Transcript

ANEA 3306

ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN

Tajuk: Aktiviti perbandaran menyumbang kepada merebaknya pelbagai jenis

penyakit.Bincangkan.

Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS)

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar

Universiti Malaya

Kuala lumpur,Malaysia

Sesi 2011/2012

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2

ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN

SESI 2011/2012

1. SOALAN TUGASAN 1

Bincangkan bagaimana aktiviti perbandaran menyumbang kepada merebaknya

pelbagai jenis penyakit.

Arahan:

1. 2000 – 2500 patah perkataan

2. Sertakan gambar atau carta aliran yang sesuai

3. Masukkan contoh-contoh kes (HINI, Bird flu, denggi dan sebagainya)

4. Pastikan penulisan ditulis mengikut aturan penulisan yang betul – perlu ada

rujukan penulisan

5. Tulis rujukan di bahagian akhir.

6. TARIKH SERAHAN : MINGGU 9

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 3

2. PENGENALAN

Sistem alam sekitar semula jadi terdiri daripada empat komponen utama iaitu

komponen atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera, setiap komponen alam

sekitar ini saling bertindak balas antara satu sama lain dan mewujudkan satu sistem

alam sekitar yang seimbang dan memberi kesejahteraan kepada manusia ( merujuk

gambar rajah 1). Hal ini demikian kerana, alam sekitar amat penting kepada manusia

untuk hidup, manusia saling bergantung kepada alam sekitar bagi memenuhi

keperluan mereka dan keperluan manusia terbahagi kepada dua iaitu keperluan

biologi dan keperluan budaya. Keperluan biologi lebih merangkumi kepada satu

bentuk keperluan asas seperti makanan, minuman dan oksigen untuk bernafas, bagi

memenuhi keperluan biologi ini manusia tidak perlu melakukan perubahan terhadap

alam sekitar tetapi alam sekitar akan bertindak secara semula jadi. Bagi keperluan

budaya pula alam sekitar merupakan bukan satu keperluan asas tetapi lebih kepada

kepentingan dalam memenuhi keselesaan hidup, biasanya melibatkan pelbagai

aktiviti antaranya aktiviti yang berteraskan ekonomi, pendidikan dan pembangunan

infrastruktur. Alam sekitar pada masa ini akan mengalami perubahan kerana telah

diterokai oleh manusia.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 4

Gambar rajah 1: Menunjukkan perhubungan antara empat komponen alam

sekitar semula jadi.

Pada awalnya alam semula jadi ini merupakan satu kawasan yang asli dan masih

dara serta masih belum diteroka dan pada masa ini dikenali sebagai proses

determinism. Pada masa ini juga alam sekitar masih belum terjejas dan masih 100%

asli dan alam sekitar yang banyak mempengaruhi manusia. Banyak aktiviti manusia

pada masa ini adalah terhad kerana pengaruh faktor alam semula jadi, manusia

banyak menjalankan aktiviti yang hanya bagi memenuhi keperluan biologi mereka.

Namun, pada era manusia maju dan kaya dengan kemahiran teknologi maka

wujudnya konsep possibilisme di mana pada masa ini manusia yang banyak

mempengaruhi alam semula jadi. Manusia pada masa ini mula membangunkan alam

sekitar bagi memenuhi keperluan budaya mereka. Banyak kawasan alam semula jadi

sudah mula diteroka oleh manusia antaranya bertujuan bagi melakukan aktiviti

membangunkan kawasan bandar.

SISTEM LITOSFERA

SISTEM ATMOSFERA SISTEM HIDROSFERA

SISTEM BIOSFERA

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 5

2.1 DEFINISI BANDAR DAN PERBANDARAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun bagi menuju ke

arah negara yang maju, dalam mencapai taraf menjadi sebuah negara maju

Malaysia perlu mahir dan maju dalam pelbagai bidang bagi bersaing dengan negara

maju yang lain. Setiap negara yang menuju ke arah negara maju ini biasanya akan

mengalami proses perkembangan bandar yang pesat. Menurut seorang pengkaji

geografi bandar Khatimah Rostam (1988) telah mendefinisikan sesuatu bandar itu

dengan melihat dari segi aspek keadaan fizikal sesebuah bandar itu antaranya dari

segi jumlah penduduk, kepadatan penduduk bagi setiap 1 kilometer persegi dan

peratusan pekerja yang terlibat dalam pelbagai bidang dan sektor. Contoh situasi di

Malaysia yang telah menetapkan bagi setiap kawasan yang telah mencapai bilangan

penduduk seramai 10 000 orang maka kawasan ini boleh diiktiraf sebagai kawasan

bandar dan turut berlaku transformasi dari segi tahap sesebuah kawasan itu

daripada kawasan desa atau pekan berkembang dan berubah menjadi sebuah

kawasan bandar, proses ini boleh dikenali sebagai proses perbandaran.

