8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
1/42
i
Kandungan
1.0 Pendahuluan ........................................................................................................... 1
2.0
Objektif .................................................................................................................. 1
3.0
Definisi Alam Barzakh ........................................................................................... 2
4.0 Dalil Kewujudan Alam Barzakh ............................................................................ 4
4.1
Dalil daripada Al-Quran ..................................................................................... 4
4.2 Dalil daripada Hadis Nabi ......................................................................... 6
5.0
Peristiwa di Alam Barzakh..................................................................................... 7
5.1
Soalan Mungkar dan Nakir ............................................................................... 13
5.2 Soalan Kubur kepada Orang Mati yang Tidak Ditanam atau Hancur. ............. 18
5.3
Bilangan Mungkar dan Nakir ........................................................................... 19
5.4
Soalan dua malaikat khusus untuk umat Muhammad atau tidak ..................... 20
5.5 Nikmat Kubur ................................................................................................... 20
5.6 Azab Kubur ...................................................................................................... 23
5.7
Roh Sahaja yang Merasai Nikmat dan Azab Kubur atau Berserta Jasad ......... 26
5.8 Di Mana roh sebelum kiamat? .......................................................................... 26
5.9 Para Nabi Hidup dan Beribadah di dalam Kubur ............................................. 27
5.10
Penolakan terhadap Alam Barzakh dan Hukumnya ..................................... 28
6.0
Isu Masyarakat Sekitar Alam Barzakh ................................................................. 29
6.1 Adakah Ahli Kubur Boleh Mendengar? ........................................................... 30
6.2
Kesan Perlakuan Orang Hidup kepada Si Mati ................................................ 32
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
2/42
ii
6.3
Fahaman tentang Alam Barzakh yang Bercanggah Ahli Sunnah wal Jamaah . 38
7.0 Rumusan ............................................................................................................... 38
Bibliografi ....................................................................................................................... 39
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
3/42
1
1.0 Pendahuluan
Alam Barzakh. Satu istilah yang telah sinonim dengan umat Islam sejak zaman kanak-
kanak lagi. Adalah sesuatu yang amat penting untuk kita ketahui peristiwa alam
kematian kerana ia antara perkara yang tak dapat dicapai oleh pancaindera dan termasuk
dalam ilmu akidah yang perlu diketahui. Ada antara perbincangan tentangnya bersifat
wajib diketahui dan ada juga sekadar maklumat tambahan. Pengetahuan mendalam
tentang alam barzakh boleh menjadi satu motivasi untuk mengamalkan ajaran Islam
sebaiknya.
Jadi, satu nukilan semula berbentuk ringkasan kepada khazanah ilmu ulama' yang
bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah perlu dibuat untuk pembacaan orang awam
kerana kekangan masa untuk mereka mendalami ilmu-ilmu seperti ini.
2.0 Objektif
Mengkaji tentang alam barzakh secara terperinci melalui dalil-dalil al-Quran
dan hadis Rasulullah .
Mengkaji ijtihad dan perbezaan pendapat pada ulama’ mengenai perkara
furu’ berkenaan alam barzakh.
Mengkaji punca kekeliruan masyarakat berkenaan alam barzakh.
Menganalisis pandangan ulama’ yang pelbagai berkaitan dengan isu
masyarakat yang timbul.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
4/42
2
3.0 Definisi Alam Barzakh
Al-Barzakh atau ejaan Arabnya ل رزخ disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran dan
semuanya disebut dalam bentuk kata nama. Dari segi bahasa ia bermakna sesuatu atau
penghalang antara dua perkara.1 Antara contoh penggunaan perkataan secara bahasa
dalam al-Quran ialah seperti:
ا ج ي و ا
ا ا و تا ب و ج ز
و ار
Maksudnya : Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut
berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang
satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut
itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.
Surah al-Furqan (25) : 53
Penggunaan kalimah barzakh dalam ayat al-Quran di atas adalah secara umum membawa
maksud penghalang atau sempadan yang hakiki dan boleh dicapai oleh pancaindera
manusia manakala apa yang bakal dibincangkan ialah berkenaan “Barzakh” yang
mempunyai maksud yang khusus di mana ia juga disebutkan dalam al-Quran :
و
زخ
ئارو
ن
Maksudnya : … sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang
mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan
semula (pada hari kiamat).
Surah Al-Mu’minun (23) : 100
1 ʻAli bin Muḥammad ʻAli Al-Zain Al-Sharīf Al-Jurjānῑ (1983), Al-Ta’rῑfāt . Lubnan: Dār Al-Kitāb, h. 45
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
5/42
3
Sumber yang paling baik untuk melihat definisi kalimah dalam al-Quran adalah
tafsir. Jadi, kami mebawakan beberapa tafsiran ulama’ tafsir untuk kalimah al-barzakh.
Menurut Qatādah, ia bermaksud penghalang antara dunia dan akhirat. Muḥammad bin
Ka`ab pula mentakrifkannya sebagai sesuatu antara dunia dan akhirat, bukan bersama ahli
dunia yang boleh makan dan minum dan bukan bersama ahli akhirat yang menerima
balasan amal mereka. Abu Ṣakhr mengatakan al-barzakh adalah kubur, bukan di dunia,
bukan di akhirat. Mereka menetap di dalamnya sehingga hari dibangkitkan. Bagi Al-
Ḍaḥḥāk, ia adalah satu tempoh antara kematian dan hari dibangkitkan. Berbeza dengan
Mujāhid, beliau memberi definisi al-barzakh sebagai penghalang untuk mereka(orang
yang mati) kembali ke dunia.2 Tafsiran-tafsiran di atas menunjukkan jumhur ulama’ tafsir
mentakrifkan barzakh dalam ayat tersebut merujuk kepada satu alam yang berada dalam
tempoh kematian seseorang dengan hari dia dibangkitkan semula. Cuma Mujahid yang
memberikan takrif yang agak berbeza dengan jumhur ulama’ tafsir.
Kesimpulannya, kewujudan alam barzakh ini bukanlah semata-mata alam kubur
dengan makna tempat dikebuminya jasad dan tiada apa-apa berlaku sehingga
dibangkitkan apabila berlakunya kiamat kelak. Tetapi, wujud satu alam di mana manusia
yang telah meninggal melalui beberapa fasa atau ‘peristiwa’ sehingga tibanya Hari
Kebangkitan. Perkara-perkara yang berlaku dan berkaitan dengan alam selepas mati ini
akan dibincangkan dalam bahagian-bahagian seterusnya.
2 Ismāʻīl bin ʻUmar bin Kathīr (1999), Tafsīr al -Quran al-`A ẓīm. Riyadh: Dār Ṭayyibaṭ li Al-Nashr waAl-Tawzīʻ, j. 5. h. 494.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
6/42
4
4.0 Dalil Kewujudan Alam Barzakh
Setiap berita dan dakwaan memerlukan bukti atau dalil untuk memastikan kesahihannya,
terutama dalam hal-hal berkaitan agama termasuk dalam ilmu akidah, fiqah dan tasawuf
atau akhlak. Kami akan mengemukakan beberapa dalil tentang alam barzakh daripada
nas-nas al-Quran dan hadis Nabi . ملسو هيلع هللا ىلص
4.1 Dalil daripada Al-Quran
Terdapat beberapa ayat al-Quran yang memberi kefahaman tentang kewujudan satu alam
antara kematian manusia dan hari Kiamat, atau dengan nama lain disebut alam kubur dan
alam kematian yang mana kewujudannya sekali gus membuktikan wujudnya Hari
Kebangkitan.
a) Dalil paling utama ialah dalil yang menyebut secara jelas kalimah barzakh, iaitu :
ورائو
زخ
ن
Maksudnya : … sedang di hadapan mereka ada alam barzakh
(yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka
dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Surah Al-Mu’minun (23) : 100
Ayat ini telah dihuraikan pada bahagian definisi alam barzakh sebelum ini.
b)
Dalil-dalil lain kewujudan alam barzakh daripada al-Quran ialah dalil wujudnya
azab di dalam kubur pada ayat ke 45 dan 46 Surah al-Ghāfir(40) yang akan
dihuraikan dalam bahagian azab kubur.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
7/42
5
ل
وق
ن
ا
٦ابء
ر ٱ
وضن
ا
و
و
د
ٱ
م
م
ءال
ا
ٱ
أ
ابن
Maksudnya: dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab yang
seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka
pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam
Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada
malaikat), “Masukkan Firaun dan pengikutnya ke dalam azab seksa
api neraka yang sedahsyat-dahsyatnya!”
Apabila melihat kepada ayat ini dan dihubungkaitkan antara frasa ‘pagi dan
petang’ dan frasa ‘pada hari berlakunya kiamat’ , jelaslah kepada kita bahawa
azab yang dikenakan kepada Firaun dan kaumnya adalah sebelum berlakunya
hari akhirat. Ia bukanlah neraka yang akan dihadapkan pada hari akhirat. Jadi, tak
dapat ditakwilkan lagi bahawa azab tersebut berlaku antara kematian dan hari
dibangkitkan semula.
