam longgokan buah yang disediakan. Mereka diminta menyebut nama buah itu.
• Murid-murid diberikan gambar buah-buahan pelbagai jenis dan saiz.
• Murid-murid mengasingkan gambar buah-buahan tersebut ke dalam kumpulan. Mereka menamakan buah-buahan tersebut.
• Empat orang murid-murid mengambil sekeping gambar buah yang digemarinya. Mereka menyebut nama buah itu dengan diikuti murid-murid yang lain.
• Murid-murid yang lain juga diminta mengambil sekeping seorang gambar buah-buahan.
• Dalam kiraan 10, murid-murid diminta membina kumpulan berdasarkan buah yang mereka pilih.
Bahan bantu mengajarBuah-buahan epal, buah jambu, mangga dan limau
Gambar buah-buahan
Gambar buah-buahan
Aktiviti Pengamatan PendengaranAktiviti 1: Bunyi haiwan
• Murid-murid melihat slaid gambar haiwan yang ditunjukkan oleh guru.• Murid diminta meniru bunyi haiwan tersebut.• Murid mendengar rakaman bunyi pelbagai jenis haiwan.• Secara individu, murid-murid diminta menyatakan nama haiwan
tersebut dan murid yang lain akan meniru bunyi haiwan yang disebut.
Bahan bantu mengajar• Slaid gambar haiwan• Rakaman bunyi haiwan
Gambar haiwan
Aktiviti 2: Siapa saya• Kelas dibahagikan kepada empat kumpulan• Murid-murid mendengar dengan teliti teka-teki yang
dibacakan oleh guru.• Kumpulan murid-murid menjawab teka-teki setelah
berbincang mengenai jawapannya.• Teka-teki ini boleh dijalankan dalam bentuk pertandingan
iaitu markah diberikan kepada kumpulan yang menjawab teka-teki dengan betul.
Bahan bantu mengajar• Kad teka-teki
• Kad perkataan jawapan
Teka-teki
Aktiviti 3: Teka bunyi saya• Guru meletakkan alatan bantu mengajar ke dalam satu kotak
di hadapan kelas. Pastikan alatan tersebut dirahsiakan.• Murid-murid mendengar guru mengetuk alatan tersebut dan
cuba meneka apakah bunyi alatan tersebut.• Beberapa orang murid mengetuk alatan itu berkali-kali,
seperti yang guru tunjukkan. Setiap kali murid mengetuk satu alatan tersebut, murid lain akan menyebut nama alatan tersebut.
• Murid-murid membezakan bunyi-bunyi alatan yang diketuk.
Bahan bantu mengajarAlatan maujud seperti gelas kaca, sudu besi, baldi, pinggan,
gelas plastik.
Alat yang diketuk untuk menghasilkan bunyi.
Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata
Aktiviti 1: Membuat bentuk kuih-muih menggunakan tanah liat.
• Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (3 atau 4 orang)
• Setiap kumpulan diberikan tanah liat yang pelbagai warna.
• Murid-murid melihat dan menyebut nama kuih-muih yang ditunjukkan guru.
• Murid-murid memerhatikan tunjuk cara oleh guru, cara membuat donat, kuih karipap menggunakan tanah liat mengikut langkah yang betul.
• Murid-murid membentuk kuih-muih daripada tanah liat seperti yang ditunjukkan dengan bimbingan guru.
Bahan bantu mengajar• Tanah liat, slaid kuih-muih
Gambar kuih-muih
Aktiviti 2: kolaj- gambar haiwan• Murid-murid melihat gambar haiwan yang ditunjukkan oleh guru.• Setiap murid-murid diberikan gambar haiwan.• Murid-murid mendengar penerangan guru tentang cara-cara
menampal cebisan kertas warna yang sudah digunting bersaiz kecil pada lakaran haiwan yang diberi.
• Murid-murid membuat kolaj, dengan menampal kertas warna yang telah dipotong.
• Hasil kerja murid-murid dipamerkan.
Bahan bantu mengajar• Gambar haiwan, potongan kertas pelbagai warna, gam dan gunting.
Gambar haiwan
Aktiviti 3: Pergerakan jari dan tangan• Murid-murid mendengar rakaman lagu ‘Kalau Rasa
Gembira’• Murid-murid diminta mengikut guru menyanyi sambil
melakukan pergerakan bertepuk tangan, memetik jari dan menghentak kaki.
• Selepas habis lagu tersebut, murid-murid secara berpasangan diminta menulis huruf, di tapak tangan kawan secara bergilir-gilir.
• Pasangan murid tersebut meneka huruf dengan menulis semula huruf menggunakan jari telunjuk di udara atau di atas meja.
Bahan bantu mengajar• Slaid lirik lagu ‘Kalau Rasa Gembira’
Lagu ‘Kalau Rasa Gembira’Kalau rasa gembira tepuk tangan (3x tepuk)Kalau rasa gembira tepuk tangan (3x tepuk)Kalau rasa gembira beginilah caranya,Kalau rasa gembira tepuk tangan (3x tepuk)
Kalau rasa gembira petik jari (3x petik jari)Kalau rasa gembira petik jari (3x petik jari)Kalau rasa gembira beginilah caranya,Kalau rasa gembira petik jari (3x petik jari)
Kalau rasa gembira hentak kaki (3x hentak kaki)Kalau rasa gembira hentak kaki (3x hentak kaki)Kalau rasa gembira beginilah caranya,Kalau rasa gembira hentak kaki (3x hentak kaki)
Aktiviti 4: Rumah Idaman Saya• Murid-murid diberikan sekotak pasir oleh guru• Murid-murid mendengar penerangan guru dan
tunjuk cara melakar rumah di atas pasir.• Murid-murid melakar rumah menggunakan
ranting kayu di atas pasir.• Murid-murid bercerita tentang rumah idaman
mereka di depan kelas.