Perbandaran adalah satu proses yang berlaku di sesuatu kawasan kerana

kawasan tersebut telah menjadi tumpuan penduduk, pembangunan dan juga

terdapat pelbagai keperluan dan juga kelengkapan kemudahan. Menurut Khatimah

Rostam (1988) dalam bukunya “Pengantar Geografi Bandar” telah mentakrifkan

perbandaran sebagai satu proses penumpuan penduduk yang mendiami sesuatu

kawasan yang dikenali sebagai bandar. Perbandaran juga merupakan proses yang

dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan penduduk, kadar migrasi penduduk desa ke

bandar, kawasan perniagaan. Perkhidmatan, industri dan juga keluasan bandar

tersebut menurut seorang pengkaji bandar T.G Mc Gee.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 6

Sulong Mohamad (1922) telah mendefinisikan bandar sebagai sebuah

kawasan penempatan yang mempunyai ciri – ciri dari segi saiz kepadatan pekerjaan

dan juga fungsi – fungsi dan nilai – nilai masyarakat yang tertentu. Beliau juga turut

memberi beberapa kriteria tentang bandar iaitu:

Saiz minimum penduduk di sesebuah bandar. Contoh Malaysia saiz

minimum penduduk di sesebuah kawasan bandar adalah seramai 10 000

orang

Mempunyai kepadatan penduduk. Contoh di India kepadatan

penduduknya adalah 385 orang bagi setiap 1 km persegi.

Peratusan pekerjaan bukan dalam sektor pertanian. Contoh di Amerika

Syarikat di mana peratusan penduduk yang bekerja dalam sektor lain

daripada pertanian adalah tinggi iaitu sebanyak 75 % daripada

keseluruhan penduduk.

Letakkan dan fungsi bandar sebagai kawasan pusat dari segi pelbagai

aspek antaranya adalah aspek ekonomi, pentadbiran , dan budaya.

Masyarakat di bandar gaya hidup lebih kepada pentingkan diri sendiri

(individualistik), formal dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang

longgar

Kebanyakan kawasan yang asalnya dibangunkan sebagai kawasan

pertanian telah dibangunkan semula tapi bukan kegunaan untuk

pertanian.

Bandar menurut Melvin G. Marcus dan Thomas Detwyler adalah satu ciptaan

yang terdapat pengaruh manusia ke atas sumber alam semula jadi dan merupakan

tempat di mana manusia telah banyak melakukan perubahan terhadap pelbagai

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 7

sumber seperti air, organisma dan udara. Bandar juga merupakan satu ruang

manusia memulakan dan mengawal perubahan yang berlaku dalam habitatnya.

Proses pembandaran yang dilakukan oleh manusia telah membentuk dan

mewujudkan satu ekosistem baru di mana terdapat interaksi antara manusia,

pekerjaannya dan alam semula jadi, interaksi yang wujud adalah bersifat kompleks.

3. AKTIVITI PERBANDARAN MENYUMBANG KEPADA PEREBAKAN

PELBAGAI JENIS PENYAKIT

Aktiviti perbandaran yang semakin pesat ini juga telah menyebabkan berlaku

perubahan terhadap keseimbangan alam sekitar. Perubahan yang berlaku ini juga

telah mendorong alam sekitar adaptasi perubahan yang dilakukan oleh manusia ini

yang bagi memenuhi keperluan biologi dan budaya manusia. Hal ini telah

menyebabkan pelbagai kesan yang akan timbul dan kesan tersebut sama ada kesan

positif, negatif mahupun kesan yang berskala kecil atau besar kepada manusia

kerana interaksi antara manusia dan alam sekitar. Pada kebiasaannya kesan negatif

adalah lebih banyak daripada kesan positif, antara kesan negatif seperti

menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit sehingga dapat menggugat

kesejahteraan kehidupan manusia.