اب ظ دون
Maksudnya: Kami akan menyeksa mereka sebanyak dua kali(iaitu
pelbagai azab didunia dan di alam kubur setelah mati). Kemudian
3.kepada azab yang besar (di akhirat)merekakembalikankami akan
Kalimah ‘thumma’ atau ‘kemudian’ dalam ayat ini amat penting. Oleh
sebab azab yang besar berlaku kemudian, ini bermakna dua lagi azab
3 Waḥ ba ṯ bin Muṣṭafā Al-Zuḥaylī (1998 ), Tafsīr Al - Munīr . Damsyiq : Dār Al-Fikr Al-Maʻāṣir, j.11. h.19.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
8/42
6
berlaku sebelumnya dan ia pastinya lebih kecil. Tak mungkin disebutkan
perkataan ‘besar’ melainkan untuk menunjukkan yang lain lebih kecil
daripadanya dan tiada azab yang lebih besar berbanding azab di akhirat.
Dua kali azab yang disebutkan merujuk kepada azab di dunia dan satu
azab antara dunia dan akhirat kerana tiada azab kepada roh sebelum ia
ditiupkan ke dalam jasad dan dilahirkan di dunia.
4.2 Dalil daripada Hadis Nabi
Tiada hadith sahih yang secara jelas menyebut perkataan al-barzakh dengan
merujuk kepada alam kubur. Tetapi terdapat beberapa hadith yang memberi
kefahaman tentang wujudnya alam ini dengan sabdaan tentang perkara yang bakal
berlaku di dalam kubur.
a) Daripada Ibn ’Abbas r.a, dia berkata ketika baginda Nabi berjalan
berhampiran dua kubur di Madinah atau Mekah dan baginda berkata,
“Sesungguhnya dua orang (yang berada di dalam kubur tersebut) sedang diazab
dan mereka diazab bukanlah kerana kesalahan yang (dilihat) kecil. Seorang
daripada mereka tidak membersihkan dengan betul kemaluannya selepas buang
air kecil dan seorang lagi gemar mengadu domba(menyebabkan perbalahan
antara manusia).”4
4 Muhammad b. Isma’il Abū ’Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari,“Kitab al-Wuḍu’ ”. no. hadith 2178. j.1. Damsyiq: Dar al-Fikr, h.53.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
9/42
7
b) Hadis al-Syaykhān daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bercerita di
dalam khutbah solat gerhana matahari tentang syurga, neraka dan keadaan di
dalam dan soalan malaikat kepada manusia ketika di dalam kubur.5
c) Hadis diriwayatkan dalam al-Ṣaḥīḥayn, Rasulullah bersabda tentang
soalan dalam kubur dan perbezaan jawapan orang beriman, munafiq dan kafir.6
Dalil-dalil lain akan disebutkan dalam Bab Perjalanan Kematian kerana thabitnya
dalil tentang pelbagai kejadian antara kematian dan kebangkitan adalah bukti
jelas wujudnya alam barzakh.
5.0 Peristiwa di Alam Barzakh
Sebelum memasuki fasal-fasal khusus berkenaan alam barzakh, kami membawakan satu
hadis yang panjang menceritakan perjalanan roh daripada kematian sehingga disoal oleh
Munkar dan Nakir.
ا ق س ب ا
ق ا و ل و ا ش ا
:ل زاذان ل و ا ش ا و بز ءا ا
ص
ا
رل
:ل
ر ا
ر
زة
و
و
ا
ظ
و
اء
ظ
و
ص
ا ل :ل و ،ر ا
ل: « اب ا ذ ا»:ل « ن اذ ا ا ن
ت ا ء ا ة واع ا ل و أر و ن ءا ئ
5 Ibid., “Kitāb Al-ʻIlm”. no. hadith 85. j.1. h.28.
6 Ibid., “
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
10/42
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
11/42
9
؟ ا :ل :ل ي ي ؤك ا ا :ل
ا ل بر :ل و :ل ا :".
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Barra’ bin Azib RA telah berkata: “Kami sedang
berada di sisi satu jenazah di perkuburan Baqi’, lalu Nabi SAW datang kepada kami.
Baginda duduk dan kami pun duduk di sekelilingnya seolah-olah di atas kepala kami ada
burung dan jenazah itu sedang dimasukkan ke liang lahad. Baginda berkata: “Aku
berlindung dengan Allah daripada azab kubur” tiga kali. Kemudian baginda bersabda:
“Sesungguhnya apabila seseorang itu menuju ke akhirat dan meninggalkan dunia maka
malaikat akan turun kepadanya seolah-olah di muka mereka ada matahari. Mereka
membawa kain kafan dari kain kafan syurga. Maka para malaikat itu duduk pada jenazah
itu seluas mata memandang. Kemudian malaikat maut akan datang duduk di kepala
orang yang hendak mati lalu berkata: “Wahai jiwa yang baik dan wangi, kelua rlah
menuju keampunan dan kered aan Allah.” Baginda bersabda lagi: “Maka jiwa itu keluar
seperti titisan air keluar daripada mulut orang sedang minum, lalu malaikat maut itu
mengambilnya. Apabila malaikat maut itu mengambilnya maka para malaikat lain tidak
membiarkan jiwa itu berada di tangannya walaupun sekelip mata, lalu mereka
mengambilnya dan meletakkannya dalam kain kafan dan usungan itu. Daripada kain
kafan itu keluarlah bau yang wangi bau kasturi yang paling wangi yang ada di atas muka
bumi.” Baginda bersabda lagi: “Para malaikat itu membawa naik jiwa it u. Mereka tidak
melalui satu malaikat pun di langit kecuali malaikat itu ak an berkata: “ Roh wangi
apakah ini? Para malaikat yang membawanya menjawab: “Fulan bin Fulan dengan
menyebut namanya yang paling baik yang diberikan kepadanya dahulu sehingga mereka
sampai ke langit. Lalu mereka meminta langit dibukakan untuk roh itu. Lalu langit
dibukakan untuknya. Malaikat yang membawanya akan menghebahkannnya hingga ke
langit yang akan seterusnya hingga sampai ke langit yang ketujuh. Allah SWT berfirman:
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
12/42
10
“Hendaklah kamu tulis catatan hamba-Ku ini di 'illiyin dan kembalikannya semula ke
bumi kerana sesungguhnya Aku jadikan dia daripada tanah, Aku kembalikannya kepada
tanah dan daripada tanak dia akan Aku keluarkan buat kali kedua.”
Baginda SAW bersabda: “Maka rohnya dkembalikan kepada jasadnya. Maka dua
malaikat mendatanginya lalu duduk di sisinya dan bertanya kepadanya: “Siapa Tuhan
engkai?” Maka dia menjawab: “Tuhan aku ialah Allah.” Dua malaikat itu bertanya:
“Apakah agama engkau?” Dia menjawab: “Agama aku adalah Islam.” Dua malaikat itu
bertanya: “Siapakah lelaki yang diutuskan kepadamu ini?” Dia menjawab: “Dia adalah
Rasul Allah.” Kedua-dua malaikat itu bertanya: “Apakah ilmu engkau?” Dia menjawab:
“Aku telah membaca kitab Allah lalu aku beriman dan membenarkannya.” Maka penyeru
dari langit menyeru: “Benarlah hamba-Ku dan sedia tempat duduknya di dalam syurga
dan buka pintu syurga baginya.” Baginda bersabda: “Dia didatangi oleh roh dan bau
wanginya serta kuburnya diluaskan baginya seluas mata memandang. Baginda
bersabda: “Dia didatangi oleh seorang lelaki yang baik rupa parasnya, indah
pakaiannya dan baunya wangi lalu berkata: “Bergembiralah dengan perkara yang
menggembirakan engkau. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan kepada engkau.”
Dia bertanya kepada lelaki itu: “Siapa engkau, muka engkau adalah muka yang
membawa kebaikan.” Maka lelaki itu menjawab: “Aku adalah amalan soleh engkau.”
Lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, adakanlah kiamat supaya aku menemui keluarga dan
hartaku.”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya apabila manusia kafir hendak meninggal
dunia dan menuju ke akhirat maka akan turun kepadanya malaikat muka hitam daripada
langit bersama keranda. Kemudian malaikat maut akan datang dan duduk di kepalanya
lalu berkata: “Wahai jiwa yang kotor, keluarlah menuju kepada kemurkaan dan
kebencian Allah.” Baginda bersabda: “Jiwa itu ber pecah-pecah dalam jasadnya. Lalu
malaikat maut akan menyentapnya sebagaimana benang disentap dari kapas basah lalu
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
13/42
11
mengambilnya. Apabila malaikat maut itu mengambilnya maka para malaikat itu tidak
membiarkannya berada di tangannya walau sekelip mata. Mereka teus mengambilnya
dan meletakkannya di dalam keranda itu. Dari dalam keranda itu keluar bau paling
busuk yang ada di atas muka bumi. Mereka terus membawanya naik ke langit. Semua
malaikat yang mereka lalui akan bertanya: “Roh fulan bin fulan dengan menyebut
namanya yang paling keji yang diberikan kepadanya ketika di dunia, sehinggalah mereka
sampai ke langit dunia. Malaikat itu meminta dibukakan pntu baginya, lalu tidak
dibukakan baginya.”
Kemudian baginda membacakan firman Allah SWT:
ء
و
ك
اء
ا
و
ن
ا ي
Maksudnya: “Sesungguhnya orang -orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami
dan yang angkuh ( merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan
dibukakan bagi mereka pintu-pintu di langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga
sehingga unta masuk di dalam lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-
orang yang melakukan kesalahan.”