Bahan bantu mengajarPasir, ranting kayu, lukisan rumah
Contoh lukisan rumah
PELAKSANAAN AKTIVITI BACAANKaedah Fonetik
a) Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda Dengan Bunyi Huruf.
Aktiviti 1: Nama objek atau benda dan bunyi huruf.
• Menunjukkan gambar dan menyebut nama benda atau objek tersebut dengan sebutan huruf yang betul.
• Ulangi beberapa kali cara menyebut huruf tersebut.
Bahan bantu mengajarKad imbasan gambar
Benda/objek Bunyi huruf Nama benda/objek
/a/ Arnab dan ayam
/i/ Itik dan ikan
/o/ Otak dan oren
Aktiviti 2: Padankan bunyi huruf dengan gambar yang betul.
• Murid-murid diminta untuk memadankan bunyi huruf dengan gambar yang betul.
• Murid-murid diminta untuk menyebut bunyi huruf dengan sebutan yang betul berulang kali.
Bahan bantu mengajarKad imbasan gambar
Suaikan bunyi huruf dengan gambar yang betul.Bunyi huruf Gambar benda/objek
/e/
/u/
/b/
b) Membatang Suku Kata dan Perkataan
• Melibatkan proses mengeja sambil membaca sesuatu suku kata yang seterusnya akan membentuk perkataan.
Aktiviti: Mengenal perkataan-perkataan Vokal berganding kv+vk.
• Guru meminta murid-murid menyebut huruf vokal dan diikuiti dengan huruf konsonan beramai-ramai.
• Guru menayangkan slaid perkataan mengandungi huruf vokal dan huruf konsonan.
• Murid mengeja dan menyebut perkataan, berulangkali.
Bahan bantu mengajarSlaid perkataan dan gambar berkaitan.
Aktiviti: menyebut suku kataBenda/objek Suku kata
Bu + ah = Buah
Ku + ih = kuih
La + ut = Laut
Du + it = Duit
Ka + il = Kail
c) Membaca Frasa dan Ayat
Aktiviti 1: Menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.
• Guru menayangkan ayat yang mempunyai susunan yang salah.
• Murid-murid diminta menyusun perkataan mengikut susunan ayat yang betul.
Bahan bantu mengajarSlaid bergambar
Gambar Susun ayat menjadi ayat yang betul
ke pasar pergi Emak
hantu terbang Burung malam
Suka susu minum Kucing
Aktiviti 2: Membuat ayat berdasarkan soalan dengan gambar yang berkaitan.
• Guru menayangkan gambar dan bertanyakan apakah yang berlaku dalam gambar tersebut.
• Murid-murid bolah menyatakan ayat mudah berdasarkan gambar.
Bahan bantu mengajarSlaid bergambar
Bina ayat mudah berdasarkan gambar
Ali sedang bermain bola sepakIni gambar bunga raya.
Saya suka makan kuih.
Kaedah Abjad
a) Menyebut Nama Huruf Abjad A Hingga Z
Aktiviti: Sebutan Abjad• Murid mendengar guru menyebut huruf A hingga Z.• Murid mengikut guru menyebut huruf-huruf
tersebut.• Murid-murid melagukan huruf-huruf yang
ditunjukkan oleh guru secara kumpulan kemudian secara individu
b) Menyebut Suku Kata V dan KV
a yam
e
kan
mak
u
bor
dang
i
o
ayam
emak
ikan
obor
udang
+ =
=
=
=
=
+
+
+
+
c) Mengeja Suku Kata, Perkataan dan Frasa
a) Mengeja suku kataBa + pa = bapaSa + tu = satuHa + ti = hati
b) Perkataan dan frasaburungseekor burungburung merpatiseekor anak burungseekor anak burung merpati
d) Membina dan Membaca AyatContoh ayat;1.Puan Sara guru sekolah.2.Ibu mereka sedang memandu.3.Arnab itu sihat sungguh.4.Baju itu biru.
Kaedah Pandang Dan Sebut
a) Menyebut PerkataanContoh aktiviti;• Guru menyebut perkataan yang tertera pada kad imbasan dan
murid-murid akan mengikut menyebutnya secara beramai-ramai.• Semasa kad perkataan itu dipaparkan kepada murid-murid,
merreka diajar menyebut dan membacanya.• Misalnya, guru menunjukkan kad perkataan buku, ibu, nenek,
meja, baju terlebih dahulu. • Kemudian murid-murid disuruh menyebut perkataan-perkataan
yang guru tunjukkan.
b) Mencerakinkan Perkataan Menjadi Suku Kata
Contoh,baju = ba + juguru = gu + rumeja = me + jakawan = ka + wancawan = ca + wan
c) Membina Perkataan dan Menyebut Semula Perkataan yang Sama
baju = ba + juguru = gu + rumeja = me + jakawan = ka + wancawan = ca + wan
d) Membina dan Membaca Ayat
Ibu makan nasi.Ibu dan nenek makan nasi.Ibu dan nenek makan nasi di meja makan.
Ali pergi ke sekolah.Ali dan Abu pergi ke sekolah waktu pagi.Ali dan Abu pergi ke sekolah waktu pagi menaiki bas.