Alam sekitar bandar terdiri daripada tiga komponen utama iaitu alam sekitar

sosial ekonomi, alam sekitar pembangunan dan alam sekitar semula jadi (merujuk

gambar rajah 2). Komponen alam sekitar pembangunan merupakan komponen yang

paling besar dan yang mendominasi alam sekitar semula jadi di kawasan bandar.

Hal in telah menyebabkan komponen alam sekitar semula jadi yang terdiri daripada

empat komponen semakin mengecil dalam alam sekitar bandar. Aktiviti manusia di

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 8

kawasan bandar yang telah mendorong kepada semakin besar skala alam sekitar

pembangunan di kawasan bandar.

Gambar rajah 2: Komponen alam sekitar bandar

Antara aktiviti yang terlibat dalam perbandaran adalah aktiviti perindustrian,

perkhidmatan, pengangkutan, pembangunan, penempatan, kemudahan infrastruktur

dan pelbagai lagi. Setiap aktiviti ini memberi kesan atas empat komponen alam

sekitar semula jadi dan juga sehingga menyebabkan merebaknya pelbagai jenis

penyakit dan menjejaskan kesihatan manusia.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 9

3.1 KOMPONEN ATMOSFERA

Ruang atmosfera di bandar dalamnya banyak mengandungi komposisi gas

dan zarah debu, dan dikatakan terdapat antara 4 hingga 1000 kali ganda lebih

banyak debu dalam ruang udara di bandar berbanding dengan kawasan luar bandar.

Kebanyakan gas dan debu ini terhasil akibat daripada aktiviti perindustrian dan

sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan bandar. Antara bahan yang

terkandung dalam debu – debu dan gas – gas tercemar di kawasan bandar ini

adalah plumbum dan kebanyakan penduduk bandar mempunyai kandungan

plumbum yang tinggi dalam darah berbanding penduduk luar bandar dan komposisi

udara di bandar juga mempunyai 10 kali ganda lebih banyak micro-organisma

berbanding dengan komposisi udara di luar bandar. (Reid A. Bryson dan John E.

Ross 1985: Iklim Di Bandar).Ini menyebabkan udara yang kita sedut setiap hari

untuk bernafas mengandungi pelbagai bentuk bahan pencemar dan kebanyakan

dalam bentuk debu yang halus yang tidak lihat oleh penglihatan manusia sendiri.

Aktiviti perindustrian merupakan antara aktiviti yang banyak memberi kesan

ke atas komponen sistem alam sekitar semula jadi atmosfera. Kawasan industri

menyebarkan sehingga 4000 zarah mm-3 iaitu 1000 kali ganda lebih banyak debu

berbanding dengan jumlah debu yang terkandung dalam komposisi udara di luar

bandar. Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan dan setiap lapisan tersebut

mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti lapisan troposfera merupakan lapisan

zon hidupan dan lapisan stratosfera pula merupakan lapisan yang terdiri daripada

ozon yang bertindak sebagai menghalang sinaran UV yang berbahaya daripada

matahari dari sampai ke permukaan bumi, kerana sinaran ini berbahaya kepada

semua hidupan di muka bumi terutama sekali manusia. Komponen atmosfera ini

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 10

juga terdiri daripada komposisi - komposisi udara yang sentiasa beredar yang

sentiasa mengimbangi suhu bumi. Aktiviti perindustrian biasanya akan menghasilkan

bahan – bahan tercemar terutama sekali aktiviti perindustrian yang melibatkan

pemprosesan seperti industri aerosol, industri foam dan pelbagai lagi dan aktiviti ini

dikatakan memberi kesan merebaknya pelbagai penyakit. Hal ini demikian kerana

aktiviti perindustrian akan menyalurkan bahan – bahan tercemar seperti debu, asap

– asap yang terdiri daripada gas- gas yang berbahaya seperti karbon monoksida,

sulfur dioksida dan pelbagai lagi melalui serombong asap. Gas – gas ini akan

bergerak dalam ruang atmosfera terutama sekali apabila suhu panas di mana

keadaan udara yang kering dan ringan.