Surah al-A`rāf (7): 40
Lalu Allah SWT berfirman: “Catatkan catatannya dalam al -sijjī n di bumi bawah. Maka
rohnya dicampakkan dengan sekali campakan.” Kemudian baginda SAW membaca:
و ء ك
ءا و ا ي
ن
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
14/42
12
Maksudnya: “(Amalalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kerana Allah,
serta tidak memperseutukan sesuatupun dengan-Nya; dan sesiapa yang
mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari
langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jatuh
(yang membinasakan).”
Surah al-Hajj (22) : 31
Maka rohnya kembali ke jasadnya. Dua malaikat datang kepadanya dan duduk
di sisinya lalu bertanya: “Siapakah Tuhan engkau?” Dia menjawab: “Aku tidak tahu.”
Malaikat itu bertanya: “Siapakah lelaki yang diutuskan kepada kami ini?” Dia
menjawab: “Aku tidak tahu.” Maka penyeru dari langit menyeru: “Dia dusta, sediakan
tempatnya di dalam api neraka dan bukan pintu neraka baginya. Maka panas dan
racun neraka sampai kepadanya, kuburnya disempitkan sehingga tulang rusuknya
bersilang antara satu sama lain. Dia didatangi oleh seorang lelaki yang hodoh
mukanya, pakaiannya buruk dan baunya busuk lalu berkata: “Bergembiralah dengan
keadaan yang menyakitkan engkau, inilah hari yang telah dijanjikan kepada engkau.”
Dia bertanya: “Siapa engkau yang membawa keburukan ini?” Lelaki itu menjawab:
“Aku adalah amalan keji engkau.” Lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, janganlah
engkau adakan hari kiamat.7
7 Abū ʻAbd Allah Al-Ḥākim Muḥammad bin ʻAbd Allah(1990 ), Al- Mustadrāk ʻalā Al-Ṣahīhayn. “KitābAl-Īmān”. no. hadith 1338. j.1. Beirut: Dār Al-Fikr Al-ʻIlmiyyah. h.93.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
15/42
13
5.1 Soalan Mungkar dan Nakir
Apabila mayat selesai dikebumikan, Allah akan mengutuskan dua malaikat (Munkar dan
Nakir) dalam bentuk dan rupanya yang sangat menakutkan dan menggerunkan untuk
menyoal si mati di dalam kuburnya tentang:
a) Tuhan yang menciptanya,
b) Agama yang menjadi pegangan dan panduan hidupnya,
c) dan juga tentang seorang lelaki yang bernama Muhammad.
Dalam al-Quran, Allah berfirman:
آ ا ا ا
ا ا ل ا ة
ا و ظا ا
و ة
وء
ا
Maksudnya: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang
beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia
dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim
(kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa
yang dikehendakiNya.
Surah Ibrāhī m (14) : 27
Ibu Kathir ketika menafsirkan ayat ini menyebut hadis riwayat Imam Ahmad Ibn
Hanbal dimana Rasulullah SAW bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari
siksa kubur.”
Al-Ṣabūn ī di dalam Ṣafwa ṯ al-Taf āsir berkata: “Allah SWT menetapkan pendirian
mereka atas kalimah tauhid ا
ه
dan atas iman dalam kehidupan ini sehingga mereka
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
16/42
14
tidak boleh dikelirukan dan diperdaya, manakala di akhirat, Allah SWT menetapkan
mereka ketika disoal oleh malaikat di dalam kubur.”8
Soalan Munkar dan Nakir juga disebut dengan fitnah kubur. Ia adalah antara
hakikat ghaib yang tidak dapat dirasai kecuali setelah berakhirnya kehidupan di dunia dan
kita semua sentiasa hampir ke penghujungnya. Hakikat ini terbukti melalui hadis-hadis
sahih sehingga mencapai taraf mutawatir. Antara hadis tersebut ialah hadis yang
diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada Asma’ binti Abu Bakar r.a.:
ر ا ن و و- و-لا
Maksudnya: “Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawasanya
kalian itu akan difitnah (ditanya) di kubur kalian seperti (hampir sama)
dengan fitnah Dajjal .”9
Sesiapa yang ditetapkan dengan kata-kata yang thabit, mati atas hakikat kebenaran
dan disudahi dengan husnul khatimah, akan diilhamkan oleh Allah untuk menjawab
soalan kedua-dua malaikat tersebut tanpa merasai takut dan gerun dengan rupa kedua-dua
mereka. Tetapi orang yang tidak berpegang kepada tali iman semasa hidupnya di dunia
dan dia mati dan keadaan yang dijalani atau dilalui dalam kehidupannya, seperti lalai dan
alpa, derhaka dan durjana, serta menolak kebenaran, maka Allah akan memenuhi harinya
dengan rasa takut dan gerun kepada kedua-dua malaikat yang mengemukakan soalan
kepadanya.
8 Muḥammad
`Alī Al-Ṣābūnī (1997).
Ṣ afwa ṯ al-Tafāsīr. j.2. Kaherah: Dār Al
-Ṣābūnī,. h.89.
9 Muḥammad b. Isma’il Abū ’Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari,“Kitāb al-Jumuʻah’ ”. no. hadith 1053. j.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 37.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
17/42
15
Dapat kita ketahui tentang pertanyaan atau fitnah kubur ini berdasarkan hadis-hadis
Rasulullah. Di sini dibawakan beberapa hadis yang membicarakan tentang soalan yang
akan ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
a)
Hadis yang menunjukkan si mati ditanya tentang Baginda SAW.
"ص ذو و ضو اذ ا ع
ص ا ا ل : ن ا ن
ل: ا رو ا ؟ ل: و ر ا ك ظ
ها
" : و
ص
ا
ل
ا
ا
اا
و
- ا
و
-ا
ل
ل
دري
:ل
سو
رد
:ل
ص ذ ض ب
ا " Baginda bersabda: “Jika seorang hamba telah dikebumikan dan
para penghantarnya pulang meninggalkannya, maka dia akan
mendengar bunyi tapak kasut mereka. Dua malaikat segera
mendatanginya. Setelah didudukkan oleh kedua malaikat itu, mereka
mengajukan pertanyaan, ‘Apakah yang kamu ketahui tentang lelaki
ini – Muhammad SAW ?’ (Jika orang mukmin) maka akan menjawab,
‘Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul - Nya!’
Lantas dikatakan kepadanya, ‘Lihatlah tempatmu di neraka. Allah
telah menggantikannya dengan tempat di syurga.’ Dia pun melihat
keduanya (syurga dan neraka).” Jika dia orang munafik atau kafir,
maka ketika ditanya, ‘Apakah yang kamu ketahui tentang lelaki ini –
Muhammad SAW?’ maka dia akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dan
tidak pernah mengikut akan dia!’ Lalu dia dipukul oleh palu besi
(dengan kuat) antara dua telinganya sehingga menjerit semahu-
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
18/42
16
mahunya yang didengar oleh semua makhluk di sekitarnya kecuali jin
dan manusia.”10
b)
Hadis Al-Barra’ yang menunjukkan si mati ditanya empat perkara iaitu tentang
Tuhannya, agamanya, Nabinya dan bagaimana dia mengetahuinya seperti yang
disebutkan sebelum ini.
Baginda bersabda, “Lantas rohnya dikembalikan ke bumi dan masuk ke
jasadnya. Segera datang dua malaikat yang mengherdiknya dengan amat keras
dan menyuruhnya duduk. Mereka (Munkar dan Nakir) bertanya, ‘Siapakah
Tuhanmu? Apakah agamamu? Siapa Nabimu? Dia menjawab, ‘Tuhanku Allah
dan agamaku Islam.’ Lalu ditanya, ‘Apakah yang kamu ketahui tentang lelaki
ini (Muhammad SAW) yang telah diutuskan untukmu?’ Dia menjawab, ‘Dia
utusan Allah!’ ‘Bagaimana kamu mengetahuinya?’ tanyanya kemudian. Dia
menjawab, ‘Tuhan kami telah memberi penjelasan kepada kami, lalu kami
mengimani dan membenarkannya’!”11
Dalam hadis tersebut terdapat perbezaan tentang cara (bentuk) pertanyaan dan
jawapannya, mengikut keadaan mereka di dunia. Ada manusia yang pertanyaannya hanya
mengenai soal akidah dan ada yang ditanya tentang semua perkara, oleh yang demikian
tiada pertentangan dalam perkara ini.
Dalam riwayat lain yang sedikit berbeza, para periwayat hadis ada yang
membatasinya pada beberapa persoalan dan ada pula yang ditanya dengan lengkap,
10 Ibid, Muhammad b. Isma’il Abu ’Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari,
“Kitab al-Janā’iz
”. no. hadith
1338. j.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h.90.
11 Abū ʻAbd Allah Al-Ḥākim Muḥammad bin ʻAbd Allah(1990 ), Al- Mustadrāk ʻalā Al -Ṣahīhayn. “KitābAl-Īmān”. no. hadith 1338. j.1. Beirut: Dār Al-Fikr Al-ʻIlmiyyah. h.93.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
19/42
17
sehingga ada orang yang ditanya tentang semuanya seperti yang terdapat dalam hadis Al-
Barra’.
Ulama’ berbeza pendapat tentang bahasa pertuturan antara malaikat dan si mati.