Gas –gas berbahaya seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida akan di

bawa oleh angin ke kawasan yang lebih jauh dan semakin jauh gas tersebut ditiup

semakin berbahaya gas tersebut kerana sepanjang peredaran itu gas tersebut boleh

bertindak balas dengan komponen gas dan partikel lain yang terdapat dalam udara,

dan secara tidak langsung akan menyebabkan gas tersebut menjadi semakin

berbahaya. Antara kesan yang timbul akibat daripada perlepasan gas – gas

berbahaya ini daripada aktiviti perindustrian adalah akan menyebabkan peningkatan

penyakit yang berkaitan masalah saluran pernafasan dalam kalangan manusia,

seperti penyakit “pneumonia” atau radang paru – paru, asthma, kanser paru – paru,

bronkitis dan pelbagai lagi. Contoh penyakit Asthma adalah sejenis penyakit

pengecutan saluran pernafasan yang berpunca daripada radang saluran, dan paru –

paru juga akan berubah menjadi mengecut kerana saluran pernafasan yang sensitif

terhadap bahan –bahan pencemar atau bahan alergi yang ada di sekeliling seperti

asap daripada aktiviti pembakaran terbuka, kilang yang melepaskan asap yang

mengandungi gas – gas pencemar seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 11

dan pelbagai lagi. Pada kebiasaannya, manusia yang jauh daripada kawasan

perindustrian kan mendapat kesan yang lebih teruk lagi berbanding kesan yang

diperoleh manusia yang tinggal berhampiran dengan kawasan perindustrian.

3.2 KOMPONEN HIDROSFERA

Air merupakan antara komponen penting dalam keperluan hidup. Manusia

menggunakan air untuk melakukan aktiviti domestik seperti membasuh, memasak

dan juga merupakan sumber minuman. Sumber air boleh didapati daripada tiga

sumber utama iaitu air permukaan seperti sungai dan tasik, lautan dan sumber air

bawah tanah. Pembangunan di kawasan bandar menyebabkan kebanyakan

permukaan tanah telah bertukar menjadi permukaan yang tidak serap air kerana

telah diturap dengan tar atau bitumen dan juga ada yang telah disimen.

Perkembangan bandar yang berlaku secara berperingkat demi peringkat akan

memberi kesan ke atas sistem hidrologi kerana pembangunan tanah di kawasan

bandar telah banyak mengubah keadaan fizikal permukaan tanah dan laluan saliran.

Bandar merupakan antara kawasan yang kerap menerima hujan kerana nukleus

pemeluwapan yang banyak akibat daripada pelbagai aktiviti manusia yang

dijalankan di bandar. Apabila berlaku hujan lebat akan menyebabkan berlaku

lebihan air larian permukaan, air hujan yang turun ke permukaan bumi tidak dapat

diserap masuk ke dalam tanah kerana permukaan tanah yang sudah diturap dan

bersifat tidak telap air sehingga mengundang kepada berlakunya kejadian banjir

seperti banjir kilat yang baru – baru ini kerap berlaku di Kuala Lumpur apabila

berlaku hujan yang lebat. Umumnya, jika kita lihat aktiviti perbandaran menyebabkan

berlakunya banjir yang besar dan juga kekerapan berlaku banjir adalah tinggi. Selain

daripada faktor banyak kawasan yang tidak telap air di bandar yang menyebabkan

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 12

banjir, banjir juga kerap berlaku di kawasan bandar yang di bangunkan dan terletak

berhampiran dengan dataran banjir yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir

secara semula jadi.

Kejadian banjir yang berlaku biasanya akan meninggalkan banyak kesan

kepada manusia di bandar selain daripada kemusnahan harta benda, kehilangan

nyawa yang terkorban akibat lemas, penularan pelbagai jenis penyakit turut berlaku

antaranya penyakit taun atau dikenali sebagai “Cholera”. Penyakit taun merupakan

penyakit bawaan air dan penyakit ini disebabkan oleh bakteria “Vibro cholera”.

Penyakit ini juga menular dan boleh dijangkiti akibat daripada penggunaan air dan

pengambilan makanan yang telah tercemar dengan najis manusia dan haiwan

terutama sekali apabila musim banjir, kerana pada musim ini kekurangan bekalan

makanan dan minuman yang bersih. Penyakit ini juga boleh membawa maut kepada

manusia sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang sempurna. Selain penyakit

taun, banjir juga boleh menyebabkan penularan penyakit “Leptrospirosis” atau di

kenali sebagai penyakit kencing tikus. Penyakit ini merupakan penyakit berjangkit

akibat daripada bakteria “genus Leptospira” yang terdapat dalam air kencing tikus.

Pada musim banjir biasanya bilangan tikus akan meningkat dan menghuni di

kawasan yang selamat daripada banjir bersama dengan manusia, hal ini

menyebabkan secara tidak langsung manusia akan terdedah kepada penyakit

kencing tikus ini kerana kebarangkalian keterdedahan makanan dan minuman

manusia kepada air kencing tikus adalah tinggi kerana bilangannya yang banyak.

(Bharti et. al 2003). Berdasarkan gambar rajah 2 di bawah menunjukkan bagaimana

penyakit kencing tikus merebak dan berjangkit kepada manusia.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 13

Selain itu, proses penyejatan dalam kitaran hidrologi yang menukar air

daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air kemudian naik ke atas dalam ruang

lingkup atmosfera atau udara yang mempunyai banyak bahan – bahan terampai dan

tercemar seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida yang

terhasil daripada pelbagai aktiviti yang terdapat di kawasan bandar seperti aktiviti

perindustrian, pengangkutan dan pelbagai lagi. Bahan – bahan terampai atau gas –

gas pencemar ini akan berlegar dalam ruang udara dan apabila hujan turun bahan –

bahan pencemar tersebut akan masuk dalam titisan –titisan hujan dan bergabung.

Hal ini telah menyebabkan hujan yang turun mengandungi bahan pencemar dan

akan bertindak balas, turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini biasanya akan

menjejaskan kesihatan pelbagai hidupan di muka bumi terutama sekali manusia, di

mana manusia akan mengalami kegatalan kulit sekiranya terkena hujan asid dan

hujan asid ini juga mendedahkan manusia kepada risiko mendapat penyakit kanser

kulit kerana air hujan tersebut yang mengandungi pelbagai bahan kimia dan

pencemar yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 14

Gambar rajah 3: Populasi tikus yang dikatakan membawa wabak penyakit

kencing tikus (Leptospirosis).

Gambar rajah 4: Memaparkan bagaimana penyakit Leptrospirosis merebak dan

menjangkiti manusia.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 15

3.3 LITOSSFERA

Litosfera merupakan komponen alam semula jadi yang terdiri daripada

kepelbagaian bentuk permukaan bumi dan jenis tanah dan batuan yang berbeza. Di

bandar manusia banyak melakukan perubahan terhadap bentuk muka bumi dan

persekitaran kawasan tersebut bagi menyesuaikan keperluan mereka. Manusia di

bandar turut mengubah kawasan persekitaran dengan melakukan pembangunan di

kawasan tersebut. setiap kawasan persekitaran permukaan mempunyai fungsinya

yang tertentu. Ada sesetengah kawasan yang dijadikan sebagai kawasan tapak

pelupusan sampah seperti sisa – sisa hasil daripada kegiatan komuniti bandar

seperti sampah sarap daripada rumah iaitu sampak domestik, bangkai binatang

yang mati, tumbuhan yang mati, sampah jalanan dan pelbagai lagi. Kawasan tapak

pelupusan sampah ini juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Hal ini

demikian kerana, segala bahan – bahan yang terhasil daripada tindak balas sisa –

sisa buangan tersebut akan terserap ke dalam tanah dan menyebabkan tanah

mengalami pencemaran. Bahan – bahan yang terserap ke dalam tanah itu pula akan

semakin menyerap ke dalam tanah dan sehingga masuk ke dalam kawasan sumber

air bawah tanah di kawasan tak telap air dalam permukaan bumi, bahan tersebut

akan bertindak balas dengan sumber air bawah tanah sehingga menyebabkan

sumber air bawah tanah tersebut terdedah kepada pencemaran air. Bagi kawasan

yang banyak menggunakan sumber air bawah tanah seperti Kelantan yang banyak

mengali perigi bagi mendapatkan dan menggunakan sumber air bawah tanah

kemungkinan besar terdedah kepada mendapat pelbagai penyakit yang berpunca

daripada penggunaan sumber air bawah tanah yang sudah tercemar seperti penyakit

seperti penyakit air kencing tikus, dan juga seperti penyakit yang menyerang di

Bangladesh kerana beribu – ribu perigi telah dicemari dengan asid arsenik yang

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 16

berbahaya kepada manusia. Oleh demikian itu, manusia akan mudah memperoleh

penyakit kanser dan terdapat juga sesetengah penduduk di negara tersebut yang

mengalami kelumpuhan seluruh badan selepas minum sumber air tersebut.