Pendapat yang pertama adalah bahasa si mati, ini pendapat Al-Jalal12
. Pendapat kedua
adalah Bahasa Arab, ini pendapat Ibnu Hajar Al-Haitami. Pendapat yang terakhir adalah
Bahasa Suryani (bahasa Kitab Zabur) dan ini qaul yang dhoif, ini pendapat Al-Bulqini.13
Berdasarkan hadis yang dibawakan di atas, dapat kita fahami daripada zahir hadis
bahawa roh akan dikembalikan ke dalam jasad, kemudian disoal. Imam Al-Qurtubi
mengatakan bahawa Allah SWT akan menghidupkan kembali seorang mukallaf (yang
telah dikenakan tanggungjawab agama) dalam kuburnya, serta diberi akal kembali
kepadanya, sehingga dia dapat hidup kembali dan memahami apa yang ditanyakan dan
dapat menjawabnya, memahami apa yang akan diberikan dan dijanjikan kepadanya, baik
berupa penghormatan mahupun kehinaan.14
Dalam Nawadir Al-Usul At-Tirmizi Al-Hakim Abu Abdullah meriwayatkan hadis
daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW suatu hari menyampaikan tentang
kewujudan dua malaikat yang menyoal dalam kubur. Umar bin Al-Khattab r.a. lalu
bertanya, “Ya Rasulullah, adakah akal kita akan dikembalikan semula?” Baginda
menjawab, “Benar, seperti keadaan kamu semua sekarang.”
Inilah pendapat Mazhab Ahlu Sunnah, para ulama, tabi’in dan yang datang sesudah
mereka.
Fitnah kubur bukan hanya berlaku kepada orang mukmin dan munafik sahaja, tetapi
akan berlaku pada sekalian umat, tidak kira yang beriman atau kufur. Ini bersalahan
12 Al-Jalal diambil daripada gelaran Jalāl al-Dīn, iaitu gelaran Imam Al-Suyuti.
13 Ibrāhīm al
-Bājūri (2011).
Tuḥ fa ṯ al- Murīd . Nuruzzaman MZ(terj.). Kedah: Darul Busyra. h. 253.
14 Muḥammad bin Aḥmad Al-Qur ṭubī(2015). Rahsia Alam Kematian. Nabilah Abd Jalil(terj.). Selangor :Al-Hidayah Houses of Publisher Sdn. Bhd. h. 201.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
20/42
18
dengan pandangan Ibnu Abdul Barr yang menyatakan dalam kitabnya Al-Tamhid bahawa
orang kafir tidak disoal oleh Munkar dan Nakir.15
Namun begitu, terdapat beberapa golongan yang terlepas daripada fitnah kubur.
Menurut Syeikh Ramli dalam Nihayah Al-Muhtaj, golongan yang tidak ditanya di dalam
kubur adalah16,
a) bayi
b) orang gila yang tidak waras sebelumnya (gila semenjak mukallaf)
c) syahid dalam peperangan
d) nabi-nabi
Sedikit berbeza dengan pandangan Imam Al-Qurtubi tentang hal ini, iaitu dalam
kitabnya At-Tadhkirah, beliau menyatakan bahawa budak kecil akan dilayan seperti
orang dewasa dan diberi akal yang sempurna sehingga mereka mengetahui tempat tinggal
dan kesesangan hidup mereka. Mereka diberi ilham untuk menjawab pertanyaan yang
diajukan terhadap mereka.
5.2 Soalan Kubur kepada Orang Mati yang Tidak Ditanam atau
Hancur.
Persoalan ini pasti menjadi tanda tanya terhadap semua orang yang terfikir
tentangnya. Apabila dikatakan orang yang mati dengan keadaan mayatnya hancur juga
ditanya dengan soalan-soalan Mungkar dan Nakir. Pertanyaan itu pula ditanya kepada
roh berserta jasadnya, bukan sekadar rohnya. Ia tentunya menjadi sesuatu yang tidak
logik pada adat bahkan sesuatu yang sukar dipercayai.
15 Yūsuf bin `Abd Allah bin Muḥ
ammad bin `Abd al-Barr (1967). Al-Tamhīd li mā fī al -Muwaṭṭa’ min al -
Ma`ānī wa al - Asānid. Maghribi: Wizāraṯ `Umūm al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyaṯ . j 22. h.252.
16Muḥammad bin Abī Al-ʻAbbās Al-Ramlī (1980). Nihāyaṯ Al-Muḥtāj. Beirut: Dār al-Fikr. j.2. h.283.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
21/42
19
Ketika mensyarahkan Matan Jauharah Al-Tauhid, Syeikh Ibrahim Al-Bājūrī
mengatakan mayat yang berkecai-kecai atau yang dimakan oleh binatang juga akan
ditanya dengan soalan kubur sebagaimana orang yang mati dan ditanam dengan
sempurna anggotanya17
. Berkenaan bagaimana bentuk asal dikembalikan, ia adalah
terpulang kepada Allah kerana Dia bersifat dengan Sifat Qudrat , iaitu Maha Berkuasa
terhadap segala sesuatu.
5.3 Bilangan Mungkar dan Nakir
Jika Mungkar dan Nakir hanya dua malaikat sahaja, bagaimanakah mereka akan
bertanya kepada ramai manusia yang ditanam atau meninggal dalam masa yang sama
tetapi di tempat yang berbeza? Terdapat tiga pandangan yang boleh didapati dalam
persoalan ini.
Al-Qurtubi berpendapat bahawa saiz kedua-dua malaikat ini akan dibesarkan dan
mereka akan bertanya kepada mayat-mayat yang banyak itu secara sekali gus. Ini
bermakna, menurut Imam Al-Qurtubi, bilangan malaikat ini hanya dua sahaja.
Al-Hafiz Al-Suyuti pula berpendapat ditugaskan untuk banyak malaikat untuk
bertanya mereka yang meninggal. Mungkar dan Nakir hanya menjadi ketua malaikat-
malaikat yang banyak ini.
Al-Hulaimi pula berpendapat Mungkar dan Nakir ini adalah satu nama yang
diberikan kepada sebahagian malaikat. Satu kumpulan dinamakan Nakir dan satu
kumpulan lagi dinamakan Mungkar. Ini bermakna bilangan mereka itu banyak 18.
17 Ibrāhīm al-Bājūri (2011). Tuḥfa ṯ al-Murīd. (terj.)Nuruzzaman MZ. Kedah: Darul Busyra. h. 253.
Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al
-Būṭī(1996).
Keyakinan Hakiki. Muhammad Sulaiman Yassin(terj.).
Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. h.397.
18 Ibrāhīm al-Bājūri (2011). Tuḥ fa ṯ al- Murīd . (terj.)Nuruzzaman MZ. Kedah: Darul Busyra. h. 253.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
22/42
20
5.4 Soalan dua malaikat khusus untuk umat Muhammad atau tidak
Timbul persoalan tentang adakah umat terdahulu juga disoal di dalam kubur. Abu
Abdullah At-Tirmizi dalam Nawadir Al-Usul menyatakan: Pertanyaan terhadap mayat
hanya berlaku pada umat (Islam) sekarang, kerana umat (Islam) terdahulu terus diazab
(ketika mereka menafikan risalah para Rasul). Tetapi semasa Muhammad SAW diutus
oleh Allah, baginda diutus dengan penuh rahmat dan keselamatan kepada semua
makhluk.19
Imam Al-Ashbīlī dan al-Qur ṭubī pula berpendapat sebaliknya, iaitu soalan kubur
ini adalah untuk semua umat. Sebahagian lagi ulama’ tidak mengiakannya atau
menafikannya.20
5.5 Nikmat Kubur
Nikmat di dalam kubur adalah termasuk dalam hakikat-hakikat ghaib yang sabit buktinya
melalui perkhabaran yang yakin lagi mutawatir.21 Kami sebutkan di sini nikmat kubur
berserta dalil naqlinya kerana itulah yang menjadi asas kepada sikap kita terhadap perkara
ghaib yang ada di luar bidang kuasa penglihatan dan pancaindera kita.
1. Memperoleh wangian dan haruman daripada Syurga.
اء
ا
زاذان
و
ل
ش ا
ل
و
ا
و
ا
...ل
زب
ا
او
ل
ا
و و ور
19Muḥammad bin ʻAlī bin Al-Ḥasan Al-Ḥākim Al-Tirmidhī(t.t.b). Nawādir Al-Uṣūl fī Aḥādīth Al-Rasūl.Beirut: Dār Al-Jīl. j.3. h.228.