Selain itu, di kawasan bandar juga terdapat banyak kawasan yang hendak

dibangunkan dan banyak aktiviti pembangunan yang dijalankan di persekitaran

kawasan bandar dengan mengubah persekitaran kawasan bandar bagi memenuhi

keperluan manusia. Oleh demikian itu , aktiviti pembinaan banyak dilakukan di setiap

kawasan seperti pembinaan hospital untuk mempertingkatkan tahap kesihatan

penduduk bandar , sekolah pula dibina bagi kemudahan dalam pendidikan,

bangunan pejabat dan pelbagai lagi. Di samping itu, proses pembangunan yang

dijalankan di kawasan bandar ini juga turut memberi kesan yang negatif kepada

penduduk bandar, kerana semasa proses pembinaan segala pembangunan ini telah

mengundang kepada merebaknya pelbagai jenis penyakit. Hal ini demikian kerana,

di kawasan pembinaan biasanya akan terdapat banyak bahan – bahan, peralatan

dan sisa – sisa pembinaan yang terdapat di kawasan tersebut apabila hujan bahan –

bahan dan peralatan tersebut seperti tong –tong cat, kayu – kayu dan juga lopak –

lopak air yang boleh menakung air hujan dan air yang bertakung ini boleh menjadi

habitat pembiakan nyamuk aedes melalui pembiakan jentik –jentik. Menurut Chan et

al.(1971a) antara habitat yang selalu dipilih oleh nyamuk aedes ini adalah di

kawasan atau benda yang mudah untuk menakung air seperti tempayan, tayar, tong

– tong atau bekas yang sudah tidak digunakan, tangki dan juga tin – tin minuman

yang sudah digunakan. Bagi Sulaiman et al. (1991) pula dalam kajian yang

dilakukan olehnya iaitu kajian penyebaran dan kepadatan nyamuk “aedes aegypti”

dan nyamuk “aedes albopictus” di kawasan yang endemik demam denggi dan

demam denggi berdarah di kawasan Kuala Lumpur telah mendapati bahawa

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 17

kebanyakan nyamuk jenis tersebut membiak di dalam kawasan rumah, kedai dan

juga kilang – kilang. Nyamuk aedes ini akan menyebabkan penyakit demam denggi

kepada sesiapa yang terkena gigitan nyamuk aedes ini terutama sekali nyamuk

betina , kerana nyamuk ini akan menyebarkan virus tersebut melalui gigitan tadi

sehingga menyebabkan manusia memperoleh penyakit demam denggi seperti

demam denggi berdarah yang amat bahaya sekali. Antara simptom yang ditunjukkan

oleh seseorang yang memperoleh penyakit demam denggi berdarah adalah seperti

sakit kepala, sakit pinggang, sakit sendi, suhu badan meningkat dan terdapat bintik –

bintik merah dan lebam pada bahagian kulit.

Penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah ini telah sekian lama

tersebar di seluruh Asia termasuk kawasan Pasifik dan Amerika. Hal ini berpunca

daripada aktiviti perbandaran yang dijalankan adalah tidak terkawal dan terancang,

peningkatan dalam pengangkutan udara dan juga terdapat perubahan dalam cara

hidup manusia akibat daripada aktiviti perbandaran. Ini akan menyebabkan timbul

kesukaran kawalan vektor denggi seperti “Aedes aegypti” dan juga akan turut

berlaku peningkatan kes demam denggi atau demam denggi berdarah dalam

kalangan penduduk di bandar ( Gubler 1993 ). Pada tahun 1993 penyakit denggi

atau demam denggi berdarah merupakan sejenis penyakit “arbovirus” yang

menjangkiti manusia sehingga 2 bilion manusia dalam keadaan bahaya dan setiap

tahun dianggarkan sebanyak 30 – 40 juta kes demam denggi dan kes demam

denggi berdarah sehingga mencecah puluhan sehingga ratusan ribu kes yang

dicatatkan.“Aedes aegypti” dan “Aedes albopictus” merupakan antara jenis

nyamuk aedes yang menyebarkan dan menularkan penyakit denggi atau demam

denggi berdarah di kebanyakan kawasan bandar di kawasan Asia Tenggara (Smith

1956; Rudnick 1967; Russell et al; Jumali et al. 1979,Harinasuta 1984).

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 18

Gambar rajah 3: Kitaran hidup nyamuk Aedes.

Gambar rajah 4: Nyamuk Aedes betina dewasa yang dikatakan menyebarkan

penyakit demam denggi berdarah.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 19

3.4 BIOSFERA

Biosfera merupakan salah satu komponen alam sekitar terdiri daripada segala

hidupan yang terdapat di bumi dan saling bergantung antara satu sama lain dengan

komponen alam sekitar hidrosfera, litosfera dan atmosfera. Terdiri daripada ruang

hidupan yang tersendiri di mana terdapat sempadan yang tertentu antara komponen

alam sekitar yang lain, contoh kawasan kutub utara dan selatan ada sempadan yang

memisahkan dengan kawasan hutan hujan tropika. Segala hidupan di kutub dan juga

di kawasan hutan hujan tropika walaupun bebas melakukan pergerakan tapi

pergerakan yang dilakukan adalah dalam had sempadan tertentu di mana beruang

kutub tidak boleh hidup di kawasan hutan hujan tropika.

Gabungan antara 3 komponen alam sekitar iaitu atmosfera, hidrosfera dan

litosfera telah membentuk satu jaringan komponen biosfera dan komponen biosfera

ini amat penting bagi 3 komponen tersebut, seperti tumbuh – tumbuhan mempunyai

peranan yang penting dalam komponen hidrologi bagi menjalankan proses kitaran

hidrologi. Dari segi komponen litosfera pula komponen biosfera seperti tumbuh –

tumbuhan dan haiwan juga penting sebagai agen luluhawa dan semakin banyak

proses luluhawa berlaku maka semakin halus tanih yang dihasilkan. Perhubungan

yang wujud antara komponen ini adalah satu perhubungan yang seimbang dalam

satu sistem, namun perhubungan ini menjadi semakin tidak seimbang apabila

biodiversiti semakin lama semakin hilang dan ekosistem juga banyak yang telah

terganggu kerana aktiviti yang dijalankan manusia bagi memenuhi keperluan biologi

dan budaya mereka, antara aktiviti yang semakin pesat berlaku pada masa sekarang

adalah aktiviti perbandaran.( Dr. Mariney mohd yusoff 2012)

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 20

Alam sekitar bandar terdiri daripada tiga komponen iaitu komponen sosial

ekonomi, alam sekitar pembangunan dan alam sekitar semula jadi. Komponen alam

sekitar semula jadi di bandar semakin berkurang kerana di dominasi oleh alam

sekitar pembangunan. Permukaan alam semula jadi di bandar sudah banyak

bertukar rupa, di mana sudah digantikan dengan bangunan – bangunan dan

permukaan yang bersimen dan kurangnya litupan tumbuh – tumbuhan di kawasan

bandar. Tumbuh – tumbuhan atau pokok – pokok sebenarnya memainkan peranan

yang penting dalam menghalang tiupan angin atau memperlahankan tiupan angin.

Apabila angin yang bertiup melalui kawasan yang tiada litupan tumbuhan biasanya

akan memberi kesan terhadap kawasan tersebut seperti tiupan angin yang kencang

boleh menyebabkan kerosakan harta benda seperti rumah musnah dilanda ribut atau

angin yang kencang dan pelbagai lagi terutama sekali kawasan yang terletak di tepi

pantai kerana biasanya menerima tiupan angin yang kencang apabila tiada litupan

pokok –pokok bakau di tepi pantai. Peredaran udara tanpa halangan ini juga

mempunyai kaitan dengan fenomena H1N1 dan Bird Flu yang merebak melalui

udara. Pada musim sejuk biasanya udara yang beredar biasanya bersifat berat dan

udara sejuk ini dari kawasan kutub utara dan selatan ini akan beredar ke kawasan

khatulistiwa melalui proses edaran umum atmosfera dengan 3 sel peredaran udara

iaitu Sel Polar berlaku di kawasan kutub, Sel Hadley di kawasan khatulistiwa dan Sel