20 Ibn al-Qayyim Al-Jawziyyah(t.t.b). Al- Rūḥ. Beirut: Dar al-Kutub al-ʻIlmiyyah. h.86.
21 Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al-Būṭī(1996). Keyakinan Hakiki. Muhammad Sulaiman Yassin(terj.).Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. h.394.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
23/42
21
Maksudnya: Al-Barra' bin 'Azib berkata, ... hamparkanlah syurga dan
berilah pakaian syurga untuknya, dan bukakanlah baginya satu pintu
syurga, Nabi bersabda:, lalu hamba itu memperoleh harum dan wanginya
syurga lalu kuburnya diperluas sejauh mata memandang .22
2. Dilapangkan dan diterangi kuburnya.
Dalam riwayat Al-Tirmidhi dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah
bersabda:
ا
ذا
-
:ل
و
-
زرن
دان
ن
:
لل
؟ ا
ا
ل
:ن
ا
:و
نا
:
:ل
ا
ون
ا
ن
رو
ا
رو
ل ا :ن ارذ ن
ر ل
Hadis di atas menceritakan tentang kedatangan dua malaikat bertanya dengan
soalan-soalan kubur. Setelah mayat itu dapat menjawabnya, maka malaikat berkata
“Kami telah tahu, bahawa kamu berkata seperti itu.” Kemudian kuburnya
dilapangkan seluas 70 hasta kali 70 hasta, kemudian diterangi ruangannya, dan
dikatakan kepadanya: “Tidurlah.”23
Terdapat pelbagai riwayat yang menceritakan tentang keluasan kubur setelah
dilapangkan. Dalam hadis diriwayatkan Imam Al-Bukhari dinyatakan bahawa
dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta. Dalam hadis Al-Barra’ dinyatakan, “Sejauh
22 Abū Dāwud Sulaymān bin Al-Ashʻath(2009). Sunan Abī Dāwud. “Kitāb Al-Sunnah”. no. hadith 4753. j.4. Riyadh: Dar al-
Risālah al-ʻĀlamiyyah. h 239
.23 Muḥammad bin ʻĪsā bin Sawraṯ Al-Tirmidhī(1975). Sunan Al-Tirmidhī . “Abwāb Al-Janā’iz”. no. hadith1071. j.3. Mesir: Musṭafā Al-Bābī Al-Ḥalabī. h. 375.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
24/42
22
mata memandang.” Dalam suatu riwayat daripada Ma`bad, daripada Ma`azah, dia
berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah r.a., “Sudikah kamu memberitahu kami
tentang apa yang akan berlaku pada kubur kami?” Beliau menjawab, “Jika dia
orang mukmin maka kuburnya dilapangkan seluas 40 hasta.”
3. Diperlihat syurga setiap pagi dan petang di dalam kuburnya.
Al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain telah meriwayatkan daripada Nafi’ daripada
Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda:
ضر
ا
:ل
ا
ت
ذا
ن
" :ل
و
ص
ا
رل
ن
:
،
ن
ن و
ا
ا
ن
ن
او ةا
ا م ا ك ا :ل ر ا ر ا"
Maksudnya: Setiap seorang daripada kamu, manakala telah mati
akan ditayangkan (diperlihatkan) kepadanya kedudukan tempatnya
setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga maka (akan
diperlihatkan seperti yang diperlihatkan) kepada ahli syurga dan
jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka. Dikatakan
kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada
hari kiamat .”24
24 Muhammad b. Isma’il Abu ’Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari,“Kitab al-Janā’iz ”. no. hadith 1379. j.2. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 99.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
25/42
23
5.6 Azab Kubur
Azab juga seperti nikmat di dalam kubur iaitu termasuk dalam hakikat-hakikat ghaib
yang sabit buktinya melalui perkhabaran yang yakin lagi mutawatir. Kami bawakan
dalil-dalil yang menunjukkan adanya azab kubur.
1. Allah ta’ala berfirman:
قو و
و ا
و نض ر ٱ . با ٱ ء ن ممل
ٱ
د
ٱ ن ا ءال با
Maksudnya: dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa
yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api
neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam
alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan
kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya
ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!"
Surah al-Ghāfir (40) : 45-46
Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan ayat ini, “Fir’aun dan pengikutnya dihadapkan ke
neraka setiap pagi dan petang terus-menerus hingga datang hari kiamat. Ketika kiamat
datang barulah arwah dan jasad mereka sama-sama merasakan api neraka”. Beliau juga
berkata, “Ayat-ayat ini adalah landasan kuat bagi Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah tentang
adanya azab kubur”25.
2. Hadis yang mengisahkan tentang dua lelaki yang diazab di dalam kubur.
25 Ismāʻīl bin ʻUmar bin Kathīr (1999), Tafsīr al -Quran al-`A ẓīm. Riyadh: Dār Ṭayyibaṭ li Al-Nashr waAl-Tawzīʻ, j.7. h.146.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
26/42
24
و
ص
ا
: س رض ل
أ أ ن و : إ ن ه ن ل
ر ة أ ن ا أو ال
:ل
؟
ا
رل
:ا
.واة
ز
.Maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a.: Sesungguhnya Nabi melalui
(melintasi) dua kubur, lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya dua
orang (yang berada di dalam kubur tersebut) sedang diazab dan
mereka diazab bukanlah kerana kesalahan yang (dilihat) kecil.
Seorang daripada mereka tidak membersihkan dengan betul
kemaluannya selepas buang air kecil dan seorang lagi gemar
mengadu domba (menyebabkan perbalahan antara manusia).
Kemudian Baginda meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya
menjadi dua lalu bersabda: “Semoga pelepah k urma ini akan dapat
meringankan seksaan mereka ber dua selama ia belum kering.”
3. Hadis tentang penyeksaan orang musyrik di dalam kubur.
رل ئ ار و إذ ز ل
أصب
ف
ل
رأ
أو
أو
أ
ذا
دت
دت
ل
أ
ر
ل
ار
إن
ل
ااك
ا
ل
ؤء
ت
ا با نأ ت اا نأ ر ا
أ يا
Maksudnya: Daripada Zaid Bin Tsabit r.a., dia berkata: Ketika
Rasulullah berada di kawasan Bani Najjar sambil menunggang
keldainya dan kami bersama baginda, tiba-tiba keldainya terkejut dan
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
27/42
25
hampir saja baginda terjatuh. Di kawasan itu terdapat enam atau lima
atau empat kuburan, lalu Baginda bertanya: “Siapakah di antara
kamu yang mengetahui penghuni- penghuni kubur ini?” Seorang lelaki
menjawab: “Saya.” Baginda bertanya lagi : “Bilakah mereka mati?”
Lelaki tersebut menjawab: “Mereka mati dalam syirik.” Lalu baginda
bersabda : Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kubur ini)
sedang diseksa di dalam kubur mereka. Andai kata mereka tidak
dikuburkan nescaya aku memohon kepada Allah agar Dia
memperdengarkan kepada kamu seksaan kubur sebagaimana yang aku
mendengarnya.”26
4. Doa pelindung daripada azab kubur
ا
ا
أ
غ
وإذا
اب
:رأ
ذ
:
و ا ال و ا وات ا با
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahud akhir (dalam
solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada Allah daripada empat
perkara: Daripada azab Jahannam, daripada azab kubur, daripada
fitnah hidup serta mati dan daripada fitnah Dajjal.”27
26 Muslim bin Al-Ḥajjāj Abū Al-Ḥasan Al-Qushayrī Al- Naysābūrī(t.t), Ṣ aḥīḥ Muslim, “Kitāb Al-Janna ṯ wa Ṣifati Naʻīmihā wa Ahlihā ”. no. hadith 2867. j.4. Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-Turāth Al-ʻArabiy, h. 2199. 27 Ibid, “Kitāb Al-Masājid wa Mawāḍiʻu Al-Ṣolāṯ”. no. hadith 588. j.1. Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-TurāthAl-ʻArabiy, h.412.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
28/42
26
5.7 Roh Sahaja yang Merasai Nikmat dan Azab Kubur atau Berserta
Jasad
Yang ma'ruf menurut Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah pada asal nikmat dan azab
itu dikenakan atas roh, sedangkan jasad itu sekadar mengikuti rohnya sahaja.
Sebagaimana azab di dunia ini, hanya jasad yang merasainya dan roh hanya mengikutinya
sahaja, sebagaimana hukum-hukum syar'iyyah di dunia ini berlaku atas zahirnya dan
sebaliknya di akhirat. Perkara ini termasuk dalam perkara yang mumkin. Nas juga
menyebutkan perkara ini secara zahir. Jika masih ada yang mendakwa sebaliknya, jumhur
umat telah menjawabnya dengan jawapan yang boleh diringkaskan begini, “Mereka ini
tidak mempunyai dalil atau bukti untuk mengkhususkan azab dan nikmat kubur dengan
roh sahaja. Mereka juga tak mampu mentakwilkannya. Orang yang mengimani azab atau
nikmat kubur itu hanya dari segi asasnya, iaitu dengan roh sahaja, mampu mengimaninya
dengan roh dan jasadnya. Dan jika tiada dalil atas pengkhususan atau takwilan tersebut
maka pendapat yang mengatakan azab atau nikmat kubur itu dengan roh sahaja adalah
pendapat yang tidak berasaskan dalil dan bukti. 28
5.8 Di Mana roh sebelum kiamat?
Ulama berselisih faham tentang tempat tinggal roh antara dua mati hingga hari kiamat.
Perselisihan yang banyak ini boleh disimpulkan sebagaimana berikut29:
a) roh orang beriman berada dalam syurga dan roh orang kafir berada dalam
neraka,
28 Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al
-Būṭī(1996).
Keyakinan Hakiki. (terj.) Muhammad Sulaiman Yassin.
Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. h.397.29 Muḥammad bin ʻAlī bin Muḥammad bin Abī al-ʻIzz (2008). Syarah Aqidah al-Tahawiyyah. HasanKasnan(terj.). Kuala Lumpur: JAKIM. j.2. h. 285.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
29/42
27
b) roh orang beriman berada di pintu syurga di mana bau, nikmat, rezeki daripada
syurga datang kepadanya,
c)
roh berada dalam kubur mereka yang telah hancur,
d)
Imam Malik : roh bebas pergi ke mana ia hendak pergi,
e)
roh orang beriman berada di sisi Allah,
f) roh orang beriman ada di Jababiyah di Damsyik dan roh kafir berada di sebuah
perigi di Hadramaut,
g) Kaʻab : roh orang beriman berada di langit ketujuh dan orang kafir berada di
dalam bumi yang ketujuh di bawah iblis
h) roh orang beriman ada di perigi Zam-zam dan roh orang kafir berada di perigi
Barhut
i) roh orang beriman ada di tangan kanan Nabi Adam AS dan roh kafir ada di
tangan kirinya
j)
Ibnu Hazm : roh berada di tempat tinggalnya sebelum jasad dikebumikan,
k)
Riwayat Shihab : roh syuhada seperti burung hijau yang tergantung di 'Arasy, ia
terbang pada waktu pagi dan petang menuju ke taman-taman syurga, ia datang
kepada Tuhannya setia hari memberi salam kepadanya,
Daripada dalil-dalil yang ada dapatlah dibuat ringkasan bahawa roh-roh di alam barzakh
adalah berbeza kedudukannya antara satu sama lain.
5.9 Para Nabi Hidup dan Beribadah di dalam Kubur
Para Nabi adalah manusia yang sangat mulia yang dipilih oleh Allah. Kenabian tidak
akan dapat dicapai melalui usaha kerana ia telah ditentukan oleh Allah. Keistimewaan
mereka bukan sahaja di dunia, malah di alam barzakh dan akhirat.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
30/42
28
Antara bentuk kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah ialah jasad para Nabi
tidak akan dimakan oleh tanah dan mereka hidup di dalam kubur. Perkara ini bukanlah
perkara yang qat’i, tetapi masih ada riwayat sahih yang menyebut tentangnya.
: و
ص
ا
رل
ل
«را
ء
ء
«ن Maksudnya: Para Nabi itu hidup di dalam kubur mereka (dan mereka
sentiasa) solat.”30
Hal ini juga disebut oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Kitab Sharah Sahih
Bukhari yang beliau karang bertajuk Fath Al-Bārī ketika menghuraikan hadis
tentang mimpi Nabi ; baginda bertemu dengan Nabi ʻIsa dan Dajjal dalamملسو هيلع هللا ىلص
mimpi tersebut.
5.10 Penolakan terhadap Alam Barzakh dan Hukumnya
Hukum yang bakal dibincangkan bukan sekadar berkisar tentang haram, harus,
berdosa atau tidak. Tetapi, perkara yang bakal difokuskan ialah melibatkan antara kufur
dan tidak.
Ijmak ulama’ umat menjatuhkan hukum kafir kepada sesiapa sahaja yang menolak
atau ingkar terhadap nas-nas yang qaṭʻī dari segi dilalahnya sama ada dalam akidah atau
fiqah.
Ini bermakna sesiapa sahaja yang beriktikad atau yakin bahawa tidak wujud alam
barzakh, ia merupakan kata-kata atau iktikad kufur jika dia tahu ia disebut dalam al-
Quran, tetapi tidak mahu beriman dengannya. Begitu juga hukumnya jatuh ke atas sesiapa
yang tidak mempercayai azab kubur berdasarkan dalil qat’i daripada al-Qur’an yang telah
kami jelaskan sebelum ini. Sesiapa yang menolak bahawa adanya soal kubur setelah
meninggal pula, maka dia dikira fasiq dan wajib bertaubat.
30 Abū Yaʻlā Aḥmad bin ʻAlī(1984). Musnad Abī Yaʻlā. “Musnad Anas bin Mālik”. no. hadith3425. j. 6. Damsyik: Syarikat Dār Al-Ma’mūn li Al-Turāth, h. 147.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
31/42
29
Perkataan “sesiapa” dalam ayat sebelum ini tidak terpakai untuk yang berada pada
zaman Nabi yang mendengar perkhabaran itu daripada Nabi sendiri. Jika orang yang
mendengar sendiri daripada mulut Rasulullah tentang wujudnya soal jawab oleh dua
malaikat di dalam kubur, kemudian menolaknya, maka dia telah menolak kata-kata Nabi
dan serta merta dikira kufur kepada Nabi kerana dia sudah mendengarnya daripada Nabi
sendiri tanpa perantaraan.31
6.0 Isu Masyarakat Sekitar Alam Barzakh
Sebahagian masyarakat Islam di negara kita masih ada yang berfahaman dengan apa
yang sekadar didengari dan sehingga mereka berpegang kuat dengan perkara tersebut
sehingga mereka mendengar penerangan daripada para agamawan. Kadang-kadang berita
sebegini dibawa oleh golongan agama sendiri. Contohnya, masyarakat percaya bahawa
titisan air mata yang terkena pada wajah jenazah memberi kesakitan kepada jenazah
tersebut. Manakala bagi orang awam yang sekadar membaca hadis, mereka mungkin akan
temui hadis bahawa si mati akan diazab kerana tangisan ahli keluarganya. Di sinilah kita
melihat kepada perlunya bimbingan guru dan huraian ulama’ dalam membaca hadis
kerana hadis biasanya berbilang-bilang walaupun dalam topik yang sama.
Punca kekeliruan dalam masyarakat juga dilihat semakin parah apabila wujudnya
golongan yang membawa pandangan-pandangan yang masih janggal bagi orang awam
masyarakat Melayu. Pandangan ini dikatakan janggal kerana ia jelas berbeza dengan apa
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sedangkan amalan tradisi masyarakat ini ada
asasnya dalam agama. Kesannya, orang awam kini mempunyai kelompok-kelompok
tersendiri sehingga kadang-kadang timbulnya pertelingkahan. Jadi, cara perbincangan
31 ʻAbd Allah al-Hararī(2004). Al-Shar ḥ Al-Qawīm fī Ḥal Alfāẓ Al-Ṣirāṭ Al- Mustaqīm. Kaherah: Dār Al-Mashāriʻ. h. 381.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
32/42
30
yang akan dibawa ialah membawa asas atau punca perbezaan dalam setiap masalah
sehingga ia dapat difahami dan diharmonikan.
6.1 Adakah Ahli Kubur Boleh Mendengar?
Mungkin bagi orang awam, mereka tidak biasa mendengar perbahasan seperti ini.
Namun, inilah antara punca yang membawa kepada perselisihan dalam masyarakat.
Pertelingkahan berkenaan harus atau haramnya talqin sebenarnya berpunca daripada
topik ini selain hujah bahawa Nabi tidak pernah melakukan hal ini. Bagi golongan
yang mengharamkan talqin, mereka berpegang kukuh bahawa orang yang telah mati tidak
dapat mendengar secara mutlak apa-apa bunyi di alam dunia. Mereka yang lebih
sederhana pula mengatakan pada dasarnya mayat-mayat ini tidak mendengar, tetapi
kadang-kadang ia berlaku kerana mukjizat Nabi .
Memang terdapat perbahasan panjang berkenaan hal ini. Malah, ulama’ Sunni
Asha’irah dan Maturidi sendiri ada yang berpendapat mayat tidak lagi mendengar selepas
mati pada dasarnya. Secara ringkasnya, para ulama' terbahagi kepada tiga kelompok
dalam membahaskan isu ini:
a) Pertama : Menthabitkan bahawa orang yang telah mati boleh mendengar setelah
meninggal secara mutlak.
b) Kedua : Menafikan kemampuan si mati boleh mendengar setelah meninggal,
kecuali mukjizat yang diberikan kepada Nabi.
c) Ketiga : Menafikan bahawa orang yang mati boleh mendengar pada asasnya,
tetapi masih boleh mendengar secara khusus, dalam keadaan tertentu yang
disebutkan dalam nas.
Pendapat pertama dipegang oleh jumhur ulamak termasuk Imam Al-Ṭabari dalam
Tahdhib Al-Aḥkām, Ibnu Rajab dalam Ahwal al-Qubur, Al-Nawawi dalam Sharah
Sahih Muslim, Ibn al-Qayyim dalam al-Ruh dan Ibn Kathir dalam tafsirnya. Keputusan
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
33/42
31
ini berdasarkan hadith daripada Anas bin Malik r.a menceritakan tentang Nabi bercakap
kepada mayat pemimpin musyrikin ketika perang Badar sehingga ditanya oleh
Sayyidina Umar r.a sama ada mayat-mayat tersebut mampu mendengar. Lalu baginda
menyatakan bahawa mereka mendengar lebih baik berbanding orang hidup32
:
ك و ن رل ص ر م
ل: اد « ر ر
؟
ر و و ر و تو » ص ا ل
:ل
ا؟
و
ا
و
ا
رل
:ل
و
«
ي وا
ا
ن
رون
و
ل
» ا
ا
ر
Satu lagi hujjah diambil daripada hadis yang menceritakan bahawa mayat
mendengar derapan selipar apabila orang mula meninggalkan kuburnya setelah
dikebumikan seperti yang telah disebutkan dalam fasal “Soalan Mungkar Nakir.
Pendapat kedua yang menafikan pendengaran orang yang mati pula adalah
pendapat Imam Ibnu Hajar dan beberapa ulama' lain seperti Qatadah dan Al-Bayhaqi.
Ini berdasarkan ayat al-Quran :
ا
Mereka mengatakan ayat ini membawa maksud “ Kamu tidak akan dapat membuatkan
mereka mendengar (kepada kamu).”