Ferrell pula berlaku di kawasan tengah antara kawasan kutub dan khatulistiwa di

mana berlakunya daya koriolis dalam tiupan angin. Tapi biasanya banyak faktor yang

mempengaruhi laluan peredaran angin tersebut kerana kawasan khatulistiwa

mempunyai banyak litupan tumbuh – tumbuhan yang tebal, manakala udara panas

dari kawasan khatulistiwa pula akan beredar naik ke kawasan kutub. Litupan

tumbuhan itu yang bertindak sebagai zon penampan bagi tiupan angin, tapi sekarang

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 21

litupan tumbuhan di kawasan khatulistiwa semakin berkurang terutama sekali di

kawasan bandar, kerana banyak telah di tebang dan dibersihkan bagi menjalankan

aktiviti pembangunan kawasan bandar.

Wabak selesema burung yang melanda Asia telah mencatatkan kes jangkitan

yang tinggi terhadap manusia sehingga boleh membawa maut. Kes jangkitan wabak

selesema ini merebak dengan mendadak di antara negara seluruh dunia antara

negara yang dilaporkan menghadapi kes jangkitan wabak ini adalah Korea Selatan,

Jepun, Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia dan China, Malaysia juga tidak

ketinggalan mendapat jangkitan wabak tersebut. Hal ini demikian kerana, peredaran

udara yang menyebabkan wabak tersebut cepat tersebar dan tersebar dalam ruang

lingkup yang besar.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 22

4. KESIMPULAN

Kesimpulannya, aktiviti perbandaran sememangnya merupakan salah satu faktor

yang menyumbang kepada berlaku merebaknya pelbagai jenis penyakit. Hal ini

demikian kerana aktiviti perbandaran telah mengganggu dan telah memusnahkan

sebahagian daripada komponen alam sekitar. Setiap komponen alam sekitar ini

harus beroperasi dalam keadaan yang seimbang bagi memperoleh keadaan alam

sekitar yang selamat untuk didiami dan juga memberi manfaat dan kebaikan kepada

semua hidupan di permukaan bumi ini. Setiap perubahan yang berlaku dalam antara

empat komponen alam sekitar semula jadi tersebut akan menyebabkan keseluruhan

sistem 4 komponen alam sekitar pun akan turut mengalami perubahan. Perubahan

yang dialami dalam alam sekitar ini biasanya akan memberi kesan kepada

kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana, alam sekitar adalah satu ruang lingkup

yang besar dan termasuk kawasan tempat tinggal kita dan juga merupakan salah

satu ruang lingkup kawasan yang digunakan kita untuk bernafas di muka bumi ini.

Hal ini menyebabkan, manusia mudah mendapat kesan langsung terutama dalam

aspek kesihatan itu sendiri seperti merebaknya pelbagai jenis penyakit.

Namun begitu , usaha daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi menangani

masalah merebaknya penyakit berjangkit dan sentiasa menjaga kepentingan alam

sekitar. Hal ini demikian kerana, gangguan terhadap alam sekitar fizikal akan

mengundang pelbagai kesan kepada manusia terutama sekali merebaknya pelbagai

jenis penyakit. Selain itu, amalan gaya hidup sihat juga penting bagi memperoleh

kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit yang berbahaya.

Alam Sekitar & Kesihatan (Sesi 2011/2012) ANEA 3306

Jabatan Geografi dan Pengajian Alam Sekitar ,Universiti Malaya, Kuala Lumpur 23

5. SUMBER RUJUKAN

Thomas R. Detwyler dan Melvin G. Marcus (1985). Pembandaran dan

Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Terjemahan Sulung Mohamad. Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Prof. Madya Hanafi Ismail dan Sadali Othman (2000). Siri Kesihatan Keluarga: Kenali

Gejala Penyakit Dan Rawatannya. Al – Hidayah Publishers, Kuala Lumpur.

Sallehudin Sulaiman (1997). Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia

Perubatan :Vektor Denggi dan Vektor Demam Denggi Berdarah Kawalan

Terkini. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Noor Hassim Ismail (1993).Kesihatan Persekitaran. Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.