32 Muslim bin Al-Ḥajjāj
Abū Al-Ḥasan Al-Qushayrī Al- Naysābūrī(t.t), Ṣ aḥīḥ Muslim, “Kitāb Al-Janna ṯ wa Ṣifati Naʻīmihā wa Ahlihā ”. no. hadith 2875. j.4. Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-Turāth Al-ʻArabiy, h2203.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
34/42
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
35/42
33
dicuri di dalam perutnya.34 Hadis ini juga menjadi punca perbincangan panjang dalam
hukum pendermaan organ.
Namun, kesan yang kami ingin tekankan bukanlah kesan secara fizikal seperti
kecacatan anggota badan mayat, tetapi kesan di alam barzakh dan ghaib yang melibatkan
kesan positif iaitu pahala dan nikmat kubur serta kesan negatif seperti dosa dan azab.
a) Mayat diazab kerana tangisan keluarganya
Kepercayaan ini bukanlah sesuatu yang parah dalam masyarakat, tetapi tetap perlu
diketengahkan untuk membetulkan salah faham dalam masyarakat. Antara isu yang
berlegar dalam fikiran sebahagian orang awam adalah titisan air mata yang terkena wajah
mayat akan menyebabkan kesakitan kepada mayat dan tentang tangisan orang hidup yang
akan menyebabkan mayat diazab.
Sebenarnya, perkara ini memang ada asasnya daripada hadis yang diriwayatkan dalam
Sahih Muslim Sayyidina Abdullah Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah bersabda,
“Sesungguhnya orang yang mati diseksa kerana tangisan keluarganya.” 35 Hadis ini
bertaraf sahih daripada Nabi dan memang ada benarnya. Perkara yang menjadi
persoalan, adakah semua yang mati dan ditangisi oleh ahli keluarganya pasti diazab oleh
Allah?
Jawapan kepada permasalahan ini telah dijawab sendiri oleh Aisyah r.a kepada
perkataan Sayyidina Ibnu Umar r.a yang memutlakkan azab kepada semua jenazah yang
ditangisi keluarga dengan membacakan hadis dan ayat al-Quran 36 :
34 : Wizāraṯ al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyaṯ al-Kuwayt(2007). Al- Mawsūʻaṯ Al-Fiqhiyya ṯ Al- Kuwaytiya ṯ . Kuwait: Penerbitan Kementerian, j. 40. h. 27.
35 Muslim bin Al-Ḥajjāj Abū Al-Ḥasan Al-Qushayrī Al- Naysābūrī(t.t), Ṣaḥīḥ Muslim, “Kitāb Al-
Janā’iz”. no. hadith928. j.2
. Beirut: Dār Al-I
ḥyā’ Al-Turāth Al
-ʻArabiy, h.640.
36 Ibid. no. hadith 929. h.641.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
36/42
34
واز
ر
و
{ }و
ض
{
ن و
ا
ء
ا
ةن
}ى
وز
Menurut Aisyah r.a.; jenazah yang diseksa kerana tangisan keluarganya hanya jenazah
orang kafir kerana Allah berfirman bahawa seseorang tidak akan menanggung balasan
buruk daripada perbuatan orang lain.
Terdapat juga beberapa riwayat lain yang menyebut dirayah seperti Sayyidina
Ibnu Umar r.a. dan kedudukannya dilihat kukuh kerana banyaknya hadis sepertinya37. Hal
ini demikian kerana ada pendapat yang menyatakan kemungkinan ada antara hadis
tersebut yang dilafaz selepas Sayyidatina Aisyah mendengar hadis tadi daripada Nabi.
Jadi, untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul, Imam An-Nawawi raḥimahullah
menghuraikan bahawa mayat akan diazab jika sebelum mati dia telah berwasiat agar ahli
keluarganya menangisi pemergiannya secara berlebih-lebihan dan meratapi
pemergiannya atau dia mengupah ahli kerabatnya agar berbuat demikian atau dia tidak
berpesan agar meninggalkan perbuatan tersebut, maka dia akan diazab kerana wasiat
tersebut. Pendapat lain mengatakan dia diazab semata-mata hanya kerana dosanya atau
kekufurannya, bukanlah kerana ratapan dan tangisan ahli keluarganya atau dia rasa
terseksa mendengar tangisan ahli keluarganya38.
Kesimpulannya, dibenarkan menangis kerana sedih atas pemergian seseorang
dengan syarat tidak sehingga meratap atau dibuat-buat dan mayat tidak diazab kerana
tangisan tersebut. Ulama’ fiqah sendiri membenarkan perbuatan ini dalam kerangka
harus, tidak mencapai taraf sunat.39
37 Ibid h.638-643.
38 Yaḥyā bin Sharaf Al- Nawawī (1972), Al-Minhāj Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim bin Al-Ḥajjāj. Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al
-Turāth Al
-ʻArabiy, j.6. h.22.
39 Ismāʻīl bin Yaḥyā bin Ismāʻīl Al-Muzanī (1990), Mukhtaṣar Al-Muzanī. Beirut: Dār Al-Maʻrifaṯ , j.8.h.134.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
37/42
35
b) Pahala Sampai kepada Si Mati?
Isu ini sudah menjadi suatu perbincangan yang amat getir dalam kalangan
Masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kebanyakan masyarakat Melayu terutamanya
orang awam sebenarnya telah berpegang bahawa pahala sampai kepada si mati sejak
zaman berzaman. Oleh sebab itu, mereka dengan adat gemar bergotong-royong, biasanya
akan mengadakan majlis tahlil arwah sebaik sahaja selesai pengebumian dan diteruskan
pada beberapa malam setelah kematian ahli keluarga dengan tujuan menghadiahkan
pahala zikir-zikir kepada si mati.
Amalan ini cuma menjadi isu yang hangat apabila wujud satu golongan yang agak
keras mempertahankan pendapat ulama’ yang mengatakan pahala tidak sampai kepada si
mati dan amalan tahlil adalah bidʻah yang bertentangan dengan syariat. Ia menjadi satu
kekeliruan dalam masyarakat kerana masyarakat Melayu telah mengamalkannya sejak
puluhan tahun dan diamalkan oleh ulama’ dan para imam masjid di Tanah Melayu.
Ulama’ silam dan kontemporari sememangnya khilaf dalam hal ini. Sebahagian
mengatakan pahala amalan orang yang hidup tidak sampai kepada si mati dengan
mengemukakan beberapa dalil:
i.
Ayat al-Qur’an :
ون
Maksudnya: Dan tiadalah apa-apa bagi manusia kecuali apa yang
telah mereka kerjakan.
Surah Al-Najm (53) : 39
ii. Hadis
ا نا ت اذ ل: " و ا ن رل ا ص ة
ص وو و ر ص : ث
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
38/42
36
Maksudnya : Apabila meninggalnya seorang anak
Adam(manusia), terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah, ilmunya yang bermanfaat dan anak soleh yang
berdoa untuknya.
Terdapat beberapa ayat al-Quran dan banyak hadis lain yang mereka bawakan untuk
mempertahan pendapat mereka. Mereka juga sering membawakan kata-kata masyhur
Imam Al-Shafiʻi dalam masalah ini bahawa pahala bacaan al-Quran oleh orang hidup
tidak sampai kepada orang yang telah mati 40. Namun, sebahagian ulama’ lain mempunyai
dalil yang membenarkan premis pahala sampai kepada si mati dan takwilan terhadap dalil
yang digunakan oleh golongan pertama tadi.
Pertama, ayat al-Quran (i) tadi membawa maksud seseorang akan diseksa atas
perbuatan buruk yang dilakukan berdasarkan sebab nuzul ayat tersebut. Ketika Walid
ibnu Al-Mughirah memeluk Islam, beliau diejek oleh musyrik dengan kata-kata “Kami
akan menanggung seksaanmu di akhirat jika engkau kembali kepada agama kami 41.”
Selain itu, Imam Al-Ṭabari juga berpendapat ayat tersebut telah dinasakhkan dan diganti
dengan ayat ke-21 Surah Al-Ṭur yang memberi kefahaman bahawa anak-anak kecil
dimasukkan ke dalam syurga kerana kebaikan ibu bapa mereka42. Ini bermakna,
perbuatan baik orang lain boleh memberi manfaat kepada orang lain selepas meninggal
seperti solat jenazah, si mati beroleh manfaat walaupun solat tersebut dilakukan oleh
orang lain.
40 Ismāʻīl bin ʻUmar bin Kathīr (1999), Tafsīr Ibnu Kathīr. Riyadh: Dār Ṭayyibaṭ li Al-Nashr wa Al-Tawzīʻ, j.7. h.465.
41Muḥammad bin Jarīr bin Yazīd Al-Ṭabarī (2000), Jāmiʻ Al-Bayān fi Ta’wīl Al-Qur’ān. Riyadh:
Mu’assasaṯ Al-Risālaṯ , j.22. h.546.
42 Ibid., h.468.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
39/42
37
Oleh sebab itu, ulama Nusantara zaman berzaman tidak melihat masalah kepada
majlis tahlil yang mana masyarakat berkumpul, berzikir dan memberi makan. Semua
perkara tersebut ada dalil tersendiri dan ketidaksampaian pahala kepada si mati bukanlah
dalil yang kukuh untuk mengharamkan tahlil dengan syarat masyarakat tidak berpegang
bahawa ia telah dilakukan oleh Nabi dan sahabat secara zahirnya.
Ringkasnya, ulama’ Shafi’iyyah kebanyakannya mengatakan pahala bacaan al-
Quran , zikir dan doa sampai kepada si mati. Perkara ini sama sekali tidak bercanggah
dengan pendapat imam mereka kerana kata-kata Imam Al-Shafi’i yang dimasyhurkan itu
sebenarnya bukanlah qaul penuh beliau kerana bagi beliau pahala tidak sampai jika ia
tidak dibaca di hadapan mayat atau tidak didoakan setelah membacanya43. Pendapat ini
dinyatakan oleh tokoh mujaddid yang bermazhab Shafi’i, Imam Zakariyya Al-Anṣārī 44.
Kami lebih memilih pendapat ulama’ Shafi’iyyah kerana mereka lebih memahami
manhaj pemikiran dan penulisan Imam Al-Shafi’i sendiri berbanding tokoh-tokoh lain.
Malah, sampainya pahala kepada ahli kubur ini juga adalah pendapat imam-imam yang
menjadi rujukan utama golongan yang mengharamkan tahlil ini seperti Syeikh Ibnu
Taimiyyah dalam Majmu’ Al-Fatawa, Syeikh Ibnu Qayyim dalam kitab Al-Ruh dan
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab al-Najdi dalam Ahkam Tamanni al-Maut.45
Kesimpulannya, terdapat ramai ulama’ yang mengatakan bahawa pahala bacaan
al-Quran , zikir dan doa sampai kepada si mayat di dalam kubur seterusnya ia menjadi
asas ulama' Nusantara dalam menghalalkan tahlil.
43 Muhadir Haji Joll (2015), Kekeliruan Umat : Inilah Jawapannya. Kuala Lumpur: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
h.231.
44 Mengikut kajian Dr Lokman Abdullah, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh APIUM, sanad-sanad
pengajian ulama’ Melayu Nusantara yang belajar di Mekah kebanyakannya sampai kepada beliau. Ini bermakna, pemikiran dan ijtihad beliau banyak digunakan di Tanah Melayu sendiri.
45 Muhadir Haji Joll (2015), Kekeliruan Umat : Inilah Jawapannya. Kuala Lumpur: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
h.231.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
40/42
38
6.3 Fahaman tentang Alam Barzakh yang Bercanggah Ahli Sunnah
wal Jamaah
Perkara yang tidak kurang pentingnya adalah mengetahui fahaman yang bercanggah
dengan fahaman Ahlu Sunnah wa Al-Jamaah. Perbincangan sebelum ini membolehkan
kita bawa beberapa pandangan ahli falsafah dan kepercayaan agama lain yang
bertentangan dengan apa yang telah thabit dalam Islam.
a)
tempat tinggal roh tidak wujud, mereka mengatakan nyawa adalah salah satu
'aradh badan seperti hidup dan perasaannya.46
b)
roh berada jasad binatang sesuai dengan akhlak dan sifat yang telah
dilakukan ketika hidupnya.47
c) Roh berpindah kepada jasad manusia lain yang baru dilahirkan(tanasukh). Ia
disebut kelahiran semula mengikut kepercayaan Hindu dan Buddha.48
7.0 Rumusan
Perkara paling penting untuk diketahui ialah perkara-perkara asas dalam akidah yang bersumberkan nas untuk menjauhi 'pencemaran' dalam akidah. Mengetahui ijtihad yang pelbagai pula sebagai bekalan untuk perkara yang bakal bermain di minda masyarakatseterusnya mengkagumi keluasan ilmu ulama'. Tapi, ia bukanlah modal untuk kitamencari kesilapan orang lain dan melazimkan diri berdebat.
Punca salah faham dan perselisihan masyarakat berpunca daripada sebahagian golonganyang terlalu keras memegang satu pendapat tanpa meraikan pendapat ulama' yang
banyak. Sikap seperti ini wujud dalam kedua-dua golongan yang bertelagah. Jadi, sikaptoleransi yang dipayungi ilmu agama amat perlu dalam menerima amalan tradisimasyarakat yang tidak bercanggah dan mempunyai asalnya dalam agama.
46 Muḥammad bin ʻAlī bin Muḥammad bin Abī al-ʻIzz (2008). Syarah Aqidah al-Tahawiyyah. HasanKasnan(terj.). Kuala Lumpur: JAKIM. j.2. h. 285.47 Ibid,.
48 Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al-Būṭī(1996). Keyakinan Hakiki. Muhammad Sulaiman Yassin(terj.).Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. h.399.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
41/42
39
Bibliografi
Abdullah Muhammad Basmeih(2007). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Kuala Lumpur:
JAKIM.
Abū Dāwud Sulaymān bin Al-Ashʻath(2009). Sunan Abī Dāwud. 7 j. Riyadh: Dar al-Risālah
al-ʻĀlamiyyah. h 239.
Abū Yaʻlā Aḥmad bin ʻAlī(1984). Musnad Abī Yaʻlā. 13 j. Damsyik: Syarikat Dār Al-
Ma’mūn li Al-Turāth.
Bājūri, Ibrāhīm al- (2011). Tuḥ fa ṯ al- Murīd . Nuruzzaman MZ(terj.). Kedah: Darul Busyra.
Bukhari, Muḥammad b. Isma’il Abu ’Abd Allah al- (1994), Sahih al-Bukhari. 9 j. Damsyiq:
Syarikat Dar al-Fikr.
Būṭī, Muḥammad Sāʻid Ramaḍān Al- (1996). Keyakinan Hakiki. Muhammad Sulaiman
Yassin(terj). Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia.
Ḥākim , Abū ʻAbd Allah Muḥammad bin ʻAbd Allah Al- (1990 ), Al- Mustadrāk ʻalā Al-
Ṣahīhayn. 4 j. Beirut: Syarikat Dār Al-Fikr Al-ʻIlmiyyah.
Hararī , ʻAbd Allah al- (2004). Al-Shar ḥ Al-Qawīm fī Ḥal Alfāẓ Al-Ṣirāṭ Al- Mustaqīm.
Kaherah: Dār Al-Mashāriʻ.
Ibn Abī al-ʻIzz Muḥammad bin ̒ Alī bin Muḥammad (2008). Syarah Aqidah al-Tahawiyyah.
Hasan Kasnan (terj.). 2 j. Kuala Lumpur: JAKIM.
Ibn `Abd al-Barr, Yūsuf bin `Abd Allah bin Muḥammad (1967). Al-Tamhīd li mā fī al -
Muwaṭṭa’ min al - Ma`ānī wa al - Asānid. 24 j. Maghribi: Wizāraṯ `Umūm al-Awqāfwa al-Shu’ūn al-Islāmiyyaṯ .
Ibn Kathīr, Ismāʻīl bin ʻUmar (1999), Tafsīr al -Quran al-`A ẓīm.8 j. Riyadh: Dār Ṭayyibaṭ li
Al-Nashr wa Al-Tawzīʻ.
Ibn al-Qayyim, Muḥammad bin Abī Bakr Al-Jawziyyah(t.t.b). Al- Rūḥ. Beirut: Dar al-Kutub
al-ʻIlmiyyah.
8/15/2019 Alam Barzakh dan Isu Masyarakat Sekitarnya
42/42
Jurjānῑ , ʻAli bin Muḥammad ʻAli Al-Zain Al-Sharīf Al- (1983), Al-Ta’rῑfāt . Lubnan:
Syarikat Dār Al-Kitāb, h. 45.
Muslim bin Al-Ḥajjāj Abū Al-Ḥasan Al-Qushayrī Al- Naysābūrī(t.t), Ṣ aḥīḥ Muslim. 5 j.
Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-Turāth Al-ʻArabiy.
Nawawī , Yaḥyā bin Sharaf Al- (1972), Al- Minhāj Sharḥ Ṣ aḥīḥ Muslim bin Al- Ḥajjāj. 18 j.
Beirut: Dār Al-Iḥyā’ Al-Turāth Al-ʻArabiy.
Qur ṭubī , Muḥammad bin Aḥmad Al- (2015). Rahsia Alam Kematian. Nabilah Abd
Jalil(terj.). Selangor : Al-Hidayah Houses of Publisher Sdn. Bhd
Ramlī, Shams al-Dīn Muḥammad bin Abī Al-ʻAbbās Al- (1984). Nihāyaṯ Al-Muḥtāj. 8 j.
Beirut: Syarikat Dār al-Fikr.
Ṣābūnī, Muḥammad `Alī Al- (1997). Ṣ afwa ṯ al-Tafāsīr. 3 j. Kaherah: Syarikat Percetakan
Dār Al-Ṣābūnī.
Muḥammad bin ʻĪsā bin Sawraṯ Al-Tirmidhī(1975). Sunan Al-Tirmidhī . 5 j. Mesir: Musṭafā
Al-Bābī Al-Ḥalabī.
Tirmidhī, Muḥammad bin ʻAlī bin Al-Ḥasan Al-Ḥākim Al- (t.t.b). Nawādir Al -U ṣūl fī
Aḥādīth Al - Rasūl . 4 j. Beirut: Syarikat Dār Al-Jīl.
Wizāraṯ al-Awqāf wa al-Shu’ūn al-Islāmiyyaṯ al-Kuwayt(2007). Al- Mawsūʻaṯ Al-Fiqhiyya ṯ
Al-Kuwaytiya ṯ .45 j. Kuwait: Penerbitan Kementerian.
Zuḥaylī , Waḥ ba ṯ bin Muṣṭafā Al- (1998), Tafsīr Al - Munīr . 30 j. Damsyiq : Dār Al-Fikr Al-
Maʻāṣir.